Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah

Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah

sekolah

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 21/11/2023

TEMASYA SUKAN HESA & SRITI PERINGKAT NEGERI KEDAH
📌SABTU | 18.11.2023 | UUM SINTOK

Dua acara disertai oleh pelajar SRIDAH, bola jaring dan memanah.

Tahniah kepada para pelajar yang telah mewakili sekolah pada tahun ini. Kamu semua berjaya menyahut cabaran, memberi saingan dan mengharumkan nama sekolah.

Ribuan terima kasih dan tahniah juga kepada guru-guru dan para waris yang terlibat,sentiasa memberi sokongan,dorongan dan bimbingan kepada para pelajar sehingga ke tahap ini.

InsyaAllah, bagi pasukan bola jaring walaupun kita belum menjadi juara di peringkat negeri kita dah berjaya juga ke peringkat suku akhir dan telah melakar kejayaan dalam beberapa siri pelawanan sebelum ini.Teruskan usaha dan kutip pengalaman untuk maju ke hadapan.

Bagi pasukan memanah, perlawanan ini memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada kita.Kita tak pernah masuk mana-mana perlawanan lagi sebelum ni,peralatan, latihan dan kepakaran pun kurang.InsyaAllah pihak sekolah akan mantapkan lagi sukan sunnah ini pada masa hadapan.

Apa pun tahniah dan terima kasih semua.😊

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 11/11/2023

9.11.2023 | KHAMIS

SARINGAN TEMASYA SUKAN SRITI NEGERI KEDAH & HESA 2023

TAHNIAH!!

Team Bola Jaring lagi sekali mengharumkan nama sekolah, menjadi juara kump**an dan segali gus melayakkan diri ke peringkat negeri.

InsyaAllah kita jumpa di UUM p**ak 18.11.2023 nanti.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 11/11/2023

SESI LATIHAN BOLA JARING

DI KOMPLEKS RAKAN MUDA BALING.

walaupun di sekolah tiada court bola jaring untuk berlatih ianya bukan satu halangan.

Kita sewa court luar supaya pelajar dapat main ikut keluasan dan cara yang betul.

Ditambah p**a dengan kesudian jurulatih yang berpengalaman, Cikgu Dee untuk mengajar anak² SRIDAH.Terima kasih cikgu.

InsyaAllah penat lelah cikgu2 dan para pelajar berlatih akan membuahkan hasil.

You are the Champion.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 11/11/2023

SABTU | 4.11.2023

LIGA BOLA JARING DAN BOLA SEPAK PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA DAERAH BALING

ALHAMDULILLAH!

Pasukan Bola Jaring SRIDAH telah dinobatkan sebagai NAIB JOHAN.

Bagi pasukan Bola Sepak p**a, mungkin belum ada rezeki,insyaAllah kita usaha lagi nanti.

Apa-apa pun keputusan.Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang berpenat lelah melatih para pelajar setiap hari sehingga lah mampu main dengan baik.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 10/11/2023

KHAMIS | 2.11.2023

HIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN

Ada aktiviti
-qunut nazilah
-Tayangan video
-persembahan pelajar.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 10/11/2023

RABU | 1.11.2023

Program Buat Poster Solidariti Palestin

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 09/11/2023

HARI KEDUA

Program Mewarna Bendera Palestin

09/11/2023

Kami bersama rakyat Palestin

09/11/2023

09/11/2023
Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 09/11/2023

Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk Palestin

Semoga Allah memberi kekuatan kepada para mujahidin dan rakyat Palestin untuk berdepan dengan kekejaman Israel.

09/11/2023

Gimik Pelancaran

09/11/2023

30.10.2023 - 2.11.2023
Minggu Solidariti Palestin

31/10/2023

FANNUL ATFAL PERINGKAT NEGERI

Alhamdulillah acara Bercerita Lelaki dan Kuiz Agama setelah mendapat tempat ketika pertandingan peringkat zon selatan baru-baru ini,telah melayakkan mereka ke peringkat negeri.

Satu pengalaman baru buat para pelajar.

31/10/2023

VIDEO KENANGAN KEJOHANAN OLAHRAGA MERSIK 2023🎥

31/10/2023

Lontar Peluru Lelaki Layak sehingga ke Saringan Terakhir.

Amjad Naufal

Tahniah!

31/10/2023

TEMPAT KE-4
100M Lelaki Saringan Pertama

Ammar Zuhdi.

Tahniah

31/10/2023

TEMPAT KEDUA
Lari 200M Perempuan Saringan Pertama.

Hawa Rahwani

Tahniah!

31/10/2023

TEMPAT KETIGA
Lari 200 M Lelaki Saringan Pertama

Muhammad Alif Qayyim

*Terima kasih waris share video

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 31/10/2023

HARI KEJOHANAN OLAHRAGA MERSIK

Seramai 15 orang peserta dari SRIDAH menyertai kejohanan dalam beberapa acara seperti:

1) Lontar Peluru ( L&P)
2) Lompat Jauh
3) Lari 200M (L&P)
4) Lari 100M (L&P)
5) Lari 4 X 100M (L&P)

Walaupun beberapa orang pelajar kurang sihat pada hari kejohanan,tetapi para pelajar tetap bersemangat untuk teruskan.

Alhamdulillah peserta dari SRIDAH mampu juga memberi saingan sengit di peringat saingan.

Tahniah!

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 20/10/2023

KEJOHANAN OLAHRAGA MERSIK KALI KE-15.
SABTU | 21/10/2023

SELAMAT BERJUANG ANAK² SRIDAH.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 20/10/2023

FANNUL ATFAL PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ISLAM ZON SELATAN NEGERI KEDAH.

SABTU | 14.10.2023.

Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian..

Alhamdulillah SRIDAH telah layak ke peringkat Negeri dalam dua acara Kuiz Agama dan juga Bercerita Bahasa Melayu Lelaki.

Tahniah pihak sekolah ucapkan.

Menang kalah adat pertandingan,apa yang penting adalah usaha dan pengalaman yang anak-anak pelajar dapat.

Teruskan usaha dan selamat maju jaya.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 09/10/2023

Pihak Sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program Maulidur Rasul tahun ini.

Jasa kalian sentiasa dikenang.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 09/10/2023

ANUGERAH PERKHIDMATAN TERBAIK

🎖️Ustazah Arina
🎖️Ustazah Khadijah
🎖️Ustazah Jannah
🎖️Ustazah Shamira
🎖️Ustazah Huda

Tahniah diucapkan.

08/10/2023

ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH 1445H/2023M

ADIK NAUFAN MUKHRIZ,4 SIDDIQ

Anugerah ini khas buat pelajar yang selalu berselawat setiap pagi di surau.Berakhlak mulia dan sopan.

Tahniah adik Naufan.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 08/10/2023

Part 5: TEAM MASAK

Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak JIBG,para waris yang bergotong-royong menyediakan juadah.

Tidak dilupakan juga kepada para penyumbang,dengan jumlah yang terkumpul kita dapat juga buat kenduri makan ramai-ramai.

Semoga pahala yang berpanjangan buat kalian dan dilapangkan rezeki selalu.Amiin.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 08/10/2023

Part 4: Persembahan Qasidah oleh Ust Hidayat & Pelajar Maahad Tahfiz Tafaqquh Fiddin,Kejai.

Latunan qasidah dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Terima kasih ust Hidayat dan para pelajar sudi menerima jemputan pihak sekolah.

InsyaAllah ada rezeki di lain waktu kita jumpa lagi.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 08/10/2023

PART 3: CERAMAH MAULIDUR RASUL DISAMPAIKAN OLEH AL-FADHIL UST ZAWAWI

Pesanan Ustaz, teruskan berselawat kepada Nabi dan amalkan sunnah nabi kalau betul2 kita cinta kepada nabi:

1. Bangun awal,qiamullail
2. Puasa paling kurang 3 hari dalam sebulan.
3. Makan Berhenti sebelum kenyang
4. Sentiasa senyum
5. Pemaaf
6. Pemurah

Kerana nabi sangat cintakan kita dan kita lah ummat yang paling istimewa sebab kita ummat nabi Muhammad SAW.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 08/10/2023

Part 2: ALUNAN QASIDAH DARIPADA ALUMNI SRIDAH,PEMBUKAAN MAJLIS DAN PERSEMBAHAN PELAJAR

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 08/10/2023

PART 1: PERARAKAN BERMOTOR DAN BERJALAN KAKI.

Perarakan bermotor mula dari: sekolah > Kg Luar > kg Siput > Bandar > Teluk Temelah > sekolah.Perarakan bermotor ini diiringi dengan selawat kepada junjungan baginda Nabi Muhammad SAW dan Alhamdulillah perarakan ini juga mendapat kebenaran pihak polis,mereka turut serta dalam perarakan mengawal keselamatan.

Perarakan berjalan kaki p**ak bermula di surau Teluk Temelah sampai ke sekolah.

Semoga dengan perarakan ini kita dapat mengambil ibrah perjalanan dakwah nabi untuk sampaikan agama Islam kepada kita semua.

07/10/2023

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445H/2023M PERINGKAT SRI DARUL HIJRAH

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 27/09/2023

Hari Perjumpaan Waris SRIDAH bagi sesi 2023.

Terima kasih kepada semua waris yang hadir. Sama-sama mengambil berat tentang pendidikan anak-anak.

InsyaAllah semangat dan sokongan yang waris bagi,anak-anak kita bakal berjaya.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 25/08/2023

Acara Perasmian,Tayangan Video,Nyanyian Lagu Patriotik,Sajak,Kuiz dan Doa untuk Malaysia serta Laungan Merdeka oleh Guru Besar SRIDAH.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 25/08/2023

Acara Tahap 2: Explorace

Checkpoint 1: Halangan Bertali
Checkpoint 2: Naik dan Turun Tangga
Checkpoint 3: Gelung & puzzle
Checkpoint 4: Lompat ikut gambar rajah
Checkpoint 5: Buat anak patung guna kain batik
Chekpoint 6: Jalan menggunakan kasut tempurung
Checkpoint 7: Bawak bola guna gelung
Checkpoint 8: Teng-teng

Setiap checkpoint pelajar perlu jawab soalan berkaitan kemerdekaan yang diberikan.

Tahniah semua berjaya!

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 25/08/2023

Acara Tahap 1: MELUKIS DAN MEWARNA BENDERA MALAYSIA.

25/08/2023

Aturcara Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-66 SRIDAH 2023.

Photos from Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah's post 25/08/2023

Hari Terakhir Periksa.

Khamis | 24.8.2023

Semua dah berpakaian tema Merdeka selepas habis peperiksaan ada sambutan Hari Kemerdekaan ke-66.

Videos (show all)

Kami bersama rakyat Palestin
#FreePalastine #SaveGaza
Gimik Pelancaran
30.10.2023 - 2.11.2023 Minggu Solidariti Palestin
VIDEO KENANGAN KEJOHANAN OLAHRAGA MERSIK 2023🎥
Lontar Peluru Lelaki Layak sehingga ke Saringan Terakhir.Amjad NaufalTahniah!
TEMPAT KE-4100M Lelaki Saringan PertamaAmmar Zuhdi.Tahniah

Telephone

Website