Kalam Ulama
Sesungguhnya aku bertawassul dngn Al Mukhtar (Rasulullah) semulia mulia orang yg menceritakan langit rahsia Tuhan yg Maha Esa lagi Maha Tunggal.
📍 Malaysia.
Jangan kamu permalukan saudaramu yang jatuh dalam kemaksiatan, kerana sesungguhnya pintu taubat masih terbuka dan kamu tidak tahu, mungkin Allah menerima taubatnya sementara dosamu yang telah dipermalukannya masih ada di sisiNya.
Syeikh Mutawalli Asy - Sya’rawi ~
Jika kau tahu Tuhan mu terus menerus memberi anugerah sementara kau p**a bermaksiat kepadaNYA, maka berwaspadalah.
Tujuan utama orang-orang di zaman sekarang ini hanyalah pop**ariti dan kemasyhuran, sedangkan mereka tidak mempunyai amal dan ilmu.
Abuya Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki ~
Ulama' berbeza pandangan tentang wajah wanita itu aurat atau tidak.
Tetapi sepakat Ulama' mengatakan, haram berhias wajah bagi wanita di depan lelaki ajnabi.
Habib Umar Bin Hafidz ~
Saya tahu dengan benar bahawa para sufi adalah para pencari jalan Allah dan bahawa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan yang terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagi sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi.
Imam Al Ghazali رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى ~
Para sufi tidak pernah iri hati dan dengki terhadap takdir orang lain, sebab mereka benar-benar sedar apapun yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya merupakan pilihan yang terbaik bagi mereka.
Sheikh Abu Hasan Asy Syadzili ~
Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali رحمة الله تعالى mengatakan zikir dengan kalimah tauhid itu terbahagi kepada tiga jenis mengikut martabat atau maqam masing-masing.
Pertama, zikir dengan nafi dan ithbat iaitu, “La ilaha illah”. Kemudian nafi tanpa ithbat iaitu zikir dengan nama, “Allah”. Seterusnya isyarat dengan dhamir atau kata ganti nama, “Hu”.
Yang pertama bertujuan untuk memberi kesedaran dan keluar daripada kelalaian. Kedua untuk memperkukuhkan kehadiran dan ketiga sebagai sebab untuk keluar daripada apa yang selain-Nya.
Lihat Al-Burhan ‘ala Manzilah al-Ihsan, hlm. 77 ~
Kredit : Kalam Sufi
2 langkah saja menuju ke Syurga Allah, pertama berbuat ketaatan dan yang keduanya tinggalkan maksiat.
Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al Jailani رحمه الله ~
TUJUAN MAJLIS MAULID.
Maka di antara tujuan diadakan majlis seperti ini dimana dibacakan nasyid dan qasidah-qasidah yang menceritakan akan sanjungan dan mulianya akhlak Sayyidina Rasulullah ﷺ, bukan hanya untuk disebut dan diulang-ulang sahaja, tapi tujuan utamanya adalah agar kita dapat mentauladani dan mencontohi akan sifat-sifat baginda Rasulullah ﷺ, daripada akhlak mulianya, daripada sifat pemaafnya, dan sifat-sifat mulia yang lainnya.
Habib Muhammad bin Munsib Habib Ali bin Abdul Qadir al-Habshi ~
Kredit : Tengku Yusuff
Tidak layak seseorang yang berakal itu untuk bertanya,
“Mengapa kalian menyambut maulid?”
Seolah-olah bertanya,
“Mengapa kalian bergembira dengan adanya Nabi?”
As Sayyid Muhammad Al Maliki ~
Dua hal besar yang sering menghalang manusia dari Allah سبحانه وتعالى, iaitu cemas atas rezeki dan takut kepada makhluk.
Sheikh Abu Hasan As-Syadzili ~
Akan datang hari-hari yang berat.
Hidup ini tidak akan kembali normal seperti sebelumnya. Segala sesuatunya akan berubah, dan perubahan yang terjadi mungkin akan sangat dahsyat.
Akan ada banyak fitnah. Hindarilah fitnah. Jagalah dirimu sendiri dan keluargamu. Semoga Allah سبحانه وتعالى mengampuni kita.
Syaikh Hisham Kabbani QS ~
Pesanan Tuan Guru M***i Haji Ibrahim Tok Raja (1871-1955) buat kaum wanita.
Dipetik daripada kitabnya bertajuk Pesanan Nur Kepada Perempuan;
“Hai sekalian perempuan yang bertuhan kepada Allah سبحانه وتعالى dan berpenghulu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, wajiblah kamu ambil tahu benar-benar fasal hukum menjaga tubuh badan kamu kerana orang yang tidak turut hukum Allah dan Rasul-Nya disifatkan lebih daripada lembu kerbau..”
Kredit : Tengku Yusuff
Jangan gunakan mulutmu kecuali untuk dua perkara; diam dan tersenyum. Tersenyum untuk menyelesaikan masalah, dan diam untuk menghindari masalah.
Sheikh Mutawalli Sya’rawi ~
Mengaji agama ni, walau tinggi mana sekalipun tetapi tidak mengaji tasawwuf’, sampai bila-bilalah dia berasa dia lebih alim dari orang lain.
Tuan Guru Haji Abdul Wahab Hassan (Tuan Guru Haji Awang Lanai) ~
“Aku tidak peduli atas keadaan susah senangku, kerana aku tak tahu yang manakah di antara keduanya itu yang lebih baik bagiku.”
Sayyidina Umar Al Khattab ~
Dosa boleh dihapuskan dengan taubat. Pahala boleh dihilangkan dengan riak.
Almarhum Tuan Guru Harun Din ~
Barangsiapa berbalah mengenai perkara khilafiyah, itu tanda kebodohannya.
Al-Imam An-Nawawi ~
Keredhaan wanita yang paling dekat dengan Allah adalah ketika mereka berada di dalam rumah, jauh daripada pandangan ajnabi.
Habib Umar bin Hafidz ~
Click here to claim your Sponsored Listing.