Johor Bebas Asap Rokok (JBAR)

JBAR - “Mementingkan kesihatan rakyat Johor dengan melindungi hak golongan majoriti bukan perokok dari ancaman pencemaran udara oleh asap rokok basi.”

30/05/2024

Sertai Kami untuk Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024!

DBKL-KPWKM-MyWATCH menjemput anda dan orang tersayang untuk SEGARUN sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024.

Tema: Lindungi Kanak-kanak daripada Pengaruh Industri Tembakau

📅 Tarikh: Ahad, 2 Jun 2024
📍 Lokasi: Dataran DBKL, Jalan Raja Laut, WP Kuala Lumpur
🕡 Masa: 6.30 AM - 11.00 AM

Sertai kami untuk sehari penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik, program pendidikan, dan berukhwah bersama komuniti, semuanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya tembakau.

Lindungi anak-anak kita demi mencipta generasi yang lebih sihat.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, imbas kod QR atau layari bit.ly/SEGARUN2024.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
- Cik Xin Yan: 016-2248787
- Cik Safiyya: 017-9481833

Mari kita membuat perubahan bersama! Jumpa anda di sana!

https://www.facebook.com/share/p/cdvK8uK6ZoU7Xwe9/?mibextid=xfxF2i

29/05/2024

WNTD-SEGARUN 2024 PENDAFTARAN KINI DIBUKA

Salam sejahtera 🙌🏻✨

SEGARUN 2024 sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 kini dibuka untuk pendaftaran‼ 🎉🏃

📅 Tarikh: 2 Jun 2024 (Ahad)
📍 Lokasi: Dataran DBKL, Jalan Raja Laut, WP Kuala Lumpur
🕒 Masa: 6:30 pagi - 11:30 pagi
💰 Bayaran: Percuma

1KM, 5KM and 7KM - Walk, Run or Cycle

🏁Pendaftaran dibuka kepada semua :
• Wheelchairs, Prams, and Strollers
• Walkers, Joggers, and Runners
• Cyclists and Scooters

Semua peserta akan "flag off" secara serentak pada jam 7 pagi

Aktiviti menarik menanti anda seperti Fun Run Percuma, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Vaksinasi HPV, Pemeriksaan Payudara dan Serviks Percuma, Kesedaran CPR, Terapi Penggantian Nikotin, dan banyak lagi!! Marilah bersama kami meraikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia dengan aktiviti yang bermanfaat dan menarik ini! ✨

Untuk menyertai SEGARUN 2024,
🔗 Imbas kod QR yang disediakan di poster atau
🔗 Klik pada pautan: https://bit.ly/SEGARUN2024

‼ E-Sijil dan pingat akan diberikan kepada 1000 peserta terawal ‼

Jumpa anda di sana!! ✨

🌿 “Lindungi Kanak-Kanak daripada Pengaruh Industri Tembakau" 🌿

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:
☎ Wong Sim Wei: +6014-998 6291
☎ Safiyya: +6017-948 1183

26/05/2024

Petang ini

05/04/2024
Photos from Johor Bebas Asap Rokok (JBAR)'s post 01/03/2024

Posted • FAQ Friday! What is thirdhand smoke? 🤔
-
Link in Bio.
-
***co ****ne ***co ***cosmoke

27/11/2023

Posted • 🚭Rokok elektronik atau v**e mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti propalina glikol, gliserin sayuran, logam berat serta bahan perisa dan pewarna.

🚬Tabiat menghisap rokok elektronik atau v**e akan menyebabkan ketagihan seterusnya memberi kesan jangka pendek dan panjang terhadap kesihatan.

Oleh itu, orang ramai perlulah menghindar tabiat menghisap rokok elektronik atau v**e bagi mengelakkan penyakit paru-paru yang berpunca daripada bahan tersebut yang dikenali sebagai E-Cigarette or Va**ng Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).

16/11/2023

Sekarang adalah waktu terbaik untuk berhenti merokok dan v**e. Hubungi QUITLINE BERHENTI MEROKOK percuma di talian 03 8883 4400 atau layari http://jomquit.com






LIKE | COMMENT | FOLLOW | SHARE

10/11/2023

Sekarang adalah waktu terbaik untuk berhenti merokok dan v**e. Hubungi QUITLINE BERHENTI MEROKOK percuma di talian 03 8883 4400 atau layari http://jomquit.com

03/11/2023

Jangan Segan Menegur Perokok🚭

Nyatakan rasa tidak selesa kepada orang yang merokok termasuk rokok elektronik atau v**e di sekeliling anda.
Namun, tegurlah dengan cara yang paling berhemah dan sopan.

Tatacara menegur
✅Mula dengan niat yang baik
✅Guna perkataan yang baik
✅Luah dengan sopan dan berhemah

Sekarang adalah waktu terbaik untuk berhenti merokok dan v**e. Hubungi QUITLINE BERHENTI MEROKOK percuma di talian 03 8883 4400 atau layari http://jomquit.com






LIKE | COMMENT | FOLLOW | SHARE

17/10/2023

Posted • ‼️Asap rokok bukan sahaja berbahaya kepada anda yang merokok, mereka yang berada disekeliling perokok yang terhidu asap rokok turut mendapat kesannya.
Bebaskan diri daripada asap rokok untuk mencegah risiko KANSER.
🚭Bersama-sama membina Malaysia lebih sihat! Layari www.jomquit.com untuk khidmat bantuan berhenti merokok.

09/10/2023

Jangan biarkan diri anda dan keluarga di’scam’ oleh peniaga v**e🚭

Sekarang adalah waktu terbaik untuk berhenti merokok dan v**e. Hubungi QUITLINE BERHENTI MEROKOK percuma di talian 03 8883 4400 atau layari http://jomquit.com






LIKE | COMMENT | FOLLOW | SHARE

07/10/2023

Posted • [ti.wi.kra.ma] | تيويکراما

Definisi : Jw = bertiwikrama 1. berusaha sedaya upaya agar tercapai maksud (cita-cita);

2. bertukar (menjelma) jadi raksasa dll (dlm cerita wayang)

07/10/2023

*WEBINAR: E-ROKOK DALAM KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR SEKOLAH: TANGGUNGJAWAB SIAPA?*
Berminat mengikuti perkembangan terkini berkenaan e-rokok dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah? Jom sertai webinar berikut:-

📌 8 Oktober 2023 (Ahad)
📌 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
📌 Link Zoom Meeting https://us02web.zoom.us/j/86973414019
📌 Tiada yuran penyertaan dikenakan @ *PERCUMA*
🔷 Moderator Prof Dr Mohamed Rusli Abdullah
🔷 Ahli Panel Prof Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed
🔷 Ahli Panel Dr Noraryana Hassan
🔷 Ahli Panel Prof Emeritus Dato Dr Syed Mohamed Aljunid

Sebarkan kepada rakan-rakan anda untuk manfaat bersama

Program Advokasi dan Intervensi Ketagihan Nikotin Dalam Kalangan Remaja dan Generasi Penamat Produk Merokok (GEG) 04/10/2023

Program Advokasi dan Intervensi Ketagihan Nikotin Dalam Kalangan Remaja dan Generasi Penamat Produk Merokok (GEG)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada para ibu / bapa / penjaga dan guru,

Berikut merupakan borang penyertaan Program Advokasi dan Intervensi Ketagihan Nikotin Dalam Kalangan Remaja.

Program ini terbuka kepada golongan remaja 13 tahun hinggan 20 tahun yang merupakan pengguna kepada produk merokok konvensional (rokok) dan juga v**e (rokok elektronik).

Para ibu bapa dan penjaga dijemput untuk mendaftarkan anak/jagaan mereka yang terlibat dengan tabiat merokok dan va**ng bagi menyertai sebuah program pemulihan ketagihan nikotin anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dengan kerjasama NGO Kesihatan iaitu Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia dan Persatuan Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Butiran program:

*Pelancaran Program & High Tea*

Tarikh : 7 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 2 - 5 pm
Lokasi : The Renjana by Lanai Asmara, L1-09, Level 1, Shaftsbury Putrajaya, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Penyertaan *Percuma*

Pautan: https://bit.ly/ProgramIntervensiGEG

*Peserta yang terpilih ke dalam program ini akan dihubungi melalui email dan perlu memberikan jawapan terima/tolak tawaran.

*Sesi ini cuma *50 remaja pertama* sahaja akan dipilih

*Bagi peserta yang menerima tawaran masuk program ini dikehendaki hadir ke Majlis Pelancaran Program dan High Tea (7 Okt 2023 - Sabtu) seperti maklumat diberikan di atas.*

**TARIKH TUTUP PENYERTAAN 5 OKTOBER 2023 jam 5 petang**

Pautan: https://bit.ly/ProgramIntervensiGEG

Program Advokasi dan Intervensi Ketagihan Nikotin Dalam Kalangan Remaja dan Generasi Penamat Produk Merokok (GEG) Ini adalah borang penyertaan kepada golongan remaja 13 tahun ke atas yang merupakan pengguna kepada produk merokok konvensional (rokok) atau v**e (rokok elektronik) yang mengandungi cecair atau gel nikotin untuk menyertai sebuah program pemulihan ketagihan nikotin anjuran Persatuan Mencegah Dadah Ma...

19/09/2023

HEBAHAN PROGRAM TEA CORNER Siri 8
🏠 ROKOK DAN V**E : Keseronokan Yang Membahayakan
🗓 22 September 2023 (Jumaat)
⏰ 9.30 pagi - 11.00 pagi (pendaftaran dibuka seawal 9.00 pagi)
🏢 Kompleks IKRAM Johor
📍No. 9-11, Jalan Pendidikan, Taman Universiti, Johor Bahru Terbuka kepada semua!
📝 Daftar di:
https://bit.ly/3C80Umq
Turut disediakan
🥟Sarapan ringan (kuih muih)
👶🏻Nurseri bagi anak berumur 2-5 tahun
👦🏻Program IKRAM Junior bagi anak berumur 6-12 tahun
🌟 AKTIVITI MENARIK UNTUK ANAK-ANAK 🌟
Tips Penjagaan Gigi oleh Dr Muneera Mat Husin.
⏰ 9.30 - 11.00 pagi
Kuiz Spontan
Aktiviti Mencari Perkataan
Aktiviti Mewarna
Aktiviti Melabel Gigi
Ayuh sertai kami!
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
🌸 Pn. Nurul Husna(Tea Corner) : 013-7975356
🌸 Pn. Zuhaidah (IKRAM Junior) :
IKRAM Johor
"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

04/08/2023

Posted • Jom pilih untuk tidak merokok ‼‼

Dapatkan Bantuan Berhenti Merokok di Quitline 03-88834400 atau kunjungi Perkhidmatan Berhenti Merokok di fasiliti kesihatan berhampiran.

21/07/2023

Ceramah Kesihatan
PENCEGAMAN & PENGESANAN
AWAL PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

Oleh

DR. MOHD HAFIZUL AKMAL BIN NORDIN
Pakar Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Chaah, Johor

di

KARNIVAL KESIHATAN

📍22 Julai 2023 (Sabtu)
📍10:40 pagi
📍 Dewan Muafakat Taman Yayasan, Segamat

21/07/2023

Ceramah Kesihatan

KESEJAHTERAAN HOLISTIK, BUKAN SEKADAR SIHAT TANPA PENYAKIT

Oleh

DATUK DR HARLINA
HALIZAH BINTI SIRAJ
Pakar O&G Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor

di

KARNIVAL KESIHATAN
📍 22 Julai 2023 (Sabtu)
📍11:45pagi
📍Dewan Muafakat Taman Yayasan, Segamat

21/07/2023

Ceramah Kesihatan
ROKOK & V**E:KESERONOKAN YANG
MEMBAHAYAKAN

Oleh

DR SITI KAMARIAH BINTI
OTHMAN
Pakar Perubatan Respiratory
Hospital Pakar Gleneagles, Medini, Johor

di

KARNIVAL KESIHATAN
📍 22 Julai 2023 (Sabtu)
📍11:15 pagi
📍Dewan Muafakat Taman Yayasan, Segamat

21/07/2023

Nak check-up kesihatan FREE?

• Tekanan darah
• Gula
• Mental
• Buah Pinggang
• HPV DNA
• Tibi
• HIV
• Mata
• BMI
• Gigi
DAN BANYAK LAGI!

KARNIVAL KESIHATAN
📍 22 Julai 2023 (Sabtu)
📍8:00 pagi - 3:00 petang
📍Dewan Muafakat Taman Yayasan, Segamat

18/07/2023

Bapa, anak, menantu jual cecair v**e dicampur g***a diberkas

SEGAMAT: Taktik licik tiga beranak menjual campuran cecair g***a dalam botol cecair v**e akhirnya terbongkar.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, kegiatan tiga beranak berkenaan tumpas hasil risikan berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menahan pasangan suami isteri, masing-masing berusia 24 tahun di rumah mereka di sekitar Paya Pulai, di sini kira-kira pukul 5 petang, 15 Julai lalu.

“Dalam pemeriksaan di rumah pasangan itu, kita menemukan satu plastik lutsinar disyaki serbuk methamphetamine anggaran seberat 0.80 gram bernilai RM180 dan 28 botol cecair v**e bercampur cecair g***a bernilai RM5,600 mengandungi antara 10 hingga 70 mililiter (ml).

“Pada hari yang sama, pasangan itu kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Buloh Kasap sehingga membawa kepada penangkapan lelaki berusia 49 tahun yang juga bapa suspek lelaki pada pukul 9.45 malam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya, Deputi Superintenden Ng Swie Chait.

Pihak polis turut merampas 58 botol cecair v**e dipercayai campuran jus g***a dan menemukan serbuk methamphetamine.

“Pemeriksaan lanjut di rumah tersebut, polis menemukan 31 botol cecair v**e bercampur cecair jus g***a dengan berat kasar tiap botol antara 10 sehingga 190 ml dengan anggaran nilai RM6,240.


“Rampasan keseluruhannya berjumlah RM11,840 di kedua-dua kediaman terbabit,” katanya sambil memaklumkan cecair tersebut diedarkan kepada para penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar daerah ini.

Kegiatan menjual cecair v**e di pusat hiburan atau kepada individu mengikut permintaan itu mula aktif sejak beberapa bulan lalu.

“Suspek menyuntik cecair jus g***a ke dalam botol cecair v**e sebelum ditutup semula. Difahamkan sebotol cecair v**e dicampur jus g***a ini berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan pelan pembelian mampu rasa termasuk kepada para pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5,” katanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya1952.

Ujian air kencing mendapati suspek lelaki berusia 24 tahun positif methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan mencuri. – UTUSAN

17/07/2023

Posted • Jom hadir ke Karnival Kesihatan, dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
🗓️ 22 Julai 2023
⏰ 8 AM - 3 PM
🚩Dewan Muafakat Taman Yayasan, Segamat

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Taman Universiti?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Posted @withregram • @myhealthkkm Larangan merokok di premis makanan masih terpakai sehingga kini.Aktiviti penguatkuasaa...
Sekarang adalah waktu terbaik untuk berhenti merokok dan vape. Hubungi QUITLINE BERHENTI MEROKOK percuma di talian 03 88...
Posted @withregram • @kementeriankesihatanmalaysia Larangan merokok kepada generasi baharu akan dilaksanakan secara berp...
Posted @withregram • @myhealthkkm Minggu depan satu Akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada go...
Posted @withregram • @nationalcancersocietymy Apakah pendapat anda terhadap Akta kawalan tembakau 2022? 🤔Komen below!#no...
Posted @withregram • @selbar.selangor #JumaatTanpaAsapRokokDanVape
Posted @withregram • @dr_samhan Vape lebih baik dari rokok? 🤔
Posted @withregram • @who What is inside a cigarette? Let’s find out! 📹 @oneminmicro #TobaccoExposed
🚭😱 Poor young guy😱🚭Posted @withregram • @tonyyounmd The truth about how vaping can collapse your lungs!....#vaping #vape...
Posted @withregram • @who #TobaccoExposed: it's the industry of mass destruction that's poisoning our 🌎🌍🌏.⁣⁣Every year:⁣...
Posted @withregram • @medscape A new study looked at serious injuries from #ecigarette use in teens. Tap our link in bio...
Posted @withregram • @who It's #WorldNoTobaccoDay!Tobacco is killing us and our 🌎🌍🌏Not only does tobacco 💀 kill 8 millio...

Address

Kompleks IKRAM Johor, No 10-11, Jalan Pendidikan 3
Taman Universiti
81000
Other Taman Universiti health & beauty businesses (show all)
KOPI 7 MALAM KOPI 7 MALAM
67-G JALAN UNIVERSITI BANGI 1
Taman Universiti, 43000

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG MASA

Physio Prolife Physio Prolife
No 51, Jalan Kebudayaan 2
Taman Universiti, 81300

Physio Prolife merupakan pusat rawatan Fisioterapi secara manual dan dirawat oleh Ahli Terapis kami yang berkelulusan dan berpengalaman.

WE Kongsi by AMG Group: Your Health Solution Provider WE Kongsi by AMG Group: Your Health Solution Provider
13B Jalan Pendidikan 8
Taman Universiti, 81300

A Platform to give solution while facing challenges of your medical cost.