FRESH GO GO Videos

Videos by FRESH GO GO. Anda kekangan waktu untuk menyelesaikan urusan penting anda? Jangan risau,runner kami sedia membantu

stay hydrated. drink enough water.

Click to enable sound Next

Other FRESH GO GO videos

stay hydrated. drink enough water.

Perkhidmatan delivery service kini kembali, Anda perlu bantuan utk cod barang?? hantar barang courier di kaunter courier?? ambil barang tempahan anda?? Khidmat suprise /gift delivery?? Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut 😍😍 www.wasap.my/601170700646/runnerservice

Alhamdulillah done delivery 100Pax lunchbox nasi ayam dari camca event katering untuk harini.

“Apabila seseorang manusia mati maka terputuslah semua amalannya kecuali daripada tiga perkara (yang selepas mati pun pahalanya berterusan akan diperoleh) iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang ramai dan anak soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (Misykat : Muslim)

“Apabila seseorang manusia mati maka terputuslah semua amalannya kecuali daripada tiga perkara (yang selepas mati pun pahalanya berterusan akan diperoleh) iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang ramai dan anak soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (Misykat : Muslim)

Video Credit to : Youtube che nom Ayam Goreng Berlado, resepi yang mudah je nak sediakan. Rasanya sangat sedap dan memang boleh bertambah2 kalau makan. Che Nom gunakan semua cili merah dalam penyediaan resepi ni supaya dapat hasilkan ayam Goreng berlado versi sambal merah. Ada 3 rasa yang dominan pada masakan ni iaitu pedas, masam dan sedikit manis..supaya dapat seimbangkan dengan kepedasan cili yang kita gunakan. Bahan-bahan kisar kasar: 4-5 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 10 biji cili merah besar 6 biji cili padi merah Bahan-bahan lain: 1/2 ekor ayam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 1/2 sudu kecil garam Minyak secukup nya utk menggoreng 1 batang serai 2-3 sudu besar air asam jawa 2 biji tomato 2 helai daun limau purut Gula secukup rasa Garam secukup rasa 1 biji bawang besar

Nasi Briyani Ayam style Pakistan yang sungguh lembut, fluffy dan cukup lengkap rasanya. Video kredit pada youtube che nom. Cara masaknya agak berbeza iaitu beras perlu direbus dan dibuang kanji dahulu…sbb tu lah nasi jadi lembut sgt dan mudah nak masak sbb kita tak perlua agak sukatan air. Kemudian dilapis dengan lauk yg kita masak. NOTA: 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu cair ATAU 1 cawan air ** RALAT: abaikan sukatan air 1/4 cawan di video //Bahasa Melayu ---------------------------------- Bahan-bahan kisar halus: 4 ulas bawang putih 2 inci halia 2 biji tomato (kisar asing tomato) Bahan-bahan untuk perapan: 1/2 ekor ayam (7 ketul) 3 sudu besar rempah briyani 3-4 sudu besar yoghurt asli 1/2 sudu besar garam 1/2 sudu kecil lada hitam Bahan-bahan untuk digoreng: 1 cawan gajus 8-10 biji bawang merah kecil Bahan-bahan untuk masakan ayam: 2 cawan minyak masak 1 biji bawang holland 1 sudu besar minyak sapi 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 4 biji buah pelaga 2 kuntum cengkih 1 helai daun salam 1 biji kentang 8-10 biji cili padi atau 3-4 biji cili padi hijau 1/2 mangkuk kismis/prune kering 1 ikat daun ketumbar garam secukup rasa gula secukup rasa Bahan-bahan untuk nasi: 4 cawan beras basmathi, rendam 10 minit 2 liter air 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 1 kuntum cengkih 1 helai daun salam 1/2 sudu kecil lada hitam garam (cukup sehingga air rasa masin) sedikit minyak 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu cair ATAU 1 cawan air ** RALAT: abaikan sukatan air 1/4 cawan di video pewarna kuning untuk hiasan Bahan-bahan untuk salad: 1/2 biji bawang holland 1 biji tomato 1 batang timun jus dari 1/2 biji lemon atau sedikit cuka makan sedikit gula secubit garam

Hi Semua, kali ini… admin nak share resepi nasi kakwok, resepi dari youtube Che Nom. Resepi ni bukan lah dari resepi asal, Che Nom ada olah ikut bahan apa yg ada kat dapur. Nak sediakan pun tak susah, cuma ada beberapa bahagian penyediaan untuk dapatkan set lengkap nasi ala kak Wok, mula2 kita masak gulai..kemudian sediakan pelengkap yg penting iaitu sambal belacan. //Bahasa Melayu ------------------------------------------- Bahan-bahan untuk gulai: ½ cawan minyak masak 3 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci lengkuas 2 sudu besar serbuk kari daging 1 sudu besar serbuk rempah kerutuk 1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili 1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang dan leher) 3 batang kacang panjang 1 biji terung panjang 1 cawan santan segar /½ kotak kecil santan sedikit gula nisan garam secukup rasa 1 keping asam keping 5-6 tangkai cili padi Bahan-bahan untuk sambal belacan: 15-20 biji cili padi 3-4 nbiji cili merah 4 biji limau kasturi (buang biji) 1 inci belacan ½ cawan air pati asam jawa gula garam serbuk perasa Bahan-bahan untuk ayam goreng: ½ ekor/600g ayam 1-2 sudu kecil garam 2 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar serbuk cili ½ sudu besar serbuk kari daging 1-2 tangkai daun kari 1-2 sudu besar tepung goreng ayam segera/tepung beras/tepung jagung minyak untuk menggoreng

SIAKAP 3 RASA ALA RESTORAN THAI
Sebab terliur tengok customer masak siakap 3 rasa. so kitaaaa share resepii 😋😋. macam biasa video credit to youtuber ciknom sbb resepi dia menarikkkk. Untuk video kali ini Che Nom nak share satu resepi yang kebiasaannya terdapat di menu restoran-restoran Thai iaitu Ikan siakap 3 rasa. Ini adalah antara menu favourite yang akan di order bila makan besar bersama keluarga. Berbeza dengan kuah sweet sour, kuah 3 rasa ni lebih pedas sebab kita letak cili api, dan rasanya juga lebih kuat sebab kita letak daun limau purut dan hirisan serai. Boleh juga kalau nak letak hirisan daun kesum ini. Kenapa nama hidangan ni 3 rasa mungkin dari kombinasi rasa masam, manis dan pedas yang seimbang. // Bahan-bahan untuk kuah: ✅3 ulas bawang putih ✅1 inci halia ✅½ biji bawang Holland ✅5 biji cili api merah ✅5 biji cili api hijau. ✅Sedikit capsicum hijau Sedikit capsicum merah ✅1 batang serai 1 biji tomato ✅Sedikit hirisan nenas ✅3-4 helai daun limau purut ✅1 tangkai daun bawang Bahan-bahan untuk campuran Sos: ✅½ mangkuk Sos cili ✅½ mangkuk Sos tomato ✅3 sudu besar Sos tiram ✅2 sudu besar Sos ikan Bahan-bahan untuk ikan goreng: ✅1 ekor Ikan siakap ✅Sedikit garam ✅Sedikit Tepung jagung

Spaghetti Aglio Olio dengan seafood, yang mudah nak sediakan..tapi rasa mmg tak kurang hebatnya. Ada org cakap, pejam mata pun boleh masak aglio olio ni..betul ke? Jom tgk cara nak masak spaghetti aglio olio style Che Nom. video credit to : Youtube Che Nom minyak zaitun 6-7 ulas bawang putih 7-8 ekor udang besar chilli flakes serbuk lada hitam 1 mangkuk kecil tomato ceri serbuk lada sulah 3/4 - 1 pek (500g) spaghetti rebus 4 ekor sotong serbuk parsley kering daun parsley segar sedikit air pasta garam secukup rasa 1/2 - 1 ketul kiub ayam serbuk parmesan

Udang Masak Lemak Cili Api, ceedit resepi pada youtube Dayang Suri. Dalam banyak-banyak resepi, yang ini paling sedap, padu dan rasa keasliannya.. Manis dari air udang(Dayang guna udang laut, segar beli kat nelayan dijeti), pedas dari cili api, segar dan wangi dari kunyit hidup dan serai, lemak berkrim cukup rasa dari santan,rangup dari sayur kacang buncis, masam dari asam gelugor.. Pendek kata memang "SEMPURNA" kat tekak kami.. Tak menggunakan bawang langsung, cuma be berapa bahan saja, tak guna kan gula sebab nanti "derhaka" resepi masak lomak yang original dari Negeri Sembilan ni..Cubalah sendiri dirumah untuk rasa keenakan Udang Masak Lemak Cili Api ni, pastu nanti boleh lah komen atau SHARE video ni kat media sosial ye, terima kasih😊 Bahan Bahan 500g Udang sederhana besar(udang besar pun boleh, udang galah lagii boleh) 14batang kacang buncis(Dayang potong sama rata macam kayu balak, nak potong serong pun boleh) 200ml santan pekat 100ml santan cair(santan pekat tambah secawan air) 2 batang serai dititik/diketuk 4 sudu kecil garam halus 1 keping asam gelugor@asam keping Bahan kisar 15biji cili api/cili padi 4 ketul kunyit hidup Tips 1) Sentiasa kacau kuah, Jangan tinggal! 2)Guna api kecil bila dah masuk santan pekat, kacau gaul sebati supaya santan tak pecah dan naik kepala, kuah nanti cantik menawan baru lah selera nak makan😊 3)Jangan masukkan gula, nanti tak podeh, oghang nogori marah ekau nanti kalau masuk gulo eh, tak original jangg! Akhir kata, selamat mencuba.. 👌

Khas untuk anda yang ingin membantu golongan yang terkesan dengan pandemik covid 19. Jom beri sumbangan dengan BAKUL ISTIMEWA dari kamiI! FRESH GO GO amat mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk sama-sama kita kongsi REZEKI dengan mereka yang memerlukan. Kami menawarkan pakej sumbangan dengan harga istimewa untuk sama-sama kita membantu golongan yang terjejas dengan pandemik COVID-19 ini. Jom sama-sama kita bantu mereka yang memerlukan. Penghantaran istimewa untuk penduduk disekitar kawasan Kuala Terengganu,Marang,Kuala Nerus dan Hulu Terengganu JOM KONGSI REZEKI 👍 #benderaputih #JomBersedekah #PatuhiSOP #kitajagakita #normabaharucegahCOVID19 Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau pembelian