Cocoezy
Dunia Kelapa
1 ekar berapa pokok kelapa pandan?
Mengetahui 1 ekar berapa pokok kelapa pandan sangat penting di peringkat permulaan. Jumlah Penanaman pokok kelapa pandan yang betul akan membantu penghasilan buah yang berkualiti dan banyak.
Di samping itu, pengurusan ladang kelapa seperti aktiviti membaja, meracun dan memetik buah dapat dilakukan dengan sistematik.
Menggunakan jarak 20 x 20 kaki, jumlah seekar tanaman kelapa pandan adalah sebanyak 109 pokok. Jumlah ini sangat sesuai untuk dapat hasil kelapa pandan yang baik.
Dengan mengetahui 1 ekar berapa pokok kelapa pandan ini, hasil penanaman yang betul paling kurang satu pokok anda akan dapat 10 biji buah. Harga kelapa di ladang RM 2 ringgit sebiji. Satu pokok anda boleh dapat RM 20 ringgit untuk satu tandan.
Satu ekar 109 pokok x RM 20 bersamaan dengan RM 2180! Ini jumlah paling minimum yang dikira.
Ini terbukti mengikut pengalaman saya sendiri, kelapa pandan saya dapat jual dengan harga RM 3 dari kebun. Ya! Harga dari kebun. Macam mana saya buat?
Saya proses kelapa pandan dengan potong di bahagian atas menjadi segi tiga dan potong di bahagian bawah untuk menjadi tapak supaya buah tidak tergolek.
Kelapa ini saya iklankan di kawasan sekitar yang terdekat melalui “Facebook Group” Taman perumahan dan hantar ke rumah pelanggan selepas mendapat order.
Untuk jual dengan lebih banyak sekaligus, saya bekalkan ke restoran-restoran untuk dijadikan menu aiskrim kelapa. Kelapa dapat habis dengan cepat malah tidak cukup tangan untuk memenuhi permintaan.
Ada cara lain lagi yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan keuntungan berlipat kali ganda lagi dengan menjual kelapa pandan.
Pelajari strategi tingkatkan keuntungan kelapa pandan dengan cara yang unik. Permintaan tinggi dan persaingan rendah. Jarang orang buat sebab tak tahu cara. Lebih senang untuk anda buat untung. Klik www.cocoezy.com
Semoga perkongsian tentang 1 ekar berapa pokok kelapa pandan ini dapat membantu anda.
Inovasi kelapa pandan untuk tingkatkan keuntungan
Kelapa Pandan sejenis buah kelapa yang kecil berbanding kelapa -kelapa lain yang lebih besar contohnya kelapa kampung, Sungai Gulang-Gulang (SGG) dan lain-lain. Kelapa pandan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana kita dapat buat satu inovasi produk makanan yang unik.
Caranya dengan menghasilkan jelly di dalam buah kelapa. Kelapa pandan yang saiznya kecil sangat sesuai menggunakan kaedah ini kerana boleh menjadi seperti satu gelas semulajadi. Kelapa pandan yang mempunyai air dan aroma yang wangi akan menjadikan jelly dalam kelapa yang dihasilkan lebih sedap.
Contoh mudah, 1 biji kelapa pandan boleh dijual dengan harga RM 3. Selepas diproses menjadi jelly dalam kelapa boleh dijual pada harga RM 8!
Mengikut pengalaman saya, pelanggan sanggup bayar asalkan dapat menikmati jelly dalam kelapa yang sedap dan unik ini. Yang dah beli p**a selalu beli lagi. Sangat laku keras terutamanya ketika bulan Ramadan. Saya dapat jual sekurang – kurang 20 biji sehari hanya dari rumah sahaja.
Dengan menggunakan kaedah ini, kelapa pandan dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi lagi seterusnya meningkatkan keuntungan. Apa yang menariknya, permintaan juga tinggi dan persaingan yang rendah. Lebih senang untuk buat untung.
Ramai yang masih tidak tahu cara ini, jika tahu pun masih tertanya-tanya juga macam mana nak buat resepi jelly dalam kelapa ini?
Pelajari cara dan resepi rahsia hasilkan jelly dalam kelapa yang telah terbukti 100% mendapat permintaan tinggi di pasaran. Klik www.cocoezy.com
Semoga perkongsian inovasi kelapa pandan ini membantu anda.
Berbaloi ke tanam pokok kelapa Pandan?
Pokok kelapa pandan adalah antara pokok yang menjadi persoalan sama ada berbaloi ataupun tidak untuk ditanam. Ini kerana pokok kelapa pandan menghasilkan buah yang lebih kecil daripada kelapa biasa yang lain.
Jika anda pasarkan 1 biji kelapa pandan yang berharga RM 3 kepada 1 restoran dan restoran tersebut order 30 biji kelapa. Anda sudah dapat RM 90 ringgit.
Bayangkan jika sehari anda pasarkan kepada 10 buah restoran yang berdekatan dengan kawasan anda dan penjual-penjual kelapa lain hanya fokus jual kelapa besar sahaja?
Boleh dapat RM 900 sehari, sebulan RM 27,000 ringgit.
Tak perlu buka kedai, hanya jadi pembekal sahaja kepada restoran-restoran. Ini kelebihan mereka yang ada pokok kelapa pandan. Tambahan p**a, anda boleh gunakan cara ini walaupun pekebun kecil yang hanya ada kurang dari 10 pokok kelapa pandan. Dapat bermula dari kecil.
Ini baru satu cara, ada cara lain lagi yang anda boleh buat untuk tingkatkan keuntungan jual kelapa pandan. Apa yang menariknya persaingan juga rendah.
Pelajari strategi tingkatkan keuntungan kelapa muda dengan cara yang unik. Permintaan tinggi dan persaingan rendah. Jarang orang buat sebab tak tahu cara. Lebih senang untuk anda buat untung. Klik www.cocoezy.com
Semoga perkongsian tentang pokok kelapa pandan ini membantu anda.
Tips cari pembekal kelapa muda yang diyakini dan dipercayai
Ada banyak pembekal-pembekal kelapa muda di luar sana. Jika anda buat carian di Google, Facebook marketplace dan lain-lain, akan ada banyak pembekal kelapa muda sama ada secara runcit atau borong.
Persoalannya, macam mana nak kenal dan pastikan pembekal tersebut boleh dipercayai? Ada banyak kes selepas membuat pembayaran kelapa yang dipesan, pembekal tersebut terus hilang dan kelapa p**a tidak dihantar.
Tips yang dikongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman dan perkongsian oleh pembeli atau pemborong kelapa muda yang lain.
Tunjuk muka
Pembekal yang menunjuk muka mereka di platform profile media social atau ketika mengiklankan kelapa yang mereka jual boleh dijadikan salah satu cara untuk memastikan mereka bukan scammer.
Kaedah ini bukan 100% tepat, ada juga yang jenis malu untuk menunjukkan muka. Tapi lebih selamat jika lebih berhati-hati kerana ini melibatkan wang anda.
Pada 2023 statistik menunjukkan kes penipuan dalam talian di Malaysia membimbangkan – Sumber IPSOS
Dulu penjahat akan memakai topeng untuk tutup muka, kini scammer di zaman online ini menggunakan “fake akaun” atau akaun palsu untuk menyembunyikan identiti mereka.
Terdapat banyak lagi modus operandi atau strategi yang scammer gunakan di luar sana. Yang pasti, kita mesti lebih berhati – hati ketika berurusan secara online. Pastikan betul-betul diyakini sebelum membuat pembayaran. Selidik latar belakang pembekal kelapa sehingga anda yakin untuk berurusan. Biar lambat asalkan duit tidak hangus.
Semestinya kita semua ingin buat untung dan meminimumkan kerugian dalam perniagaan kelapa ini. Saya juga ingin berkongsi cara yang boleh anda gunakan untuk buat untung tinggi jual kelapa muda.
Pelajari strategi tingkatkan keuntungan kelapa muda dengan cara yang unik. Permintaan tinggi dan persaingan rendah. Jarang orang buat sebab tak tahu cara. Lebih senang untuk anda buat untung. Klik www.cocoezy.com
Semoga perkongsian tips cari pembekal kelapa muda ini membantu anda.
Berapa harga kelapa pandan sebiji di pasaran?
Kelapa pandan mempunyai permintaan dan pasarannya yang tersendiri. Harga kelapa pandan tidak sama dengan kelapa lain. Kelapa pandan boleh jadi mahal, dan kelapa pandan boleh juga jadi murah. Bergantung kepada macam mana dan di mana anda memasarkan kelapa pandan.
Untuk penjual air kelapa, boleh dikatakan kelapa pandan tidak mempunyai permintaan oleh kerana saiznya yang kecil. Kelapa pandan saiz kecil bermakna air dan isinya juga sikit. Oleh sebab itu lah ramai penjual air kelapa lebih memilih kelapa jenis lain yang lebih besar seperti SGG dan kelapa kampung biasa.
Contoh mudah, harga kelapa pandan Rm 3 sebiji. Harga kelapa kampung juga RM 3 sebiji. Satu biji kelapa kampung dapat hasilkan 2 gelas air manakala kelapa pandan yang harga sama juga hanya dapat 1 gelas air sahaja.
Jika anda di tempat penjual air kelapa, anda lebih memilih yang mana?
Ada caranya nak jadikan kelapa pandan tetap mendapat permintaan dan pembeli sanggup bayar dengan harga yang tinggi. Pekebun boleh membekalkan kelapa pandan kepada penjual aiskrim dalam kelapa, kedai makan dan restoran-restoran.
Di sini kelapa pandan bukan hanya diambil air dan isinya sahaja bahkan penjual turut menggunakan buah kelapa tersebut sebagai gelas semulajadi yang unik. Kaedah ini sangat sesuai menggunakan kelapa pandan kerana saiz buahnya yang kecil.
Pekebun kelapa pandan boleh menjual buah kelapa pandan dengan harga yang sama diletakkan oleh pembekal yang menjual buah kelapa yang jenis bersaiz besar yang lain. Kelapa pandan tetap boleh dijual dengan harga yang tinggi dengan mengenali pasaran dan target market anda.
Ada cara lain lagi yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan keuntungan jual kelapa pandan.
Pelajari strategi tingkatkan keuntungan kelapa pandan dengan cara yang unik. Permintaan tinggi dan persaingan rendah. Jarang orang buat sebab tak tahu cara. Lebih senang untuk anda buat untung. Klik www.cocoezy.com
Semoga perkongsian tentang harga kelapa pandan sebiji ini dapat membantu anda.
Jarak tanam kelapa pandan untuk hasil buah lebih banyak
Jarak tanam kelapa pandan berbeza dengan pokok kelapa lain. Pokok kelapa pandan dalam kategori pokok kelapa yang bersaiz kecil. Ini mempengaruhi jarak yang mesti digunakan untuk menanam kelapa pandan.
Kelapa yang ditanam dengan jarak yang sesuai akan menghasilkan pokok yang produktif atau dengan kata lain mampu mengeluarkan buah dengan lebat dan banyak. Jarak tanam kelapa pandan yang sesuai akan membolehkan pokok tersebut mendapat cahaya matahari yang mencukupi sebagai makanannya untuk menghasilkan buah.
Jarak tanam kelapa pandan yang sesuai adalah 20x20 kaki. Jarak ini memberikan ruang “bernafas” yang selesa untuk pokok membesar dengan subur.
Kalau tanam rapat, adakah pokok tidak mengeluarkan buah? Ada yang berpandangan disebabkan pokok kelapa pandan yang bersaiz kecil, jarak tanam kelapa pandan boleh kurang dari 20 x 20 kaki.
Hasilnya daun pelepah pokok akan bersilang dengan pokok lain dan mewujudkan persaingan antara pokok untuk mendapatkan cahaya matahari.
Pokok tetap akan menghasilkan buah cuma buah yang terhasil lebih kecil dan kurang mendapat permintaan dalam pasaran.
Buah yang sepatutnya boleh dijual pada harga RM 3 sebiji boleh jatuh kepada 1.50 sebiji (Ikut pasaran di tempat masing-masing).
Bayangkan tunggu 3 tahun tanam pokok dengan modal banyak dikeluarkan tapi hasilnya buah kelapa tidak mempunyai permintaan di pasaran.
Oleh itu, pemilik kebun mesti mengukur lebih awal jarak tanam kelapa pandan kerana akan memberi kesan kepada kualiti penghasilan buah.
Selain hasil buah berkualiti, jarak tanam kelapa pandan yang betul memberi ruang yang cukup untuk membantu pengurusan kebun dengan baik.
Contohnya seperti penggunaan jentera untuk aktiviti pembajaan dan penuaian kelapa. Keuntungan pelaburan penanaman kelapa dapat dimaksimumkan. Tapi…
Ada cara lain lagi yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan keuntungan jual kelapa pandan.
Pelajari strategi tingkatkan keuntungan kelapa pandan dengan cara yang unik. Permintaan tinggi dan persaingan rendah. Jarang orang buat sebab tak tahu cara. Lebih senang untuk anda buat untung. Klik www.cocoezy.com
Semoga perkongsian jarak tanam kelapa pandan ini membantu anda.
Dapatkan penebuk kelapa dan resepi jelly kelapa dalam buah di www.cocoezy.com
Lawati blog rasmi cocoezy untuk perkongsian ilmu dunia kelapa : https://cocoezy.com/blog/
-agartali
Cara tingkatkan keuntungan Kelapa Pandan kecil dengan cara yang unik
Permintaan tinggi dan persaingan rendah. Jarang orang buat sebab tak tahu cara. Lebih senang buat untung.
Boleh dapatkan sekali resepi rahsia
Pelajari strategi ini dengan melayari website www.cocoezy.com
Strategi tingkatkan keuntungan jual kelapa muda.
www.cocoezy.com
TEBUK KELAPA DENGAN MUDAH DAN SELAMAT
Tarik perhatian dan minat pelanggan anda untuk menikmati hidangan kelapa muda yang cantik dan segar dalam buah.
Penebuk khas kelapa muda :
1.Dapat tebuk banyak kelapa dengan selamat tanpa risau jari akan terluka
2. Besi kukuh untuk kegunaan lama dan lasak serta menjimatkan kos untuk beli yang baru
3. Lubang kelapa luas untuk masukkan sudu dan menjimatkan kos untuk beli gelas
PERCUMA! : Strategi tingkatkan keuntungan jual kelapa muda.
Untuk maklumat lanjut boleh klik www.cocoezy.com
Manfaat kelapa Pandan :
1) Memulihkan dehidrasi
2) Baik untuk ibu mengandung
3) Mencegah penuaan awal
4) Merawat penyakit batu karang
5) Meningkatkan kekebalan tubuh
6) Baik untuk pencernaan
7) Penting untuk kesihatan kulit
8) Menurunkan berat badan ( Air Kelapa takde lemak)
9) Mengawal diebetis
Jenis - jenis kelapa di Malaysia
1) Kelapa SGG
2) Kelapa Mataq
3) Kelapa Tacunan
4) Kelapa MYD
5) Kelapa MRD
6) Kelapa Pandan
Setiap jenis kelapa ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Untuk mendapatkan hasil p**angan dalam penanaman kelapa, pengusaha kebun mesti menentukan dari awal lagi tujuan penanaman kelapa tersebut. Ini penting untuk memastikan kelapa mendapat permintaan dalam pasaran.
Kebanyakan penjual air kelapa muda mencari buah kelapa yang jenis bersaiz besar. Kelapa yang bersaiz besar mempunyai air dan isi kelapa yang lebih banyak. Ini dapat memberi p**angan dan keuntungan yang lumayan kepada peniaga.
Kelapa yang bersaiz bersaiz besar adalah seperti kelapa Sungai Gulang - Gulang (SGG). Kelapa jenis ini mempunyai luas tempurung kelapa yang besar. Puas hati untuk penjualan air kelapa muda. Apa lagi jenis kelapa lain yang saiz besar-besar? Boleh kongsi di komen.
Kelapa yang bersaiz sedikit kecil p**a adalah Kelapa Pandan. Kelapa ini mempunyai pasarannya yang tersendiri. Oleh sebab itu kelapa Pandan ini masih sesuai ditanam dan mendapat sambutan dalam kalangan peniaga.
Jenis perniagaan yang sesuai menggunakan Kelapa Pandan adalah aiskrim kelapa, jelly dalam kelapa dan lain-lain. Ada juga pemilik kedai makan menggunakan Kelapa Pandan sebagai "mangkuk" untuk menghidangkan menu Tomyam kepada pelanggannya.
Ada banyak lagi kegunaan Kelapa Pandan di pasaran. Cuba anda kongsikan kegunaan Kelapa Pandan yang anda pernah nampak atau rasa. Mesti ada kan?
Saiz dan ruang tempurung Kelapa Pandan yang kecil hampir menyerupai saiz sebiji mangkuk atau gelas besar. Ada peniaga membuat untung yang banyak hasil menjual hidangan yang unik dan "rare" ini.
Jika anda berminat nak order Kelapa Pandan segar terus dari kebun boleh pm
https://www.wasap.my/60179715393/kelapapandan
Lokasi Tumpat, Kelantan
Kelapa Pandan mini...
Saiz ni kami tak jual...saiz ni molek buat mmekong....💥
Customer booking. Syukur selalu
COD
Alhamdulillah...rezeki hari ni
Lepas booking,
nak mari ambik boleh, nok atar pun boleh jugok deh...
KELAPA PANDAN.
Manis air dan isinya....
Nak makan Kelapa Pandan tak perlu tunggu 2-3 tahun dah untuk pokok besar. Order je buah terus.
Sedap molek kalau dapat minum. Manis dan wangi original p**ak tu.
Ramai dah repeat order
Buah siap kerat. Nati tebuk jah nak minum.
3 ya sebiji
Berminat boleh PM.
Nak ambik boleh, nak kami hantar pun boleh.
(COD area Tumpat dan sekitar)
Wassap:
wa.link/2q1ufn
Ngatar nyor dulu....
Ini flow untuk order Kelapa Pandan
Booking - bayar deposit (10 biji ke atas) - kait - cuci - proses - pickup
Berminat wassap
http://www.wasap.my/60179715393/nyorpandan
Membekalkan Kelapa Muda Pandan siap dipotong untuk hidangan menu aiskrim kelapa, jelly dalam kelapa, tomyam dalam buah kelapa dan pelbagai lagi jenis menu mengikut kehendak pelanggan.
Kelapa Pandan jenis kelapa yang kecil dan sangat sesuai untuk saiz hidangan per individu.
Berminat boleh wassap untuk booking dan pertanyaan lanjut. PM
Ayyash Aqashah Business Account
Ke Johor petang ni
Supply ke restoran-restoran area Tumpat.
Alhamdulillah ramai repeat order.
Boleh booking sehari awal ya untuk potong proses kait dan potong.
Berminat wassap:
http://www.wasap.my/60179715393/nyorpandan
Full order hari ni
Alhamdulillah
Selesai untuk order hari ni.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the public figure
Website
Address
Tumpat, 16040
Rose lace pancakes – pretty to look at delicious to eat ! • • • Every Bites is Definitely Pure Happiness Perfect Gifts Open To All Ages
16080, Pengkalan Kubor
Tumpat, 16040
PEMBEKAL&PERJUALAN HAIWAN TERNAKAN, INSYALLAH KAMI AKAN LAKUKAN SEBAIK MUNKIN
Tumpat
menyediakan servis perkhidmatan mesin rumput, meracun,cuci kawasan rumah,mengecet dan sebagainya..
Kg Telaga Lanas Pengkalan Kubor
Tumpat
Setiap tempahan kerusi batu, kami hanya kenakan caj pada kadar harga terendah, tiada caj pada pelanggan, bagi membuat penghantaran ke rumah sis,