House of 'Hibah, Wasiat, Faraid : Pengurusan dan Perancangan Harta Islam'

House of 'Hibah, Wasiat, Faraid : Pengurusan dan Perancangan Harta Islam'

Perunding Mawarith
Agensi Korporat No. 1 : Kausar Wealth Management
Wasiyyah Shoppe Bhd 'Pakar Urus

22/02/2022

SELEPAS MATI SAYA TAK MAHU NAMA SAYA DISEBUT2 KERANA MASALAH PUSAKA.

Ini perasaan seorang ayah bila saya membantunya merancang harta bersama Wasiyyah Shoppe Berhad.

Dia tak mahu namanya nanti disebut2 sebagai kes pusaka bermasalah selepas kematiannya. Saya faham perasaannya. Dia seorang yang terkenal dan dihormati masyarakat.

Dia rasa malu jika nanti waris2nya bertelagah berebut harta pusakanya sehingga masuk berita akhbar & medsos. Dia telah mendidik anaknya sebaik mungkin tapi dia tahu ras**an harta bisa sahaja memusnahkan silaturrahim sesama waris.

Ramai saja orang yg baik2 dan banyak jasanya tetapi selepas mati masyarakat lebih mengingati kes pusakanya yang bermasalah berbanding kebaikan orang itu sendiri. Periuk pusaka pun direbut apatah lagi rumah/tanah !

Alhamdulillah selepas kematiannya, walaupun ada percikan2 api cuba dihidupkan waris tertentu, ia dapat dipadamkan kerana semua perancangan hartanya telah dibuat rapi Wasiyyan Shoppe Berhad.

Anda SANGAT YAKIN tiada percikan api perbalahan akibat harta pusaka akan berlaku selepas kematian anda ? Renungkan kembali.

28/06/2021

๐—ง๐—œ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ : ๐—™๐—”๐—ง๐—ช๐—” ๐—›๐—œ๐—•๐—”๐—› ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—–๐—”๐—š๐—”๐—ฅ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—”๐—›.

๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—™๐—ฎ๐˜๐˜„๐—ฎ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ yang bermesyuarat pada 2018 dan 2019 telah memutuskan antaranya :

๐—›๐—œ๐—•๐—”๐—› ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—š๐—”๐——๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—›๐—œ๐—•๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—œ ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—™๐—จ๐—Ÿ ๐— ๐—ฅ๐—ง๐—ง/๐— ๐—Ÿ๐—ง๐—ง ๐—”๐—ง๐—”๐—จ ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—œ๐—ญ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—”๐—ฌ๐—”.

Fatwa ini telah diwartakan dalam Warta Sel.P.U.8 pada 8hb April 2021 dan Warta No. 1108 yang disiarkan pada 13hb Mei 2021.

Fatwa ini selari dengan pendirian Wasiyyah Shoppe Berhad berkenaan hibah harta bercagar dan kedua-dua elemen ini sudah dimasukkan ke dalam hibah yang kami laksanakan semenjak tahun 2015 lagi.

๐—๐—ข๐— ! ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—›๐—œ๐—•๐—”๐—› ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—œ๐—ง๐—จ.

JIka rumah anda masih dalam pembiayaan tetapi anda berhasrat untuk menghibahkan rumah itu kepada insan tersayang seperti pasangan atau anak-anak, mari ke Wasiyyah Shoppe Berhad untuk membuat hibah harta bercagar anda.

Semenjak 2015, kami telah membantu umat Islam membuat hibah untuk harta yang mereka yang masih dalam pembiayaan berdasarkan ijtihad Panel Syariah kami. Pada 2017 kami membuat penyelidikan ilmiah bersama UKM bagi tajuk yang sama dan memperoleh dapatan penyelidikan yang menguatkan lagi proses hibah harta bercagar kami.
Sehingga Disember 2020, Wasiyyah Shoppe Berhad ialah penyedian dokumen hibah harta bercagar terbanyak di Malaysia.

Anda ingin membuat hibah harta bercagar untuk rumah anda ? Wasiyyah Shoppe Berhad sedia membantu. Jom.

ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH ).

Photos from Ariffin Sabirin Official's post 28/06/2021
18/06/2021

HARTA YANG DIHIBAH MESTI TUKAR NAMA?

2 jam hari ni berkongsi dengan seorang peguam sivil tentang hibah. Padanya kalau hibah perlu tukar nama baru hibahnya sah.

Kalau tak tukar nama katanya nanti orang lain boleh tuntut. Hibah tu jadi tak sah sebab tak tukar nama dalam geran/akaun. Saya tanya lagi, katalah ada kes tuntutan tentang hibah sebagai โ€˜subject matterโ€™ nya di manakah ia akan dibicarakan? Dalam teragak2 dia jawab โ€œMahkamah Syariahโ€

Wasiyyah Shoppe Berhad berpengalaman 17 tahun dalam urusan hibah di Malaysia. Ratusan kes telah disahkan di Mahkamah Syariah. Kami penyedia dan pelaksana hibah paling banyak dan paling berpengalaman di Malaysia.

TIDAK PERNAH walau sekalipun isu tak tukar nama menyebabkan hibah itu tak sah. Mahkamah Syariah akan sangat teliti melihat sama ada RUKUN & SYARAT hibah itu telah sempurna semasa hidupnya pemberi hibah.

Kalau RUKUN & SYARAT itu sempurna maka hibah itu sah walaupun geran tanah/ akaun masih nama simati. Ada ratusan kes hibah yang telah dilaksanakan di Malaysia TIDAK TUKAR NAMA masa hidupnya pemilik harta.

Krik krik krik krik.

ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

17/06/2021

SYARIKAT AMANAH TAK BOLEH TUTUP OPERASI ?

Soalan di pm kepada saya kerana ada pihak berkata membuat dokumen perancangan harta dengan bukan syarikat amanah ( sdn bhd / individu / buat sendiri ) pun sama sahaja dengan buat dokumen di syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad.

Lepas mati nanti lantik peguam dan bawa saja dokumen ke Mahkamah Syariah settle lah. Pihak yang buat dokumen tu tak wujud lagi pun tak apa asalkan dokumen itu ada. Tak perlupun buat dokumen perancangan harta dengan syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad katanya.

APA RISIKO YANG KITA KENA TAHU ?

Syarikat sdn bhd boleh digulung ( tutup ) pada bila2 masa hanya dengan resolusi lembaga pengarah saja. Tiada sebarang sekatan dari mana2 pihak untuk syarikat itu tutup operasi. Terserah kepada Lembaga Pengarah untuk membuat keputusan. Tiada jaminan syarikat itu masih wujud 10,20 atau 30 tahun depan apabila kita mati dan waris kita memerlukan perkhidmatan mereka.

Jika individu yang membuat dokumen itu, individu itu boleh mati pada bila2 masa dan risiko itu makin tinggi dalam musim pandemik ini. Risiko ini sama juga jika kita sendiri yang membuat dokumen itu selepas mendengar cara2 membuat dokumen di media sosial !

APA KESANNYA ?

Jika syarikat sdn bhd itu telah tutup atau individu yang membuat dokumen itu telah mati, kepada siapakah waris kita boleh mohon pertolongan untuk melaksanakan dokumen itu mengikut proses undang2?

Pihak yang membuat dokumen itu sahaja yang tahu secara tepat kenapa dokumen itu dibuat sedemikian rupa. Kalau mereka sudah tiada, siapakah yang akan membantu menghujahkan dokumen itu di Mahkamah Syariah bila dibicarakan ? Di manakah rukun dan syaratnya ? Di manakah hujah syarak yang menyokongnya ? Memang betul mana2 peguam boleh membawa kes itu ke Mahkamah tetapi tahukah peguam itu secara tepat kenapa dokumen itu sedemikian bentuknya ?

Orang yang membuat dokumen itu telah mati. Syarikat itu telah tutup. Bolehkah dokumen itu dikuatkuasakan dan hasrat kita tercapai ?

UNDANG2 BERUBAH SECARA DINAMIK.

Masyarakat juga perlu faham bahawa undang2 berkaitan penghartaan Islam ini berubah secara dinamik. Cara hakim2 berfikir dan memandang sesuatu isu dari 1998 sehingga 2021 juga telah berubah. Ini pemerhatian peribadi saya sendiri yang terlibat secara langsung dengan industri ini semenjak 23 tahun lepas. Dokumen yang dulunya sah kini boleh menjadi tidak sah kerana perubahan ini.

Kalau syarikat sdn bhd itu telah tutup atau individu yang membuat dokumen itu telah mati, siapakah yang akan memastikan dokumen yang dibuat kekal relevan dan dikemaskinikan ?

SYARIKAT AMANAH TAK BOLEH TUTUP OPERASI ?

Di sinilah PENTINGNYA menggunakan perkhidmatan syarikat amanah bagi tujuan membuat dokumen perancangan harta kerana ada unsur PERPETUITY kepada syarikat amanah yang tiada pada bukan syarikat amanah. Ini unsur yang tidak diketahui dan jarang diceritakan dalam masyarakat. Saya akan mati tetapi Wasiyyah Shoppe Berhad akan terus beroperasi. Saya pernah bertemu dengan syarikat amanah berusia 150 tahun di Australia!

Lembaga Pengarah Wasiyyah Shoppe Berhad terikat dengan Akta Syarikat Amanah 1949 ( Akta 100 ) yang tidak mengikat Lembaga Pengarah Syarikat sdn bhd. Akta itu menetapkan jika Wasiyyah Shoppe Berhad ingin menutup operasi, selain prosedur biasa penutupan, kami juga perlu memohon kebenaran Mahkamah Sivil.

Dalam memberi kebenaran, Mahkamah Sivil akan mengambilkira faktor bahawa Wasiyyah Shoppe Berhad mestilah telah menunaikan segala tanggungjawabnya ke atas pengurusan harta pusaka pelanggannya. Jika ini gagal ditunaikan, kebenaran tidak akan diberikan. Pemegang saham juga akan dilarang dari menjual saham mereka.

Agak mustahil Wasiyyah Shoppe Berhad boleh menunaikan tanggungjawabnya kepada semua 70,000 pelanggan dalam satu masa. Ia akan memakan masa berbelas dan mungkin berpuluh tahun sebelum kami boleh menyelesaikannya dengan syarat kami berhenti memberi perkhidmatan kepada sesiapapun mulai hari ini !

Begitulah ketatnya undang2 yang mengikat Syarikat Amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad. Kenapa ? Kerana syarikat amanah fungsi dan kuasanya memang jelas di dalam undang2 dan urusan perancangan harta masyarakat.

APA YANG PENTING SEBENARNYA ?

Apa yang penting bila ada perubahan undang2 semasa, kita akan dimaklumkan dan pihak yang membuat dokumen itu akan membantu mengemaskini dokumen kita mengikut keperluan undang2 paling terkini.

Apa yang penting ialah kita mahu waris kita 10, 20, 30 50 atau mungkin 100 tahun akan datang apabila mereka mahu melalui proses undang2 dengan dokumen yang kita buat hari ini , pihak yang membuat dokumen itu masih wujud untuk membantu waris kita.

Apa yang pentingnya ialah apabila berlaku perubahan undang2, pengenalan akta / enakmen baru atau perubahan pandangan hakim2, kita dimaklumkan dan dibantu supaya dokumen sedia ada yang kita telah buat, akan dibantu untuk dikemaskinikan.

Apa yang penting ialah kita mahukan organisasi yang membuat dokumen perancangan harta kita diuruskan secara profesional dengan amalan tadbirurus korporat terbaik kerana kita mahu pastikan waris kita mendapat perkhidmatan terbaik.

Namun di Malaysia tiada undang2 khusus yang menetapkan dokumen perancangan hanya boleh dibuat melalui syarikat amanah atau peguam. Sesiapapun bebas memberi perkhidmatan penyediaan dokumen ini. Terserahlah kepada masyarakat untuk membuat pertimbangan mana yang lebih baik.

RENUNGAN : APA GUNANYA BUAT DOKUMEN PERANCANGAN HARTA JIKA WARIS KITA TAK DAPAT DIBANTU PADA MASA DEPAN DAN DOKUMEN ITU TAK BOLEH DIKUATKUASAKAN ?

ABS
Daei Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

09/05/2021

KITA SEBENARNYA MENINGGALKAN BEBAN KEPADA WARIS TANPA DISEDARI ! KASIHAN WARIS.

Beberapa hari lepas seorang hamba Allah PM saya bertanya kenapa Wasiyyah Shoppe Berhad mengenakan fi RM 50 sebulan selama 15 tahun kepada pelanggan untuk menguruskan harta pusaka. Tanyanya lagi untuk urus harta pusaka ini melalui wasiat yang disediakan oleh pihak lain dia cuma membayar beberapa ratus atau beberapa ribu ringgit sahaja sekali bayar. Tak payah susah payah nak bayar ansuran RM 50 setiap bulan. Tiada kos lain katanya.

Saya s**a soalan ini kerana ia menunjukkan masyarakat mulai celik dan ingin tahu.

APA KOS SEBENAR WASIAT ITU ?

Masyarakat masih keliru apa sebenarnya wasiat yang mereka buat di dalam pasaran yang cajnya beberapa ratus atau beberapa ribu ringgit sekali bayar itu kerana mereka tidak diterangkan dengan jelas mengenainya.

Wasiat itu sebenarnya hanyalah wasiat yang MELANTIK WASI. Ini bermakna anda melantik pihak tertentu sama ada individu atau syarikat amanah sebagai WASI. Kalau anda dah buat wasiat, cuba cek apa kandungannya dan fahami ia. Jangan sign blindly je.

Jangan juga terima bulat2 apa2 maklumat yang disampaikan. Buat kajian sikit. Search je pakcik google semua maklumat ada kat situ. Fahami betul2 apakah fungsi wasiat yang anda buat itu.

Apa kerja yang WASI ini buat ? Ringkasnya, selepas anda mati, WASI itulah yang akan bertanggungjawab untuk berjumpa waris dan melaksanakan semua tugas berkaitan tuntutan harta pusaka.

Mereka akan membuat carian hartanah anda di pejabat tanah. Kalau anda ada tanah di seluruh Semenanjung Malaysia, jenuhlah mereka nak kena dapatkan dokumen itu. Mereka akan mencari maklumat akaun bank , saham koperasi dan semua harta tunai anda. Mereka akan mengumpulkan semua maklumat tentang harta dan hutang anda, menulis surat kepada semua pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat harta dan hutang anda, memfailkan permohonan ke Mahkamah Syariah bagi urusan yang berkaitan, memfailkan permohonan pusaka sama ada di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil, mengumpulkan semua harta, membayar hutang dan akhirnya membahagikan harta kepada semua waris berhak mengikut hukum faraid atau permuafakatan mereka. Semua kerja ini makan masa bertahun untuk diselesaikan.

Itupun jika wasiat yang melantik WASI itu dapat dikuatkuasakan. Ada juga wasiat yang melantik WASI ini tidak dapat dikuatkuasakan kerana waris tidak bersetuju dengan WASI yang dilantik terutamanya bagi kes di Pejabat Pusaka Kecil.

SERIOUSLY ! Anda fikir semua kerja rumit yang WASI lakukan di atas itu dibuat secara PERCUMA tanpa sebarang caj ? Adakah anda fikir peguam yang dilantik oleh WASI itu buat kerja Pro Bono (PERCUMA ) ? Adakah anda fikir dengan fi buat wasiat RM 300 atau RM 1000 yang anda bayar one-off sekarang akan COVER semua kos untuk buat kerja di atas ? SERIOUSLY ? Kalau anda fikir begitu, alangkah naifnya anda.

Tahukah anda WASI dibenarkan di bawah Seksyen 43 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 untuk mengenakan fi sehingga 5% dari nilai harta pusaka bagi melaksanakan semua tanggungjawab yang saya sebut di atas ? Ini hanyalah kos profesional mereka tidak termasuk kos rampaian lain seperti kos peguam, kos perjalanan, kos percetakan dan kos2 lain yang berkaitan urusan tuntutan harta pusaka termasuklah fi yang kena dibayar kepada Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.

Di Malaysia hari ini ada WASI profesional mengenakan fi pengurusan pusaka di antara 1% sehingga 5% dari nilai harta pusaka yang anda tinggalkan ketika anda mati. Kalau harta anda bernilai RM 2 juta ( semua harta termasuk rumah, akaun bank, kereta dan segala2nya ) , fi yang dikenakan kepada waris anda atau dipotong dari harta pusaka anda akan mencecah puluhan ribu RM! Tahukah anda ? Tak tahu kan ?

Anda memanglah bayar murah sekarang RM 300 atau RM 1000 sekali bayar untuk wasiat anda hari ini tetapi tanpa anda ketahui anda sedang meninggalkan waris anda dengan bebanan kos puluhan ribu RM selepas anda mati !

Saya seorang ayah. Saya tidak mahu harta2 saya menjadi bebanan kepada anak2 saya. Saya faham sayalah pemilik harta dan sayalah yang bertanggungjawab ke atasnya. Kerana itulah saya menggunakan perkhidmatan Al Wasitah Wasiyyah Shoppe Berhad.

APA P**A YANG WARIS SAYA DAPAT MELALUI PERKHIDMATAN WASIYYAH SHOPPE BERHAD.

Dengan membayar RM 50 sahaja sebulan selama 15 tahun (bayaran maksima RM 9000 selama 15 tahun .. itupun kalau saya hidup sehingga 15 tahun. Kalau saya mati sebelum 15 tahun bayaran RM 50 itu tak perlu dibayar lagi setakat tarikh saya mati. ) , saya dapat pastikan semua kerja2 yang saya sebutkan di atas tadi dibuat oleh Wasiyyah Shoppe Berhad secara PERCUMA untuk waris2 saya. ( kecuali bayaran kepada ejensi kerajaan berkenaan ).

Melalui pembangunan prinsip tabarru' pusaka patuh syariah 100% dan patuh undang2 sivil yang inovatif yang telah diamalkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad, sehingga hari ini kami kekal sebagai satu-satunya syarikat amanah yang memberikan perkhidmatan tuntutan harta pusaka secara PERCUMA kepada rakyat Malaysia.

TANYA DIRI SENDIRI.

Adakah anda memang rela jimat duit anda sekarang dan biarkan waris anda sengsara tanggung kos puluhan ribu RM bila nak uruskan harta anda kelak ? Saya tak rela. Saya tahu keluarga saya sudah cukup terkesan dan sedih dengan pemergian saya. Saya tak mahu mereka terbeban p**a memikirkan bagaimana nak menanggung kos pengurusan harta pusaka saya.

SERIOUSLY .. buat wasiat melantik WASI murah ? Think again !

Wasiyyah Shoppe sasar urus pusaka RM50 bilion | Berita Harian 07/05/2021

Wasiyyah Shoppe sasar urus pusaka RM50 bilion | Berita Harian KUALA LUMPUR: Wasiyyah Shoppe Bhd (Wasiyyah Shoppe), syarikat amanah patuh syariah di Malaysia menjangkakan nilai aset di bawah harta pusaka (AUI) meningkatkan kepada RM50 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 (TK2023), berbanding RM35 bilion yang dicatatkan TK2020.

19/04/2021

KITA RANCANG HARTA SEBAB KITA TAK PERCAYAKAN ANAK-ANAK?

Saya ada jumpa orang yang berkata kepada saya, jika mereka merancang harta melalui hibah, wasiat, harta sepencarian atau amanah, kelihatannya macam mereka tak percaya p**a dengan anak2. Seolah2 macam anak2 ni jahat perangainya dan akan bergaduh kerana harta yang kita tinggalkan. Betul ke pandangan ni?

Saya nak bawa masyarakat melihat dari perspektif berbeza. Saya juga telah merancang harta saya melalui wasiat, hibah dan amanah. Adakah saya tidak percayakan anak2 saya ? Saya memberi pendidikan terbaik kepada mereka. Saya curahkan sepenuh kasih sayang dan sokongan kepada mereka. Anak2 ialah orang yang paling saya percayai.

Bila kita merancang harta sebenarnya kita menyediakan 'payung terjun' untuk anak2. Sekiranya keadaan memerlukan, mereka boleh membuka payung terjun yang telah kita sediakan itu untuk menjamin keselamatan mereka. Sekiranya tidak perlu, maka tidak perlulah dibuka. Bukankah sebagai ibubapa kita mahu memberikan yang terbaik untuk anak2 kita ?

Merancang harta bukan bermakna kita tak percayakan anak2. Ia sebenarnya kaedah untuk mitigasi risiko yang mungkin timbul pada masa depan yang mungkin tidak dapat kita lihat sekarang. Kita mesti faham bahawa pelbagai risiko mendepani anak2 kita pada masa depan. Selagi kita masih hidup kita boleh mengambil tindakan dan membantu meminimakan risiko2 ini tetapi jika kita telah mati ?

Ada anak2 yang hidupnya bagus dan mewah kerana rezekinya murah. Ada p**a anak2 yang hidup dalam keadaan 'struggle' hari ke hari kerana rezekinya terhad.

Ada p**a anak2 yang pasangannya sangat bagus dan supportive tapi dalam masa sama ada p**a anak2 yang pasangannya s**a mengambil kesempatan dan 'queen atau king control'. Kita juga tak boleh baca keadaan ekonomi pada masa depan pos Covid19 ini. Mungkin ada anak2 yang akan diberhentikan kerja dan terjejas ekonominya.

Ini semua faktor risiko yang mesti diambilkira oleh kita sebagai ibubapa. Kita memiliki harta dan harta ini kita mahukan ia memberi manfaat kepada anak2 atau generasi akan datang. Membiarkan harta kita begitu sahaja dengan andaian 'anak2 aku semua baik2 dan bagus2' adalah pandangan yang sangat naif.

Kita seolah membutakan mata kita dari hakikat bahawa ada banyak faktor luaran lain yang mempengaruhi anak2 kita yang mungkin membawa kepada keperluan membuka 'payung terjun' itu. Kita seolah fikir zaman kita hidup dan zaman anak2 kita hidup pada masa depan ialah zaman yang sama. Sangat naif betul !

Sebenarnya kita merancang harta melalui hibah, wasiat, harta sepencarian atau amanah ialah kerana kita sayangkan anak2 kita. Kita cuba memitigasi semua risiko masa depan mereka. Bukan kerana kita tak percayakan mereka !

ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

18/04/2021

BUAT RUMAH DIY ..

Boleh ke buat rumah sendiri ? Kita beli barang2 kat kedai hardware dan ikut instructions yang disediakan ( jika ada ) pada bahan2 itu atau minta nasihat je dari pengilang bahan2 DIY tu.

Pengilang bahan2 DIY tu pun kata baik buat je sendiri rumah kita dari guna perkhidmatan kontraktor profesional. Banyak kos boleh jimat katanya.

Boleh ke ? Tentu boleh tapi ada risiko yang kita kena faham :

1. Rumah itu tempat anak / pasangan kita tinggal.

Orang2 yang kita sayang tinggal dalam rumah tu. Kalau kita salah buat atau salah menggunakan bahan2 tu, rumah terbakar, runtuh dan orang2 yang kita sayang cedera / mati . Adakah berbaloi nyawa mereka terancam semata2 kerana kita nak jimat kos ?

2. Undang2 berkaitan rumah itu macam mana ?

Nak buat rumah ada undang2 yang kita kena faham. Bukan main hentam saja bina ses**a hati kita. Faham ke kita undang2 ni?

BUAT DOKUMEN PERANCANGAN HARTA PUN BEGITU ...

Ramai rasa bukan susah nak buat dokumen ni. Buat sendiri pun boleh tak payah guna perkhidmatan syarikat amanah profesional seperti Wasiyyah Shoppe Berhad pun. Buat dokumen DIY saja. Murah dan mudah katanya.

Sebenarnya sama je risikonya buat rumah DIY dengan dokumen perancangan harta DIY :

1. Tercapaikah hasrat kita nak membahagikan harta kepada orang tersayang ?

Anda yakin dokumen DIY anda akan mencapai hasrat anda membahagi harta kepada orang tersayang? hasrat anda sama ke dengan hasrat semua orang ? Apa jadi dokumen DIY itu dicabar ? Apa jaminan ia akan berkuatkuasa ? Anda yang tahu selok belok dokumen itu dah mati. Orang2 tersayang ni siapa nak bantu ?

2. Dokumen yang kita DIY tu ikut undang2 penghartaan paling terkini kah ?

Anda yakin dokumen DIY yang anda buat ni mengikut undang2 penghartaan paling terkini ? Anda tahukah ada banyak undang2 penghartaan dalam proses pewartaan di Parlimen ? Anda tahu tak kaedah hakim2 menilai kes juga semakin berubah ? Waris Anda tahu tak secara pasti di mana letaknya kedudukan dokumen perancangan harta DIY anda dalam keseluruhan proses harta pusaka ?

Jadi nak DIY dokumen sendiri ke atau nak waris dibimbing profesional ?

15/04/2021

HAMPIR 99% RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA ISLAM TIDAK TAHU KEDUDUKAN WASIAT MELANTIK WASI YANG MEREKA BUAT !

Disebabkan masih terlalu ramai yang keliru kerana dikelirukan, saya akan ulas lagi topik WASIAT ini supaya difahami sepenuhnya oleh orang Islam di Malaysia. Saya akan sentuh tentang LEGITIMASI atau kuatkuasa WASIAT itu dari segi undang2.

WASIAT AGIHAN MENGIKUT HUKUM SYARAK.

Saya dah cerita semalam. Wasiat yang sah dari segi hukum syarak yang bidang kuasa pengesahannya ialah Mahkamah Syariah ialah wasiat pada kadar maksima 1/3 dan penerimanya ialah bukan waris. Bukan waris bermaksud pihak yang tidak berhak menerima harta pusaka mengikut hukum faraid.

Jika wasiat itu memberi kepada waris ( pihak yang menerima harta pusaka ) atau memberi lebih dari kadar 1/3 kepada bukan waris, wasiat itu hanya berkuatkuasa jika dipersetujui oleh semua waris faraid SELEPAS KEMATIAN pewasiat sahaja. Kalau masa hidup waris faraid setuju dengan wasiat tetapi selepas kematian pewasiat waris tidak besetuju, maka keputusan mereka SELEPAS KEMATIAN itulah yang diterima.

WASIAT BAGI TUJUAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA.

Sebenarnya wasiat yang paling banyak dipromosikan oleh syarikat amanah dan ejen-ejen mereka serta bank-bank ialah WASIAT PENTADBIRAN. Mereka mempromosikan membuat wasiat ini hukumnya WAJIB tetapi bila dibuat wasiat itu, ia berpaksi kepada pelantikan mereka sebagai wasi. Wasiat melantik wasi ini berbeza implikasi perundangan dan kos dengan wasiat agihan di atas. Wasiat ini tertakluk mengikut undang-undang sivil.

Wasiat ini menceritakan tentang pelantikan WASI dan tanggungjawab wasi itu dalam menguruskan pentadbiran harta pusaka. Wasi yang boleh dilantik ialah individu atau syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad yang memiliki kuasa sebagai wasi seperti diperuntukkan di dalam Akta Syarikat Amanah 1949 ( Akta 100 ).

Namun orang Islam di Malaysia perlu faham dimana kedudukan wasiat pentadbiran ini dan dalam keadaan apa ia berkuatkuasa. Ada masanya wasiat melantik wasi ini TIDAK BERKUATKUASA.

KES HARTA PUSAKA KECIL.

Ini meliputi kes bernilai RM 2 juta ke bawah dan mempunyai harta tak alih ( hartanah ). Dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil mengikut Akta Pembahagian Pusaka Kecil 1955.

Wasiat yang melantik wasi bagi kes di Pejabat Pusaka Kecil TIDAK BERKUATKUASA sama ada wasi dilantik individu atau syarikat amanah kecuali dipersetujui oleh semua waris di dalam bicara kuasa.

Di dalam bicara kuasa, pegawai pusaka tetap akan bertanya kepada waris adakah mereka bersetuju dengan wasiat yang melantik wasi itu. Jika mereka bersetuju, di dalam Surat Kuasa Mentadbir akan dilantik wasi itu tetapi jika mereka tidak bersetuju dan mahu melantik sesama mereka sebagai waris, maka wasiat itu akan ditolak.

Jika keputusan waris itu dicabar p**a oleh pihak yang dilantik sebagai wasi itu, wasiat itu akan dihantar ke Mahkamah Syariah untuk diputuskan. Pejabat Pusaka Kecil akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat Mahkamah Syariah bagi tujuan ini.

ORANG ISLAM MESTI FAHAM : Di Pejabat Pusaka Kecil selain individu, hanya individu atau ARB sahaja yang boleh dilantik sebagai wasi ( jika dipersetujui oleh waris semasa bicara kuasa ) . Syarikat amanah lain tidak boleh dilantik sebagai wasi !

JADI APA KEDUDUKAN WASIAT YANG MELANTIK WASI SELAIN ARB DI PEJABAT PUSAKA KECIL ?

Memang telah difahami oleh semua syarikat amanah swasta termasuk Wasiyyah Shoppe Berhad sendiri, bahawa hanya ARB yang boleh dilantik sebagai wasi mengikut Akta Pembahagian Pusaka Kecil 1955. Short cut yang biasa dibuat oleh syarikat amanah swasta ( Bukan Wasiyyah Shoppe Berhad kerana ini bukan SOP kami ) , ialah membawa wasiat pelantikan wasi ini ke Mahkamah Tinggi Sivil walaupun dari segi nilai harta pusakanya ia adalah bidang kuasa Pejabat Pusaka Kecil.

KES PUSAKA BESAR.

Ini adalah kes harta pusaka yang bernilai RM 2 juta ( harta alih/harta tidak alih atau kombinasi kedua2nya ). Ia dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil. Di Mahkamah Tinggi Sivil, siapapun wasi yang dilantik di dalam wasiat sama ada individu atau syarikat amanah, ia adalah BERKUATKUASA kecuali boleh dibuktikan sebaliknya.

KENAPA WASIAT YANG SEPATUTNYA DIBAWA KE PEJABAT PUSAKA KECIL DIBAWA KE MAHKAMAH TINGGI SIVIL ? APA KESANNYA ?

1. Isu Caj Pengurusan Harta Pusaka.

Dihujahkan oleh pihak berkenaan bahawa membawa wasiat itu ke Mahkamah Tinggi Sivil akan mempercepatkan proses kerana Geran Probet boleh dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil lebih cepat dari Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan oleh Pejabat Pusaka Kecil. Ya, hujah itu betul kerana Wasiyyah Shoppe Berhad pun pernah membantu waris mendapatkan Geran Probet dalam tempoh 2 minggu sahaja dari tarikh submission.

Tetapi membawa kes yang sepatutnya dibawa ke Pejabat Pusaka Kecil ke Mahkamah Tinggi Sivil akan mendedahkan waris kepada CAJ PENGURUSAN PUSAKA yang lebih mahal. Ini kerana peguam perlu dilantik. Jadi ada kos peguam dan kos rampaian di situ. Jika kes dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil, waris boleh memohon sendiri terus tanpa menggunakan khidmat peguam.

2. Isu pelantikan wasi.

Jika wasiat melantik wasi itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil, wasi yang dilantik akan berkuatkuasa walaupun mungkin tidak dipersetujui oleh waris. ( jika Mahkamah Tinggi Sivil berpuashati tiada sebab munasabah kenapa wasi itu hendak ditolak )

Apabila wasi itu telah dilantik dan namanya muncul dalam Geran Probet, maka dialah yang berkuasa untuk menguruskan keseluruhan harta pusaka simati. Rakyat Malaysia kena faham mengikut seksyen 43, wasi boleh mengenakan 'komisen' atau fi pengurusan pusaka sehingga 5% dari nilai harta pusaka ketika kematian sipewasiat bagi segala tugasan yang dilakukannya. Fi 5% ini tidak termasuk fi rampaian seperti kos peguam dll kos.

Semasa pewasiat membuat wasiat 10 tahun lepas melantik wasi ini, hartanya mungkin hanya bernilai RM 1 juta tetapi apabila dia meninggal dunia, hartanya mungkin sudah bernilai RM 10 juta. 5% itu akan dikenakan dari nilai RM 10 juta bukan RM 1 juta !

Itulah sebabnya pihak yang dilantik sebagai wasi dalam wasiat beria-ria membawa wasiat ini ke Mahkamah Tinggi Sivil walaupun sepatutnya kes itu dibawa Ke Pejabat Pusaka Kecil.

Walaupun begitu saya tidak nafikan ada keadaan tertentu wasi di kalangan profesional seperti syarikat amanah perlu dilantik untuk melancarkan urusan pusaka contohnya dalam keadaan waris tidak bermuafakat atau komposisi aset kompleks dan nilai harta pusaka sangat tinggi.

BAGAIMANA P**A WASIYYAH SHOPPE BERHAD URUSKAN KES DI PEJABAT PUSAKA KECIL / MAHKAMAH TINGGI SVIL.

Di Wasiyyah Shoppe Berhad, sekiranya kes itu memang di bawah bidang kuasa Pejabat Pusaka Kecil, di situlah akan kes dibicarakan. Begitu juga jika kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil. Kami tidak membawa kes Pejabat Pusaka Kecil ke Mahkamah Tinggi Sivil kerana kami tahu ada implikasi kos guaman di situ.

Kami juga tidak memaksa pelanggan melantik Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai wasi kerana prioriti kami bukanlah untuk menjadi wasi dan mengenakan fi pengurusan pusaka.

Prioriti kami adalah memastikan prosees pengurusan pusaka itu dapat dibuat dengan cepat, tepat dan tidak membebankan waris. Habis tu Wasiyyah Shoppe Berhad tak kenakan sebarang fi ke untuk perkhidmatannya ?

Bagi pelanggan yang sudah merancang harta melalui Wasiyyah Shoppe , semua perkhidmatan pengurusan pusaka yang dberikan kepada waris seperti di atas ialah PERCUMA. Kami tak mengenakan sebarang kos perkhidmatan mengikut 5% peruntukan Seksyen 43 Akta Probet dan Pentadbiran di atas. Waris hanya perlu tanggung kos statutori yang dikenakan ejensi kerajaan seperti bayaran perintah dan sebagainya. Jadi waris tidak terbeban dengan pelbagai kos2 dan fi2 pengurusan pusaka.

RAKYAT MALAYSIA KENA FAHAM BETUL2 IMPLIKASI UNDANG2 DAN KOS BILA MEMBUAT WASIAT MELANTIK WASI.

Anda mungkin tertarik nak buat wasiat melantik wasi yang ditawarkan dengan harga serendah RM 100 tetapi anda mesti tahu berapakah kos yang akan ditanggung waris anda selepas kematian anda nanti. Kesian mereka.

ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

01/04/2021

KENAPA PENTING MERANCANG HARTA MELALUI SYARIKAT AMANAH SEPERTI WASIYYAH SHOPPE BERHAD ?

Maaf lama tak update posting di sini kerana hambatan waktu.

Saya masih ditanya soalan ini kerana ada masyarakat yang masih keliru apa beza syarikat amanah berdaftar seperti Wasiyyah Shoppe Berhad dan syarikat2 sdn bhd yang menawarkan perkhidmatan yang sama.

Ada banyak sebenarnya perbezaan utama tapi saya utarakan satu dahulu. Syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai unsur PERPETUITY ATAU KELANGSUNGAN mengikut undang2.

Seksyen 33 Akta Syarikat Amanah 1949 ( akta yang mengikat Wasiyyah Shoppe Berhad tetapi tidak mengikat syarikat sdn bhd biasa ) menyatakan dengan jelas Wasiyyah Shoppe Berhad hanya boleh menutup operasi ( penggulungan ) dengan izin mahkamah sahaja.

Antara syarat yang akan dilihat Mahkamah dalam memberi keizinan menutup operasi ialah Wasiyyah Shoppe Berhad telah sempurna menjalankan semua tanggungjawabnya kepada pelanggan atau waris mereka.

Dengan jumlah pelanggan melebihi 70,000 orang dan semakin bertambah, adalah MUSTAHIL Wasiyyah Shoppe Berhad akan sampai ke tahap telah menyempurnakan segala tanggungjawab untuk pelanggan atau waris mereka. Dalam ertikata lain, Wasiyyah Shoppe Berhad tidak boleh menutup operasinya. Menutup syarikat tanpa kebenaran mahkamah adalah satu kesalahan.

Ini sangat berbeza dengan syarikat sdn bhd di mana lembaga pengarah boleh buat keputusan pada bila2 masa untuk menutup operasi. Hari ini mereka membuat BOD resolution, esok mereka boleh tutup kedai.

KENAPA FAKTOR INI PENTING KEPADA MASYARAKAT YANG MERANCANG HARTA ?

Kerana dokumen perancangan harta ini sifatnya ia akan diuruskan selepas kematian kita. Ketika itulah dokumen2 ini akan dibawa melalui proses perundangan baik di Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil. Itulah saat paling kritikal waris memerlukan bantuan dan bimbingan.

Kita mungkin mati 10, 20 atau 40 tahun akan datang. Wasiyyah Shoppe Berhad in shaa Allah akan masih berada di situ untuk membantu waris kita melalui semua proses undang2 berkenaan kerana undang2 mengkehendakinya. Wasiyyah Shoppe Berhad mengambil akauntabiliti penuh untuk melaksanakan dokumen2 yang disediakannya dan membantu waris melalui semua proses perundangan berkaitan.

Masyarakat yang membuat dokumen perancangan harta mereka melalui syarikat sdn bhd p**a, berdepan risiko besar syarikat itu tidak lagi wujud ketika dokumen ingin dilaksanakan selepas kematian mereka pada masa depan. Tiada jaminan waris akan menerima perkhidmatan dan jika syarikat itu sudah tidak wujud, terkapai-kapailah waris mencari pihak yang boleh membantu mereka.

APAPUN TERSERAH KEPADA MASYARAKAT MEMBUAT PILIHAN. Saya hanya menerangkan sahaja.

ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

Telephone