Wajah Cantik dengan Bahan Semulajadi

Wajah Cantik dengan Bahan Semulajadi

SUPPLIMENT KURUS BERASASKAN 6 BAHAN SEMULAJADI YANG DAPAT MENBANTU TURUNKAN BERAT BADAN SEAWAL 1 MIN

28/08/2020

BUAH YANG KAYA DENGAN VITAMIN C SELAIN OREN

1. Jambu Batu

Jambu batu merupakan antara buah yang paling tinggi kandungan vitamin C.

Setiap cawan jambu batu mengandungi hampir 377mg vitamin C, iaitu sekitar 4-5 kali ganda lebih banyak berbanding buah oren!

2. Betik

Kebanyakan orang akan makan betik ketika ada masalah penghadaman kan?

Selain melawaskan, betik juga ada banyak kelebihan tersendiri seperti membantu mencerahkan kulit dan menguatkan tulang.

Satu cawan betik boleh memberikan kebaikan vitamin C sebanyak 88.3mg.

3. Strawberi

Warna yang merah dan ceria, semua orang pasti s**a strawberi lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Bagi yang agak masam, boleh buat “smoothie” yang dicampur sedikit susu. Memang sedap!

Khasiat mineral lain di dalam strawberi mampu meningkatkan kesihatan jantung, mengawal kandungan gula dalam darah serta mengurangkan tekanan darah tinggi.

Vitamin C yang terkandung di dalamnya juga cukup banyak, iaitu sekitar 84.7mg secawan.

4. Nanas

Nanas bukan sahaja mempunyai kandungan vitamin C yang cukup tinggi (78.9mg), malah ia juga mengandungi bromelain, iaitu enzim khusus untuk memudahkan penghadaman serta mengurangkan risiko kembung.

Bukan itu sahaja, komponen ini juga bertindak sebagai agen anti-radang semulajadi.

5. Kiwi

2 biji buah kiwi p**a mempunyai vitamin C sehingga 137.2mg.

Ia juga padat dengan mineral seperti kalium (potassium) dan kuprum (copper).

Satu kajian terkini juga mendapati kiwi mampu melancarkan sistem penghadaman serta meningkatkan kesihatan jantung dengan mengurangkan kandungan lemak dalam darah.

Walaupun buah oren sering dikaitkan dengan kebaikan vitamin C, namun banyak lagi buah yang dapat menandingi jumlah vitamin C dalam sebiji oren. Jadi, lepas ni boleh la anda shopping buah-buahan lain p**a untuk vitamin anda kan ?

28/08/2020

Putih telur untuk serikan wajah

Putih telur sebenarnya ada banyak manfaat terutama untuk wajah. Jika sebelum ini anda tidak terlintas untuk menggunakannya, mungkin selepas ini anda boleh mencuba. sebelum menggoreng telur, simpankan sedikit putih telur ya. hihi. Okay, antara manfaat putih telur ialah:

1. Menyingkirkan bintik hitam di wajah

Bintik hitam di wajah boleh menjadi masalah besar bagi anda. Masalah ini sangat membuat keyakinan diri kurang. Dengan mengoleskan putih telur ke wajah, pori-pori yang ada di kulit akan mengecil, dan bintih hitam yang ada di wajah makin lama makin kurang.

2. Mengurangi minyak di wajah

Putih telur mampu mengecilkan pori-pori wajah, putih telur sangat baik bagi mereka yang wajahnya berminyak. Perawatan yang dilakukan pun sama dengan perawatan mengecilkan pori-pori. Anda perlu membersihkan wajah anda terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Cukup dua manfaat dulu ya, di lain post saya akan kongsikan beberaap lagi manfaat lain tentang putih telur ni okay . Selamat mencuba.

21/08/2020

buah apa yang kaya dengan vitamin c ?

18/08/2020

kebaikan jus lemon kepada tubuh badan:-

1) Air perahan lemon yang dicampur di dalam air panas / suam boleh membantu mengatasi masalah pencernaan.

2) Sangat bagus untuk memerangi masalah sakit tekak, jangkitan tekak dan juga tonsil. Ini kerana lemon punya agen antibakteria. Selain minum air perahan lemon, boleh juga jadikan ia sebagai ubat kumur.

3) Membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan. Ambil jus lemon yang dicampur dengan segelas air suam dan madu pada setiap pagi untuk tujuan ini.

4) Vitamin C yang terdapat dalam lemon membantu mengurangkan masalah kulit berkedut, kulit kering kerana faktor penuaaan dan juga lain-lain masalah kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.

5) Lemon mengandungi 22 khasiat yang mampu mengurangkan risiko diserang kanser.

6) Ketika demam atau selesema, adalah sangat bagus jika anda mengambil lemon segar. Ini kerana kandungan asid sitrik, bioflavonoids, vitamin C, kalsium, pektin boleh meningkatkan sistem imunisasi.

7) Mengawal tekanan darah. Kandungan potassium yang tinggi turut bermanfaat untuk menjaga saluran darah lembut dan fleksibel. Ini boleh membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin B p**a memberi manfaat kepada kesihatan jantung.

Sumber : https://www.healthline.com

17/08/2020

Khasiat Dan Kelebihan Buah Avokado

1. Mengawal Tekanan Darah
Avokado merupakan sumber besar kalsium, yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2. Menggalakkan Kesihatan Mata
Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada katarak.

3. Melindungi Daripada Kanser
Banyak kajian yang telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

4. Ciri-ciri Anti-Penuaan
Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu mengingkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

5. Penjagaan Kulit
Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaan untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

17/08/2020

Manfaat vaselin untuk menjaga kecantikan :

- Melembapkan kulit. Sebuah studi menunjukkan bahwa petroleum jelly efektif dalam menjaga kelembapan kulit. Jadi, agar kulit tetap lembap, jangan lupa untuk mengoleskan petroleum jelly ya setiap hari!

- Mengatasi bibir kering. Untuk mengatasi dan mencegah bibir kering dan pecah-pecah, oleskanlah petroleum jelly pada bibir Anda.

- Mengatasi kaki pecah-pecah. Kaki pecah-pecah kerap terjadi pada kulit kaki yang kering. Setelah mandi, oleskan petroleum jelly pada area kaki yang bermasalah sebelum tidur, kenakan kaus kaki, dan diamkan semalaman. Lakukan secara rutin untuk hasil yang optimal.

- Sebagai pembersih make up. Petroleum jelly ditengarai aman untuk membersihkan make up pada bagian mata secara efektif. Oleskan petroleum jelly pada cotton bud atau kapas kosmetik dan bersihkan make up secara perlahan.
Membuat alis tampak lebih rapi. Petroleum jelly bisa membuat alis Anda terlihat lebih rapi. Caranya, aplikasikan petroleum jelly secukupnya pada sisir alis, kemudian sisir alis ke arah luar.

- Membuat eye shadow tahan lama. Sebelum mengaplikasikan eye shadow, oleskan tipis petroleum jelly pada kelopak mata sebagai primer, agar awet digunakan sepanjang hari.

- Mengatasi rambut bercabang. Oleskan petroleum jelly pada telapak tangan dan gosok secara perlahan pada ujung rambut untuk mengurangi masalah rambut bercabang yang kerap timbul pada rambut yang kering.

- Membuat rambut lebih berkilau. Selain mengurangi masalah rambut bercabang, petroleum jelly juga dapat membuat rambut Anda menjadi lebih berkilau

Selamat mencuba

13/08/2020

MANFAAT KUNYIT UNTUK WAJAH

- Atasi kulit berminyak
Habuk dan kotoran mudah hinggap dan terperangkap pada kulit yang berminyak. Ia akan menjemput bakteria untuk membiak dan lahirlah jerawat. Oleh itu, penting untuk mencuci dan membersihkan kulit dengan kerap. Tak boleh malas dan ambil lewa dengan setakat mencuci menggunakan air saja kerana ia tidak berkesan.

Sebaliknya, campurkan dengan kunyit jika inginkan proses mencuci muka menjadi lebih efektif. Kunyit mengandungi minyak mudah meruap (volatile) yang berfungsi sebagai antiradang dan mampu mencegah jerawat yang tidak diingini selain mengawal lebihan pengeluaran minyak dan sebum pori-pori kulit wajah.

- Cegah pigmentasi
Diperkaya dengan bahan antioksida yang penting untuk kembalikan kulit yang normal. Kesan antiradang dan antipseptik yang hadir dalam kunyit ternyata dapat menghuraikan masalah pigmentasi dan sekaligus menyejukkan kulit yang sering terdedah pada pancaran matahari yang merbahaya.

- Hapuskan kedutan
Ramai yang tidak inginkan kulit kedut sebelum tiba masanya! Untuk mengekalkan keanjalan dan seri pada wajah sememangnya tidak s**ar. Kehadiran antioksidan dalam kunyit dapat memelihara kecantikan kulit wajah. Malah, kandungan nutrisi dalam kunyit juga didapati dapat melewatkan proses penuaan kulit dan menghapuskan kedutan selain merangsangkan kelembutan.

Caranya dengan membuat masker wajah dengan mencampurkan kunyit parut bersama parutan timun. Praktikan rejim ini sekali setiap dua minggu dan lihatlah keberkesanannya!

27/07/2020

NAK TAHU MANFAAT KUNYIT UNTUK MUKA ?

23/07/2020

Tidak perlu bulu mata palsu bagi tujuan mencantikan mata dan menambahkan lagi kejelitaan. Ada beberapa tips yang boleh membuat bulu mata nampak panjang dan melentik.

Maskara yang sudah kekeringan jangan terus dibuang kerana berusnya berguna sekali.

Bagi kesan bulu mata panjang lagi tebal, gunakan berus maskara yang tidak lagi digunakan tadi. Dapkan berus maskara ke dalam mineral loose powder dan sapukan maskara yang sudah diselaputi bedak pada bulu mata.

Dengan menggunakan hujang maskara yang lebih halus sapukan maskara pada bahagian bawah bulu mata.
Sapukan bahagian atas bulu mata dengan maskara yang mempunyai berus yang lebih besar untuk kesan bulu mata lebih panjang dan lebat.

Untuk bulu mata di bahagian bawah gunakan maskara yang mempunyai berus yang lebih kecil kerana ianya lebih sesuai dan tidak mencomotkan.

SELAMAT MECUBA

23/07/2020

HAI SELAMAT PETANG. STAY SAVE YE SEMUA.

20/07/2020

hai, selamat tengah hari semua

17/07/2020

5 CARA MENGHILANGKAN JERAGAT DI MUKA MENGGUNAKAN BAHAN ALAMI

1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Cara menghilangkan jeragat di muka yang pertama ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka.

Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama.

Dengan mencuci muka, dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita.

Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.

2. ALOE VERA

Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:-

- Mencerahkan wajah

- Melindungi dari sinar matahari

- Mengecut dan menghilangkan jeragat

- Mengatasi kulit kering dan berminyak.

- Menghilangkan jeragat.

- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati

Caranya mudah:-

Campurkan jel aloe vera dengan madu

Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam.

Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan

3. LEMON

Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.

Bukan sahaja sedap dibuat teh lemon ais, malah boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.

Caranya ialah:-

Potong lemon (jangan terlalu nipis) Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka) Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.

4. TEH HIJAU

Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat.

Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.

Cara menghilangkan jeragat di muka secara semula jadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit.

Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.

5. OATMEAL

Tahukah anda oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja tetapi juga adalah salah satu cara menghilangkan jeragat di muka? Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat.

Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan jadikan masker di muka anda.

Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Anda boleh mencuba cara ini sehingga anda mendapat hasil yang diingini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/26966/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/cara-hilangkan-jeragat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kump**an Karangkraf

17/07/2020

haiiiii

17/07/2020

4 punca kenapa jeragat timbul di wajah kita

- Sinaran UV Daripada Matahari

Punca jeragat di muka yang utama adalah disebabkan sinaran UV daripada matahari. Sinaran ini akan tembus ke dalam kulit muka lalu menyebabkan kulit wajah bertindak menghasilkan pigment hitam (jeragat) yang berfungsi untuk mengelakkan sinaran uv itu tembus kedalam kulit lebih dalam sehingga boleh menyebabkan kanser kulit. Mengikut kajian antarabangsa, sinaran uv juga terhasil daripada lampu kalimantang. Majoriti wanita mendapat jeragat hasil daripada terdedah kepada lampu kalimantang di pejabat dan rumah.

- Tekanan Perasaan

Tekanan ditempat kerja mahupun dirumah juga menjadi salah satu punca jeragat di muka. Ini disebabkan oleh kadar radikal bebas didalam badan meningkat apabila seseorang itu tertekan. Radikal bebas menjadi penyebab utama dari dalam badan sehingga menyebabkan terjadinya jeragat degil dan hitam di wajah. Radikal bebas akan membuat kulit wajah berinteraksi sehingga terhasilnya tompok-tompok hitam dan gelap. Lagi tinggi kadar tekanan anda, lagi banyak jeragat akan muncul.

- Persekitaran Tercemar

S**a atau tidak, persekitaran kita sekarang sangat tinggi kadar pencemarannya. Sekaligus menyebabkan badan menghirup udara yang kotor. Udara tercemar ini akan meningkatkan kadar radikal bebas dalam badan. Lihat point diatas, radikal bebas menjadi faktor terbesar dalam penghasilan jeragat di wajah anda.

- Tersalah Pakai Krim Anti Jeragat

Punca jeragat di muka disebabkan tersalah pakai krim anti jeragat kerap terjadi, niat dihati nak pulihkan jeragat, tapi akibat produk mengandungi bahan merbahaya, lain p**ak jadinya pada kulit. Hati-hati dalam pemilihan sapuan dari luar. Kerana andai tersalah pakai produk, kulit lapisan luar akan jadi sangat nipis dan sangat sensitif pada sinaran uv.

Ini lah perkara perkara yang perlu anda ketahui tentang bagaimana terhasilnya jeragat diwajah. Sekarang kita dah tahu punca-punca jeragat di muka, next post sisakan bagi tips bagaimana cara hilangkan jeragat p**a ya.

06/07/2020

SELAMAT PETANG SEMUA

06/07/2020

Cara Hilangkan Kedutan Bawah MATA dengan MUDAH DI RUMAH

1 : Jauhi Sinaran Matahari

Caranya : Pelbagai kajian telah mencatatkan kesan matahari terhadap kedutan di wajah. Sinaran matahari adalah penyebab nombor satu yang menyumbang kepada kekedutan. Dalam satu kajian oleh di New York yang dilakukan terhadap kembar seiras, salah satu kembar yang dapat tidak terlalu terdedah kepada matahari nampak lebih muda dan kurang kedutan serta lebih muda berbanding kakak kembarnya yang gemar terdedah kepada matahari!

2 : Pakai Sunscreen!

Caranya : Sekiranya anda harus keluar rumah atau bekerja di bawah cuaca panas, digalakkan untuk pakai sunscreen yang sesuai bagi mengurangkan kesan sinaran matahari kepada kulit.

3 : Amalkan “Grape Seed Oil”

Caranya : Minyak grape seed mempunyai kualiti untuk melembabkan kulit, terutamanya untuk kulit di sekeliling mata dan juga untuk mengatasi masalah parut. Minyak grape seed sangat kaya dengan antioksidan (proanthocyanidins), yang membantu untuk melambatkan proses penuaan, salah satunya yang disebabkan oleh kedutan di sekeliling mata.

4 : Tidur yang Mencukupi

Caranya : Menurut pakar kulit dari Yale, Dr Perricone, hormon kortisol yang memusnahkan sel kulit akan lebih banyak dihasilkan oleh badan sekiranya badan tidak dapat tidur yang mencukupi. Sel kulit yang musnah akan lebih mudah berkedut, katanya, jadi tidurlah secukupnya. Tidur yang cukup juga akan mengelakkan badan dari sentiasa lesu.

04/07/2020

KHASIAT TIMUN UNTUK WAJAH

🥒Mengurangi Flek Atau Bintik Hitam

Bagi Anda yang memiliki bintik hitam di wajah karena penuaan dini atau sinar matahari, dengan kandungan mentimun hal tersebut bisa dikurangi dengan perawatan yang tepat.

Cara-cara :

Parut timun sampai cukup halus.
Campurkan dengan sedikit air bersih atau air mawar.
Oleskan campuran tersebut ke seluruh bagian wajah yang memiliki bintik-bintik hitam ataupun flek.
Diamkan sampai 30 minit atau sampai kering, Cuci wajah hingga bersih. Lakukan 2 -3 kali seminggu agar wajah kelihatan lebih bersih.

🥒 Mengatasi wajah berjerawat
Jerawat boleh tiba-tiba muncul pada wajah disebabkan berbagai sebab. Salah satunya adalah adanya bakteria dan debu yang masuk ke pori-pori kulit wajah dan menyebabkan peradangan.

Timun dapat memberikan manfaat untuk mengatasi kulit wajah yang berjerawat tanpa memberikan kesan sampingan. Dengan membuat timun menjadi masker dapat mempercepat hilangnya jerawat Anda. Lakukan langkah-langkah berikut ini :

Siapkan 1 buah mentimun segar berukuran sedang. Usahakan untuk memilih timun yang tidak terlalu tua dan masih hijau. Blend timun dengan blender atau tumbuk manual.

Oleskan pada wajah dan biarkan hingga 15 minit atau sampai mengering.
Bilas hingga bersih.

🥒 Mengecilkan pori
Tahukah Anda jika pori-pori yang besar bisa menyebabkan berbagai masalah kulit wajah? Salah satu masalah yang muncul yaitu jerawat. Cara mengecilkan pori-pori bisa Anda lakukan dengan memakai masker wajah berbahan timun. Pori-pori yang besar juga dapat menyebabkan hasil penggunaan make up atau riasan wajah tidak cantik

03/07/2020

3 Bahan Semula Jadi Yang Baik Untuk Penjagaan Kulit Anda

1. Tomato
Tomato dapat memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah anda dan dapat kembalikan kulit yang kusam menjadi berseri-seri.

Caranya ambil 1 biji tomato merah, belah dua dan potong kecil-kecil atau lenyek sedikit kalau anda nak keluarkan air tomato itu seperti masker.

Selepas itu sapu seluruh wajah seperti membuat mask dan biarkan selama 10 minit bagi tomato itu serap dalam kulit anda. Jangan lupa bilas dengan air suam dan anda akan nampak hasilnya

2. Uncang Teh Hijau

Untuk hilangkan sembab di bawah mata atau kulit bawah mata seperti lebam. Caranya ambil 2 uncang teh hijau dan rendamkan kedalam air panas.

Kemudian biarkan sejuk sedikit uncang teh hijau dan selepas itu letak pada bawah mata sebelah kanan dan kiri.

Untuk nampakkan lebih berkesan anda mestilah kena rajin, iaitu paling kurang 1 minggu 3 kali dan anda akan nampak kesan dia dengan secara tidak langsung.

3. Putih Telur

Putih telur dapat menghilangkan jeragat-jeragat, pori-pori dan liang roma yang tersumbat. Langkah-langkah yang perlu dibuat ialah ambil 1 biji telur dan gunakan telur putih sahaja.

Kemudian, sediakan tisu muka 2 helai untuk buat seperti topeng muka pada wajah anda. Setelah itu, sapukan telur putih pada seluruh wajah.

Biarkan sampai kering dan buka topeng muka anda itu. Kemudian bilas dengan air, anda akan nampak kesannya pada hidung, p**i dahi dan muka akan kelihatan berseri-seri.

Okey semua, selamat mencuba 😘😘

Telephone