Hj. Saipolyazan M Yusop, Sungai Besar Videos

Videos by Hj. Saipolyazan M Yusop in Sungai Besar. #PrihatinSungaiBesar

PMX dah beri hint.. tak perlu carpet merah dah lepas ni.

Aku masih ada 1 lagi kuota kekaguman minggu ni 😀

Other Hj. Saipolyazan M Yusop videos

PMX dah beri hint.. tak perlu carpet merah dah lepas ni. Aku masih ada 1 lagi kuota kekaguman minggu ni 😀

Usaha kami membantu anak muda. Ini hanya permulaan! ❤️ #HarapanSungaiBesar #AyuhMalaysia #KitaBoleh

Sempat menghadiri Bengkel Membuat Donut Red Velvet Viral di Sungai Haji Dorani yang dihadiri kaum wanita. Pemerkasaan kaum wanita juga merupakan salah satu fokus utama dalam tawaran saya kepada warga Sungai Besar. Hasil tangan kaum wanita di sini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk dipasarkan bukan sahaja di dalam negara, malah seluruh dunia 🌍 #HarapanSungaiBesar #AyuhMalaysia #KitaBoleh

Perniagaan terjejas, keselamatan dan keselesaan dikompromi, perjalanan kemasjid dan kesekolah menjadi sukar. Rungutan ini akan diselesaikan in shaa Allah. #PRU15 #AyuhMalaysia #KitaBoleh #harapansungaibesar

Kenapa saya masuk ke arena ini dan meninggalkan jawatan yang ‘selesa’? Ini jawapan saya. Saya faham keperluan mereka yang memerlukan kerana saya pernah menjadi ‘mereka’ #HarapanSungaiBesar #AyuhMalaysia #KitaBoleh

Petang ini sempat singgah bersama sahabat saya, YB Zawawi Mughni di Pasar Malam Stadium Sungai Besar untuk berjumpa dengan peniaga dan pengunjung di sana. Yong Tau Fu sini memang wajib try kalau datang! 😍 #HarapanSungaiBesar #AyuhMalaysia

KEBAJIKAN ANGGOTA POLIS PERLU DIJAGA 👮🏻‍♂️ Pagi ini saya berkesempatan melawat Pusat Pengundian awal di IPD Sungai Besar disamping sempat meninjau Kuarters Anggota Polis. Terdapat juga anggota yang terpaksa menyewa di luar yang menyebabkan kos kehidupan meningkat disebabkan kos sewaan yang tinggi. Ini adalah kerana terdapat rumah di kuarters tidak dapat digunakan dan perlu penambahbaikan Ayuh Sungai Besar! Kita lakukan perubahan demi menjaga kebajikan anggota polis yang telah banyak berkorban menjaga keamanan dan keselamatan kita sebagai rakyat 💪🏼 CALON NO. 4 P093✖️ HJ SAIPOLYAZAN M YUSOP #HarapanSungaiBesar #AyuhMalaysia #KitaBoleh #PRU15

Alhamdulillah, ramai warga Sungai Besar berjaya dibantu dalam masa 2 minggu ini. Bantuan dari rakan-rakan NGO amat saya hargai. InshaAllah, berbekalkan pengalaman yang saya ada ketika menerajui badan Zakat, kebajikan rakyat di Sungai Besar akan dititikberatkan dan dijaga sebaik mungkin. Ditambah lagi, pengenalan Sistem Aplikasi ePrihatin ‘Prihatin Sungai Besar’, proses memohon bantuan dan aduan akan menjadi lebih singkat, mudah dan ‘direct’ kepada saya 😊 CALON NO 4✖️ HJ. SAIPOLYAZAN M YUSOP #HarapanSungaiBesar #AyuhMalaysia #KitaBoleh #PRU15

Salah satu fokus utama di dalam 10 Tawaran Harapan Sungai Besar adalah Sektor Perikanan. Insfrastruktur akan diselia dan dinaiktaraf untuk kegunaan para nelayan dan kebajikan nelayan akan lebih dititikberatkan. Ayuh Sungai Besar! Kita lakukan perubahan demi masa hadapan Sungai Besar yang lebih baik ❤️ #HarapanSungaiBesar #AyuhMalaysia #KitaBoleh #PRU15

Ini Tawaran Harapan kepada warga Sungai Besar. 10 Tawaran ini merangkumi pelbagai aspek yang akan dititikberatkan seperti Ekonomi, Kemajuan Sektor Pertanian, Pendidikan, Pemerkasaan Wanita dan Belia. Ayuh Sungai Besar! Jadikan 19 November ini sebagai tarikh keramat untuk Sungai Besar. Beri Harapan pada Sungai Besar ❤️ #HarapanSungaiBesar #KitaBoleh #AyuhMalaysia #PRU15

SUNGAI BESAR, INI UNTUKMU ❤️Alhamdulillah! Proses penamaan calon berjalan dengan lancar di Dewan Seri Bernam untuk Parlimen Sungai Besar 😊Terima kasih kepada semua ahli keluarga, sahabat dan semua yang hadir pada pagi ini. Lautan Merah membanjiri Sungai Besar!Semoga segala urusan hari ini dan sepanjang proses berkempen dipermudahkan dan diberkatiNya 💪🏼 #HarapanSungaiBesar#AyuhMalaysia#KitaBoleh#PRU15