Hayati Zahari

Hayati Zahari

Finacial Planner || Hibah || Estate Planner || Wasiat

Fungsi Wasiat dalam Pentadbiran Harta Pusaka 18/09/2022

Fungsi Wasiat dalam Pentadbiran Harta Pusaka Wasiat bukanlah sekadar dokumen pengagihan harta tetapi ia adalah dokumen penting yang digunakan untuk mempercepatkan dan memudahkan urusan pentadbiran dan p...

28/06/2021

๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐”๐Š๐€๐ ๐–๐€๐Š๐€๐… ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐–๐€๐’๐ˆ๐€๐“

Pembentukan Wakaf Melalui Wasiat Adalah Tertakluk Kepada Hukum Wasiat.

Had yang dibenarkan untuk mewakafkan harta melalui Wasiat adalah 1/3 daripada keseluruhan harta pewasiat. Sekiranya Harta yang diwakafkan melalui wasiat itu melebihi sepertiga (1/3) daripada keseluruhan harta pewasiat maka lebihan bahagian tersebut mestilah dipersetujui oleh semua waris Faraid sebelum wakaf tersebut boleh dilaksanakan.

Jika tiada persetujuan daripada mereka maka wakaf bagi lebihan bahagian tersebut tidak boleh dilaksanakan.

Sekiranya Wakaf yang telah dibentuk tersebut tidak dilaksanakan, maka pihak-pihak yang berkepentingan ke atas wakaf tersebut bolehlah membawa perkara tersebut ke mahkamah Syariah untuk dibicarakan.

๐‡๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐๐ข ๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐–๐ž๐› ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐š๐ฌ-๐’๐š๐ฅ๐ข๐ก๐ข๐ง ๐“๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ž๐ž ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐:
www.as-salihin.com

๐‡๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐๐ข ๐ญ๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง:
+603-78809595

๐„-๐ฆ๐š๐ข๐ฅ ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐๐ข:
[email protected]

09/07/2020

Ramai yg bertanya soalan yg di bawah ni dan ramai juga yakin yg harta mereka tu telah di insurankan. Sbb dah ada mrta dan mrtt katanya. Tp masih ramai yg kurang sedar bahawa mrta tu hanya bayar hutang2 peminjan sahaja. Utk urusan pertukaran hak milik dan perbagai tu tak termaktub dlm perjanjian s&p

INFO AST | SOAL JAWAB PERANCANGAN HARTA PUSAKA


SOALAN:

Assalamualaikum, bolehkah saya dapatkan penjelasan, sekiranya rumah yang dibeli atas dua (2) nama (Suami & Isteri) serta loan di atas nama 2 nama juga ( suami dan Isteri) tetapi MRTT hanya โ€˜coverโ€™ bahagian suami sahaja.

Apabila isteri meninggal dunia (tiada MRTT), dan suami sambung bayar hutang bahagian isteri, bagaimana bahagian faraid si isteri diuruskan?

JAWAPAN:

Untuk pastikan pindah milik bahagian arwah isteri boleh dilaksanakan kepada waris faraid atau mana- mana individu , rumah tersebut mestilah bebas hutang.

Oleh itu keseluruhan pinjaman di atas nama suami dan arwah si isteri perlulah diselesaikan agar pindah milik boleh dilaksanakan.

Kaedah penyelesaian:

Pilihan 1: Buat bayaran penuh bagi baki hutang yang mana suami perlu membayar hutang bahagian beliau dan bahagian hutang arwah si isteri dijelaskan melalui pusaka arwah si isteri. Dalam situasi ini, bahagian arwah si isteri masih tertakluk kepada hukum faraid.

Pilihan 2: Wasi atau Pentadbir yang dilantik bagi menguruskan harta pusaka si isteri boleh meminta nasihat daripada pihak bank tentang kaedah terbaik menguruskan pinjaman ini serta pindah milik dilaksanakan tanpa buat full settlement. Ia bergantung kepada persetujuan bank.

Pilihan 3: Pilihan terakhir, dengan persetujuan suami sebagai (co- owner) serta persetujuan semua waris Faraid rumah tersebut dijual. Hasil jualannya bagi bahagian arwah si isteri akan dibahagikan mengikut hukum Faraid.

Jika suami mempunyai wang tunai yang mencukupi, suami boleh membeli bahagian arwah si isteri daripada pusaka beliau dan selesaikan hutang arwah si isteri serta pindah milik kepada suami dilaksanakan.

Kesimpulan: Tugas wasi bukanlah sekadar menyelesaikan hutang serta melaksanakan pindah milik kepada pihak yang berhak. Tetapi juga perlu memikirkan dan nencadangkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan hutang si mati agar hak waris terpelihara.

Mulakan Perancangan Anda: http://www.as-salihin.com/campaign/wasiat/

as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam | www.as-salihin.com
______

Bina Kerjaya Sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP)
INFO LANJUT > http://bit.ly/infoiep-ast

Website