Cikgu Muslimin Yahaya

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cikgu Muslimin Yahaya, Politician, Sungai Besar.

14/05/2023

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PARLIMEN SUNGAI BESAR 1444H/2023

🗒️ TARIKH: 19 MEI 2023/28 Syawal 1444H
⏰ MASA: 8.30 MALAM - 10.30 MALAM
🏘️ TEMPAT: DATARAN DESA PERMAI,KAMPUNG PARIT 8 SUNGAI PANJANG

Semoga dengan kehadiran YB/Dato'/Datin/ Tuan/ Puan bersama keluarga akan memeriahkan dan menjayakan program ini. Semua dijemput hadir.

Sekian untuk makluman .
Terima kasih😊 Sebarkan ya? 🥰

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSL19fMQ3/

01/04/2023

Program Agihan Kotak Kasih Ramadhan Parlimen Sungai Besar ( Sesi Petang )

01/04/2023

Program Agihan Kotak Kasih Ramadhan Parlimen Sungai Besar ( Sesi Pagi )

15/03/2023

Perbahasan Parlimen Hari Ini Untuk Petani Dan Pesawah - Cikgu Muslimin Bin Yahaya

15/03/2023

Allah tidak pernah melupakan orang orang yang menyakitimu,
membicarakan aibmu, mencacimu, mencercamu dan selalu menfitnahmu. Yakinlah semua hak mu dan kehormatan mu akan kembali kepada mu - Muslimin Bin Yahaya

07/03/2023

Saya dah selesai bahas belanjawan...

Antara tuntutan yang dikongsi adalah..

1. Tuntutan pencarum KWSP yang mahu kerajaan meluluskan pengeluaran bagi mereka yang sangat memerlukan.

2. Kenaikan gred Pegawai Pelajaran Daerah di 144 PPD ke gred DG 56 sebagaimana yang pernah perjuangkan dulu.

3. Penambahan kelas PVMA dan PIMA bagi membantu pelajar yang tidak menguasai academik dan membantu lebih 50,000 pelajar yang tak layak dapat SPM.

4.minta kenaikan subsidi padi sebagaimana menifesto skim subsidi harga padi dari Rm 360 ke RM 500 pertan ,subsidi racun dan baja, kawalan harga input pertanian dan kenaikan harga jualan padi dari RM 1200 ke Rm 1500 se tan.

5. Bantu usahawan sebagaimana kerajaan PN dulu dengan permudahkan pembiayaan..pinjaman tanpa faedah..kurangkan dokumentasi, bagi moratorium,.. jangan ada ctos dan ccris..dan naikkan peruntukkan untuk usahawan.

6. Naik taraf sekolah komprehensif k9 ke sek komprehensif k11 di SK Binjai Jaya..proses ini telah dimulakan dan hanya perlukan kelulusan..ini perjuangan rakyat binjai jaya sungai panjang ...

7. Jajaran pesisir pantai seri sentosa sekinchan..sg leman..batu 23 dan pantai sg hj dorani yang berlaku kerentanan pantai dan Air laut melangkaui benteng ..kita nak peruntukkan memperkukuh benteng dan pemecah ombak.

8. Dan naik taraf jalan lama kuala selangor ..jalan ban laut pasir panjang dan membina semua jajaran baru dan jambatan di jalan B 44 menghubungkan daerah sabak bernam ke hulu selangor..

Inshaallah dalam bahas peringkat jawatankuasa akan ada syor lagi untuk kepentingan rakyat sungai besar..

Cikgu Muslimin Bin Yahaya

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 20/11/2022

TERIMA KASIH SUNGAI BESAR!
PERIKATAN NASIONAL UNTUK SUNGAI BESAR!

19/11/2022

Pengumuman Rasmi Pegawai Pengurus SPR untuk

P093 - Sungai Besar

CIKGU MUSLIMIN YAHAYA MENANG DENGAN MAJORITI 2721 UNDI.

19/11/2022

Suasana sebelum Keputusan Rasmi PRU 15 untuk P093 Sungai Besar diumumkan.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 19/11/2022

SELAMAT MENGUNDI BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA WARGA PARLIMEN SUNGAI BESAR.

UNTUK P093 - SUNGAI BESAR, UNDILAH
CIKGU MUSLIMIN YAHAYA
CALON NO 3 - PERIKATAN NASIONAL

Terima kasih atas undi - undi anda semua.

Cikgu Muslimin Yahaya telah mengundi pagi ini.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 18/11/2022

ASSALAMUALAIKUM WARGA SUNGAI BESAR

Cikgu Muslimin Yahaya walkabout di Pasar Pagi Pekan Pasir Panjang bagi menyantuni & mendampingi pengundi - pengundi Parlimen Sungai Besar. Ramai warga tempatan yang datang berbelanja dengan ditambah oleh anak - anak rantau yang pulang bercuti untuk mengundi pada hari esok. Apapun, terima kasih atas sokongan & sama - samalah kita mengundi Calon Perikatan Nasional, Calon No 3 untuk Parlimen Sungai Besar, CIKGU MUSLIMIN YAHAYA.

In shaa Allah, SUNGAI BESAR MILIK PERIKATAN NASIONAL.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 17/11/2022

Cikgu Muslimin Yahaya bersama jentera pilihanraya Perikatan Nasional berkempen secara walkabout di Pasar Malam Hala Cara Baru, Sungai Panjang.

Hanya tinggal 2 hari lagi tempoh berkempen. Terima kasih atas sokongan & dokongan yang diberikan. Warga Sungai Besar ADA bersama Cikgu Muslimin Yahaya.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 17/11/2022

Ziarah Kasih Cikgu Muslimin Yahaya petang ini adalah di beberapa rumah warga Belia 2 yang ditimpa musibah kesihatan. Didoakan agar semuanya diberikan kesembuhan & sabar atas dugaanNya.

Cikgu Muslimin Yahaya juga hadir di Dewan Hala Cara Baru, Sungai Panjang bagi melawat warga Sungai Besar yang dilanda banjir. Memberikan ucapan takziah atas musibah & in shaa Allah jentera - jentera PN sentiasa ada untuk membantu. Terima kasih kepada agensi - agensi kerajaan yang memberikan khidmat kepada mangsa - mangsa banjir.

17/11/2022

SELAMAT PULANG MENGUNDI KHUSUSNYA KEPADA ANAK RANTAU PARLIMEN SUNGAI BESAR.

Berhati - hatilah ketika memandu.

CIKGU MUSLIMIN YAHAYA
CALON NO 3 - P093 SUNGAI BESAR
PERIKATAN NASIONAL

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 17/11/2022

Cikgu Muslimin Yahaya meneruskan langkah berkempen di sekitar Pekan Sungai Besar & Bagan Sungai Besar.

INI KALI UNDI
CIKGU MUSLIMIN YAHAYA
CALON NO 3 - P093 SUNGAI BESAR
PERIKATAN NASIONAL

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 17/11/2022

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI
WARGA SUNGAI BESAR

Pagi ni hujan rahmat masih mencurah. Ini tidak menghalang Cikgu Muslimin Yahaya untuk walkabout di Pasar Pagi Bagan Sungai Besar. Terus santuni & dampingi warga Sungai Besar.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 16/11/2022

SEPETANG DI TEPIAN BENDANG

Cikgu Muslimin Yahaya Santai D’ Warung petang tadi bersama sama penduduk setempat di Tali Air 9, Pasir Panjang. Tepi bendang macam ni baru betul - betul nyaman & santaiiiiii.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 16/11/2022

3 HARI LAGI MENJELANG PILIHANRAYA KE 15

Cikgu Muslimin Yahaya walkabout di Pasar Awam Sekinchan & kawasan sekitar. Semua lauk basah segar - segar. Pasar Sekinchan ni orang luar pun datang sebab terkenal dengan lauk basah yang murah. Bukan setakat tu, peniaga pun murah dengan senyuman. 😄 Apapun, jangan lupa undi Cikgu Muslimin Yahaya, Calon No 3 mewakili Perikatan Nasional.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 16/11/2022

Cikgu Muslimin Yahaya sentiasa menekankan kempen secara santai bersama jentera - jentera PN dalam mendampingi pengundi - pengundi warga Sungai Besar.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 15/11/2022

Cikgu Muslimin Yahaya petang tadi bertemu warga Sungai Besar secara walkabout di Pasar Stadium Sungai Besar. Seronok membeli sampai tangan tak muat nak bawa. 😅

Seperti biasa, Cikgu Muslimin Yahaya mesti meluangkan masa untuk bertegur sapa & beramah mesra tanpa mengenal usia, tua mahupun muda.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 15/11/2022

Cuaca hujan lebat beberapa hari ini telah menyebabkan musibah banjir di beberapa kawasan sekitar Parlimen Sungai Besar.

Cikgu Muslimin Yahaya melawat mangsa - mangsa banjir di sekitar Kampung Parit 9 Gambut & Kampung Belia 1. Bantuan jangka masa pendek telah diaturkan segera. Semoga mangsa yang terbabit tabah dengan ujian tersebut.

Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan diharap sentiasa bersiap-siaga untuk menghadapi situasi banjir dan membantu mangsa-mangsa ini.

Cikgu Muslimin Yahaya mengerahkan jentera - jentera Perikatan Nasional, utamakan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Semoga usaha kita semua diberkati. In shaa Allah.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 15/11/2022

Cikgu Muslimin Yahaya, Calon Perikatan Nasional untuk P093 Sungai Besar hadir untuk melihat proses undi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam pagi ini. Undi awal hari ini akan berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

UNDILAH PERIKATAN NASIONAL

15/11/2022

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI WARGA SUNGAI BESAR.

Selamat Mengundi Awal kepada semua pengundi - pengundi awal. Pilihlah Perikatan Nasional demi membentuk kerajaan yang Bersih & Stabil.

Undilah CIKGU MUSLIMIN YAHAYA,
CALON NO 3 - P093 SUNGAI BESAR,
CALON PERIKATAN NASIONAL.

Terima Kasih & Selamat Mengundi.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 14/11/2022

Malam ini Cikgu Muslimin Yahaya Santai D’ Warung bersama warga Simpang Lima di Warung Zawawi, Parit 15. Nampak sedap bila dijamu dengan pulut sekali dengan iwak lele. Huwenak.

Warga kampung selesa dengan cara Cikgu Muslimin Yahaya dekati rakyat. Santai & relax. Seng penting guyup. Alhamdulillah.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 14/11/2022

Walaupun semalam sudah hari ke 9 berkempen, jentera - jentera pilihanraya PN tidak menunjukkan tanda lelah walaupun setiap hari mereka terus menerus memasang bahan kempen sekitar PDM - PDM seliaan mereka sehingga tengah malam. Terima kasih atas segala kudrat, sokongan & khidmat semua. Kita pastikan PERIKATAN NASIONAL diangkat oleh rakyat Malaysia khususnya warga Sungai Besar sebagai kerajaan baru yang BERSIH & STABIL nanti.

Allahuakbar!

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 13/11/2022

Cikgu Muslimin Yahaya sekali lagi ke Sekinchan malam ini untuk Majlis Makan Malam bersama Persatuan Memancing Sekinchan. Terima kasih atas jemputan.

Apapun, 19/11/2022 ini marilah keluar mengundi & undilah calon PERIKATAN NASIONAL.

CIKGU MUSLIMIN YAHAYA
CALON NO 3 - P093 SUNGAI BESAR

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 13/11/2022

Petang tadi Cikgu Muslimin Yahaya berkempen secara Walkabout D’ Pasar Bunian, Ban Cenal. Alhamdulillah cuaca baik petang tadi. Seperti yang kita maklum pasar pacak seperti ini hanya ramai yang akan datang membeli jika dalam cuaca yang baik. Didoakan semua peniaga - peniaga dimurahkan rezeki dalam berniaga.

Petai tu kalau dapat makan cicah dengan Sambel Belacan, Huwenak.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 13/11/2022

Cikgu Muslimin Yahaya dijemput bagi merasmikan Pertandingan Sepak Takraw Anak Muda di Taman Berkat, Sungai Besar anjuran Pemuda Pas Sungai Besar. Yang sudah lebih usia muda pun turut serta. Maklumlah, Susuk tubuh & tenaga masih macam orang muda. Tahniah.

Dengan kesempatan masa yang ada, Cikgu Muslimin Yahaya juga singgah untuk Ziarah Kasih di Sungai Limau bagi menziarahi Tok Sidang Md Nor. Semoga Tok Sidang sentiasa diberikan kesihatanyang baik & dipermudahkan urusan. In shaa Allah.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 13/11/2022

UNDILAH CIKGU MUSLIMIN YAHAYA
CALON PERIKATAN NASIONAL
CALON NO 3 - P093 SUNGAI BESAR

Cikgu Muslimin Yahaya hari ini merasmikan Pusat Latihan Tarian Singa Hong Teik, Sekinchan. Satu naga mereka dinamakan ‘YB CIKGU MUSLIMIN’. Terima kasih atas penghargaan ini.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 13/11/2022

Assalamualaikum & Selamat Berhujung Minggu semua warga Parlimen Sungai Besar.

Cikgu Muslimin Yahaya bersarapan Santai D’ Warung di Binjai Jaya pagi ini. Kemudian, hadir untuk merasmikan Sukaneka PASTI Nurul Iman, Parit 13, Sungai Panjang.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 12/11/2022

Malam ini langkah Cikgu Muslimin Yahaya bermula dengan menghadiri Program BBQ bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sabak Bernam. Cikgu Muslimin Yahaya merupakan Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam.

Kemudian, Cikgu Muslimin Yahaya hadir ke PDM Sungai Limau untuk program Santai Anak Rantau bersama anak - anak penduduk setempat yang balik berhujung minggu di kampung yang juga merupakan pengundi - pengundi Parlimen Sungai Besar. Diberikan ruang untuk berucap dengan memperjelaskan akan perjuangan Perikatan Nasional yang perlu disokong & didokong oleh mereka. Semoga pada 19/11/2022 nanti, kemenangan adalah milik Perikatan Nasional khususnya di P093, Parlimen Sungai Besar. In shaa Allah.

Cikgu Muslimin Yahaya meneruskan langkah Santai D’ PDM untuk bertemu jentera - jentera PN di PDM Sungai Haji Dorani. PDM ini mengadakan BBQ Santai bersama anak - anak muda setempat. Meriah. Nampak happy semuanya.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 12/11/2022

CIKGU MUSLIMIN YAHAYA
CALON NO 3 - P093 SUNGAI BESAR
PERIKATAN NASIONAL

Pada sebelah petang, Cikgu Muslimin Yahaya telah dimaklumkan bahawa terdapat limpahan air daripada hutan simpan di kawasan kunci air, Tali Air 9, Pasir Panjang. Ianya memberikan kegusaran kepada penduduk setempat kerana perkara ini boleh menyebabkan kerosakan kepada tanaman penduduk. Cikgu Muslimin Yahaya mengambil maklum dengan hadir untuk melihat sendiri perkara tersebut sebelum ianya dipanjangkan kepada pihak berwajib.

Seterusnya, Cikgu Muslimin Yahaya bergerak ke Sekinchan untuk Santai D’ PDM bersama - sama jentera PN di PDM Sekinchan Tempatan Tengah (SMJK C Yoke Kuan). Cikgu Muslimin Yahaya juga memenuhi jemputan untuk hadir ke program anjuran Persatuan Amal & Akhlak Che Pei Kok di Bagan Sekinchan. Xie Xie Ni diatas jemputan.

Photos from Cikgu Muslimin Yahaya's post 12/11/2022

Hujung minggu seperti biasa dipenuhi dengan kenduri kendara. Cikgu Muslimin Yahaya juga menghadirkan diri bagi memenuhi beberapa jemputan majlis walimatulurus sekitar Parlimen Sungai Besar.

Walaupun dengan jadual kempen yang padat, Cikgu Muslimin Yahaya tetap memenuhi undangan yang ada. Sama seperti dulu.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Sungai Besar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Sesekali bertiktok pulak 😂
Program Agihan Kotak Kasih Ramadhan Parlimen Sungai Besar ( Sesi Pagi ) #ramadhan
Perbahasan Parlimen Hari Ini Untuk Petani Dan Pesawah - Cikgu Muslimin Bin Yahaya
Hari Ini Angkat Sumpah Esok Minyak Turun ? Hanya Omongan Kosong Dari Kerajaan Madani
FORUM PSIKOLOGI KEPIMPINAN : Aplikasi Psikologi dan Kaunseling Dalam Pengurusan Sumber Manusia
VIDEO 6 - PULANG DARI SEKOLAH
Liputan RTM 25 Jun 2020
VIDEO 4 - KETIKA DI SEKOLAH

Category

Telephone

Address

Sungai Besar

Other Politicians in Sungai Besar (show all)
Pejabat Penyelaras Parlimen Sungai Besar P-093
Pejabat Penyelaras Parlimen Sungai Besar P-093
No. 1 Jalan Dataran Tonggak 10
Sungai Besar, 45300

Hj. Saipolyazan M Yusop Hj. Saipolyazan M Yusop
Sungai Besar

#PrihatinSungaiBesar

Perikatan Nasional Sungai Besar Perikatan Nasional Sungai Besar
Sungai Besar, 45300

PN Sungai Besar

Muhammad Labib Abd Jalil Muhammad Labib Abd Jalil
No 25 Jalan SBBC 8
Sungai Besar, 45300

Zahrullail Maksom Zahrullail Maksom
Jalan Parit 15 Simpang 5
Sungai Besar, 45300

Mohd Imran Tamrin Mohd Imran Tamrin
Sungai Besar

I'm a Lawyer & Professional Legal Advisor also former ADUN Sungai Panjang (BN) 2018-2023.