TAMAN ILMU Pencinta Sunnah
kelas Quran, Tajwid , Kitab , RAWATAN ISLAM
Begini Cara solat berjemaah di rumah
bersama anak Dan isteri.
Silsilah Kitab Mazhab As-Syafie رحمه اللّه .
BIL :7
BANYAK ORANG TANYA ULAT SAGU BOLEH MAKAN TAK????
Baik dalam mazhab kita As Syafie segala jenis ulat dan serangga haram di makan kerana jijik dan menggelikan , kecuali belalang.
Dahulu macam-macam orang makan kerana kurang kesedaran seperti semut dalam gula , kerana ia tetap najis , ada yang makan anak lebah dan macam macam.
Namun di haruskan juga di makan ulat yang ada melekat pada sayur dan buah buahan atau keju dan sebagainya , dengan syarat di makan bersama sama.
NAMUN APABILA KITA TELAH PISAHKAN ULAT DAN BUAH ATAU KEJU TADI , MAKA HARAM HUKUM MEMAKAN ULAT ITU , NAMUN BUAH ATAU SAYUR JUGA KEJU ITU BOLEH DI MAKAN.
WALLAHUALAM.
USTAZ MUHD NAZIRUL JAMALUDIN
BIL:6
BELA AYAM KAMPUNG ??? DIA MAKAN KOTORAN DI PARIT BELAKANG TANDAS
KAMBING MINUM SUSU ANJING .
IKAN KELI MAKAN DAGING BABI .
APAKAH ADA JALAN UNTUK KITA HILANGKAN WAS WAS DAN BOLEH MAKAN HAIWAN DEMIKIAN DENGAN TENANG.
HAIWAN JALALAH .
Kategori Haiwan yang saya sebutkan di atas dalam kitab Fiqh Mazhab As Syafie di panggil sebagai haiwan Jalalah , Haiwan itu hakikatnya halal , serta halal di makan , namun sebab kotoran yang di makan ini mendatangkan masalah.
APA HUKUM KITA TERUS MAKAN .
HALAL TAPI HUKUMNYA MAKRUH.
Penyelesaiannya .
Contoh Ayam kampung makan kotoran dalam parit , pernah lihat tidak dahulu datuk datuk kita lagi seminggu nak raya dia asingkan ayam dalam reban lain dah tak lepaskan bagi makan jagung . Itulah kaedahnya .
ULAMA BAHASKAN HAIWAN ITU HENDAKLAH DI KUARANTINKAN , di asingkan dan di beri makanan yang elok . Berapa lama antaranya yang di sebut sebesar ayam cukup 3 hari , dan haiwan sebesar kambing cukup 7 hari manakala sebesar lembu 40 hari di asing di bagi makanan yang elok.
Contoh kita beli ikan keli hidup di pasar kita was was ,ada desas desus kata ikan tu dari kolam najis ada kata di beri daging babi ,
Jangan risau , bela dulu 3 hari beri makan makanan yang elok , lepas 3 hari baru boleh masak.
Begitu juga ayam tadi , itu sebabnya ayam kadangkala datuk kita dulu pisahkan dulu kasik makan yang baik baik , baru di sembelih sebab mungkin dia dah makan najis di longkang dan sebagainya. Kambing ada p**a isu yang di bincangkan , kambing minum susu anjing dan macam macam begitu jugak halnya justeru kena di asingkan seminggu.
Insya allah
Permasalahan umpama ini telah lama selesai di bincangkan para ulama ulama fiqah kita.
Wallahualam
Ustaz Muhd Nazirul
Bil 5:
APA YANG SEBENARNYA HAIWAN 2 ALAM???
Dalam Mazhab kita As Syafie ada beberapa kriteria haiwan tersebut di kelaskan sebagai dua alam .
Iaitu antaranya boleh bernafas dua dua alam di daratan dan dalam air . Contohnya katak .
Antaranya lagi haiwan 2 alam ini boleh hidup lama lama kedua dua alam, contoh atas daratan tidak kena air pun tiada masalah , dalam air sahaja pun tidak naik ke darat pun tiada masalah contohnya buaya atau penyu.
Gugur ia sebagai haiwan dua alam apabila ia memerlukan salah satu alam itu jika tidak ia akan mati , contoh belacak, ketam nipah jadi ini antara haiwan BUKAN 2 ALAM SEBAB MASIH LAGI MEMERLUKAN AIR , jika ia tidak dapat air ia akan mati .
Berhati-hati ketam pun ada jenis-jenisnya ada yang halal ada yang haram dalam Mazhab kita As Syafie , JANGAN KITA ASAL BELI KETAM ,
Yang halal contoh ketam bunga , ketam nipah , ketam besar laut dalam , ketam salib ini antara ketam yang halal ia kategori haiwan laut atau haiwan air,
Walaupun adakalanya boleh hidup di darat namun ia tetap MEMERLUKAN AIR , JIKA TIADA AIR IA BOLEH MATI (BUKAN 2 ALAM).
KETAM YANG HARAM DI MAKAN IALAH KETAM BATU biasanya kita boleh jumpai di hutan hutan , cara nak bezakan ia dengan ketam nipah tengok kakinya , kakinya tidak ada pendayung macam ketam nipah , dan ketam batu tidak memerlukan air , boleh hidup di darat dengan lama . Juga boleh berada dalam air juga dengan lama jadi ia kategori dua alam .
JUSTERU BERHATI HATI , PASTIKAN KITA PILIH YANG HALAL , KADANGKALA ADA KETAM MURAH DI JUAL TEPI JALAN BUKAN KETAM NIPAH TAPI KETAM BATU.
WALLAHUALAM.
Ustaz Muhd Nazirul
BIL 4:
BEBERAPA HAIWAN YANG BOLEH DI BUNUH WALAUPUN DI TANAH SUCI .
“Dari Saidatina Aisyah radhiyallahuanha, Baginda Rasulullah SAW bersabda, ‘ada Lima haiwan fasiq yang boleh dibunuh, walaupun di tanah haram : Tikus, kala jengking, burung helang, gagak, dan anjing (yang mencederakan)’”
HR. Bukhari Muslim
Sa’ad bin Abi Waqqash, beliau mengatakan,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَسَمَّاهُ فُوَيْسِقًا.
“Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk membunuh cicak, beliau menyebut haiwan ini dengan haiwan yang fasik”
(HR. Muslim, no. 2238)
BIL 3:
JAWS / SHARK / IKAN JERUNG
HALAL ATAU TIDAK UNTUK DI MAKAN???
Jawapannya dalam Mazhab kita. As Syafie selagi mana haiwan itu haiwan air sama ada laut dan sungai ia halal untuk di makan , namun jika haiwan laut itu p**a kita sudah mengetahui ia memudaratkan maka ia haram di makan contohnya beracun dan sebagainya.
Berbalik pada jerung tadi HALAL UNTUK DI MAKAN , sebab ia tidak ada racun , ramai orang awam keliru sebab mereka ingat jerung mempunyai taring maka ia haram . TIDAK ! YANG BERTARING hanya tertakluk pada haiwan darat sahaja , jika haiwan laut semuanya halal selagi mana ia tidak memudharatkan .
Contoh mudharat ialah , kita tahu ikan buntal dan ikan batu ada racun makan haram di makan , namun menjadi harus untuk di makan jika ada kepakaran menyiangnya membuang racunnya .
Justeru dalam mazhab kita As Syafie silakan , boleh makan segala jenis ikan , sotong , kupang , udang dan lain-lain hidupan laut atau sungai selagi mana ia tidak beracun dan mudharatkan.
Hadis Nabi S.A.W dari
Abu Hurairah r.a. berkata “Seorang lelaki menanyakan kepada Rasulullah, katanya: Ya Rasulullah, kami biasa berlayar di lautan dan hanya membawa air sedikit.
Jika kami pakai air itu untuk berwudhuk, akibatnya kami akan kehausan, maka bolehkah. kami berwudhuk dengan air laut? Berkatalah Rasulullah saw.:
Laut itu airnya suci lagi menyucikan(2), dan BANGKAINYA HALAL DI MAKAN .
(HADIS Muttafaqun Alaih)
DALAM HUKUM FIQH AS SYAFIE antara bangkai yang suci iaitu Hidupan Laut dan Belalang , Belalang juga halal di Makan.
Wallahualam
USTAZ MUHD NAZIRUL
BIL:2
APA HUKUM KITA MAKAN IKAN YANG DI JUMPAI DALAM PERUT IKAN ? KALAU HAIWAN LAIN BAGAIMANA CONTOH BURUNG ATAU AYAM???
Sebagai contoh kita pergi pasar atau memancing dan membawa balik ikan yang agak besar , apabila kita menyiangnya kita menjumpai ada seekor ikan lagi dalam perutnya ,kemungkinan yang telah di makan ikan itu sebelum ia di tangkap.
Apa hukum kita makan ikan tersebut???
HALAL kalau ikan itu masih segar , namun kalau ikan itu sudah busuk boleh memudharatkan kita haram di makan , sebab bangkai ikan itu hukumnya suci.
Jika dalam perut ikan itu ada ayam atau burung , walau masih sempurna bentuk , memang secara automatiknya haram sebab binatang
lain jika mati , bangkai kecuali belalang.
Wallahualam
Ustaz Muhd Nazirul Bin Jamaludin
BIL 1. HUKUM MASAK IKAN TANPA BUANG PERUT??? HUKUM SIANG HIDUP HIDUP DAN MAKAN HIDUP-HIDUP???
Dalam Mazhab kita As Syafie antara bangkai yang suci ialah belalang dan ikan , maka jika kita masak tanpa buang isi perut ikan masih lagi kategori sebagai suci , namun jika dah siang tak boleh p**a kita campur dengan perutnya sebab telah di keluarkan dan pisahkan , bila dah pisahkan ia kategori sebagai kotoran yang menjijikan maka haram di makan .
Jika makan tanpa keluarkan perut di haruskan sebab hukum asal bangkai ikan bukan najis.
APABILA KITA MENYIANGNYA ATAU TERUS MASAKNYA HIDUP HIDUP ADAKAH BOLEH ???
Boleh takde masalah , namun perbuatannya sahaja makruh , sebaiknya ikan tersebut telah mati , tetapi isu ini universal kerana ada ikan bersifat nyawa yang liat seperti ikan keli , ikan puyu dan sebagainya maka boleh kita masak dan siang walau nyawanya liat , dan halal di makan walau masih bergerak kita telah lebur ke dalam periuk gulai .
Hukum fiqh juga ada membincangkan kita makan anggota ikan sedangkan ikan itu belom mati , kita hanya makan anggotanya yang tertanggal sahaja ADAKAH BOLEH ???
CONTOHNYA SIRIP IKAN YU ATAU EKOR IKAN .
Sedangkan ikan itu masih hidup , tapi anggotanya telah di potong untuk di masak , tetap halal di Makan sebab anggotanya yang terpisah juga kategori sebagai bangkai yang suci.
Berbeza dengan haiwan darat , HARAM sebab anggota itu akan kategori sebagai bangkai . Melainkan kita perlu sembelih dahulu baru tanggalkan anggotanya , contohnya nak makan sup ekor perlu sembelih dahulu lembunya baru ambil ekornya.
Jika lembu masih hidup kita tanggalkan , maka hukumnya HARAM DIMAKAN KERANA BANGKAI.
WALLAHUALAM .
Ustaz Muhd Nazirul Bin Jamaludin .
Click here to claim your Sponsored Listing.