Resepi Qomarul Roihan

Resepi Qomarul Roihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, menyediakan sarapan pagi, kuih muih dan jualan aneka makanan la

Resepi Tau Fu Fah Homemade Yang Terlajak Lembut. Ala-Ala Pasar Malam, Sedap Sangat Makan Sejuk-Sejuk! - Kongsi Resepi 23/06/2021

Resepi Tau Fu Fah Homemade Yang Terlajak Lembut. Ala-Ala Pasar Malam, Sedap Sangat Makan Sejuk-Sejuk! - Kongsi Resepi Resepi tau fu fah merupakan pencuci mulut yang menggunakan soya sebagai bahan utamannya. Tau fu fah akan dihidang samada sejuk atau panas bersama manisan air gula melaka ataupun gula pasir.

17/06/2021

Rendang kerang๐Ÿ’œ

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Bawang besaq 2
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Bawang putih 2
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Lengkuas besaq ibu jari
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Kunyit hidup 3 ibu jari
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Serai
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Halia besaq ibu jari
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Cabai kering agak2.. nak pedas boh banyak

๐Ÿ‘†๐Ÿป Blender semua lepastu tomeh sampai pecah minyak..
๐Ÿ‘‰๐Ÿป boh asam keping

kalau rasa asam keping tak berapa masam boh
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Ayaq asam jawa

๐Ÿ‘‰๐Ÿป dah mendidih pecah minyak boh kerisik 1 sudu besaq

๐Ÿ‘‰๐Ÿป agak2 kerisik dah sebati, masuk santan..api pelan..sentiasa kacau..

๐Ÿ‘‰๐Ÿป dah pecah minyak masuk isi kerang dengan daun kunyit..

๐Ÿ‘‰๐Ÿป garam jangan lupa ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Credit : Noor Ashila

17/06/2021

PISANG GORENG RANGUP

1 sikat pisang lemak manis
7 sudu makan tepung beras
1/3 sudu teh garam
1/3 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan telur - sebaiknya guna telur putih sahaja lebih baik
1/2 cawan kecil air sejuk

1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dlm bekas. Kacau rata semua bahan tadi. Tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.

2. Buang kulit pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dlm adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.

3. Gunakan penyepit masukkan satu persatu pisang ke dlm minyak gorengan sambil merenjis adunan tepung yg melekat di penyepit (renjisan tepung utk menghasilkan serdak rangup).

4. Pisahkan terus pisang yg melekat antara satu sama lain dlm kuali. Balik-balikkan supaya pisang masak sempurna.

5. Bila serdak tepung gorengan sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang.

6. Bila pisang goreng sudah kelihatan sebegini, bolehlah angkat dan toskan.

7. Sedia untuk dinikmati.

8. Bancuhan tepung tadi juga boleh digunakan untuk menggoreng ikan, sotong atau udang, sedap.

Tips utk menghasilkan pisang goreng yg cantik :

1. Guna minyak yg b*k semasa menggoreng.

2. Pastikan minyak betul2 panas (berdesir semasa pisang dimasukkan).

3. Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana sehingga pisang masak.

Kredit resepi & foto : Afy Al Habibi

Tips Menghasilkan Nasi Lemak Yang Sedap Hingga Menjilat Jari! 17/06/2021

Tips Menghasilkan Nasi Lemak Yang Sedap Hingga Menjilat Jari! Sebagai orang Malaysia, nasi lemak merupakan sarapan pagi yang sangat terkenal di kalangan masyarakat kita. Nasi lemak juga mempunyai banyak cara masakannya dan pelbagai lauk yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Sesetengah orang s**a makan bersama ayam, paru atau pun kerang. Kalau kita makan na...

Photos from Lubuk Resepi Viral's post 15/06/2021
14/06/2021

Sup kambing.. versi pekat boleh makan dengan nasi dan cicah roti๐Ÿ˜‹

Resepi:
1kg daging kambing basuh bersih guna tepung gandum utk hilangkan bau.
Bahan utk tumis
7ulas bawang putih mayang
10 biji bawang merah mayang
3inci halia ketuk
Kayu manis buah pelaga bunga cengkih bunga lawang
5 sudu besar rempah sup atau kurma adabi apa2 jenama pun boleh

Cara membuat:
Tumis rempah 4 sekawan dan bawang2 yang dimayang tadi masuk halia ketuk bila dah kekuningan masuk rempah serbuk sup tadi yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata masuk daging kambing kacau sehingga keluar jus baru masuk air seberapa banyak kita nak sesuai dengan daging tadi. Biar mendidih sehingga empok baru masuk garam gula serbuk perasa sesuai dengan citarasa kita. Perah sedikit limau nipis dan potong cili padi kalau nak pedas. Renih kan hingga pekat macmana kita nak. Tada dah siap hidangkan tabur bawang goreng dan daun ketumbar atau daun sup. Semoga bermanfaat

Credit : Azizah Daud

Cakoi Lembut Dan Gebu Buat Tak Henti Makan 14/06/2021

Cakoi Lembut Dan Gebu Buat Tak Henti Makan Waktu PKP ni bila anak-anak sibuk dengan kelas online dan ibu bapa pun bekerja dari rumah cepat terasa lapar. Takkan nak membeli sahaja. Kenalah rajinkan diri untuk mengisi perut seisi keluarga. Tak usah buat menu yang susah, buat yang mudah dan jimat. Bolehlah buat cakoi nanti untuk minum petang. C...

Resipi Kari Mamak Sedap Ala Restoran Nasi Kandar 14/06/2021

Resipi Kari Mamak Sedap Ala Restoran Nasi Kandar Cara cepat dan mudah untuk menyediakan sajian Kari Ayam Mamak yang sedap. Sesuai dijadikan sajian istimewa buat suami dan anak-anak.

Cara untuk membuat Kari Ikan Masala. Padu beb dan gerenti licin nasi sepinggan! โ€“ MY Resepi 14/06/2021

Cara untuk membuat Kari Ikan Masala. Padu beb dan gerenti licin nasi sepinggan! โ€“ MY Resepi Nak cari kelainan masak kari ikan? Jika nak kelainan boleh cuba masak kari ikan masala. Makan dengan nasi panas gerenti sedap. Ada sedikit berbeza cara masak, sebab ikan perlu digoreng dahulu. Nak tahu lebih lagi macam nak masak kari ni, boleh baca resepi di bawah. Tak susah pun nak sediakannya. Sel...

Timeline photos 12/06/2021

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Johor
===============================

Jumpa lauk ni tiap hari pun tak pe,
๐Ÿ“ŒNak dapatkan Asam pedas yg sedap cara asam pedas johor ye..asam pedas johor tak sama mcm asam pedas melaka. Sbb dia x guna rempah (jintan manis,putih, halba) Bahan yg sngt mudah. Asam pedas ni nak sedap halia kena letak lebih, minyak lebih sikit utk menumis (lebihan minyak perlu dibuang), menumis kena betul2 sampai pecah minyak. kena cukup rasa pedas dan asam nya. Kalau takda daun kesum dan bunga kantan gantikan dgn serai. Masa tgh menumis cili tu masukkan terus bunga kantan dan daun kesum utk dapatkan rasa asam pedas yg sebenar dgn haruman daun n bunga tersebut. Sesetgh orang s**a letak akhir2, tapi saya s**a letak awal2.

RESEPI ASAM PEDAS JOHOR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan :
2biji bawang merah besar(blender)
4ulas bawang putih (blender)
11/2 inci halia (blender)
1 inci kunyit hidup (blender)
1 senduk penuh Cili kering blender
Sedikit belacan ( ikut rasa masingยฒ ..x ltk pon xpe,masukkan dalam bahan blender )
ikan apaยฒ jea pon boleh
1sudu kecil Lada hitam (blender)
1/2 cawan Air asam jawa pekat
Daun kesum
1-2kuntum Bunga kantan
1 cawan air biasa
Garam secukupnya

Caraยฒ nyer :
Panaskan minyak masukkan bahan blender tadi, tumis sampai naik bau. Masukkan cili kering blender tumis sampai pecah minyak. Bila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa, tunggu smpai didih..masukkan bunga kantan/daun kesum ..msak sampi naik bau..last skli bru msukkan 1 ekor ikan yg telah dikerat dan garam secukup rasa ...

boleh ltk bendi, tomato
boleh tambah dgn sedikit air sekiranya kuah agak pekat.
๐Ÿฅฆ๐Ÿ“๐˜‹๐˜ช๐˜ฆ๐˜ต ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐™—๐™ช๐™–๐™/๐™จ๐™–๐™ฎ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ด๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฐ 3 ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ช.๐Ÿ—๐Ÿฆ๐Ÿด๐Ÿฌ% ๐™ง๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ต ๐™—๐™š๐™ง๐™ก๐™š๐™ข๐™–๐™ /๐™œ๐™ก๐™ช๐™ ๐™ค๐™จ๐™– ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ช.
๐˜ผ๐™™๐™–๐™ ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ๐™™๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ก๐™–๐™ข๐™ž ๐™จ๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ฉ๐™ค๐™ข-๐™จ๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ฉ๐™ค๐™ข ๐™จ๐™š๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ž:
- Bแด‡ส€แด€แด› ส™แด€แด…แด€ษด ส™แด‡ส€สŸแด‡ส™ษชสœแด€ษด
- Lแด‡แดแด€แด‹ ส™แด‡ส€แด‹แดœแดแด˜แดœสŸ แด‹แด€แด› สŸแด‡ษดษขแด€ษด แด…แด€ษด แด˜แด‡สœแด€
- Lแด‡sแดœ / Pแด‡ษดแด€แด› / Sแด›ส€แด‡ss
- KแดœสŸษชแด› แดแดœแด‹แด€ แด‹แดœsแด€แด
- Sแด‡แดส™แด‡สŸษชแด› / Cษชส€ษชแด›-ส™ษชส€ษชแด›
- Pแด‡ษดษชษดษข / Lแดสแด€
- Pแด‡ษดษขสŸษชสœแด€แด›แด€ษด Kแด€ส™แดœส€
- Kแด‡sแดœแด‹แด€ส€แด€ษด Bแด‡ส€ษดแด€๊œฐแด€s
- Kแด‡แด‹แด‡แดŠแด€ษดษขแด€ษด Oแด›แดแด›
- Sแด€แด‹ษชแด› Sแด€ส€แด€๊œฐ / Dแด€แด…แด€
- Dแด‡ษดสแดœแด›แด€ษด ษดแด€แด…ษช สแด€ษดษข แด›ษชแด…แด€แด‹ แด‹แดษดsษชsแด›แด‡ษด
- Aษชส€ แด‹แด‡ษดแด„ษชษดษข ส™แด‡ส€แดกแด€ส€ษดแด€ แด‹แด‡แด˜แด‡ส€แด€ษดษขแด€ษด
- Dแด€ษด สŸแด€ษชษด สŸแด€ษชษด ๐Ÿ˜ฐ
๐Ÿ’๐™ƒ๐™š๐™–๐™ก๐™ฉ๐™๐™‹๐™ง๐™ค ๐™Ž๐™ช๐™ฅ๐™š๐™ง๐™‚๐™ง๐™š๐™š๐™ฃ๐™จ ๐™…๐™ช๐™ž๐™˜๐™š ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ต ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข.
๐Ÿฐ๐Ÿฒ ๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™ฃ ๐™Š๐™ง๐™œ๐™–๐™ฃ๐™ž๐™  (๐˜ฝ๐™ช๐™–๐™ & ๐™Ž๐™–๐™ฎ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ) + ๐™‹๐™ง๐™ค๐™—๐™ค๐™ฉ๐™ž๐™  (๐™”๐™ค๐™œ๐™ช๐™ง๐™ฉ)
๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช!
- Cแด€แดแด˜แดœส€แด€ษด Sแด€สแดœส€ แด…แด€ษด Bแดœแด€สœ Bแด‡ส€ษดแดœแด›ส€ษชsษช Tษชษดษขษขษช
- Cแด€แดแด˜แดœส€แด€ษด Pส€แดส™ษชแดแด›ษชแด‹ แด…แด€ษด Eษดแดขษชแด Pแด‡ษดแด„แด‡ส€ษดแด€แด€ษด
- Cแด€แดแด˜แดœส€แด€ษด BษชแดŠษชส€ษชษด แด…แด€ษด Bแด‡ษดษชสœ Pส€แด‡แดษชแดœแด
- Cแด€แดแด˜แดœส€แด€ษด Dแด€แดœษด Bแด‡ส€แด€สŸแด‹แด€สŸษช แด…แด€ษด Rแดœแดแด˜แดœแด› Sษชสœแด€แด›
๐ŸŽ‰๐ท๐‘–๐‘ ๐‘˜๐‘Ž๐‘ข๐‘› 40%. ๐‘ƒ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘š๐‘œ๐‘ ๐‘– ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘“๐‘œ๐‘™๐‘™๐‘œ๐‘ค๐‘’๐‘Ÿ ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘–.
๐—›๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ.๐Ÿฏ๐Ÿฑ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ!
(๐˜น 60 ๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ช = ๐˜™๐˜”81 ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ญ)
๐Ÿ‘๐™๐™ช๐™Ÿ๐™ช๐™  ๐™œ๐™–๐™ข๐™—๐™–๐™ง ๐™จ๐™š๐™ก๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ ๐™ง๐™š๐™จ๐™š๐™ฅ๐™ž ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ฉ๐™š๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ข๐™ค๐™ฃ๐™ž ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐™ž๐™ฃ๐™›๐™ค.
Wสœแด€แด›sแด€แด˜แด˜ Lษชษดแด‹ ๐Ÿ‘‡
https://kliksini.my/01159579930
O๊œฐ๊œฐษชแด„แด€สŸ Wแด‡ส™sษชแด›แด‡ ๐Ÿ‘‡
๐—ต๐˜๐˜๐—ฝ๐˜€://๐—›๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐˜๐—ต๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐Ÿฎ๐˜‚.๐—ฐ๐—ผ๐—บ
Kredit:oh sedap ker

Cara membuat Inti Karipap Kari Ayam. Pasti Karipap anda laku keras dan ramai peminat. โ€“ MY Resepi 12/06/2021

Cara membuat Inti Karipap Kari Ayam. Pasti Karipap anda laku keras dan ramai peminat. โ€“ MY Resepi Masak inti kari ayam & kentang p**ak. Nanti, kalau rajin bolehlah buat karipap. Kalau tak rajin, simpan dulu dalam freezer. Sebenarnya, saja nak habiskan 3 ketul kentang yang terbiar kat dapur tu. Takut rosak. Biasanya, saya gunakan ayam cincang. Tapi, harini saya gunakan sekeping dada ayam yang ber...

Cara-cara untuk membuat Roti Canai. Gebu, lembut dan pasti anda puas hati! โ€“ MY Resepi 11/06/2021

Cara-cara untuk membuat Roti Canai. Gebu, lembut dan pasti anda puas hati! โ€“ MY Resepi Kami nak kongsika kepada anda cara-cara untuk membuat Roti Canai. Gebu, lembut dan pasti anda puas hati! Sejak PKP ni, anak-anak asyik lapar saja. Jom pakat buat roti canai homemade. Sedap dan lembut kejadiannya Insha Allah. Boleh juga kita frozenkan.

Resipi Asam Pedas Ikan Pari Kuah Paling Kaw. Mudah Sangat Cara Masaknya 03/06/2021

Resipi Asam Pedas Ikan Pari Kuah Paling Kaw. Mudah Sangat Cara Masaknya Keenakan sajian Asam Pedas terletak pada kuahnya yang padu. Cukup pekat, rasa pedas, masam dan masinnya, menjadikan sajian ini digemari ramai. Untuk lauknya boleh guna pelbagai jenis ikan, daging, ayam mahupun sotong. Semuanya enak. Namun pastikan semuanya segar. Barulah rasa lebih mengancam. Bagi a...

Rupanya Ini Rahsia Bancuhan Ikan Celup Tepung Versi Kelantan, Jadi Lebih Rangup Dan Halus. Memang Krup Krap! - KELUARGA 31/05/2021

Rupanya Ini Rahsia Bancuhan Ikan Celup Tepung Versi Kelantan, Jadi Lebih Rangup Dan Halus. Memang Krup Krap! - KELUARGA Ikan adalah hidangan yang mempunyai sumber protein yang mudah didapati untuk memberikan khasiat kepada badan. Namun jika hari-hari masak ikan goreng tentu bosan. Apa kata masak ikan celup tepung versi Kelantan. Memang sedap dan ini rahsianya jadi lebih rangup dan halus. Bancuhan ini juga boleh digun...

30/05/2021

Daggin kambing masak pasamahโคrespi ni arwah tok ajaq kami dulu2๐Ÿ˜Šmudahhh jaa masakkk pejam mata pon boley aihhhbb๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Respi cara arwah tok buatโค
Bahan
Kambing 2 kilo
Gempah daggin cap babas
Cili kering 10 tangkai*
Bawang besaq 5 biji*
Bawang kecik 10 *
Bawang putih 1 labu*
Halia 1 inci cikit*
Kas2 serbuk(1 sudu)
Gula melaka
Kerisik
Daun sup
Bawang bulat

Cara2

Goreng ke semua bahan2 yang wan tanda*sampai kuning, dah goreng bgi sejuk baru blder bahan2 ini

Kemudian ambik bahan2 yang blder 2 tuang dlm kuali dn masuk kan qempah dn kambing masak bgi naik waggi dlm masa 20 minit

Bila dah naik minyak n waggi..masuk kan kerisik,gula melaka,garam n air 1 cawan cikit,masak dlm 5 minit mas**an daun sup n bawang bulat dalam 3 minit dah boley makan

Credit : Zakuan Laris P

Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup, Renjis & Gaul Sedikit Dengan Cuka! - Mingguan Wanita 30/05/2021

Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup, Renjis & Gaul Sedikit Dengan Cuka! - Mingguan Wanita Selalunya bila goreng ikan bilis, jika tak kena cara ia akan jadi liat, lembik dan tak kekal rangup. Rupanya ada caranya untuk jadikan ikan bilis ini lebih garing dan kerangupannya bertahan lebih lama. Kena renjis dan gaul sekejap dengan cuka makan.

29/05/2021

Nasi Minyak Simple

Bahan untuk Nasi:
-4 pot beras
-2 sudu marjerin
-2 sudu minyak sapi
-4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga cengkih & bunga lawang)
-5 biji bawang kecil
-4 ulas bawang putih
-1 inch halia
-1 cawan susu cair
-1 sudu serbuk pati ayam knorr
-garam secukup rasa
-pewarna kuning
-air secukupnya

Cara:
-hiris bawang2 & halia. Panaskan marjerin & minyak sapi.
-tumis 4 sekawan. Masukkan bahan hiris dan kacau smpai garing.
-masukkn beras yg dah dibasuh & ditoskan. Kacau rata.
-masukkan susu cair, perwarna kuning, air secukupnya & garam. Kacau rata.
-tutup periuk. Kecilkan api. Biar sampai nasi masak. Kacau sesekali untuk nasi masak sekata. Tutup api bila nasi dah masak.

Ayam Masak Merah
Bahan:
-1 ekor ayam (potong dan bersihkan, perap garam & kunyit, goreng hingga garing)
-7 biji bawang besar
-4 ulas bawang putih
-segenggam lada kering (rendam)
-sos cili & sos tomato secukup rasa
-garam, gula & pes asam jawa secukup rasa
-sedikit air
-minyak goreng ayam tadi

Cara:
-blend 5 biji bawang besar (lagi 2 biji hiris bulat), bawang putih & cili kering dgn sedikit air sampai lumat.
-panaskan minyak. Tumis bhn blend sampai garing.
-masukkan sos sos, perasakn garam, gula & pes asam jawa. Tambh air utk bg kuah sikit.
-kacau rata. Bila semua dah masak dan sebati, masukkan ayam goreng & bawang hiris bulat. Kacau sampai semua rata. Tutup api.

Acar Timun
Bahan:
-1 biji timun (hiris bulat)
-3 biji cili api (hiris)
-2 bawang besar (hiris)
-garam, gula & cuka secukup rasa

Cara:
-gaul semua bahan secukup rasa hingga sebati.
-done.

kredit: โ€ŽNur Fakhira Mohd Rosliโ€Ž

29/05/2021

Rasanya ikan merah je kot sedap buat sup.. ke ada ikan ikan lain lagi yg sedap buat sup yer kakak kakak sekalian? Tak berani sgt nak mencuba ikan ikan lain sebab takut hanyir ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Resipi,

Tumis sampai brown bawang merah, bawang putih, dan halia(hiris boleh, tumbuk boleh)masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap..masukkan serai sebatang( titik) ,akar ketumbar..dan sup bunjut.. masukkan air..

Bila dah reneh, masukkan ikan..
Bila ikan dah hampir masak, masukkan garam secukup rasa..masukkan tomato dan batang celery.. dah siap boleh taburkan daun sup/daun ketumbar/daun bawang ikut kes**aan..

Saya tumis pakai sesudu minyak zaitun sahaja..

Kalau s**a masam boleh letak asam keping atau asam limau..saya tak letak..

Credit : Ainn Mustafar

Resepi Cucur Udang Sedap. Rahsia Untuk Dapatkan Cucur Udang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam! 28/05/2021

Resepi Cucur Udang Sedap. Rahsia Untuk Dapatkan Cucur Udang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam! Selalu kalau beli cucur udang di luar, ada yang sedap, tapi kadang-kadang ada yang tak menepati citarasa. Kalau sendiri cuba buat pun ada yang lembik, tak rangup malah serap minyak. Apa kata cuba resepi cucur udang sedap yang dikongsikan oleh Fazreen Sani ni p**a. Selama ni mungkin dah cuba pelbagai...

Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan 28/05/2021

Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan Cara mudah menyediakan Kentang Putar @ Mash Potato yang tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan.

Resipi Nasi Lemak & Sambal Ikan Bilis. Ikut Petua Ni Gerenti Sedap 28/05/2021

Resipi Nasi Lemak & Sambal Ikan Bilis. Ikut Petua Ni Gerenti Sedap Menu nasi lemak memang menjadi kegemaran ketika sarapan. Digandingkan p**a dengan aneka sambal antaranya sambal sotong, sambal kerang , ayam dan sebagainya. Namun sudah jadi kemestian bila nasi lemak dipadu dengan sambal ikan bilis, terangkat sedapnya jika pandai cara membuat sambalnya.Min kongsikan...

Photos from Resepi Qomarul Roihan's post 27/05/2021

PKPD dah bermula, tapi Alhamdulillah ada juga pelanggan tempah Nasi Lemak Qomarul Roihan 50 bungkus untuk pagi ini.....

Tapi dia datang COD ambil sendiri, dan nak hantar ke Pusat Hemodialisis kat Hospital Temerloh katanya.....

Apa pun terima kasih atas kesetiaan dan kepercayaan dari pelanggan-pelanggan kami...

01111904005 Qomarul Roihan

Masak Sambal Sardin Goreng Dulu Ikan, Kurangkan Bau Hanyir & Lebih Sedap! - Mingguan Wanita 26/05/2021

Masak Sambal Sardin Goreng Dulu Ikan, Kurangkan Bau Hanyir & Lebih Sedap! - Mingguan Wanita Sambal Sardin antara masakan yang cukup mudah dan sedap disediakan. Dimakan dengan telur dadar dan nasi panas memang boleh makan bertambah-tambah. Rupanya nak kurangkan hanyir ikan sardin dan jadikannya lebih sedap, kena goreng dulu ikannya.

26/05/2021

Sambal tomato ikan bilis goreng ..haaa terliurrr takk ..mabelesss, Mantoppp..ratah pun sedap, makan ngn pulut pun sedap, mkn dgn lontong pun sedap ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

RESEPI SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG
Oleh : syahidawati
Olahan:

*1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
*1 inci belacan
*minyak sikit untuk goreng
Tanda * digoreng bersama terlebih dulu hingga masak dan ketepikan

โœ“4 biji cili merah dipotong kasar
โœ“2 biji tomato dipotong 8
โœ“5 ulas bawang kecil
โœ“3 ulas bawang putih
Tanda โœ“ ditumbuk kasar

1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula (ikut selera nak sedap macam mana)
1 inci gula melaka (kak long guna gula kabung sebab tu je yang ada)

Cara nak masak:

- Tadi dah goreng ikan bilis + belacankan
- Sekarang letak sikit minyak dan goreng bertanda โœ“
- Kacau rata sampai keluar minyak dan masukkan ikan bilis + belacan tadi. Gaul kejap. Masukkan p**a gula melaka tadi sampai hancur. Baru masukkan garam dan gula. Rasakan. Kalau kurang ummph tambah apa yang patut.
- Taadaa dah siap

Boleh makan dengan nasi panas. Ada petai atau apa jenis ulam pun terangkat weiii๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Resipi Sambal Tumis Ikan Kembung. Lauk Simple Je Tapi Ramai S**a 26/05/2021

Resipi Sambal Tumis Ikan Kembung. Lauk Simple Je Tapi Ramai S**a Resipi Sambal Tumis Ikan Kembung perkongsian saudari Juma Natull ni memang mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!

Timeline photos 26/05/2021

Resepi Ayam Goreng Rangup Krap Krup Krap Krup

Ni ayam goreng yg hakak goreng sendiri ye..Bukan ayam dr K F C tu...Rupa je mcm dia...๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Resepi n cara2 nya simple je..TANPA TELUR YE..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Bahan2 :
Tepung ayam jenama Bestari, tak kisah lah korang nk guna perasa apa pun..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Tepung gandum
Tepung beras
Ayam
Minyak tuk menggoreng

Cara2 :
Mula2 perap dulu ayam ngan tepung bestari..
Perapan tu tk boleh terlalu pekat atau terlalu cair..kena betul2 cantik bersalut kat ayam tu sekata..
Perap lah dlm 15-30 min..
Kemudian sediakan tepung untuk salutan kering
Tepung bestari + tepung gandum + tepung beras
Akk main tuang je agak2..tk pernah bers**at..kdg ini terlebih, kdg itu terkurang..lebih kurang halal je org kata..
Panaskan minyak..akk s**a guna periok..isi minyak stgh periok tu..
Tunggu minyak betul2 panas, kemudian kecik kan api..
Celop ayan tu seketul2 dlm tepung kering yg dh bercampur tu..jgn masuk gaul b*k2..
Kena sabar, gaul seketul2..cara gaul tu pun kena betul..baru nnti dia jd cantik bersalut berkerak..
Bukan main tonyoh2 je..kaut tepung tu salutkan ke ayam..rata2..
Masukka terus dlm minyak panas td..
Biar kan semua ayam tenggelam dlm minyak ye..
Jgn isi sampai tk de ruang p**ak piok tu..
Ok, kat sini api kena jaga..bila ayam dh masuk semua, suhu minyak akan menurun kan..
Jd besarkan blk api..bila minyak dh mula panas, kecik kan blk api tu..ayam kena sentiasa balik balikkan baru masak cantik sekata warnanya..
Proses m3nggoreng dlm 20min..
Ikut size ayam korang lah..kalo kecik2 15 min cukup..
Ayam yg dh siap akan garing rangup di luar dn basah lembut di dlm..

Selamat mencuba..hakak halalkan dunia akhirat..

Kredit: nor haidah md said

Belajar Bisnes Makanan Homemade! 26/05/2021

Belajar Bisnes Makanan Homemade! Panduan bagaimana memulakan bisnes makanan hanya dari rumah.

Masak Dulu Guna Bahan Perap. Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak 25/05/2021

Masak Dulu Guna Bahan Perap. Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak Ayam Bakar Rempah ni memang nampak sangat membuka selera. Bagi anda gemar mencuba resipi-resipi baru, resipi yang satu ni memang wajib cuba.

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Temerloh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

GERAI NASI LEMAK QOMARUL ROIHAN TAMAN TEMERLOH JAYA

Telephone

Website

Address

Temerloh

Other Food & Beverage Service & Distribution in Temerloh (show all)
Chocojar Rangup Viral - Cik Nad Chocojar Rangup Viral - Cik Nad
Kampung Bangau Tanjung
Temerloh, 28000

Chocojar yang rangup bersalut coklat berkualiti premium. Coklat yang banyak dan melting serta harga yang mampu milik..๏ฟฝ

ChocoAlbab ChocoAlbab
28000, Bangau
Temerloh, 28000

Alia Daud Alia Daud
28000, Taman Bukit Semantan
Temerloh, 28000

Pemborong dan ejen produk timmie di bawah Jamaiah Food Industry. Menjual mini burger, sate kebab dan chicken ball timmie.

Cik Kiah Juice Utara Cik Kiah Juice Utara
Temerloh, 28000

Mamateh karipap frozen Mamateh karipap frozen
Temerloh

sedekah sambil berniaga

Aruz Laban Resources Aruz Laban Resources
Temerloh, 28000

Kami membekalkan produk frozen Muslim yg Halal dan Toiyib KAMBING PERAP LADA HITAM AL-FAROQH AYAM PERAP BBQ AL-FAROQH PATIN TEMPOYAK LAZIZ DAGING PUYUH MEMPAGA Berminat menjadi e...

Acar Ikan Talang Masin Hari Hari Nak Makan Acar Ikan Talang Masin Hari Hari Nak Makan
Temerloh, 28000

ACAR IKAN TALANG MASIN Hari Hari Nak Makan. Produk 100% Muslim, Homemade, Ready To Eat

B&Z Bakery B&Z Bakery
Temerloh, 28000

roti homemade,kerepek,biskut mazola,bersedia menerima tempahan nikah/untuk doorgift,juga menyediakan khidmat suplier ke kedaiยฒ...

Agent Pak Mat Western - Taman Setia Jasa, Kg. Awah, Jengka Agent Pak Mat Western - Taman Setia Jasa, Kg. Awah, Jengka
Taman Setia Jasa
Temerloh, 28000

Citarasa Hotel, Harga Warong. Ejen berdaftar produk Pak Mat Western (CT0129010-A)

Asam Boi Kay Asam Boi Kay
Temerloh, 28020

Pembekal Jeruk ASAM BOI KAY - Mangga Telur - Mangga Kampung - Kundang - Kendondong

Jelly kelapa dara Jelly kelapa dara
No:20 Tj 8/5 Taman Temerloh Jaya
Temerloh, 28000

jelly kelapa dara

Sambal Belimbing Hitam Pahang Sambal Belimbing Hitam Pahang
Temerloh, 28000

Sambal Hitam yang pasti menyentap selera anda. Rasa pedas yang enak akan membuka selera untuk makan