Kospen Taman Terendak Permai
KOMUNITI SIHAT PEMBINA NEGARA TAMAN TERENDAK PERMAI, KLINIK KESIHATAN SUNGAI UDANG, MELAKA
Hampir 2.3 juta (5.1%) dewasa di Malaysia menghidap tiga penyakit tidak berjangkit iaitu;
๐๐ถ๐ฎ๐ฏ๐ฒ๐๐ถ๐, ๐๐ถ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ป๐๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐น๐ฒ๐๐๐ฒ๐ฟ๐ผ๐น ๐ง๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ถ
Elakkan risiko berganda bagi serangan sakit jantung dan strok dengan amalan gaya hidup sihat:
๐ Kawal berat badan
๐ Makan secara sihat dan seimbang serta kurangkan makanan tinggi garam, gula dan lemak
๐ Pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong yang mencukupi
๐ Amalkan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari
๐ Berhenti merokok
Jom lakukan saringan berkala. Ia mudah, cepat, dan selamat.
Saring segeraโผ๏ธ Jangan bertangguh, anda mungkin sudah mengidap penyakit tidak berjangkit tanpa disedari.
Jom sama-sama kita ubah dan kawal pengambilan kuah yang bersantan dan banyak minyak di dalam hidangan.
Ambil mengikut keperluan, elak kalori berlebihan dan cegah obesiti serta penyakit!
Saringan kesihatan berkala di Taman Terendak Permai. Kali ini, pendekatan berbeza dilakukan dengan cara lawatan dari rumah ke rumah.
Tarikh : 21 Jun 2024
Masa : 8.30 pagi - 11 pagi
Tempat : Jalan TP 16, 18, 19, 20, 21 & 22 Taman Terendak Permai
Tahniah kepada semua sukarelawan KOSPEN dan ahli jawatankuasa yang terlibat ๐๐ป
Saringan Kesihatan Berkala di Balai Raya Taman Terendak Permai anjuran KOSPEN, JPKK, Persatuan Kebajikan & Keselamatan Penduduk, KRT Taman Terendak Permai, KRT Persatuan Kebajikan Kejiranan Penduduk Taman Terendak Permai serta Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sungai Udang.
Tarikh : 7 Jun 2024
Masa : 9 pagi - 12 tengahari
Jumlah Saringan : 36 orang
BEKALKAN ANAK AIR KOSONG KE SEKOLAH
Pilihlah air kosong berbanding minuman manis kerana air kosong tiada kalori. Air kosong dapat membantu anak anda kekal hidrasi dan bertenaga sepanjang hari selain dapat mengawal suhu badan.
Bahkan, pengambilan air kosong mengikut saranan Panduan Diet Malaysia 2020 mampu membantu meningkatkan FOKUS daya tumpuan dalam pelajaran anak anda di sekolah.
Pastikan anak-anak anda minum air kosong yang mencukupi iaitu 6 hingga 8 gelas sehari.
Bagaimana nak cukupkan 6 โ 8 gelas air kosong setiap hari?
๐งGuna botol air yang menarik
๐งSediakan air samada sejuk atau suam mengikut citarasaatau kesukaan anak anda
๐งMinum air kosong dengan kerap walaupun ketika tidak dahaga
๐งMinum 1 โ 2 gelas air ketika waktu makan utama
๐งMinum 2 gelas air lebih daripada biasa apabila anak anda melakukan aktiviti fizikal atau bersukan
๐งBoleh juga tambahkan perasa semulajadi dalam air kosong (seperti hirisan lemon, timun atau daun
pudina) bagi menarik minat anak anda yang sukar minum air kosong
Ingat! Minum cukup air kosong setiap hari. Jangan lupa untuk bawa bekal air kosong ke sekolah ya!
Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu
Tahniah sukarelawan KOSPEN Taman Terendak Permai yang menghadiri Bengkel Latihan Fit Cergas KOSPEN Peringkat Negeri Melaka yang diadakan pada 1 Jun 2024 di Pusat Latihan Kemas, Melaka.
Banyak yang telah dipelajari sewaktu bengkel bersama Team Saief Malaysia Fitness seperti fasa-fasa senaman, teknik regangan yang betul (regangan awal & regangan akhir) dan juga asas Aerodance mengikut rentak dan muzik.
Semoga ilmu-ilmu yang diperolehi penggerak KOSPEN dapat mendidik dan mengajak masyarakat ke arah kehidupan yang lebih fit dan cergas!
Saringan Kesihatan Berkala di Surau Al-Munawwarah, Taman Terendak Permai anjuran KOSPEN, JPKK, Persatuan Kebajikan & Keselamatan Penduduk, KRT Taman Terendak Permai, KRT Persatuan Kebajikan Kejiranan Penduduk Taman Terendak Permai serta Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sungai Udang.
Tarikh : 31/5/2024
Masa : 9 pagi -12 tengahari
Jumlah Saringan : 30 orang
SARINGAN KESIHATAN TAMAN TERENDAK PERMAI
Tarikh : 17 Mei 2024
Masa : 9 pagi - 12 tengahari
Tempat : Medan Selera Taman Terendak Permai
Anjuran : KOSPEN, JPKK TAMAN TERENDAK PERMAI, PERSATUAN KEBAJIKAN & KESELAMATAN PENDUDUK, KRT TAMAN TERENDAK PERMAI BERSAMA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN SUNGAI UDANG.
๐ง๐ฎ๐ต๐๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎโ
Hari Hipertensi Sedunia disambut pada 17 Mei setiap tahun.
Laporan NHMS 2023 menunjukkan satu (1) dalam tiga (3) orang dewasa di Malaysia mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Hipertensi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap pembunuh senyap kerana kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala terutama di peringkat awal penyakit.
Tema Hari Hipertensi pada tahun ini ialah "๐ฎ๐๐๐๐ : ๐ช๐๐๐๐ ๐บ๐๐
๐๐๐๐, ๐ช๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐". KKM ingin menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mengambil langkah pencegahan dengan menghadkan pengambilan garam, mengamalkan membaca label makanan dan mengutamakan perisa semula jadi.
GARAM APA LEBIH BAIK?
Sebenarnya, semua garam adalah "hampir sama" dari segi kandungan sodium. Jadi, tiada garam yang "lebih baik" atau "lebih sihat" berbanding yang lain. Yang membezakan setiap garam adalah jumlah galian tambahan, kandungan mineral, warna dan tekstur sahaja. Tidak kisahlah jenis garam apa pun yang anda guna semasa menyediakan makanan, gunakan secara berpada!
Kawal pengambilan garam setiap hari bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit HIPERTENSI. Ingat, saranan pengambilan garam harian adalah tidak lebih daripada satu sudu kecil garam sehari, bersamaan dengan 5g garam atau 2,000 mg natrium termasuklah garam yang tersembunyi (WHO, 2012).
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Melaka
Mesyuarat Kospen 2024 & Pendaftaran Ahli Baru Kospen Taman Terendak Permai
Tarikh : 1 Mac 2024
Masa : 2.45 - 5.00pm
Tempat : KK Sungai Udang
Sukarelawan KOSPEN Taman Terendak Permai di
โSEMINAR FAMILY ON ALERT PERINGKAT NEGERI MELAKA 2023โ
TARIKH : 7 Oktober 2023
MASA : 8 Pagi - 1 Tengahari
TEMPAT : Perkarangan Lobi Menara Persekutuan
Satu lagi aktiviti team KOSPEN Taman Terendak Permai pada 23 September 2023 di Sambutan Wellness Month Peringkat Negeri Melaka 2023 di Mahkota Parade. Meriah ๐๐ป
PROGRAM JOM GERAK MUHIBBAH
KAYUHAN RAHMAH & SAMBUTAN HARI MALAYSIA
KRT TAMAN TERENDAK PERMAI
Tarikh : 23 September 2023
Masa : 7.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Balairaya Taman Terendak Permai
Tema Pakaian : Zaman Dulu-Dulu
Antara aktiviti yang dijalankan :
Kayuhan RAHMAH
Nyanyian Patriotik
Basikal Berhias
Motor Berhias
Pakaian Terpaling Dulu-Dulu
Cabutan Bertuah
Saringan Kesihatan KOSPEN
PROGRAM SAMBUTAN SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN TAMAN DESA TAMING SARI
Anjuran : KRT Taman Desa Taming Sari bersama KOSPEN
Tarikh : 24 Ogos 2023
Masa : 7.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Perkarangan Taman Permainan Taman Desa Taming Sari
Aktiviti yang dijalankan :
Senamrobik
Pemeriksaan Kesihatan
Pertandingan Mewarna
Hiasan Rumah
PROGRAM DOKTOR TURUN KAMPUNG
Anjuran KOSPEN Klinik Kesihatan Sungai Udang dengan kerjasama JPKK Kg Paya Rumput Jaya, JPKK Kg Anak Ayer, PEwanis, KO-PARUJAS & KRT PARUJA
Tarikh : 8 Julai 2023
Masa : 8 pagi - 1 tengahari
Tempat : Kompleks ADC PARUJAS
Aktiviti yang dijalankan :
โช๏ธSenamrobik yang diketuai oleh Sukarelawan KOSPEN
โช๏ธDemonstrasi Rawatan Kecemasan
โช๏ธAnalisa Komposisi Tubuh
โช๏ธCeramah Kesihatan
โช๏ธSaringan Kesihatan
โช๏ธZiarah Kasih
PROGRAM โJOM CAKNA DIABETESโ
Anjuran Klinik Kesihatan Sungai Udang bersama JPKK & KRT Kg Sungai Udang
Tarikh : 16 Ogos 2023
Masa : 8 pagi - 12 tengahari
Tempat : Balai Raya Sungai Udang
Aktiviti yang dijalankan :
Senamrobik
Pameran Kesihatan
Ceramah โAnda Tahu Bagaimana Diabetes Dirawat?โ oleh Pegawai Farmasi
Ceramah โDiabetes dan Senamanโ oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi
Saringan kesihatan oleh Sukarelawan KOSPEN
Ziarah Kasih
Cabutan Bertuah
PROGRAM MINDA CERDAS, BADAN CERGAS
ANJURAN KOSPEN TAMAN TERENDAK PERMAI BERSAMA JPKK & KRT TAMAN SERI BERTAM, SUNGAI UDANG
Tempat : SURAU ADDIN'NIAH, TAMAN SERI BERTAM
Tarikh: 19 OGOS 2023
Masa: 8 PAGI - 12 TENGAHARI
Aktiviti yang dijalankan:
SENAM ROBIK
SARINGAN KESIHATAN
CERAMAH MINDA SIHAT
CARA TANGANI STRESS
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
76300