CelcomDigi Fibre 300Mbps RM75

CelcomDigi Fibre 300Mbps RM75

Creating A World Inspired By You ๐ŸŒ Malaysiaโ€™s widest and fastest network ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

14/06/2023

Cepat dan efisien, itulah formula yang kami gunakan untuk memberikan anda servis yang terbaik. Menangi CelcomDigi fiber secara PERCUMA selama 1 TAHUN bila anda sertai peraduan !
Dapatkan info lanjut disini: fibre.celcomdigi.com/bestfibreforever

14/06/2023

Lindungi diri anda daripada penipuan dalam talian. Jangan mudah percaya dengan tawaran yang nampak terlalu hebat.
Jom Klik Dengan Bijak !

Lindungi diri anda daripada penipuan dalam talian. Jangan mudah percaya dengan tawaran yang nampak terlalu hebat.

Jom Klik Dengan Bijak !

10/06/2023

Inilah perasaannya bila dapat layanan yang terbaik dan paling sesuai dengan keperluan Internet kita!

Nikmati kelajuan Internet fiber pantas PERCUMA selama 1 TAHUN bila anda sertai peraduan dari CelcomDigi sekarang!

Lampung - Kaamatan Short film for CelcomDigi 10/06/2023

Terima kasih atas kerjasama & usaha anda dalam mengupas perjalanan Gabriel dan rakannya di Kampung Penulangon, Ranau Sabah, ketika mereka memulakan misi luar biasa untuk membawa sistem elektrik ke kampung mereka buat pertama kali. Dengan bimbingan Lightup Borneo dan sukarelawan, mereka berusaha dan bekerja tanpa jemu untuk menerangi komuniti mereka.

Dibawakan khas oleh Rangkaian Pilihan #1 Terluas dan Terpantas Malaysia.

Lampung - Kaamatan Short film for CelcomDigi This short film explores the journey of Gabriel and his fellow villagers of Kampung Penulangon, Ranau Sabah, as they embark on an extraordinary mission to br...

Photos from Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia's post 09/06/2023

Satu lawatan tapak telah diadakan oleh MCMC bersama-sama dengan pihak Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Telekom Malaysia (TM) ke beberapa laluan sasaran penting Gunung Telapak Burok, Negeri Sembilan pada akhir bulan Mei 2023 bagi melihat kerja penambahbaikan yang telah dilaksanakan selepas bencana tanah runtuh sebelum ini.

Antara penambahbaikan adalah pihak Telekom Malaysia (TM) telah memperkasa pengurusan perkhidmatannya selain menambah 20 liter diesel (genset) sekiranya bekalan elektrik terputus. Bagi penyelesaian jangka masa panjang, pemasangan gentian optik juga turut dipertimbangkan dan dirancang untuk menambah baik kualiti perkhidmatan komunikasi di samping bantuan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal kawasan sasaran penting Gunung Telapak Burok.

Tindakan itu untuk memastikan perkhidmatan komunikasi tiada gangguan dan penyiaran radio dan televisyen kekal beroperasi di Gunung Telapak Burok dalam memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada pengguna.





1

Photos from Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia's post 07/06/2023

MCMC telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, En. Roslan Ariffin di Wisma Bernama pada 6 Jun 2023.

Kunjungan MCMC itu telah diketuai oleh Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan, Encik Alyas Roy Haji Amir.

Pertemuan itu bertujuan untuk meningkatkan kerjasama untuk memperkasa program advokasi dan kesedaran bagi memberikan penerangan serta pencerahan kepada komuniti bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian selain meningkatkan taraf ekonomi negara melalui ekonomi digital.

UTAMA - Merdeka360 07/06/2023

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga tema yang diilhamkan.
Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2023, layari laman web www.merdeka360.my.

UTAMA - Merdeka360 Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia (HKHM) 2023 00Hari 00Jam 00Minit 00Saat Sertai Kami Program Pertandingan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia (HKHM) Maklumat Lanjut Takwim Program Takwim Program & Pertandingan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia (HKHM) Maklumat....

06/06/2023

Thank you for being our customer.

We are CelcomDigi. We look forward to delivering you more innovative services and more value on the best network nationwide as we grow stronger together.

Drop by our stores on 3rd & 4th June and enjoy a personalised offer plus a sweet treat on us. More info at https://celcomdigi.com/thankyou

Photos from Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia's post 06/06/2023

Pahang Media

ROMPIN, 28 MEI 2023 : Komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan 270 buah menara telekomunikasi baharu di seluruh negeri ini siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini diteruskan dengan pemantauan yang dilakukan secara berterusan.

https://pahangmedia.my/sasar-270-menara-telekomunikasi-baharu-siap-sepenuhnya-akhir-tahun-ini/

06/06/2023
Photos from Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia's post 06/06/2023

Sekitar Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara TM dan ZTE di Kuala Lumpur pagi tadi.

Pemeteraian tersebut telah disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital; YB Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching; serta Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada meningkatkan kepakaran bersama TM dan ZTE dalam usaha memacu inovasi dan transformasi digital untuk pelanggan dan industri, memberi tumpuan kepada peluang R&D, penambahbaikan produk dan teknologi serta peningkatan ekosistem bakat digital TM.

Photos from Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia's post 06/06/2023

JENDELA Fasa 1 (September 2020- 31 Disember 2022) memberi tumpuan untuk mengoptimumkan sumber dan infrastruktur sedia ada untuk meningkatkan perkhidmatan mudah alih serta jalur lebar di Malaysia.

JENDELA Fasa 1 juga telah berjaya menjangkaui sasaran awal dengan 7.74 juta premis diliputi dengan ketersediaan sambungan gentian optik, melepasi sasaran 7.5 juta premis yang ditetapkan.

MCMC komited untuk terus berusaha merapatkan jurang digital dan meningkatkan kualiti pengalaman, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan digital yang tinggi melalui penggunaan teknologi dan pendigitalan.

Ketahui lebih lanjut dengan Laporan Akhir JENDELA Fasa 1 (September 2020- 31 Disember 2022) di pautan ๐Ÿ”—https://myjendela.my/Sitejendela/media/Doc/JENDELA-Phase-1-Concluding-Report.pdf













Kementerian Komunikasi dan Digital
Fahmi Fadzil
Teo Nie Ching (ๅผ ๅฟต็พค)

Photos from Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia's post 06/06/2023

Sekitar Majlis Perasmian Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman pada 3 Jun 2023.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datoโ€™ Mohamad Fauzi Md Isa serta Ketua Pegawai Operasi MCMC, YBhg Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

PEDi merupakan salah satu usaha berterusan bagi meningkatkan aktiviti setempat untuk membangunkan kemahiran penggunaan Internet dan penglibatan e-dagang dalam kalangan masyarakat luar bandar sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk memperkasakan masyarakat menerusi transformasi digital.

06/06/2023

Saksikan bual bicara secara langsung Selamat Pagi Malaysia (SPM) bertajuk ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜›๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ: ๐˜Ž๐˜ถ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข? yang menampilkan Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Encik Zulkarnain Mohd Yasin pada hari esok (5 Jun 2023 | Isnin), pukul 9.05 pagi di atau di saluran 101.

06/06/2023

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Tuanku dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

06/06/2023

Bersama-sama kita hentikan penyebaran berita palsu!

Telephone