SK Bunohan - RASMI

SK Bunohan - RASMI

Segala info, aktiviti, maklumat dan hebahan berkaitan SK Bunohan

29/07/2024

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT
KUMPULAN NAGASARI
2.8.2024 | JUMAAT
2.30 PTG

Jemput Hadir..

Photos from SK Bunohan - RASMI's post 28/07/2024

2 HARI LAGI!!!

Jemput datang beramai ramai ke Karnival PESKO & Pameran STEM 31 Julai - 1 & 2 Ogos 2024🤝🤝🤝

Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan👍👍
Cabutan bertuah pun ada..

SKB GEMILANG

Photos from SK Bunohan - RASMI's post 28/07/2024

MAJLIS JASAMU DIKENANG
Bakti Disanjung
Budi Dijunjung

Majlis Persaraan Ustaz Che Rozali bin Husain, Guru Hebat & Dedikasi SK Bunohan.

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala kerja buat ustaz selama di sekolah ini.

Semoga diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang dan bahagia bersama keluarga tercinta. Intai-intailah kami di sini jika terasa rindu-rinduan 🥰.. kami menanti kehadiran ustaz.

SKB GEMILANG

Photos from SK Bunohan - RASMI's post 20/07/2024

Alhamdulillah
BENGKEL PENGISIAN NILAM ONLINE (AINS)

Tahniah kepada semua murid tahun 3, 4, 5 & 6 yang berjaya menghadiri BENGKEL ADVANCE INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS). Bengkel bersama Teacher Wan Haryati & Cikgu Jamilah (Penyelaras NILAM) sebagai fasilitator.

Semoga bengkel ini dapat meningkatkan budaya membaca dikalangan murid² dan dapat memanfaatkan teknologi digital dalam proses pembelajaran.

Anjuran Pusat Sumber Sekolah Nur Iman

SKB GEMILANG

Photos from Unit Teknologi Maklumat JPN Kelantan's post 19/07/2024
19/07/2024

Jemput datang beramai ramai ke Karnival PESKO & Pameran STEM 31 Julai - 1 & 2 Ogos nanti 🤝🤝🤝

Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan👍👍

SKB GEMILANG

Photos from SK Bunohan - RASMI's post 18/07/2024

Sekitar Majlis Jamuan Laksa Sambil Menderma Anjuran PIBG SK Bunohan.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada:
~ Semua dif & tetamu jemputan yang hadir
~ Ibu bapa dan penjaga
~ guru-guru dan staf sokongan
serta semua yang hadir dan menderma untuk Tabung PIBG SK Bunohan.

Setiap kebaikan, walaupun sekecil zarrah, tidak akan terlepas dari perhatian Allah. Kebaikan itu akan menjadi saksi dan pemberat timbangan amal di akhirat kelak. InsyaAllah..

SKB GEMILANG

Photos from SK Bunohan - RASMI's post 18/07/2024

ZIARAH CAKNA

Ziarah ke rumah adik Aqeela binti Mohd Zunazeri, murid kelas PPKI 2 Delima - Bapanya telah kembali keRahmatullah dan turut disampaikan sumbangan dari warga SKB. Sama² kita sedekahkan Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama org² yg beriman.

Rombongan diketuai PKHEM, GBK, SU Kebajikan dan Guru Kelas.

18/07/2024

ZIARAH CAKNA

Ziarah ke rumah adik MUHAMMAD ABID AFIF KELAS 3 ANGGERIK &
MUHAMMAD ARIB AMZAR KELAS 5 ALAMANDA - Ibunya telah kembali keRahmatullah dan turut disampaikan sumbangan dari warga SKB. Sama² kita sedekahkan Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama org² yg beriman.

Rombongan diketuai PKHEM, GBK, SU Kebajikan dan Guru Kelas.

13/07/2024

Semua dijemput hadir

JEMPUTAN MAKAN LAKSA SAMBIL MENDERMA PIBG SKB.
Tuan puan dijemput hadir.

Photos from SK Bunohan - RASMI's post 11/07/2024

Alhamdulillah
Kunjungan Pemeriksaan Verifikasi Program TS25 oleh Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia.

SK Bunohan amat berbangga menerima kunjungan daripada tiga orang pegawai Jemaah Nazir Persekutuan bagi tujuan pemeriksaan pelaksanaan TS25.

Kami amat berterima kasih atas bimbingan dan cadangan penambahbaikan yang telah diberikan oleh Jemaah Nazir. SK Bunohan begitu komited untuk terus memperkasakan program TS25 demi masa depan anak-anak didik yang dikasihi.

Jutaan terima kasih ditujukan khas kepada En. Ahmad Zamri bin Abdul Manap, En. Yusoff bin Yahya dan En. Mohd Fisha Hafiz bin Abidin, Jemaah Nazir Persekutuan Putrajaya yang hadir ke sekolah kami.

Terima kasih juga buat En. Wan Azhar bin Wan Ibrahim, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Penyelaras TS25, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan serta En. Mohd Suki bin Harun, Pegawai Pendidikan Daerah dan pegawai-pegawai Pendidikan Daerah Tumpat yang banyak membantu merealisasikan kejayaan dlm TS25 di SK Bunohan.

Ini adalah satu Pengiktirafan yg cukup besar buat warga SKB. Terima Kasih semua.

SKB GEMILANG

08/07/2024

JEMPUTAN MAKAN LAKSA SAMBIL MENDERMA PIBG SKB.
Tuan puan dijemput hadir.

08/07/2024

TERKINI DARI KEM CATUR!!

Tahniah adik Amsyar Fayyadh mendapat Pingat Gangsa dan layak mewakili Tumpat ke Kejohanan Catur MSS Kelantan Ogos nanti.

Tahniah!!!

LIPUTAN DI KARNIVAL DIGITAL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 06/07/2024

LIPUTAN KHAS DARI SSTP PENGKALAN CHEPA
KARNIVAL PENDIDIKAN DIGITAL PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Tahniah Krew TV dan GPM SKB

Saksikan..

LIPUTAN DI KARNIVAL DIGITAL PERINGKAT NEGERI KELANTAN KREW TV PSS NUR IMAN SK BUNOHAN

06/07/2024

Makluman kepada semua waris / penjaga murid:

Cuti Sempena Awal Muharam 1446H / 2024

Sekolah akan bercuti sempena Awal Muharam pada 7.7.2024 (Ahad) & Sekolah akan dibuka semula pada 8.7.2024 (Isnin).

SKB GEMILANG

Photos from SK Bunohan - RASMI's post 03/07/2024

DEMAM CATUR

Masa terluang diisi dengan latihan catur untuk Pertandingan Catur Peringkat Daerah minggu depan.

Terima kasih para jurulatih

Semoga berjaya!

SKB GEMILANG

Photos from SK Bunohan - RASMI's post 03/07/2024

Alhamdulillah
KEMENJADIAN MURID

Seawal jam 7 pg mereka sudah mula berselawat tanpa disuruh dan kemudian membaca Surah Yaasin beramai². Inilah rutin harian murid SKB pada setiap hari rabu di Program Insaniah.

Kebanyakannya murid tahun 3 yang sukarela dan murid tahun 5 dan 6 sebagai pembimbing.

DOAKAN buat adik Wan Akmal Hafeez dan Nur Jannati Hamizah semoga berjaya dalam pertandingan Kalam Arabi dan Tilawah Quran Peringkat Daerah esok.

SKB GEMILANG

Photos from SK Bunohan - RASMI's post 02/07/2024

ARKIB KEMENJADIAN MURID | KEJOHANAN BOLA JARING B12 &
BOLA BALING B12 ZON PENGKALAN KUBOR- TEMPAT KETIGA

Pihak sekolah mengucapkan setinggi2 tahniah dan syabas kepada semua pemain. Mereka telah melakukan yang terbaik.

Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih sekolah atas usaha dan komitmen menguruskan pasukan bola jaring dan bola baling selama ini.

Teruskan melakar kejayaan.

Alhamdulillah.

SKB GEMILANG

Photos from SK Bunohan - RASMI's post 30/06/2024

Ahad | 30 Jun 2024 | 7.30 pagi

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 16

- Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan
& Lagu Sekolah
- Bacaan Ikrar
- Bacaan Doa
- Ucapan Guru Bertugas, tema, pend. sivik & Hadis 40 Imam Nawawi
- Penyampaian Hadiah & Sijil Murid

PENCAPAIAN MQSS ILSS &FNSS
JOHAN :TILAWAH ( P)
JOHAN :KALAM ARABI (L)
NAIB JOHAN : DAIE CILIK (P)
NO 3 : HAFAZAN (P)
NO 3 : KHAT (L)

-Ucapan Guru Besar

Adik Nur Jannati Hamizah & Adik Wan Akmal Hafeez akan mewakili Zon ke Peringkat Daerah.
AL-HAMDULILLAH.

Tahniah! buat semua peserta dan guru pembimbing

SKB GEMILANG

Photos from SK Bunohan - RASMI's post 30/06/2024

Alhamdulillah..
Tahniah kepada UNIT HEM SKB

Hasil lawatan penjualan makanan dan mutu makanan RMTS oleh Pegawai Kesihatan Daerah ke kantin SKB minggu lepas;

Status : Cemerlang
Markah : 100%

Mendapat pujian daripada PKD.

Syabas & Tahniah

SKB GEMILANG

30/06/2024

Jangan lupa anak² SKB GEMILANG
Tarikh akhir serahan 4 Julai 2024, Khamis.
(Tahap 2 sahaja)

Pakat² buat,
Buat comey²

27/06/2024

Innalillahi wainnailaihi rojiun

Mendapat perkhabaran duka sebentar tadi bahawa BAPA kepada murid kami Nur Farisha Aqeela binti Mohd Zunazeri, murid PPKI 2 Delima telah kembali ke RAHMATULLAH pada malam tadi.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga Allah SWT menempatkan roh ALLAHYARHAM dikalangan orang yang beriman. Amiin..🤲🏻

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA

26/06/2024

Dukacita dimaklumkan bahawa IBU kepada anak murid kami MUHAMMAD ABID AFIF BIN MOHD ZAKARIA KELAS 3 ANGGERIK &
MUHAMMAD ARIB AMZAR BIN MOHD ZAKARIA KELAS 5 ALAMANDA telah kembali ke Rahmatullah pada malam tadi.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga Allah SWT menempatkan roh ALMARHUMAH dikalangan orang yang beriman. Amiin..

Want your school to be the top-listed School/college in Tumpat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Kini tiba bulan Muharram 1446 Hijrah.Semoga dapat menyinari hidup kita, dengan memperbaiki diri.Meningkatkan lagi keiman...
Jangan lupa anak² SKB GEMILANGTarikh akhir serahan 4 Julai 2024, Khamis.(Tahap 2 sahaja)Pakat² buat,Buat comey²
BERBAKI LAGI 4 HARI ‼️‼️‼️‼️Jom anak² ABC SKB GEMILANGTunjukkan kreativiti anda!SKB GEMILANG#stemindividu#pesko2024 #Ana...
English Month
Anak² ABC SKB..Tengok video ni..Krdt zack zawani | life coach
Jangan lupa esok sekolah..SKB GEMILANG#aiavatarchallenge #aiavatar #skbgemilang Nadzri Yasim
Alhamdulillah... Sambutan hari lahir guru dan AKP bagi bulan Mei.. Sememangnya telah menjadi amalan setiap bulan sebagai...
VIDEO KEMERIAHAN HARI GURU Saksikan video kemeriahan sambutan Hari Guru SK Bunohan 2024 dengan tema "Sehari di Sekolah"....
Saksikan persembahan pentomin khas dari guru² pasukan rumah hijau.
Jiwa seorang pendidikTerima kasih Cikgu!Terima kasih guru² SKB

Address

Jalan Pengkalan Kubor
Tumpat
16200

Other Elementary Schools in Tumpat (show all)
Sekolah Kebangsaan Tumpat Sekolah Kebangsaan Tumpat
Jalan Dalam Rhu
Tumpat, 16200

Sekolah Kebangsaan

SK Sri Neting SK Sri Neting
Sk Sri Neting
Tumpat, 16200

Sekolah Harian Biasa Kategori Luar Bandar

PPKI SK Bunohan PPKI SK Bunohan
Kg Bunohan
Tumpat, 16200

Ppki sk bunohan menjalankan pelbagai aktiviti luar untuk meningkatkan kemahiran murid serta mendekatkan murid dengan dunia luar