Kelas Ngaji al Quran Uptown Tumpat

Kelas Ngaji al Quran Uptown Tumpat

You may also like

malinda_magan_lal
malinda_magan_lal

Pusat Pembelajaran Al Quran teknik Al Baghdadi

30/11/2021

Ajar Anak Baca al-Quran
=========
1. Sekiranya kita mempunyai masa dan kesempatan, ajarlah anak kita membaca al-Quran. Kerana itu adalah aset yang paling berharga buat kita setelah kita meninggal dunia nanti. Atau paling kurang, ajarkanlah anak kita membaca al-Fatihah, kerana itulah surah yang akan dibaca sepanjang hidupnya. Sabda Rasulullah:

مَنْ عَلَّمَ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ كَانَ لَهُ ثَوَابُهَا مَا تُلِيَتْ

“Barangsiapa yang mengajarkan satu ayat dari Kitab Allah Azza wa Jalla (iaitu al-Quran), maka baginya pahala selama ayat itu dibaca.” (al-Silsilah al-Sahihah)

2. Bayangkan andai anak kita masih membaca ayat yang telah kita ajarkan kepada mereka, maka pahala tersebut akan mengalir dan kita nikmati sekalipun kita telah meninggal dunia.

3. Ini kerana, ilmu yang kita ajarkan kepada mereka masih tetap mengalir ganjarannya setelah kita meninggal. Ini selaras dengan hadis yang disebutkan oleh Baginda Nabi:

إِذَا مَاتَ ابنُ آدم انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya, kecuali tiga perkara. Iaitu, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (HR Muslim)

4. Bukan itu sahaja, mengajarkan orang lain membaca al-Quran dianggap sebagai profesion yang paling mulia. Bukan semua kita mampu untuk mengajar orang lain, tetapi setidak-tidaknya, ajarlah anak kecil kita menghafaz surah Qul Huwallahu Ahad. Sabda Rasulullah:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القرآنَ وَ عَلَّمَهُ

“Orang yang paling baik dalam kalangan kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain). (HR al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

20/11/2021

Kesan Meninggalkan al-Quran
=========
1. Setiap Muslim hendaklah menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam hidupnya. Setiap hari dibaca sebagai peringatan dan diteladani mutiara di dalamnya melalui bimbingan hadis Nabi dan huraian para ulama.

2. Rasulullah menegaskan bahawa al-Quran akan memberi syafaat kepada umatnya di akhirat kelak. Di dunia p**a, al-Quran berupaya membimbing manusia daripada terpesona dengan kerosakan tipu daya kehidupan. Sabda Rasulullah:

الْقُرْآنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ ومَاحِلٌ مُصَدَّقٌ ، فَمَنْ جَعَلَهُ إمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ ، وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ قَادَهُ إِلَى النَّارِ

“Al-Qur’an adalah pemberi syafa’at yang diberi syafa’at. Al-Quran juga adalah pembela yang dibenarkan. Barangsiapa yang menjadikannya di depannya (panduannya) maka ia akan membimbingnya ke syurga dan barangsiapa yang meninggalkannya maka ia akan membawanya ke neraka.” (HR Ibn Hibban)

3. Begitu mulia kedudukan al-Quran di sisi orang beriman sehingga diam mendengarkannya sahaja sudah berupaya menjadikan kita beroleh rahmat dari Allah. Firman Allah:

وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan bertadabur), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Surah al-A’raf: 204)

4. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Sa’di menjelaskan bahawa mereka yang mendengar al-Quran iaitu dengan menghadirkan hati mereka sambil bertadabur dengan isi kandung al-Quran itu, maka dia akan beroleh rahmat. Kata al-Sa’di:

فإنه ينال خيرا كثيرا وعلما غزيرا، وإيمانا مستمرا متجددا، وهدى متزايدا، وبصيرة في دينه، ولهذا رتب اللّه حصول الرحمة

“Sesungguhnya dengan (mendengar dan bertadabur) seseorang itu akan mengalir padanya kebaikan yang banyak, ilmu yang lebat, iman yang berterusan, hidayah turut bertambah dan bimbingan dalam perkara agama. Atas dasar itu Allah meletakkan (mendengar al-Quran ini) sebagai sesuatu yang berupaya menyebabkan seseorang beroleh rahmat.

5. Dan rugilah mereka yang tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan. Mereka bukan sahaja berpotensi untuk tersesat dalam kehidupan dunia malah rugi di akhirat kelak. Jadikan al-Quran sebagai tatapan bacaan harian, pedoman yang perlu diteladani dan ditadabbur setiap hari.

Dapatkan juga buku Tadabbur al-Quran secara ringkas dalam buku berjudul Mengapa Allah Mencela Orang Yang Solat di pautan di bawah:
https://bit.ly/3k377rc
https://bit.ly/3k377rc
https://bit.ly/3k377rc

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

14/11/2021

How often do you read Allah’s message to you?

27/08/2021

KELEBIHAN MENCINTAI AL-QURAN
1. Tidak nyanyuk sampai tua.
2. Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.
3. Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.
4. Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.
5. Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.
6. Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.
7. Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.
Ustaz Abdullah Mahmood
Majalah Anis.

26/08/2021

Jom baca al Quran 🤲

TIPS UNTUK SERONOK BACA AL QURAN
1. Pastikan mempunyai bacaan yang baik. Baca dengan bertajwid.
2. Pilih waktu yang menenangkan seperti sebelum atau selepas subuh, selepas maghrib dan juga isyak.
3. Bersihkan diri daripada segala sebab yang boleh menyebabkan susah untuk berbuat ketaatan seperti maksiat. Jaga mata. Jaga lidah.
Orang yang biasa melihat maksiat,mana mungkin boleh berlama lamaan melihat Al Quran.Begitu juga dengan orang yang tidak menjaga lidahnya.
4. Perbuatan yang baik dengan perbuatan tidak baik, sama sekali tidak akan bergabung sekali. Maka kau harus memilih.
5. Paksa sehingga timbul rasa tidak sempurna hari tersebut tanpa Al Quran.
Terus berusaha.

Kredit : Islam Cahaya Hidup

25/08/2021

💗

26/04/2021
21/04/2021
03/04/2021

BELAJAR QURAN SEBELUM TERLAMBAT
Mungkin ini antara masa nya
yang Allah berikan untuk saya
melangkah dengan SOPnya
ke kelas Quran Uptown Tumpat
Mask di muka
senitiser di guna
SOP di utama
penjarakkan di jaga
Lama ku tunggu
Ingin mahir membaca quranmu
yang turun kepada nabiku
untuk ku baca selalu
Kini di buka
ku tunggu sekian lama
sebab waktuku entah bila
Akan ku manfaatkan sepenuh masa
Ramadhan akan tiba
kami menanti dengan hiba
langkah pahlawan penuh bergaya
untuk menimba ilmu tercinta
Tiada yang kupinta
melaikan redho yang Maha Esa
teman kubur gelap gelita
"Quran" datang sebagai pembela
Mudahan ku punya masa
kerana jaya tak kenal usia
Cuma perlukan langkah mula
insyallah.. di pandu sehingga berjaya

Kelas Quran Al Baghdadi Tumpat

wasap.my/60193387966/Info+Kelas

06/12/2020

Assalamualaikum..

Buleh pakat mai blajar ngaji dh terr smua..
insyaAllah kelas akan bermula minggu depan, Kita start belajar bermula asas.. prangat pringat balik hok mano lupo 🤗
Sebarang info dan details tekan link 👇

wassap.my/60193387966/nokngajiquran

05/12/2020

,💗💗💗

25/11/2020

Sudah ready nk blajar ngaji Al Quran bermula asas?

Jomm 🤗

Eh jap2 kelas akn bermula sebaik shj pkpb habis d klate kito.. nti buleh pakat blajar ngaji betul balik pringat balik hok mano lupo 🤗

Pendaftaran dan kemasukan masih dibuka whatsap or call nom 👇 ye..

23/11/2020

𝗗𝗼𝗮 𝗗𝗶𝗷𝗮𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗯𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮
Jom sama-sama berdoa agar wabak virus Covid19 ini segera selesai. Dan kita semua dijauhi dari wabak dan penyakit yang berbahaya.

Begitu juga kita mendoakan agar petugas di baris hadapan yang menghadap pesakit Covid 19 ini terus bersemangat dan mereka dijauhkan dari wabak berbahaya ini.

23/11/2020

Mentadabbur Al Quran mampu melembutkan hati yang keras

19/11/2020

SUDAH GIVE UP NAK MENGAJI? TAPI HAJAT UNTUK LANCAR BACA.. TAPI... DAH BERUMUR NI MASIH BOLEH BELAJAR MENGAJI KE? BOLEHHHH !!....... BACA TEXT INI SAMPAI HABIS
wasap.my/60193387966/Info+ngaji
BELAJAR AL QURAN SEBELUM TERLAMBAT !!!
⚠ " Dahulu hanya mampu melihat sahaja atau mendengar bacaan ayat suci Al Quran. Namun kini ku sudah mampu untuk mencapai lalu ku buka lambarannya sambil dengan sebak ku membacanya.... Syukurnyaaa.. Alhamdulillah"
Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi Uptown Tumpat- sebelah Pantai Timur
👉 Kelas Al Quran Dewasa dan Kanak-kanak
ALC Uptown Tumpat:
⭕ Belajar di tempat yg sgt selesa
⭕ Pembelajaran Al Quran menggunakan teknik ketukan
⭕ Kelas 2x seminggu dan 1jam 30minit satu sesi
⭕ Kelas Asing Dewasa dan kanak kanak
⭕ Pilihan kelas dari Peringkat Asas hingga Mahir
⭕ Yuran Amat Berpatutan 👍👍
Kenapa ALC Uptown Tumpat
⭕ Dekat Dan lokasi yg senang dicari
⭕ Kelas yang selesa
⭕ Guru berpengalaman
Kelas yang anda boleh sertai
⭕ Kelas asas membaca - ( Peringkat 1 )
⭕ Kelas asas tajwid - ( Peringkat 2 )
⭕ Kelas AlQuran Talaqqi am - ( Peringkat 3 )
⭕ Kelas AlQuran Personal. - ( Peringkat 4 )
Terdapat juga kelas personal one to one ats permintaan pelajar.
Sila Taip " Nak " Di Komen
Sila Taip " Nak " Di Komen
Sila Taip " Nak " Di Komen

Atau Terus Whasapp Kami Dengan Klik Link Berikut
wasap.my/60193387966/Info+ngaji
Diskaun hebat bg yg dtg mendaftar 3 atau lbh pelajar
⚠ SHARE ATAU TAG RAKAN ANDA SUPAYA MEREKA JUGA MENDAPAT MENFAAT Al QURAN

19/11/2020

I ❤️ Al Quran

Selagi nafas dikandung badan, PELUANG untuk terus berusaha belajar membaca Al Quran dgn baik sentiasa ada.. semoga Kita sntiasa diberikan taufiq dan hidayah dari Allah agar terus sentiasa membaca dan mencintai Al Quran. InsyaAllah..

Photos from Kelas Ngaji al Quran Uptown Tumpat's post 17/11/2020

Seronoknya boleh belajar membaca Al Quran..

3bulan belajar insyaAllah boleh baca Al Quran besar 👏😃

Jom Kita belajar membaca Al Quran dgn teknik yg mudah Dan cepat 🤗

17/11/2020

Kelas belajar membaca Al Quran bermula asas..
Untuk pelbagai peringkat dewasa, remaja & kanak2.. jom2 🤗

09/11/2020

Jom sama2 Kita berdoa....

Aaminn 🤲

Kelas belajar membaca Al Quran bermula asas kini dibuka di Uptown Tumpat, terbuka kpd semua golongan kecil besar, tua muda, lelaki dan juga perempuan, boleh WhatsApp 019 338 7966 untuk lebih details 💐

08/11/2020

Membaca Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menjaga kita

Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda:

“Bacalah Al-Qur’an kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menjaga Al-Quran. Al-Quran itu benteng Allah, siapa yang masuk ke dalamnya akan aman. Dan berilah khabar gembira kepada siapa saja yang mencintai Al-Quran “

(HR. Ad-Darimi)

Kelas Al Quran Dewasa sesi November Dan December masih dibuka 🤗 hubungi 019 338 7966 until keterangan lanjut.

07/11/2020

ABAIKAN ANAK BELAJAR AL-QURAN?

Mampukah anak kita untuk membacakan al-Quran untuk kita bila tiba masanya kita dalam kubur nanti?

Hubungi 019 338 7966 daftar anak2 belajar mengaji 🤗

07/11/2020

Jom Istiqamah membaca dan memahami Al Quran.

03/11/2020

Ada seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya

"Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah".

Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari,

Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dipermudahkan oleh Allah,

Kemudian dia bertanya kepada gurunya "wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku"

Maka gurunya berkata "waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat.."

Subhanallah..
Melalui kisah tadi sudah membuktikan bahawa, apabila kita membaca Al-Quran waktu kita menjadi lebih berkah.

Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian al-Quran, ia akan mengambil masa yang lama bukan??

Mesti hanya sedikit waktu yang berbaki, sehingga kita hanya mampu melakukan hanya sedikit urusan lain, tetapi..

Semakin banyak al-Quran kita baca, kita akan mendapati semakin banyak p**a urusan yang mampu kita lakukan.

Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana berkahnya waktu, dan kerana urusan kita dipermudahkan oleh Allah Sang Penjaga masa kita.

Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersabda;

"Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah keatas dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 penyakit padanya:

1- Kebingungan yang tiada putusnya.
2- Kesibukan yang tidak ada hujungnya.
3- Keperluan yang tidak pernah merasa cukup.
4- Angan-angan yang tiada penghujungnya.

Wallahu a'alam..

02/11/2020

Kelas Ngaji Al Quran Uptown Tumpat kini dibuka 🤗
Kelas untuk semua golongan kanak2, remaja dan dewasa lelaki dan juga perempuan 🤗

02/11/2020

Bismillah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Want your school to be the top-listed School/college in Tumpat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

BELAJAR QURAN SEBELUM TERLAMBAT.Mungkin ini antara masa nyayang Allah berikan untuk saya melangkah dengan SOPnya ke kela...

Category

Telephone

Website

Address

No. 45, Jln. Setia 4
Tumpat
16200

Other Education in Tumpat (show all)
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPK1 Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPK1
Pengkalan Kubor
Tumpat, 16080

education

PASTI DUN Kelaboran PASTI DUN Kelaboran
Tumpat, 16200

Info2 terkini dan perkembangan PASTI-PASTI dalam DUN Kelaboran

Pasti Tuan Guru Hj Omar Sg. Pinang Pasti Tuan Guru Hj Omar Sg. Pinang
Kg Sg. Pinang
Tumpat, 16040

Jom Daftar Ke PASTI

Kelas Cepat Baca Tumpat Kelas Cepat Baca Tumpat
Kg Periuk Hilir
Tumpat, 16210

Pasti Al-Hidayah KG LAUT Pasti Al-Hidayah KG LAUT
Jalan Surau Tok Ayah Kg Laut
Tumpat

Melahirkan insan soleh dan solehah

Pasti Al-Ahmadiah Kg Kelong Pasti Al-Ahmadiah Kg Kelong
Jalan Kg Besut
Tumpat, 16200

jom belajar di PASTI..�

Tadika Anak Soleh Tumpat Albaghdadi Playtime Centre Tumpat Tadika Anak Soleh Tumpat Albaghdadi Playtime Centre Tumpat
Tumpat

Al Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan tadika Al Quran dan akedemik yang memberi keutamaan anak anda yang berusia 4, 5 dan 6 tahun. Intake 2022. Jom sertai kami di APC Tumpa...

Pusat Pengajian Quran Asnaf Pusat Pengajian Quran Asnaf
No. 40 RPK, Kampung Tanjung Kuala
Tumpat, 16200

Pusat Pengajian al-Quran PERCUMA. Menawarkan khidmat pendidikan al-Quran untuk semua peringkat umur,

PUSAT TUISYEN PROVOS EMAS PUSAT TUISYEN PROVOS EMAS
PT 870 TKT 2, TAMAN INDAH (DPN STESEN PETRONAS) KG TERBAK
Tumpat, 16200

SK Berangan 1 SK Berangan 1
Tumpat, 16200