Raja Shahril RAR

Raja Shahril RAR

Green Society, Green Economy, Sustainable Future.

17/02/2024

Persiapan kuliah...

19/07/2022

The Lady Wants to Know

Daddy plays the ashtray
Baby starts to cry
Lady wants to know the reason why
Daddy's just like Coltrane
Baby's just like Miles
Lady's just like heaven when she smiles

Lady wants to know
She wants to know the reason
Got to know the reason why
This man has got to go
This man is always leaving
How he hates to say goodbye
What she doesn't know
Is there really is no reason
Really is no reason why

Micheal Franks

11/07/2022

Al-Hajj (الحج) / 22:37

لَنۡ یَّنَالَ اللّٰہَ لُحُوۡمُہَا وَ لَا دِمَآؤُہَا وَ لٰکِنۡ یَّنَالُہُ التَّقۡوٰی مِنۡکُمۡ ؕ کَذٰلِکَ سَخَّرَہَا لَکُمۡ لِتُکَبِّرُوا اللّٰہَ عَلٰی مَا ہَدٰىکُمۡ ؕ وَ بَشِّرِ الۡمُحۡسِنِیۡنَ

Daging dan darah itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

Intipati daripada khutbah Aidil Adha 1443H

Ritual Korban kita saban tahun sangat kecil nilainya berbanding Aktual Korban yang telah dicontohkan para nabi yang membangun syurga di bumi demi keberlangsungan hidup umat manusia.

Syurga yang di dalamnya mengalir sungai dan lautan, penuh dengan tumbuh-tumbuhan serta binatang ternak yang menjadi sumber penghidupan.

Sehingga Adam a.s. lupa akan janjinya kepada Allah serta sudah tidak lagi mempunyai keinginan yang kuat untuk terus membangun syurga apabila termakan hasutan iblis melalui Siti Hawa.

Lalu terkeluarlah Adam a.s. dari syurga lantaran kelalaiannya.

Setelah kembali sedar, maka dibangunkan semula syurga dengan sifat kemandirian (berdikari) sehingga diwarisi generasi penerus sampai kepada kita hari ini.

Apa yang sedang kita bangunkan hari ini adalah sebagaimana yang telah dicontohkan oleh para nabi terdahulu sejak khalifah pertama Adam a.s.

Sekuriti Makanan adalah pengorbanan para nabi.

Semoga kita mahu menjadi khalifah di bumi yang terus bergerak serta siap dan mampu untuk sentiasa digerakkan.

Semoga Allah memandaikan kita melaksanakan tugas suci ini.

Semoga Allah Meredhai.

Alhamdulillah.

22/01/2022

A shot of Coffee a day to Bright up the Beautiful Sunday.

Have a pleasant weekend.

Praise to God.

Photos from Raja Shahril RAR's post 12/01/2022

“Islam disebarkan oleh Muhammad dengan Cinta bukan pedang. Berbekal Cintanya, ia ‘menaklukkan’ seluruh manusia dan alam semesta.”

"Pernah saya bertanya-tanya siapakah tokoh yang paling memengaruhi manusia? Saya semakin yakin bahawa bukanlah pedang yang menaklukkan sebuah daerah bagi Islam pada zaman itu."

"Melainkan kesederhanaan yang teguh, Nabi yang sama sekali tidak menonjolkan diri, kesetiaannya yang luarbiasa kepada janji, kasih sayangnya yang amat besar kepada para sahabat dan pengikutnya, keberaniannya, kepercayaannya yang mutlak kepada Tuhan dan kepada misinya; inilah, dan bukan pedang, yang mengantarkan segala sesuatu ke hadapan mereka saat mengatasi setiap masalah."

Mohandas Karamchand Gandhi,
Majalah Young India, 1928.

09/01/2022

KISAH LAYANG-LAYANG

Sebuah layang-layang baru saja selesai dibuat. Pemiliknya membawa ia ke lapangan terbuka. Secara perlahan-lahan layang-layang itu menemukan dirinya terbang semakin tinggi. Ketika ia mengangkat wajahnya menengadah ke langit, ia berteriak gembira, "Wah, langit yang biru! Aku akan terbang tinggi sampai ke hujung sana."

Namun tiba-tiba ia merasa bahawa perjalanannya kini agak tersendat dan menjadi berat. Ia tidak bisa bergerak lebih tinggi dan tak mampu maju lebih jauh lagi. Ketika ia menundukkan kepalanya, barulah ia tahu bahawa pemiliknya memegang kuat hujung benang. Benang itulah yang membuatnya tak bisa terbang tinggi.

Layang-layang itu menjadi amat marah, "Mengapa ia tidak melepaskan aku? Bila aku dilepaskan secara bebas, aku pasti akan terbang lebih tinggi menembusi awan-awan yang ada jauh di atas
sana." Demikian layang-layang itu mencuba untuk memberontak.

Tiba-tiba tali benang itu terputus dan ternyata bukan kenikmatanlah yang dia peroleh. Sebaliknya, ia kini jungkir balik terbang tak teratur dibawa angin. Angin kencang datang menghembus dan ia
jatuh tersangkut di atas sebatang pohon. Rangka-rangkanya patah. Kertas-kertasnya sobek. Ia kini menjadi selonggok sampah yang tak
berbentuk. Oh, Nasib! Sungguh suatu mimpi buruk.

*Pada saat seseorang berkata bahawa ia hebat dan kuat, saat itu merupakan awal kehancurannya.

*Barangsiapa meninggikan dirinya, ia akan direndahkan. Barangsiapa merendahkan dirinya, ia akan ditinggikan.

05/01/2022

COFFEE HELPS THE GROWTH OF NEW SHOOTS

Relaxed discussions usually create thoughtful insights and can be detailed with careful planning. The passage of time today does not wait for centuries or decades to change. In fact, times are always changing every second according to human desires.

Humans used to take some time to create photos. Today, with just a smartphone, photos can be produced and even shared around the world without time limits or boundaries. Why? Because of human desire today.

Based on that desire, does man wish for a better life for himself? Or an even greater desire, good for the community and the country? Humans are able to change it only by daydreaming and executing. Freedom of Spirit, Freedom of Thought, Freedom of Science!



KOPI MEMBANTU PERCAMBAHAN PUTIK BARU

Perbincangan santai biasanya menciptakan pandangan yang bernas dan boleh diperincikan dengan perancangan teliti. Peredaran zaman hari ini tidak menunggu abad ataupun dekad untuk berubah. Malah zaman sentiasa berubah setiap detik sesuai hajat manusia.

Manusia dahulu memerlukan beberapa waktu untuk mencipta foto. Hari ini, hanya berbekalkan telefon pintar, foto dapat dihasilkan malah dikongsikan ke seluruh dunia tanpa batas waktu mahupun sempadan. Mengapa? Kerana hajat manusia hari ini.

Berdasarkan hajat tadi, adakah manusia berhajat untuk kehidupan yang lebih baik untuk dirinya? Atau hajat lebih besar lagi, kebaikan untuk masyarakat dan negaranya? Manusia mampu mengubahnya hanya dengan berkhayal dan melaksanakan. Merdeka Ruh, Merdeka Fikir, Merdeka Ilmu!

31/12/2021

BERANI BELAJAR DARI KESALAHAN KUNCI KEMENANGAN

Kalau kecil dulu kamu jatuh, abah biarkan kamu menangis sakit dan bangun kembali. Baru abah pujuk.

Kalau sekarang kamu buat salah, abah dengar kamu merungut didenda dan membetulkan. Baru abah bimbing.

Kalau nanti kamu lupa jasa orangtua. Pesan orangtua abah, "Jangan ditegur. Biarlah dia fikir sendiri." Waktu itu abah diam.

28/12/2021

Soldiers, when committed to a task, can't compromise.

27/12/2021

COKLAT BUKAN JINGGA

Kalau orangtua tak boleh menegur anak, bangsa ini kurang terdidik.
Kalau abang kakak tak boleh terima teguran, bangsa ini kurang beradab.
Kalau anak atau adik meradang bila ditegur, bangsa ini sudah biadap.

Kalau pemimpin tak menerima kelemahan, kekurangan & kesalahan malah menuding orang lain, negara ini sudah mulai berakar kerosakan.

Jangan pernah malu mengakui kesalahan. Jangan pernah kering mengucapkan maaf. Jangan pernah berhenti belajar daripada kesilapan.

16/12/2021

MASJID TERAPUNG DIKUNJUNGI BUNIAN

Orang bunian adalah makhluk ciptaan Allah yang sering dikaitkan kemodenan sains teknologi, kemajuan era kekinian dan serba canggih.

Layar perak menyalahertikan orang bunian seperti makhluk halus yang tinggal di alam berbeza dengan berpakaian serba putih menyerupai manusia serta menakutkan.

Bun-yan: bangunan. Orang Bun-yan ialah orang yang tugasnya membangun. Membangun Kekuatan Bangsa demi Pembangunan Negara. The Unsung Heroes.

17/11/2021
30/10/2021

Angkatan Atlantik Al-Zaytun Indonesia.
Seindah samudera penghubung 2 benua.

Alhamdulillah, semakin betah & mesra.
Menyantuni lingkungan hingga merasa.
Memiliki dan ingin memelihara.
Agar tetap tegak berdiri mentauhidkan Tuhan Yang Maha Esa.

Agar 1 ketika,
Samudera Atlantik tempat bermain penerus bangsa.
Seperti nenek moyang pendahulu kita.

Kita orang pelaut.
Menang 3-2.

Videos (show all)

Aku masih seperti yang dulu
Happy Birthday, Raja Hanyn Nayra Semoga dipandaikan Allah untuk menjadi hamba-Nya mempunyai budi pekerti yang agung. My ...

Telephone