Dakwah Asnaf Perak

Dakwah Asnaf Perak

Page Dakwah Asnaf Perak ditubuhkan untuk berkongsi aktiviti dakwah dan kebajikan di negeri Perak. La

Photos from Dakwah Asnaf Perak's post 03/09/2022

Alhamdulillah allazi binikmatihi tatimmussolihat. Pada hari Khamis yang lepas telah bermula kelas pengajian fardhu ain dan tadabbur Al-Quran untuk asnaf di Seri Manjung, Perak di tempat baharu.

Kelas ini dimulakan pada sejak tahun 2021 lagi dan diadakan di sebuah rumah teres 2 tingkat. Beberapa bulan kemudian, kelas berpindah ke sebuah rumah teres setingkat di Taman Samudera. Disebabkan keadaan rumah ini agak sempit, panas dan tidak mampu menampung pelajar yang semakin hari semakin bertambah, GAD Perak telah memohon untuk diadakan satu tempat khas untuk mengajar fardhu ain dan tadabbur Al-Quran kepada asnaf dan sesiapa sahaja yang berminat di kawasan sekitar.

Setelah melalui beberapa proses pengubahsuaian dan memasukkan keperluan belajar seperti kerusi dan meja, alhamdulillah hari ini kelas pertama telah berjaya dijalankan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim, Nabi ﷺ bersabda;

خيركم من تعلم القرآن وعلمه

"Yang terbaik baik di kalangan kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya."

Semoga Allah memberi kekuatan kepada para pelajar dan guru yang mengajar untuk istiqamah dalam mempelajari dan menyampaikan ayat-ayat Allah dan hadis Nabi ﷺ.

Terima kasih juga diucapkan kepada para penginfak. Jazaakumullahukhairan.

Photos from Dakwah Asnaf Perak's post 02/09/2022

Alhamdulillah, proses telah menyusun kerusi, meja, whiteboard dan meja guru di GAD Tadabbur Centre (GADTC), Seri Manjung telah selesai dan siap untuk digunakan. Terima kasih kepada para penginfak.

Photos from Dakwah Asnaf Perak's post 28/08/2022

Kerja-kerja memasang lantai vinyl siap dilakukan pada 23 Ogos 2022.

Photos from Dakwah Asnaf Perak's post 27/08/2022

Kerja-kerja pemasangan aircond dan kipas siling di GAD Tadabbur Centre, Seri Manjung, siap pada 13 Ogos 2022. Kerja bermula pada 9.30 pagi dan berakhir jam 2.00 pagi.

Terima kasih Walid Electrical Service.

13/08/2022

Dimaklumkan Abg Sham (asnaf Kuala Kangsar), telah kembali ke rahmatullah beberapa hari lepas. Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini.

Photos from Dakwah Asnaf Perak's post 08/08/2022

Bismillah. Alhamdulillah petang Ahad, 7 Ogos 2022, GAD Perak berkesempatan melawat saudara kita yang ditimpa musibah sakit iaitu Abg Syam di hospital Taiping. Menurut Puan Ita (isteri), keadaan suaminya tidak stabil. Doktor kata pembuluh darah di otak kanan dan kirinya sudah pecah dan jantungnya bila-bila masa boleh berhenti.

Puan Ita dan suami sebelum ini berniaga kecil-kecilan memasak dan menjual lauk makanan tengahari selain mengambil upah menjahit. Namun, musibah yang menimpa suaminya mengakibatkan beliau dan suami tidak lagi dapat berniaga dan bekerja. Beliau hanya mengharapkan bantuan daripada saudara mara dan rakan-rakan. Bulan lepas sekali lagi suaminya di masukkan ke hospital. Sejak daripada itu hingga hari ini, Puan Ita duduk di hospital dan tak balik ke rumah.

Namun, Kak Ita kelihatan tenang dengan situasinya sekarang. Beliau banyak menyebut tentang ujian daripada Allah, Allah nak mengampunkan dosa dan sebagainya. Di sisinya ada Al-Quran yang dipinjam daripada hospital untuk dibaca ketika menemani suaminya.

Pihak GAD Perak mengambil kesempatan ini untuk menerangkan lebih lanjut lagi tentang kelebihan Al-Quran sebagai kitab panduan agar kita beroleh pedoman di dunia dan membawa kita ke syurga. Selain itu, kami memberikan kata-kata semangat untuk beliau meneruskan kehidupan selepas ini seandainya apa-apa berlaku kepada suaminya.

Kami juga memberikan buku-buku poket terbitan GAD seperti 72 doa harian daripada Al-Quran dan hadis, Musibah Adalah Nikmat, buku zikir pagi petang dan sebagainya untuk dibaca dan diamalkan isi kandungannya, selain sedikit wang tunai kepada beliau.

Sebelum p**ang, kami menadah tangan berdoa kepada Allah agar urusan Kak Ita dipermudahkan. Semoga beliau tabah dan sentiasa bergantung kepada Allah dalam apa jua situasi.

07/08/2022

Kelas pertama yang dijalankan pada minggu ini ialah di rumah En. Ibrahim di Lorong 10B, Kampung Bahagia, Teluk Intan. En. Ibrahim mempunyai seorang anak OKU bernama Ismail yang sangat bersemangat belajar tadabbur Al-Quran dan mempunyai group whatsapp beliau sendiri untuk berkongsi link video kuliah tadabbur Al-Quran dan lain-lain .

Antara perkara yang dikongsikan dengan keluarga beliau ialah sambungan tadabbur surah Al-Fatihah ayat 6 iaitu tentang maksud hidayah, kelebihan orang yang diberi hidayah dan cara-cara mendapatkan hidayah daripada Allah.

Selain itu, turut dikongsikan ialah bacaan doa ketika bangun daripada tidur.

Alhamdulillah, mereka sangat bersemangat belajar dan berusaha untuk membaca dan menghafal doa yang dipelajari dengan sebaik mungkin.

Photos from Dakwah Asnaf Perak's post 04/08/2022

Pada 20-22 Julai yang lepas, Ustaz Abd Muein Abd Rahman dan team Ghulam Al Dakwah telah turun ke Seri Manjung, Perak. Antara tujuan kedatangan mereka ialah untuk melawat tempat yang bakal dijadikan GAD Tadabbur Centre di Taman Samudera.

Selesai melawat tempat, team GAD berkunjung ke rumah En. Hamid yang ditimpa musibah sakit buasir dan tidak boleh bekerja. Ustaz Abd Muein memberikan tazkirah untuk orang yang ditimpa sakit dan mengajak En. Hamid untuk mentadabbur Al-Quran. Ini kerana Al-Quran adalah penyelesaian kepada semua masalah termasuklah sakit.

Pada sebelah petang, ustaz berkesempatan bertemu dengan bakal-bakal guru yang akan mengajar asnaf di daerah Manjung. Mereka adalah pelajar tadabbur Al-Quran live Ghulam Al Dakwah sejak PKP. Perbincangan adalah tentang strategi dakwah GAD dan keperluan membuka centre dakwah.

Pada jam 9.30 malam, ustaz menyampaikan tazkirah ringkas kepentingan ilmu sebagai harta yang paling berharga kepada pelajar-pelajar tadabbur dan asnaf di sekitar daerah Manjung.

Program ditutup dengan sesi bertaaruf dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar dan asnaf.
GAD Perak
Kita Ziarah | Kita Dakwah | Kita Bantu

Photos from Dakwah Asnaf Perak's post 01/08/2022

Bismillah. Team GAD Perak telah mendapat satu mesej tentang seorang lelaki yang dikenali sebagai Abg Sham dari Bukit Chandan, Kuala Kangsar, yang ditimpa musibah sakit strok separuh badan sehingga tidak mampu bercakap.

Abg sham mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak yang masih sekolah. Seorang sekolah rendah dan 2 orang sekolah menengah. Income beliau sebelum ini hanya berniaga kecil-kecilan dan isteri mengambil upah menjahit kecil-kecilan untuk meringankan beban beliau. Kini hanya isteri beliau yang bekerja. Pendapatnya kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada.

Alhamdulillah pada Ahad lepas, kami telah berkunjung ke rumah. Qadarullah, ketika kami sampai ke rumah beliau, kami hanya dapat bertemu dengan anak-anak beliau. Cerita anak saudara beliau yang menjaga anak-anak ini, bapa mereka dimasukkan semula ke hospital Taiping sejak minggu lepas kerana tekanan terlalu tinggi.

Memandangkan hari sudah hampir malam, kami membuat keputusan untuk p**ang dan InsyaAllah kami akan datang menziarahi beliau pada lain hari. Pada kesempatan yang ada kami sempat berbual dengan anak-anaknya untuk memberi kata-kata semangat serta menggalakkan mereka untuk selalu berdoa agar bapa mereka diberikan kesembuhan. Apa yang mengkagumkan kami, walaupun diuji dengan bapa yang sakit, mereka tetap ceria dan tidak lokek untuk menguntumkan senyuman kepada kami.

Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini. Amin.
Laporkan orang-orang yang ditimpa musibah di sekeliling anda kepada kami khususnya di negeri Perak. InsyaAllah kami akan datang ziarah untuk memberi bantuan serta kata-kata semangat kepada mereka.

WhatsApp kami segera. Tekan ↘️

28/05/2022

PAGI MULA MENGAJI, PETANG DAH JADI PENDAKWAH.

Apabila Al-Quran telah masuk ke dalam hati seseorang, dia tidak akan duduk diam. Sebaliknya dia pasti bergerak dan kongsikan dengan orang lain.

Tak sampai 24 jam selepas kelas pertama dimulakan, Mak Cik Asiah, warga emas berusia 71 tahun yang diceritakan sebelum ini, tidak menunggu lama. Pagi dia mula mengaji, petang dia ajak p**a anak jiran-jirannya datang mengaji. Bukan seorang, bukan 2 orang, bukan 3 orang tapi 9 orang! MasyaAllah.

Teringat saya kisah yang disebutkan dalam Al-Quran, surah Al-Jin ayat 1, tentang kisah jin yang masuk Islam setelah takjub dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Nabi ﷺ. Tanpa menunggu lama dia kemudiannya terus kembali kepada kaumnya untuk menyampaikan apa yang dia dengar.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

قُلْ أُوحِىَ إِلَىَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوٓا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْءَانًا عَجَبًا
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!"
(QS. Al-Jinn 72: Ayat 1)

Budak-budak ini masih kecil. Jauh lagi perjalanan mereka. Bayangkan jika mereka istiqamah belajar mengaji, kenal Allah dan rasul serta beramal dengan apa yang mereka belajar, bukankah pahalanya mengalir kepada mak cik ini?

Kerja sekali, income berkali-kali baq hang!

Mak cik yang tak pandai membaca dan miskin ni pun nak rebut ganjaran pahala ni, takkan kita tak mahu. Hati kita dah terkunci ke?

Jom sahabat-sahabat, kita tadabbur Al-Quran, kita sampaikan Al-Quran. Hubungi kami untuk menjadi pendakwah Ghulam Al Dakwah. Anda tak perlu ada sijil atau ijazah dalam bidang agama. Cukuplah kemahiran asas yang ada.

Yang lebih penting ialah kemahuan yang tinggi untuk mengubah diri dan mengubah orang lain serta menyelamatkan orang seramai mungkin daripada neraka.
Ghulam Al Dakwah

27/05/2022

Bismillah. Alhamdulillah, kelas pertama di Teluk Intan telah dimulakan di rumah Mak Cik Asiah di Lorong 6A, Kg. Bahagia. Walaupun sudah berumur 71 tahun, Pn. Asiah tetap bersemangat untuk belajar iqra' dan bersaing dengan cucu-cucunya.

Kisah hidupnya sangat tragis. Rumah tangganya porak peranda akibat najis dadah dan keluarganya dipandang hina oleh masyarakat. Namun beliau tetap tabah membesarkan anak-anak dan kini cucu-cucunya. Kata beliau, semua keperitan telah dilaluinya kecuali mati saja.

Di hujung usia begini, beliau sangat teringin untuk membaca Al-Quran. Beliau pernah berjumpa dengan guru untuk mengajar Al-Quran. Alangkah sedihnya apabila guru itu menolak dan mengenakan bayaran yang dia tidak mampu membayarnya. Ujarnya, orang sekarang kedekut ilmu. Tak macam orang dulu-dulu.

Beliau berasa cemburu apabila melihat orang yang mampu membaca Al-Quran dengan baik. Oleh itu beliau kerap berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan orang yang mengajar beliau dan cucunya membaca Al-Quran.

Pucuk dicita ulam mendatang.

Ketika ejen GAD yang bertugas datang menziarahi beliau, beliau berasa sangat teruja apabila ditawarkan untuk belajar Al-Quran secara percuma. Mengalir air matanya kerana terlalu gembira dan bersyukur akhirnya Allah makbulkan doanya sebelum ini untuk belajar Al-Quran. Alhamdulillah.

Semoga Mak Cik Asiah terus istiqamah belajar sehingga boleh membaca Al-Quran seterusnya memahami isi Al-Quran.
Begitulah sahabat-sahabat. Selama ini, bila disebut tentang dakwah, yang terlintas di fikiran kita ialah masjid dan surau. Sedangkan di luar sana ada ramai orang yang jahil agama, nak belajar agama tapi tak ada orang nak ajar.

Jika anda berminat nak buat dakwah dan kebajikan di Perak dan di seluruh negara, wasap kami segera. Kita sebarkan Islam dari rumah ke rumah. InsyaAllah, daripada sebuah rumah, akan lahirlah generasi yang berilmu, beriman dan bertakwa kepada Allah.

Ghulam Al Dakwah

Photos from Dakwah Asnaf Perak's post 26/05/2022

Bismillah. Alhamdulillah pada bulan Ramadan yang lepas, team Ghulam Al Dakwah Cawangan Perak telah menyantuni beberapa keluarga asnaf di Teluk Intan, Perak.

Antara rumah yang kami ziarah ialah;

1. Pasangan suami isteri di Lorong 6A, Kg. Bahagia yang dahulunya berniaga burger di tepi jalan. Qadarullah, pada bulan Ramadan tahun lepas isterinya ditimpa musibah apabila kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman. Si suami terpaksa menghentikan jualan burger kerana tiada pembantu di samping perlu menemani isteri dan ibu mertuanya (yang juga telah dipotong kakinya 5 tahun lepas). Beliau kini hanya mengambil upah menghantar anak-anak jiran ke sekolah.

2. Rumah pasangan suami isteri di Taman Melor. Suaminya seorang pekerja buruh kasar yang kini terlantar di hospital akibat sakit buah pinggang tahap 4. Si isteri yang dahulunya berniaga air di tepi jalan kini terpaksa berhenti berniaga untuk menjaga anak-anak mereka.

3. Rumah pasangan suami isteri di Lorong Selamat, Kg. Bahagia. Si suami dulu bekerja sendiri menghantar gas ke rumah-rumah orang dan kedai-kedai makan. Qadarullah, kini beliau tidak dapat lagi bekerja kerena kecederaan di bahu. Mereka hilang punca pendapatan.

4. Rumah seorang ibu tunggal di Lorong 1B, Kg. Bahagia yang berkongsi satu rumah dengan satu keluarga lain. Beliau kini hanya mengharapkan keuntungan hasil jualan kuih kecil-kecilan.

Manakala sahabatnya (yang berkongsi rumah), bekerja mengambil upah menjaga orang tua yang uzur dan suaminya bekerja sebagai buruh kasar.

5. Rumah seorang warga emas ibu tunggal yang miskin. Hidupnya penuh berliku dengan ujian yang bertimpa-timpa sejak zaman muda lagi. Namun, di usia 70 tahun masih bersemangat untuk belajar iqra' bersama cucu-cucunya.

7. Rumah pasangan suami isteri yang mempunyai 7 orang anak dan tinggal di rumah kecil 2 bilik bersama 5 orang anak (2 sudah berkahwin). Suami bekerja sebagai buruh kasar manakala isteri bekerja di kedai makan. Si isteri pernah jatuh sakit sehingga darah pecah di otak dan mengakibatkan dia menjadi lupa dan sukar membaca.

8. Rumah ibu tunggal anak 8 di Sg. Manik (4 daripadanya anak yatim). Suaminya baru meninggal 3 bulan yang lepas akibat serangan jantung. Beliau yang tidak bekerja hanya mengharapkan sumbangan orang ramai dan duit simpanan sementara dalam tempoh iddah.

Alhamdulillah, di samping memberi sumbangan barangan keperluan asas, Team GAD Perak turut memberikan senaskah Al-Quran serta buku-buku poket GAD seperti Kepentingan Tadabbur Al-Quran, Matlamat Hidup Seorang Muslim, Sifat Solat Nabi dan lain-lain.

Tazkirah ringkas turut diberikan tentang kepentingan menjadi orang yang bertakwa dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya agar semua masalah dapat diselesaikan dan bahagia hidup di dunia walaupun diuji dengan pelbagai musibah.

Selain itu, turut dikongsikan untuk amalan-amalan daripada sunnah Nabi ﷺ dalam kehidupan seharian seperti membaca doa-doa daripada Al-Quran dan hadis sahih, untuk diamalkan agar dapat menambah pahala dan beroleh syurga tertinggi di akhirat kelak.

------

Kami sedang mencari ejen dakwah dan kebajikan di seluruh negeri Perak. Nak join? Wasap kami.

Ghulam Al Dakwah

* Melahirkan Du'at Menyebarkan Islam
* Senyum Dan Sebarkan Salam
* Kita Adalah Bersaudara

24/05/2022

Bismillah. Alhamdulillah, inilah antara maklum balas daripada asnaf yang mengikuti kelas pengajian bersama guru-guru tajaan GAD. Terima kasih kepada semua penginfak.

Semoga saudara kita ini istiqamah dalam menuntut ilmu dan beramal dengan ilmu yang dipelajari.

Photos from Dakwah Asnaf Perak's post 23/05/2022

Bismillah. Kelas pengajian asnaf di Manjung telah dimulakan pada bulan November 2021. Walaupun berdepan dengan kekangan PKP, PKPD, ada pelajar yang dijangkiti virus covid-19 dan sebagainya, kelas pengajian masih aktif hingga kini.

Setakat ini, 2 lokasi menjadi pusat pengajian asnaf iaitu di Taman Sitiawan 2, Sitiawan dan Taman Samudera, Seri Manjung.

Antara ilmu yang dikongsi dengan asnaf ialah tentang rukun iman, sifat solat Nabi dan doa-doa harian daripada Al-Quran dan hadis sahih.

Alhamdulillah, pihak GAD menerima maklum balas yang positif daripada pelajar. Ada yang dulu tidak tahu solat, kini sudah tahu cara solat. Ada yang dahulunya tidak ambil peduli tentang agama dan selalu ada masalah keluarga, kini lebih tenang selepas mengikuti kelas.

Semoga mereka diberi kekuatan untuk istiqamah belajar agama. Amin.

Photos from Dakwah Asnaf Perak's post 23/05/2022

Bismillah. Bermulanya dakwah dan kebajikan Ghulam Al Dakwah di Perak ialah pada tahun 2021. Walaupun pada ketika itu seluruh dunia bergelut dengan krisis kesihatan dan pandemik, Ghulam Al Dakwah telah berjaya melebarkan sayapnya di negeri Perak.

Berikut adalah rangkuman aktiviti dakwah GAD di Perak sepanjang tahun 2021;

Mac 2021 - Gelong Pepuyu

Tempat pertama di Perak yang dikunjungi oleh team GAD yang diketuai oleh ustaz Abd Muein Abd Rahman ialah di daerah Perak Tengah bertempat di Taman Aman Jaya, Gelong Pepuyu. Sebanyak 7 keluarga asnaf telah diziarahi oleh team GAD di samping memberikan sumbangan wang tunai, Al-Quran, buku-buku poket serta tazkirah ringkas.

April 2021 - Pantai Remis & Beruas

Selang sebulan selepas itu, misi dakwah dan kebajikan diteruskan lagi. Kali ini team GAD ke daerah Manjung dan singgah di Pantai Remis untuk bertemu asnaf yang juga pelajar tadabbur online. Antara perkara yang
ingin diberi perhatian ialah keadaan rumah asnaf yang usang yang perlu dibaiki.

Selesai urusan di Pantai Remis, team GAD bergerak ke Beruas untuk menyantuni asnaf di sana.

Julai 2021 - Sitiawan & Seri Manjung

Ketika PKP 3.0, ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. GAD melaluinya ejennya di Sitiawan telah mengagihkan bantuan keperluan asas dan wang tunai kepada penduduk di Sitiawan dan Seri Manjung yang terjejas dengan PKP.

Bantuan yang diberikan kepada asnaf tidak terhenti di situ sahaja. Ejen yang bertugas telah mengadakan kelas fardhu Ain secara mingguan kepada mereka seperti mana matlamat utama GAD iaitu menyebarkan Islam melalui kelas-kelas agama di rumah asnaf.

Di samping itu juga, telah diadakan kelas mengaji iqra' dan Al-Quran secara online yang dibimbing oleh guru-guru sukarela dari seluruh negara.