Infaq MUB
Ekin Gebus - Kedai Minuman yg menyajikan sajian minuman menjadikan anda yang #hauslah terus rasa lega
Makan dengan anak-anak ini buat Kak Yan rasa takkan tinggalkan sebiji nasi lagi...
Terima kasih yang turut infaq di
Tq juga buat ♥️
Doa ini buat circle CERTIFIED HRD TRAINERS MALAYSIA dan Trainerpreneur yang dermawan infaq buat anak-anak yatim dan asnaf..
Alhamdulillah kelmarin hajat mereka nak gantikan TV yang rosak kita dapat sama-sama usahakan hantar..
Moga anak-anak boleh buat belajar dan alat bantu mengajar untuk hafaz Surah..aamiin
Makan sedulang dengan mereka
Jom bersama Kak Yan esok di...
Pusat Jagaan Khaulah Al Azwar
No 3, Taman Desa Murni,
Jalan Temenggung Ahmad,
84000 Parit Bakar, Muar , Johor.
9.8.2024, Jumaat
Antara 12.00pm tengahari ke 1.00pm. (sebelum solat Jumaat)
WA tepi untuk join untuk kita top up makan tengahari.
Terima kasih kepada semua yang berinfaq buat Anak Yatim dan Asnaf.
Terima kasih tang infaq
Anak-anak syurga kita merasa makan durian...
di rumah Anak-anak Yatim Muar
Dalam kegembiraan kita..
jangan dilupa anak-anak yatim dan asnaf,
wajah-wajah gembira mereka jauh lebih menggembirakan....masyaAllah.
Jadikan mereka asbab untuk kita bangun
bersemangat tiap pagi, asbab kita terus belajar tambah ilmu yang kita belum tahu, asbab kita nak buat lebihhhh lagi!!
Rehlah anak2 Yatim, Asnaf dan pelajar Tahfiz Ummu Anisah Muar.
Setiap Jumaat, CSR kami di untuk mereka makan lebih sedap dari biasa dan kali ini, mereka dapat jalan-jalan, mandi-manda dan main istana pasir sempena cuti sekolah...
Alhamdulillah,
Allah izinkan Kak Yan dan circle TRAINERPRENEUR - TRAIN APA HARI NI?, circle Leading Quantum Consultancy dan circle kak yan untuk istiqamah menyantuni abak-anak yatim dan asnaf.
Harini lauk Ayam masak Kicap dan Lemak labu buat anak-anak comel di Muar.
Terima kasih kepada yang kongsi rezeki di bit.ly/infaqMUB
Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain...
Siapa Harut dan Marut?
Apa beza kisah Harut dan Marut yang Israiliat dan Qurainiyyah?
Harut dan marut adalah 2 malaikat, yang Allah turunkan di Kota babil (babylon) di negara Iraq.
Ada beberapa nama Malaikat yang Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran dan nama Malaikat yang dua ini ada dalam ayat 102 Surah Al-Baqarah.
Apa ayat Al-Quran yang terdapat dalam nya
nama Harut dan Marut?
وَاتَّبَعوا ما تَتلُو ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلىٰ مُلكِ سُلَيمَـٰنَ ۖ وَما كَفَرَ سُلَيمَـٰنُ وَلٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَروا يُعَلِّمونَ النّاسَ السِّحرَ وَما أُنزِلَ عَلَى المَلَكَينِ بِبابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ ۚ وَما يُعَلِّمانِ مِن أَحَدٍ حَتّىٰ يَقولا إِنَّما نَحنُ فِتنَةٌ فَلا تَكفُر ۖ فَيَتَعَلَّمونَ مِنهُما ما يُفَرِّقونَ بِهِ بَينَ المَرءِ وَزَوجِهِ ۚ وَما هُم بِضارّينَ بِهِ مِن أَحَدٍ إِلّا بِإِذنِ اللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمونَ ما يَضُرُّهُم وَلا يَنفَعُهُم ۚ وَلَقَد عَلِموا لَمَنِ ٱشتَرَٮٰهُ ما لَهُ فِي الآخِرَةِ مِن خَلَـٰقٍ ۚ وَلَبِئسَ ما شَرَوا بِهِ أَنفُسَهُم ۚ لَو كانوا يَعلَمونَ
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
So apa yang kita boleh fahamkan dari ayat ini, Allah turunkan Harut dan Marut di kota Babylon, Harut dan Marut bukan mengajar sihir untuk diamalkan. Mereka diturunkan untuk beritahu betapa mengamalkan sihir tu kafir, dan akibat dari amalan sihir tu bahaya.
Tapi kenapa mereka ajar?
Apa beza mengajar dan mengamalkan?
Apa beza belajar dan beramal dengannya?
Jom kita kupas...
Contohnya:
Kita tahu dan belajar arak tu haram, judi tu haram, zina tu haram, khinzir tu haram. Kita kena balajar kan?? kenapa kena belajar? untuk tahu dan jauhkan...
Apa kita belajar? Contohnya, Arak tu air yang macam mana, anggur diperam dan memabukkan, judi tu apa? yang bertaruh duit untuk dapat ganjaran, zina tu adalah perhubungan badan antara yang belum bernikah, khinzir tu adalah haiwan yang dot dot dot...kita belajar dan diajarkan...
Tapi kita amalkan tak?
Kita belajar arak tu apa, kesan dia apa, tapi kita belajar untuk kita jauhkan..Kita minum tak arak? Kita makan khinzir tak?
Tak, kan. Tapi kena belajar kan?
Ha, macam tu lah yang kita kena faham dari ayat ini.
Allah turunkan Malaikat Harut dan Marut waktu tu di Kota Babil sebab Yahudi pada zaman Nabi Sulaiman tu dah melampau.
Mereka amalkan sihir dan paling teruk, syaitan laknatullah ni tuduh sihir datang dari Nabi Sulaiman, dan kisah Israiliat kisahkan macam-macam tentang Harut dan Marut ni. Memang kerja syaitan untuk hasut dan sesatkan manusia.
Sebab tu juga dalam ayat ini, Allah SWT bersihkan nama Nabi Sulaiman..."padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu"
Tapi, tau tak apa jadi?
Manusia kat situ macam tak kisah, diorang belajar sihir dari Harut dan Marut untuk diamalkan, bukan sebagai ilmu untuk mereka sedar keburukan sihir ni pada tauhid mereka. Tapi kerana nafsu mereka amalkan sihir ni untuk buat tak baik, untuk nak puaskan nafsu mereka...
Diorang kata lebih kurang, "Eh, sihir ni macam best je. Kita try lah!" Mereka guna sihir tu nak buat jahat, hancurkan hubungan , macam-macam la diorang buat...
Kisah Harut dan Marut adalah satu pengajaran untuk kita, yang Allah uji hamba-Nya dengan pelbagai cara, dan syaitan masuk jarum pesongkan manusia dengan bisikan-bisikannya.
So, korang, kita kena taat dengan perintah Allah, elakkan benda yang bawa syirik, walaupun tergoda, kalau ada uskun (ustad dukun) yang amalkan sesuatu menyimpang dari Al-Quran, jauhkan...kita ada hak untuk tanya, untuk jelas ilmu apa dia guna.
Paling merisaukan Kak Yan ialah bila kawan-kawan yang berubat sana-sini, takut-takut baiknya tak, tapi terhimpun kat diri yang berubat tu, pelbagai tipu muslihat syaitan dari sihir-sihir yang salah ilmunya.
Lagi merisaukan bila sihir saling berlawan...mangsanya? Orang yang tak ada ilmu pergi berubat dengan yang salah bawa ilmu...naudzubillah...
Untuk kita jauhkan sihir atau percaya sihir atau terkena sihir atau ubati yang rasa ada sihir, baca dan amalkan ayat 102 ini, untuk kita mengharapkan pertolongan hanya dari Allah SWT.
Wallahu A'lam
Berapa Tafsir Al-Quran ada kat rumah? Berapa kisah dah kita baca, faham dan ambil ibrah, berbanding cerita kat tv, movie kat netflix, drama kat telegram. Ya Allah, ajari aku apa yang belum aku pelajari dari Al-Quran. aamiin.
Ini gambar Ai, bukan gambar nyamuk yang menggigit otak Raja Namrud yang tidak mengaku Allah SWT adalah Tuhan sekelian alam.
Alhamdulillah hari ni, sudah menghabiskan juzuk3. Kak Yan mendengar perkongsian Hjh Azizah hari ini untuk tadabbur Juz 3 dengan adab seorang sedang belajar, tak buat perkara lain, duduk tegak seperti bertalaki ilmu, sebab nak tambah ilmu dari Al-Quran.
Bila dengan nama Raja Namrud. Kak Yan pun pasang azam nak tahu kisah Raja Namrud dengan lebih lagi hari ni.
Raja Namrud, Allah kurniakan dengan banyak kepakaran. Rupanya dialah founder kepada horoskop, dia buat tu supaya orang tidak membuat pengharapan kepada Allah. Dia juga yang jumpa tentang banyak formula matematik.
Yang tengok2 horoskop tu, harap berhenti ya!
Percaya lah pada Qada' dan Qadar, bukan ramalan horoskop.
Macam-macam yang Raja Namrud buat semata-mata nak cabar Allah. Tapi apa je yang Raja Namrud bidas dengan Nabi Ibrahim AS dapat dijawab dengan bijak.
Tapi posting ni, saya nak kongsi cabaran Raja Namrud dengan Allah yang satu ini. Dengan nada yang tinggi Raja Namrud cabar Allah untuk menentangnya disebuah tempat.
Raja Namrud pun kumpul ala tentera dia yang ramai lengkap dengan senjata yang serba canggih.
Apabila tiba di tempat itu, Allah telah turunkan beribu-ribu nyamuk yang halus.
Kejap je nyamuk2 tu tembus kulit tentera Raja Namrud dan bunuh mereka. Raja namrud dapat lari tapi ada seekor nyamuk. masuk otak dia.
Dikatakan, 40 hari 40 malam macam tu nyamuk tu gigit-gigit otak Raja Namrud.
Korang bayangkan, kalau ada semut kat telinga pun kita dah sakit, apatah lagi, nyamuk yang gigit2 otak.
Dalam tempoh yang sama, Nabi Ibrahim tetap datang dan berdakwah pada Raja Namrud, tapi Raja Namrud tetap kata dirinya Tuhan.
Akhirnya, sebab tak tahan, Raja Namrud panggil orang suruhannya dia untuk pukul kepala sebab tak tahan sakit. Tapi tak boleh hilang juga, terpaksalah Raja namrud suruh pukul dengan kuat. Rupa-rupanya itulah pukulan kuat yang terus buat Raja Namrud mati.
Lepas tu nyamuk tu merangkak keluar dari telinga..
Berakhirlah kehidupan seorang raja yang takbur yang mati akibat seekor nyamuk yang kecil.
So apa yang kita boleh pelajari di sini:
1. Nabi Ibrahim tak pernah give up untuk berdakwah walau dia tahu Raja Namrud memang degil, sombong dan takbur. Kadang-kadang kita ni, orang perli sikit dah cakap..'tak pelah....dia tak s**a aku'..
2. Sesuatu yang kecil jangan kita sangka tak upaya. Betapa pandainya Raja namrud tapi kalah dengan seekor nyamuk yang kecik. Risau kalau ada rasa kita lebih pandai dari orang, maybe dalam kepakaran kita tu, dia kurang, tapi bab lain..
3. Tak perlu nak cabar-mencabar. Semua ilmu kita ada dari Allah, cuma lebih atau kurang, berkat atau tak je...
4. Kena ada ilmu. Bila baca tentang semua ayat Nabi Ibrahim AS bidas Raja namrud, kalau tak ada ilmu, memang tak boleh jawab...bukan ada ilmu untuk tunjuk pandai, tapi jadikan ada Ilmu untuk tunjukkan yang Allah pandaikan kita dengan IlmuNya
5. Betapa tetapnya pendirian mereka setelah beriman. Puteri Razia, anak Raja Namrud tetap dengan pendiriannya yang Allah Tuhan Semesta Alam, tak takut walau kena humban masuk api. Allah ada...
Satu ayat yang Kak Yan amalkan ialah Qul naa Yaa naaru Kuuni Bardan wasalaam A'la Ibrohim - ﴿قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ﴾
Bila tengah panas..hari panas, atau panas nak marah...
Wallahu a'lam
Dekati mereka yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman. Jauhi mereka yang cerita keburukan orang lain. Dosa membawang jauhkan rezeki, tambahkan dosa.
Salam Ramadan Kareem.
1 hb dah lepas. Alhamdulillah dipermudahkan settlekan semua; gaji, kwsp, perkeso, trainer fee, trainerpreneur fee, bills, sewa office, installment, infaq MUB, insurance, med cards, comm fee
TIPS menjemput lebih rezeki, insyaAllah♥️
Lauk ayam buat anak-anak yatim dan asnaf di Muar hari ini..
Terima kasih kepada yang kongsi rezeki RM10 di bit.ly/infaqMUB
Ustaz pesan dalam Yadul Ulya Isnin lepas, solat Istikharah bukan hanya apabila di persimpangan pilih A atau B, tetapi dilakukan untuk 'memohon petunjuk' Allah SWT dalam melakukan sesuatu perkara atau urusan
Jom lazimi
Surah Al-Mulk
setiap selepas Isya'
Senyum tanpa perlu judge sesiapa
Ikhlas tanpa memilih sesiapa
Bahagia tanpa membuat syarat
Doa pakai baju. Jom amalkan
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا الثَّوْبَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ
"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian ini kepadaku sebagai rezeki, tanpa daya dan kekuatan dariku"
Alhamdulillah...
Allah izinkan kita konsisten bawakan anak-anak yang mereka nak buat hari ni, Isnin sempena hari Penyampaian Hadiah anak-anak yatim, pelajar Tahfiz dan asnaf.
Favourite mereka ayam masak merah.
Dan kali ni cikgu wasap bagitahu sesuatu yg meruntun hati.."anak2 dah lama x makan sate.."
Syukur sebelum ni berkat perkongsian ramai2 kita sama2 bawakan durian beberapa kali, convert tilam baru, ganti washing machine rosak, air penapis, ganti peti ais, betulkan bumbung, dapatkan Android TV, baju sekolah dan banyak lagi..
Tiadalah daya Kak Yan seorang tanpa infaq dari circle positif Kak Yan. Dan tiada daya juga untuk tambah rumah2 anak yatim lain untuk infaq skala besar seperti di sini..
Semoga segala yang kalian kongsi, tambah redha Allah. Aamiin
Infaq MUB
Alhamdulullah, semalam ziarah mak yang dikasihi. Walaupun mak dah 80 tahun, mak masih sihat dan ceria macam biasa...
Mak ada beberapa amalan yang Kak Yan rasa asbab mak terus sihat dengan izin Allah..
Antara 5 amalan Mak..
1. Baca Doa selepas Wudu'
Selepas keluar bilik air Mak angkat tangan, ngadap kiblat dan berdoa. Cuba korang tengok maksud doa selepas wudu' ni.
"Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untukNya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepadaMu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hambaMu yang soleh.”
Mak banyak ajar aku mcm mana nak betul2 bersih masa memasak dengan cucur dan lalukan air, mengemas dan urus rumahtangga.
2. Setiap bacaan Mak dalam solat dan
Doa Mak baca sangat terang kedengaran..
Mak tak gopoh-gapah solat dan sangat focus. Kadang2 Mak start solat dulu tapi aku yg habis dulu.
Doa Mak yg paling terkesan bila Mak doa, “ Ya Allah pelihara anak2 menantu, cucu, cicit dan keturunan aku seperti Allah memelihara keturunan Rasulullah s.a.w.
Allahu Akbar. Sebak aku dengar. Dan doa2 lain yang MasyaAllah panjang Mak baca sebutir-sebutir.
3. Doa untuk setiap anggota badan Mak.
Doa ini memang rare. Dan masa baca doa ini aku akan bayangkan keadaan anggota badan ni sedang dalam keadaan yang sihat dan baik.
“Ya Allah sihatkan badan aku, otak aku, jantung aku, buah pinggang aku, hati aku, limpa aku, paru-paru aku, rahim aku, perut aku..............” (pjg lagi)
Mak sebut anggota badan dan organ2 Mak. Alhamdulillah Allah pelihara organ2 Mak.
4. Amalan Surah Al-Waqiah
Mak selalu pesan baca Surah ni Allah beri kemewahan dan hidup senang. Memang Mak aku “sugih” kalau org banjar kata. Manjang ada duit padahal Mak tak kerja pun.
Alhamdulillah syukur Ya Allah. Kau beri rezeki berlimpah-ruah kat Mak. Dan tempiasnya pada anak-anak Mak yg Mak turut doakan.
Kak Yan ikut amalan ni, dan baca Al-Waqiah lepas Asar.
5. Doa nak tidur dan bangun tidur.
Setiap kali nak tidur, amalan bacaan Mak dan doa Mak agak panjang. Aku pun kadang2 cuma sempat baca Bismikallahumma Ahya Wa Amut dan jalan.
Tapi Mak baca mcm2. Ayat Kursi. Syahadah. Surah 4 Qul dan siap dengan doa2 untuk Mak dan anak-anak menantu, cucu cicit sekali.
Bila bangun Mak tadah tangan dan doa yang anggota badan tu sekali lagi dan selesai doa Mak sapu kat badan Mak. InshaaAllah aku pasti akan amalkan juga.
Semoga Allah panjangkan umur Mak dan kurniakan Syurga buat Mak dan Arwah Abah.
Kami sayang Mak dan nak Allah himpunkan kita semua di Syurga yang kekal di sana. Aamiin.
Ustaz tadi kongsi. Solat adalah penghubung. Tak perlu ada kabel nak berhubung dengan Allah. Berhubung direct dengan Allah dalam Solat. Allah kurniakan Solat kepada Rasulullah saw direct dalam Isra' Mikraj. Semoga 2,4,4,3,4 kita Allah terima 🤲🏻
Apa yang kita beri, nampak untuk mereka
Tetapi apa yang kita beri sebenarnya adalah untuk kita...
Di sana...insyaAllah
Tahun 2024, nak ziarah 24 Masjid dan Surau dan Solat Hajat untuk mohon Allah maqbulkan 24 matlamat UTAMA tahun 2024 ini. Aamiin.
Berapa yang dah kita beri?
Esok Jumaat..
Hari ni Khamis.
Kenapa Jumaat?
Sekurang-kurangnya ada hari yang ingatkan kita untuk memberi lebih dari biasa.
Link Infaq: bit.ly/infaqMUB
Dah bayar zakat perniagaan?
Rata2 semalam, ramai dah bayar zakat perniagaan. Tapi bila kita kupas tentang "Cukup 1 Haul (setahun)", macam mana kira dan bila nak bayar, masing-masing mula tanya soalan.
Soalan-soalan ni lah yang kita nak untuk dama-sama faham dan betulkan..
Inilah sebab kita kena terus belajar, dan bila belajar dengan mereka yang dalam niche latihan, sama dengan kita, soalan2 yang kita tak tahu nak tanya, orang lain dah tolong tanya.
Tq pada Company Secretary kami, Pn Izzati yang sharing kepada 40 trainerpreneur kami tentang SSM, Current Account dan Tax. Dan kenapa sesi dsn tajuk ni semalam pun lepas Izzati sebagai akauntan tanya Kak Yan...
Duit banyak-banyak ni Transfer siapa?
Trainerpreneur.
Mereka kerja dengan Kak Yan ke?
Tak?
Ambil komisyen ke?
Tak
Habistu?
So semua yg hadir semalam dah dapat sesuatu?
Daftar SSM, Buat Current Account dan ready untuk bayar tax perniagaan ya. Barulah berkat berniaga...insyaAllah.
Terima kasih kepada ramai yang feedback sesi malam tadi banyak mereka belajar dan banyak mereka perlu perbaiki.
Kepada Grup Beta, pagi ni kami dsh kupas beza Trainer Fee dan Training Fee untuk anda rancang Zakat Pendapatan dan Zakat Perniagaan. Bayar zakat kat pejabat agama ya, bukan sedekah...
Zakat Wajib
Sedekah Sunat
Alhamdulillah, Allah turut izinkan juga hari, bersama circle Kak Yan untuk sampaikan sedekah beras kepada Rumah Anak Yatim dan asnaf Sungai Petani...
Terima kasih kepada kalian yang konsisten setiap Jumaat berkongsi rezeki di bit.ly/infaqMUB. Setiap yang kita infaq bukanlah untuk orang yang menerima, tetapi untuk diri kita sendiri...
Semoga Allah lipatgandakan ganjaran dari setiap butir beras yang disumbangkan. Aamiin..
Alhamdulillah, Allah izin bersama circle Kak Yan untuk sediakan buat anak yatim dan asnaf Muar.
Terima kasih kepada semua yang turut sama menyumbang di bit.ly/infaqMUB
Bila beras naik, antara yang terkesan, rumah anak-anak yatim dan asnaf. Minggu ini, kita buat semalam, Sabtu...
Terima kasih kepada semua yang infaq RM10 di bit.ly/infaqMUB. Alhamdulillah dah masuk tahun ketiga semenjak PKP. Takkan istiqamah tanpa kalian yang istiqamah kongsi rezeki bersama..
Yang berharap untuk didoakan dengan doa khusus, boleh beritahu..InsyaAllah anak-anak yang belajar Al-Quran, yang tiada banyak dosa ini doakan khusus buat anda.
Jika bekehendakkan didoakan untuk kesembuhan, untuk kejayaan, untuk dapatkan sesuatu..silakan...
Ini adalah program bersama Circle Kak Yan dari , , dan ..🌹
Semoga Allah redha..aamiin.
Betul ke anak yatim umumnya nakal?
Pernah dengar satu ceramah dari seorang ustaz, beliau mengiakan soalan ini dan beri satu jawapan yang Kak Yan rasa logik.
Mungkin mereka tiada ibu atau ayah atau keduanya yang sentiasa mengawasi dan memberi nasihat...ya mungkin..
Pernah sekali kami beberapa kereta membawa anak-anak yatim ke program perasmian LQ Training Centre (yang lama), dan salah satu kereta tu kereta adik kak yan, Harry.
Harry bawa anak-anak yatim lelaki, masa tu di traffic light. Dari belakang nampak kereta tu bergerak-gerak macam ada yang melimpat-lompat kat dalam. Tak lama lepas tu stop..
Harry cerita, rupa-rupanya anak-anak yatim lelaki sangat agresif bermain dalam kereta dia dan sakat sesama sendiri sampai dia terpaksa jerit, "Diam!!!!" sebab bila cakap, mereka tak dengar..
Alahai....comel jer.
Pada Kak Yan, kanak-kanak nakal itu biasa. Tak kira anak yatim atau tidak..Mereka sedang membesar dan nakal ini bukan istilah negatif pun, dia adalah satu karakter normal bagi seorang kanak-kanak, yang ada ibu ayah pun nakal juga..
Kak Yan, sampai dah beranak-pinak pun masih nakal...bagi sesiapa yang rapat dengan Kak Yan, betul tak?
Apapun, anak-anak yatim di Kasih Setanggi banyak beri kesan dalam kehidupan Kak Yan, bermula episod nampak betul simpanan dari perniagaan adalah asbab mereka, masyaAllah.
Oleh sebab itu, walaupun mereka dah pindah ke Muar dan Batu Pahat, kami masih istiqamah menyantuni dengan saban minggu.
Takkan dapat buat jika berseorang. Bila berjemaah, kerja s**ar jadi sangat mudah. Kebaikan demi kebaikan kepada ramai dapat disebarkan.
Terima kasih kepada yang saban JUMAAT menghulurkan infaq di bit.ly/infaqMUB buat kami terus menyantuni mereka, alhamdulillah.
Noor Ashikin adalah Ibu Ekin yang masak-masak tetap kita untuk di Muar dan zue hassim ialah Ibu Zue yang masak-masak tetap di Batu Pahat. Syukur dikelilingi mereka yang sentiasa bantu memudahkan aktiviti kami buat anak-anak yatim.♥️
Tanpa circle yang dermawan, kami takkan mampu bertahan istiqamah menyediakan buat anak-anak yatim, asnaf dan pelajar tahfiz di Muar.
Terima kasih kepada yang berinfaq di link infaq bit.ly/infaqMUB. Kepada yang ada hajat khusus, doa kalian kami sudah sampaikan kepada cikgu Aini untuk dibacakan oleh anak-anak.
Pernah dengar tak, berbahagialah hidup bila hidup kita ini dalam rahmat Allah dan doa insan-insan yang mendoakan. InsyaAllah, doa buat anda semua dalam doa-doa mereka.
Infaq MUB
Seorang yang pemurah itu dekat dengan Allah dekat dengan syurga jauh dari neraka.
Seorang yang bakhil jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan dekat dengan neraka.