TYT Penang
Official facebook of TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Hj Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri PP
24 OGOS 2024 (20 SAFAR 1446H) - Setinggi-tinggi Tahniah kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka sempena Ulang Tahun Ke-75.
Ikhlas Daripada TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor.
23 OGOS 2024 (19 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah Bayan Lepas, Barat Daya.
Khutbah pada hari ini mengingatkan kepada semua untuk memelihara diri dan berhati-hati serta bijak dalam setiap tindakan yang dilakukan agar elak daripada menjadi mangsa jenayah scam yang semakin berleluasa.
TYT Tun menyempurnakan penyampaian buku akaun Tabung Haji dan menyaksikan penyerahan bantuan Gerobok Rezeki oleh para penyumbang yang terlibat.
TYT Tun turut menyampaikan sumbangan Yayasan Amal TYT kepada pengerusi masjid bagi tujuan kegunaan kebajikan masjid.
23 OGOS 2024 (19 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Seri Nazir Ariff bin Mushir Ariff.
22 OGOS 2024 (18 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor menghadiri lawatan kerja ke Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis yang merupakan salah satu destinasi pelancongan popular baru di negeri Perlis.
TYT Tun dan Toh Puan berdua meluangkan masa sekitar satu jam merasai pengalaman menaiki 'choley' atau motosikal beroda tiga sambil menikmati keindahan dan keunikan Kampung Warna-Warni, sebuah kampung nelayan paling utara di Semenanjung Malaysia.
TYT Tun dan Toh Puan turut merasai beberapa sajian tradisi termasuk laksa Kuala Perlis, garam belacan dan dodol warisan, selain turut dipersembahkan Senam Tari Canggung.
TYT Tun menandatangani plak lawatan di “Rumah Pulau Pinang” dan dipersembahkan Tengkolok “Putra Julang Darjat” oleh YB. Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker DUN Perlis yang merupakan tengkolok rasmi Negeri Perlis sebagai adat memuliakan tetamu kenamaan sebelum meninggalkan majlis.
22 OGOS 2024 (18 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor bersama cucunda berangkat mengadap DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis di Wad Diraja, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Turut serta ialah YB. Dato' Seri Hj Rosli bin Isa, SUK Negeri.
Ketibaan TYT Tun dan Toh Puan disambut oleh YAM Dato' Seri Hajah Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tengku Puteri Mahkota Perlis, YB. Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker DUN Perlis dan isteri serta YBhg. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin M***i Perlis.
TYT Tun dan Toh Puan turut mempersembahkan cenderakenangan dan buah tangan kepada DYMM Tuanku berdua.
TYT Tun dan Toh Puan mendoakan kehadrat Allah SWT agar DYMM Raja Perlis dikurniakan kesembuhan dan keafiatan berpanjangan.
21 OGOS 2024 (17 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak diberikan taklimat mengenai perkembangan projek terkini di Seri Mutiara daripada YBhg. Dato’ Aziz bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Hadir bersama ialah YBhg. Dato' Ir. Ahmad Nadzri bin Abdul Majid, Pengarah JKR Negeri, Puan Zahidah binti Abd Jalil, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri serta pegawai-pegawai kanan Jabatan-jabatan yang terlibat.
20 OGOS 2024 (16 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat serta taklimat daripada YB. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timb. Ketua Menteri 1.
Hadir sama ialah YBhg. Dato' Haji Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang, YBhg. Dato' Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta Tuan Abdul Mohsein bin Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang.
19 OGOS 2024 (15 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menghadiri Majlis Serahan Zakat oleh Maybank Islamic Berhad di Anjung Seri Mutiara.
TYT Tun menyaksikan Majlis Akad dan Penyerahan Zakat Perniagaan oleh YBhg. Dato' Khairussaleh Ramli, merangkap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank yang berjumlah RM RM1,699,234.20 kepada YBhg. Dato’ Haji Maktar bin Haji Shapee, Ahli Lembaga Pengarah MAINPP.
19 OGOS 2024 (15 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Mejar Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, Panglima 2 Divisyen.
TYT Tun mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di Pulau Pinang.
18 OGOS 2024 (14 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menyempurnakan acara Kayuhan Pedal For Hope Journey of Compassion anjuran Maybank bersama Yayasan Amal TYT 2024 di Menara Majlis Bandaraya Seberang Perai.
TYT Tun bersama-sama YBhg. Dato' Khairussaleh Ramli, merangkap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, YBhg. Dato’ Seri Sr. Hj. Rozali bin Mohamud, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal TYT, YBhg. Dato' Haji Baderul, Datuk Bandar MBSP dan para peserta lain berjaya menamatkan kayuhan sejauh 23.21km di sekitar bandar Seberang Perai serta turut singgah di Stesen Pertanian Bukit Merah Jabatan Pertanian.
TYT Tun dan para peserta sempat singgah di kediaman YBhg. Dato’ Seri Sr. Hj. Rozali untuk melihat hasil tanaman pokok “Program Tanaman Satu Juta Pokok di Pulau Pinang“ pada 22 April lepas dan memotong Kek Hari Jadi, seterusnya menyaksikan penyampaian sumbangan Gerobok Rezeki kepada para penerima yang memerlukan sejurus tiba di Menara MBSP.
TYT Tun mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta atas penyertaan mereka dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan acara tersebut.
17 AUG 2024 (13 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak attended the Pearl Women Entrepreneur Awards 2024 organised by Junior Chamber International Pearl (Malaysia) at St. Giles Wembley.
JCI Pearl celebrates the exceptional achievements of remarkable women entrepreneurs who have broken barriers and transformed their ideas into successful businesses.
To commemorate the award presentation ceremony, TYT Tun accompanied by YB. Phee Syn Tze, ADUN Sg. Puyu, Mr. Bruce Ban Jia Zhi, 2024 JCI Malaysia National President and other dignitaries, presented the awards to the respective recipients.
The event ended with the singing of "Keranamu Malaysia & Jalur Gemilang" in conjunction with the 67th Merdeka celebration this year.
______________________________________
17 OGOS 2024 (13 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menghadiri Majlis Anugerah ‘Pearl Women Entrepreneur 2024’ anjuran Junior Chamber International Pearl (Malaysia) di St. Giles Wembley.
JCI Pearl meraikan kejayaan cemerlang usahawan wanita yang telah berjaya mengatasi pelbagai cabaran dan mengubah idea mereka menjadi perniagaan yang berjaya.
Bagi menyempurnakan majlis, TYT Tun diiringi oleh YB. Phee Syn Tze, ADUN Sungai Puyu, En. Bruce Ban Jia Zhi, Presiden Kebangsaan JCI Malaysia 2024 dan tetamu kehormat lain, menyampaikan anugerah-anugerah kepada para penerima berkenaan.
Majlis diakhiri dengan nyanyian “Keranamu Malaysia & Jalur Gemilang” sempena sambutan kemerdekaan ke-67 tahun ini.
17 OGOS 2024 (13 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menyempurnakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama Persatuan Kebajikan Iman Bakti Pulau Pinang anjuran En. Mohd Aizel Faizee bin Ahmad, Pengerusi Persatuan di Estet Persendirian Malihom.
TYT Tun menyaksikan penyampaian sumbangan kepada Madrasah Tahfiz Darul Ukasha dan Madrasah Miftahul Irfan serta turut menyampaikan sumbangan Yayasan Amal TYT kepada Pengerusi Persatuan dan memotong kek ulang tahun Persatuan.
TYT Tun mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan ke Majlis tersebut.
14 OGOS 2024 (10 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Seri Ahmad Fadil bin Shamsuddin, Mantan Duta Besar Malaysia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) merangkap Penasihat Rafulin Group dan pegawai-pegawai syarikat berkenaan.
16 OGOS 2024 (12 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat daripada delegasi yang diketuai oleh YDH Toh Perdana Indera Dato’ Mohd. Shahrul Hasri bin Mahmood, Orang Besar 16 Perak merangkap Pengarah Urusan Puncak Jaya Edu Management Sdn. Bhd.
16 OGOS 2024 (12 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menyempurnakan perasmian masjid dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sungai Puyu, Butterworth, Pulau Pinang.
Khutbah yang disampaikan pada hari ini mengingatkan agar semua umat Islam wajib bertaubat daripada setiap kesalahan yang dilakukan agar mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, selain turut menjauhkan diri daripada perkara berdosa dan maksiat dengan mempertingkatkan amalan soleh.
TYT Tun menyempurnakan penyampaian buku akaun Tabung Haji dan menyaksikan penyerahan bantuan Gerobok Rezeki oleh para penyumbang yang terlibat.
TYT Tun turut menyampaikan sumbangan Yayasan Amal TYT kepada pengerusi masjid bagi tujuan kegunaan kebajikan masjid.
16 OGOS 2024 (12 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Dr. Mohamad Rameez Yahaya, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Namibia di Seri Mutiara.
15 OGOS 2024 (11 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menghadiri sesi taklimat mengenai pembangunan di Sungai Rambai.
15 OGOS 2024 (11 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Idzham Mohd Hisham, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Iskandar Investment Berhad (IIB).
Hadir bersama ialah YBhg. Datuk Amran Hafiz Affifudin, Pengarah Urusan UEM Group dan pegawai-pegawai kanan pengurusan tertinggi IIB.
13 OGOS 2024 (9 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Mohamed Sabri bin Alianas, Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang dan En. Mohd Hafiz Ali bin Mohd Anuar, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.
Hadir bersama ialah ahli-ahli jawatankuasa Majlis berkenaan.
13 OGOS 2024 (9 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat dan taklimat Projek Pengindahan Sungai Air Terjun daripada YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPS).
Hadir bersama ialah pegawai-pegawai kanan Jabatan berkenaan.
TYT Tun turut menyempurnakan acara pelepasan ikan di Sungai Air Terjun dalam kawasan Seri Mutiara yang akan terlibat dengan projek pengindahan dan pemasangan 𝘸𝘪𝘦𝘳 untuk menaikkan paras air sungai tersebut.
12 OGOS 2024 (8 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menghadiri lawatan ke Dusun Durian Organik serta Jamuan Makan Durian anjuran Kumpulan Iconic di Bukit Iconic.
TYT Tun diiringi YBhg. Dato‘ Seri Tan Kean Tet, merangkap Pengasas dan Pengerusi Syarikat serta dif-dif kehormat meluangkan masa melawat sekitar bukit sambil menikmati pemandangan panorama Georgetown dan Jambatan Pulau Pinang yang menakjubkan, indah dikelilingi kehijauan alam.
TYT Tun menyempurnakan penanaman pokok Durian Green Thorn dan mengopek beberapa buah durian menggunakan alat pembuka durian, selain turut menyaksikan penyerahan sumbangan kepada Yayasan Amal TYT.
TYT Tun mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan ke Majlis tersebut.
11 OGOS 2024 (7 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menyempurnakan Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Pulau Pinang Tahun 2024 di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Buat pertama kalinya dalam sejarah, Majlis Konvokesyen ini telah menyatukan kesemua politeknik dan kolej komuniti di negeri ini.
TYT Tun menerusi ucaptama beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua graduan yang terlibat.
“Saya berbangga sekali dan menyanjung tinggi pengorbanan serta usaha gigih yang ditunjukkan oleh para graduan sekalian sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang.”
TYT Tun juga menyanjung tinggi pelbagai inisiatif dan program berimpak tinggi yang telah berjaya dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi Politeknik dan Kolej Komuniti, ke arah menjadi institusi pendidikan TVET yang berkualiti dan terunggul di Malaysia, khususnya bagi Zon Pulau Pinang.
“Perlu diingat bahawa, kecemerlangan sesebuah institusi itu bukan sekadar diukur dengan tercapainya sasaran kerjanya, tetapi juga dinilai melalui perkhidmatan yang berintegriti dan sumbangan yang bermakna yang dapat diberikan kepada komuniti sejagat.”
TYT Tun dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta Puan Hajah Roseliza binti Dato' Shaari, Pengarah Politeknik Seberang Perai, telah menyampaikan ijazah Diploma kepada 272 graduan pada sidang pertama ini, termasuk Anugerah Khas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Anugerah Pengarah dan Anugerah Ketua Pengarah.
Anugerah Khas TYT yang merupakan tajaan TYT Tun sendiri, diperkenalkan buat kali pertama di Majlis Konvokesyen ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malahan mempunyai keterampilan unggul dan telah dibuktikan berjaya dalam mengharumkan nama politeknik dan kolej komuniti di peringkat tertinggi.
11 OGOS 2024 (7 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-118 SJK(C) Sin Kang.
Majlis hari ini bertujuan memberi peluang bagi para alumni untuk berjumpa dan mengimbau kembali kenangan manis semasa di bangku sekolah, selain mengeratkan hubungan antara murid-murid, guru-guru, dan ibu bapa yang hadir dengan adanya Hari Kantin.
TYT Tun diiringi YBhg. Dato’ Sim Choo Kheng, Pengerusi Majlis, Pn. Lian Poh Lai, Guru Besar dan dif-dif kehormat yang lain menyempurnakan majlis dengan mengucapkan lafaz perasmian serta menyampaikan sumbangan Yayasan Amal TYT kepada Pengerusi PIBG.
TYT Tun turut menanam Pokok Gaharu di pekarangan sekolah sebelum meninggalkan majlis.
10 OGOS 2024 (6 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menghadiri Kayuhan Berbasikal Jiwa Merdeka 2024 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dibawah bimbingan Pegawai Daerah Tuan Hafiz Aswad bin Nadzri dengan kerjasama Kelab Anak-Anak Pulau Pinang.
TYT Tun menyempurnakan perasmian outlet ke-198 Richiamo Coffee dan memulakan kayuhan sepanjang 26km bersama-sama dif-dif kehormat dan para pengayuh yang turut serta.
TYT Tun singgah seketika di ladang kelapa, Kampung Perlis bagi melawat sekitar kawasan sebelum meneruskan kayuhan ke Masjid Daerah Barat Daya untuk menyaksikan penyampaian sumbangan Gerobok Rezeki kepada Pengerusi Masjid Daerah dan masjid-masjid di sekitar kawasan berkenaan.
10 OGOS 2024 (6 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan YABhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.
Semoga YAB. Perdana Menteri dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
9 OGOS 2024 (5 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Shahrum Abu Hasan dan isteri, Puan Hajah Salmah Saleh.
9 OGOS 2024 (5 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menunaikan solat Jumaat di Masjid Jalan York, Pulau Pinang.
Khutbah pada hari ini menegaskan bahawa solat Jumaat adalah fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap lelaki Muslim dewasa dan mukallaf. Para majikan juga perlu membenarkan pekerja-pekerja di bawah tanggungjawab untuk menunaikan fardhu Jumaat.
8 OGOS 2024 (4 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat serta menghoskan jamuan makan malam kepada Persatuan Bekas Duta-Duta Besar Malaysia.
Hadir pada malam ini ialah YBhg. Tan Sri Othman bin Hashim, Presiden Persatuan serta ahli-ahli Persatuan.
Tetamu-tetamu yang hadir merupakan rakan seperjuangan TYT Tun selama lebih 40 tahun, sepanjang perkhidmatan beliau di Kementerian Luar Negeri bermula pada 1972 sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, serta Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dari 2001 hingga 2006.
TYT Tun turut menyampaikan sumbangan Yayasan Amal TYT kepada YBhg. Tan Sri Othman bagi tujuan kegunaan persatuan.
8 OGOS 2024 (3 SAFAR 1446H) - TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Ustaz Marzuki bin Hassan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Pinang
Pinang
Member of Parliament for Bayan Baru Penang. Parti KEADILAN, PAKATAN HARAPAN, former Deputy Minister
Pinang
SIT JIE HAO, aged 35, a law graduate of UNIVERSITY OF LONDON, is a Malaysian politician and lawyer
Pinang
Name : Chan Hew Kei Birth date: 2008/ 02 /15 Hew Kei is a delight, a risk taker, a love. She giggles, she is silly, she makes mischief, she loves to laugh....
Pinang
Name: Alvin 鍾瑾樺 Age: 20 D.O.B: 23/01/1991 City: Penang, Malaysia Twitter:http://twitter.com/Alvinchong123
Kuala Lumpur
Pinang, 11600
A person who like to share all the things he knew through the page.
Alma Bukit Mertajam
Pinang, 14000
(PRE-ORDER)預購DUE DATE 25-07-2010截止。 要预购的MM请快下定单吧!貨会在2-3星期?
Pinang
this club is to get the large networking frm all people age 18 above frm the field of hospitality n tourism...welcome u all...share u idea frm this club to be more fun....