Sayangilah Allah & Rasulullah S.A.W.
Assalamualaikum semua,kami sebagai admin ingin menyatakan tujuan kami membuat page ni kerana ingin menyampaikan maklumat2 penting kepada anda.
_" *Kesakitan, Kepedihan, Kedukaan* dan segala bentuk ujian hanyalah sekecil kecil peringatan ALLAH SWT agar kita *Sedar* bahawa adanya *Sedahsyat Dahsyat* seksaan sedang *Menanti*.."_
Bismillah...
Anda pernah lihat jamaah seperti ini memasuki kampung, komplek, kota Anda? Atau menumpang tidur di masjid/surau anda?
Jika anda menjumpai mereka, berilah salam kepada mereka sambil tersenyum, tanyakan keperluan mereka, bantulah mereka, HATI-HATI. Jangan usir mereka..
Mereka berjalan kaki bukan krn tiada kereta, tidur di masjid bukan kerana tiada rumah, bukan juga mereka tiada keluarga..
Mereka tinggalkan sementara dunia dan kemewahan mereka untuk berjuang di jalan Allah, berusaha mengajak orang untuk taat dengan cara paling sederhana yang pernah Rasulullah saw dan Sahabat lakukan.
Asbab mereka lah banyak hidayah tersebar ke seluruh pelosok negeri yang jauh tanpa meminta upah. Dan bisa jadi asbab mereka juga murka Allah tertangguhkan..
Jika Anda sanggup dan bersedia, sertailah mereka pada bila bila masa yg anda ada..
MAULANA ILYAS KANDHLAWI : ULAMA SUFI, DAIE & MUJADID LUAR BIASA
Maulana Ilyas Kandhlawi (1885- 1944), Badi’uzzaman Said Nursi (1877- 1960), Syeikh Umar Mukhtar (1858- 1931) & Syeikh Izzuddin Al Qassam (1882- 1934) adalah ulama sufi yang hidup sezaman. Persamaan keempat-empat mereka adalah berakidah Asya’irah wal Maturidiyah, bermazhab dengan salah satu mazhab fiqh yang empat & bertasawuf dengan tarekat-tarekat muktabar.
Keempat2 mereka hidup di ambang kejatuhan Daulah Uthmaniyah, satu zaman yang sangat mencabar bagi umat Islam. Jika Syeikh Umar Mukhtar & Syeikh Izzuddin Al Qassam bergelumang di medan jihad, Maulana Ilyas & Said Nursi p**a bergelumang di medan tarbiah & islah umat. Inilah kemuliaan hidup yang Allah kurniakan pada mereka.
Maulana Ilyas Kandhlawi adalah seorang ulama besar India. Beliau lahir dalam keluarga ulama. Beliau juga seorang ulama bertarekat Chistiyah, satu tarekat yang masyhur di kalangan para ulama India. Beliau sangat warak & tawaduk. Akhlaknya dipuji oleh semua orang yang pernah bertemu dengannya.
Sejak dari usia mudanya, keilmuan beliau dalam pelbagai bidang diakui oleh para ulama India. Ketika dianjurkan perhimpunan para ulama besar India di Kandahla, mereka meminta Maulana Ilyas untuk mengimamkan solat mereka. Antara ulama besar yang hadir pada ketika itu ialah Maulana Asyraf Ali At Tanwi, Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri & Maulana Abdur Rahim Ar Raipuri.
Di India pada ketika itu, umat Islam di bandar sangat teruja & mengagungkan cara hidup British. Manakala umat Islam di kampung p**a mencampur adukkan amalan Hindu dalam kehidupan mereka. Keadaan ini sangat menyedihkan Maulana Ilyas. Maka beliau meninggalkan madrasahnya di Nizamuddin lalu pergi ke Mewat & membina madrasah (maktab) di sana.
Mewat adalah sebuah daerah yang dihuni oleh suku Meo. Major Powlett pernah menulis tentang keadaan suku Meo di Mewat sebelum kedatangan Maulana Ilyas seperti berikut:-
“Orang Meo semuanya Islam, tetapi hanya pada nama…Mereka menyambut hari kebesaran Hindu di samping hari kebesaran Islam..Ketika berkahwin, Brahmin Hindu akan melaksanakan upacara perkahwinan. Manakala majlis akad nikah p**a dilaksanakan oleh Kadi. Sangat sedikit yang melaksanakan solat di kalangan mereka…Masjid-masjid juga jarang kelihatan…Hanya terdapat 8 buah masjid dalam 50 buah kampung…Mereka benar2 jahil terhadap agama mereka…”
Di Mewat, Maulana Ilyas menawarkan pengajian percuma di madrasahnya berserta wang saku kepada orang-orang Meo. Namun usaha Maulana Ilyas ini gagal menarik minat mereka untuk mendalami ilmu agama. Maulana Ilyas berasa sangat sedih.
Pada tahun 1931, ketika mengerjakan haji di Mekah, Maulana Ilyas mendapat ilham bahawa untuk menarik manusia kepada Allah, mestilah dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad pada permulaan dakwah Islam iaitu berjumpa manusia dari pintu ke pintu & dari hati ke hati.
Apabila p**ang ke Mewat, Maulana Ilyas bersama anak2 muridnya memulakan dakwah dengan jaulah dari rumah ke rumah. Setiap hari berpuluh-puluh batu lembah Mewat dilalui oleh Maulana Ilyas. Tidak sedikit ancaman & kecederaan yang dialami oleh Maulana Ilyas. Namun beliau tetap sabar & istiqamah. Ketika berhadapan dengan orang2 Mewat, beliau menunjukkan akhlak yang sangat baik hatta kepada para samseng.
Lama-kelamaan, usaha dakwah beliau mula diterima. Penduduk Mewat sangat terkesan dengan akhlak & kesungguhan Maulana Ilyas. Mereka mula minat pada agama. Masjid-masjid mula didatangi & mereka mula menghantar anak-anak mereka belajar di madrasah.
Suasana Mewat bertukar. Dari masyarakat yang meninggalkan amalan2 agama kepada msyarakat yang taat beragama. Maulana Ilyas mula mengutuskan jemaah dakwah dari Mewat ke tempat-tempat lain di India. Dari sinilah bermulanya gerakan jemaah tabligh.
Berapa ramai yang begitu jauh dari agama, berubah menjadi seorang yang sangat mencintai Islam. Setelah itu, ulama2 besar India juga turut melibatkan diri dalam usaha dakwah ini.
Sebagai seorang ulama sufi, beliau sangat menitik beratkan ilmu, zikir, ibadat & khidmat pada karkun-karkun jemaah Tabligh. Pada beliau, amalan-amalan tersebut tidak boleh dipisahkan dari dakwah, begitu juga sebaliknya. Berkat usaha yang dijalankan oleh Maulana Ilyas, hari ini jutaan umat Islam dapat diislahkan. Tidak sedikit juga orang-orang bukan Islam yang mendapat hidayah dari usaha dakwah yang dijalankan oleh Jemaah Tabligh.
Kini, jutaan Jemaah Tabligh bergerak di seluruh dunia atas maksud dakwah. Selain dari gerakan Islam yang bersifat antarabangsa, perhimpunan tahunan Jemaah Tabligh diiktiraf sebagai perhimpunan kedua terbesar umat Islam selepas perhimpunan Haji di Mekah. Maulana Ilyas Kandhalwi memang layak digelar “Mujadid yang Luar Biasa’.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara
FIR'AUN
Ustaz : "Kalau kita hidup zaman Firaun agak-agak kita jadi pengikut Firaun ke, atau pengikut Nabi Musa?"
Jemaah : "Tentulah Nabi Musa."
Ustaz : "Yakin?"
Jemaah : "Yakinnnnn"
Ustaz : "Tapi yang membangunkan Mesir, Firaun. Yang bina piramid, Firaun. Yang terKAYA, Firaun. Yang ada kuasa tentera, bala tentera dan pengikut yang ramai, Firaun. Yang boleh beri PERLINDUNGAN Firaun. Yang MAHA Berkuasa Firaun
Yang boleh sediakan MAKANAN MINUMAN, Firaun. Yang boleh sediakan HIBURAN, Firaun. Yang buat shopping complex, Firaun. Musa cuma pengembala kambing je. Cakap pun tak fasih. Senjata dia pun cuma sebatang tongkat. Masih yakin?"
Jemaah : »»dah mula diam««
Ustaz : "Dah la kerja cuma jaga kambing, tau-tau ajak kita redah laut tak guna sampan atau kapal. Yakin ke kita nak ikut Musa ni?"
Dasyat Ustaz ni perli......
Betapa manusia zaman Firaun dan zaman kita TIDAK BANYAK BEZA.
Kita di zaman ini masih lagi lebih percayakan pada harta, kedudukan, duit, pangkat, jawatan dan pengaruh.
Kebenaran kita akan tolak bila terkena orang yang berpengaruh, orang berkuasa dan orang yang kita idolakan.
Sungguh...Fir'aun itu tetap wujud hingga ke akhir zaman...cuma berlainan wajah dan bentuk.
Selamat beramal.
Semoga Beroleh Manfaat..
Allahuma SoliAla Saiyidina Muhammad
Ada seorang perempuan remaja bertanya saya semalam, " Abang Mirul, Alhamdulillah, saya telah mendapat jurusan kejururawatan di kelantan. Tapi, yang saya musykil ini adalah boleh atau tidak saya menyentuh pesakit yang bukan mahram setelah saya bekerja sebagai jururawat nanti?"
Jawapan:
Bagi tujuan perubatan, dalam islam mengharuskan menyentuh pesakit yang bukan mahram. Ia dikategorikan sebagai darurat kerana orang tertentu saja yang mahir dalam bidang ini. Jadi, dalam keadaan darurat diharuskan untuk menyentuh.
"Ad-darurotu tubihul mahzuro" yang bermaksud sesuatu yang darurat mengharuskan perkara yang dilarang.
Jangan risau.
Sekian. :-)
IBLIS MEETING DENGAN FIRAUN
INI ada satu cerita, Iblis terkutuk berdebat dengan Firaun durjana. Tiada yang baik antara keduanya, namun ada yang teruk macam mereka.
Kononnya, pada suatu malam, Iblis pergi ke istana Firaun ketika ‘sahabatnya’ itu hendak tidur. Tiba sahaja di hadapan kamar Firaun, Iblis pun mengetuk pintu lalu memanggil Firaun keluar.
Firaun berang tidak terkira kerana ada yang berani mengganggunya ketika dia mahu melelapkan mata. “Siapa yang berani ketuk pintu bilik tidur aku?,” tanya Firaun yang sombong itu dengan suara bengis.
“Hai! Bukankah engkau sentiasa dakwa diri engkau tuhan, tapi aku ada di sebalik pintu depan engkau pun engkau sudah tidak tahu. Tapi tidak apalah. Sebenarnya aku Iblis. Keluarlah sekarang kerana aku mahu berbincang dengan engkau,” jawab Iblis selamba.
Dia menyeringai, puas hati kerana awal-awal lagi dia sudah berjaya memperlekehkan Firaun, seorang raja negara besar yang digeruni ramai.
Maka, setelah Firaun membuka pintu dan melihat Iblis tercegat bercekak pinggang di hadapannya, dia jadi bertambah marah.
“Engkau memang makhluk tidak berguna. Dengan makhluk lain, bahkan Nabi Adam, engkau bersikap biadab. Dengan aku pun engkau mahu tunjuk keras kepala?,” sergah Firaun.
Iblis senyum. “Anggapan engkau salah. Sebenarnya engkau lebih teruk daripada aku,” jelas Iblis yang tidak terkesan pun dengan kemarahan Firaun.
“Kenapa engkau kata begitu?,” tanya Firaun, api kemarahannya semakin membara.
“Cuba engkau fikir. Aku lebih tua, lebih cerdas dan lebih kuat daripada engkau. Tapi aku tidak seberani engkau. Aku hanya tidak mahu tunduk pada Nabi Adam apabila diperintah ALLAH kerana aku lebih hebat.
“Aku dijadikan daripada api, sedangkan Adam (manusia) dijadikan daripada tanah. Mana boleh aku tunduk padanya! Bagaimanapun, aku tidak pernah tolak keesaan ALLAH.
“Tetapi engkau; walaupun hanya manusia biasa, tiada kelebihan apa pun, namun engkau berani mengaku kononnya engkau tuhan,” kata Iblis.
Firaun sedar kelemahannya. Dia teringat betapa dia cuba menghalang ancaman terhadap diri dan kekuasaannya dengan mengeluarkan perintah supaya semua bayi lelaki dibunuh, tetapi dengan kuasa ALLAH, Nabi Musa AS membesar di istana sebagai anak angkatnya sendiri dan akhirnya menjadi apa yang dianggap sebagai musuh yang akhirnya menyebabkan seluruh tentera serta dirinya tenggelam di lautan.
“Benar apa yang kamu katakan. Kalau begitu aku mahu bertaubatlah,” kata Firaun kepada Iblis.
Iblis, yang sentiasa penuh dengan tipu-helah itu menjawab: “Jangan. Penduduk Mesir sudah menerima engkau sebagai tuhan. Bila kamu cabut taraf ketuhanan daripada dirimu itu, mereka akan berpaling daripadamu, akan memusuhimu dan memporak-perandakan kekuasaanmu. Akhirnya kamu akan menjadi orang yang hina-dina.”
“Benar juga kata-kata engkau. Tetapi, aku mahu tahu adakah di dunia ini ada makhluk lain yang jahat selain aku?,” tanya Firaun.
“Ada,” kata Iblis. “Orang yang tidak sudi menerima permohonan maaf,” kata Iblis, sebelum beredar.
ALLAH yang Maha Berkuasa pun sentiasa mengalu-alukan hambaNya memohon ampun daripadaNya dan ALLAH bersedia mengampunkan hambaNya walaupun dosa mereka banyak.
Rasulullah SAW mengajarkannya kepada isteri Baginda, Aisyah, ketika Aisyah bertanya kepada Baginda: “Wahai Rasulullah, andainya aku berjumpa lailatul qadar, apa yang perlu aku katakan?.”
Baginda bersabda: “Katakanlah: Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau cintakan kemaafan, maka maafkanlah kami.”
ALLAH berfirman (Sohih Muslim) yang maksud: Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal Aku akan mendekatinya sehasta. Sesiapa yang menghampiriKu sehasta aku akan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan Aku akan pergi kepada dalam keadaan bersegera.
Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu. Wallahualam. Selamat berpuasa.
Kisah Nabi Syam'un AS
Islamuna.info - Etimologi Simson: Ibrani, شمشون : Arab atau Syam'un artinya 'yang berasal dari matahari'. Nabi Syam'un adalah salah seorang Nabi dari kalangan Bani Israil.
Syam'un dalam Islam Kisah Nabi Syam'un/Samson/Simson ini tidak terdapat dalam Al Quran namun kisah Syam'un ini ada pada kitab Qisasul Al Anbiya'. Dalam kitab itu dikatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. tersenyum sendiri, lalu ditanya oleh sahabatnya, "Apa yang membuatkanmu tersenyum wahai Rasulullah?" Muhammad menjawab, "Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika seluruh manusia dikumpulkan di mahsyar, ada seorang Nabi dengan membawa pedang yang tidak mempunyai pengikut satupun, masuk ke dalam syurga. Beliau adalah Syam'un".
Dalam kitab Muqasyafatul Qulub karangan Imam Ghazali ada menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. berkumpul pada bulan suci Ramadhan. Di dalam usrah itu Rasulullah S.A.W. bercerita mengenai Nabi Allah S.W.T. bernama Syam'un A.S. Rasulullah S.A.W. menggelarnya Sam’un Ghazi.
Syam'un A.S. telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan kekuatan luar biasa seperti berkebolehan melembutkan besi, mampu menewaskan binatang buas dan berkemampuan untuk mengangkat tiang istana dan merobohkannya.
Berani menentang kebatilan Nabi Allah ini menentang keras perbuatan kaumnya yang ingkar dengan perintah Allah S.W.T. Pada masa itu, Raja Israil sendiri adalah seorang yang ingkar dengan perintah Allah dan zalim p**a terhadap rakyatnya. Sifat bongkak raja tersebut mengundang rasa benci beliau terhadap raja tersebut sehingga menyebabkan baginda tidak henti-henti untuk berdakwah kepadanya walau dengan apa cara sekalipun.
Sifat istiqamah Syam'un A.S. mengundang padah padanya apabila beliau berjaya ditangkap setelah isterinya sendiri mengkhianatinya. Syam'un A.S. pernah berkata kepada isterinya berkenaan kelemahan dirinya yang boleh dilemahkan dengan mengikat dirinya dengan rambutnya sendiri. Akhirnya Syam'un A.S. ditangkap.
Syam'un A.S. telah diseksa dan dibutakan matanya. Namun, ia tidak menghalang dirinya untuk terus berjuang menentang kebatilan. Syam'un A.S. berdoa kepada Allah S.W.T. agar dikembalikan kekuatan yang dianugerahkan kepadanya dahulu. Allah S.W.T. memakbulkan doa baginda.
Syam'un A.S. telah menggunakan kekuatan yang diperolehinya semula dengan meruntuhkan seluruh istana sehingga mengorbankan raja dan isteri beliau sendiri.
Selepas kejadian itu, Syam'un A.S. kemudian bersumpah untuk beribadah selama 1000 bulan tanpa henti. Daripada kisah yang diceritakan inilah, maka datang wahyu berkenaan malam Lailatul Qadar yang sama dengan keberkatan 1000 bulan.
Hal ini adalah kerana terdapat sahabat baginda Rasulullah S.A.W. yang bertanya kepada baginda untuk mereka ikut jejak langkah Nabi Syam'un A.S. Baginda terdiam sejenak sebelum malaikat Jibril datang menurunkan wahyu kepada baginda Rasulullah S.A.W. mengenai satu malam pada bulan Ramadhan yakni malam Lailatul Qadar iaitu sesiapa yang beribadat pada malam tersebut, pahala amalannya menyamai 1000 bulan beribadat.
Inilah Kisahnya : Simson atau Samson adalah seorang nabi di dalam ajaran Islam yang dikenal dengan nama Nabi Sam’un Ghozi AS. Kisah nabi ini, terdapat di dalam kitab-kitab, seperti kitab Muqasyafatul Qulub dan kitab Qishashul Anbiyaa. Nabi Sam’un Ghozi AS memiliki kemukjizatan, yaitu dapat melunakkan besi, dan dapat merobohkan istana. Cerita Nabi Sam’un Ghozi AS adalah kisah Israiliyat yang diceritakan turun-temurun di jazirah Arab. Cerita ini melegenda jauh sebelum Rasulullah lahir.
Dari kitab Muqasyafatul Qulub karangan al Ghazali, diceritakan bahwa Rasulullah berkumpul bersama para sahabat dibulan Suci Ramadhan. Kemudian Rasulullah bercerita tentang seorang Nabi bernama Sam’un Ghozi AS, beliau adalah Nabi dari Bani Israil yang diutus di tanah Romawi.
Dikisahkan Nabi Sam’un Ghozi AS berperang melawan bangsa yang menentang Ketuhanan Allah SWT. Ketangguhan dan keperkasaan Nabi Sam’un dipergunakan untuk menentang penguasa kaum kafirin saat itu, yakni raja Israil.
Akhirnya sang raja Israil mencari jalan untuk menundukkan Nabi Sam’un. Berbagai upaya pun dilakukan olehnya, sehingga akhirnya atas nasehat para penasehatnya diumumkanlah, barang siapa yang dapat menangkap Sam’un Ghozi, akan mendapat hadiah emas dan permata yang berlimpah.
Singkat cerita Nabi Sam’un Ghozi AS terpedaya oleh isterinya. Karena sayangnya dan cintanya kepada isterinya, nabi Sam’un berkata kepada isterinya, “Jika kau ingin mendapatkanku dalam keadaan tak berdaya, maka ikatlah aku dengan potongan rambutku.”
Akhirnya Nabi Sam’um Ghozi AS diikat oleh istrinya saat ia tertidur, lalu dia dibawa ke hadapan sang raja. Beliau disiksa dengan dibutakan kedua matanya dan diikat serta dipertontonkan di istana raja.
Karena diperlakukan yang sedemikian hebatnya, Nabi Sam’un Ghozi AS berdoa kepada Allah SWT. Beliau berdoa kepada Allah dimulai dengan bertaubat, kemudian memohon pertolongan atas kebesaran Allah.
Do’a Nabi Sam’un dikabulkan, dan istana raja bersama seluruh masyarakatnya hancur beserta isteri dan para kerabat yang mengkhianatinya. Kemudian nabi bersumpah kepada Allah SWT, akan menebus semua dosa-dosanya dengan berjuang menumpas semua kebathilan dan kekufuran yang lamanya 1000 bulan tanpa henti.
Ketika Rasulullah selesai menceritakan cerita Nabi Sam’un Ghozi AS yang berjuang fisabilillah selama 1000 bulan, salah satu sahabat nabi berkata : “Ya Rasulullah, kami ingin juga beribadah seperti nabiyullah Sam’un Ghozi AS. Kemudian Rasulullah SAW, diam sejenak.
Kemudian Malaikat Jibril AS datang dan mewahyukan kepada beliau, bahwa pada bulan Ramadhan ada sebuah malam, yang mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada kitab Qishashul Anbiyaa, dikisahkan, bahwa Rasullah Muhammad SAW tesenyum sendiri, lalu bertanyalah salah seorang sahabatnya, “Apa yang membuatmu tersenyum wahai Rasulullah?”
Rasullah menjawab,
“Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika dimana seluruh manusia dikumpulkan di mahsyar. Semua Nabi dan Rasul berkumpul bersama umatnya masing-masing, masuk ke dalam surga. Ada salah seorang nabi yang dengan membawa pedang, yang tidak mempunyai pengikut satupun, masuk ke dalam surga, dia adalah Sam’un.” . Demikian kisah Nabi Sam’un Ghozi AS atau yang lebih dikenal dengan Samson atau Simson.
Sumber: Salim Umar Alattas
Markaz Malaysia..
MASJID JAMEK SRI PETALING
(Lamasjidun ussisa 'alattaqwa)
Masjid Jamek Sri Petaling ini merupakan markaz ataupun pusat dakwah utama bagi Jemaah Tabligh seluruh Malaysia. Masjid ini dibina diatas bukit dan segala belanja adalah dari sumbangan dari umat Islam dan persendirian, tiada bantuan dari pihak kerajaan ataupun mana-mana syarikat korporat. Ia juga dibina seratus peratus oleh orang Islam.
Masjid ini tersergam indah diatas sebuah bukit di Bukit Jalil tidak berapa jauh dari Stesyen LRT Bukit Jalil ataupun Sri Petaling. Kawasannya begitu luas kerana ia juga mempunyai sebuah Madrasah Tahfiz dan Alim bernama Madrasah Miftahul Ulum dan disebelahnya sebuah kantin yang juga agak besar dengan ruang makannya. Ruang solatnya juga luas dan satu saf mampu memuatkan beberapa ratus Jemaah.
Bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki dimasjid ini mesti merasakan satu kelainan berbanding masjid-masjid lain disekitar Lembah Klang ataupun diseluruh Malaysia. Suatu perasaan kerohanian dijiwa membuat hati merasa sayu dan tersentuh. Mungkin kerana masjid ini hidup dengan amalan seperti di Masjid Nabawi ketika zaman Rasulullah SAW dahulu dengan amalan Dakwah, Taalim, Ibadat dan Khidmat.
Jika diperhatikan dengan teliti pasti ramai yang perasan bahawa pintu masuk kedalam masjid ini tidak mempunyai selak di mana-mana penjuru samada dipintu utama ataupun disebelah kiri dan kanan masjid. Lebih unik lagi masjid ini tidak berkunci dan tidak boleh dikunci. Ia sentiasa dibuka 24 jam sehari dan sesiapa sahaja boleh keluar masuk kedalamnya untuk beribadat tidak kira masa.
Memang ada Imam dan Bilal yang tetap didalam pentadbiran Masjid Jamek Sri Petaling. Mereka bertanggungjawab diatas urusan utama termasuk Azan, Solat Berjemaah dan juga aktiviti dan program lain seperti kelas agama dan sebagainya.
Namun demikian tugas-tugasan lain seperti keselamatan, pembersihan, tukang masak adalah secara s**arela dan bertukar setiap hari ataupun masa tertentu. Ini diberi kepada setiap Jemaah yang baru p**ang dari keluar berdakwah samada didalam atau luar negara. Ada juga yang memberi masa selama 10 hari atau beberapa hari untuk menjadi s**arela berkhidmat kerana Allah.
Masjid ini sentiasa ada programnya setiap hari 24 jam dari Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya sentiasa ada Jemaah yang sibuk dengan amalan samada infiradi (sendiri) ataupun secara Ijtima’I (beramai). Setiap waktu Solat akan dihadiri oleh ratusan makmum dibelakang seorang imam.
Suatu perkara yang unik dan tidak akan dijumpai dimana-mana masjid di Malaysia,adalah tiadanya tabung menderma didalam masjid ini. Bagi mereka yang pertama kali solat dimasjid ini dan mahu menderma pasti akan kecewa dan tertanya-tanya dimanakah tabung untuk menderma.
Segala perbelanjaan untuk pentadbiran masjid ini adalah dibuat secara persendirian oleh mana-mana ahli Jemaah dan individu yang telah mendapat persetujuan dari Ahli Syura, jadi kutipan wang tidak boleh diterima dari sumber yang tidak diketahui puncanya.
Masjid ini dilengkapi dengan tandas dan bilik mandi yang sejumlah bilangan yang banyak untuk kegunaan ahli Jemaah dan keselesaan. Jadi Jemaah tidaklah menunggu begitu lama untuk urusan dibilik air.
Masjid ini juga selalu mengadakan Ijtima untuk ahli Jemaah Tabligh seluruh Lembah Kelang dan dihadiri hampir 30 ribu jemaah.
Setiap hari Sabtu malam Ahad(malam sabguzari) ada program mingguan iaitu Bayan atau ceramah selepas Solat Maghrib sehingga Isya. Masjid ini akan dipenuhi oleh ribuan ahli Jemaah dari seluruh Lembah Kelang. Ceramah atau penerangannya (bayan) tidak berbau politik ataupun untuk kutipan derma tetapi lebih kepada usaha dakwah dan usaha atas iman dan akhirat. Diakhir bayan akan dibuat Tasykil ataupun mengambil nama untuk mereka yang bersedia berkorban harta dan masa keluar dijalan Allah.
Bagi sesiapa yang berkunjung di Bukit Jalil dan kawasan sekitarnya silalah datang kemasjid ini dan duduk didalam program yang disediakan untuk santapan rohani. Semoga masjid yang dibina atas dasar taqwa ini akan terus hidup dengan amalan seperti dizaman Rasulullah SAW dahulu.
Hari ini iman kita Turun Dan Naik .Untuk Tingkatkan Iman.Seseorang itu perlu Korbankan Harta Diri dan Masa mereka Di Jalan Allah taala Untuk Jumpa umat..Rm1 Sangat Bernilai Disisi Allah.Sifat Ziarah-Menziarah sudah Biasa Dilakukan Dalam Usaha ini.Ini Allah Taala akan Berikan Syurga dimana dia boleh Ziarah-Menziarahi Diantara 7 Peringkat Syurga.Subhanallah.
Daripada Abdullah bin Amr r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW
bersabda," Maksudnya "SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT" (HR. Imam Bukhari)
Antara 27 tanda anda sudah menjadi hamba dunia
1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.
2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.
3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.
4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.
5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besuk, nanti dan seterusnya.”
6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.
7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah
8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.
9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.
10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.
11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.
12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.
13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya
14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak bisa mengingatkan Anda kepada Allah.
15. Anda menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.
16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya
17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.
18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.
19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang s**a berfoya-foya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.
20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.
21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya
22. Anda sangat perhatian dengan penampilan fisik Anda.
23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.
24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.
25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar bisa segera melanjutkan pekerjaan.
26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini bisa jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.
27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.
- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh..
Aamiin
-adminbaitie-
" jika dunia melebihi akhirat maka kita akan terlupa untuk beribadah "
Ingatlah kaum hawa dirimu hanya untuk orang yang bergelar suami...bukan untuk tatapan umum...renungkan bersama
Islam itu mudah tapi kita yang menyukarkannya..
Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? " Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?" Jawab bapanya, ✅ Bukankah nak berjudi kena bayar? ✅ Bukankah nak minum arak kena bayar? ✅ Bukankah nak merokok kena bayar? ✅ Bukankah masuk pub kena bayar? ✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar? Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak. ✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar ✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar ✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar ✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma. 〰〰〰〰〰〰 Wahai saudaraku! Menyebarkan mesej ini juga percuma.... Tetapi jika ada yang mengamalkannya, kita pasti diganjari pahala berganda...
-admin baitie-
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
No 22 Lorong Blm 1/6 Bandar Laguna Merbok
Sungai Petani, 08000
Pakar dalam bidang interior design masjid dan surau, sandblasting, signboard dan islamic design
Taman Seri Bayu
Sungai Petani, 08000
Taman seri Bayu, Sungai Petani, Kedah
Sungai Petani
Sungai Petani, 08000
Detox & Change Your Body & Brighten Your Skin To Be Fit Without A Week..
Jalan Badlishah
Sungai Petani, 08000
عَلَيْكُمْ بِالتِّجَارَةِ فَإِنَّ فِيْهَا تِسْعَةَ أ?
LOT51, 16C-9, Jalan MIEL 4/5, KAWASAN PERUSAHAAN BAKAR ARANG
Sungai Petani, 08000
I have 12 years car sales experience and helping over 400 hundred of families to own their DREAM CAR
Bedong
Sungai Petani, 08100
http://www.wasap.my/+60124413574/haiDDMSsayanakservistangkiseptik
Sungai Petani
Sungai Petani
Hola! Welcome To My Little Diary🧚🏻♀️ 🏰✨ Lifestyle | Cooking | Fashion