2. Wasiat, Hibah, Urus Pusaka ANIS

2. Wasiat, Hibah, Urus Pusaka ANIS

Pakar Perunding Harta Pusaka Islam
(Wasiat, Pri-Hibah, Amanah Takaful, Harta Sepencarian, Urus Pusak

11/11/2022

ISU HARTA PUSAKA

Apabila ada rumah atau tanah setelah meninggal, maka ianya menjadi harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid seperti berikut :

Ayah(1/6), Ibu(1/6), Suami(1/4) atau isteri(1/8), anak lelaki(2 bhg dari baki) dan anak perempuan(1 bhg dari baki).

Samada rumah atau tanah itu perlu dijual untuk di bahagikan kepada harta tunai atau simpan geran rumah atau tanah dengan semua nama2 ahli keluarga dengan hak masing2.

Jika salah seorang meninggal, maka waris2 faraid mereka p**a akan menyusul dan makin lama jumlah ahli keluarga atau waris2 faraid akan berkembang lagi dengan banyak nama tertera digeran.

Jika salah seorang tak bersetuju untuk dijual maka selama2nya rumah dan tanah tidak boleh ditunaikan.

Dapatkan nasihat perunding supaya rumah dan tanah ada nilai jual beli melalui Wasiat & Hibah.

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
One Nis Consultancy
wasap.my/+60124200724/InfoWasiat

26/10/2022

CONTOH ISU HARTA PUSAKA

Arwah En. Said mempunyai 6 anak dan rumahnya masih atas nama beliau.

Rumah itu disewakan atas persetujuan semua ahli keluarga dan setiap tahun mereka buat kenduri adik-beradik dengan wang hasil sewa rumah berkenaan.

Selepas beberapa tahun tiada lagi kenduri adik-beradik yang diadakan dan wang sewa rumah tidak diagihkan kepada ahli keluarga yang lain yang mana mereka adalah waris2 faraid.

Anak yang mengutip sewa rumah akhirnya diam membisu bermakna beliau telah mengambil harta pusaka yang tidak sah.

Solusinya tulis Wasiat semasa hayat dan lantik pihak ketiga atau badan Amanah untuk mengurus harta pusaka dan pindah milik hingga selesai termasuk pengagihan sewa rumah untuk mengelakkan penyelewangan harta pusaka.

Hubungi kami untuk penerangan lebih lanjut.

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
One Nis Consultancy
wasap.com.my/+0124200724/InfoWasiat

Nona Ainol

Photos from 2. Wasiat, Hibah, Urus Pusaka ANIS's post 21/10/2022

WASIAT & PRI-HIBAH
Juma'at, 21/10/22.

Klien seorang balu menetapkan hari ni untuk tandatangan Wasiat & Pri-Hibahnya bersama anak2.

Dengan khidmat nasihat Perunding akan mendapat manfaat yang lebih disamping memudah dan melancarkan proses selepas meninggal.

Generasi kini sudah ramai yang peka tentang kepentingan menulis Wasiat berbanding dahulu.

Bagi yang telah selesai menulis Wasiat atau Hibah, alhamdulilah, saya ucapkan syabas manakala yang belum kesempatan lagi boleh hubungi saya bila kelapangan.

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
One Nis Consultancy
wasap.com.my/+0124200724/InfoWasiat

14/09/2022

ISU HARTA PUSAKA

Berlaku dimana bukti hak milik aset secara hitam putihnya yang tersirat hak orang lain.

Contohnya Ayah ada membeli rumah dengan wang sendiri lebih kurang 40% daripada nilai keseluruhannya.

Anaknya Azizah membantu buat pinjaman bank sebanyak 60% dan hak milik rumah atas nama Azizah sepenuhnya.

Azizah sendiri mengaku beliau hanya membayar 60% sahaja semasa nak menjual rumah yang diduduki ayah dan emak sebelumnya.

Kedua2nya telah meninggal dimana ayah dahulu dan kemudian baru emak.

Secara hukum syaraknya 40% dari nilai rumah adalah harta pusaka ayah yang perlu di bahagi mengikut hukum faraid kepada ahli keluarga yang lain dan bukan seluruhnya milik Azizah.

Adik beradik yang lain menuntut hak mereka dari harta pusaka milik Ayah yang perlu dip**angkan kepada mereka.

'Elakkan Masaalah Harta Pusaka Dan Rancang Hasrat Sendiri'

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
One Nis Consultancy
012-4200724

30/08/2022

WASIAT & PRI-HIBAH
Selasa, 30/8/2022.

Dua rakan karib Pn. N and Pn. S berminat dan jemput nak bincang lebih lanjut tentang Hibah.

Kedua-dua ada anak perempuan sahaja, tak ada bapa dan waris faraid masing2 melibatkan adik-beradik.

Bagi rumah yang masih ada pinjaman bank, perlu ada bukti perlindungan insuran MRTA/MRTT bagi dokumen Pri-Hibah.

Pentadbiran selepas meninggal untuk wang tunai atau saham syarikat lebih murah bagi Pri-Hibah dan dapatkan kelebihan ini.

'Elakkan Masaalah Harta Pusaka dan Rancang Hasrat Sendiri'.

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
One Nis Consultancy
wasap.my/+60124200724/InfoWasiat

17/08/2022

ISU HARTA PUSAKA

Ambil contoh anak sulung Haji Zaidi mati dalam kemalangan dan ada anak bawah umur 18 tahun.

Mengikut hukum, penjaga harta bagi anak bawah umur jatuh kepada Hj. Zaidi sebagai datuknya disebelah bapa.

Semua duit cucunya Hj. Zaidi simpan didalam akaun banknya tanpa dimaklumkan kepada anak2.

Selepas meninggal, semua harta Hj. Zaidi termasuk duit cucunya di bahagikan kepada anak2nya.

Jadi harta pusaka sudah tersalah urus dimana anak2 mengambil hak yang tak sah dari hukum syarak.

Perlu asingkan termasuk hak cucu atau pesan didalam Wasiat tentang hak orang lain serta hutang piutang dan hanya yang bersih sahaja di bahagikan mengikut hukum faraid.

'Elakkan Masaalah Harta Pusaka dan Rancang Hasrat Sendiri'.

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
One Nis Consultancy
wasap.my/+60124200724/InfoWasiat

10/08/2022

ISU HARTA PUSAKA
(Iktibar)

2 ahli keluarga buat laporan polis kerana salah urus harta pusaka yang menafikan hak ahli keluarga yang lain.

Depa nak dapatkan khidmat peguam untuk dip**angkan harta pusaka yang diambil tanpa persetujuan ahli keluarga sekurang2nya mengikut hukum faraid.

Jadi yang yang salah urus perlu menanggung semua kos yang terbabit termasuk kos mahkamah dan kos guaman dll secara berasingan yang tak melibatkan nilai harta pusaka yang diambil.

Ini kelebihan melantik badan atau syarikat amanah untuk menguruskan harta pusaka semasa hayat.

'Elakkan Masaalah Harta Pusaka Dan Rancang Hasrat Sendiri.'

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
One Nis Consultancy
wasap.my/+60124200724/InfoWasiat

19/07/2022

ISU HARTA PUSAKA

Dapat panggilan dari seseorang mengadu tentang isu harta pusaka yang berlaku dalam keluarganya sendiri.

Arwah ibunya ada meninggalkan simpanan dalam akaun bank.

Menurut abang sulung, arwah ibunya ada berpesan supaya wang simpanannya diinfaqkan. Abang sulungnya ada menyimpan no. Pin kad ATM arwah ibu mereka.

Selepas arwah ibu meninggal, abang sulung bertindak mengeluarkan wang simpanan dari ATM sebanyak RM3,000 sehari sehingga semua wang simpanan di habiskan. Kemudian diserahkan kesemua wang berkenaan kepada badan kebajikan menurut beliau.

Adik beradik yang lain tak berpuashati kerana ada diantara mereka dalam kesusahan dan ada masaalah kewangan. Isu harta pusaka ini membuatkan dikalangan keluarga mereka 'bermasam muka'.

Kesimp**an dari isu harta pusaka ini seperti berikut :

1) Tiada bukti hitam putih pesanan arwah ibu kepada anak sulungnya.

2) Tiada 2 saksi lelaki yang dewasa dan waras yang bukan di kalangan waris faraid menyaksikan pesanan ibu mereka.

3) Sekiranya ada Wasiat secara rasmipun, hanya 1/3 boleh diinfaqkan dan selebihnya perlu mendapat persetujuan semua ahli keluarga atau waris faraid.

4) Pihak Bank tidak maklum serta merta penyimpan akaun telah meninggal dunia maka mana2 ahli keluarga boleh mengeluarkan wang simpanan dari kad ATM jika mereka tahu no. pin yang berkenaan.

4) Ternyata jelas wang simpanan arwah ibunya tidak mengikut SOP dan hukum syarak yang sebenarnya dalam mengagihkan harta pusaka.

5) Penyelewangan harta pusaka boleh berlaku dikalangan ahli keluarga sendiri atau mana2 individu lain yang dilantik sebagai Pentadbir.

6) Perlu utamakan ahli keluarga yang dalam kesusahan atau yang ada masaalah kewangan sebelum memberi infaq kepada pihak yang lain.

Sebaiknya tulis Wasiat secara rasmi dengan pihak yang arif dalam bidang harta pusaka seperti syarikat Amanah yang pasti Amanah supaya harta pusaka terurus mengikut undang2 sivil dan undang2 syariah yang sepatutnya.

Dengan pengalaman yang berlaku dalam keluarganya sendiri beliau berhasrat untuk menulis Wasiat secara rasmi.

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
One Nis Consultancy
Wasap.my/+60124200724/InfoWasiat

11/06/2022

Untuk mengetahui latar belakang dan aktiviti semasa boleh rujuk kepada akan peribadi Shiwanis Ainol Bongsu seperti dalam gambar.

wasap.my/+60124200724/InfoWasiat
wasap.my/+60124200724/InfoWasiat

31/05/2022

KELEBIHAN MERANCANG HARTA PUSAKA :

▶️ Melantik syarikat amanah sebagai Pentadbir yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam pengurusan harta pusaka.

▶️ Mengelakkan harta pusaka tidak selesai atau tertahan yang tidak sampai kepada ahli keluarga yang berhak. Pada tahun 2020, 70 bilion harta pusaka bermasalah dan jumlah ini meningkat setiap tahun.

▶️ Mempercepatkan dan mempermudahkan agihan harta pusaka. Contohnya, hari ini meninggal keesokkannya dah boleh uruskan harta pusaka berbanding jika tiada Wasiat.

▶️ 1/3 dari nilai Wasiat boleh diberi kepada bukan waris faraid seperti anak angkat, cucu, anak saudara, infaq dll.

▶️ Suami boleh melantik penjaga harta bagi anak-anak bawah umur 18 tahun atau OKU.

▶️ Boleh merancang pembahagian harta pusaka mengikut hasrat sendiri menggunakan kaedah2 yang dibenarkan dalam Islam.

▶️ Duti setem untuk pindah milik rumah dan tanah paling murah dengan hanya bayaran RM10.

▶️ Mengelakkan pertelingkaran antara ahli keluarga.

▶️ Mengelakkan penyelewengan harta pusaka yang boleh berlaku.

▶️ Tidak perlu menyusahkan ahli keluarga dalam urusan pengagihan harta pusaka adalah hadiah terbaik dari arwah.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan penerangan lebih lanjut hubungi di link yang disediakan :
wasap.my/+60124200724/InfoWasiat
wasap.my/+60124200724/InfoWasiat

(Kepakaran dan Pengalaman semenjak tahun 2006 dengan beratus pelanggan sehingga kini.)

Photos from 2. Wasiat, Hibah, Urus Pusaka ANIS's post 31/05/2022

AYAT AL-QURAN DAN HADITH TENTANG TANGUNGGJAWAB MENULIS WASIAT.

Wasap.my/+0124200724/InfoWasiat

Photos from 2. Wasiat, Hibah, Urus Pusaka ANIS's post 31/05/2022

PENCAPAIAN KERJAYA.

wasap.my/+60124200724/infoWasiat
wasap.my/+60124200724/infoWasiat

Photos from 2. Wasiat, Hibah, Urus Pusaka ANIS's post 26/05/2022

SESI BERSAMA KLIEN.

Wasap.my/+60124200724/infoWasiat
Wasap.my/+60124200724/infoWasiat

Telephone

Website