hive Digital Education, Seri Kembangan Videos

Videos by hive Digital Education in Seri Kembangan. The idea of hive Digital Education started out by a group of researchers in 2015, with a vision of providing sustainable digital education for inclusive society.

🐝🐇🧧 Happy Chinese New Year! Wishing you abundance and good fortune in 2023.

Other hive Digital Education videos

🐝🐇🧧 Happy Chinese New Year! Wishing you abundance and good fortune in 2023.

🐝 We need to raise awareness about Dyslexia to help end the stigma of Dyslexia.💡

Keunikan dalam Kesukaran
Bulan Kesedaran Disleksia : Keunikan dalam Kesukaran Ditulis oleh: Siti Suhaila dan Sufri Muhammad Tahukah anda bahawa Oktober merupakan bulan kesedaran Disleksia? Mengikut statistik terkini, terdapat 1 daripada 5 orang di United Kingdom (UK) di diagnosis sebagai disleksia. Di Amerika pula, 5 hingga 15 peratus penduduk atau 14.5 hingga 43.5 juta yang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa merupakan disleksia. Manakala di Malaysia, masih belum ada rekod atau statistik terkini yang melaporkan jumlah sebenar bilangan kanak-kanak mahupun dewasa disleksia. Namun begitu, berdasarkan data pendidikan khas Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020, terdapat 13,302 pelajar disleksia direkodkan di sekolah. Data ini juga menunjukkan disleksia merupakan ketiga tertinggi dalam kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK) selepas murid kurang upaya intelektual dan Autisme. Disleksia adalah suatu keadaan di mana, seseorang mengalami masalah pembacaan dan pemahaman. Seseorang itu bagaimanapun, tidak mempunyai masalah dari segi kepintaran (IQ), penglihatan dan juga pendengaran namun masih tidak dapat membaca secara lancar sehingga memberi kesan kepada pembelajaran. Pelajar disleksia juga menghadapi beberapa kesukaran termasuk mengeja dan menulis. Mereka cenderung menulis secara terbalik samada huruf ataupun keseluruhan perkataan. Beberapa huruf yang dikenal pasti termasuk huruf ‘b’ dan ‘d’, huruf ‘m’, ‘n’ dan ‘w’, serta huruf ‘p’ dan ‘q’. Kesukaran mereka dalam menghadapi cabaran pembelajaran dan kealpaan kita sebagai masyarakat untuk memahami pembelajaran yang sesuai mengakibatkan pelajar tersisih dan ketinggalan dalam pembelajaran. Pelajar juga berdepan dengan emosi seperti tertekan, rendah diri, malu dan menyendiri semasa mereka berperang dengan kesukaran tersebut. Terdapat juga beberapa pelajar yang bersifat terlalu gembira atau terlalu banyak bercakap semasa pembelajaran dalam kelas sebagai satu mekanisma menghadapi kesukaran membaca. Walaup

hive Digital Education Family members
Get to know our hive Digital Education Family members 🐝