Olive Laundry Sungai Petani
Kedai dobi kami berada di Taman Ria dan Bandar Laguna Merbok.
Kedai akan tutup sempena sambutan Hari Raya seperti ketetapan berikut:
Taman Ria mulai 21/4 hingga 28/4. Buka semula pada 29/4.
Laguna Merbok 20/4 hingga 27/4. Buka semula pada 28/4.
Harap maklum
Hari lebaran hampir tiba
Pakaian bersih menambah ceria
Bersalam salaman sesama kita
Sampul raya menyusul bersama
Dapatkan sampul raya eksklusif dari Olive Laundry Sungai Petani apabila anda menghantar dobi anda ke kedai kami. Tertakluk terma dan syarat.
Selamat Datang ke Olive Laundry Sungai Petani.
Cawangan: Laguna Merbok
No 20 Lorong BLM 1/6 Bandar Laguna Merbok 08000 Sungai Petani Kedah
Hubungi 01165357337
Waktu operasi: 9pagi - 6petang setiap hari kecuali hari Khamis dan Cuti Umum
Selamat Datang ke Olive Laundry Sungai Petani.
Cawangan: Taman Ria
No 5 Tingkat Bawah Lorong 1 Taman Ria 08000 Sungai Petani Kedah
Hubungi 0173374767
Waktu Operasi: 9pagi - 6petang setiap hari kecuali hari Jumaat dan Cuti Umum.
'Wet cleaning' adalah alternatif kepada 'drycleaning'. Keberkesanan 'wet cleaning' terhadap penjagaan fabrik hampir sama dengan 'drycleaning'. Olive Laundry Sungai Petani menggunakan cucian 'wet cleaning' di mana detergen dan pelembut adalah diimpot melalui pengedar ke Malaysia dari Jerman. Detergen dan pelembut diformulasi khusus untuk cucian 'wet cleaning' dan tidak sama seperti detergen dan pelembut yang dijual dikedai atau pasaraya. Disamping itu, mesin basuh juga diprogram bersesuaian dengan fabrik untuk dicuci.
Olive Laundry Sungai Petani sentiasa memberi keutamaan terhadap fabrik yang ingin dicuci agar ia kekal cantik, kemas dan bertahan lama.
Selamat datang ke Olive Laundry Sungai Petani.
0173374767 (Taman Ria)
01165357337 (Laguna Merbok)
Istilah 'dryclean' atau dalam bahasa melayu cucian kering agak mengelirukan, kerana ia sebenarnya tidak kering. 'Dryclean' ialah sebarang proses membersih pakaian dan tekstil menggunakan pelarut selain air. 'Dryclean' masih melibatkan cecair, di mana pakaian direndam dalam pelarut cecair bebas air atau 'water-free liquid solvent'. Salah satu pelarut terawal yang digunakan dalam proses 'dryclean' ialah minyak tanah, tetapi ia mempunyai keburukan iaitu mudah terbakar. Selepas Perang Dunia II, 'dryclean' mula menggunakan cecair pelarut yang dipanggil perchloroethylene (perc) yang menjadi standard industri kerana keberkesanannya. Mesin 'dryclean' adalah serupa dengan gabungan mesin basuh dan pengering pakaian. Selepas pakaian dimasukkan ke dalam mesin, kitaran basuh dimulakan dimana ruang dalam mesin diisi kira-kira satu pertiga dengan pelarut dan mula berputar. Pada masa yang sama, pelarut juga disalurkan melalui unit penapisan dan kemudian dimasukkan semula ke dalam mesin. Selepas itu, pelarut diekstrak dan dihantar ke unit penyulingan dan unit simpanan pelarut. Tujuannya supaya pelarut itu boleh digunakan semula (dan ia tidak menyejat atau meruap ke udara dan menyebabkan pencemaran). Cecair pelarut itu tidak boleh sekali-kali dilupuskan ke persekitaran seperti longkang. Selepas itu, pakaian akan dikeringkan dalam mesin yang sama dengan menggunakan udara panas. Apabila pengeringan pakaian selesai, bermulalah kitaran penyahbauan / pengudaraan bagi menyejukkan pakaian dan menghilangkan bau pelarut.
Cecair pelarut 'perc' mempunyai keburukan yang serius, kerana ia telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan. Pada tahun 2020, United States Environmental Protection Agency (EPA) telah menghentikan penggunaan 'perc' secara berperingkat di kedai-kedai dobi yang terletak di dalam bangunan yang turut didiami orang ramai. Di California juga sedang dalam proses menghentikan penggunaannya diseluruh negeri secara berperingkat.
Oleh itu, proses yang dipanggil 'wet cleaning' atau dalam bahasa melayu cucian basah diperkenalkan sebagai alternatif kepada 'drycleaning'. 'Wet cleaning' yang menggunakan air dan detergen biodegradasi yang diformulasi secara khusus dianjurkan oleh EPA dan organisasi alam sekitar.
Kami di Olive Laundry Sungai Petani menggunakan cara 'wet cleaning' sebagai alternatif kepada 'drycleaning'.
Hantarkan pakaian kesayangan anda ke kedai kami untuk cucian 'wet cleaning' yang mesra alam.
Selamat datang ke Olive Laundry Sungai Petani.
Senarai harga untuk rujukan pelanggan yang dihormati. Sila call / whatsapp 0173374767 (Taman Ria) atau 01165357337 (Laguna Merbok) untuk dapatkan sebutharga yang tepat. Terima kasih dan Selamat Datang ke Olive Laundry Sungai Petani.
Seperti biasa transaksi perniagaan ada terma dan syaratnya. Pelanggan dinasihatkan untuk membaca dan memahaminya.
Selamat Datang ke Olive Laundry Sungai Petani.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Sungai Petani
08000
Opening Hours
Monday | 09:30 - 18:00 |
Tuesday | 09:30 - 18:00 |
Wednesday | 09:30 - 18:00 |
Thursday | 09:30 - 18:00 |
Saturday | 09:30 - 18:00 |
Sunday | 09:30 - 18:00 |
Sungai Petani
Jom kenali Mamashark Cleaner Ia sejenis cecair dalam bentuk spray yang boleh digunakan untuk menghi
No 10 Jalan Nilam Sari , Taman Nilam Sari
Sungai Petani, 08000
Specialist in Laundry Free Soap Lavanderia Laundry Kedai Dobi Layan Diri 24jam (Tikam Batu) 013-471
55E, Jalan Kampung Baru, Kampung Masjid
Sungai Petani, 08000
Kedai Dobi Layan Diri 24 Jam
Arena Carwash Jalan Paya Nahu 2b/1, Kampung Paya Nahu Sungai Petani
Sungai Petani, 08000
Membersihkan kereta Anda dengan Bersih
Bandar Puteri Jaya
Sungai Petani, 08000
Servis yang kami tawarkan adalah lipat, gosok dan basuh baju.
No. 3 (Tingkat Bawah), Jalan Puteri Height 1/2, Bandar Puteri Jaya
Sungai Petani, 08000
Kedai dobi layan diri yang menyediakan mesin berkualiti, cepat, mudah, murah, cucian bersih & wangi