Yayasan Ikhlas Semporna
Yayasan Ikhlas merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang menjalankan proj
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH SEMPORNA TAHUN 1446H / 2024M
Yayasan Ikhlas Semporna dengan kerjasama Masjid Kg Sri Kuala Bibang telah menyertai perarakan sempena sambutan maulidur rasul yang bertempat di Pekan, Semporna.
Seramai hampir 60 peserta yang terdiri dari kalangan sukarelawan Yayasan Ikhlas, pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al Huda dan penduduk kampung Sri Kuala Bibang telah menyertai perarakan ini.
Semangat yang dibawa oleh para peserta wajar diberikan pujian kerana majoriti mereka yang datang dari Kampung Sri Kuala Bibang menaiki lori, dimana jarak dari Kuala Bibang ke Pekan mengambil masa hampir 20 minit (19km). Mereka bersama-sama memberikan sokongan bagi memperingati hari lahir Nabi Muhammad S.A.W.
Inilah antara salah satu semangat kesatuan yang kita harapkan dikalangan komuniti tempatan. Kita ingin membina sebuah komuniti yang saling bekerjasama membantu mengimarahkan aktiviti yang dijalankan di komuniti tempatan.
======================================================
Mari bersama Yayasan Ikhlas bantu mendanai pendidikan kanak-kanak asnaf di Semporna, Sabah
Layari : https://pay.sedekahsini.com/order/form/ALHUDA/Semporna
The verse reminds us,
The importance of time and encourages us to make the most of it to live our best as Muslims.
By using our time wisely, we will find greater happiness in how we spend our lives.β¨
πππππππ π°πππππ
ππππ π»ππππππ
π―πππππππππππ π·ππππππ
SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA π©·
πJom Ketahui 5 Tips Penjagaan Jantung Yang Sihat
π€― Kurangkan Stress
ππΌ Lakukan Senaman
πͺπΌ Kekalkan Berat Badan Ideal
π₯¦ Diet Seimbang
βοΈ Berhenti Merokok
Jantung yang sihat membolehkan kita memberi yang terbaik kepada masyarakat dan orang tersayang.
Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda
In the above verse,
Gratitude is key to our success and happiness in life.
By being grateful to Allah, we recognize that everything we have is a blessing from Him and that He is behind all that we experience.
Yayasan Ikhlas
Your Trusted Humanitarian Partner
The verse highlights,
It serves as a reminder that faith combined with good deeds will lead to Allah's mercy and blessings.
Every act done with sincerity and grounded in faith will be rewarded greatly in the hereafter.
Yayasan Ikhlas
Your Trusted Humanitarian Partner
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2024π²πΎ
Info Sejarahπ‘
Sebelum dikenali sebagai Malaya atau Malaysia, negara ini dipanggil Aurea Chersonesus, bermaksud "Semenanjung Emas," oleh ahli geografi Yunani, Claudius Ptolemy, pada tahun 150 Sebelum Masihi.
Semenanjung ini terkenal sebagai pengeluar emas dan lombong emas disebut pada abad ke-17 oleh penulis Portugis, Godinho de ErΓ©dia.
In the above verse,
Stresses the importance of treating people kindly, especially the ones we are better off than.
When Allah blesses you with wealth, benefit the Ummah with it by donating generously.
Yayasan Ikhlas
Your Trusted Humanitarian Partner
In the above verse,
They broke their promise to Allah, which required them to give to charity if they became wealthy.
This shows they were untrustworthy, didnβt care about their promises, were stingy, and lacked moral principles.
Yayasan Ikhlas
Your Trusted Humanitarian Partner
π²πΎ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-67 TAHUN π²πΎ
Malaysia Madani : Jiwa Merdeka
Kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan dan semangat rakyatnya. Teruskan berjuang untuk tanah air tercinta!i!
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Sama-sama kita doakan semoga bumi Malaysia sentiasa sejahtera dan aman.
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ
Persediaan pelajar-pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al Huda (PPIAH) yang akan menyertai pertandingan Musabaqah Ilmiah yang bakal berlangsung pada 29 Ogos 2024 di Dewan Belia dan Sukan, Semporna.
Program yang julung kali diadakan bakal menyaksikan pertembungan 4 buah sekolah NGO antaranya Madrasah islamiah kg. Pulau mabul , Pusat Pembangunan Kemanusian Kanak-kanak (PPKK) Kg Selamat dan dua buah Pusat Pembelajaran Islam Al Huda Pekan 2 dan Kuala Bibang.
Sebanyak 9 acara bakal dipertandingkan antaranya syarahan, koir, sajak dan banyak lagi. PPIAH bakal menghantar pelajar 66 orang peserta bagi menyertai program Musabaqah Ilmiah ini.
Doakan kejayaan buat pelajar-pelajar PPIAH.
| *JOM BANTU BINA SEKOLAH AGAMA MEROTAI, TAWAU, SABAH* π’
π± "Ya Allah! Macam mana nak belajar dalam kelas macam ni?"
Inilah reaksi awal kami apabila melihat sendiri keadaan kelas di Sekolah Agama (SAN) Merotai ini.
Cuba bayangkan, di dalam kelas yang sempit & panas ini, mereka terpaksa memuatkan 50 orang pelajar di dalam satu kelas & berkongsi tiga orang untuk satu meja belajar.
=================================
π€²π» Alhamdulillah, 4 ekar tanah telah diwakafkan untuk membina sebuah sekolah yang baru & selesa.
πΈ Namun, mereka masih kekurangan dana untuk membina bangunan baru di atas tanah tersebut yang menelan kos sehingga *RM5 juta*
=================================
β
Jom tingkatkan amalan kita di hari Jumaat ini. Dengan setiap infaq kita ini dapat membantu pelajar-pelajar di SAN Merotai ini belajar dengan lebih baik & selesa.
π _Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya._
_Hadis Riwayat Muslim_
β
*CARANYA? IKUTI LANGKAH MUDAH DIBAWAH* π
π Salurkan infaq anda ke akaun
*Yayasan Ikhlas*:
Maybank | *5628 3463 6235*
Ref: Sekolah Agama
ATAU
πKlik link berikut:
https://yikhlas.fund/smSekolahAgama
https://yikhlas.fund/smSekolahAgama
https://yikhlas.fund/smSekolahAgama
====================
β€οΈ Anda juga boleh menyumbang secara berterusan melalui potongan kad secara bulanan serendah RM10 β‘οΈ
https://yikhlas.fund/Infaqbulanan
β
_Setiap sumbangan ke Yayasan Ikhlas layak mendapat pengecualian cukai_
LAWATAN KE FESTIVAL JELAJAH I-HIJAU 2024 π³π
β¨ Menuju Kod Hijau di Semporna β¨
Pada 26 Julai 2024, pihak pengurusan dan tenaga pengajar PPIAH Pekan 2 membawa 35 pelajar tahap 3 ke Festival i-Hijau.
Anjuran Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) bersama Majlis Daerah Semporna di Dewan Arena Masyarakat Semporna.
Festival ini bertujuan melestarikan amalan hijau dan menyokong pembangunan lestari dengan memberi pendedahan tentang penjagaan alam sekitar.
Aktiviti termasuk kuiz, pameran, perkongsian ilmu, pertunjukan keselamatan dari bomba, dan demonstrasi pengitaran semula.
Insya-Allah, ilmu yang diperoleh akan digunakan untuk menjaga kelestarian alam. πβ¨
π² Ikuti sosial media Yayasan Ikhlas untuk maklumat lanjut tentang program dan projek yang dijalankan.
Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda
PENERIMA ANUGERAH TOKOH KHALID IBNU WALID
Tahniah kepada Koperal Mohd Hafiz Afeezan Bin Iskandar (PGA Batalion 15) kerana telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Khalid Ibnu Walid daerah Sandakan.
Beliau adalah seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang boleh dijadikan contoh dan aktif sebagai aktivis NGO dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
Sekali lagi, tahniah dan syabas!
Ikhlas daripada Yayasan Ikhlas
Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda
PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1446H PUSAT PEMBELAJAN ISLAM AL HUDA (PPIAH) KUALA BIBANG
PPIAH Kuala bibang mengadakan aktiviti rentas desa sempena Maal Hijrah 1446H. Para pelajar berarak dari PPIAH Kuala Bibang ke Sk Pokas dan diakhiri dengan menaiki bukit Parapat.
Alhamdulillah, para pelajar bersemangat berarak bersama-sama dengan guru. Mereka mula berarak seawal jam 7.30 pagi sehingga jam 10.00 pagi. Aktiviti diakhiri dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Bagner, guru PPIAH Kuala Bibang.
Terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan program ini. Doakan semoga pelajar-pelajar PPIAH Kuala Bibang diberikan kefahaman dalam menuntut ilmu.
============================================
Ayuh! Berikan sumbangan sedikit kepada pembangunan pelajar PPIAH Pekan 2
https://pay.sedekahsini.com/order/form/ALHUDA/Semporna
Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusian Kepercayaan Anda
Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) Pekan 2 menerima pelawat yang datang dari semenanjung untuk melihat keadaan sekolah-sekolah yang dijalankan oleh NGO-NGO sekitar Semporna.
Alhamdulillah, PPIAH Pekan 2 dipilih sebagai salah satu tempat lawatan mereka. Staf Yayasan Ikhlas sempat memberi penerangan ringkas berkenaan projek pembangunan asnaf yang dijalankan oleh pihak Yayasan Ikhlas di daerah Semporna.
Pihak pelawat juga sempat menyerahkan sedikit sumbangan untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar PPIAH Pekan 2. Ribuan terima kasih kami ucapkan. Semoga ianya menjadi ladang pahala yang berterusan untuk mereka yang menyumbang.
Untuk makluman, PPIAH Pekan 2 mempunyai hampir seramai 300 orang pelajar. Ianya beroperasi 2 sesi setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kami sangat mengalukan mana-mana pihak yang ingin mengadakan program bersama pelajar-pelajar PPIAH. Sekiranya terdapat sebarang persoalan boleh berhubung dengan pihak kami.
==========================================
Ayuh! Berikan sumbangan sedikit kepada pembangunan pelajar PPIAH Pekan 2
https://pay.sedekahsini.com/order/form/ALHUDA/Semporna
Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusian Kepercayaan Anda
PROGRAM CSR BERSAMA MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) SEMPORNA.
Seramai 45 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring daripada MRSM Semporna datang melakukan aktiviti CSR bersama pelajar-pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda Kuala Bibang (PPIAH Kuala Bibang)
Kehadiran mereka disambut dengan meriah oleh pelajar-pelajar PPIAH Kuala Bibang. Banyak aktiviti yang mereka lakukan bersama, antaranya mengajar asas 3M (membaca, mengira dan menulis), mengajar Iqra dan Al Quran dan membantu membersihkan kawasan sekitar PPIAH Kuala Bibang dan Masjid berdekatan.
Pihak Yayasan Ikhlas Semporna mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak MRSM Semporna kerana sudi melaksanakan program bersama pelajar-pelajar PPIAH Kuala Bibang. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi impak yang baik dalam kemenjadian pelajar-pelajar.
==============================
Ayuh! Bantu kami membina generasi yang berilmu di Semporna.
http://pay.sedekahsini.com/order/form/ALHUDA/Semporna
Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusian Kepercayaan Anda.
MAJLIS IHTIFAL AL-HUDA 1445H | PUSAT PEMBELAJARAN ISLAM AL-HUDA
Pada 4 Julai 2024, Khamis telah berlangsung Program Ihtifal Al-Huda (perjumpaan besar-besaran) bagi Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda Pekan 2 & Kuala Bibang yang diadakan di PPIAH Kuala Bibang, Semporna.
Program Ihtifal ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dan memperkenalkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan pelajar.
Terdapat 7 acara dipertandingkan, antaranya ialah pertandingan Azan, Tilawah, Hafazan, Syarahan, Sketsa, Kuiz agama dan Nasyid. Seramai 60 orang pelajar dari kedua-dua institusi telah mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan. Diharapkan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini mendapat manfaat, ilmu pengetahuan dan pengalaman yang seterusnya dapat membina jati diri dan meningkatkan kemahiran interpersonal mereka.
Ini merupakan Program Ihtifal yang pertama diadakan pada tahun ini bagi mengeratkan silaturrahim antara dua institusi PPIAH dan diharapkan program ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun berikutnya.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar, guru dan AJK atas usaha, semangat dan keterlibatan yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan Program Ihtifal kali ini.
====================================
Ayuh! Taja Belajar anak-anak asnaf di Semporna
pay.sedekahsini.com/order/form/ALHUDA/Semporna
Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
Videos (show all)
Contact the organization
Telephone
Website
Opening Hours
Monday | 08:30 - 17:30 |
Tuesday | 08:30 - 17:30 |
Wednesday | 08:30 - 17:30 |
Thursday | 05:30 - 17:30 |
Friday | 08:30 - 17:30 |