Warisan Herba Tradisi

Warisan Herba Tradisi

Herba Rahsia Orang Lama
Bantu Pulihkan Tenaga & Kesihatan Optima

28/06/2023

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1444h Kepada Semua Umat Islam.
Jangan Lupa Layari www.warisanherbatradisi.com Untuk Info & Promosi Terkini.

Jom Kekal Aktif Dihari Mulia!

13/06/2023

Jaga amanah yang dikurniakan dengan sebaik nya..

13/06/2023

KAYU MANIS :

Tahukah anda bahawa kulit kayu manis adalah rempah ratus nombor 1 yang paling pop**ar di seantero dunia? Mungkin kenyataan ini tidak begitu mengejutkan. Lagipun, umum mengetahui ada banyak khasiat kulit kayu manis terhadap kesihatan.Apa itu kulit kayu manis?

Apa itu kulit kayu manis?

Fakta unik dan menarik:
•Ia telah digunakan oleh masyarakat dunia lebih daripada 4,000 tahun dahulu lagi
•Ia merupakan salah satu daripada rempah ratus yang tertua di dunia
•Di zaman Mesir Purba, rempah ratus ini dianggap lebih bernilai daripada emas dan sutera pada hari ini
•Ia dikatakan mampu membantu melawan penyakit berkaitan otak seperti Alzheimer
•Ia boleh membunuh bakteria Coli 0157 dengan mudah sahaja

Kulit kayu manis adalah rempah ratus yang berasal daripada sejenis pokok Cinnammomum verum.

Selepas bahagian dalam kulit kayu ini diambil, ia akan dikeringkan sehingga terjadinya bentuk batang bergulung seperti yang anda biasa lihat di dapur.

Apa yang unik dan menarik mengenai rempah ratus ini adalah bau, rasa dan warnanya yang sangat tersendiri.

Ciri-ciri ini dikatakan terhasil disebabkan oleh bahagian minyak pada pokok ini yang mengandungi kompaun cinnamaldehyde, yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kita.

Penggunaannya di dalam masakan sebagai penambah perasa adalah sangat luas. Anda mungkin boleh melihatnya ditabur di atas roti, direbus bersama ayam, dibuat sebagai sup ataupun dicampur di dalam kopi.

Khasiat kulit kayu manis terhadap kesihatan:

Hakikatnya, rempah ratus ini mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan individu.

Pakar menyatakan bahawa keupayaan rempah ratus ini adalah disebabkan kewujudan 3 komponen utama yang terdapat di dalamnya.

Komponen-komponen tersebut adalah cinnamaldehyde, cinnamyl acetate, dan cinnamyl alcohol berserta pelbagai lagi kompaun lain yang sangat bermanfaat buat kesihatan kita.

#1. Membantu mengawal kandungan gula dalam darah

Mungkin ada dalam kalangan kita yang belum tahu bahawa rempah ratus ini sebenarnya mampu membantu mengurangkan impak gula dalam darah anda.

Ia berfungsi dengan merendahkan kadar pencernaan setiap kali selepas makan sekali gus mengurangkan peningkatan gula dalam darah selepas makan.

Dalam pada itu, rempah ratus ini sebenarnya mempunyai potensi untuk membantu individu yang menghidap diabetes jenis 2 dengan memperbaiki kebolehan tindak balas tubuh badan mereka terhadap insulin.

Ini sekali gus akan membuat kandungan gula dalam darah mereka kembali normal.

Menurut kajian yang diterbitkan pada Disember 2003 oleh Diabetes Care, pengambilan rempah ratus ini walaupun hanya sekadar 1 gram setiap hari sebenarnya mampu untuk menurunkan kandungan gula dalam darah, triglycerides, kolesterol jahat (LDL) serta kolesterol secara keseluruhannya.

Selain itu, rempah ratus ini juga sebenarnya bersifat antioksidan yang sangat kuat.

Jika hendak dibandingkan dengan pelbagai lagi rempah ratus yang lain seperti buah pala, halia, liku, pudina, anise dan vanila serta pelbagai lagi bahan pengawet makanan BHA (butylated hydroxyanisole), BHT (butylated hydroxytoluene) dan propyl gallate, antioksidan dalam rempah ini lebih tinggi!

#2. Kulit kayu manis dapat merangsang fungsi otak
Bukan sahaja dengan mengambilnya sebagai makanan boleh memulihkan kebolehan tubuh badan untuk mengawal glukosa malahan membaunya sahaja sudah boleh membantu merangsang fungsi otak!

Menurut sebuah kajian pada tahun 2004 oleh Dr. P. Zoladz, mengunyah gula-gula getah berperisa kulit kayu manis atau sekadar membaunya sahaja mampu untuk menggalakkan proses kognitif peserta kajian ini.

Menerusi kajian tersebut, didapati bahawa pengambilan rempah ratus ini mampu membantu peserta meningkatkan markah ujian yang dijalankan dari aspek visual, motor dan pelbagai lagi program yang berasaskan komputer.

#3. Baik untuk jantung dan kesihatan kolon..
Buat anda yang belum tahu, rempah ratus ini sebenarnya adalah sumber yang sangat kaya dengan serat dan mangan selain juga sangat tinggi kandungan kalsium.

Gabungan antara kalsium dengan serat di dalam rempah ratus ini sangat penting dan boleh membantu dalam pelbagai kondisi kesihatan.

Kedua-dua serat dan kalsium ini sebenarnya dapat menggabungkan garam hempedu dan membantu menyingkirkannya daripada tubuh badan kita.

Dengan membuangnya daripada sistem, ia dapat membantu meminimakan kerosakan terhadap sel kolon sekali gus mengurangkan risiko kanser kolon.

Apabila garam hempedu ini dibuang, tubuh badan perlu menguraikan kolesterol untuk membuat garam hempedu yang baharu.

Proses ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol sekali gus mengelakkan risiko serangan sakit jantung atau atherosclerosis.

#4. Membantu mengurangkan penggumpalan darah
Cinnamaldehye atau turut dikenali sebagai cinnamic aldehyde sudah lama diketahui mempunyai keupayaan untuk menambahbaikkan platelet darah.

Ya, platelet darah mungkin memang akan tergumpal bersama di dalam kondisi kecemasan seperti kecederaan fizikal sebagai satu cara untuk menghentikan pendarahan.

Namun, dalam kondisi yang normal, penggumpalan darah yang terlalu banyak boleh menghalang pengaliran darah ke seluruh tubuh badan kita.

Cinnaldehyde yang terdapat di dalam rempah ratus ini p**a akan dapat membantu penggumpalan darah yang terlalu banyak.
Caranya, ia akan menghalang pelepasan asid lemak yang dinamakan asid arachidonic daripada membran platelet serta mengurangkan pembentukan molekul yang dinamakan thromboxane A2.

#5. Kulit kayu manis dapat mengurangkan aktiviti mikrob
Bukan sahaja rempah ratus ini bersikap antiradang, ia juga sebenarnya tergolong di dalam makanan antimikrob.

Menurut kajian, ia mempunyai kebolehan untuk membantut atau membunuh pertumbuhan bakteria seperti fungus ataupun yis yang sangat bermasalah dan berbahaya iaitu Candida.

Dalam satu ujian makmal, pertumbuhan yis yang sangat tahan dengan ubat antikulat yang biasa digunakan iaitu flukonazol, berjaya dihentikan hanya dengan menggunakan ekstraknya.
Tambahan itu, para pengkaji turut menyatakan bahawa rempah ratus ini bukan sahaja boleh berfungsi sebagai bahan pengawet yang efektif malahan juga mampu menambahbaikkan rasa sup lobak merah itu.

13/06/2023

NANAS BATU :

Apa itu nenas batu?

Untuk pengetahuan anda semua, nanas batu atau pine cone ini adalah sejenis tanaman tumbuhan yang berasal daripada kategori keluarga Bromeliaceae sama dengan jenis nanas yang lain.

Ia digelar dengan nama ini dalam kalangan masyarakat kita kerana bentuknya yang seakan serupa dengan batu. Menariknya, kulit dan isi buah ini juga sedikit keras, sesuai dengan namanya.

Mungkin agak kurang pop**ar sebagai bahan makanan atau masakan, namun ia biasa dijadikan suplemen atau jamu kerana nanas batu dikatakan mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan.
Ironiknya, ramai percaya jika jenis nanas lain tidak bagus untuk ibu hamil tetapi tidak bagi nanas batu kerana masyarakat dahulu percaya bahawa ia baik untuk wanita yang baru lepas bersalin.

APA KHASIAT NANAS BATU?

Sebenarnya, buah ini sangat kaya dengan sifat antiradang, antiviral, antibakteria serta antitumor yang sekali gus menjadikan ia sangat bagus dimakan untuk mengelakkan kondisi tertentu.

Ia boleh diambil dengan memakan buahnya, diekstrak untuk jadi jus atau disapu terus pada kulit. Sama seperti buah yang lain, ia masih mempunyai banyak nutrien dan tiada kesan sampingan bahaya.

#1. Meningkatkan sistem imun tubuh badan
Selain sifat-sifat di atas tadi, buah ini juga mampu meningkatkan antibodi di dalam tubuh badan.

Kajian menunjukkan bahawa ia mampu melawan pelbagai jenis bakteria dan virus yang berbahaya termasuk dari jenis Klebsiella pneumonia, Pseudomonas aeruginosa, influenza serta HIV.

#2. Membantu merawat reaksi alergi
Pakar percaya ekstrak daripada nanas ini mampu menurunkan kadar IgE – antibodi yang terlibat dalam reaksi alergi sekali gus akan mengurangkan risiko gejala akibat alahan-alahan tertentu.

Maka, tidak hairan jika individu yang ada masalah alahan disarankan untuk mengambil buah ini dalam usaha mengelak dan mencegah reaksi alergi yang berbahaya seperti kejutan anafilaksis.

3. Membantu merawat luka kecil
Tidak hanya boleh dimakan, nanas batu turut boleh disapu pada kulit untuk membantu merawat luka kecil pada kulit. Buat luka yang lebih besar, diwajibkan untuk kalian terus jumpa doktor.

Ini kerana minyak alami di dalam buah ini kaya dengan sifat antibakteria dan antiviral yang akan membantu melawan jangkitan selain bersifat antiradang yang akan membuatkan luka sembuh lebih cepat.

#4. Badan lebih cergas
Dalam pada itu, nanas jenis ini juga mampu membuat tubuh badan kita lebih cergas dengan cara membuang toksin dari tubuh badan, melancarkan sirkulasi darah, menurunkan kadar kolesterol, menyingkirkan angin atau gas yang terkumpul dan terperangkap.

12/06/2023

BUNGA PAKMA
Bunga Pakma ialah sejenis (BUNGA RAFFLESIA ). Ia ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu.Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis.
Bunga Pakma adalah endemik, bermaknanya di dunia ni cuma ada di Thailand, Malaysia, Indonesia,dan fillipina sahaja.
Bunga Pakma ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia Mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis.
Khasiat dan kegunaan :

Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin sepaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan awet muda. Bunga Pakma juga digunakan sebagai ubat perangsang , buasir, dan untuk serikan muka wanita.
Di Jawa, anak dara minum teh bunga pakma untuk cantikkan bentuk perut dan sebagai perangsang untuk wanita.

12/06/2023

AKAR SENDUDUK

Senduduk atau nama saintifiknya, Melastoma malabathricum merupakan herba di kalangan masyarakat Melayu dan memainkan peranan penting dalam perubatan tradisi Melayu.

Senduduk dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan telah digunakan oleh masyarakat Melayu untuk merawat luka, rawatan selepas bersalin dan pencegahan pembentukan parut kerana jangkitan cacar.

Sehingga hari ini, terdapat lebih 700 kertas jurnal yang telah diterbitkan yang membincangkan hasil penemuan kajian saintifik ke atas senduduk. Kebanyakan dapatan kajian adalah menyokong dan seiring dengan amalan perubatan Melayu tradisi menggunakan senduduk.

Antara dapatan saintifik menunjukkan pelbagai bahagian pokok senduduk mengandungi antioksida, antibakteria, anti-radang dan imunomodulator.

Khasiat lain AKAR SENDUDUK PUTIH :

1. Memulihkan cirit-birit

2. Mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar

3. Melegakan sakit gigi

4. Mengurangkan kembung perut

5. Membantu rawatan selepas bersalin

6. Meredakan angin, sakit saraf & sendi.

12/06/2023

GINENG

Ginseng digunakan dalam ubat tradisional Cina untuk berabad. Ia tumbuh dengan lambat, bersaiz pendek dengan akarnya boleh diklasifikasikan dalam 3 cara, bergantung pada berapa banyak ia tumbuh selalunya 10 hingga 20 cm: segar, putih atau merah.

Ginseng segar dituai sebelum 4 tahun, manakala ginseng putih dituai di antara 4 hingga 6 tahun dan ginseng merah dituai selepas 6 tahun ke atas.

Terdapat banyak jenis herba ginseng yang boleh didapati, tetapi ginseng Amerika yang paling pop**ar adalah Panax quinquefolius dan ginseng Asia iaitu Panax ginseng.

Pengkaji mencadangkan kebaikan kesihatan yang berkaitan adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan tenaga
Ginseng mungkin membantu merangsang aktiviti fizikal dan mental pada seseorang yang terasa lemah dan kepenatan. Satu kajian menunjukkan hasil yang baik dalam membantu pesakit kanser yang mengalami keletihan.

Namun begitu, kesan peningkatan tenaga ginseng hanya boleh dilihat pada individu yang menjalani rawatan. Ia tidak menunjukkan peningkatan yang bererti secara statistik di kalangan mereka yang telah selesai menjalani rawatan kanser.

2. Merawat disfungsi ereksi dan tingkatkan kesuburan lelaki
Ginseng dianggap sebagai tonik atau adaptogenik yang meningkatkan prestasi seksual dan fizikal serta mempertingkatkan tenaga.

Di dalam satu kajian melibatkan 45 lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ginseng merah Korea (900 mg, 3 kali sehari) meningkatkan prestasi seksual keseluruhannya.

60% pesakit mengalami peningkatan ereksi, membuatkan ia menjadi rawatan efektif untuk disfungsi ereksi. Dalam kajian lain yang melibatkan 90 lelaki, ia mempunyai kadar keberkesanan yang sama tetapi 30% kump**an placebo juga menampakkan peningkatan.

3. Baik untuk fungsi otak
Ginseng juga boleh mempertingkatkan fungsi otak seperti memori, tingkah laku dan mood. Sesetengah ujian tiub dan kajian haiwan menunjukkan komponen di dalamnya seperti ginsenosides dan sebatian K, melindungi otak daripada kerosakkan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Satu kajian melibatkan 30 individu sihat yang mengambil 200 mg ginseng Panax setiap hari untuk 4 minggu. Di akhir kajian, mereka menunjukkan peningkatan kesihatan mental, fungsi sosial dan mood.

Namun begitu, kebaikan ini berhenti menjadi signifikan selepas 8 minggu, mengatakan bahawa kesannya mungkin berkurangan apabila digunakan berterusan

4. Mempunyai kesan anti-keradangan
Ginsenosides mungkin mempunyai kesan anti radang, berdasarkan hasil percubaan di dalam Journal of Translational Medicine.
Ia selalunya digunakan untuk mengurangkan keradangan. Pengkaji mengatakan bahawa ginsenosides mungkin memberi kebaikan kepada sistem imum yang boleh mengurangkan keradangan.

5. Meningkatkan fungsi imun
Di dalam kajian melibatkan 227 individu, mereka yang mengambil 100 mg ekstrak ginseng merah Korea (G115) berserta dengan vaksin selesema kurang mengalami batuk atau selesema. Hal ini kerana ia mempunyai tahap aktiviti sel pembunuh semula jadi yang tinggi.

Begitu juga dengan ekstrak ginseng Amerika yang berbeza membantu menghalang jangkitan saluran pernafasan dalam 3 kajian klinikal pada hampir 600 orang.

Mereka yang mengambil serbuk ginseng merah ketika rawatan kemoterapi mempunyai daya hidup tanpa penyakit sehingga 5 tahun dan kadar daya hidup keseluruhan berdasarkan kajian pada 42 individu.

Di dalam kajian lain yang melibatkan 96 individu yang mengalami kanser paru-paru, karbohidrat ginseng meningkatkan fungsi imun dengan meningkatkan Th1 cytokines (IFN-gamma and IL-2), di samping merendahkan Th2 cytokines (IL-4 and IL-5).

6. Menentang kanser
Selain itu, ia juga berfungsi untuk membantu dalam merendahkan risiko sesetengah kanser. Ginsenosides di dalam herba menunjukan bahawa ia membantu mengurangkan keradangan dan memberikan perlindungan anti oksidan.

Kitaran sel adalah proses di mana sel tumbuh secara normal dan terbelah. Ginsenosides boleh memberi manfaat pada kitaran ini dengan menghalang penghasilan dan pertumbuhan sel yang tidak normal.

Kajian sesetengah pengkaji menyimpulkan bahawa individu yang mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet mungkin mempunyai 6% risiko yang rendah dalam pembentukan kanser, seperti kanser bibir, mulut, esophagus, perut, kolon, hati dan paru-paru, berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Ia mungkin juga membantu mempertingkatkan kesihatan pesakit yang menjalani kemoterapi, mengurangkan kesan sampingan dan meningkatkan kesan sesetengah ubat rawatan.

Kajian pada fungsi ginseng dalam pencegahan kanser yang menunjukkan beberapa kebaikan, namun ia masih tidak pasti.

7. Mencegah selesema
Kajian pada kesan ginseng pada tikus menunjukkan kaitan yang berkemungkinan tentang ginseng dan rawatan serta pencegahan influenza dan pernafasan syncytial virus (RSV).
Kajian menunjukkan ekstrak ginseng merah mungkin meningkatkan daya hidup sel epithelial paru – paru manusia yang dijangkiti virus influenza.

Namun begitu, terdapat banyak kajian tindakan ginseng menentang virus tetapi kemudiannya dikatakan penyelidikan tersebut dikatakan diragui dan tidak boleh dipercayai.

8. Fungsi kognitif - Alzheimer Dalam kajian melibatkan 61 orang pesakit Alzheimer, kedua-dua 4.5 g dan 9 g ginseng merah Korea sehari meningkatkan fungsi kognitif, berterusan pengambilannya sehingga 2 tahun.

Dalam kajian lain melibatkan 61 orang, rawatan dilakukan dengan 9 g (bukan 4.5 g) ginseng merah Korea sehari meningkatkan sesetengah simptom Alzheimer.

Selain itu, pengambilan 4.5 g ginseng haba yang diproses sehari selama 24 minggu meningkatkan fungsi kognitif dan simptom tingkah laku dalam kajian lain yang melibatkan 40 orang pesakit Alzheimer.

Merendahkan dos meningkatkan beberapa simptom Alzheimer juga. Formulasi herba dengan ginseng merah Korea dan ginkgo menurunkan penolakan kognitif di kalangan 60 individu yang mengalami masalah kognitif tahap sederhana.

Meskipun kelihatan boleh dipercayai, bukti yang menyokong kebaikan kesihatan ini agak terhad. Anda mungkin boleh mencubanya sebagai terapi tambahan Alzheimer atau keadaan lain yang melibatkan penolakan kognitif jika doktor anda mengatakan bahawa ia mungkin membantu dalam kes anda.

Jangan gunanya sebagai alternatif untuk menggantikan apa yang doktor anda telah sarankan atau preskripkan

9. Menurunkan gula dalam darah
Sesetengah kajian menunjukkan ginseng mungkin membantu merendahkan tahap gula dalam darah anda dan membantu merawat diabetes. Ginsenosides mungkin memberi kesan pada penghasilan insulin di dalam pankreas dan mempertingkatkan ketahanan insulin menggunakan mekanisma lain.

10. Melawan kepenatan dan meningkatkan tahap tenaga
Ia dilihat membantu melawan keletihan dan meningkatkan tenaga. Pelbagai kajian haiwan berkaitan dengan sesetengah komponen ginseng seperti polysaccharides dan oligopeptides dengan merendahkan tekanan oksidatif dan meningkatkan penghasila tenaga di dalam sel, di mana membantu melawan keletihan.
Satu kajian 4 minggu mengenalpasti kesan memberikan 1 atau 2 gram Panax ginseng atau placebo pada 90 individu yang menghidapi keletihan kronik.

Panax ginseng yang diberi dilihat mengurangkan keletihan fizikal dan mental, serta mengurangkan tekanan oksidatif berbanding mengambil placebo.

Memandangkan pelbagai kebaikan kesihatan ginseng sebagai suplemen adalah tidak pasti atau tidak disahkan, ia masih selamat untuk mengambilnya sebagai herba dalm dos yang sedikit jika ia memberikan anda kesan berkhasiat pada anda.

Suplemen boleh didapati untuk dibeli di atas talian. Bandingkan jenama dan produk untuk memastikan suplemen yang anda beli adalah sesuai dan selamat untuk anda. Selalulah bercakap dan berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil suplemen baharu.

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda!

12/02/2023

KHASIAT POKOK KUCING GALAK DAPAT TAMBAH TENAGA

Nama pokok ini kucing galak (Acalypha Indica) merupakan satu tanaman herba yang berkhasiat. Pokok kucing galak juga dikenali dengan nama pokok ceka emas atau pokok chika emas.
Dinamakan kucing galak ada kaitan dengan akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Kucing akan memakan akar kucing galak dengan berselera sekali.
Akar kucing galak merupakan tonik tenaga kepada kucing seperti tongkat ali untuk manusia. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan kucing galak.

Kucing betina p**a memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan anak bagi mengembalikan kekuatannya.
Pokok kucing galak tumbuh liar di negara yang beriklim tropika. Pokok ini memiliki batang yang lembut serta berdaun dan berbuah hijau.
Pokok ini selalunya senang tumbuh di kawasan terbiar berpasir, berhumus tinggi serta terdedah dengan cahaya penuh matahari. Selain itu, ia senang tumbuh di kawasan penempatan, pinggiran jalan dan kawasan lapang yang bercerun.
Keseluruhan pokok kucing galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah tenaga.

Kandungan:

Akar - mengandungi saponin dan tannin
Batang - mengandungi flavonoida, saponin dan tannin
Daun- mengandungi minyak asiri, saponin dan tanin
Bahagian-bahagian dari tumbuhan ini memiliki fungsi yang cukup besar dalam menangani beberapa penyakit yang menyerang manusia.
Secara umumnya, cara mendapat manfaat kucing galak ialah:
- Ambil bahagian akar atau daun.
- Bersihkan terlebih dulu.
- Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
- Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.

Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:

Ulser mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga sembuh.

Penyakit kulit
Basuh kawasan tubuh badan yang mengalami penyakit kulit menggunakan rebusan pokok kucing galak. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.

Menguatkan tenaga batin dan badan kuat
Minum air rebusan akar atau daun pokok kucing galak. Amalkan meminum secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.

Sembelit
Minum air rebusan.separuh gelas waktu pagi dan separuh gelas waktu petang. Lakukan sehingga sembuh

12/02/2023

POKOK BELALAI GAJAH

Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi masalah kesihatan.

Secara tradisional, hanya bahagian daun belalai gajah sahaja digunakan untuk mengubati penyakit.

Daun dimakan secara mentah, sebagai sayur ataupun jus yang dicampurkan bersama jus apel, teh hijau ataupun air tebu. Ia juga kadangkala disediakan dalam bentuk minuman teh.

Daun yang kering digunakan untuk disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti virus kayap manakala daun segar digunakan untuk merawat patukan ular tedung senduk. Ia juga digunakan untuk merawat gigitan serangga dan ruam di kulit.

Kebelakangan ini daun belalai gajah ini digunakan oleh rakyat Malaysia kononnya untuk merawat kanser. Walau bagaimanapun keberkesanan daun belalai gajah ini ke atas penyakit kanser manusia masih belum lagi dibuktikan oleh kajian klinikal.

Selain itu, terdapat juga dakwaan keberkesanan daun belalai gajah adalah di dalam rawatan penyakit diabetes, sakit sendi, ubat sakit, anti-keradangan dan juga antioksidan.

Khasiat daun belalai gajah dikatakan mampu membantu mengatasi masalah seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, malah, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Semoga Bermanfaat..

12/02/2023

HABBATUSSAUDA

Habbatus sauda telah digunakan sejak zaman Mesir purba sebagai ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Di negara kita, habbatus sauda juga dijual dalam pelbagai bentuk – sama ada dicampurkan dengan makanan sunnah lain seperti madu atau dijadikan produk baharu seperti teh atau kopi.
KHASIAT HABBATUSSAUDA :
1. Dapat menurunkan tekanan darah tinggi
Habbatus sauda telah lama digunakan sebagai rawatan hipertensi. Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Hypertension pada tahun 2016, minyak habbatus sauda dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Malah, pakar juga mendapati pengambilan suplemen ini dapat mengurangkan bacaan sistolik dan diastolik pesakit hipertensi.
Walau bagaimanapun, bukan semua orang mendapat manfaat yang sama daripada habbatus sauda. Ada juga pesakit yang tidak mengalami sebarang penurunan tekanan darah walaupun selepas mengambil suplemen yang dibekalkan.
Oleh sebab itu, pesakit tekanan darah tinggi digalakkan untuk mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen tambahan.
2. Sesuai untuk pesakit diabetes
Antara manfaat habbatus sauda ialah kemampuannya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah.
Kajian yang dijalankan pada tahun 2019 dan dimuatkan dalam jurnal International Journal of Environmental Research and Public Health mencadangkan, pengambilan minyak pati habbatus sauda mungkin dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan rintangan insulin badan.
Malah, kajian ini juga memungkinkan penggunaan habbatus sauda sebagai rawatan untuk pesakit diabetes jenis 2 di samping rawatan sedia ada.
Cara terbaik untuk mengamalkan pengambilan habbatus sauda adalah dengan mencampurkannya dengan air.
Bagi pesakit diabetes, anda boleh cuba minum air habbatus sauda ini ketika perut kosong untuk mengurangkan kadar gula dalam darah
3. Khasiat habbatus sauda untuk penghidap asma
Bagi penghidap asma yang menderita dengan simptom seperti batuk, bersin dan sesak nafas, habbatus sauda mungkin dapat membantu.
Walau bagaimanapun, habbatus sauda tidak mempunyai keberkesanan yang sama dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor.
Oleh sebab itu, jangan sesekali gantikan ubat sedia ada dengan sebarang herba atau makanan tambahan. Dapatkan nasihat daripada pakar sebelum mengambil habbatus sauda untuk merawat asma.
4. Dapat membantu menurunkan berat badan
Khasiat habbatus sauda dalam kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang asing.
Di media sosial, ramai yang mengakui dapat menurunkan berat badan setelah mengamalkan minuman yang mengandungi habbatus sauda.
Walau bagaimanapun, pakar masih belum pasti bagaimana habbatus sauda dapat membantu menurunkan berat badan.
Menurut sebuah kajian kecil yang dijalankan ke atas 45 orang wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, pengambilan 2000 mg minyak habbatus sauda selama 8 minggu didapati dapat mengurangkan selera makan dan mengurangkan berat badan.
Namun, masih banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan keberkesanan sebenar habbatus sauda.
Bagi mereka yang ingin mencuba air habbatus sauda, cuba rendamkan 2 sudu kecil herba ini ke dalam air. Kemudian, air tersebut bolehlah diminum.
5. Khasiat habbatus sauda untuk kulit lebih cantik
Inginkan kulit yang lebih sihat dan cantik? Cuba amalkan air rendaman habbatus sauda setiap hari!
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Dermatology and Dermatologic Surgery, individu yang mengambil habbatus sauda mempunyai kulit yang lebih sihat dan kurang jerawat.
Malah, disebabkan sifat antibakterianya, habbatus sauda juga dapat mengurangkan inflamasi dan juga mempercepatkan penyembuhan kulit!

Sekadar Perkongsian.. Semoga Bermanfaat!

12/02/2023

TONGKAT ALI

Di Malaysia, Tongkat Ali terkenal sebagai tumbuhan herba ajaib terutama bagi merawat atau mengatasi masalah kesuburan lelaki. Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia (EL) mempunyai pelbagai fungsi dari pelbagai bahagian tumbuhan termasuk daun, batang dan juga akar.

Tongkat Ali biasanya dijumpai di di hutan tropika, hutan berpasir ke kawasan pergunungan sekitar 1 kilometer atau 1000 meter. Tongkat Ali telah dipercayai mempunyai fungsi yang pelbagai kepada kesihatan manusia termasuklah sebagai anti-bakteria, anti-malaria, mencegah pereputan tulang dan sebagainya.

Khasiat Tongkat Ali Pada Kesihatan:

1. Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Satu kajian telah dijalankan selama 30 hari dengan penglibatan 76 orang lelaki yang lebih tua dan mempunyai kadar testostron yang rendah. Peserta-peserta kajian ini diberikan 200 mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari untuk melihat sebarang perubahan pada tahap hormon.

Keputusannya tahap hormon mereka meningkat secara signifikan dalam kalangan 90% peserta kajian.

2. Mengelakkan dari Tulang Reput (osteoporosis)

Osteoporosis merupakan satu keadaan di mana tulang kepadatan tulang berkurangan dan menjadi rapuh. Keadaan ini menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Keadaan ini kerap dialami oleh golongan warga emas terutama wanita selepas menopous, apabila badan tidak dapat lagi menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

Tongkat Ali atau Eurycoma longifolia (EL) telah menunjukkan kesan yang berbeza apabila pada dos 25µg/mL, sel-sel lebih aktif membesar atau membahagi berbanding sel-sel yang tidak dirawat.

3. Mengurangkan Stres dan Tekanan

Stres dan tekanan sering dialami oleh golongan dewasa oleh sebab pelbagai tanggungjawab dan tugasan harian. Oleh itu pelbagai cara telah ditemui untuk mengurangkan tekanan, termasuklah berikhtiar dengan minuman ekstrak Tongkat Ali.

Seramai 63 peserta (32 lelaki dan 31 perempuan) telah menjalani analisis hormon stres sebelum dan selepas uji kaji. Hasil kajian mendapati, peningkatan yang signifikan telah ditemui dengan Tekanan (-11%), Kemarahan (-12%) dan Kekeliruan (-15%).

Setelah peserta-peserta kajian mengambil minuman ekstrak Tongkat Ali ini juga mendapati, status hormon testosteron juga meningkat, dan berkurang hormon stress, cortisol.

4. Boleh Meningkatkan Saiz dan Kekuatan Otot

Tongkat Ali sering dikaitkan dengan kemampuannya yang mampu meransang penghasilan hormon testosteron. Hormon testosteron yang tinggi dikaitkan dengan fizikal yang tegap dan maskulin.

Oleh itu, pengambilan ekstrak minuman Tongkat Ali yang konsisten mampu membantu meningkatkan j***m otot dan mengurangkan penghasilan lemak dalam badan.

5. Mempunyai kesan Anti-Malaria

Malaria adalah penyakit berjangkit yang tersebar melalui jangkitan nyamuk. Di Malaysia, prevalens penyakit malaria amat rendah tetapi di peringkat global telah mencatatkan hampir setengah juta kematian akibat penyakit Malaria pada tahun 2018.

Tongkat Ali dipercayai mempunyai sebatian eurycomnone dan asid 7-methoxy-beta-carboline-1-propionic yang mempunyai kesan anti-malaria.

6. Mencegah Jangkitan Bakteria

Daun Tongkat Ali telah terbukti mampu mencegah dari jangkitan bakteria seperti Salmonella Typhi, Escherichia Coli (E.Coli), Staphylococcus aureus dan Serratia marscesens. Bakteria -bakteria ini mampu menyebabkan jangkitan pada kulit, paru-paru dan darah.

7. Meningkatkan Prestasi Seks Lelaki

Golongan dewasa lelaki sering dikaitkan dengan ‘mati pucuk’ atau kualiti hidup terganggu. Satu minuman tambahan mengandungi ekstrak Tongkat Ali atau ‘Physta’ telah diberikan kepada peserta kajian yang berusia 40-45 tahun. Setelah 12 minggu, peserta kajian melaporkan peningkatan pada prestasi seks, dan juga kualiti hidup mereka.

8. Membaiki/menambah baik metabolisma badan

Kadar metabolisma badan yang baik akan mempercepatkan proses pembakaran lemak dan pembebasan tenaga dalam badan. Tongkat Ali dipercayai mampu mempercepatkan fungsi hormon Thyroxine yang berfungsi meransang pengambilan oksigen lalu mempercepatkan proses pembebasan tenaga dari badan.

9. Melambatkan Kenaikan Paras Gula dalam Darah

Bagi pesakit kencing manis, kenaikan paras gula mendadak merupakan ‘red flag’ yang patut diawasi sepanjang masa. Jika tiada pengawalan pada paras gula, pelbagai komplikasi yang lebih buruk mungkin berlaku kepada tubuh badan.

Kajian telah dilakukan ke atas pelbagai tumbuhan herba dan mendapati Tongkat Ali antara 13 tumbuhan yang menunjukkan kemampuan dalam meningkatkan pengambilan glukos atau gula dalam darah di sel lemak 3T3-L1 selepas suntikan insulin dilakukan.

Artikel Berkaitan: Punca Kencing Manis dan Rawatan

10. Boleh Melawan Kanser

Satu kajian telah dijalankan ke atas pelbagai bahagian Tongkat Ali meliputi daun, batang dan akar. Hasil dapatan menunjukkan 16 dari bahagian tersebut menunjukkan kesan anti-kanser dan mampu menghalang perebakan sel-sel kanser dalam badan.

Antara kanser yang dikesan mampu dihalang adalah kanser payudara dan kanser paru-paru. Secara ringkasnya, Tongkat ali boleh dianggap sebagai terapi tambahan untuk rawatan pelbagai jenis kanser pada manusia.

Kesimp**an
Sebagai kesimp**an, pelbagai khasiat Tongkat Ali telah dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji saintifik. Khasiat dan fungsi Tongkat Ali bukan sahaja pada akarnya, tetapi juga daun dan batangnya. Namun harus diingatkan tentang dos dan saranan pengambilan seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan.

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Sungai Petani?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Category

Telephone

Address

Sungai Petani
08000

Other Food & Grocery in Sungai Petani (show all)
Kaizat enterprisehypergear Kaizat enterprisehypergear
Sungai Petani, 08000

an authorized dealer for Hypergear

Econsave Econsave
Lot PT 47155, Jalan Kuala Ketil, Bandar Puteri Jaya
Sungai Petani, 08000

Rakan Niaga HajFoods Rakan Niaga HajFoods
No 28, Arked Niaga Bandar Puteri Jaya, Bandar Puteri Jaya
Sungai Petani, 08000

Lutfir Rahman Enterprise (HajFood) HajFoods adalah pengumpul dan pengedar produk Muslim.

Ibulicious FamCorner Ibulicious FamCorner
Sungai Petani, 08000

Menjual pelbagai, barang rumah home deco everythingg.. asal senangkan hari hari anda..

Grocery & Barang-barang runcit Grocery & Barang-barang runcit
Sungai Petani, 08000

Barang value dari low cost :)

MI CELOP UNCLE MAT MI CELOP UNCLE MAT
Hadapan Shell Taman Sejati ( Berhampiran Subaidah)
Sungai Petani, 08000

Peminat Sup Thai / Mi Celop/ Keteow Theng Kini Mi Celop Resepi Ori Thai berada di Sungai Petani Jom try kelainan pada Sup Thai kami Berhadapan dengan Shell Taman Sejati. Operasi J...

Njgadget Njgadget
Sungai Lalang
Sungai Petani, 08000

NJGADGET TRUSTED SELLER �IPHONE NEW,USED &ANDROID �Cash & Ansuran �ORIGINAL �Cash on Deli

Pasar Segar Lapan Lapan SP Saujana Sdn Bhd Pasar Segar Lapan Lapan SP Saujana Sdn Bhd
115A-120A, Jalan PKS (B) PUSAT KOMERSIAL SAUJANA SP SAUJANA
Sungai Petani, 08000

PATUT & JIMAT

Anom Ikan Bakar Anom Ikan Bakar
605, Jalan Peruda 1, Taman Peruda Utama
Sungai Petani, 08000

Anom Ikan Bakar

Kedai Ibu Zola " Ala Ala Nasi Kandar " Kedai Ibu Zola " Ala Ala Nasi Kandar "
Jalan Anggerik 2/1B Bandar Amanjaya, Sg Petani.
Sungai Petani

Kedai ibu Zola " Ala ala nasi kandar " Beroperasi :- Sabtu - Khamis Cuti :- Jumaat Buka :- 4.00

Sabun dozee Sabun dozee
No 228 Jalan Anggerik 3/6 Bandar Amanjaya O8000 Sungai Petani
Sungai Petani, 08000

Mutiara teguh frozen taman cindai jaya Mutiara teguh frozen taman cindai jaya
No 26&27 Jalan Cindai Jaya 1, Taman Cindai Jaya, Sungai Petani
Sungai Petani, 08000

AAA MUTIARA TEGUH ENT CAWANGAN TAMAN CINDAI JAYA SP