Braaap Motorsports
BRAAAP Motorsports; a KBS registered motorsports Club actively organising trackday & racing events in A friendly & active organizer for speed lover.
It's begins in 2015, at a time, the scene of local motorcycle sport offers very limited opportunity for below 400cc bikes to get a taste of track day and racing experience. Braaap is registered motorsport club under the Ministry of Youth and Sports of Malaysia. View our latest events or contact us on Whatsapp and email here.
Malaysian Superbike Championship 2024
Round 2: 16 - 18 Aug 2024 is just around the corner!
HONDA CBR250RR Race Bike for Rental
Specs Compliance to MSBK 250A/B Race Categories
Call/Whatsapp PIC for more info
Ok anak bulan dah nampak!
Min dah dapat Greenlight untuk announce tarikh .
Setelah ditolak tambah darab bahagi, kompem & final B2H Endurance 2024 akan diadakan satu pusingan saja iaitu di Litar Lumba Tangkak pada hari Ahad, 6 Oktober 2024!
Pendaftaran akan dibuka bermula 1 September 2024 nanti. Untuk rujukan kategori perlumbaan & kelayakan riders, boleh rujuk pada posting sebelum ni ya gaes!
Umum mengetahui, perlumbaan B2H Endurance 2024 yang bakal diadakan pada tahun ini.
Tapi sebelum tu min share dulu kelayakan peserta/pelumba dan gabungan ‘joki’ untuk B2H Endurance 2024 ni ya.
Syarat-syaratnya terpakai untuk kedua-dua kategori MP150 A & MP150 B hokey.
Ok team team owner dah boleh dah tu susun2 strategi joki macammana.
Sementara min tunggu kelulusan pihak berwajib untuk announce tarikh-tarikh event, min share dulu spec untuk 2024 OK
Tahun ni min buat 2 kategori sahaja; MP150 A & MP150 B. Untuk mudah paham; A folo spec Pro Am, B folo spec BTA/B2H. Situasi menang-menang, dah takyah gaduh2 spec. 😬
Next min akan share kelayakan ‘pasangan’ rider pulak.
!
Tunggu Green Light kita Announce
Penganjuran B2H Endurance 2024 akan diumumkan dalam masa terdekat. Yang pasti, bukan bulan Disember seperti tahun-tahun sebelumni ya. Perubahan dijangka tidak membebankan rakyat 🙄
Haa masuk-masuk umur dah lebih 😝
Backstage view untuk tatapan pejuang-pejuang B2H Endurance 2023! Tragik betul B2H 2023 ni. Korang tau tak kenapa?
Part 2 : Starting Grid Photo.
Starting Gird photo. Kita belanje sikit-sikit dulu.
Minggu ni min nak layan belanje gambar dekat grid sebelum race start! Biasala tu, B2H ni race 1hari, cerita musti mau 1tahun! Hurmmm, lupe pakai tancho la tu. Kbye!
Behind the scene B2H Endurance 2023.
Fuhhh.. memang view terbaik! Ini baru la Endurance! Santai2 dulu tepi track then baru kite start! Memang trending kan mic bawak g mana2 😂.
Kerana Gula, Semut Bersatu
| | |
The Only One Team From Bumi Kenyalang!
Yeahhh siapa ingat lagi team dari Sarawak iaitu R4L? Bermula tahun 2020 waktu musim banjir melanda negara dan sehingga sekarang mereka masih lagi bersama B2H Endurance. Yang penting Finish Race!! Tahniah R4L!!
Hello 2024!! Nampaknye Mr. Presiden tengah siapkan race kalendar untuk 2024. Selain B2H Endurance, apa lagi patut masuk dalam kalendar erk?
.
2024 STARTS NOW! | 2024 BERMULA SEKARANG!
RACE CALENDAR anjuran BRAAAP Motorsports bagi tahun 2024 adalah seperti yang tertera di Poster dan semestinya dijalankan di ‘Home Ground’ @ Litar UniMAP, Perlis!
Detail perlumbaan akan di update dari masa ke masa di laman sosial ‘BRAAAP Motorsports’ bagi perlumbaan 2 Roda serta ‘Xtreme Karting by BRAAAP’ bagi perlumbaan 4 Roda!
Follow FB/IG/TT kami untuk keterangan lanjut kelak. Save the date!
| |
| | |
Kadar Harga Terkini bagi ‘Private Bikes/Karts’ di Litar UniMAP, Perlis Efektif 1 Januari 2024!
*Definisi ‘Private Bikes/Karts’*
Penunggang Motorsikal/Pemandu Go-Kart yang membawa jentera persendirian untuk menjalani sesi Latihan ‘Trackday’ di Litar UniMAP
*Definisi Non-Member’
Penunggang Motorsikal/Pemandu Go-Kart yang tidak melanggani Keahlian ‘Exclusive Member’ yang ditawarkan oleh BRAAAP Motorsports; Operator Litar UniMAP yang sah
*Definisi Exclusive Member*
Penunggang Motorsikal/Pemandu Go-Kart yang melanggani Keahlian Eksklusif (‘Exclusive Member’) bagi tempoh samaada 3 Bulan atau 6 Bulan. Tempoh bermula dari tarikh pendaftaran/penerimaan pembayaran penuh ‘Exclusive Member’.
*Perbezaan Ketara diantara Non-Member vs Exclusive Member*
- Trackday session bagi Non-Member adalah terhad kepada hari-hari yang tertentu sahaja, bergantung kepada kesediaan slot track serta pembayaran penuh selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh ‘Walk-In’
- Trackday session bagi ‘Exclusive Member’ adalah pada bila-bila masa sahaja pada waktu Operasi Litar; Selasa-Ahad termasuk Cuti Umum tanpa keperluan untuk membuat apa-apa tempahan dan pembayaran slot KECUALI pada hari dimana ‘Private Events’ dijalankan di Litar
- ‘Exclusive Member’ yang berdaftar akan mendapat 20% discount bagi ‘Entry Fee’ apa-apa perlumbaan yang bakal dianjurkan oleh BRAAAP Motorsports selagi didalam tempoh Keahlian yang sah
- ‘Exclusive Member’ juga akan dimaklumkan melalui ‘Official Group Whatsapp XK by BRAAAP’ mengenai perkembangan & aktiviti terkini di Litar UniMAP.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi nombor yang tertera atau boleh walk-in di Kaunter Pendaftaran Litar.
| |
Min mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua supporters & followers BRAAAP Motorsports & Xtreme Karting!
Semoga perancangan team BRAAAP Motorsports untuk memeriahkan lagi sukan permotoran tempatan dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada tahun-tahun mendatang semestinya dengan sokongan anda semua.
| |
Kita bersama Champion-Champion bagi setiap kategori B2H Endurance! Jom kita dengar ape cerita mereka.
B2H Endurance memang bukan calang2!! Korang tengok tu bukan calang-calang rider yang datang B2H Endurance 2023 ni. Fazrul Sham dgn Azlan Shah weyh... fuhhh panas lit-lit rasa.
Terpaling Warrior!! Fuhhh rider ni memang kental tolak moto last lap dari refuelling area. Min tak tau ape kisah dia, yang min tau, kalau die tak tolak moto tu, kategori MP150 Elite ada 2 moto je yang finish race 🤣🤣. Hangpa baru tau harum tak sentiasa manaih selamanye track UniMAP ni. Kejammm amatttt.
1 Jenama Tayar, 1 Set Tayar, 127 Lap Keseluruhan, Cuaca Superb Extreme Hot!
Tiada masalah secara keseluruhan, B2H Endurance juga mempunyai peserta dari setiap kancah perlumbaan road racing seperti ARRC, MCP, MSBK, MiniGP dan mereka telah melalui perlumbaan 2 jam dilitar UniMAP Racing Track dengan cemerlang menggunakan 1 jenama tayar iaitu MAXXIS VICTRA S98!!
Terima kasih MAXXIS diatas sokongan dan dukungan untuk menjayakan perlumbaan BRAAAP 2 Hour Endurance 2023!!
BRAAAP 2 Hour Endurance masih lagi setia bersama MAXXIS sebagai tayar rasmi perlumbaan. Apa yang sangat menarik, Philosophy MAXXIS ialah tentang keselamatan pengguna baik untuk kegunaan perlumbaan atau dijalanraya dimana peratusan grip yang tinggi pasti mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.
BRAAAP RACING TEAM
Malaysian Superbike Championship 2017 (SIC)
#Nox58 - 2nd Overall Open 250 B
#Timmy45 - 4th Overall Open 250 B