Gabungan Ahli Silat Kalimah

Gabungan Ahli Silat Kalimah

Adalah badan berkecuali yang menjaga kepentingan Silat Kalimah, Ahli dan Seluruhya. Membantu urusan

08/06/2022

Ilmu lari tangkap kaki... Boleh try

Tidak Campur Silat Lain 30/03/2022

Kita buka balik kisah lama kisah buah takde campur Gayung Fatani walaupun hampir serupa...
Bunyi cengkerik kuat cuba tekap speaker ke kain mgk hilang sikit bunyi cemgkerik hehehe

Tidak Campur Silat Lain Penerangan am Pak Zohdi berkenaan permainan Silat Kalimah yang beliau terima dari Arwah Pak Yahya Said.

07/03/2022

BUKU SILIBUS PERINGKAT SATU SILAT KALIMAH DAPATKAN SEGERA!!!

Sudah tinggal 5 di tangan saya.

Boleh PM/komen atau whatsapp saya di no
013 604 1802 untuk pembelian.

05/03/2022

[DAPATKAN BUKU SILIBUS SILAT KALIMAH SEGERA!!!]

Hanya 20 naskah sahaja.
Penghantaran *24 jam dari masa pembayaran diterima
Buku RM70
Postage RM7
Untuk 10 pembeli terawal penghantaran PERCUMA
Isi kandung buku
- Sejarah Ringkas
- Kaedah Menumbuk
- Kaedah Menepis
- Kaedah Melapis Tepisan
- Kaedah Melakukan Buah Penangkap
- Kaedah Pukulan / Combat
- Kaedah Menerima Tendangan dan
- Kaedah Serta Petua
Jadi Tunggu Apa Lagi dapatkan buku ini dengan segera!!!
Cepat hubungi pihak kami atau

http://www.wasap.my/60136041802
http://www.wasap.my/60136041802

dengan kadar segera!!!

*Kecuali hari Sabtu dan Ahad

Photos from Gabungan Ahli Silat Kalimah's post 05/03/2022

[BUKU SILIBUS PERINGKAT SATU KINI KEMBALI!!!]
Anda terlalu sukar untuk mengingati langkah dan Buah Penangkap. Asyik lupa kerana jarang berlatih dan jarang ke gelanggang kerana covid 19 dan sop?
Jangan risau kerana kini SKiMA ( Silat Kalimah International Member Association) telah menerbitkan semula buku rujukan Silibus Peringkat Pertama Silat Kalimah Yahya Said bagi memudahkan ahli-ahli, pengamal-pengamal dan peminat-peminat Silat Kalimah untuk mengingati, mempelajari dan memahami kaedah, langkah serta gerak asas Peringkat Satu Silat Kalimah Yahya Said dengan mudah dan senang.
Sepertimana yang diwar-warkan buku ini menerangkan apa itu Silat Kalimah, sejarahnya dan juga keseluruhan aspek pembelajaran Silibus Peringkat Satu yang terdiri dari beberapa topik iaitu :
Kaedah Menumbuk
Kaedah Menepis
Kaedah Melapis Tepisan
Kaedah Melakukan Buah Penangkap
Kaedah Pukulan / Combat
Kaedah Menerima Tendangan dan
Kaedan Serta Petua
Di mana dengan semua topik ini ia amat membantu Jurulatih memberi keseragaman pelajaran dan pelajaran mempelajari Kaedah Asas yang sama dan berjaya memahami dan mengingati kaedah dengan mudah dan cepat.
Buku Silibus Peringkat Pertama Silat Kalimah Yahya Said ini dijual dengan harga RM70 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran) tetapi untuk masa yang terhad ini pihak SKiMA memberi promosi PENGHANTARAN PERCUMA kepada 10 pembeli terawal sebagai tanda serta ucapan terima kasih atas sokongan terhadap perjuangan kami.
Kepada yang berminat atau ada sebarang pertanyaaan boleh sahaja menghubungi atau whatsapp nombor yang diberikan.
http://www.wasap.my/60136041802
http://www.wasap.my/60136041802
http://www.wasap.my/60136041802
Ketika ini SKiMA hanya mengeluarkan 20 naskah buku sahaja dan penghantaran buku akan dibuat *24jam dari tempoh pembayaran.
Dapatkan buku anda dan rebutlah peluang penghantaran percuma selagi masih ada
Terima Kasih

*Kecuali hari Sabtu dan Ahad

04/12/2019

Silat Kalimah Malaysia, Langgar, Kedah

[Pesan 2: Guru Kalimah Kedah]

Teringat pesan guru utama Kalimah Kedah, Cikgu Syazali, "Sehebat mana pun buah yang kita belajar, Sekiranya ALLAH swt tidak izinkan untuk menggunakannya di saat memerlukan, pasti tidak akan terjadi ia.

Disini dilihat bagaimana peri pentingnya kita menyerahkan diri kita kepada ALLAH swt.

Hasrat admin berkongsi disini bukan untuk mendabik dada hebatnya persatuan aku ini, jauh sekali ingin meninggi diri dan taasub kepada kehebatan buah-buah pukul Silat Kalimah ini.

Sekadar peringatan dan muhasabah kepada kita bersama. Ayuh kita hidupkan kembali kerancakkan gelanggang silat kesayangan kita ini.

Misi paling besar ketika ini ialah bagaimana kita hendak menarik minat anak muda untuk mereka berbangga, kembali beramal & bersama seni warisan kita ini.

Jom belajar Silat Kalimah, hubungi Setiausaha Kalimah Kedah 0134044801. Wasap.my/60134044801

*Pesan admin : JOM HIDUPKAN GELANGGANG SEKITAR KITA, TAK KIRA SILAT APA SEKALIPUN..IA TETAP WARISAN MELAYU KITA..

*gambar ihsan google
*Kredit pada owner gambar

02/12/2019

Jom kita bersama sama...

*KURSUS PUKULAN TEKPI KALIMAH*

(SIRI ASAS PENGENALAN 1)

*TERHAD 20 ORANG PESERTA SAHAJA*

PERMAINAN TEKPI MENGIKUT KAEDAH SILAT KALIMAH

✔MENGAMBIL DARIPAD KONSEP BERDIRI TEGAK
✔KAEDAH RINGKAS, MUDAH & BERKESAN
✔MUDAH DAN TIDAK BANYAK PERGERAKKAN
✔MEMAHAMI PUKULAN TEKPI
✔TEKNIK ASAS PEGANGAN DAN KILAS TEKPI

TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA FASA 1E, JALAN MEWAH BANDAR TUN RAZAK 56000 KL
TARIKH: 07/12/2019 (SABTU)
MASA: 9AM - 3PM

*YURAN: RM 80 SAHAJA*

*JOM SERTAI KURSUS PUKULAN TEKPI*‼

BERMINAT SILA HUBUNGI:

📲

http://www.wasap.my/+60143284086/KURSUSPUKULANTEKPIKALIMAH

http://www.wasap.my/+60193058892/KURSUSPUKULANTEKPIKALIMAH

BAGI MEREKA YANG BELUM MEMPUNYAI TEKPI BOLEHLAH MEMBELI DENGAN :

CIKGU SHAARI BASRI:

http://www.wasap.my/+60189770613

SAUDARA IRWAN SYAMSUL:

http://www.wasap.my/+60179773630

JOM PAKAT RAMAI-RAMI SERTAI KURSUS INI

MOHON UNTUK SHARE DAN HEBAHKAN KEPADA YANG LAIN 🤗

01/12/2019

Persatuan Silat Kalimah Pulau Pinang.

Pengambilan pelajar di gelanggang Silat Kalimah di Pulau Pinang sudah dibuka. Ayoh warga Pulau Pinang apa tunggu lagi...??!!!

Pengambilan ahli bagi sesi 2020..sila tinggal kan no telephone anda untuk rujuk kan pengurusan..
Sekian Terima Kasih..
# # .

26/11/2019

Silat Kalimah Malaysia, Langgar, Kedah

Seorang pendekar bukan di nilai pada 1000 buah yg di pelajari,
Tapi di nilai dari 1 buah yg diamalkan sehingga sebati dengan diri..

*Barulah bila di situasi sebenar x jadi koboi...

*Gambar ihsan google
*Kredit pada owner gambar.

23/11/2019

Gabungan Ahli-Ahli Silat Kalimah International

=====================================PENDAFTARAN AHLI SKIMA SUDAH DIBUKA
=====================================

Asalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya SKiMA sudah berjaya didaftarkan dan kini boleh beroperasi secara sah.

Oleh itu saya membuka kepada semua ahli ahli Silat Kalimah yang berminat untuk menyokong SKiMA agar mendaftar sebagai ahli SKiMA yang sah.

Saya juga memohon kepada ahli yg sudah mendaftar tetapi tidak tidak lagi menjelaskan yuran agar segera menjelaskannya.

Untuk makluman yuran SKiMA terbahagi kepada 2 iaitu

1. Ahli Seumur Hidup RM150 (Bayar Sekali Sahaja) dan
2. Ahli Biasa / Bersekutu RM50 (Bayar Setiap Tahun)

Yuran terkecuali kepada Pak Guru Utama, Pak Guru dan Jurulatih Jurulatih Senior era Pak Yahaya Said sahaja.

SKiMA juga menerima sumbangan sekiranya ada yang ingin menyumbang dan menyokong pergerakan penyatuan ahli Silat Kalimah untuk memperjuangkan dan memertabatkan Silat Kalimah.

Kutipan yuran adalah untuk menampung kos mencetak buku perlembagaan, kad keahlian, pembangunan laman sesawang rasmi dan pengoperasian.

Saya memohon semua ahli SKiMA untuk memberi kerjasama.

Pendaftaran boleh dilakukan secara online dipautan e borang di bawah

https://form.jotform.me/92342118419455

Sekian Terima Kasih.

form.jotform.me Please click the link to complete this form.

21/11/2019

Pertubuhan Seni Silat Kalimah Kuala Lumpur

Alhdulillah 21/11/2019 malam ni kami berlatih silat, kelas dewasa... Otai masih berbisa....

Silat kalimah berdiri tegak....

12/11/2019

Last Words from a Silat Grandmaster

Kata kata Pak Guru Zahalan Man

In July 2018 I was lucky enough to be one of 12 Americans to travel to Malaysia and participate in the first Malaysian Silat Summer Camp. While there we had ...

12/11/2019

Gabungan Ahli Silat Kalimah's cover photo

12/11/2019

Asalamualaikum.

Berdasarkan kepada perkembangan semasa Badan Perguruan SKiMA akan ditukar kepada Badan Majlis Guru-Guru yang mana dengan penukaran ni dapat mengeratkan lagi Silaturahin di antara semua Guru-Guru Tua Silat Kalimah.

Insyaallah

CADANGAN NAMA:

BADAN MAJLIS GURU GURU DAN PENASIHAT
GABUNGAN AHLI-AHLI SILAT KALIMAH INTERNATIONAL

Pengerusi
Tuan Haji Mohd Zohdi Md Yusof (Muktamad)
(Mantan Guru Utama Silat Kalimah Yahya Said)

Timbalan Pengerusi
Cikgu Shapie (Cameron Highland)

Naib Pengerusi
1. Tuan Haji Pak Jauhari (Muktamad)
(Guru Utama Silat Kalimah Syahadah @ Yahya Said)
2. Cikgu Kamal
(Guru Kanan Silat Kalimah Malaysia)
3.

AJK Penasihat
2. Cikgu Zainal (Setiawan)
3. Cikgu Saad (Bukit Antarabangsa)
4. Cikgu Zainal (Johor Baharu)
5. Cikgu Fauzi (Kota Sarang Semut)

Sila beri pendapat dan pandangan

Surat perlantikan akan dihantar apabila pekara ini dimuktamadkan.

Sekian Untuk Makluman

24/08/2019

Asalamualaikum

Saya akan mewujudkan Badan Perguruan SKiMA yang mana Badan Perguruan akan memantauselia dan memberi nasihat serta panduan dalam hal-hal dan bidang yang berkait dengan Seni dan Kaedah Ilmu Silat Kalimah.

Maka saya mencadangan nama-nama ini,

Badan Perguruan SKiMA
BADAN PERGURUAN DAN PENASIHAT
GABUNGAN AHLI-AHLI SILAT KALIMAH INTERNATIONAL

Pengerusi
Tuan Haji Mohd Zohdi Md Yusof (Muktamad)
(Mantan Guru Utama Silat Kalimah Yahya Said)

Naib Pengerusi
Tuan Haji Pak Jauhari (Muktamad)
(Guru Utama Silat Kalimah Syahadah @ Yahya Said)

AJK Penasihat
1. Cikgu Kamal (Sentul)
2. Cikgu Zainal (Setiawan)
3. Cikgu Saad (Bukit Antarabangsa)
4. Cikgu Zainal (Johor Baharu)
5. Cikgu Fauzi (Kota Sarang Semut)

Sila beri pendapat dan pandangan

Surat perlantikan akan dihantar apabila pekara ini dimuktamadkan.

Sekian Untuk Makluman

24/08/2019

Gabungan Ahli-Ahli Silat Kalimah International

Alhamdulillah.

Kepada semua Ahli-Ahli dan Pengamal Silat Kalimah tidak mengira apa Persatuan Silat Kalimah boleh mendaftar sebagai ahli Organisasi Gabungan Ahli Ahli Silat Kalimah International di pautan e-borang yang disediakan di bawah.

Kepada ahli-ahli yang tidak mengetahui apa itu Organisasi Gabungan Ahli-Ahli Silat Kalimah International adalah satu badan yang menjaga kepentingan Seni Silat Kalimah dan menyatukan semua ahli-ahli dan pengamal-pengamal Silat Kalimah di bawah satu bumbung, mengeratkan talisaturahim dan mencapai satu hala tuju asas bagi meneruskan amanah yang disampaikan oleh Pak Guru Yahaya Bin Said tanpa menganggu urusan dan pentadbiran Persatuan masing-masing.

Kepada ahli-ahli dan pengamal yang berminat untuk bersama-sama Hidup Bersama Mengembang dan Menyatu boleh mendaftar di pautan yang diberikan

Terima Kasih

Mohamed Huzaimi Mohamed Hussein
Pengerusi @ Founder
Gabungan Ahli-Ahli Silat Kalimah International
Silat Kalimah International Member Association (SKiMA)

form.jotform.me Please click the link to complete this form.

24/08/2019

Gabungan Ahli Silat Kalimah

12/05/2019

Buku Di antara kebenaran dan kepalsuan - Menyingkap Tirai Rahsia Di Antara Wasiat dan Amanah sudah sedia untuk ditempah.

Harga Buku Kulit Lembut RM40.00 dan Kulit Tebal RM55.00 sahaja harga tidak termasuk pos.

Tempahlah sekarang dan ketahui sejarah Kalimah dan Cekak

BUKU YANG MEMBONGKAR RAHSIA DAN KISAH ANTARA PAK GURU YAHAYA SAID DAN USTAZ HANAFI.
Menjelaskan situasi sebenar Silat Kalimah dan Silat Cekak yang selama ini dibiarkan diam tanpa jawapan.
Ketahuilah kebenaran dan kepalsuan - menyingkap dan membongkar tirai rahsia di antara wasiat dan amanah yang selama ini hanya dirahsiakan
Alhamdulillah
Tempahan Buku Penulisan Sejarah dan Kefahaman DI antara Kebenaran dan Kepalsuan - Menyingkap Tirai Rahsia Di antara Wasiat dan Amanah (Unedited Edition) telah saya buka sekarang.
Kepada PEMINAT AHLI-AHLI DAN BUKAN SILAT KALIMAH boleh menghubungi saya untuk menempah. Insyaallah proses cetakan bermula seminggu sebelum bulan Syawall.
======================================
BUKU INI UNTUK SIAPA?
======================================
TERBUKA, AHLI KALIMAH DAN BUKAN AHLI, AHLI SILAT CEKAK DAN PEMINAT DIGALAKAN DAN BOLEH MENEMPAH DAN MEMILIKINYA.
======================================
APA ITU EDISI UNEDITED @ KEISTIMEWANYA?
======================================
Adalah isikandung asal yang berat dan panas mungkin diedit keluar pada keluaran seterusnya dan sebahagian kecil gambar adalah berwarna.
============
ISI KANDUNG
============
Buku ini membincangkan asal-usul Silat Kalimah, sejarah Panglima Tok Rashid, Tok Din, Pak Yahya Said serta Ustaz Hanafi Ahmad dan kaitan sejarahnya dengan Silat Kalimah. Buku ini juga membincangkan sejarah Tuah Batak dan kaitan beliau dengan kelansungan Silat Kalimah.
Buku ini juga membongkar kisah dan cerita Pak Guru Yahaya Said semasa krisis Cekak dan Kalimah berada dikemuncak. Jawapan berbentuk persoalan yang akan membuat anda berfikir secara logik dan munasabah banyak dilontarkan di dalam buku ni. Walaupun begitu buku ini tidak bertujuan untuk mencipta dan menambah keruh diantara Silat Cekak dan Silat Kalimah antara Hanafi dan Yahaya tetapi sebagai pencerah dan penyambung antara dua insan Agung yang selalu disalah tafsir.
=======================
ISU ISU BERAT
=======================
Antara kisah-kisah berat yang dibincangkan adalah sejarah Pak Ya di Sri Kedah, Pengenalan Yahaya Said, Ustaz Hanafi dan Azmi Long sebelum Sri Kedah, Wasiat dan Amanah. Ilmu dipendam selama 40 tahun untuk siapa? Tesis Puan Halimah dan kandungan aibnya. Halang Silat Cekak Terhadap Silat Kalimah di IPTA/IPTS yang mana tulisan-tulisan ini mungkin akan mengusik emosi pengamal Silat Cekak agar berfikiran terbuka.
Manakala kandungan lainnya adalah SIlat Sabil vs Silat Kalimah. Hubungan Pak Yahaya dan Guru Guru Utama Silat Lain. Kaitan Kekeluargaan antara mereka juga dibincangkan bagi memberi senario dan kasih sayang Pak Yahaya, pak Guru Zainol, Pak Jaafar dan Ustaz Hanafi.
Pekara yang paling menarik dibincangkan dalam buku ni adalah Kronologi atau Garis waktu yang berkisarkan perjalan hidup Pak Yahaya Said dan Uztaz Hanafi yang bakal memberi kejutan dan menimbulkan perbagai persoalan.
Pendek kata buku ini akan menjawab pelbagai soalan yang bermain diminda dan ia juga bakal menimbulkan lagi perbagai soalan yang pastinya perlu dirungkai jawab.
=====================================
HARGA BUKU DAN BUTIRAN PEMBAYARAN
=====================================
Harga Buku RM40.00 Kulit Lembut dan RM55.00 untuk Kulit Keras.
Pos RM7.00 pos.
Kuota Minimum 30 untuk setiap keluaran kulit khas untuk edisi pertama (dikeluarkan oleh penulis sendiri) Insyaallah selepas ini saya hanya sebagai pemilik bukan pengedar.
Bank : Maybank
Nama : Mohamed Huzaimi Bin Mohamed Hussein
No Akaun : 1140 9341 0378
TEMPAH SEKARANG DAN MILIKI EDISI PENUH YANG MUNGKIN TIDAK DIKELUARKAN LAGI SELEPAS INI!!!
>>TEMPAH SEKARANG DAN WHATAPPS 013 300 4037
>>TEMPAH SEKARANG DAN WHATAPPS 013 300 4037
>>TEMPAH SEKARANG DAN WHATAPPS 013 300 4037
TEMPAH SEKARANG DAN MILIKI EDISI PENUH YANG MUNGKIN TIDAK DIKELUARKAN LAGI SELEPAS INI!!!
Ahli-ahli Persatuan Silat Kalimah Yahya Said amat disarankan untuk menempah. (Cetakan unedited hanya sekali sahaja - Harap Maklum)
Rebutlah peluang yang hanya datang sekali sahaja.

- Mohamed Huzaimi Mohamed Hussein
Penulis

21/04/2019

Teh Tarik Program Succesful

Alhamdulillah Program Teh Tarik Group Whatsap SKiMA di restoran Rasta Sg. Penchala berlangsung dengan jayanya.

Terima Kasih kepada yang hadir. Insyaallah bulan hadapan Program Buka Puasa SKiMA p**a...

02/04/2019

Alhamdulillah kelas Silat Kalimah di Linggi Negeri Sembilan.

Jom org linggi jommm!!!

KELAS SILAT KALIMAH DI LINGGI :

Tarikh sesi 1 : 12.4.2019(Jumaat mlm sabtu)

Masa :8.10pm-01.10pm (5 jam)
(Selepas solat isyak)

Bertempat :
Surau Batu Sheikh Muhammad Paiz Al - Linggi

Yuran : Rm 18/seorang

Pemakaian : Baju T-shirt / seluar trek

Pembelajaran kelas sesi 1 :
Senaman + asas silat kalimah + konsep silat kalimah

Untuk Pertanyaan atau berminat boleh hubungi:

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://www.wasap.my/+60142550320/Silat.Kalimah.LinggiN9

30/03/2019

Buku Silibus Terkini dan hanya 25 naskah akan dicetak. Dapatkan segera.

Buku Silibus terakhir dari saya.

Alhamdulillah buku silibus silat kalimah yahya said edisi terhad @ ekslusif sudah siap sya compile dan boleh ditempah skg... Buku ini sya buat khas utk pembeli yg terdahulu yg mana saya hold penghantaran kerana ingin memberi mereka saguhati penulisan dan editan yg sudah ditambah nilai dengan konten dan gambar terkini insyaallah tiada ralat penulisan, yang mana pada buku terdahulu terdapat ralat yang mengecewakan terutama kepada saya sebagai penulis...
Kepada yang bersabar saya ucap tahniah dan terima kasih kerana menyokong saya...
Kepada pembeli yg memohon untuk saya menghantar buku lama saya akan membuat penghantaran minggu depan.... Bulan April 2019.
Antara konten yg ditambah
1. Percerahan dan pendapat permainan pukulan Silat Kalimah di Peringkat 1
2. Senarai Skrip Nama Asal dan Langkah Langkah Melakukan Buah Silat Kalimah pd era Pak Yahya Said.
3. Penjelasan Kaedah dan Petua Silat Kalimah
4. Sejarah dan Kaitan Pak Yahya Said, Ustaz Hanafi, Pak Guru Zainol dan Azmi Long.
5. Perbezaan diantara Pengamal Kalimah dan Mengapa?
6. Gambar Terkini yang sudah ditouchup...
dan banyak lagi...
Tahniah kepada yang sabar dan menyokong saya...
Tempahan buku ini hanya untuk ahli kalimah dan peminat silat kalimah yahya said dan saya akan mencetak 30 naskah ini termasuk jumlah mereka yg masih menunggu. Selepas ini buku ini akan saya pecahkan kandungannya dimana silibus akan digugurkan dan hanya tinggal penulisan dan penambahan penulisan sejarah dan pencerahan pemahaman untuk rujukan dan simpanan pembeli awam...
Harap maklum.
Utk makluman penambahan konten melebihi 6 sub topik..
Kepada yang berminat untuk menempah boleh hubungi saya 0133004037 (whatsaps sahaja) dan harga buku masih lagi RM70 termasuk prnghantaran.
Tempahan dibuka sekarang dan akan saya tutup pada 15 April 2019 selepas tarikh ini buku silibus tidak akan dicetak lagi hanya buku penulisan sejarah, pencerahan dan penjelasan atau menjawab tomahan dan fitnah sahaja.
Terima Kasih kepada yg bersabar dan Tahniah.
Tempah Segera hubungi 013 300 4037 Sekarang!!!

29/03/2019

Jom belajar silat kalimah di kuala lumpur

Alhamdulillah semalam 28/03/2019 sesi latihan silat kalimah kuala lumpur bertempat di gelanggang keramat au2... Banyak yang dapat ilmu semalam. Terima kasih kepada tenaga pengajar yang banyak mencurahkan ilmu buat semua.

18/03/2019

Moh kita

🔥🔥🔥🔥🔥
JOM IKUTI KURSUS INTENSIF SENI BELADIRI MUDAH DAN PANTAS
🔥🔥🔥🔥🔥

🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋

PENGAMBILAN AHLI BARU KINI DIBUKA UNTUK LELAKI DAN WANITA.

Hari: Khamis malam (Kelas Dewasa) Ahad Pagi (Kelas Kanak-kanak & Dewasa)
Masa: 9 malam (khamis) 10 pagi (Ahad)
Tempat: Gelanggang Keramat AU2

🔥🔥🔥🔥🔥
KENAPA PERLU BELAJAR SILAT KALIMAH?
🔥🔥🔥🔥🔥

✅ Tempoh pembelajaran yang singkat. Dengan konsisten anda datang belajar mampu menghabiskan silibus pembelajaran anda dgn masa yg di tetapkan

✅ 2bulan dapat mengusai teknik tangkapan, tepisan dan kuncian silat Melayu

✅ Ilmu Melayu asli yang sangat sesuai untuk semua terutamanya golongan wanita tanpa melanggar adat dan pantang serta kesopanan wanita Melayu Mukmin.

✅ Ilmu yang sangat mudah dipelajari. Hanya belajar 27 buah sahaja cukup untuk pertahankan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki.

✅ Yuran pembelajaran yang sangat murah. Lebih murah dari harga henfon di pasaran.

✅ Ilmu yang praktikal. Tiada kekuda, tarian bunga dan gong gendang. 100% ilmu tempur.

✅ Silibus pelajaran 99% menanti serangan (defense).

✅ Dijamin ilmu seni bela diri warisan Bangsa Melayu yang asli.

✅Pergerakkan mudah ringkas dan berkesan, tidak mengunakan kekuatan atau berlangkah bagai

✅mengambil kaedah didalam solat

🔥🔥🔥🔥🔥
JOM DAFTAR & BELAJAR SILAT SEKARANG
🔥🔥🔥🔥🔥

Untuk respon lebih pantasss. Klik link ni untuk kami segera.

👇👇👇👇👇

http://www.wasap.my/+60143284086/silat.kalimah.kl

http://www.wasap.my/+60143284086/silat.kalimah.kl

http://www.wasap.my/+60143284086/silat.kalimah.kl

"Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci."

23/02/2019

☘Assalamualaikum Warahmatullah.☘

📿Persatuan Silat Kalimah Johor / Johor Bahru telah kehilangan ahli keluarga kami yang juga seorang bekas Jurulatih iaitu *Cikgu Ramadhan (Pak Itam)* yang juga adik ipar Cikgu Saari @ Ashaari pada 11.30pm malam tadi di 74, Jalan Sekolah, Kamoung Melayu Majidi. Almarhum akan dikebumi sekitar 11.30am di Tanah Perkuburan Kg. Kurnia.

📿Al Fatihah ma'as Sholawat...

👥Sekretariat
Silat Kalimah Antarabangsa

22/02/2019

☘ *Status Kesihatan Pak Guru* ☘

🚑 Alhamdulillah, Pak Guru Osman @ Cikgu Poi yang telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah kini telah stabil serta dipindahkan ke Wad Bunga Raya 2, katil no. 35 untuk pemerhatian & lawatan lanjut oleh pakar2 perubatan Hospital.

💳 Pihak Sekretriat Silat Kalimah Antarabangsa (SKA) mengambil inisiatif untuk mengumpulkan dana & mengurangkan beban keluarga Pak Guru dalam masa yang sama sumbangan terus akan diberi kepada ahli keluarga Pak Guru.

📿Bersama2 kita mendoakan kesihatan Pak Guru & dikurniakan Allah SWT dengan umur yang panjang. Insyaallah.

🗳 Sesiapa yang ingin ziarah boleh ke lokasi yang disebutkan di atas (di Hospital Sg. Petani) dan jika berminat untuk memberikan sumbangan, boleh menghubungi Cikgu Syahril Fikri ditalian 019-7577751 untuk diserahkan kepada wakil keluarga Pak Guru.

*Silat Aku Silat Kalimah, Aku Silat Dalam Kalimah - Lailaha Illallah Muhammadar Rasulullah*

👥Sekretariat
Silat Kalimah Antarabangsa

20/02/2019

Assalamualaikum semua abg2 kalimah sekalian..

Utk makluman

Pak guru man poi
Sekarang berada di hospital sungai petani. Masih dlm zon merah(zon kecemasan).
Sejak dari 2.00 pagi td hingga sekarang.

Mohon abg2 kalimah doakan kesihatan dan kesembuhan pak guru kita.

Salam kalimah.

Maklum

18/02/2019

Kami gelanggang au2, berhajat untuk menaik taraf gelanggang,untuk mencari dana,kami akan mengadakan jualan T-shirt secara pre order. Mohon sokongan rakan2 🙏🏾membeli sambil membantu kami, terima kasih😊
Baju microfiber, sesuai untuk latihan atau pun sebagai collection. Kami buka pre order dlm 10 hari.
Boleh hubungi cik Sany Sharil di +60 14-328 4086

16/02/2019

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Silaturahim dan Yasin Tahlil SKiMA yg pertama.

Terima Kasih

28/01/2019

Akademi Tarung Kalimah

Kejohanan silat olahraga terbuka wilayah Labuan pada tahun 2016 merupakan titik mula Akademi Tarung Kalimah (Sabah) bergiat aktif di pentas silat olahraga.

Pencapaian yang baik oleh pesilat ATK membawa balik 6 pingat : 2 emas 2 perak 2 gangsa.

ATK (Sabah) terus berusaha membawa nama Silat Kalimah di kejohanan silat olahraga.

19/09/2018

Persatuan Silat Kalimah Yahya Said

Sumbangan Ikhlas Ahli Ahli Diperlukan.

Asalamualaikum.

Pengumuman.

DARI PADA CIKGU SAAD

Assalamualaikum,mohon sumbangan utk membeli alat terapi nanotron meditron. harga rm.6,500 utk dihadiahkan kpd cikgu pak zohdi, alat ini boleh mencegah dan merawat..diharap ahli2 silat kalimah dpt memberi sumbangan. Terima kaseh. ..

Sebarang sumbangan dan pertanyaan boleh menghubungi Cikgu Saad di
017-558 9551

Mohon ahli jangan uzurkan.

08/09/2018

Asalamualaikum ahli silat kalimah sekalian.

Alhamdulillah syukur bagi Allah Penghulu Sekian Alam dengan atas limpah dan kurnianya memberi saya kekuatan untuk memberi pengumuman bahawasanya Perhimpunan Agong Gabungan Ahli Silat Kalimah insyallah akan di ada pada hari sabtu 3 November 2018 dan lokasinya akan di Rumah Saya sendiri Padang Jawa Shah Alam, Selangor.

Yang mana pada hemat saya lokasi ini amat sesuai dengan objektif dan tujuan asal perhimpunan untuk silaturahim bersuaikenal beramah mesra.

Oleh itu saya memohon semua ahli ahli silat kalimah memberi pengesahan kehadiran dan memberi jumlah ahli yang hadir bagi memudahkan pihak saya membuat persediaan.

Saya juga memohon dan merayu agar setiap ahli dapat memberi sumbangan bagi menampung kos majlis jamuan, tahlil arwah dan doa selamat yg bakal diadakan insyaallah.

Sekiranya ada sebarang cadangan dan pandangan bagi menambahbaik program yang bakal diadakan ini boleh la.sampaikan kepada saya disini.

Untuk penginapan tuan tuan boleh bermalam di rumah saya ini atau di hotel yang berdekatan.

Saya mengharap agar tuan.tuan.memberi kerjasama.dan.sokongan.bagi.menjayakan perhimpunan @ pertemuan ahli.gabungan.silatbkalimah yang pertama kali ini insyaallah.

Agenda.tentatif perhimpunan.akan.saya sampaikan.sikit.masa.nanti.insyaalllah.

03/09/2018

Asalamualaikum.

Kepada semua ahli-ahli silat Kalimah saya ingin menyatakan bahawa Badan Gabungan Ahli Ahli Silat Kalimah adalah satu wardah yang saya wujudkan untuk menghimpunkan semua ahli-ahli Silat Kalimah tanpa melibatkan atau mencampuri urusan Persatuan. (Hanya untuk berkawan dan sama-sama membantu mengembangkan Silat Kalimah)

Untuk lebih mudah anggaplah Badan Gabungan Ahli Ahli ini adalah satu medium ahli-ahli berkenal-kenalan berkongsi cerita dan yang paling penting bantu membantu setiap ahli Silat Kalimah untuk berkembang dan menyatu. Kalau ada orang nak belajar senang kita nak halakan kemana.

Kepada sesiapa yang merasakan nama (Badan Gabungan Ahli Ahli) itu satu pekara yang sensitif saya mohon tidak lah berfikir demikian kerana saya tidak berniat untuk mengangkat mana-mana Persatuan Silat Kalimah, individu dan diri saya sendiri, melainkan hanya untuk menaikan Silat Kalimah dan Pak Yahya Said.

Sepertimana yang telah saya maklumkan kepada Pak Zohdi Guru saya bahawasanya Gabungan dan rancangan Perhimpunan (asalnya untuk perhimpunan Majlis Yasin Tahlil dan Doa Selamat) adahal salah satu cara saya untuk berkawan dan berkenalan dengan semua ahli-ahli Silat Kalimah atas kehendak dan intiatif saya tanpa melibatkan mana-mana persatuan dan tidak bergantung kepada mana-mana persatuan Silat Kalimah pun.

Yang sudah mengenali saya mereka tahu saya akan berfikir lama sebelum membuat keputusan dan bila sudah membuat keputusan saya akan teruskan dengan atau tanpa sokongan dari sesiapa pun. (kalau tak begitu saya takan sampai ke muka pintu pejabat Perdana Menteri menghantar proposal secara terus)

Tidak lah saya ingin mencampuri dan menganggu urusan Persatuan dan tidak juga saya mahu agenda kepentingan peribadi dan persatuan dicampuradukan di Badan Gabungan ini.

Seperti mana yang kita sedia maklum baru baru ini saya ada mencadangkan untuk mengadakan satu Majlis Perhimpunan Agong Ahli-Ahli Silat Kalimah (asalnya untuk perhimpunan Majlis Yasin Tahlil dan Doa Selamat) dan itu merupakan atas kehendak saya sebagai individu dan pengamal Silat Kalimah tanpa mencampuradukan kepentingan dan urusan perihal Persatuan.

Oleh itu saya juga berharap dan berkehendak sekiranya cadangan saya untuk mengadakan Program Perhimpunan itu ingin dizahirkan maka kerja sama Tuan Puan terhadap matlamat itu adalah kerana initiatif individu dan kasih terhadap Silat Kalimah tanpa mengherat urusan protokol dan undang-undang dan Persatuan Tuan/Puan anggotai.

Objektif utama saya adalah untuk memartabatkan kembali Silat Kalimah yang mana di situ setiap Persatuan Silat Kalimah akan mendapat manafaatnya.

Saya amat berharap penjelasan ini benar-benar memberi penjelasan terhadap niat saya mewujudkan Gabungan Ahli-Ahli dan yang terkini Perhimpunan Agong yang sekarang ini insyaallah akan dinamakan Perhimpunan Ahli-Ahli Silat Kalimah (Peringkat Kebangsaan)

Sekiranya ada salah silap saya mohon maaf dan memohon selepas ini tiada lagi kekeliruan diantara kita semua ahli-ahli Silat Kalimah

Hanya Sebagai Pemegang Amanah

Wasalamu

03/09/2018

Asalam.
Alhamdulillah telah berlansung mesyuarat penetapan AJK Pelaksana Program Perhimpuanan Ahli Ahli Silat Kalimah Kebangsaan.

Semoga semua berjalan lancar.

26/08/2018

CADANGAN MENGANJURKAN PROGRAM BERSAMA
Alhamdulillah.
Syukor kepada Allah di atas rahmat dan limpah kurnianya memberi saya kekuatan dan keyakinan untuk pertama kalinya mencadangkan untuk menganjurkan Majlis Perhimpunan Agong Badan Gabungan Ahli Ahli Silat Kalimah yang pertama pada bulan Oktober atau November 2018 dilokasi dan waktu yang akan ditetapkan kemudian (lembah klang).
Tujuan utama saya untuk mengadakan Majlis Perhimpunan Agong ini adalah untuk
1. Mengumpulkan kesemua Ahli Ahli, Jurulatih Jurulatih Guru Guru, Pengamal Pengamal dan Pencinta Pencinta Silat Kalimah Lama dan Baru agar dapat saling mengenali dan beramah mesra diantara satu sama lain.
2. Berbincang dan bermesyuarat merangka langkah, cara dan strategi pemasaran untuk memperkenal dan membantu setiap Persatuan dan cawangan mengembangkan Silat Kalimah kepada masyarakat.
3. Merangka plan stategik bagi memboleh Silat Kalimah dapat diterima masuk ke IPTA dan Swasta.
4. Melantik wakil Badan Gabungan untuk setiap Persatuan dan Cawangan bagi memudahkan urusan dan.komunikasi.
5.Sebarang cadangan dan isu.berbangkit.
Pada Majlis Perhimpunan itu juga saya juga berhajat untuk mengadakan Majlis Tahlil Arwah dan Doa Selamat bagi memperingati Guru Guru, Jurulatih Jurulatih, Ahli Ahli, Rakan Rakan, Pengamal Pengamal dan Pencinta Pencinta Silat Kalimah yang telah meninggalkan kita dan memohon kerahmatan bagi meraka yang masih bersama sama kita.
Oleh kerana itu juga saya dengan rendah diri memohon kepada semua Guru Guru, Jurulatih Jurulatih, Ahli Ahli, Rakan Rakan, Pengamal Pengamal dan Pencinta Pencinta Silat Kalimah (Bernasabkan Pakya Said) bersama sama saya mengembling tenaga, buah fikiran, cadangan dan juga ringgit bagi menjayakan Majlis Mulia yang saya cadangankan ini.
Bagi menjayakan Majlis ini saya juga ingin mencadangkan untuk mengadakan kutipan dana bagi membiayai Majlis ini. Kepada yang ingin memberi sumbang boleh memberi nama dan jumlah sumbangan dan akan disenaraikan di bawah.
Sumbangan juga boleh dilakukan dengan MENEMPAH BUKU SILIBUS TERKINI yang mana RM10.00 akan dimasukan kedalam tabungan dana Majlis Perhimpunan Agong.
Dengan itu saya dengan Mohamed Huzaimi (Pencinta Silat Kalimah) dengan rendah diri memohon dan merayu kesemua Guru Guru, Jurulatih Jurulatih, Ahli Ahli, Rakan Rakan, Pengamal Pengamal dan Pencinta Pencinta Silat Kalimah bersatu hati bersama sama saya berkerjasama bagi memastikan Majlis Perhimpunan Agong Badan Gabungan Ahli Ahli Silat Kalimah ini dapat dijayakan serta.bersama sama menyebar, war war dan memanjangkan pengumuman ini kepada semua rakan seperguruan agar kesemua kita mendapat mafaatnya.
Segala bantuan cadangan tuan puan semua saya dahului dengan ucapan Terima Kasih.
WASALAMU
HIDUP BERSAMA MENGEMBANG DAN MENYATU.

Senarai Nama Penyumbang ( Jumlah Sumbangan / Menempah Buku /Cawangan Persatuan)
1.Mohamed Huzaimi RM50.00 KYS KLANG

SEBARANG CADANGAN DAN PERTANYAAN BERKENAAN PROGRAM.BOLEH.HUBUNGI SAYA MENERUSI.WHATSAPP DI.NO.0133004037

Videos (show all)

[DAPATKAN BUKU SILIBUS SILAT KALIMAH SEGERA!!!]Hanya 20 naskah sahaja.Penghantaran *24 jam dari masa pembayaran diterima...

Telephone