Felda Hotels & Resorts

Welcome to Kump Felda Residence
Explore our 5 distinctive Felda Residence & 2 Hotels. What's more to expect?

Felda Residence Group is under the management of Grand Borneo Hotel Sdn Bhd which was established in 2007 based in Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak Darul Ridzuan. All our properties in Malaysia namely in Sabah, Terengganu, Pahang, Perak, and Johor are ready to serve all our guests the best hospitality experience. The mission to become the best hospitality provider in Malaysia has led us

02/09/2024

πŸŒ… Rise and Shine! Start your Monday morning with a burst of positivity and let it set the tone for a week full of promise and success. 🌟

30/08/2024

Jom bersama-sama saksikan telatah dan jawapan menarik daripada staff Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) semasa acara FIC Merdeka Sihat! πŸŽ‰ Mereka berkongsi pemahaman dan interpretasi mereka tentang maksud sebenar "Merdeka" dengan penuh semangat patriotik menjelang 31 Ogos 2024. πŸ‡²πŸ‡Ύ Jangan lepaskan peluang ini untuk mengenali lebih dekat semangat kebangsaan yang mereka hayati. πŸ“… Mari kita raikan kemerdekaan dengan penuh kesedaran dan kesyukuran!

30/08/2024

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC), Raja Faridah Raja Ahmad, telah menyampaikan ucapan istimewa sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, dengan mesej yang penuh makna dan inspirasi.
β€œKita tidak boleh mengubah sejarah, tetapi kita boleh menentukan masa depan"

30/08/2024

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-67!
Sempena sambutan hari penuh bersejarah ini, marilah kita bersama-sama mengenang dan menghargai perjuangan para pejuang tanah air yang telah mempertaruhkan nyawa dan masa depan mereka demi mencapai kemerdekaan yang kita nikmati hari ini. Semoga semangat perpaduan, kerjasama, dan kesungguhan yang mereka tunjukkan terus menjadi inspirasi bagi kita untuk membina negara Malaysia yang lebih makmur, harmoni, dan berjaya.
FELDA Hotels & Resorts dengan penuh keikhlasan mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga kemerdekaan ini terus menjadi simbol kebanggaan dan kekuatan untuk kita melangkah maju ke hadapan.
Dirgahayu Malaysia!

23/08/2024

SALAM JUMAAT
β€œPertahankan Kesucian Rumah Allah”.
Hari Masjid Sedunia disambut untuk mengenang peristiwa tragis yang amat mengguris hati umat Islam. Meskipun sudah 55 tahun berlalu, tanggal 21 Ogos 1969 tetap mengembalikan ingatan kepada perlakuan biadap Denis Michael Rohan, seorang Zionis warganegara Australia, yang tega membakar Masjid Al-Qibli, salah sebuah monumen dalam kompleks Masjid Al-Aqsa. Meskipun Rejim Zionis Israel menafikan, beliau terbukti mendapat sokongan dan koordinasi daripada rejim itu, yang mahu Masjid al-Aqsa dihapuskan bagi membina Haikal Sulaiman di situ. Kebakaran itu memusnahkan lebih satu pertiga kawasan masjid, meliputi keluasan 1500 meter persegi. Kemusnahan melibatkan bumbung, tingkap-tingkap yang indah, hiasan ayat-ayat al-Quran, Mihrab Zakaria, Mimbar Salahuddin al-Ayyubi dan Masjid Umar al-Khattab. Ketika ditangkap, pelaku menegaskan bahawa apa yang dilakukannya adalah satu kewajipan agama dan perintah tuhan yang termaktub dalam kitab mereka. Begitu tinggi keyakinan dan perjuangannya demi agama. Kita p**a bagaimana? Sebagai umat Islam, apa yang telah kita lakukan demi mempertahankan rumah Allah? Renungkan firman Allah dalam Surah al-Jin ayat 18, bermaksud; β€œDan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah, maka jangan kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.” umat Islam, apa yang telah kita lakukan demi mempertahankan rumah Allah? Renungkan firman Allah dalam Surah al-Jin ayat 18, bermaksud; β€œDan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah, maka jangan kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.”

Photos from Felda Hotels & Resorts's post 20/08/2024

Majlis Makan Tengah Hari Bersama CEO FICKP Sdn. Bhd. di Felda Residence Tekam
Pada 20 Ogos 2024, hari Selasa, majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh CEO FICKP Sdn. Bhd., Dato' Megat Shahrul Azman Abas, berlangsung dengan jayanya di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang.
Turut hadir dalam majlis ini adalah En. Zaharuddin Mohd Said, Ketua PPTR, FGVAS; En. Anuar Shaharudin, Ketua Pentadbiran PPTR, FGVAS; Puan Zaidah Abdul Jabar, Eksekutif Kanan Pentadbiran PPTR; En. Safari Ibrahim, Regional Controller, FPMSB; En. Mohamad Matrim Ibrahim, Pengurus Operasi Wilayah, FGV Security; En. Ahmad Faizal Sulaiman, Presiden MBFM Malaysia; dan Ustaz Mohd Zambri Basri, Pengerusi KAF Wilayah Jengka.
Majlis ini merupakan platform bagi pemimpin-pemimpin dari pelbagai sektor untuk berkongsi pandangan serta memperkukuhkan hubungan kerjasama antara mereka.
Selain itu, Dato' Megat Shahrul Azman Abas juga mengambil kesempatan untuk melihat kesemua bilik-bilik serta menilai penambahbaikan yang perlu dilakukan di Felda Residence Tekam.

Photos from Felda Hotels & Resorts's post 19/08/2024

Pada 17 Ogos 2024 yang lalu, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur menjadi saksi kepada sebuah acara gilang-gemilang, iaitu Majlis Malam Alumni Universiti Awam 2024. Acara yang bermula pada pukul 8.00 malam itu turut dihadiri oleh Dato' Megat Shahrul Azman Abas, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif FICKP. Kehadiran beliau adalah atas jemputan khas daripada penganjur majlis tersebut.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, yang menyampaikan ucapan penuh inspirasi kepada para hadirin.
Majlis ini dihadiri oleh pelbagai universiti awam di seluruh negara, yang berkesempatan bertukar-tukar pandangan serta berkongsi pengalaman dan idea untuk pembangunan masa hadapan. Acara ini juga menjadi platform untuk memperkukuh jaringan antara alumni dan menyokong usaha-usaha kebajikan serta pembangunan universiti.

16/08/2024

SALAM JUMAAT
Setiap pekerja di mana-mana sektor awam atau swasta, juga yang bekerja sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk bertanggungjawab terhadap pembudayaan nilai-nilai murni dalam pekerjaan. Penjawat awam secara khususnya mempunyai peranan penting dalam menjalankan fungsi kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Mereka menjadi penghubung antara kerajaan dan masyarakat, serta bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar-dasar awam, perkhidmatan, dan pembangunan negara. Dalam konteks ini, nilai-nilai peribadi akan menjadi asas dan mendukung nilai dalam pekerjaan, seperti hijrah tatakelola, empati rakyat, minda pekin, apresiasi inovasi dan telus tadbiran. Semua nilai-nilai ini perlu dibangunkan
dan dibudayakan kerana ia akan mengurangkan risiko tingkah laku tidak beretika, meningkatkan tahap kesejahteraan diri serta memberi impak positif
kepada prestasi sesebuah organisasi.

14/08/2024

Pada Selasa lepas, 13 Ogos 2024, Felda Investment Corporation Sdn Bhd -1052445-A. telah mengadakan acara Hari Sukan tahunan mereka dengan acara ping pong yang meriah di Balai Felda, Ground Floor. Acara ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan kakitangan syarikat. Pelbagai kategori dipertandingkan, dengan penyertaan yang menggalakkan dari semua jabatan. Kejayaan acara ini mencerminkan komitmen FIC Sdn. Bhd. dalam menyokong aktiviti sihat dan menyemai semangat kerjasama.

FIC SUPPLIES SDN BHD
FIC IPM - 1187123-H

Send a message to learn more

Photos from Felda Hotels & Resorts's post 13/08/2024

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan FELDA dan Malaysian Association of Hotels (MAH) sempena HOSPITALITY LEADERSHIP CONFERENCE 2.0 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara dua pihak utama dalam industri hospitaliti negara.
MoU ini ditandatangani oleh Pn. Izyani Abd. Rahim selaku Pemangku Pengurus Besar Yayasan FELDA, dengan penyaksian oleh YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA. Pihak MAH p**a diwakili oleh Datin Christina Toh, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), dengan penyaksian oleh En. Isaac Mohan Raj, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH).
Melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak berkomitmen untuk mengukuhkan hubungan strategik dalam usaha menyokong pembangunan industri hospitaliti di Malaysia. Antara objektif utama MoU ini adalah untuk menyediakan peluang penempatan dan latihan kepada pelajar Kolej Yayasan FELDA dalam bidang hospitaliti di hotel-hotel yang bernaung di bawah MAH. Kerjasama ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pelajar dalam mendapatkan pengalaman praktikal yang berharga, tetapi juga akan membantu meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran tenaga kerja dalam industri ini.
Tahniah diucapkan kepada Yayasan FELDA dan MAH atas inisiatif yang cemerlang ini. Semoga kerjasama ini akan membawa lebih banyak kejayaan dan kemajuan kepada industri hospitaliti Malaysia.

Photos from Felda Hotels & Resorts's post 12/08/2024

The 8th World Tapas 2024 cooking competition is currently taking place at La Promenade Mall, Sarawak. The event is ongoing today, 12th August 2024, from 9 AM to 5 PM. Show your full support for our chef, Chef Joseph Langub Daniel from Merdeka Palace Hotel & Suites Kuching, Sarawak. Let’s come together to cheer on our chef!

09/08/2024

🌟 Jom esok merupakan hari pertama kami di Ipoh Convention Centre (ICC), Perak untuk event MATTA FAIR 2024! 🌟

πŸ“… Tarikh: 10 & 11 Ogos 2024
πŸ“ Tempat: Ipoh Convention Centre (ICC), Perak
πŸ•™ Waktu: 10.00 pagi - 9.00 malam

Esok adalah hari yang dinantikan! 🀩 MATTA FAIR 2024 akan bermula esok di Ipoh Convention Centre (ICC), Perak. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran percutian hebat dan pakej-pakej menarik yang telah kami sediakan khusus untuk anda! 🏝️

Ajak seluruh kenalan anda untuk datang bersama-sama dan meriahkan acara ini. πŸŽ‰ Kami menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan promosi luar biasa yang pasti membuatkan anda teruja. Dan yang paling penting, jangan lupa untuk share posting kami ini sebanyak mungkin! πŸ“²

Ini adalah peluang terbaik untuk merancang percutian idaman anda dengan harga yang sangat berbaloi. 🏞️ Jangan ketinggalan untuk singgah ke booth FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS, di mana anda boleh mendapatkan pakej eksklusif dengan harga promosi yang tidak boleh dilepaskan! πŸ€‘

Mark kalendar anda dan pastikan anda hadir esok di Ipoh Convention Centre (ICC) dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam. πŸš€ Kami tidak sabar untuk bertemu anda dan berkongsi pelbagai tawaran hebat! 🌟

Photos from Felda Hotels & Resorts's post 09/08/2024

Courtesy Visit by MAH on 8 August 2024 to Kolej Vokasional ERT Setapak
Organised by Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Ministry of Education Malaysia, the visit was attended by CEO Felda Hotels & Resorts and also as Secretary-General Dato’ Megat, who serves as Co-Chairman of the Technical Committee on Industrial Relations – Hospitality, accompanied by VP Shirley Lai and GM Fadhillah.
The visit included a tour of several programs, including Cosmetology, Culinary Arts, Food & Beverage, as well as classes in Sewing and Fashion Design.

09/08/2024

Pada hari Khamis, 8 Ogos 2024, jam 2.00 petang, satu acara istimewa telah diadakan di Buyong Mas Sanctuary Campsite, Sg. Klah, Sungkai. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Buyong Mas Sanctuary Campsite kerana sudi menjemput Felda Residence Hot Springs untuk turut serta dalam majlis makan durian yang eksklusif ini. Terima kasih atas jemputan dan layanan yang sangat baik. Kami berharap dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

08/08/2024

🌟 MATTA FAIR PERAK 2024 🌟

πŸ“… Tarikh: 10 & 11 Ogos 2024
πŸ“ Tempat: Ipoh Convention Centre (ICC), Perak
πŸ•™ Waktu: 10.00 pagi - 9.00 malam

Jom sertai kami di MATTA FAIR PERAK 2024! πŸŽ‰ Acara paling dinantikan tahun ini kembali lagi dengan lebih banyak tawaran hebat dan promosi luar biasa! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pakej percutian idaman anda dengan harga yang sangat berbaloi. πŸ–οΈ

Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dan menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan khas untuk anda dan keluarga. πŸ† Bawa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan di MATTA FAIR PERAK 2024. πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

Jangan lupa singgah ke booth FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS! 🏞️ Kami menyediakan pelbagai pakej eksklusif dengan harga promosi yang tidak boleh dilepaskan! Dari penginapan mewah hingga aktiviti santai yang menenangkan, semuanya ada di sini. 🌴

Mark kalendar anda sekarang dan pastikan anda tidak ketinggalan! πŸš€ Kami tidak sabar untuk bertemu anda di Ipoh Convention Centre pada 10 & 11 Ogos 2024, dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam. 🀩

07/08/2024

🌟 MATTA FAIR PERAK OGOS 2024 🌟

πŸ“… Tarikh: 10 & 11 Ogos 2024
πŸ“ Tempat: Ipoh Convention Centre (ICC), Perak
πŸ•™ Waktu: 10.00 pagi - 9.00 malam

Hai semua! πŸ€— Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke MATTA FAIR PERAK 2024 yang bakal berlangsung di Ipoh Convention Centre (ICC) pada 10 & 11 Ogos 2024. Dengan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran hebat menanti anda, pastinya ini adalah event yang tidak boleh dilepaskan!

Jemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis! πŸŽ‰ Jangan lupa untuk singgah ke booth FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS! 🏞️ Kami menawarkan pelbagai pakej menarik yang pasti memikat hati anda. Dari penginapan yang selesa hingga aktiviti-aktiviti menarik, semuanya ada di sini. Yang paling best, harga dijamin lebih murah dan berbaloi-baloi dari luar!! πŸ€‘

Jom segera dan rasai sendiri pengalaman yang menakjubkan di MATTA FAIR PERAK 2024! πŸš€ Jangan ketinggalan, tandakan kalendar anda dan ajak keluarga serta rakan-rakan bersama-sama! Kami tidak sabar untuk berjumpa anda di sana! 🀩

Photos from Felda Hotels & Resorts's post 06/08/2024

Menyusuri Kembara Borneo 2024 πŸ‡²πŸ‡Ύ
🏍️ Pada 6 Ogos 2024, PERSATUAN PERMOTORAN CEKAL SETIA TERENGGANU telah memulakan perjalanan mereka yang penuh semangat dan azam yang tinggi dari hadapan Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak. Perjalanan ini menandakan permulaan kembara yang dinanti-nantikan setiap peserta.
πŸŽ‰ Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Supt Lim Nee Kon

06/08/2024

Stress Management Training was held at Merdeka Palace Hotel & Suites on 19 July 2024. This internal training was conducted by Wan Zuraida Saarani and organized by the Group Learning & Development Unit of FELDA Hotels & Resorts.
The objective of this training was to educate participants about the types of stress and how to manage it, especially at work.

Photos from Felda Hotels & Resorts's post 05/08/2024

Learning and Development Unit -
A session Empowering Participants to Strategically Plan and Implement Effective Sales, Marketing, and Product Development Programs. Conducted by Puan Nurul Azlin our Director Of Commercial who is also a HRD Corp Accredited Trainer.

05/08/2024

Monday Morning
Always ready,
always waiting for you.

02/08/2024

SALAM JUMAAT
PERJUANGAN DEMI NUSA TERCINTA
Dalam sejarah Islam sendiri, tercatat rapi bahawa Islam turut memiliki
banyak tokoh yang terkenal dengan sifat kepahlawanannya. Antaranya
ialah Saidina Hamzah, Saidina Khalid bin Al-Walid, Salahuddin al-Ayubi dan
beberapa lagi tokoh lain. Manakala nama-nama seperti Imam Muhammad
bin Idris al-Syafie dan Imam Abu Hamid al-Ghazali p**a merupakan
sebahagian pahlawan yang memelihara dan mempertahankan akidah,
syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang turut menjadi pedoman
buat negara kita.
Negara kita juga memiliki barisan tokoh pahlawan yang telah
terkorban mempertahankan negara seperti Leftenan Adnan Saidi, Tuan
Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Maharaja
Lela dan seluruh barisan hadapan keselamatan yang terdiri daripada
tentera, polis dan sebagainya.
Para pahlawan negara ini telah melaksanakan salah satu daripada
fardu kifayah dan melaksanakan Maqasid Syariah iaitu mempertahankan
nyawa, agama, harta, akal, dan keturunan. Mereka berkorban demi nusa
tercinta dan kedaulatan agama dan bangsa. Tidak semua orang mampu
untuk melakukan sepertimana mereka telah buktikan. Terlalu banyak
pengajaran dari perjuangan para pahlawan ini yang kita boleh garap untuk
kebaikan bersama. Maka amat wajarlah untuk kita terus mengenang dan
menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan ini. Dengan usaha para pahlawan negara itu jugalah, kita dapat
mendaulatkan Islam di negara tercinta dan kita bebas melaksanakan ajaran
Islam di bumi bertuah ini. Signifikannya juga sambutan Hari Pahlawan
kepada kita ialah supaya generasi ke generasi akan sentiasa memandang
tinggi nikmat keamanan ini dan seterusnya memelihara dan
mempertahankan keamanan yang kita miliki.

31/07/2024

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 31 Julai 2024! πŸŽ–οΈβœ¨ Kami di Felda Hotels & Resorts ingin mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua pahlawan yang telah berkorban untuk negara. Semoga jasa dan pengorbanan anda sentiasa dikenang dan dihargai. Terima kasih atas segala usaha dan dedikasi anda. πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

31/07/2024

Makluman terkini tentang pembukaan Kolam Air Sejuk di Felda Residence Hot Springs Sungkai, Perak. Kami memohon maaf atas kesilapan sebelum ini mengenai tarikh siap projek yang terpaksa ditunda akibat masalah kerja-kerja penaiktarafan. Walau bagaimanapun, tarikh baru siap projek dijangka pada 31 Ogos 2024. Kami memohon maaf atas segala kesulitan. Sekian Terima Kasih.

31/07/2024

Heartiest congratulations to Mrs. Wan Zuraida Saarani from the Learning & Development, Hospitality Division of FIC Kuching Property Sdn. Bhd., on her outstanding achievement of successfully completing the Malaysian Skills Certification (PPT) Train The Trainer (TTT) program, certified by the Department of Skills Development and HRD Corp.
This remarkable accomplishment is a testament to your dedication, hard work, and commitment to excellence in the field of learning and development. Your new certification not only enhances your professional credentials but also significantly contributes to the growth and success of our organization.
We are incredibly proud of your achievements and look forward to seeing the positive impact your enhanced skills will bring to our team and the broader hospitality industry. Your success inspires all of us to strive for greater heights and continuous improvement.
Once again, congratulations on this well-deserved recognition, and we wish you continued success in all your future endeavors.

30/07/2024

Our Learning and Development Unit -

Had an insightful L&D Engagement Session with HRD Corp Sarawak Region yesterday. From the left is Encik Husny Mubarak, the Assistant Vice President, of Sarawak Region, Pn Nurul Azlin, Director of Commercial, Hospitality Division, FICKP, Pn Mona Farizza Abdullah, Group Head of Revenue, Sales & Marketing, FICKP and rest of HRD Corp Sarawak Region Team. An enjoyable and fruitful session πŸ™πŸ» Stay tuned for our upcoming collaborations!

29/07/2024

Good morning, everyone! Spread smiles and positive vibes like memorable moments made just for you, from us at Felda Hotels & Resorts. 😊✨

26/07/2024

SALAM JUMAAT
OPTIMIS MENDEPANI CABARAN KEHIDUPAN
Firman Allah SWT dalam surah al-Syarh, ayat 5-6 bermaksud:
β€œMaka (yakinlah) bahawa sesungguhnya bersama kesukaran pasti ada kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya bersama kesukaran pasti ada kemudahan.”
Ayat ini mengandungi pesanan kepada insan yang beriman dalam menghadapi ujian, cabaran, musibah dan segala kesulitan. Jelas, Allah SWT menjamin bahawa setiap kesulitan pasti disusuli dengan kemudahan. Oleh itu, jangan mudah berputus asa, bahkan kita perlu terus optimis dalam menghadapi pancaroba kehidupan. Sikap optimis mencerminkan keyakinan bahawa hanya Allah SWT Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa. Setiap yang terjadi pasti membawa hikmah yang besar buat hamba-hamba-Nya. Yakinlah bahawa Allah SWT telah menyiapkan kemudahan dan jalan keluar untuk insan yang sabar, bersyukur lagi berserah diri kepada-Nya.

Want your business to be the top-listed Business in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Merdeka Di Hati: Interpretasi Staff FIC Tentang Erti "Merdeka"
Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Investment Corporation Sdn. Bhd.
Jemputan Eksklusif: Makan Durian di Buyong Mas Sanctuary Campsite, Sg.Klah, Sungkai
STRESS MANAGEMENT TRAINING 2024 MPHS KUCHING SARAWAK
RECAP SEBELUM BERMULA HARI PENEROKA 2024
🌟 Saksikan video recap Hari Peneroka 2024 di Maeps Serdang! 🌾 Hari terakhir 14 Julai 2024 (Ahad) telah lalu. Terima kasi...
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ( MOU )
BED MAKING COMPETITION di HARI PENEROKA 2024 yang bertempat di MAEPS, Serdang. Dari pukul 10pg - 10mlm, bermula 12 - 14 ...
JOM KE HARI PENEROKA FELDA 2024! MAEPS, SERDANG!!
πŸ“’ LAST CALL!.πŸŽ‰ Jangan lepaskan peluang terakhir untuk menyertai MAH Tourism Fair di Pavilion Exhibition Bukit Jalil pada...
MAH TOURISM 2024 BUKIT JALIL
Morning Monday!

Address


FIC Kuching Property Sdn Bhd, Tingkat 4, Balai Felda, Jalan Gurney 1, Kampung Datuk Keramat
Kuala Lumpur
54000

Other Management Services in Kuala Lumpur (show all)
EEssence Consultants Sdn Bhd EEssence Consultants Sdn Bhd
Bukit Damansara
Kuala Lumpur, 50490

eEssence is a total wellness organisation. We support organisations and individuals to look consider wellness in physical, psychological and financial aspects. We also groom potent...

BetronWorld Management BetronWorld Management
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 50000

BetronWorld Management Management service

Plae8Vipsg Plae8Vipsg
Kuala Lumpur, 50000

Plae8Vipsg Management service

Joan Management Joan Management
Jalan Ipoh Kechil
Kuala Lumpur, 50350

Joan Management Service

AAS marketing AAS marketing
Kuala Lumpur, 50000

AAS marketing Management service

Speed33now Speed33now
Kuala Lumpur, 50000

Speed33now Management service

Plae8SG Home3 Plae8SG Home3
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 78456

Plae8SG Home3

FXC marketing FXC marketing
Kuala Lumpur, 50000

FXC marketing Management service

Rmslive Club Rmslive Club
Kuala Lumpur, 50000

Rmslive Club Management Service

Mrlotto.com.my Mrlotto.com.my
Kuala Lumpur, 50000

Mrlotto.com.my Management Service

MDK Marketing MDK Marketing
Kuala Lumpur, 50000

MDK Marketing Management service

HNA Marketing HNA Marketing
Kuala Lumpur, 50000

HNA Marketing Management service