Klinik Komuniti Kuala Pahang

Klinik Komuniti Kuala Pahang

*Rawatan Pesakit Luar
*Kesihatan Ibu Anak
*Pendispensan Ubat
*Prosedur Ringan
*Pendaftaran Vaksinasi

Photos from Klinik Komuniti Kuala Pahang's post 15/11/2023

Kami Bersama-sama Palestin!!!

15/05/2023

Esok tiada pengambilan sampel makmal (darah/urin) di klinik... harap maaf..

13/04/2023

Talian telefon Klinik Komuniti Kuala Pahang telah kembali aktif. Sebarang urusan klinik boleh hubungi 094251152

28/02/2023

TIADA PENGAMBILAN SAMPEL DARAH PADA BULAN RAMADHAN.

02/01/2023

Duk cari stoking anok ke tuu??? Slmt kembali ke sekolah anok anok sekalian.

02/01/2023

PENGAMBILAN SAMPEL DARAH, URIN BERMULA 5HB 2023 (KHAMIS) DI Klinik Komuniti Kuala Pahang . HARAP MAKLUM

06/12/2022

Klinik komuniti telah berpindah ke bangunan baru bersebelahan klinik desa. Untuk ujian darah dan urin ditangguhkan kerana klinik MASIH dalam penyelengaraan,harap maklum.

25/11/2022

MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI BERMULA
(30/11/22)

18/11/2022

mengundi jika positif covid & dlm kuarantin?

Ya BOLEH, sila pakai mask jika anda dijangkiti@ bergejala. Stay safe guys...

17/11/2022

Klinik Cuti Hari ini sempena pilihanraya esok hari.

PS: Undilah calon yg beribawa dan amanah. Selamat Mengundi.

05/10/2022

Tiada pegawai perubatan esok di klinik komuniti.

29/08/2022

Pegawai Perubatan Khamis Jumaat pada minggu ini, harap maklum.

25/08/2022

Pakat makan TEMPE, bnyk khasiatnya...

KELEBIHAN MAKAN TEMPE

Tempe adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jawa di Malaysia terutama di Johor dan Selangor. Ia adalah kacang soya yang melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi.

Tempe mempunyai kandungan nutrisi yang hebat. Dalam setiap 100 gram, tempe mengandungi:

• Air: 55.3 gram
• Kalori: 201 kCal
• Protein: 20.8 gram
• Lemak: 8.8 gram
• Karbohidrat: 13.5 gram
• Serat: 1.4 gram
• Kalsium: 155 mg
• Fosfat: 326 mg
• Zat besi: 4.0 mg
• Natrium: 9 mg
• Kalium: 234 mg
• Copper: 0.57 mg
• Thiamin: 0.19 miligram
• Riboflavin: 0.59 miligram
• Niacin: 4.9 miligram

Tempe mempunyai harga yang agak murah, mudah didapati dan rasanya sedap. Ia merupakan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik. protein dari tempe digunakan untuk memperbaiki sel tubuh yang rosak. Ia mempunyai protein (asid amino) yang bagus untuk mengelakkan penyakit diabetes, penyakit jantung, dan menjaga menurunkan berat badan.

Selain itu protein dalam tempe dikatakan lebih larut dalam air dan ini meningkatkan aktiviti enzim proteolitik. Enzim proteolitik atau protease akan memecahkan rantai panjang protein menjadi sebatian yang dapat dicerna oleh tubuh. Menurut penerbitan dari jurnal Biomolecules, enzim ini juga membantu fungsi pembelahan sel, pembekuan darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, dan penting untuk fungsi tubuh lain yang penting.

Tempe juga menurunkan risiko mendapat risiko mendapat osteoporosis. Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia juga dapat mencegah osteoporosis pada wanita yang telah mengalami menopause.

Dalam terbitan dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition, menyebut penyerapan kalsium dari tempe tidak berbeza jauh dengan susu lembu. Untuk mendapatkan nutrisi yang sama dengan segelas susu, kita hanya perlu mengambil potong tempe. Hal ini tentu bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah alahan pada protein susu lembu.

Tempe juga membantu mencegah anemia. Ini kerana tempe mengandungi vitamin B12 yang membantu tubuh dalam menghasilkan sel darah merah. Dalam setiap 100 gram tempe mengandungi sekitar 1.7 mikrogram vitamin B12. Ia memenuhi 42 peratus keperluan vitamin B12 setiap hari. Kekurangan vitamin B12 dalam tubuh akan menyebabkan rasa pening, penat, pucat pada kulit, keseimbangan tubuh menurun, dan mengganggu mood.

Tempe juga dapat menangkis tindakbalas radikal bebas kerana ia mempunyai sebatian antioksida (dalam bentuk isoflavon) yang sangat diperlukan untuk menghentikan tindakbalas dan pembentukan radikal bebas.

Salah satu kesan dari radikal bebas adalah mempercepatkan proses penuaan. Dalam setiap 100mg tempe, mengandungi sekitar 10-38 miligram isoflavon yang mempunyai pelbagai manfaat.

Kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina menunjukkan bahawa sebatian antioksida pada tempe dapat membantu pencegahan kanser prostat dan payudara. Selain itu, ia juga menurunkan risiko masalah pada jantung.

Tempe membantu menurunkan berat badan. Dalam setiap 100 gm tempe mengandungi 20.8 gram protein. Dalam kajian yang diterbitkan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan diet tinggi protein berasaskan kacang soya memiliki keberkesanan serupa dengan protein yang diambil dari daging haiwan.

efektivitas yang sama seperti pada daging atau produk hewani lainnya. Selain mampu mengurangi berat badan, diet ini juga bisa menurunkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.

Dalam kajian yang lain juga menunjukkan diet kaya protein dapat merangsang thermogenesis, iaitu membantu tubuh membakar lebih banyak kalori setelah makan.

Tempe goreng adalah salah satu bentuk makanan yang paling digemari. Namun sayangnya, kandungan nutrisi yang terdapat dalam tempe, seperti prebiotik yang diperolehi melalui proses fermentasi mungkin akan rosak apabila digoreng.

Tempe boleh dimakan mentah. Cuma pastikan ia bersih. Tempe yang dikisar boleh dimasukkan ke dalam jus buah-buahan.

Semoga bermanfaat.


www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

17/08/2022

Tiada Pegawai Perubatan hari ini, kesulitan amat dikesali.

12/07/2022

Selamat Hari Raya Aidiladha. Makluman doktor bertugas pada khamis (14/7/22) sahaja pada minggu ini. Harap mok long

27/06/2022

TIADA PEGAWAI PERUBATAN BERTUGAS PADA 28/6.HARAP MAKLUM.

18/06/2022

Berase sihat gune minyak sayur? Makan salad pon buh mnyak jagung, meh nok share minyak terbaik utk wak masok.
*Minyak Avocado
*Minyak Zaitun

Ehh, mok cik nok cari mane minyak gitu, doh la mahal. Abokado pon x rajin makang. Jgn risau, ni 2 lagi minyak yang Ok dan mudoh cari.

*Minyak Sawit
*Minyak Kelapa

ELAKKAN GUNA:

€Minyak Canola
€Minyak Jagung
€Minyak Bunga Matahari
€Minyak kacangsoya

Ni antara minyak "Vegetable oil" yang mengandungi Omega 6 yang tinggi yang x bagus untuk kesihatan.

12/06/2022

Assalamualikum, untuk makluman tiada pegawai perubatan hari pada 13,14 hb 6 (Isnin Selasa) pada minggu ini. HARAP MAKLUM.

08/06/2022

"saya x g kerja, nok MC"...
Saya batuk2, Bos suruh ambik mc.
Sy demam, nok mc.. chek suhu normal je.

Ni antara gelagat pesakit di mana2 klinik atau fasiliti kesihatan. Perlu difahami mc 'Medical Certificate' @ Sijil Cuti Sakit tidak akan diberikan bilamana seorang pesakit kelihatan sihat, gagal memberikan sejarah penyakit dengan lengkap, selain tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak menghadiri sesuatu aktiviti yang seharusnya diikuti. Buang 'mindset', g klinik ambil mc, kna tukar g klinik untuk dapatkan rawatan, mc itu akan diberi setelah dibuat penilaian oleh Pegawai Perubatan berdasarkan tahap kesihatan anda.

Contoh sakit yang tidak perlu MC
- jerawat batu
-lenguh bahu
-selsema ringan
-lekat tulang ikan kerisi
-malas@ terlewat bangun pagi untuk masuk kerja.

02/06/2022

KLINIK atau fasiliti kesihatan masih PERLU memakai penutup muka.Harap patuhi sop

30/05/2022

Tiada Pegawai Perubatan hari ni 30/5. Harap Maklum.

26/05/2022

Makluman tiada pegawai perubatan bertugas pada esok, Jumaat 27/5.

25/05/2022

Tiada Pegawai Perubatan hari ini, harap maklum.

04/05/2022

Klinik buke 5&6 hb.. khmis jumaat..cuma tiada doktor..

12/04/2022

Maaf, pegawai perubatan TIADA hari ni.. Rabu, Khamis Ada

02/04/2022

Selamat Mnyambut Ramadhan semua yang beragama Islam..Semoga sentiasa sihat jasmani rohani untuk beribadah kepada Nya.

28/03/2022

Pegawai Perubatan TIADA pada Isnin Selasa minggu ini.

14/03/2022

Antigen rapid test covid (air liur) sudah sampai... barang x banyak... boleh dapatkan yea skrg..

14/03/2022

Makluman : Tiada Pegawai Perubatan minggu ni kecuali Khamis.

10/03/2022

Memandangkan banyak permintaan, kita akan order 'saliva kit' untuk (jual) bagi memudahkan penduduk kampung terutamanya yang jauh untuk ke farmasi atau kedai.
Harge insyaAllah mampu beli.... guane ok.dop??

Photos from Klinik Komuniti Kuala Pahang's post 27/02/2022

Meh pakat tengok lagi2 Hok Kerja...

11/02/2022

Awas!! V**e BuKaN selamat, ade org kate baik hisap v**e dari rokok, itu ibarat ngelok ke kuba tapi terlanggor plok lembu. Hati2 mok ayah, ank hisap rokok kita bleh cium bau, tapi v**e x bau pon.. nok beli plok mudoh lenim

28/01/2022

1 & 2 Febuari (Selasa Rabu) Tahun Baru Cina. Jangan mari klinik dehh, tutup bosskuu... Yang mane putuh ubat, rajin2 la cek ye... 31 hb klinik buka lagi.

28/01/2022

Kalau pernah mari klinik, JANGAN LUPA bawa kad rawatan lagi-lagi kalau sakit BERULANG... dalam rekod ni la kita rekod.. Simpan sekali ngan surat tanah dehh, simpan ngan bil air memang hilang la.adik kakak...bye

24/01/2022

Musim2 panas ni, mudoh jadi kering, sakit tekak, keradangan dan batuk2, tamboh plok baham Rokok bola, Gudang garam...untuk kurangkan gejala ni boleh :

*minum air suam banyok
*air lemon
*kumur dengan air garam/kumur antiseptik
*madu
*lozenges

Tapi jika ada gejala lain seperi Anosmia( hilang deria bau)& Ageusia (hilang deria rasa), sebaiknya buat ujian kendiri Covid-19.

Telephone

Website

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00