Ginie Lim

Ginie Lim

Machap Jaya Harapan Rakyat

30/08/2024

Selamat Hari Merdeka ke-67, kepada semua Rakyat Malaysia! Mari kita terus bersatu padu dan menjaga keamanan negara kita.






.

29/08/2024

Mari bersama-sama semarakkan semangat patriotisme dan semangat cintakan negara di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos 2024 (Sabtu) jam 7.30 pagi di Persiaran Jalan Merdeka Banda Hilir, Melaka

Semua dijemput hadir.

Photos from Ginie Lim's post 29/08/2024

Petang ini hadir bersama di Program Kemerdekaan & Edar Jalur Gemilang Cabang Keadilan Alor Gajah di Pekan Durian Tunggal dan selepas selesai edar jalur gemilang kami menziarahi serta menyampaikan sedikit sumbangan kit makanan kepada En Keu Heong di Taman Pekan Durian Tunggal.

Hadir bersama ahli jawatankuasa Cabang Keadilan Alor Gajah, Pemangku KC sdr Badrul Omar, Pengarah Program sdr Zahari, NKC sdr Samivel, sdr Razman Kosnin, Puan Rosita Ajk Cabang Sdr Md Ali, Sdr Rizal, serta ahli ranting sdr Yen dan Sdr Abdul Rahsid.

Kita tidak boleh mengubah sejarah, tapi kita boleh menentukan masa depan. Selamat Hari Kemerdekaan ke-67!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



.

Photos from Ginie Lim's post 27/08/2024

Turut hadir bersama di Program Kemerdekaan & Edar Jalur Gemilang Cabang Keadilan Alor Gajah di Pekan Alor Gajah.

Hadir bersama ahli jawatankuasa Cabang Keadilan Alor Gajah, Pemangku KC sdr Badrul Omar, Pengarah Program sdr Zahari, NKC sdr Samivel, sdr Razman Kosnin, Puan Rosita Ajk Cabang Sdr Hj Ramli, Sdr Rizal, Ketua Ranting Tanjung Rimau Dalam sdr Roslan, Ketua Amk sdr Denesh, Amk Sdr Siva, Cik Nuralia Nafida, serta ahli ranting.

Kita tidak boleh mengubah sejarah, tapi kita boleh menentukan masa depan. Selamat Hari Kemerdekaan ke-67!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



.

Photos from Ginie Lim's post 26/08/2024

Program Kemerdekaan & Edar Jalur Gemilang Cabang Keadilan Alor Gajah Sempena Hari Merdeka 2024 serta menyampaikan Goodies untuk 7 Perkampungan Orang Asli di Dun Machap Jaya yang ditaja oleh Julie's Manufacturing Sdn. Bhd.

Sambutan yang amat meriah sekali daripada masyarakat Kg Orang Asli dengan kehadiran kami semua. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan serta cenderahati.

Hadir bersama dalam program ini Mr Hau Woon San Pengarah Syarikat Idea Workshop bersama 12 staf, Puan Normah Said Pengerusi Petubuhan Sukarelawan Elit Negeri Melaka, Timbalan Pengerusi En Melvin, Pegawai JAKOA dan ahli jawatankuasa Cabang Keadilan Alor Gajah.

Kemerdekaan adalah anugerah yang perlu dihargai dan dipertahankan. Selamat Hari Merdeka untuk negara Malaysia!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



.

Photos from Ginie Lim's post 25/08/2024

Hadir bersama di Program Jom Kita Memancing Cabang Keadilan Alor Gajah bersama Ranting Batang Melaka & Tanjung Rimau Dalam Sempena Hari Merdeka yang ke 67 yang di adakan di Kolam Pancing Tanjung Rimau Dalam.

Selain daripada memancing aktiviti untuk kanak-kanak juga diadakan iaitu melukis serta mewarna dengan tema Selamat Hari Merdeka ke 67, dan cabutan bertuah di sediakan kepada pengunjung yang hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengarah Program Sdr Hj Manap, Sdr Roslan Ketua Ranting Tanjung Rimau Dalam, semua ahli jawatankuasa Cabang dan ranting kerana berjaya menganjurkan program ini

Turut hadir bersama ahli jawatankuasa Cabang Keadilan Alor Gajah, Pemangku KC sdr Badrul Omar, NKC sdr Samivel, sdr Razman Kosnin dan Pn Rosita, sdr Zahari, sdr Rizal, sdr Siva,Cik Alia Nafida, Cik Ilani.



.

Photos from Ginie Lim's post 24/08/2024

Memenuhi Jemputan di Majlis Perkahwinan anak perempuan Ketua Ranting Kemuning Sdr Ronie di Kg Kemuning. Semoga pasangan pengantin di beri kebahagiaan serta kekal hingga ke akhir hayat.



.

Photos from Ginie Lim's post 23/08/2024

Menziarahi dan memberi penghormatan terakhir buat mendiang Patrick Koh di Simpang Gading Durian Tunggal. Salam takziah buat seluruh keluarga mendiang semoga tabah menghadapi ujian.



.

Photos from Ginie Lim's post 20/08/2024

Program Edar Jalur Gemilang Cabang Keadilan Alor Gajah di kedai-kedai, Pasar Malam Gadek serta menyampaikan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua ranting dalam Dun Gadek.

Turut hadir bersama ahli jawatankuasa Cabang Keadilan Alor Gajah, Pemangku KC sdr Badrul, Pengarah Program sdr Zahari, NKC sdr Samivel, sdr Razman, Puan Rosita Ajk Cabang Sdr Roza, Ketua Ranting Pisang Mas Sdr Steven, Sdr Roslan Tanjung Rimau Dalam, Amk Sdr Siva, Cik Nuralia Nafida, serta ahli ranting.



.

16/08/2024

*Program Jom Kita Memancing Sempena Hari Merdeka 2024.*

*Anjuran Cabang Keadilan Alor Gajah bersama Ranting Batang Melaka & Ranting Tanjung Rimau Dalam .*

๐Ÿ“Tarikh: *25.08.2024 /* *Ahad*
โฐMasa: 8.00am Pendaftaran Peserta.
๐Ÿ“ Lokasi Kolam Pancing Tanjung Rimau.
https://maps.app.goo.gl/irfuHjuKagsMwDsY8

*Hadiah Individu*
(Ikan Paling Berat)
๐Ÿฅ‡Juara Rm 1,000.00
๐ŸฅˆKedua Rm 500.00
๐Ÿฅ‰Ketiga Rm 300.00
๐Ÿ…Keempat - Ke 10
Rm 100.00
*Saguhati* No 11 hingga No15 (Rm 50.00)

*Bonus ALIGATOR GAR ( ikan mulut buaya )*
๐Ÿฅ‡No 1. - Rm 100 (Pertama naik)

*Tarikh tutup penyertaan 17 Ogos 2024*
Boleh isi secara manual dan google Forms๐Ÿ‘‡
https://forms.gle/M4JXUh5TQDsZhJyg7

*Yuran penyertaan Rm 30.00 seorang. Terhad kepada 80 peserta terawal.* ๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š

Pertanyaan boleh hubungi 010-4332331 En Razman Kosnin.

Photos from Ginie Lim's post 16/08/2024

Program Edar Jalur Gemilang Cabang Keadilan Alor Gajah bersama YBTM Adly Zahari ahli Parlimen Alor Gajah di Pasar Malam Machap Baru.

Turut hadir bersama ahli jawatankuasa Cabang Keadilan Alor Gajah, Pemangku KC sdr Badrul, Pengarah Program sdr Zahari, NKC sdr Samivel, sdr Razman, Ajk Cabang Sdr Roza, Ketua Ranting Ayer Pasir Sdr Aziz, ahli ranting Sdr Rahman, Sdr Azafin, Cik Nuralia Nafida, dan ahli KRT Machap Baru.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-67 kepada semua rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama terus berusaha dan berdoa agar Malaysia terus maju dan berjaya. Hidup Malaysia! Merdeka! Merdeka! Merdeka!"



.

Photos from Ginie Lim's post 11/08/2024

Menziarahi adik Jason foo zi xian yang baru keluar daripada Hospital, (selesai melakukan pembedahan di bahagian leher) di Kg Baru On Lok. Semoga tabah menghadapi ujian. Kami mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.

Turut hadir bersama ahli jawatankuasa Cabang Keadilan Alor Gajah.



.

10/08/2024

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat PMX YAB Dato Seri Anwar Ibrahim. Semoga sihat dan ceria sentiasa, serta dilindungi Allah s.w.t. agar terus memimpin negara dan membela rakyat.

Photos from Ginie Lim's post 10/08/2024

Petang ini Program Edar Jalur Gemilang Cabang Keadilan Alor Gajah diteruskan lagi di Pekan Asahan dan Kg Baru On Lok bersama pimpinan Ranting.

Bersama pimpinan Cabang menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua-Ketua Ranting di dalam Dun Asahan, menyampaikan sedikit sumbangan kit makanan kepada masyarakat yang memerlukan serta menyampaikan surat perlantikan kepada Sdr Sree sebagai Penyelaras DUN Asahan yang baru.

Turut hadir bersama ahli jawatankuasa Cabang Keadilan Alor Gajah, pemangku KC sdr Badrul, Pengarah Program sdr Zahari, NKC sdr Samivel, sdr Razman dan Pn Rosita.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-67 kepada semua rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama terus berusaha dan berdoa agar Malaysia terus maju dan berjaya. Hidup Malaysia! Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Shamsul Iskandar Mohd Akin Saifuddin Nasution Ismail Cikgu Rafee Adam Adli Badrul Omar Razman Kosnin



.

Photos from Ginie Lim's post 10/08/2024

Program Edar Jalur Gemilang Cabang Keadilan Alor Gajah bermula di Pekan Rembia dan R&R Rembia pagi ini.

Cabang Keadilan Alor Gajah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua-Ketua Ranting di dalam Dun Rembia serta menyampaikan sijil penubuhan ranting baru.

Turut hadir bersama ahli jawatankuasa Cabang Keadilan Alor Gajah, Pemangku KC sdr Badrul, Pengarah Program sdr Zahari, NKC sdr Samivel, sdr Razman dan Pn Rosita, Ketua KAMKC sdr Denesh, Pengarah Komunikasi Cik Ilani.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-67 kepada semua rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama terus berusaha dan berdoa agar Malaysia terus maju dan berjaya. Hidup Malaysia! Merdeka! Merdeka! Merdeka!"



.

09/08/2024

Selamat menyambut Hari Orang Asal Sedunia 2024 kepada semua penduduk Orang Asal di Malaysia.



.

03/08/2024

Selamat Menyambut Hari Keadilan Rakyat
3 Ogos 2024. Ulangtahun Ke 21 penggabungan membentuk Parti Keadilan Rakyat



.

Photos from Ginie Lim's post 29/07/2024

Hadir bersama dengan ahli Keadilan Cabang Alor Gajah menziarahi dan memberi penghormatan terakhir buat mendiang Tai Ti Kui di Machap Umboo. Salam takziah buat seluruh keluarga mendiang semoga tabah menghadapi ujian.



.

22/07/2024

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024.



.

Photos from Kerajaan Negeri Melaka's post 22/07/2024
21/07/2024

Selamat menyambut Hari Sarawak 2024 kepada seluruh rakyat Sarawak.



.

Photos from Ginie Lim's post 14/07/2024

Hari ini menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada En Muhd Kasbi di Taman Seri Dalong. Beliau merupakan seorang anggota polis yang sebelum ini terbabit dalam kemalangan kita mengejar penjenayah semasa bertugas. Kami mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.

Turut hadir bersama Pemangku KC Sdr Badrul Omar, Nkc Puan Rosita, Puan Nur Alia Nafida dan Sdr Razman Kosnin, Sdr Roza Ajk Cabang.



.

Photos from Ginie Lim's post 14/07/2024

Petang ini menziarahi Sdr Rozani Roza Ketua Penerangan Cabang Keadilan Alor Gajah.

Di mana beliau semalam terbabit dalam kemalangan jalan raya di simpang tiga Ayer Panas Gadek. Kami mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.

Turut hadir bersama Pemangku KC Sdr Badrul Omar, Nkc Puan Rosita, Puan Nur Alia Nafida dan Sdr Razman Kosnin Ajk Cabang.



.

Photos from Ginie Lim's post 13/07/2024

Hadir bersama dalam Program Dailog Bersama Pekebun Durian di Ladang Durian Lesung Batu.

Terima kasih Tuan Pekebun Durian kerana sudi menjamu kami semua buah Durian Lesung Batu pokok yang lebih 45 tahun memang padu dan sedap๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Turut hadir bersama Ahli jawatankuasa Cabang Alor Gajah, Pimpinan Negeri MPN, Ketua Ranting, wanita dan wakil daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Alor Gajah.



.

Photos from Ginie Lim's post 12/07/2024

Hadir di Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis dan Ahli Majlis Turut Hadir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka bagi Tahun 2024 hingga Tahun 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Perdana, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Majlis yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Tahniah Sdr Badrohisham bin Omar dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah semoga dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.



.

07/07/2024

Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam bagi menyambut tahun baharu Islam 1446 hijri.



.

Photos from Ginie Lim's post 05/07/2024

Hadir bersama dengan Team Kempen Cabang Keadilan Alor Gajah untuk membantu Calon No 1 Cikgu Johari Ariffin di Dun Sungai Bakap Pulau Pinang.

Photos from Ginie Lim's post 29/06/2024

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Dr Syed Husin Ali semoga dipermudahkan segala urusan dan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.(Al-fatihah di baca).



.

Photos from Ginie Lim's post 18/06/2024

Hadir bersama dalam Program lbadah Korban 2024 Cabang Keadilan Alor Gajah anjuran bersama Parlimen, AMK, Ranting dan NGO.

Lokasi pertama di di Ranting Ayer Pasir Machap Jaya, lokasi kedua di Ranting Tanjung Rimau Dalam Gadek dan lokasi ketiga Ranting Jeram Rembia. Terima kasih kepada semua yang hadir bersama membantu menjayakan program ini.

Selamat menunaikan ibadah korban.



.

16/06/2024

-Admin-
Salam takziah buat seluruh keluarga YB Fadhlina Sidek di atas pemergian bonda tercinta.

Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Ustazah Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga tabah dalam menghadapi ketentuan Ilahi ini.

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Al-Fatihah



.

Videos (show all)

Himpunan Rakyat Bersama PMX di Guar Perahu, Penanti - 2
Himpunan Rakyat Bersama PMX di Guar Perahu, Penanti malam ini - 2
Himpunan Rakyat Bersama PMX di Guar Perahu, Penanti.

Telephone

Website