Transporter Services Sdn.Bhd

Transporter Services Sdn.Bhd

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Transporter Services Sdn.Bhd, Travel Company, .

Calvary Church 13/12/2021

Najib, Covid-19 dan Denggi...

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu sehari sebelum keputusan akan dibuat...

Adakah ini tanda-tanda Najib akan didapati bersalah oleh tiga panel hakim dari Mahkamah Rayuan dan kes akan ditangguhkan p**a untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan...

RM4 bilion diluluskan Kabinet untuk SRC..

Adakah pendakwaan Najib sebenarnya ada kaitan dengan dalang Covid-19...

Kalau korang tak nak percaya Covid-19 ni satu konspirasi, mari kita tengok dulu betul ke wabak Denggi nih wujud...

Pertamanya kita kena tahu penyakit Denggi ni datangnya dari sejenis virus yang dinamakan Zika...

Virus Zika ni p**ak ada dalam nyamuk jenis Aedes yang aktif pada waktu siang...

Seperti virus SARS-CoV-2, virologis mendakwa telah berjaya mengisolasi atau mengasingkan sampel sel DNA dari nyamuk Aedes pada tahun 1947 di hutan bernama Ziika di Uganda...

Seperti penipuan wabak SARS yang didakwa telah berjaya diisolasi dari haiwan kelawar di Yunnan, China pada tahun 2016, yang mempunyai lebih 96 peratus persamaan kod genetik dengan SARS-CoV-2 atau Covid-19...

Walhal genetik DNA untuk sel bakteria sahaja sekurang-kurangnya mempunyai beratus ribu kod, apatah lagi virus yang terdapat dalam haiwan atau serangga seperti nyamuk...

Apa yang dilakukan virologis di makmal selepas mengambil sampel DNA dari haiwan seperti kelawar dan serangga seperti nyamuk adalah dengan memasukkannya ke dalam program bernama CRISPR/Cas9 untuk menyunting genom DNA nyamuk...

Lalu kod DNA yang didakwa virus itu akan mencari p**a persamaan sekuen kod DNA manusia yang sama, untuk menunjukkan manusia tersebut dijangkiti virus tertentu...

Seperti program saringan Covid-19, kaedah "swab" dilakukan untuk mengambil sampel DNA anda, untuk dimasukkan ke dalam program yang dikenali sebagai BLAST dengan harapan terdapat persamaan kod DNA dengan virus Covid-19...

Mesin PCR p**a digunakan untuk membesarkan sel DNA yang diambil dari saringan, untuk dibaca kodnya...

Masalahnya, disebabkan pusingan RT pada mesin PCR yang dibuat terlalu tinggi, maka kod DNA dari saringan yang diterjemahkan juga adalah tinggi, sehingga menimbulkan kod DNA yang kebanyakan manusia biasa ada...

Seperti proses isolasi virus dari kelawar dan nyamuk, apabila mana-mana DNA manusia dikesan sama dengan kod DNA virus tersebut, maka terus sahaja DNA manusia tersebut dianggap pembawa virus, walaupun tiada apa-apa simptom...

Inilah penipuan yang mereka lakukan kepada dunia, kerana mereka tahu dunia masih "blur" dengan bidang bioteknologi dan virologi, apatah lagi dalam bidang biometrik yang menggunakan program komputer untuk mengesan penyakit...

Amat tidak masuk akal bahawa tiba-tiba sahaja muncul berbagai virus yang kononnya membawa penyakit berbahaya kepada manusia, hanya kerana terdapat virologis yang mendakwa berjaya menemui virus dengan mengisolasikannya...

Jadi bagaimana virus yang boleh dikatakan dicipta virologis di makmal, walaupun ianya hanyalah sel dorman yang sudah beribu tahun berada dalam haiwan dan serangga tersebut ini boleh menjadi pandemik...

Apabila manusia mula campur tangan dalam kerja Tuhan, seperti dalam kes demam Denggi, bahawa asalnya manusia memang boleh jatuh sakit jika terkena gigitan nyamuk Aedes di waktu siang dalam jumlah yang banyak...

Seperti jika berada dalam hutan Amazon, peluang untuk mendapat demam Malaria adalah sangat tinggi, namun hutan hujan di negara tropika sememangnya adalah habitat semulajadi bagi nyamuk...

Tetapi ianya tidak akan menjadi epidemik apatah lagi pandemik, kerana Malaria atau Denggi tidak berjangkit walaupun nyamuk yang sama hinggap ke beberapa manusia...

Virus Zika ni sebenarnya berkongsi kod DNA yang sama dengan penyakit demam kuning dan JE selain dari Denggi...

Virus yang dikatakan berasal dari benua Asia dan Afrika, kemudiannya menjadi epidemik pada tahun 2007 hingga 2016 di Amerika dengan merentas Lautan Pasifik...

Agak janggal teori epidemik virus Zika ni bahawa nyamuk Aedes telah merentasi benua dan lautan yang begitu luas dari Asia ke Amerika... Mungkin nyamuk tersebut dibawa dengan tidak sengaja oleh kapal dagang sepertimana teori wabak pandemik Spanish Flu yang didakwa dibawa oleh kutu yang hinggap di tikus yang kemudiannya dibawa pedagang ke seluruh benua Eropah...

Jika teori ini benar sekalipun, bagaimana p**a ianya boleh menjadi endemik walhal penyakit bawaan nyamuk diketahui tidak berjangkit, kecuali melalui darah atau suntikan, bahkan darah manusia di dalam nyamuk tidak boleh berjangkit kepada manusia lain...

Jadi bagaimana p**a penyakit seperti Denggi, JE, Malaria dan Chikungunya bawaan nyamuk ini boleh merebak dengan cepat sehingga merentas benua, jika tidak ada campur tangan manusia...

Penyakit bawaan virus nih semuanya tak ada ubat kononnya, sebaliknya hanya diberikan ubat tahan sakit seperti paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol, begitu juga rawatan untuk pesakit Covid-19...

Penyakit bawaan virus memang tak ada ubat sebab ianya bukan penyakit tetapi hanya simptom melawan penyakit seperti juga selsema, batuk dan demam...

Simptom ini akan hilang dengan sendiri selepas antibodi selesai membuat kerja, tetapi akan menjadi serius jika terdapat campur tangan manusia seperti memakan panadol, vaksin, ubat batuk, antibiotik dan sebagainya...

Tidak ada vaksin untuk virus Zika kerana tidak seperti virus lain bawaan haiwan seperti kelawar, babi atau monyet, nyamuk menggigit manusia, jadi ianya lebih mudah untuk disebarkan berbanding secara vaksin...

Penyakit Denggi sudah mencapai tahap endemik, iaitu satu penyakit yang akan sentiasa ada bersama manusia selagi wujudnya nyamuk Aedes...

Masalahnya, ada ketika wabak Denggi menjadi serius sehingga kebanyakan hospital penuh di sesuatu kawasan, sehingga ada yang terpaksa ditahan di wad ICU di hospital swasta yang kosnya bukan murah...

Punca sebenar wabak Denggi menjadi viral ialah sebenarnya terletak pada cara WHO yang bertindak campur tangan atau "playing God" kitaran semulajadi nyamuk Aedes ini...

Pembawa virus Zika adalah dari nyamuk betina yang memerlukan darah sebagai makanan untuk bertelur...

Seperti virus lain, Zika hanya boleh dikesan melalui kaedah analisa material genetik atau DNA menggunakan teknik RT-PCR...

Malah sebenarnya virus Zika ini berasal dari spesis monyet "rhesus macaque" dari sangkar di hutan Ziika, Uganda berdekatan Tasik Victoria, yang ditemui oleh sekump**an saintis dari Yellow Fever Research Institute pada tahun 1947...

WHO kemudiannya mendakwa telah mempunyai cara moden untuk mengawal pop**asi nyamuk Aedes betina dengan menggunakan nyamuk jantan yang telah disteril untuk mengawan dengan nyamuk betina liar...

Nyamuk jantan ini akan dimasukkan sejenis bakteria iaitu Wolbachia, yang bertindak sebagai vaksin kepada nyamuk betina liar, kononnya untuk mengurangkan transmisi patogen seterusnya mengurangkan kesan wabak...

Teori WHO bahawa bakteria yang dilemahkan atau dipendekkan jangka hayatnya, yang dimasukkan ke dalam nyamuk jantan, boleh mengawal wabak Denggi dan Malaria dengan menyingkirkan nyamuk betina liar yang membawa parasit yang lebih merbahaya...

Teorinya, jika nyamuk spesis baru dilepaskan, maka akan memberi tekanan kepada nyamuk liar dengan mengurangkan pilihan untuk berevolusi...

Bukti terkuat teknik ini berkesan kononnya ialah ketika tahun 2016 hingga 2020 di bandar Yogjakarta di Indonesia, apabila satu ujian kawalan rawak dilakukan kepada 400 ribu penduduk yang didedahkan kepada nyamuk jantan tersebut...

Bakteria Wolbachia sebenarnya menambahkan risiko transmisi patogen, seperti arboviruses dalam nyamuk spesis Culex Tarlasis, termasuk kadar jangkitan West Nile Virus adalah lebih tinggi dari nyamuk yang diletakkan bakteria Wolbachia...

Bakteria Wolbachia sebenarnya mengaktifkan laluan "reactive oxygen species-dependent activation of the Toll", dimana penting untuk mengaktifkan antimicrobial peptides, defensins dan cecropins yang membantu untuk membiakkan virus dengan cepat...

Maka berjuta nyamuk jantan GMO berkod OX5034 ini telah dilepaskan di bandar-bandar besar di seluruh dunia kononnya untuk mengawal nyamuk Aedes betina...Oxitec ialah sebuah syarikat yang membina nyamuk versi GMO Aedes aegypti dan pada tahun 2017 telah mula menghasilkan nyamuk GMO versi Asian tiger Aedes albopictus...

Pada November 2018, kerajaan negara Cayman Island telah membekukan perjanjian ujian nyamuk GMO dari syarikat Oxitec ini...

Pada tahun 2019, sebanyak 450 ribu nyamuk jantan telah dilepaskan di bandar Jacobina, Brazil setiap minggu selama 27 bulan, iaitu lebih dari 2 tahun...

Kos seekor nyamuk GMO ini mencecah USD15 untuk setiap "inhabitant", bermakna jika sebuah bandar mempunyai 1 juta penduduk, maka kos untuk melepaskan nyamuk GMO akan mencecah 15 juta USD...

Modus operandi mereka ini tidak jauh berbeza, iaitu memasukkan penyakit di dalam nyamuk kononnya untuk mengawal wabak, walhal sudah tentu semakin ramai p**a manusia yang sakit kerana digigit nyamuk tersebut...

Bagaimana WHO boleh menentukan berjuta-juta nyamuk jantan yang dijangkiti bakteria itu dilepaskan serta tidak menggigit manusia, dan hanya memilih untuk mengawan dengan nyamuk betina Aedes sahaja...

Sama juga seperti vaksin Covid-19, dimana negara yang mengambil bahagian untuk menvaksin rakyatnya secara besar-besaran, maka di negara tersebut kes kematian semakin meningkat...

Dalam kes Denggi juga begitu, apabila negara seperti Brazil, Indonesia malah di Malaysia sendiri berlaku peningkatan kes Denggi yang mendadak setiap kali nyamuk jantan ini dilepaskan...

Negara Brazil yang paling tinggi melepaskan nyamuk GMO sehingga mencecah bilion, hasilnya negara Brazil mencatatkan kes Denggi tertinggi dunia, iaitu 3 juta kes dan 1 ribu kematian sehingga tahun 2020...

Jika anda Google "KKM lepas nyamuk", maka anda akan dapati ketika PH berkuasa pada bulan Julai tahun 2019, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad bersama Teresa Kok telah membuat perlepasan telur Nyamuk Aedes Berwolbachia di Bukit Jalil...

Bukti wabak Denggi adalah disebabkan perlepasan nyamuk jantan GMO ini ialah pada tarikh 3 Ogos 2019, KKM sendiri telah melaporkan rekod kes Denggi tertinggi iaitu 80 ribu kes dalam tahun 2019 sahaja, dengan seramai 113 kematian...

Kerajaan Singapura melepaskan nyamuk jantan GMO pada 6 Mei 2020, namun pada 2 Oktober 2020 kes Denggi mencecah sebanyak 33,500 kes dengan 29 kematian, terburuk dalam sejarah Singapura...

Bukankah perlepasan nyamuk GMO ini sepatutnya untuk menurunkan kes Denggi jika berdasarkan WHO, jadi mengapa p**a berlaku sebaliknya...

Adakah satu kebetulan Covid-19 yang bermula pada Disember 2019 sebenarnya ialah kesan dari perlepasan berjuta-juta nyamuk GMO ini kepada orang awam...

Dan adakah kebetulan juga kluster pertama Covid-19 negara bermula dari jemaah Tabligh dari Masjid Sri Petaling yang juga terletak di Bukit Jalil...

Namun yang lebih menakutkan, adakah Teresa Kok selaku orang kuat DAP yang beragama Kristian, ada kena mengena dengan pihak Amerika yang rasa terancam dengan kehadiran berbelas ribu jemaah Tabligh dari seluruh dunia di Bukit Jalil...

Kluster Tabligh ketika itu dianggap yang terbesar di Asia Tenggara hingga sebanyak 3 ribu kes Covid-19 dikaitkan dengan mereka...

Dan adakah kebetulan juga lokasi Gereja Kristian terbesar Asia juga terletak di Bukit Jalil yang dinamakan sebagai The Calvary Convention Centre yang dibangunkan oleh Gereja Calvary...

Adakah kebetulan p**a gereja Calvary ini ada kaitan dengan mazhab baru agama Kristian iaitu Evangelism dan Ahli Parlimen DAP ramai yang menganut fahaman ekstrim ini...

Dan yang lebih penting apa kaitan sebuah gereja Kristian yang bukan seperti gereja konvensional Kristian yang lain, jika ianya adalah kepunyaan golongan Antichrist yang mendukung agenda New World Order...

Dan yang menariknya gereja 6 tingkat tercanggih dunia yang mempunyai auditarium yang boleh memuatkan sehingga 5 ribu peserta, berharga lebih RM100 juta ini dibina sejurus selepas Najib Razak menjadi PM pada tahun 2010...

Anda boleh lihat sendiri aktiviti keagamaan Kristian yang dijalankan di CCC ini jika melawat laman web mereka di www.calvary.my, dan bukti mereka ini mempromosi fahaman Kristian Evangelism... Majlis penyerahan tapak gereja ini dilakukan pada 15 Februari 2008 ketika Najib menjadi TPM dan Menteri Kewangan dan pembinaannya bermula sekitar tahun 2010, selepas Najib menjadi PM pada tahun 2009...

Siapakah sebenarnya Najib Razak, adakah pendakwaan salah laku 1MDB beliau sebenarnya adalah untuk menghalang sesuatu yang lebih besar...

Adakah pembinaan Menara TRX dan Menara Merdeka 118 yang kedua tertinggi dunia menjelaskan kaitan Najib dan pihak yang amat gemar membina bangunan pencakar langit untuk mempercepatkan tanda kecil kiamat...

Maka jangan hairan jika Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, dan yang terakhir nanti di Mahkamah Persekutuan, senasib dengan Anwar Ibrahim yang jelas mempunyai kaitan dengan pihak yang sama...

Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar. Najib ni tak faham-faham ke...

Tak habis-habis nak salahkan Mahathir la, konon skandal Forex jauh lebih besar dari 1MDB la...

Konon lagi jasa Najib pada aset negara jauh lebih besar dari skandal 1MDB la...

Wei Najib, lu kena dakwa bukan dengan satu hakim Mahkamah Tinggi je tau, tapi tiga lagi hakim dari Mahkamah Rayuan, lu ingat calang-calang nak jadi hakim Mahkamah Rayuan ke wahai Najib Razak...

Pulak tu sebulat suara tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak rayuan lu Najib...

Hujah Hakim Mahkamah Rayuan adalah jelas, bahawa Najib sebagai seorang PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi SRC International tahu segala aktiviti yang SRC International jalankan...

Hakim kena berdasarkan fakta dan logik, bukannya andaian semata-mata bahawa dana RM42 juta dari KWAP secara senyap-senyap dimasukkan ke SRC International tanpa kebenaran Najib...

Ok kita anggap la Najib ni betul telah diperangkap oleh Mahathir seperti yang didakwanya, kononnya Mahathir marah Najib jadi dalang jatuhkan anak dia Mukhriz...

Masalahnya, kalau betul pun Najib sedang diperangkap, beliau tetap kena dipertanggungjawabkan keatas salah guna kuasa kabinet beliau yang meluluskan dana sebesar RM4 bilion dari KWAP...

Memang betul pihak pendakwaan tak dapat buktikan bahawa Najib yang arahkan duit dana KWAP masuk ke SRC, tapi pihak pendakwaan berjaya buktikan Najib sebagai Pengerusi SRC tahu pergerakan dana tersebut...

Najib mendakwa dana RM2 bilion yang masuk ke akaun SRC International sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2011 dan 2012 adalah derma dari Arab...

Bukankah Najib juga mendakwa dana RM2.6 bilion dari Arab dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau, tetapi mengapa p**a dana tersebut masuk ke akaun SRC International sebanyak dua kali...

Ok, Najib dakwa dana tersebut dibuat oleh panel pelaburan KWAP selepas dibawa ke dalam mesyuarat kabinet, tetapi bukan atas arahan Najib...

Masalahnya, bukankah Najib yang jadi PM dan Menteri Kewangan pastinya mempengerusikan mesyuarat kabinet tersebut, atau adakah Najib tidak tahu mesyuarat kabinet tersebut telah dijalankan...

Jika benar pun ada pihak yang arahkan dana KWAP dimasukkan ke dalam SRC International tanpa kebenaran dan pengetahuan Najib, itu bukan masalah mahkamah...

Kelemahan pentadbiran Najib Razak dalam mengesan komplot untuk menjatuhkan beliau, tidak boleh dijadikan alasan untuk keluar dari pendakwaan tersebut...

Jika benar memang ada pihak tertinggi seperti Bank Negara dan KWAP yang merancang untuk jatuhkan Najib, pastinya mempunyai sebab yang kukuh...

Jika Najib mendakwa segala pelaburan dari Amerika dan Timur Tengah ke dalam 1MDB adalah satu perangkap untuk burukkan 1MDB, maka dari mana p**a datangnya dana untuk bangunkan projek mega Bandar Malaysia dan TRX Exchange...

Pada Disember 2015, 1MDB menjual 60 peratus sahamnya dalam projek Bandar Malaysia kepada Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd bernilai RM7.41 bilion, namun dibatalkan pada Mei 2016 atas arahan Kementerian Kewangan Malaysia...

Pada Julai 2017, Najib melawat China untuk menghadiri Forum One Belt One Road di Beijing, dimana Sefitel Beijing Hotel dan Kump**an Wanda Dalian menyatakan minat untuk melabur dalam projek Bandar Malaysia, namun dibatalkan beberapa bulan kemudian...

Pada Julai 2017, Kementerian Kewangan menyatakan cadangan kepada tujuh syarikat dari negara China serta dua dari negara Jepun bernilai sekitar RM30 bilion hingga RM40 bilion untuk membangunkan Bandar Malaysia, namun juga gagal...

Pada Julai 2021, perjanjian antara China Railway Engineering Corp yang mewakili negara China dan Iskandar Waterfront Holdings mewakili kerajaan Malaysia p**a diumumkan tidak akan diteruskan...

1MDB ialah satu badan pelaburan strategik negara milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia, yang asalnya ialah sebuah syarikat milik kerajaan negeri Terengganu, iaitu Terengganu Investment Company...

1MDB bertanggungjawab untuk membangunkan projek berprofil tinggi seperti Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia serta pengambilalihan tiga IPP atau penjana tenaga bebas...Sejak dari tahun 2015 lagi, 1MDB sebenarnya bermasalah dalam mencari dana pelaburan dari luar negara, malah 1MDB mempunyai hutang bernilai 7.8 bilion USD seperti yang dilaporkan kerajaan Malaysia pada September 2020...

Jika benarlah pihak DOJ dari Amerika juga bersubahat untuk memburukkan Najib dengan kenyataannya bahawa sejumlah 3.5 bilion USD telah dicuri dari dana 1MDB...

Dan dana 1MDB 1.2 bilion USD yang dip**angkan kerajaan Amerika melalui DOJ, kepada kerajaan Malaysia pada Ogos 2021, sebenarnya adalah dana RM4 bilion dari KWAP yang digunakan untuk memerangkap Najib...

Tetapi jelas Najib yang memulakan sendiri 1MDB selepas menjadi PM pada Julai 2009, apabila Kementerian Kewangan mengambil alih TIA dan menukar nama kepada 1MDB, hanya 4 bulan selepas Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan...

TIA yang ditubuhkan oleh MB Terengganu Ahmad Said pada tahun 2008, merupakan sebuah badan pelaburan antarabangsa dengan dana permulaan sebanyak RM11 bilion untuk membangunkan negeri Terengganu...

Dana TIA RM6 bilion tersebut adalah dari wang royalti tertunggak dan jaminan bon bernilai RM5 bilion p**a dari kerajaan pusat berdasarkan kepada simpanan minyak negeri Terengganu...

Pada Mei 2009 p**a, Ismee Ismail dan Shahrol Azral telah menandatangani perjanjian yang diaturkan oleh AmInvestment Bank Bhd untuk menambah dana sebanyak RM5 bilion, walaupun dilarang kerajaan negeri Terengganu...

Disinilah penglibatan Jho Low selaku penasihat khas untuk TIA, dimana beliau yang menasihat TIA sehingga berjaya menerima dana RM4.385 bilion...

Pada 22 Julai 2009 p**a, Najib sendiri yang umumkan keputusan untuk mengembangkan TIA kepada beberapa entiti untuk memberi faedah kepada seluruh negara, bukan hanya untuk negeri Terengganu sahaja...

Jadi wajarkah jika Najib mendakwa Jho Low diarahkan Mahathir untuk memerangkapnya menggunakan pelaburan TIA, sedangkan Najib yang membuat keputusan untuk mengambil alih TIA untuk dijadikan 1MDB...

1MDB kemudiannya melabur di dalam PetroSaudi Holdings, Segregated Portfolio, SRC Group, bidang hartanah dan tenaga...

Pada Mac 2015, Ketua Audit Negara dibawah mandat Kabinet dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah ditugaskan untuk mengaudit kewangan 1MDB...

Pada Mac 2016 p**a, laporan audit oleh Ketua Audit Negara telah diklasifikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 oleh Majlis Keselamatan Negara...

Mahathir ketika menjadi PM pada Mei 2018, telah mengarahkan laporan audit 1MDB dibuka semula, dan didapati 1MDB tidak mampu membayar semula hutangnya, membuatkan CEO 1MDB Arul Kanda dipecat oleh Kementerian Kewangan dibawah Lim Guan Eng...

SRC International p**a ditubuhkan oleh 1MDB pada Januari 2011, yang dirancang untuk membekalkan arang batu kepada keperluan tenaga negara bermula pada tahun 2014...

SRC International mendapat dana dalam bentuk geran dari kerajaan bernilai RM15 juta dari bajet asal RM20 juta yang diluluskan Unit Perancang Ekonomi serta dana RM2 bilion dari Kump**an Wang Persaraan KWAP...

Dana dari KWAP ini adalah merupakan pinjaman yang dijamin p**angan kepada kerajaan bernilai RM2.9 bilion...

Jadi untuk Najib mendakwa dana RM4 bilion dari KWAP adalah sengaja dimasukkan pihak tertentu ke dalam akaun SRC International untuk memerangkapnya, adalah tidak berasas, kerana beliau sebagai PM dan Menteri Kewangan pasti ambil maklum apabila pinjaman tersebut dibuat...

Sehingga September 2015, lima lot tanah komersial bernilai tinggi di TRX Exchange telah dijual dengan nilai RM1. 358 bilion untuk pembangunan 1MDB, dimana 1MDB bergantung sepenuhnya kepada penjualan tanah di TRX Exchange, untuk membangunkan TRX Exchange itu sendiri...

Pada Ogos 2015, 1MDB menubuhkan SPV untuk mengumpul dana sebanyak RM229 juta untuk pembangunan TRX Exchange...

Tetapi dana dari SPV sebanyak RM1.095 bilion telah dimasukkan ke dalam 1MDB, yang sepatutnya digunakan untuk membiayai projek TRX... Jelas projek mega Najib TRX Exchange menghadapi berbagai kesukaran kekurangan dana untuk menampung kos pembinaannya yang tinggi, sehingga projek tersebut mengalami aliran tunai negatif, kerana terdapat 11 lot tanah TRX bernilai tinggi yang masih belum berjaya terjual...

Cerita Najib kononnya 1MDB telah membantu untuk membeli janakuasa bebas IPP untuk mengurangkan kos TNB, juga tidak kesampaian apabila pembelian tanah lebih 300 ekar di Pulau Indah didapati tidak sesuai, dan sehingga sekarang tanah tersebut masih gagal dijual semula oleh 1MDB sejak dari Julai 2015...

Projek IPP 1MDB ini juga gagal kerana polisi kerajaan untuk tidak membenarkan syarikat lain selain dari Petronas untuk membekalkan gas kepada IPP...

Dana kerajaan bernilai RM1.117 bilion untuk 1MDB membina 8 Pengkalan Tentera Udara dari Lapangan Terbang Sungai Besi ke lokasi baru yang terbesar di Sendayan, Negeri Sembilan juga gagal apabila sejumlah RM288 juta dari dana tersebut digunakan untuk membayar hutang 1MDB yang lain...

Pemindahan kem tentera udara ini sepatutnya telah siap pada tahun 2016, tetapi pada Ogos 2015, lima dari lapan tapak projek tersebut telah lewat diatas pelbagai sebab...

Antaranya, apabila sejumlah RM1.926 bilion atau separuh dari keseluruhan RM3.75 bilion yang diperuntukkan untuk projek Bandar Malaysia dan pemindahan kem tentera udara Sg Besi, telah diambil oleh 1MDB...

Malah 1MDB gagal untuk menjual 60 peratus ekuiti dalam projek Bandar Malaysia pada tahun 2017 kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation bernilai RM7.41 bilion dari nilai RM12.35 bilion yang dinilai konsortium IWH-CREC sendiri...

Projek TRX Exchange yang didakwa Najib bakal menjadi pusat kewangan dunia dan 500 lot kedai mewah setakat ini hanya berjaya disewakan kepada tiga penyewa utama, seperti yang diumumkan Lendlease Development Malaysia Sdn Bhd pada Oktober 2017, iaitu hanya mewakili 26 peratus dari keseluruhan 120,773 meter persegi atau 2.6 juta kaki persegi untuk disewa...

Tiga penyewa utama tersebut adalah Seibu Department Store seluas 250 ribu kaki persegi, Dairy Farm Group iaitu pemilik rangkaian Cold Storage dan Giant seluas 23 ribu kaki persegi dan Golden Screen Cinemas...

Menara TRX yang dibanggakan Najib memerlukan suntikan dana sebanyak RM2.8 bilion oleh kerajaan Malaysia semasa Mahathir menjadi PM pada tahun 2018 untuk disiapkan...

Menara TRX yang ketika itu merupakan kedua tertinggi selepas menara KLCC, sepatutnya siap sepenuhnya pada tahun 2019, namun telah ditunda ke tahun 2022, selepas ditangguhkan akibat PKP Covid-19...

Kini menara TRX 106 menjadi yang ketiga tertinggi negara selepas menara Merdeka 118 kepunyaan PNB yang kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa, Dubai siap...

Boleh dikatakan tidak ada satu pun dari projek mega yang diuruskan oleh 1MDB, berjaya disiapkan semasa Najib menjadi PM, malah lot di pusat kewangan dunia yang didakwa Najib di TRX Exchange hanya berjaya dijual kepada HSBC Malaysia, Prudential Malaysia dan Affin Bank yang membina menara ibu pejabat baru masing-masing...

Malah WCT Holdings menafikan bahawa China Communications Construction Co Ltd atau CCCC akan membina menara komersialnya sebagai hub untuk rantau ASEAN di TRX Exchange...

Pada Mac 2015, Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB sendiri telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengaudit 1MDB...

Selepas laporan audit tersebut siap, Akta Rahsia Rasmi p**a digunakan untuk mengehadkan hanya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sahaja yang dibenarkan melihatnya...

1MDB kemudiannya didapati hanya mempunyai seorang pekerja sejak dari tahun 2018 dan CEO 1MDB p**a sedang bercuti panjang sehingga kontraknya tamat pada Jun 2018...

Pada tahun 2013, 1MDB memohon untuk melanjutkan tempoh untuk menerbitkan laporan kewangan tahunan yang sepatutnya difailkan oleh SSM pada 30 September 2013, malah sejak tahun 2009 sejak 1MDB ditubuhkan Najib, auditornya telah ditukar sehingga empat kali dalam masa empat tahun... Pada pertengahan tahun 2015, hutang 1MDB telah mencecah RM42 bilion, apabila bon yang dikeluarkan kepada 1MDB diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan utama seperti Standard Poor's dan Fitch Ratings...

Kabinet Malaysia p**a menolak permohonan suntikan dana sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB, serta mengarahkan 1MDB membayar hutangnya sendiri pada waktunya...

Ironinya jika Najib masih mendakwa dirinya diperangkap oleh satu pakatan terbesar dunia ini, semata-mata untuk menjatuhkan beliau, namun Najib telah menubuhkan 1MDB yang bercita-cita terlalu besar, dan gagal untuk mendapatkan dana yang cukup, sebaliknya baki dana yang tinggal digunakan p**a untuk tujuan yang lain...

Pembayaran dua kad kredit platinum Najib pada 13 Ogos 2014 berjumlah sehingga lebih 3 juta ringgit, dan pelbagai kegunaan peribadi serta politik Najib menggunakan dana SRC International adalah menjadi tanggungjawab beliau selaku menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, samada beliau diperangkap atau tidak itu bukan isunya...

Jika Najib masih terus menyalahkan pihak yang ingin menjatuhkan beliau, untuk mengelakkan dari dipenjara, maka Najib sememangnya tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin negara...

Apalah gunanya projek-projek mega Najib untuk kapitalis berprofil tinggi, jika semuanya dibina atas dasar berhutang, cukup-cukuplah Najib menipu penyokong BN kononnya dialah "hero" kepada rakyat Malaysia untuk naikkan ekonomi negara, walhal bukannya projek yang berimpak terus kepada rakyat, berhutang p**ak tu...

Elok-elok Allah beri rezeki duit royalti minyak RM11 bilion kepada rakyat Terengganu, diambilnya untuk kepentingan negara kononnya, rupanya untuk terus nampak hebat pada mata makcik dan pakcik di kampung yang undi BN...

Malaysia ni sebenarnya dah cukup kaya dengan duit minyak dari Terengganu melalui cukai yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Persekutuan, iaitu tidak kurang dari RM50 bilion ke RM70 bilion setiap tahun...

Tapi disebabkan ada pemimpin macam Najib yang tamak haloba dan mementingkan diri, maka dana minyak tersebut akan hilang begitu sahaja...

Bak kata pepatah, "Berani buat projek berhutang, beranilah tanggung akibatnya"...

Najib telah sumpah laknat mengaku tak tahu menahu dana RM42 juta yang diambil dari 1MDB ke akaun peribadinya, kita sebagai orang Islam wajib percaya, isunya bagaimana Najib sebagai seorang PM dan Menteri Kewangan boleh diperbodohkan sebegitu sekali, soalnya sekarang layakkah jika Najib kembali diangkat menjadi PM semula...

Cukup-cukuplah wahai rakyat Malaysia yang masih meletakkan kepercayaan kepada BN versi Najib dan Zahid ini, bahawa pemimpin seperti mereka ini yang sebenarnya merosakkan ekonomi rakyat dan negara...

Najib dan Zahid pasti sedang menekan Ismail Sabri supaya percepatkan bubar parlimen untuk PRU 15, sebelum pakcik dan makcik yang mengundi BN sedar siapa sebenarnya pemimpin yang mereka anggap suci itu...

Atau lebih tepatnya, sebelum Najib dibicarakan p**a di Mahkamah Persekutuan yang merupakan peluang terakhir Najib sebelum dipenjarakan jika masih didapati bersalah dalam kes 1MDB...

Jangan terkejut jika Sabah "diserang" sebelum PRU 15, kerana Najib, Zahid dan Anwar nih sebenarnya satu geng, jenis terdesak nak nampak "hero" pada rakyat Malaysia...

Malah "drama" serangan Lahad Datu tiga bulan sebelum PRU 13 dulu pun geng yang sama jugak yang merancang...

Sorang PM tepi tu sebenarnya bukan nak sangat jadi PM, tapi disebabkan musuh diorang jika berkuasa, segala dana dari Amerika akan tersekat, maka diorang sanggup bekerjasama...

Sorang tu jadi Menteri Pertahanan, sorang tukang bawak masuk pengganas Sulu, sorang jadi PM, kononnya diorang saja yang mampu melawan ancaman ketenteraan untuk menggugat keselamatan negara, kononnya nak takutkan pakcik dan makcik supaya terus undi BN sebagai "hero" negara...

Jangan pelik juga apabila Amerika menawarkan pertolongan untuk membebaskan Sabah dari pengganas Sulu, yang sebenarnya juga dibantu dan diberi senjata oleh Amerika untuk menjayakan drama "pencerobohan Lahad Datu II" nanti...Bantuan Amerika p**a pasti sukar ditolak kerana "kebetulan" tentera Amerika sudah lama "standby" di Laut China Selatan, kononnya untuk memantau tentera China...

Malah jika PN berjaya memenangi PRU 15 nanti, satu jajaran baharu pasti akan dibuat Najib, Zahid dan Anwar untuk menafikan kemenangan PN...

Jika PN gagal dijatuhkan, jangan panik jika tiba-tiba sahaja China p**a menyerang Sabah, dan Amerika p**a kononnya membantu untuk menyerang China, jika tentera China berjaya "dihalau", maka kerajaan Malaysia PN yang terhutang budi pada Amerika, akan dipaksa p**a untuk mendengar cakap negara musuh Islam terbesar itu...

Beginilah cara Amerika menguasai negara-negara Islam di Timur Tengah, dengan meletakkan dana yang besar kepada bonekanya dalam arena politik sesebuah negara, sehingga rakyat pun percaya kepada pemimpin boneka tersebut, kerana pelbagai projek mega serta gula-gula diberikan kepada rakyat, dan akhirnya rakyat akan meninggalkan pemimpin yang benar serta mengikut pemimpin boneka mereka...

Maka terjadilah situasi negara Islam yang terpaksa mengiktiraf negara haram Israel, kerana telah terpedaya dengan agenda yang sangat halus serta licik dari The Hidden Hand untuk membentuk The New World Order...

Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar. Hakim kes Najib lantikan Mahathir dan Muhyiddin bukan isunya...

Isu besarnya sekarang ialah untuk selamatkan ekonomi dan maruah negara...

Letaklah hakim mana pun, kes Najib ni jelas dan "straight forward", Najib dan Shafee je yang cuba putar belit hakim...

Balik permulaan krisis 1MDB antara Najib, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Husni pada 3 November 2016 yang telah didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar Akta Hasutan 1948 kerana mendedahkan 1MDB...

Husni ialah bekas Menteri Kewangan II dibawah Najib sejak jadi PM pada tahun 2009 hingga meletak jawatan pada tahun 2016 selepas mendedahkan 1MDB...

Dalam perbicaraan Husni ketika didakwa atas kesalahan Akta Hasutan 1948, Husni menjelaskan Najib telah menghalang usaha beliau untuk mengetuai delegasi untuk menyelesaikan masalah SRC International...

Masalah utama SRC International ketika itu ialah dana RM3 bilion dari pinjaman asal RM4 bilion oleh KWAP telah dibekukan di Switzerland atas kesalahan wang haram...

Husni cuba membawa satu delegasi daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara dan KWAP untuk membawa dokumen yang membuktikan dana tersebut adalah merupakan pinjaman dari KWAP...

Kisah permulaan ini yang ramai penyokong Najib buat-buat lupa bahawa Najib memang sedar terdapat masalah dalam 1MDB sehingga Husni yang mempunyai rekod cemerlang sejak 2004 menjawat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, 2008 sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan tahun 2009 sebagai Menteri Kewangan II dan Pengarah Khazanah Nasional Berhad pun meletakkan jawatan...

Persoalannya, mengapa dana pinjaman dari KWAP sebanyak RM3 bilion itu dimasukkan ke dalam akaun SRC International di luar negara jika benar ianya duit derma dari Arab seperti didakwa Najib...

Takkanlah kerajaan Switzerland nak bekukan dana tersebut, jika mereka tahu ianya adalah wang derma, dan mengapa wang derma tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib...

Ok kita andai Najib ni memang kena perangkap dari awal lagi oleh Husni, yang mungkin diarahkan oleh Mahathir dan Muhyiddin dengan berpakat diam-diam ambil duit KWAP, dan masukkan ke SRC International tanpa pengetahuan Najib melalui Nik Faisal dan Datuk Suboh...

Walaupun Datuk Suboh mengaku dalam mahkamah, bahawa tandatangan dia telah di "cut n paste", dan telah pun dibuktikan...

Kononnya, terdapat keraguan atau "doubt" dan hakim tak ambil kisah atau "rule out" je fakta ini, kerana berpandukan perjanjian sah antara SRC International dan Ambank...

Kononnya Ambank buat transaksi tanpa dokumen lengkap sekaligus melanggar BAFIA/FSA, dan nama Zeti Aziz dipetik kerana Bank Negara juga mendiamkan perkara ini...

Konon lagi Najib tidak sepatutnya didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini, kerana jelas terdapat situasi melampaui keraguan munasabah "beyond reasonable doubt"...

Bahawa hakim Mahkamah Rayuan ada beberapa keraguan yang dilanggar dengan mengubah "position of law" dan cara "interpretation of law"...

Walhal ramai yang tak tahu terdapat besar perbezaan antara "reasonable doubt" dan "beyond reasonable doubt", iaitu keraguan munasabah dan melangkaui keraguan munasabah...

Kes Najib ialah kes rasuah dan bukannya kes bunuh, dan hakim tidak terikat dengan syarat "beyond reasonable doubt" atau melangkaui keraguan munasabah...

Dalam kes rasuah, hakim hanya memerlukan situasi "reasonable doubt" untuk mengurangkan hukuman, dan bukannya syarat untuk menentukan samada Najib bersalah atau tidak...

Hakim hanya memerlukan bukti yang kukuh untuk sabitkan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa oleh Najib, kecuali tuduhan kepada Najib ialah kes bunuh Altantuya Sharibu...

Ok, jika benarlah Najib tidak tahu menahu segala pergerakan dana KWAP ini, jadi siapa p**a yang bersetuju dengan cadangan pinjaman sebanyak RM2 bilion dari KWAP kalau bukan Najib sendiri...

Siapa p**a yang memaklumkan pada Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi Panel Pelaburan KWAP merangkap KSP M*F, agar mempercepatkan kelulusan pinjaman SRC, dan memaklumkan bahawa jumlah RM2 bilion adalah mencukupi...Mahkamah mengambil kira bahawa selepas KWAP meluluskan pinjaman tersebut, tiada pegawai samada dari kerajaan atau SRC sendiri boleh membantah...

Kerana kedudukan tertinggi Najib sebagai penasihat Emeritus di bawah M&A SRC International serta kedudukan tertinggi Najib sebagai Menteri Kewangan, dan Kementerian Kewangan ialah pemegang saham tunggal SRC International yang boleh memecat sesiapa sahaja dalam SRC, malah Najib berkuasa untuk meminda perkara di dalam "Memorandum and Articles of Association" SRC...

Najib p**a tiada saksi untuk membuktikan bahawa dana RM42 juta di dalam SRC International adalah derma dari Arab, jadi hakim tidak boleh hanya menerima bukti "hearsay" sahaja atau surat pengesahan tanpa kehadiran orang yang mengesahkannya...

Ataupun sebenarnya Najib ni memang tak tahu apa kebenda pun 9 tahun jadi PM, yang uruskan perbicaraan dia ialah Shafee je, entah apa ada dalam kepala dia agaknya...

Cita-cita Najib memang besar, mengalahkan legasi Mahathir dengan Menara TRX dan Merdeka 118, Lebuh Raya Pan-Borneo, HSR, ECRL, MRT 1,2,3, menambah aset GLC, KWSP, PNB dan Petronas...

Namun apalah gunanya jika semua itu datangnya dari dana yang meragukan serta pinjaman yang berisiko tinggi...

Cukup-cukuplah salahkan Mahathir kononnya beliau hanya dengki dengan segala pencapaian Najib, walhal Mahathir dah tak ada pengaruh dalam arena politik negara, dan parti dia pun makin lama makin kecik...

Dah tak ada orang nak peduli Mahathir, zaman dia dah lepas, masalahnya Najib ni sudahlah bermasalah dengan mahkamah, masih lagi aktif berpolitik hasut sana sini rosakkan penyatuan Ummah antara UMNO, PPBM dan PAS...

Kalau parti Pejuang Mahathir tu kuat lagi dalam PH, pasti segala rahsia dia selama 22 tahun jadi PM juga akan terbongkar...

Masalahnya Najib ni kalau bab kesalahan atau kecuaian dia, semuanya tak tahu, tapi bab politik pandai p**ak dia hasut dan tipu rakyat kononnya dia patut jadi PM balik...

Bahkan Najib dengan angkuh membuat sumpah laknat bahawa dia tidak tahu menahu duit 1MDB dimasukkan dalam akaun peribadinya...

Najib sepatutnya bersyukur bahawa hakim lantikan Mahathir dan Muhyiddin itu kononnya, menerima rayuan Najib untuk ke Mahkamah Persekutuan, tidak seperti yang Najib lakukan kepada Anwar apabila terus ke Sungai Buloh setelah didapati bersalah di Mahkamah Rayuan...

Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.

Calvary Church We are a church for the whole family and we emphasize the importance of belonging and serving the body of Christ. It is the passion for Evangelism and Missions that keeps the Calvary family united, growing and passionate for Christ.

Website