Kelas Kek dan Roti Ummi Zetty

Kelas Kek dan Roti Ummi Zetty

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Kek dan Roti Ummi Zetty, Kitchen/Cooking, .

17/02/2024

*SALAM RAMADHAN & RAYA 2024*

*BERITA BAIK* ‼️‼️

Khas untuk *PENGGEMAR DESSERT & KEK PREMIUM*..

Anda dijemput untuk hadir ke *KELAS MASAKAN* 💥

*MENU*:
KEK TAPAK KUDA
KUIH SIPUT
KUIH TALAM CENDOL
BOMBOLONI CUSTARD

*KELEBIHAN* JOIN KELAS KAMI 👇🏻
✅ Anda *DIBIMBING* buat SAMPAI PANDAI
✅ *SALINAN RESEPI* diberikan PERCUMA
✅ Diajar oleh CIKGU YANG BERPULUH TAHUN PENGALAMAN DALAM INDUSTRI KEK & DESSERT

*LOKASI, WAKTU & TARIKH SEPERTI DIBAWAH 👇🏻👇🏻*

💙 *DENAI ALAM*
18/02/2024 AHAD - 2 PETANG

Hantarkan info
*NAMA*
*NO TELEFON*
*NO IC*
kepada talian dibawah SEGERA...TEMPAT ADALAH TERHAD 👇🏻
http://www.wasap.my/60183586861/Kelas18Feb24

10/10/2023

*PERHATIAN PENGGEMAR & PENGUSAHA ICE CREAM* 🥰

Kami berbesar hati ingin mengajak anda belajar bersama 😃

🍨 *ICE CREAM RAINBOW*

Tarikh : 15/10/2023
Masa : 9 am ( seminar)
11 am (kelas )
Tmpt : Denai Alam
Taman Bukit Subang

🌸*PERCUMA* HADIRI SEMINAR USAHAWAN

🌸 *RM30 SAHAJA*
UTK SEMUA ‼️
✅ Cabutan Bertuah
✅ Resepi/Tips disediakan
✅ Sijil bagi yg layak

UTK MENDFTR BOLEH KLIK LINK SEGERA
www.wasap.my/60183586861/Icecream

17/07/2023

*WARGA GOMBAK*
*KELAS MASAKAN BUAT ANDA*🌮
*3 MENU DENGAN HANYA RM30 SAHAJA*😍😍

23/7/23 (AHAD)
SHAH ALAM
2PM

Pelbagai manfaat boleh anda perolehi. Antaranya :
✅ Tips jualan dan jana pendapatan
✅ Tunjuk ajar berterusan ( personal coaching)
✅ Resepi disediakan
✅ Cabutan bertuah

Tekan link ini untuk Pendaftaran selewatnya Jumaat,21 Julai 2023 Jam 6petang . Penyertaan adalah TERHAD KEPADA 10 Orang saja .
First Come First Serve🤩🤩

www.wasap.my/60183586861/Kelas23Julai23

19/01/2023

*Kelas Masakan HANDS OFF kembali lagi* 😍
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

❌Bukan RM200...
❌Bukan Rm100...
❌Bukan RM80..

✅ *HANYA RM30 SAHAJA*📌
Harga Pengenalan untuk Kelas Teori Hands Off Dengan 4 Menu yang Sangat Hot and Viral🔥

Ada 4 lokasi yang akan dibuat mengikut ketetapan tarikh
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
KENINGAU - 21 JANUARI 2023
KOTA KINABALU - 22 JANUARI 2023
KOTA BELUD - 28 JANUARI 2023
BEAUFORT - 4 FEBRUARI 2023

Berminat??
Sila Isikan Maklumat Anda..
NAMA:
N0HP:
Lokasi Pilihan:

Bayaran YURAN HARUSLAH DIJELASKAN 3 HARI SEBELUM KELAS DIADAKAN.
Setelah Bayaran dibuat, Sila WhatsApp dan Sertakan Resit
👇👇👇👇👇👇👇👇

http://www.wasap.my/60183586861/joinKelashandsoff

JUMPA ANDA DI KELAS!!

✅TEMPAT TERHAD DAFTAR AWAL

11/12/2022

*KELAS DONUT PELANGI*
*PRAKTIKAL TAU*😍😍

17/12/22 (SABTU)
2 PM
ELMINA

Tekan link ini untuk Pendaftaran . Penyertaan adalah TERHAD .
First Come First Serve🤩🤩

www.wasap.my/60183586861/Donutpelangi

11/12/2022

*KELAS DONUT PIZZA*🧁
*ONLINE PERCUMA SAHAJA*😍😍

16/12/22 (JUMAAT)
12.30 PM

Tekan link ini untuk Pendaftaran . Penyertaan adalah TERHAD .
First Come First Serve🤩🤩

www.wasap.my/60183586861/DONUTPIZZA

15/09/2022

GREEN VELVET CAKE

Bahan-bahan
2 cawan tepung kek *
1 sudu kecil serbuk koko/emulco coklat*
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil garam *
1 cawan buttermilk - 1 cawan susu + 1st soda bicabornat + 1 SB cuka
1 cawan gula halus
2 sudu besar pewarna hijau
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g Tatura cream cheese
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula
1 sudu besar jus perahan lemon (Optional)

Cara-cara
Sediakan buttermilk (campur semua bahan tunggu dlm 10 minit- awas campuran susu akan membuak)

Ayak semua bahan bertanda *. Ketepikan.
Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna hijau dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit @ kukus sejam.

Cara sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek.Simpan dlm fridge sejam biar sejuk baru sedap mkn😊

Enjoice🤗🤗🤗

02/09/2022

Resepi puding jagung Ohsem
======================

Bahan.

2 cawan Tepung castard
2 cawan gula caster
8 cawan air termasuk santan ye..
1 tin jagung..
1 kotak santan..( kalau nak tambah pun boleh ikut s**a)
Secubit garam.

Cara..

Campur semua bahan dalam mangkuk ye..
Kemudian kacau dulu sampai sebati..jangan sampai ada yang berketul2..
Masukkan salam periuk.kalau ada periuk noxxa lagi cepat tak sampai 15 siap..
Kalau tak de campak je dalam kuali mana yang ada..☺
Kacau sampai likat..kemudian masukkan salam acuan yang anda s**a..
Sejukkan dan siap utk dimakan.

Join gruop resepi
https://chat.whatsapp.com/HmNmkXJFrBsLSAdjpRLGCp

Selamat mencuba.
P/s santan boleh tukar susu sejat pun boleh.

02/09/2022

🍰 *KELAS SEMI ( PRAKTIKEL!*)

✅ *Ramai nak belajar buat Roti tapi tak jumpa kelas yang terbaik.*

😬 *Ada juga yang cuba buat tapi Roti jadi keras, baling ke dinding pun tak pecah 😅😅 akhirnya buang sebab tak jadi.*

🥰 *Sekarang tak lagi sebab ada kelas yang best! Kompem uolls boleh belajar dan praktis dari tips yang ada.*

😎 *Buat Roti ni ada caranya. Bukan main buat ikut Youtube aje!*

------------------------------
😊🎂 *KELAS KEK ROTI+ DEKORASI*
------------------------------

🗓 *16hb hb sept 2022*
📬 * Subang *
⌚ *9.00 pg - 12.00tgh*

💵 *Yuran ISTIMEWA!*

📌 *Seat terhad dan daftar lelaju di link wasap ini*

http://wasap.my/60183586861
http://wasap.my/60183587861
http://wasap.my/60183586861

📗✏ *Dalam kelas ni, uolls akan belajar*

1⃣ *Asas membuat &hasilkan Doh lembut dan Gebu*
2⃣ *Tips dan cara menghasilkan roti yang sedap, lembut dan gebu*
3⃣ *Dekorasi yang cepat, mudah dan menarik*
4⃣ *Banyak lagi ilmu yang bakal dipelajar!*
5️⃣* Hasil roti di bawa pulang.

🤳 *Jangan lupa daftar..

👍 *Jumpa di kelas ye!*

01/04/2022

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK✨

Dah buat persiapan untuk bulan ramadhan ni ke belum? Semoga ramadhan tahun ni lebih baik daripada sebelum dan semua amalan diterima.

Photos from Kelas Kek dan Roti Ummi Zetty's post 19/03/2022

Apa khabar semua..
Assalammualaikum n Salam sejahtera

KOREAN CREAM CHEESE GARLIC BREAD

Bahan
UNTUK ROTI:
250mL (1 cawan) susu full cream suhu bilik

60g (5 sudu besar) gula

7g (1 paket atau 2-1/4 sudu teh) yis segera

500g (3-3/4 cawan) tepung roti high protein

6g (1 sudu teh) garam

2 biji telur

40g (3 sudu besar) mentega unsalted butter

Egg wash - 1 telur + 1 sudu besar air. Dibrush atas bun sebelum bakar

UNTUK CREAM CHEESE FILLING :
452g (2 cawan, 2 pkgs) keju krim, suhu bilik

60g (5 sudu besar) gula

60mL (1/4 cawan) heavy cream

UNTUK bilasan
MENTEGA BWG PUTIH MANIS:
260g (1 cawan + 2 sudu besar) mentega

2 labu bawang putih (16-20 cloves), cincang atau dihancurkan menjadi pes

60g (3 sudu besar) susu pekat

2 biji telur

40g (2 sudu besar) madu

6g (2 sudu besar) daun pasli

TOPPING
Serbuk ROTI panko

Arahan
UNTUK ROTI:
Di dalam mangkuk pengadun masukkan gula dan yis segera untuk susu.

Kacau dgn spatula sehingga sebati.. Masukkan tepung roti, garam, dan telur.. Kacau dahulu Dan uli selama 5-10 minit sehingga doh adalah lembut, licin dan anjal.

Masukkan mentega yang lembut dan uli sekali lg selama kira-kira 15-20 minit.
Rehat kan doh selama sejam atau sehingga proofing 2x ganda

Tumbuk doh untuk menyingkirkan semua udara. Knead dengan tangan anda selama 3-5 minit lagi.

Bahagikan dalam 7 biji yg sama berat anggaran 144gm sehingga 148 gm .

Roll dan doh tuck Di bhgian bawah setiap bebola roti untuk membentuk bola licin untuk setiap satu.

Susun dlm loyang yg di alas kertas baking.. tutup dengan tuala lembap dan membiarkan kembang selama 30 minit.

Brush dgn telur Dan air yg dah di bancuh .. Di Bakar pada 170 ° c selama 20 minit.

UNTUK filling KEJU KRIM MANIS:

Dalam mangkuk besar, pukul keju krim. Masukkan gula dan Campurkan dengan teliti.

Tambah heavy cream dan pukul sehingga licin. Letakkan cream cheese ini ke dalam piping beg dan ketepikan.

UNTUK SOS MENTEGA PUTIH MANIS:
cairkan mentega di dalam mangkuk diatas api .. Masukkan susu, bawang putih, dan madu

Masukkan telur dan parsley. Pukul sebati. Ketepikan.

Cara assemble :
setiap bun dibelah 6 atau 8 bahagian bergantung kpd mcm mn anda s**a. Pastikan tidak terpotong putus kesemua bagi setiap Potongan , tetapi masih tidak terpotong pd bahagian bawah.... Supaya rupa nya menjadi sejambak

Paip kan adunan keju krim di-antara celah2 Potongan Di setiap belahan roti tadi

Sudukan sos mentega bawang putih di atas setiap bun , sehingga ia bersalut rata.. Siramkan didlm dan dibawah juga. Mandikan is Betul2.. Jangan risau mcm nmpk kotor!

Tabur pulak dengan panko.. sangat disyorkan..

Letakkan semula setiap bun ke dlm oven Dan Bakar selama 10-15 minit pada 330F 165 ° c atau sehingga anda berasa rangup

OK siap !!!

Untuk memanaskan semula, Bakar di dalam ketuhar atau ketuhar pembakar roti pada 350F 176 ° c selama 5 minit atau lebih;


Join group akk : Masak Simple Sama Sama utk resepi terkini.. Percuma shj🥰🥰

https://chat.whatsapp.com/JkfgGV0oC4a98QkLpOrnaf

18/03/2022

*The power of Doa*

"Doa boleh megubah yang mustahil menjadi
kenyataan, untuk itu jangan pernah bosan dan
berhenti berdoa sampai hari baik itu tiba.”

Yakin dengan kuasa doa, walaupun nampak mustahil, tapi bagi Allah tiada yang mustahil bagi-Nya.

..💕💕💕💕

17/03/2022

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua. Semoga sihat sejahtera sentiasa. Aammmiiinnn Ya Mujib.😘😘😘
Salam Nisfu Sya’ban 1443H 🌹

Jom sama2 perbanyakkan doa di malam hari yang mulia ini. Semoga amal ibadah kita diterima Allah. Ameen YRA 🤲🏻

“اللهم بارك لنا في رجب وشعبان و بارك لنا في رمضان”

“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan berkatilah kami di bulan Ramadhan”

JOM joint Group Resepi dan dapat kan "RESEPI FREE SETIAP HARI"..
PELBAGAI RESEPI DI SHARE KAN PADA ANDA 🥗🥘🥮🍝🍔🥙🥟🍩🍰

Tq so much😘😘😘

Follow this link to join my WhatsApp group:
https://chat.whatsapp.com/JkfgGV0oC4a98QkLpOrnaf

05/11/2021

Soto johor style sy..mee bihun nasi impit.. 😋

1.blend lumat bawang merah + bawang putih + halia + lengkuas sedikit saja..
2.tumis bahan yg diblend tadi + kulit kayu manis + serai ketuk.. Sampai naik bau n garing..
3.masukkan serbuk ketumbar sedikit + serbuk jintan manis sedikit.. Nak sedap.. Beli yg biji..sangai..blender kering..(kalau malas beli je yg dah siap settle)
4.masukkan perencah soto brand adad ( paket hijau )
5. Kacau bagi rata..
6.masukkan air + ayam (terpulang nak rebus skli dlm kuah atau goreng)
7.perasakan dgn garam dan serbuk perasa..

Sambal kicap

Cili padi + bwg goreng + bawang putih + kicap manis atau lemak manis + cuka sedikit (xletak cuka pon xpe) tak perlu tambah air..

Sediakan dgn perhiasaan dia kalau ada bergedil lg padu.. Tapi malas buat 🤣

Credit : Apple Green

05/11/2021

tauhu begedil ❤️

-Kentang 5biji di rebus sampai empuk dan ditumbuk
-½ biji bawang besar dipotong dadu (tumis)
-Isi ayam/daging cincang (tumis)
-2 biji Cili besar dadu(tumis)
-Bawang goreng
-Daun bawang /daun sup
-Lada sulah/lada hitam
-Garam
*gaulkan semue yg di atas.

**Tauhu kering

Cara nak sumbat.

-Tauhu kering tu, Gunting 4 kat atas..
-Kemudian Sumbat semua sekali dalam tauhu..

-Goreng tauhu yg dah dicelop telor + sedikit garam di dalam minyak yg panas paras separuh tenggelam tauhu..
Api sederhana.. Siaaapppp😍

sambal kicap..
cili api
bawang putih
digoreng dgn sedikit minyak dh layu bland dgn kicap manis.

Kredit:noriza awang hamat

Timeline photos 21/10/2021

Nasi Kerabu Kelantan 😋

Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa

Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
Serai diketuk
Daun limau purut

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Resepi ayam madu bakar

Bahan2
Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe
Gula
Tos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Bawang blnder

Kuantiti sy agak2 je.. Tpi mmg guna bhan2 kat ats je..😊😊 Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk

kredit:nurul farhanim

13/10/2021

DONUT KENTANG GEBU

Bhn2
1 kg tpung gandum
3 bji ubi kentang(d rebus n lenyek)
3 sdm marjerin
1 bngkus mauripan
3 sdm gula
1 cwn air suam
Air

Cara2
Air suam..mauripan ..gula..
( biar smpai kembang)
Dlm bekas lain lenyek ubi n marjerin..msokkn tpung gaul sebati..dh kembang mauripan terus msok dlm adunan tepung smbil uli2..lps tu msokkn air sedikit demi sedikit sehingga doh tdi betul2 sempurna(x lekat d tngn)..ambil doh tdi tekan dgn acuan donat... slmt mencuba..

Timeline photos 13/10/2021

Resepi Nasi Ayam Superb

Kalau dapat sepinggan nasi ayam cmni,ampa s**a dak? Kaih mai pakat tgk resepi🤗

1. Resepi Nasi Ayam

Tumiskan sedikit ketulan lemak ayam bersama butter....Masukkan halia,bawang merah,bawang putih,serai dan daun pandan sampai naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.
Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan air mengikut s**atan yang betul.
Masak seperti biasa.

2. Resepi Ayam

Sekor ayam direbus bersama halia dan sedikit garam sehingga masak.....toskn..lumur kicap manis,kicap masin dan sos tiram....keringkn seketika sblm digoreng dalam minyak yg b*k...
( saya buat sekor ayam klo ampa2 nk potong kecik2 pun boleh...tp tekstur ayam lagi lembut dan sedap klo grg sekor2)

3.Sup

Tumis bawang merah,bawang putih dan halia....kemudian masukkn air rebusan ayam td....tambah bebola kalo s**a...letak perasa ikut tekak masing2..

4.Sambal Cili

6 bji cili merah
10 bji cili api
2 ulas bawang putih
2 tangkai akar ketumbar
6 sudu gula
Garam
3 bji limau kasturi ( potong dua buang biji )
1 biji air limau nipis
Kisar halus kesemua bahan ( xperlu dimasak ye )

4. Sambal Halia

Tumbuk sedikit halia bersama kiub pati ayam....panaskn sedikit minyak bijan dan masak halia yg ditumbuk td seketika...
( klo xde minyak bijan,minyak biasa pun boleh )

SELAMAT MENCUBA SEMUA🥰

Krdit resepi: Nur Hidayah

12/10/2021

NASI AYAM GEPREK

Bahan² untuk rebusan Ayam ;
1 ekor ayam fresh yg besar (potong n cuci bersih toskan) ketepikan
Daun Salam / Bay leaf
Serai titik
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam ( jika s**a )

Kisar halus .
B.merah, Halia ckit, kunyit hidup c kit, lengkuas ckit .

Cara² ;
Panaskan minyak masukkan serai titik, daun salam serta bahan² kisar tumis hingga naik baunya. Setelah itu masukkan ayam dan air sehingga ayam tenggelam biar sehingga ayam masak .

Bila ayam dah masak angkat, toskan dan celup kedlm bancuhan tepong dan goreng garing .Lepas tu ambil anak lesung lenyek² kan ayam.

Bahan² tepong untuk goreng ayam, tempeh n tahu .
1 cawan tpg beras
1 tsp baking powder
1 sudu kecil jintan manis tumbuk
1 sudu kecil jintan putih tumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
Lada hitam hancur c kit
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam ( jika s**a )
Didlm mangkuk besar satukan bahan² kacau sebati agak² bancuhan nampak pekat. Masukkan ayam gaul² rata biar resap, lepas tu belen² tepong goreng lah tempeh n tahu garing².

Bahan² Untuk Sambal Penyet :
Lada merah & hijau
Cili padi merah & hijau (ikut kepedasan masing²)
B.merah kecil
Tomato belah 4
Belacan ( opptional )
Kesemua bahan² diatas digoreng terlebih dahulu dgn minyak (jgnlah b*k) sehingga layu n naik baunya lepas tu masuk ke dlm mesin kisar tambah air sedikit dan kisar kasar bersama ikan bilis goreng yg digoreng terlebih dahulu .

Cara2;
Tambah sedikit minyak kedlm kuali n masukkan bahan² kisar tumis hingga garing n naik minyak .
Perasakan garam gula melaka atau gula tanjung sedikit aje dgn sedikit perahan jus limau kasturi (jgn bnyk nanti masam pulak sambal tu) Kacau rata⅔ n biar seketika sehingga terbit minyaknya .

Untuk Sup Ayam ;
3-4 ulas b.putih
Sedikit biji lada sulah
Kisar halus .

Cara²nya ;
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar hingga naik bau . Setelah itu masukkan air secukupnya (kalau nak letak kaki ayam ke, isi ayam pun boleh rasa sedap c kit sup tu) Perasakan garam n kiub ayam jika s**a

09/10/2021

Lagi resepi kuih kegemaran saya..🥰🥰

Kuih Lopes.. Sedap 👍😍

BAHAN2:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air
3 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit air kapur.. Tak nak letak pun boleh
Pewarna hijau
Kelapa parut putih + sedikit garam.. Gaul

CARA2:
1) Cuci beras pulut.. Rendam 1 jam lebih.. Masukkan sekali sedikit pewarna hijau dan air kapur

2) Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air.. Tapiskan

3) Kemudian toskan beras pulut.. Masukkan dlm loyang..( nak alas loyang dgn daun pisang pun boleh).. Tuang sekali dgn santan, air pandan dan sedikit garam.. Nak pulut nampak lagi cantik.. Tambah beberapa titis lagi pewarna hijau

4) Kukus pulut tadi selama 40 - 50 minit

5) Atau boleh juga pulut tu kukus separuh masak.. Kemudian letak pulut agak2 dlm daun pisang.. Gulungkan..ikat kiri dan kanan daun pisang dgn tali yg sesuai.. Kemudian kukus semula sampai masak

6) Kemudian tunggu sejuk.. Potonglah ikut bentuk yg dis**ai.. Golekkan dlm kelapa parut putih

AIR GULA MELAKA
1 1/2 ketul gula melaka
1 cawan air
3 helai daun pandan.. Simpulkan
Sedikit garam

CARA2:
1) Masak sampai larut gula melaka/likat.. Kemudian tapiskan

2) Sedia untuk dimakan bersama kuih lopes tadi

Kredit Resepi : Zura Zul

09/10/2021

sedapnye kan makan utk minum ptg..🥰🥰

Tadi post baru lepas kukus..ni post kali ke2 pulak..dah sejuk kami potong..x sabaq wei nak makan..dia punya lemak wow🙈


BAHAN2nya..
BahanUntukLapisanBawah..
1cwn gula merah..
Stengah cwn gula..
2cwn air..

Caranya..
Satukan semua bahan pastu masak bg mendidih..dah mendidih tutup api tapis bagi sejuk..ketepikan..

1cwn tepung beras..
1sb tepung jagung..
Skit kapur sirih..

Caranya..
Satukan semua bahan dgn air gula td..pastu blend. ..pastu tuang dlm periuk..bukak api yg pelahan kacau..jgn tinggai na..sekejab ja..agak2 suam2 kuku dah boleh tuang dlm acuan..pastu kukus selama 20 minit..kukus dgn api sederhana ja..bila dah siap angkat n sejukkan..klu ada air atas kuih tu buang ja..jom kita tengok bahan untuk lapisan atas pulak..lupa pulak nak gtau.pastikan lapisan bawah betul2 sejuk baru tuang lapisan atas ya..sbb nak pastikan antara lapisan akan melekat..

BahanUntukLapisanAtas..
2cwn santan..klu nak lemak guna yg pekat
4sb tepung beras..jgn membukit ya
1sb tepung jagung..
Skit garam..nak lemakkan kuih

Caranya..
Satukan semua bahan pastu blend..kemudian tuang dlm periuk masak agak2 suam2 kuku ja..api yg pelahan ya..kacau jgn tinggai..dah siap tuang atas lapisan bawah td..kukus selama 30 minit..siap..sejuk dah boleh potong..klu nak potongan kuih yg cantik potong dengan benang ya..insyaallah cantik ja..selamat mencuba..😍

Kredit ; Masni Bahari

08/10/2021

RESEPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES
Dapat dlm 100 biji
Resipi asal guna 2 cwn cornflakes .
Boleh Juga 1/2 cawan ramas hancur campur dlm adunan tepung.
Yg baki kasar dlm mangkuk yg lain di buat golek-golek.
Sukatan doh Guna 1 sudu teh. cedok dan golek dlm bekas cornflakes kasar. Mana yg x kena cucuk2 bg cantik.
- 1 3/4cwn tepung gandum
- 1/4 cwn tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 2 cawan cornflakes ramas kasar
- 200g butter (suhu bilik)
- 3/4 cwn gula kastor
- 1 biji kuning telor
Cara-cara:
Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telor
Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder
Gaul sebati
Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt
Sapu nipis permukaan loyang dengan butter
Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis
Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah..
Kredit to Owner - Surainah Hussin

08/10/2021

Buah labu,
Selain buat cekodok labu,keria labu dan lain2 lg
Lepat labu inti kelapa sedap sangat.
Saya ikut resepi dibawah

RESEPI LEPAT LABU

Bahan-bahan

500 gm labu kuning (kukus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung tepung beras
1/2 cawan pati santan
1 biji kuning telur
1tsp garam
Gula secukup rasa ( sy guna brown sugar )
Kelapa parut + garam ( utk inti )
Daun pisang layurkan dulu

Cara-cara

Campurkan kedua2 tepung + kuning telur + santan + gula kedlm labu yg telah dilecek.
Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung...adunan ni tak terlalu lembik
Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang.
Masukkan inti kelapa ditengah-tengahnya.
Kemudian bungkus seperti buat lepat biasa.
Kukus sampai masak.

Kredit&sumber resepi:FB
Airtangan dan pic:Eniza m salim

Mobile uploads 08/10/2021

RESEPI KASWI PANDAN

2 cwn tpg gandum
1 cwn tpg ubi
1 cwn gula(sy kurangkn sikit sbb manis. s**atan dlm 3/4cwn gula)
1 cwn air daun pandan
4 cwn air
Garam
Sedikit kapur makan(saya guna 1sudu plastik kfc)

Caranya: campurkn kesemua bhn2 tersebut dn kacau bagi sebati. sblm tue sapu minyak ke dlm loyang supaya nti kuih xmelekat. masukkn adunan ke dlm loyang. sblm itu masak air hingga mendidih. bila air dh mendidih brulh di kukus. kukus hingga masak (lebih kurang 40min)...cucuk dgn lidi..klu xlekat d lidi tu dh masak kaswinya.

Saya letak pewarna hijau epal campur dgn air daun pandan*sbb daun pandan tk cukup.

Slmt mencuba...

Credit : Eniza M. Salim

Photos from Jom Belajar Buat Kek's post 06/10/2021

assalammualaikum..Selamat petang kepada folowwer saya..
Jom kita belajar buat kek & roti balik..🥰🥰

30/03/2021

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua...
Sihat ke ..
Jom kita tengok video buat kek moist yang senang ni..
Mudah cepat & pasti sedap🥰🥰🥰
Kepada yang berminat nak tepung pengasih boleh PM segera ye.tq awak☺

Info detail👇👇
https://www.wasap.my/60183586861

Photos from Kelas Kek dan Roti Ummi Zetty's post 27/02/2021

RESEPI LASAGNA ROTI SIMPLE DAN TERLAJAK SEDAP!

Guna roti je, tak perlu dah kepingan lasagna.

Bahan-bahan:
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula

Cara-cara Penyediaan:

Inti Daging
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.

Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.

12/02/2021
Photos from Kelas Kek dan Roti Ummi Zetty's post 10/10/2020

Assalammualaikum..
Selamat petang..
Apa khabar semua..
Sihat ke?..
Di buka untuk tempahan..ye kepada yang berminat..





Info detail👇👇
https://www.wasap.my/60183586861

10/10/2020

Assalammualaikum..
Selamat petang..
Apa khabar semua..
Sihat ke?..
Di buka untuk tempahan..ye kepada yang berminat..





Info detail👇👇
https://www.wasap.my/60183586861

Videos (show all)

Assalammualaikum  & selamat sejahtera semua....Sihat ke ...Jom kita tengok video buat kek moist yang senang ni...Mudah c...
Resepi lagi..💃💃Jom buat...☺#pkpfasa4#stayathome#kitajagakita
Bestnye kuih apam balik..☺☺Jom buat sendiri..💖💖#StayatHome#kitajagakita#jagadiri#Ramadhanke5
Jom layan video ni..Rugi tau kalau you olls tak dengar.😉😉😉
Peserta kelas roti tadi.4/8/2019
Hai...apa khabar semua..Masih beraya ke..😊Ada ke sesiapa nak buku resepi ni..Rm 30 sahaja.kepada yang berminat boleh wha...
Jom belajar kek...😊
🔴 NAK TAU CARA BUAT KEK BAJET VIRAL SUPER SEDAP! JIMAT, CEPAT & KOMPEM JADI! KHAS UNTUK WARGA SHAH ALAM.Ada menu bonus l...
Assalammulaikum selamat malam semua...PENDAFTARAN KELAS ROTI DI BUKA==============================KEPADA YANG BERMINAT B...
# Kelas Praktikal Bersijil Aneka Bun ..24 Nov 20188.30pg ~ 11.00pgBandar Puteri Klang.TINGGAL 3 SEAT KOSONG!...............
Jom kita dengar apa kata peserta kelas roti Ahad yang lepas..