Kimchi Clan
Jaminan kami untuk pos kimchi yang berusia 7 hari ke bawah sahaja supaya anda menikmati kimchi fresh
Cabbage kimchi ataupun kimchi kubis Cina. Kami menggunakan napa cabbage yang segar dan terpilih. Dikendalikan secara homemade, bersih dan terjamin kesuciannya. Kami beroperasi dari Kedah dan sang*t menitikberatkan isu kebersihan dan kesucian.
Kimchi raw (mentah) tidak dimasak atau ditambah cuka, hanya diperam secara natural namun akan berjaya membangkitkan deria rasa anda.
Tiada tambahan perasa makanan dan pengawet digunakan. Kandungan gula juga rendah, hanya untuk memberi makan kepada bacteria baik dalam fermentasi (kami guna gula organik).
Bagaimana rasa kimchi? Kimchi rasanya masam, masin dan sederhana pedas. Kadangkala rasa bergas (fizzy)
Bahan-bahan yang digunakan terjamin kesucian, bersih dan segar. Stok kimchi kami tak simpan lama. Kami pos kimchi stok baru saja kerana keupayaan penyimpanan yang terhad dan inginkan anda menikmati kimchi yang masih baru dibuat kecuali kalau kurier lambat sampai, itu luar bidang kuasa kami. Harap boleh bertimbang rasa.
Bahan yang digunakan; napa cabbage, lobak merah, lobak putih, daun bawang, serbuk cili Korea, bawang holland, bawang putih, halia, epal Fuji, air bertapis, gula organik, tepung pulut, garam, sos ikan. Warna merah kimchi ialah hasil penggunaan serbuk cili Korea. Jika menggunakan serbuk cili yang biasa digunakan dalam masakan Melayu, warna kimchi tak cantik dan tidak menghasilkan rasa smokey yang ada pada kimchi.
Setelah dapat kimchi, sila sejukkan dahulu. Jika boleh, pindahkan kimchi ke dalam bekas kedap udara. Kimchi boleh tahan setahun lebih kalau cara penyimpanan yang betul dan jika peti sejuk anda berada dalam keadaan suhu yang optimum. Biasanya saya akan kata boleh tahan 1-3 bulan supaya anda cepat habiskan dan order lagi🤣
Jangan terkejut dengan bau kimchi yang kuat dan jika ada leaking itu normal juga sebab kimchi kami pos yang masih belum fermented ,jadi kimchi akan hasilkan gas, penyebab bau dan leaking.
Selepas anda order, kami akan mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja untuk pos kimchi anda.
Order di whatsapp sahaja buat masa ni: https://wa.me/60126687567
Soalan famous juga ni. Kali ni kita bagi buyer yang jawab sendiri hehe. Kalau nak beli tekan link di bawah / link on bio okay.
https://shope.ee/9pFiFBhABv
Dulu-dulu, dalam lingkungan tahun 2007-2010 susah nak jumpa makanan Korea yang halal. Tengok kdrama je teringin nak makan ramyun, tapi tak halal pulak. Sejurus saja halal ramyun masuk ke pasaran Malaysia, terus sis pergi cari. Masa nak bayar tu cashier tanya halal ke ni, sebab tak pernah nampak orang Melayu beli. Terus tunjuk logo halal KMF. Masa ni ramai lagi tak tau pasal KMF. Orang Malaysia mostly hanya percaya halal jakim sedangkan halal KMF juga diiktiraf oleh jakim.
Ramyun pertama halal yang masuk ke pasaran Malaysia ialah Shin Ramyun. Size lebih besar daripada mi segera Malaysia, makan sebungkus memang kenyang. Ramyun dia pun lebih kenyal dan tak mudah kembang kalau masak lama sikit. Ramai yang kenal ramyun jenama Samyang sebab popular dengan ramyun yang pedas. For me personally lebih s**a Shin Ramyun sebab berkuah😋. Apa ramyun kegemaran anda?
Storytime!
The other day, I was just chatting with my seonsangnim's wife, and she asked if I can drive. I told her I got my driving license at 18 but haven't hit the road since then. Surprisingly, she wasn't surprised about me not driving for so long – turns out, she's in the same boat! 😆 She said there's even a Korean term for that, 장롱면허, (literal translation = wardrobe license) which basically means you got a license but haven't really used it much.
Back in the days, people used to stash important stuff in their wardrobe. Also getting a license was a big deal, and if you weren't driving often, it could end up forgotten in the wardrobe for ages.
Hidangan yang dimeriahkan dengan kedatangan kimchi:
Kimchi sandwich
Kimchi burger
Kimchi with roasted sweet potato
Kimchi soup/jjigae
Kimchi with roasted beef/ grilled beef
Kimchi fried rice
Kimchi jjigae
Upgrade kimchi anda dengan kimchi dari Kimchi Clan! Kita punya kimchi ni lain sikit tau.
Fresh: Kita buat terus hantar. Seminggu selepas kimchi dibuat, kami tak pos dah kimchi tu, simpan untuk makan sendiri je
Takde pewarna, takde MSG! Kimchi kami natural je. Fermentation start bila postage start.
10,000+ orang dah bagi 5 bintang dekat Shopee. Yang repeat order pun ramai tau. Slide tepi untuk tengok rating.
Jomlah order! Dekat Shopee ada banyakkkk voucher sekarang. Time ni la paling best nak beli apa pun online.
https://shope.ee/2VSjLQq2p9
No one comfort food: Kimchi Jjigae💯😋. Kimchi jjigae ni sehari selepas buat lagi bertambah sedapnya. Macam kuah laksa, sehari selepas rasa lebih sedap. Kaya dengan protein sebab kita letak protein tuna & tauhu. Tambah lagi mushroom, tabur daun bawang n cili hiris, masam2 pedas, so comforting
Alamak, nak buat kimchi sendiri tapi malas nak fikir resepi mana yang menjadi. Nak buat totally from scratch pun hiris lobak merah sampai jari berdarah, kacau sampai lenguh tangan🤭. Nak beli gochugaru pun kadang tak kena gaya.
Eh, tak payah susah dah! Kimchi Clan nak tolong korang jadi kimchi master dengan Kimchi Paste ni. Saya panggil ni potion kimchi ajaib. Campak sikit paste kat sayur-sayuran, ferment sikit, siap dah kimchi sedap, oppa Korea pun tak semua pandai buat😆
Istimewanya kimchi paste ni:
1) First in Malaysia! Saya berani cakap kami yang pertama buat kimchi paste kat sini tau, tak ada kedai lain jual (sekarang dah ramai la). Rasa lagi power sebab guna paste yang sama je macam kimchi ready made kami
2) Jimat masa. Tak payah hiris bawang sampai menangis, paste ni dah siap semua! Tinggal campur je, senang macam buat mi segera, masa untuk layan Netflix tu makin banyak! Hehe
3) 1 pack kimchi paste boleh buat 1 ke 2.5kg kimchi tau, nak buat napa, lobak, timun, semua boleh! Nak pedas lagi, hiris cili padi gaul sekali, pergh menyeng*t
4) Takde bahan pengawet, takde tambah MSG, hanya diperasakan dengan organic cane sugar yang harum aromanya
5) 99.9% pelanggan yang beli paste ni berpuas hati dengan paste ni dan paling penting after sale service. You all tak pandai buat bila dah dapat? Sis guide tanpa bayaran tambahan tau
Jomlah join kimchi revolution dengan Kimchi Paste kami! Klik link ni untuk order kimchi paste yang akan dibuat fresh dan diposkan kepada anda. https://shope.ee/4pqWGimCEl
P.S. Share kimchi creations uolls tau kat Instagram dengan ! Sis tak sabar nak tengok kimchi uolls
Ing*t, dengan Kimchi Paste Kimchi Clan, air mata yang keluar nanti hanya sebab terharu dapat buat kimchi dengan less effort 🤭🥰
Berbeza dengan yang korang beli kat supermarket, kimchi kami ni fresh tau. Kimchi yang dah lebih 7 hari daripada tarikh production, kami takkan pos dah.
Kimchi ni macam masakan rumah, takde bahan pengawet, takde additives. Setiap gigitan kimchi, ada probiotic, kimchi kami ni ditapai secara semulajadi, cepat atau perlahan bergantung pada suhu persekitaran.
Lidah korang memang layak dapat yang terbaik, dan kimchi kita sedia buat setiap makanan jadi bertambah enak!
Order sini ayuh:
https://shope.ee/9zYR0b6ixc
Sekarang banyak sang*t dh kimchi jual dekat pasaraya, dekat online pun banyak je tapi sis ni masih beli dengan kami. Terima kasih banyak tau, semoga sentiasa dilimpahi rezeki☺️
Ramai puas hati buat kimchi guna kimchi paste
Maybe sebab after sale sama kot 🤭. Sebab tak semua mampu nak layan customer 1-1 lepas pembelian. Soalan pulak bertalu-talu. insha'Allah mana yg mampu kita jawab. Kimchi paste insha'Allah minggu depan saya buat, get ready sapa nak buat kimchi tu tunggu que okay
Kimchi dah sampai tapi tak masam lagi la. Nak buat macam mana? Kalau nak masam lagi, biarkan dekat suhu bilik, jangan simpan dalam peti sejuk lagi. Suhu bilik akan mempercepatkan proses fermentasi. Tapi kalau kimchi dah masam dah tak boleh reverse bagi fresh balik tau🤭🫰😅
Serbuk cili tempatan vs. serbuk cili Korea (gochugaru) untuk kimchi. Ramai jugak yang tanya boleh tak nak buat kimchi guna serbuk cili babas? Jadi tak kimchi?
Jawapan saya: Mestilah boleh dan jadi jugak. Kalau tak letak serbuk cili pun masih jadi kimchi sebab perkara paling penting untuk kimchi ialah proses fermentasi.
Sebelum kemas**an serbuk cili ke Korea, mereka tak gunakan serbuk cili pun. Boleh tengok dokumentari di Netflix bertajuk 'The Nation of Kimchi'.
So apa je beza guna serbuk cili babas / lokal brand dengan serbuk cili flakes Korea punya? Paling ketara adalah 2 perkara ni:
1. Rasa
Serbuk Cili Tempatan: Pedas menyeng*t. Letak sikit pun dah rasa pedas. Tekstur halus, rasa berempah.
Serbuk Cili Korea (Gochugaru): Bau dan rasa smokey, manis2, pedas yang sederhana especially yang khas untuk buat kimchi. Tidak ada rasa berempah.
2. Warna
Serbuk Cili Tempatan: Kurang merah. Kalau nak cantik warna kena letak dalam kuantiti yang banyak.
Serbuk Cili Korea: Memberi warna merah terang dan cantik.
Jadi, kalau nak kimchi rasa authentic tradisional Korea,serbuk cili Korea adalah pilihan terbaik! Tapi kalau takde pilihan ataupun nak jimat, guna serbuk cili babas tu pun okay je. 🌶️🇲🇾🇰🇷
Spicy gochugaru available ya. Yang nak extra spicy boleh add on gochugaru ni, ing*t tau pilih variation spicy sebab yang biasa punya under 'mild'. Boleh guna untuk buat dipping sauce n sundubu jjigae jugak tau. Made in Korea
Lama tak share feedback. Campuran customer baru + semestinya paling ramai yang repeat order🤗. Tqvm
Isnin nak open order pa kimchi. Kalau yang mengidam tu boleh beli ya. Pa kimchi sedap makan dengan ramen
A NATION OF KIMCHI
Show ni memang wajib ditonton, terutama kalau uolls s**a kimchi ataupun Korean food.
Rancangan ni bukan semata-mata dokumentari tapi dia seolah-olah bawak kita melalui pengembaraan yang mengujakan. Diorang start pengembaraan ke pulau yang menarik, iaitu Jangsando.
Nak tahu apa yang bestnya? Rancangan ni lain sikit daripada dokumentari biasa. Dalam rancangan ni diorang terus terjun ke dalam dunia kimchi, start from scratch orang kata. Diorang turun ke pantai yang berlumpur, mencari ketam kecil dan sotong. Dan apa yang diorang buat dengan bahan-bahan ni? Ya, dimasukkan dalam kimchi paste🤤. Aduh belum siap kimchi dah mula kecur air liur.
Actually rancangan ni bukan direka untuk penonton antarabangsa base on apa yang saya nampak. Memang nak bagi orang Korea je yang tonton agaknya. Diorang tak describe kimchi secara details from A to Z jadi kalau anda tak tahu langsung apa rasa kimchi, susah jugak nak faham macam mana rasanya. Macam kelab intermediate level kimchi pulak😌.
Selain tu diorang tunjuk pelbagai jenis kimchi, dari versi timun yang refreshing untuk summer hingga variasi unik mengikut musim macam ikan gizzard shad (tak tau apa dalam bm) masa autumn dan pheasant (1st time tengok kimchi jenis ni) semasa winter. Diorang melawat jugak tempat-tempat macam 'bandar kimchi mustard ataupun g*t kimchi,' G*t kimchi ni paling teringin nak rasa tapi tu la jenis green mustard tu tak ada di Malaysia, jenis yang seakan-akan maybe ada la, sawi pahit tu cuma daunnya lebar.
Korang tahu tak orang Korea dah start makan sayuran dan makanan laut yang telah difermentasikan selama hampir 2 ribu tahun lalu! Serbuk cili hanya dimasukkan dalam kimchi selepas penemuan New World pada tahun 1492. Kiranya awal2 dulu diorang tak letak pun gochugaru dalam kimchi lagi.
Menonton show ni memang membuatkan kecur air liur terutamanya kalau perut tengah lapar. Awas! Jangan tengok masa tengah lapar🤭.
So kalau sesiapa yang berminat untuk meneroka dunia kimchi yang menarik ini, wajib la tengok 'A Nation of Kimchi'.
Photo from: https://usa.newonnetflix.info/info/81686735
Melihat Keajaiban Ciptaan Tuhan dalam Setiap Gigitan Kimchi!
Kimchi paste sudah datang. Meh la order. Macam biasa tak banyak stock utk paste ni, first come first serve. Postage terawal hari Ahad ya. Boleh slide gambar untuk tengok hasil mereka yang buat kimchi guna kimchi paste
https://shope.ee/4fUa4c6DwR
Ada customer tanya, dia cuba buat sendiri kimchi tapi kenapa tak jadi sama macam saya buat?
Sebenarnya saya buat pun rasa kimchi tak sama every time (slightly different, hardly noticeable). Rasa kimchi dipengaruhi banyak perkara walaupun guna kaedah, s**atan dan resepi yang sama. Even rasa cabbage mentah pun ada slightly different (dipengaruhi oleh cuaca, tanah dan masa harvest). Tapi ing*t, perkara paling basic anda perlu tahu untuk buat kimchi ialah:
Pengasinan (salting)
Salting ni proses paling penting sebab kalau skip yang ni, kimchi cepat rosak. Dengan salting juga, tekstur kimchi akan menjadi rangup kerana air dikeluarkan semasa proses osmosis. Tahap asid yang rendah juga membuatkan bakteria yang bahaya tidak mampu terus hidup.
Jangan skip step ni untuk cabbage kimchi ya. Kimchi lain ada juga yang skip proses salting ni, kena tengok tekstur sayur yang anda nak guna tu.
Actually bahan nak buat kimchi for Kimchi Clan tak pernah berubah. Bahan tetap sama dari dulu, yang berubah hanya brand.
Sebelum saya dapat stock gochugaru khas untuk buat kimchi, saya guna chilli flakes biasa je. Tapi ada masalah besar iaitu banyak biji dan terlalu pedas. Kalau letak sikit je, warna mehh sang*t. Tak rupa kimchi.
Bila dah dapat gochugaru for kimchi, saya try different brand pulak sebab ada setengah brand pedas sang*t, ada yang harga murah tapi tak ada smokey taste.
Kalau gochugaru tu kualiti bagus, i won't compromise walaupun harganya mahal. No 1 for me should be the quality.
Bahan nak buat kimchi tak banyak tapi kualiti bahan menentukan ketahanan kimchi, kesedapan dan kesegaran kimchi.
Kalau saya kata saya tweak recipe, saya tak add or remove any ingredients tau but instead i might use a different brand, i might adjust the ingredient's ratio.
I will not downgrade any of the ingredients just to reduce the cost. You'll get what's worth it.
Alah membeli menang memakai🙆
Kuatnya rasa bawang putih / halia dalam kimchi ni!
Rileks, jangan gelabah, jangan kecewa dulu. Biasa je terjadi ni overpowering taste of individual ingredients. Especially bila kimchi tu masih lagi fresh, kita akan selalu dapat rasa bahan yang ada dalam kimchi terutama bahan yang rasa kuat macam halia dan bawang putih.
Sebab tu kita perlu bagi masa kepada kimchi untuk peram lebih lama (kalau kimchi sampai awal 1-3 hari). Selepas kimchi fully fermented, baru lah rasa individu bahan akan mula pudar dan kimchi akan rasa well balance masam fizzy dan umami
Worry about the addition of sugar in kimchi?
I've discovered that adding a bit of organic sugar actually balances the kimchi's flavor beautifully, as opposed to omitting it. By the way, we have conducted a sugar-free test batch to actually compare both.
Kimchi Clan's kimchi recipe calls for a bit of organic sugar.
1. Does sugar in kimchi spike blood sugar levels? The sugar content in kimchi typically doesn't significantly spike blood sugar levels.
2. During fermentation, beneficial bacteria consume much of the sugar, converting it into lactic acid and other compounds.
3. As a result, the final kimchi product usually has a relatively low sugar content.
4. However, if you have diabetes or closely monitor blood sugar levels, individual responses can vary.
5. It's advisable to consult with a healthcare professional or registered dietitian for personalized guidance regarding Kimchi and blood sugar.
Enjoy kimchi in moderation and prioritize your health! 🌶️🩸
Seronok sang*t bila customer send gambar kimchi diorang yang dibuat guna kimchi paste
1 pack boleh hasilkan
1) 1-2kg cabbage kimchi
2) 2-3kg radish kimchi
3) 2-3kg cucumber kimchi
4) 1kg green onion kimchi
Open for order tapi postage esok. Available 25 pack sahaja utk batch ni
Danmuji, atau lebih dikenali sebagai jeruk lobak kuning Korea merupakan hidangan sampingan yang popular di Korea. Danmuji diperbuat daripada lobak putih (daikon) segar dalam campuran cuka, gula, garam, serbuk kunyit, lada hitam dan daun bay.
Keunikan rasa danmuji terletak pada keseimbangan manis dan masam yang menyegarkan, serta teksturnya yang rangup. Sesuai dinikmati bersama jjajangmyeon, ramyeon, bulgogi, kimbap, atau ayam goreng kegemaran anda. Selain menyedapkan, danmuji juga memberikan sentuhan warna yang menaikkan selera kepada hidangan anda.
Dapatkan danmuji berkualiti tinggi kami sekarang dan tambahkan sentuhan Korea ke hidangan anda. Danmuji ni kami buat bila ada order saja tau, fresh gila dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba keunikan danmuji kami.
Berat bersih: 400g
Muslim product
https://shope.ee/1LD7yCla1r
Boleh tak nak simpan kimchi dalam freezer?
Biasanya kimchi disimpan pada bahagian chiller, suhu ideal sekitar 0-4°c.
Bila kita simpan kimchi dalam freezer, ada beberapa perkara yang boleh jadi:
MUSLIM MADE KIMCHI❤️ (@kimchiclan) on Threads Boleh tak nak simpan kimchi dalam freezer? Biasanya kimchi disimpan pada bahagian chiller, suhu ideal sekitar 0-4°c. Bila kita simpan kimchi dalam freezer, ada beberapa perkara yang boleh jadi:
Semuanya yang repeat order je. Tq tak jemu2 order. Semoga murah rezeki selalu ya. Meh beli harini, Shopee bagi free shipping n banyak voucher tu. Jom order.
Bahan2 yang ada dalam kimchi. Yang penting, kena peram dulu ya
Kimchi sebagai topping burger💯😋
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Contact the business
Telephone
Website
Address
08000
Opening Hours
Monday | 09:00 - 17:00 |
Tuesday | 09:00 - 17:00 |
Wednesday | 09:00 - 17:00 |
Thursday | 09:00 - 17:00 |
Friday | 09:00 - 17:00 |
Sungai Petani
Kami pakar dalam menyediakan kek buah kukus dari resepi warisan Ibunda. Rasanya yang pasti sedap dan lembab. Boleh dijadikan hadiah di hari bahagia anda. Love, KEDAH CREW
581, 3/8 Jalan BPJ
Sungai Petani, 08000
Dapoq Che AA menyediakan pelbagai jenis pes masakan (Ready to Cook) untuk kegunaan harian. Kami meng
NO 106, TAMAN SRI KOTA, KOTA KUALA MUDA
Sungai Petani, 08500
saya menjual bahan masakan mentah. Untuk maklumat lebih terperinci boleh contact kami.
Sungai Petani, 08000
Rosemary lamb grill , kambing Perap citarasa hotel ramuan dan setuhan 5star sejak 10tahun dari cheff tok Amy KAMBING PERAP 500G RM 25 AYAM ITALIAN. 500G. RM 15 BERMIN...
SP HEIGHT
Sungai Petani, 08000
Pembekal kambing perap pak syeikh dan dadih cedoqq premium
Sungai Petani
Jamu Tok Ngah Lijah Membantu Melegakan: Sakit Pada Lutut, Sendi, Pinggang, Angin Ahmar, Saraf Tersepit, Slip Disc & Juga Untuk Bantu Hilangkan Rasa Kebas, Semut & Sakit Mencucuk-cu...
Sungai Petani
Trusted Seller for kek batik and homemade cookies in Sg Petani, Kedah Whatapp for details: 013793801
683 Batu Dua Jalan Kuala Ketil
Sungai Petani, 08000
popia ini hasil daripada hasil turun temurun .Resepi Popia ini dihasilkan dengan nestum yang cukup b
29, Jalan Keranji 1/3, Taman Keranji Jaya
Sungai Petani, 08000
我们备有精美的传统满月礼盒 普通版-RM24/套 超值版-RM30/套 钻石版-RM38/套 至