SWCorp Pasir Gudang

SWCorp Pasir Gudang

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Photos from SWM Environment Sdn Bhd's post 01/04/2024
Photos from SWCorp Pasir Gudang's post 26/05/2023

Perkara : Program Make It Green Bersama UiTM Cawangan Johor 2023.
Tarikh : 17-18 Mei 2023
Tempat : Kampus UiTM Cawangan Johor

SWCorp merupakan agensi tunggal yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan sisa pepejal di Malaysia dan berperanan sebagai pihak yang memberi pendedahan untuk meningkatkan kesedaran awam berkaitan penjagaan kebersihan persekitaran. SWCorp sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi pelanggan. Sehubungan dengan itu, pelbagai program berbentuk transformasi minda perlu dilaksanakan bagi meningkatkan penglibatan masyarakat terhadap amalan menjaga kebersihan.
Bagi menjayakan aspirasi tersebut SWCorp Negeri Johor telah menjalankan program yang dapat mendekati pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan menganjurkan Program Make It Green Bersama UiTM Cawangan Johor Tahun 2023. Beberapa sub program telah dijalankan seperti Kutipan Trash To Cash yang melibatkan semua pelajar dan staf UiTM, Pertandingan Rekacipta Model Bandar Bebas Karbon Daripada Barangan Kitar Semula, dan larian Fun Run 5km. Program ini adalah bertujuan melahirkan rasa tanggungjawab individu terhadap pengurusan sisa pepejal dengan mengubah mentaliti mereka ke arah yang lebih optimis agar mereka tidak sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata sebaliknya mereka perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk membuangnya secara lebih sistematik serta Melahirkan pelajar dengan minda kelas pertama terhadap aspek kelestarian alam sekitar sekali gus dapat menzahirkan peranan mereka selaku khalifah dalam menjamin kesejahteraan hidup dan juga kelestarian tamadun.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama IPTA iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor sebagai salah satu simbolik bahawa pihak-pihak yang terlibat memberi perhatian yang serius terhadap kelestarian alam sekitar dan sentiasa mendukung hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersih, indah dan sejahtera.

SWCorp Negeri Johor

Photos from SWCorp Pasir Gudang's post 19/02/2023

PROGRAM PLOGGING SEMPENA JOHOR BERSIH 2.0 SWCORP DAN SWM CAWANGAN PASIR GUDANG

Tarikh : 19 Februari 2023
Masa : 8.00 pagi
Lokasi : Jalan Persiaran Scientex
Berat sisa : 28 kg

Photos from SWCorp Pasir Gudang's post 12/02/2023

PROGRAN PLOGGING SEMPENA JOHOR BERSIH 2.0 SWCORP DAN SWM CAWANGAN PASIR GUDANG

Tarikh : 12 Februari 2023
Masa : 8.00 pagi
Lokasi : Jalan Persiaran Dahlia 2
Berat sisa : 30 kg

Photos from SWCorp Pasir Gudang's post 06/02/2023

PROGRAN PLOGGING SEMPENA JOHOR BERSIH 2.0 SWCORP DAN SWM CAWANGAN PASIR GUDANG

Tarikh : 6 Februari 2023
Masa : 8.00 pagi
Lokasi : Jalan Persiaran Dahlia 1
Berat sisa : 35 kg

Photos from SWCorp Pasir Gudang's post 31/01/2023

PROGRAN PLOGGING SEMPENA JOHOR BERSIH 2.0 CAWANGAN PASIR GUDANG

Tarikh : 31 Januari 2023
Masa : 7.30 pagi
Lokasi : Jalan Mesjid Pasir Gudang
Berat sisa : 41 kg

Photos from SWCorp Pasir Gudang's post 15/06/2022

🚔 THE GREATER JOHOR BAHRU 🚔

15 Jun 2022, Rabu - Satu lawatan kebersihan telah dilaksanakan oleh SWCorp yang diketuai oleh Tuan Pengarah SWCorp Negeri Johor di sekitar Kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi meninjau tahap kebersihan kawasan tersebut. Dalam lawatan tersebut, Tuan Pengarah SWCorp Negeri Johor telah memberikan beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang akan diberikan justeru dapat merealisasikan hasrat YAB Menteri Besar Johor untuk menjadikan daerah Johor Bahru sebagai sebuah daerah yang bersih, indah dan sejahtera.

Turut terlibat sama dalam lawatan tersebut adalah Anggota Penguatkuasa SWCorp Cawangan Pasir Gudang dan warga kerja SWM.

Pihak SWCorp bersama konsesi SWM Environment Sdn Bhd akan sentiasa meningkatkan tahap kebersihan dari masa ke semasa demi keselesaan penduduk setempat.

Photos from SWCorp Pasir Gudang's post 15/12/2021

PROGRAM KEEP IT GREEN PERINGKAT NEGERI JOHOR

DISEMPURNAKAN OLEH Y.BHG PROF. DR. HAJI ISMAIL AHMAD, REKTOR UiTM CAWANGAN JOHOR

15 DISEMBER 2021 (RABU)

BERTEMPAT DI PERPUSTAKAAN TUN DR ISMAIL (PTDI) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN JOHOR, KAMPUS PASIR GUDANG

08/07/2021

Tahukah anda bateri perlu dilupuskan dengan cara yang betul ! Admin nak share mengapa perlu lupuskan dengan cara yang betul.

Photos from Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp's post 07/07/2021
30/06/2021

SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) SWCorp

Mulai 1 Julai 2021 SISPAA SWCorp mula beroperasi.

Sebarang aduan atau maklum balas agensi/ orang awam berkaitan Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal boleh dimajukan melalui pautan berikut:

https://swcorp.spab.gov.my/

Datuk Zainal Abidin Abu Hassan - KSU KPKT
Dr Daroyah Alwi

Photos from SWCorp Pasir Gudang's post 15/06/2021

👮‍♂TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN👮‍♂

15 Jun 2021 - Hasil pemantauan dan rondaan yang di lakukan pihak SWCorp Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang telah mendapati masih berlaku pembuangan sampah yang tidak di benarkan meskipun sudah di pasang papan tanda larangan membuang sampah di kawasan tersebut.Tindakan pembersihan telah di lakukan serta merta bagi mengelakkan aktiviti pembuangan sampah di kawasan yang tidak di benarkan menjadi tidak terkawal

Orang ramai dinasihatkan agar membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah di bekalkan.Untuk sampah pukal,sila keluarkan sampah pukal anda sehari sebelum atau pada hari jadual yang telah ditetapkan mengikut kawasan kediaman masing-masing bagi memudahkan kerja-kerja kutipan di lakukan.

SWCorp akan melaksanakan pemantauan berkala serta Operasi Intip dan Cekup di kawasan Hot Spot bagi membanteras kegiatan pembuangan sampah secara haram. Sekiranya tertangkap dan didapati bersalah, individu tersebut BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN DI BAWAH SUB PERATURAN 8(1) PERATURAN SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH (2011) IAITU INDIVIDU ATAU PEMILIK PREMIS YANG TIDAK MELETAKKAN SISA BAKI KE DALAM BEKAS ATAU TONG SISA YANG DISEDIAKAN.JIKA SABIT KESALAHAN BOLEH DIKOMPAUN SEHINGGA RM 1,000 RINGGIT.

SWCorp tegas dalam memerangi aktiviti pembuangan sisa pepejal di tempat yang tidak dibenarkan.

Jadikan Negeri Johor Bersih, Sihat dan Sejahtera

11/06/2021
Photos from SWCorp Pasir Gudang's post 09/06/2021

👮‍♂TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN👮‍♂

09 Jun 2021 - Operasi Mengesan & Mencari Pesalah Membuang Sisa Pepejal Terkawal Di Lokasi Yang Tidak Dibenarkan

SWCorp Cawangan Pasir Gudang pada hari ini telah berjaya mengesan beberapa alamat premis di lokasi pembuangan sisa pepejal terkawal yang dipercayai dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab yang telah melakukan kesalahan melonggokkan sisa pepejal terkawal ditempat yang tidak dibenarkan.

Tindakan diambil di bawah Sub Peraturan 8(1) Peraturan Skim Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah (2011) iaitu individu atau pemilik premis yang tidak meletakkan sisa baki ke dalam bekas atau tong sisa yang disediakan. Jika sabit kesalahan boleh dikompaun sehingga RM 1,000 ringgit.

SWCorp tegas dalam memerangi aktiviti pembuangan sisa pepejal di tempat yang tidak dibenarkan.

Jadikan Negeri Johor Bersih, Sihat dan Sejahtera

Photos from SWCorp Pasir Gudang's post 08/06/2021

👨‍✈️ TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN 👨‍✈️

08 Jun 2021- SWCorp melalui SWCorp Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang telah mengadakan satu operasi pembersihan sampah haram di Jalan Nenas Utama,Taman Kota Masai. Dalam operasi ini juga pihak SWCorp telah memasang pita penghalang bagi mengelakkan pembuangan sampah haram berulang.

SWCorp juga akan melaksanakan pemantauan berkala serta Operasi Intip dan Cekup di kawasan ini bagi membanteras kegiatan pembuangan sampah secara haram. Sekiranya tertangkap dan didapati bersalah, individu tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 672 Seksyen 71(1). Hukuman sekiranya disabitkan kesalahan, denda tidak kurang Sepuluh Ribu Ringgit dan tidak melebihi Seratus Ribu Ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada Enam Bulan dan tidak melebihi Lima Tahun atau kedua-duanya setiap sabitan kesalahan.

07/06/2021

Semua orang pernah dengar kitar semula (recycle). Tapi tahukah anda kitar tinggi (upcycle) sebenarnya lebih bagus berbanding kitar semula?

Kitar tinggi adalah proses mengubahsuai bahan buangan kepada produk yang boleh diguna semula.

Contohnya balang kaca sos spageti yang dikitar tinggi menjadi gelas air!

Dengan mengitar tinggi, kita tak perlu menggunakan bahan-bahan baru, tenaga dan kos yang banyak digunakan oleh proses mengitar semula. Ini bermakna proses kitar tinggi menjimatkan tenaga dan kos, sekaligus mengurangkan impak pencemaran alam sekitar kita!





Datuk Zainal Abidin Abu Hassan - KSU KPKT
Daroyah Alwi

04/06/2021

Amalan ini nampak remeh. Tapi amatlah penting untuk mengelak penyakit. Oleh itu, pastikan anda:

1. Basuh tangan dengan kerap
2. Basuh dengan air dan sabun selama 20 saat sekurang-kurangnya
3. Nyahkuman tangan dengan kerap ketika berada di luar rumah





Datuk Zainal Abidin Abu Hassan - KSU KPKT
Daroyah Alwi

Photos from SWCorp Pasir Gudang's post 04/06/2021

03 Jun 2021- SWCorp melalui SWCorp Pasir Gudang telah mengadakan satu operasi pembersihan sampah haram di Jalan Serangkai 3,Taman Bukit Dahlia. Dalam operasi ini juga pihak SWCorp telah memasang pita penghalang bagi mengelakkan pembuangan sampah haram berulang.

SWCorp juga akan melaksanakan pemantauan berkala serta Operasi Intip dan Cekup di kawasan ini bagi membanteras kegiatan pembuangan sampah secara haram. Sekiranya tertangkap dan didapati bersalah, individu tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 672 Seksyen 71(1). Hukuman sekiranya disabitkan kesalahan, denda tidak kurang Sepuluh Ribu Ringgit dan tidak melebihi Seratus Ribu Ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada Enam Bulan dan tidak melebihi Lima Tahun atau kedua-duanya setiap sabitan kesalahan.

Timeline photos 02/06/2021

Misi, Visi dan Moto SWCorp Terkini.

Selamat Ulang Tahun SWCorp ke-13

“ERA BAHARU PENERAJU KEBERSIHAN NEGARA”

Datuk Zainal Abidin Abu Hassan - KSU KPKT
Dr Daroyah Alwi

31/05/2021

1 Hari lagi SWCorp akan menyambut Ulang Tahun ke 13. SWCorp mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sokongan kepada SWCorp dalam menjalankan program, kempen dan aktiviti yang dilaksanakan.

Semoga sokongan dan kerjasama yang diberikan akan dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi bagi memastikan SWCorp menjadi peneraju kebersihan negara dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

“ERA BAHARU PENERAJU KEBERSIHAN NEGARA”





Datuk Zainal Abidin Abu Hassan - KSU KPKT
Dr Daroyah Alwi

30/05/2021

Tahukah anda, jumlah sisa makanan yang terbuang ini dianggarkan dapat menampung sehingga 3 billion orang! Adakah anda masih tidak mahu mengasingkan sisa? Apa tunggu lagi? ♻️

Sumber - Mstar 2016

30/05/2021

test..

Telephone

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00