Pakej Percutian Serantau Asia - Yang Sangat Puas Hati

Pakej Percutian Serantau Asia - Yang Sangat Puas Hati

Jom Belajar Saham Online, Tekan Like Dan Follow Page Ini Untuk Dapatkan Ilmu Saham

Photos from Pakej Percutian Serantau Asia - Yang Sangat Puas Hati's post 16/07/2024

3 Sebab Kenapa Kena Pergi Melancong Ke Medan, Indonesia😍

1. Makanan halal yang sedap: Medan sangat dikenali kerana menghidangkan pelbagai jenis makanan halal. Sedap p**a tu. Antara makanan yang menjadi tarikan adalah soto, sate padang, teh susu telur dan banyak lagi.

2. Keindahan alam semulajadi: Medan juga terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan seperti air terjun tinggi, gunung yang sangat memukau dan banyak lagi. Tempat menarik seperti Pulau Samosir, Danau Toba, dan juga Gunung Kundaling.

3. Sejarah dan budaya unik orang Batak: Siapa yang pergi ke Medan akan dapat mengenali suku asli Medan iaitu Orang Batak. Pulau Samosir merupakan tempat perkampungan mereka dan terkenal dengan pellbagai upacara.

04/07/2024

Trip Ke Yogyakarta

Hari pertama sampai di International Airport Yogyakarta. Terus bawak gi makan2. Lepastu bawak jalan2 ke Gumuk pasir. Selain tu, bawak juga ke Obelix sea view untuk cuci mata nak tengok pemandangan indah.

Settle makan2 dan jalan2 sikit, terus check-in hotel.

Reminder: Trip flexible. Pelancong boleh request kepada tour guide@pengiring dari Malaysia kalau nak pergi mana2.

02/07/2024

10 SEBAB KENAPA PERLUKAN TRAVEL AGENCY

Ramai orang berpendapat bahawa perkhidmatan agensi pelancongan agak mahal dan menelan kos yang lebih berbanding melancong secara sendiri atau "backpackers". Namun begitu, ramai yang tidak tahu kelebihan sebenar menggunakan perkhidmatan mereka. Di sini kami kongsikan 10 sebab mengapa perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan (Travel Agency):

1. Kepakaran dan pengetahuan yang luas

Ejen Pelancongan boleh memberikan anda tips dalaman dan nasihat, menggunakan kepakaran dan pengetahuan yang mendalam untuk membantu merealisasi percutian impian anda. Selain itu, sesetengah ejen pelancongan telah merasai sendiri dan mempunyai pengalaman ke lokasi pelancongan yang diidamkan. Ini membolehkan ejen berkongsi sedikit sebanyak informasi tentang sesuatu tempat.

2. Menjimatkan masa

Perancangan dan penyelidikan yang teliti diperlukan sebelum pergi melancong ke suatu tempat. Namun begitu, kita akan membazirkan waktu yang lama untuk merancang perjalanan sehingga memeningkan kepala. Walhal, kita boleh menyerahkan segala urusan merancang perjalanan kepada seorang ejen pelancongan yang akan menjimatkan sejumlah besar masa yang berharga.

3. Harga yang berbaloi

Ejen pelancongan boleh memberikan harga yang berbaloi mengikut kepada jumlah anggaran belanjawan pengguna. Malahan, harga yang ditawarkan juga murah dan berbaloi kepada pengguna.

4. Keperluan yang lengkap (One stop convenience)

Ejen pelancongan akan sentiasa mengatur segala keperluan yang diperlukan bermula daripada perancangan anda sehingga tamat pengembaraan anda. Tiket penerbangan, tempat tinggal, kenderaan serta jadual perjalanan anda akan diuruskan sepenuhnya oleh agensi pelancongan dengan teliti. Apa yang anda perlu lakukan cumalah menikmati percutian tersebut.

5. Wakil rasmi pelancong

Jika anda mempunyai masalah ketika dilapangan terbang atau hotel, ejen pelancongan akan menguruskan segala permasalahan tersebut demi menjaga kepentingan anda. Oleh yang demikian, sebagai pengguna, kita tidak perlu risau kerana ejen pelancongan akan membalas kepercayaan yang telah diamanahkan.

6. Membantu ketika waktu kecemasan

Sekiranya sesuatu kecemasan berlaku, anda boleh bergantung kepada mereka untuk membantu anda. Seorang ejen pelancongan akan mencadangkan dan mengatur urusan perjalanan alternatif, membantu anda untuk berurusan dengan apa-apa kecemasan sewaktu perjalanan anda, dan menghubungkan anda dengan orang-orang tempatan yang betul untuk menjawab keperluan anda.

7. Fleksibiliti

Kadangkala perancangan yang telah dibuat akan dihalang oleh sesuatu perkara dan ini akan memeningkan kita sebagai seorang pengguna. Akan tetapi, ejen pelancongan bergerak secara fleksibel bagi membantu mengatur semula segala butiran percutian pengguna

8. Jaringan kerja yang luas

Sesebuah agensi pelancongan yang baik mempunyai jaringan kerja yang luas di dalam dan luar negara. Oleh yang demikian, mereka mempunyai akses kepada seribu satu pilihan yang mungkin tidak akan anda jumpa dalam mana-mana laman web.

9. Keselesaan terjamin

Agensi pelancongan yang baik sentiasa memastikan pengguna berasa puashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Keselesaan pengguna adalah amat penting bagi merasai pengalaman bercuti yang indah. Agensi pelancangon akan membantu mencari penginapan yang selesa serta menyusun jadual perjalanan anda mengikut kesesuaian.

10. Peluang membina hubungan yang baik

Sebagai seorang pengguna, membina hubungan yang baik dengan agensi pelancongan adalah kelebihan. Apabila seseorang menggunakan perkhidmatan mereka, secara tidak langsung mereka akan mempelajari sesuatu tentang pelanggan supaya dapat merancang percutian idaman pengguna tersebut pada masa akan datang. Pengguna juga berkemungkinan mampu mendapat harga yang lebih rendah kerana mempunyai hubungan yang baik dengan sesebuah agensi pelancongan.

Credit to Al Masyhur International

Saya sertakan juga tips menyusun jadual perjalanan di bawah 😊

01/07/2024

Islam menganjurkan agar nikmat kegembiraan dikongsikan dengan kesyukuran dan memuji kebesaran Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Dhuha ayat 11 yang bermaksud:

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya."

* Melancong dan bermusafir adalah sebahagian daripada aktiviti yang dapat menenangkan fizikal dan minda. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyarankan agar manusia berjalan dan bermusafir bagi melihat, mengambil pengajaran dan menghayati kebesaran Allah SWT untuk meningkatkan ketakwaan dan menambahkan keimanan.

Photos from Pakej Percutian Serantau Asia - Yang Sangat Puas Hati's post 01/07/2024

Kawah Putih (White Crater) - Bandung, Indonesia

Kawah Putih (White Crater) ialah tasik kawah dan tempat pelancongan di kawah gunung berapi kira-kira 50 kilometer (31 mi) selatan Bandung di Jawa Barat di Indonesia.

Tasik Kawah Putih (7.10° S 107.24° E) ialah salah satu daripada dua kawah yang membentuk Gunung Patuha, sebuah gunung berapi strato andesitik (gunung berapi "komposit") Gunung Patuha adalah salah satu daripada banyak gunung berapi di Jawa.

Tasik Kawah Putih sendiri mewakili sistem gunung berapi yang agak stabil tanpa rekod aktiviti penting sejak sekitar 1600.

Tapak Kawah Putih dibuka kepada pelawat pada tahun 1987. Tasik ini berketinggian 2,430 meter (7,970 kaki) dari paras laut jadi iklim tempatan selalunya agak sejuk (suhu selalunya sekitar 10 °C (50 °F)).

Ini membuat perubahan pantas daripada kelembapan dataran Jawa utara dan ibu kota Jakarta.

Kawah Putih ialah tasik yang sangat asid (pH 0.5-1.3) yang berubah warna daripada kebiruan kepada hijau keputihan, atau coklat, bergantung kepada kepekatan sulfur dan suhu atau keadaan pengoksidaan.

Pasir dan batu yang mengelilingi tasik juga telah dilarutkan menjadi warna keputihan melalui interaksi dengan perairan tasik berasid (dengan kemungkinan kerpasan mineral juga).

27/06/2024

Shopping-shopping dulu. Harga kain murah sangattt kat sini. Memang tempat tarikan pelancong.

Tapi biasalah tempat orang ni lain dengan tempat kita. Akan ada yang diluar jangkaan. Macam ni, tengah beli kain datang satu peniaga keychain. Banyak kali cakap tak nak tapi tetap tawarkan harga yang murah😆 betul-betul pengalaman la orang kata kann.

Photos from Pakej Percutian Serantau Asia - Yang Sangat Puas Hati's post 27/06/2024

Pulau Samosir - Danau Toba - Pasar Ikan

Dari Pulau Samosir, kami sampai di bumi Danau Toba.

Best experience dapat naik ferry sekali hidup udara segar. Sampai ke darat terus dapat view yang cantik Masyaallah

27/06/2024

Antara moment-moment naik ferry ke Pulau Samosir.

Air yang jernih dan cantik. Cuasa tak panas. Ferry yang selesa dan penduduk yang ramah dan baik hati sangatt.

Sarapan dengan view yang cantik dan tenang Subhanallah

Photos from Pakej Percutian Serantau Asia - Yang Sangat Puas Hati's post 26/06/2024

Lepas Breakfast

Lepas siap sarapan, kami bergerak terus ke jeti untuk ke Pulau Samosir. Naik ferry besar terr.

View memang best dan cantik. Design-design rumah yang klasik dan lain dari yang lain.

Lepas ni, kami akan berangkat ke Desa Tomok dan Berastagi.

Pemandangan kat sini memang Subhanallah cantik sangat. Rugi tak datang ke Medan koranggg.

Photos from Pakej Percutian Serantau Asia - Yang Sangat Puas Hati's post 26/06/2024

Pagi Pertama di Medan

Awal pagi kami bergerak dan bersarapan di kedai Kopi Bakar & Roti Bakar Ala Kayu Bakar.

Isi perut dulu sebelah pagi sebelum melawat tempat-tempat best lepas ni 😁

25/06/2024

Hari Pertama

Terus check-in hotel di Medan. Simpan-simpan barang dan rehat kejap sebelum ke kedai makan yang halal, berpatutan dan best makan diaaa.

Boleh rasa kelainan mee dari Malaysia dan Indonesia macam mana. Lain dari lain tapi sedap sangatt.

First day pengalaman best walaupun penat sikit.

Photos from Pakej Percutian Serantau Asia - Yang Sangat Puas Hati's post 25/06/2024

Trip ke Medan yang ke-5

Alhamdulillah selamat sampai di bumi indah Indonesia pada 29 Mei 2024.

Trip selama 4hari 3Malam, 29 Mei - 2 Jun. Seramai 14 orang yang dibawa dan diguide oleh tour guide yang berpengalaman dari agensi kami. Alhamdulillah ala kullihal.

22/05/2021

CATATAN BURSA & US MINGGU NIE
Bursa : 1 black day, 2 red, 1 yellow, 1 green
overall bad week
US : better with 2 green day + 1 yellow
Isnin & Selasa tak ingat nak catat
so far Bursa nampak quite nice on last day with lots of counters forming long lower tails on support level. probability untuk better week next week as compared to this week tu Insyallah ada IF market sentiment remain positive. but who knows? anything can happen
plans :
1) sambung observe and catat next week
2) siapa yang hold, perhatikan support betul2 sebab kebanyakan drop to support
3) yang drop melebihi support, potong would be nicer
4) yang drop above support, see next week.
if market sentiment remain positive and mostly green day next week, Insyallah naik balik
if market sentiment hampeh next week and drop melebihi support, potong would be nicer
thats all
Pakya Trading Notes
trader newbie
p/s - never try to beat the market. instead, follow what happened and plan your trade accordingly

Quiz Tibai Aje Series - PakyaHussin.com 22/05/2021

QUIZ TIBAI AJE SIRI 04 : Exceptions to the Pakya 10% Rule
Full series quiz tibai aje + jawapan boleh tengok sini >> pakyahussin.com/quiz
SOALAN UNTUK MINGGU NIE (1 mark for every exceptions you got correct)
Pakya 10% Rule states that tiap kali kita enter any counter, kita akan potong / cutloss if price drop 10% dari entry price, upon closing
Soalannye, waktu bila yang kita boleh ignore this rule and keep hold? walaupun lebih dari 10% loss?
p/s - soalan nie bukan untuk zero / newbies / beginners. tapi yang dah biasa trade and yang dah biasa tengok charts. untuk yang zero / newbies / beginners / tak biasa trade / baru nak belajar, sila stick to the 10% rule
OK, sila tibai

Quiz Tibai Aje Series - PakyaHussin.com Koleksi nota2 saham Pakya

22/05/2021

PAKYA - KOLEKSI SCREENSHOT WASAP
salam, you guys boleh join channel telegram yang satu nie. yang nie public untuk sapa2 nak join.
dalam channel nie saya akan share koleksi screenshot whatsapp2 yang saya selalu terima dari klien2. banyak jugak soalan yang saya rasa OK2 and selalu orang tanya. saya akan post dalam channel nie dari semasa ke semasa.
LINK >> https://t.me/pakyaclientsfeedbacks

22/05/2021

tak kira market cantik atau market teruk, apa yang perlu kita buat tiap hari adalah sama :
1- focus on 90% study, 10% trading
2- focus on building good and better systems
3- reading & studying past charts
4- continuous daily screening & monitoring
5- never quit. success always comes after our greatest struggles
ada satu quote
"winners never quit, quitters never win"
tampal kat dinding, ulang2 baca tiap hari sampai lekat dalam subconscious mind
Pakya Trading Notes
pakyahussin.com

22/05/2021

On 21st May 2016, saya buat pertama kalinya Google definisi apa itu saham (and thus starts my journey in stocks market trading). That was 1825 days ago, 60.7 months ago, and exactly 5 years ago

22/05/2021

CHECKLIST IMPORTANT TOPICS (link ada kat bawah sekali)
Soalan : "Assalamualaikum Dr. Nak tanya mcm mana saya nk scan counter yg berpotensi"
Jawapan : saya ulang, walaupun dah banyak kali ulang dalam video
ejas perabeh dulu video sebab penat dah ajar macamana saya screen, cari kaunter, filter kaunter, setup trading plan, determine mana nak cutloss, etc. semua ada dalam tu.
ingat, dalam Pakya Trading Notes sekarang dah ada 200 video yang saya tunjuk dari awal macamana saya cari and trade kaunter berpotential
study satu2 and never skip
tapi if study pun tak, maka keluarlah soalan yang menunjukkan anda join tapi tak study.
jangan bazir wang
RM300 tu bang (harga tahun lepas)
duduk buat kerja, duduk study
perabeh satu, satu, satu
and never skip video walaupun you rasa dah terer
sebab apa yang saya ajar sentiasa connected
lambat takpe, slow takpe
sebab orang yang boleh win this game
hanyalah orang yang boleh duduk buat kerja slow dan steady
kembali kepada soalan
MACAMANA NAK SCAN KAUNTER BERPOTENSI?
1) wajib tahu definition + kriteria dulu
apa maksud kaunter berpotensi?
macamana nak tahu kaunter berpotensi?
macamana nak kenal kaunter tu takde potensi?
macamana nak kenal kaunter tu teruk? (nie yang lebih penting)
apa kriteria2 kaunter berpotensi?
apa kriteria2 kaunter teruk?
2) kenal uptrend first
key of all trades is recognizing beza uptrend, sideways, downtrend
nie paling, paling basics
tapi yang nie pun ramai fail lagi
ramai yang masih beli dekat kawasan tinggi2
ramai yang beli kaunter2 sideways and kaunter2 downtrend
ramai yang selalu beli kaunter2 yang ada strong resistants
ramai yang selalu beli kaunter2 yang dah ada reversals
3) kenal support and resistant first
apa support and resistant?
ada berapa jenis support and resistant?
macamana nak kenal?
apa benda nak tengok?
kenapa kena beli dekat dengan support?
dan bila dah tahu semua nie....barulah kena tahu
4) macamana nak screen / scan kaunter. baru kita tahu apa nak tengok, macamana nak tengok
screening senang aje.
yang susah adalah nak pandai baca charts tu.
screening, newbie baru belajar seminggu pun dah tahu macamana nak buat.
tapi nak baca charts, saya yang dah 5 tahun pun terciduk lagi.
serius talk.
saya nak share satu link
dalam link nie saya share all important topics yang saya dah ajar
study all the followings
buat macam checklist
and go one by one
ingat objectives
1) nak kenal uptrend tu macamana
2) nak beza sideways and downtrend tu macamana
3) nak kenal kaunter teruk or ok tu macamana
4) nak kenal apa tu support and resistant
5) macamana nak tahu kaunter tu support dia kat mana
6) macamana nak tahu kaunter tu resistant dia kat mana
dah setel 1 sampai 6, baru last sekali
7) macamana nak screen kaunter berpotential
STUDY SEMUA BAWAH NIE PERABEH SATU2
LINK >> https://pakyahussin.com/cit/
thats all
Pakya Trading Notes
lepas nie sapa tanya soalan macam nie lagi saya pass kat dia post nie aje senang citer

22/05/2021

CONFIRMED : BOOKS HAVE THE BIGGEST ROI EVER
baca buku (reading) adalah aktiviti yang memberi ROI paling tinggi among all other activities (writing, marketing, branding, selling, trading, investing, networking, etc)
some books taught me how to build & manage multimillions ringgit portfolios
some books taught me how to sell multimillions ringgit services and do multimillions return on investments marketing
some books taught me how to build palaces in Jannah and how to avoid azab in kubur and hellfire
do you know?
1) the difference between high-class, middle-class and low-class income earners is how they spent their money. high-class focuses on buying assets that produces more income, middle-class and low-class focuses on buying liabilities to show they can afford it
do you know?
2) the difference between high-class, middle-class and low-class income earners is that high-class tends to increase their cashflows, increase their income, and multiply their sources of income. in contrast middle and low class income earners tend to reduce their expenses and focus on saving rather than producing more
do you know?
3) the difference between high-class, middle-class, and low-class income earners is in their mindsets and how they think. high-class income earners think on how to solve other people problems, focus on providing values, and generally how can they achieve something. middle-class and low-class income earners tend to focus on job security, safety, dont take risks, avoid losing money, and giving all sorts of excuses
the 3 informations above, when applied correctly and consistently, could grow your net worth to atleast 7 figures (this I can confirm because I have followed the advices and have successfully done it, starting from negative net worth, no wealthy parents, no special networking, etc)
sambungan...
do you know?
4) if you read surah al-Ikhlas for 10x, Allah will build you a palace / mansion in Jannah? if you repeat 20x, Allah will build you 2 palaces, and if you repeat 30x, Allah will build you 3 palaces? hadis Hasan
what is the cost to build a palace in Jannah? atleast 1 trillion USD I guess...
do you know?
5) if you recite "Allahumma ajirni minan narr" for 7x tiap lepas solat Suboh and Maghrib, if you die at the time, you will be protected from Hell. hadis riwayat Abu Daud
do you know?
6) if you read ayatul Kursi lepas solat fardu, nothing can prevent you from entering Jannah except death. hadis Sahih riwayat at-Thabrani, an-Nasai
do you know?
7) if you read surah al-Mulk consistently every night, you will be protected from azab kubur? hadis Sahih riwayat an-Nasai
itu lah sedikit sebanyak
knowledge does give us the best ROI, tak kira worldly material or hereafter benefits
tapi yang lebih penting dari tu adalah bukan sekadar knowledge
yang lebih penting adalah consistent application of knowledges
knowledge without applications is useless and the same as not knowing them
thats all.
Pakya Trading Notes
I hope you guys never stop reading books for the rest of your life, same for me insyallah
p/s - market teruk. so kita baca buku and buat kerja lain. keh3

22/05/2021

hari nie, market cantik, profits 80K
tapi completely irrelevant,
sebab semalam, bleeding market, portfolio drop 200K
takde guna profit 80K if sebelum nie portfolio drop 200K
overall negatives
sama juga if ada orang bagitahu
saya sekarang portfolio total loss dalam 30K
hari tu market cantik pernah profit sampai 10K
totally irrelevant
apa yang berlaku hari tu langsung tak penting
ingat, trading is all about managing losses
not just making profits
and financial managements is all about managing cashflows
not just reducing expenses or increasing incomes
this is why it is very important to monitor your portfolio progress everyday over the long term. sekiranya you tak buat benda nie, you takkan nampak hala tuju
How to Monitor Your Progress As A Trader
1) If target you untuk jadi trader sampai mati, maka ada satu benda you kena buat
2) Saya tak pasti kenapa, tapi tak ramai bagitahu untuk buat benda nie. Saya sendiri pun tak start buat benda nie sampai my 2nd year of trading sebab takde orang bagitahu
3) Yakni, you should always monitor the amount of money in your trading account everyday
4) Cara kira total amount of money in your trading account, guna formula nie : Available Trading Limit + Total Market Value
5) Available Trading Limit boleh tengok dalam : My account > Account Summary > Available Trading Limit
6) Total Market Value boleh tengok dalam : Portfolio (Total Portfolio Value)
7) Available Trading Limit adalah jumlah amount dalam trading account anda yang masih belum digunakan dan boleh digunakan untuk beli shares
😎 Total Market Value adalah jumlah amount yang anda dah guna untuk beli shares. Jumlah nie berubah dari hari ke hari mengikut price shares yang anda beli
9) Buat satu file Excel. Catat this value tiap hari. Excel the best sebab boleh set formula, boleh autocalculate, and over long period of time, boleh create graph based on data yang kita dah input tu
10) Kenapa saya kata benda nie wajib? Sebab dari sinilah you boleh tahu progress you as a trader. You want to be a trader that continuously improve. You dont want to become trader yang dari tahun ke tahun hanya static, or worse, consistent losses
11) Bila you monitor that amount tiap hari, you akan nampak samada the total amount in your account makin lama semakin grow, or bertahun-tahun stay static, or makin lama makin menurun
12) Ya, benda nie wajib kalau you bercita-cita nak trade sampai mati. This is the only way to know your progress over long time
13) If, dah bertahun-tahun trade, tapi profit you masih 3 ke 4 angka, total amount dalam trading account you tak naik2, kadang profits kadang losses, that means you have a serious problem. Better look for ways how to repair that problems.
14) If, you tahu exactly how much is your trading account worth 2 years ago, 1 year ago, 6 months ago, 3 months ago, 1 month ago, today, 1 year later, 5 years later, then congratulations. You have done good job in monitoring your progress and I wish you goodluck growing your accounts.
thats all
Pakya Trading Notes

22/05/2021

THE 1 THING THAT WILL 400% MAKE YOU A BETTER TRADER IN 1 YEAR
Sekiranya you ada masalah macam nie :
✘ Asyik salah entry
✘ Asyik salah exit
✘ Jual terlalu awal
✘ Tak hold lama
✘ Hold terlalu lama, price dah turun balik
Pastikan you follow dan buat satu benda nie, yakni : SENTIASA CATAT AND BUAT SCREENSHOT TIAP KALI ENTRY & EXIT
Gunakan feature "Trading Journal" dalam PakyaScreener.Com
1 - bukak website PakyaScreener.Com
2 - register / login (free aje buat masa nie)
3 - pergi ke Trading Journal
4 - tiap kali entry, catat reason why + buat screenshot
5 - tiap kali exit, catat reason why + buat screenshot
6 - tengok contoh papertrade saya kat bawah
contoh screenshot Trading Journal : https://pakyahussin.com/contoh-screenshot-trading-journal/
KEPENTINGAN MENCATAT SEMUA BENDA
bila catat, you akan permanently boleh baca
bila tak catat, konfem next week lupa
bila catat, dalam few months or few years lagi masih boleh buat post-trade analysis. this will become very valuable in the long-term
Jim Rohn cakap : "If you're serious about becoming a wealthy, powerful, sophisticated, healthy, influential, cultured and unique individual, keep a journal.
Dont trust your memory. When you listen to something valuable, write it down. When you come across something important, write it down."
consistently do this for many years,
and Insyallah in few years you will make much better progress in your charts analysis
Pakya Trading Notes
collector of self-written journals

22/05/2021

BAGAIMANA NAK MAINTAIN KONSISTEN?
antara soalan common yang saya selalu orang tanya :
"Pakya, macamana nak maintain konsisten bertahun2?"
"pakya, dah capai financial freedom, kenapa masih buat kerja and masih study?"
"pakya, dah ade duit juta2, kalau saya dok rumah je takde dah penat2"
"pakya, takde rasa burn-out ke?"
and many other similar questions.
honestly, semua tu saya ada rasa. saya pun manusia biasa. nak duduk lepak2 tengok netflix, main game, gi bercuti, apa semua.
but those are boring life. try it, dalam masa few months you akan rasa bosan - hidup tanpa tujuan
human are goal-based creatures
this is what I believe
kalau hidup takde matlamat,
kita akan cepat bosan dan lifeless dan takde arah tuju
UNTUK ELAKKAN BURN-OUT EFFECT, SETIAP HARI SAYA BUAT 3 BENDA NIE :
1) Rewrite my goals & targets. Yes I do this atleast once everyday, for the past 4 years. Kadang2 on random kertas, kadang2 on tissue paper, kadang2 on my notebook. But I dont just think about my goals and target, I make sure to write and rewrite them, every single day, atleast once a day.
2) To achieve those goals and targets, I write, rewrite and review everyday what I need to do to achieve it. These are my plans. What I need to? What can I do currently? There are always something that you can do currently no matter how far your goals and targets still are
for example, one of my goal that I openly declared in this FB page is to achieve my first RM 1 million profits. ini di kira uncontrollable goal as I cannot control how and when can I achieve it
but for the plans, there are many ways which I think should be able to move me closer towards the goal. these are controllable and I can do it.
my plans includes :
study atleast 1,000 past charts winners
buat nota trading atleast 3 jilid (1 jilid aim 300 mukasurat)
update atleast 200 past charts study dalam website
3) I focus on doing (2) to achieve (1). Focus. Concentrate. On doing. On completing tasks. Takde masa nak pikir pasal other stuffs. This is the real answer on how I avoid burn-outs and laziness. Focus on what can I do. Focus on what should I do. Sibukkan diri sampai takde masa nak pikir pasal burn-out or laziness or soalan pasal time managements or soalan pasal macamana nak konsisten or soalan pasal macamana nak schedule, dan lain2
the key here is :
Know what you want to achieve
Know what you need to do currently to achieve (1)
Do it as much as possible
Jangan sibuk pikir pasal benda2 lain
I hope this answer the above questions
Pakya Trading Notes
still far from my ultimate goals

22/05/2021

KEMPEN TRADE FOR GAZA [SEBARKAN]
Daripada Maymunah radiyallahuanha Mawlah Nabi ﷺ sesungguhnya beliau berkata : "Wahai Nabi Allah, berilah kami fatwa berkenaan Baitul Maqdis.
Maka Baginda ﷺ bersabda : [Ia adalah] Bumi manshar (kebangkitan) dan mahshar (perhimpunan). Pergilah ke sana dan lakukan solat di dalamnya, sesungguhnya satu solat di dalamnya menyamai seribu (1,000) solat di masjid selainnya [melainkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi]
Beliau berkata : Apakah pandangan Tuan bagi sesiapa yang tidak mampu untuk menanggung perjalanan ke sana atau mendatanginya?
Baginda ﷺ bersabda : Maka hadiahkanlah minyak kepadanya untuk dinyalakan lampu / pelita padanya. Sesungguhnya barang siapa yang menghadiahkan [minyak] kepadanya, maka dia adalah seumpama orang yang bersolat di dalamnya."
[HR Ahmad - al-Musnad, Abu Dawud, Ibn Majah. status Sahih]
Saya nak menyeru rakan2 Traders sekalian jom bersama bantu sumbangkan apa yang kita mampu buat saudara2 kita di Palestine. Insyallah akan dinilai sebagai pahala besar di sisi Allah taala. Jika kita tak mampu hadir ke sana, sekurangnya tunjukkan sokongan dari segi kewangan dan doa
Tekan link nie untuk join sekali kempen Trade For Gaza
LINK >> https://t.me/trade4gaza
LINK >> https://t.me/trade4gaza
LINK >> https://t.me/trade4gaza
Sebarkan kepada rakan2, ahli keluarga, saudara mara, dan semua yang ingin merebut pahala sedekah berjemaah. Jom Insyallah!

Saya Ajar TA, FA, Cari Kaunter Berpotensi, Baca Charts, Buat Screening 22/05/2021

Khusus untuk trader2 yang nak belajar macamana saya trade
https://pakyahussin.com/ajartrade2/

Saya Ajar TA, FA, Cari Kaunter Berpotensi, Baca Charts, Buat Screening Khusus untuk trader2 yang nak belajar macamana saya trade

22/05/2021

When To Sell : Guidelines for All Traders
saya guna all the followings to exit my trade
it depends on charts and entry
different entry ada different exit
different setups ada different cutloss rules
bila profits cara exit nya lain
bila losses cara exit nya lain
but the followings are general guidelines that I think good for all traders to know
based on my 5 years experiences of studying charts
remember, these are general guidelines
not hard and fast rules
their functions is mainly to protect your money
but for pro traders and those aiming to be pro traders, always learn to see charts and decide case-by-case basis
WHEN TO SELL : PAKYA GENERAL GUIDELINES
1) Pakya 10% Rule
-bila 10% negative : always potong
-tanpa debate, tanpa hope, tanpa pikir
-10% negative often means your entry is wrong
-bukan candle drop 10%
-tapi your portfolio 10% drop dari entry price
tunggu market close or near close (4.40 pm)
untuk decide
2) Gap as support
-if ada previous upgap
-then suddenly price close below that gap, potong
-a gap is theoretically strong support
-if the gap is broken, I basically dont like it
-use the lower limit of gap as the cutloss level
3) 50 MA rule
-using 50 MA as golden line, if price close below this one, potong without question
-easy to see, hard to follow
-kadang2 boleh kena false exit and price naik balik
-tapi for beginners, its safer to cutloss first and consider reentry if boleh naik balik above 50 MA
ada few lagi tapi susah nak tunjuk kalau takde charts
sila tengok dalam pakyahussin.com bab bawah2
antara yang takde tunjuk kat sini tapi penting (ada tunjuk dalam website)
4) false breakouts. sell if confirm false bo
5) breakout failure. sell if break below prev resistant
6) major trend reversals patterns
7) reversal candlesticks patterns. sell for swing traders, hold for trend traders
😎 downgap. not all need to sell, but 70%. especially island reversals
9) break below lows of previous consolidations
10) break below low of strong candle
11) etc...
FEW GUIDELINES TO REMEMBER FOR BEGINNER TRADERS
jangan enter kalau banyak candle panjang2. memang cari nahas.
jangan enter kalau price dah naik tinggi. memang cari nahas.
jangan enter kalau kaunter tu terlampau HOT dalam group telegram. memang cari nahas.
dengar cakap saya and leave ALL group telegram. you will see 100x improvements in your emotions control and your decisions making
jangan enter kalau ada upgap sampai 3-4 kali. memang cari nahas.
jangan enter kalau cutloss level jauh, profit potential tak banyak mana. ratio perlu atleast 2:1 or higher to trade (profit potential 2, cutloss 1)
jangan enter kaunter2 yg dh naik pastu turun semula
jangan enter kaunter yang on the way down
jangan enter kaunter2 yg strong resistants
banyak lagi weh. jenuh nak cakap semua.
sila ejas study perabeh pakyahussin.com
semua ada dalam tu (with detail charts study)
I think thats all
if tak ingat point banyak2 nie, ingat dua benda :
1 - if negative 10% dari entry, potong (pakya 10% rule)
2 - if tak pasti, potong (lebih selamat dari lose money)
Pakya Trading Notes

Videos (show all)

10 SEBAB KENAPA PERLUKAN TRAVEL AGENCYRamai orang berpendapat bahawa perkhidmatan agensi pelancongan agak mahal dan mene...
View dari atas