Majlis Daerah Tanah Merah

Majlis Daerah Tanah Merah

Laman Facebook Rasmi Majlis Daerah Tanah Merah

Penafian :-
Majlis Daerah Tanah Merah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam Laman Facebook ini.

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 02/09/2024

LATIHAN, RAPTAI DAN PERBARISAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-67 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

31 Ogos 2024, Sabtu - Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah menyertai Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Kelantan bertemakan "Malaysia Madani Jiwa Merdeka, Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI)" dengan jayanya pada malam 30 Ogos 2024 sempena menyambut ambang kemerdekaan.

Dalam tempoh lebih kurang seminggu bermula 25 Ogos 2024, Ahad, kakitangan terpilih MDTM telah menjalani latihan kawad sebelum disusuli dengan raptai, dan perbarisan pada malam majlis sambutan hari kebangsaan. Aktiviti-aktiviti ini memastikan semua persiapan dilakukan dengan baik dan kelancaran perbarisan kontinjen MDTM.

Sebagai penutup, sambutan ini bukan sahaja meraikan kemerdekaan negara tetapi juga menekankan nilai-nilai perpaduan dan semangat Madani. MDTM berbesar hati kerana dapat sama-sama menjayakan sambutan ini, memupuk semangat cinta akan tanah air sekaligus menekankan tema pembangunan berteraskan prinsip-prinsip Islam khususnya di Negeri Kelantan.

02/09/2024
31/08/2024

Selamat Hari Kebangsaan Ke-67

28/08/2024

Kredit to: Small Towns Malaysia

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 24/08/2024

PROGRAM TAKLIMAT KEBAJIKAN ASNAF DAERAH TANAH MERAH

22 Ogos 2024, Khamis - Program Taklimat Kebajikan Asnaf Daerah Tanah Merah telah diadakan di Dewan Jubli Perak, MDTM pada pagi Khamis 22 Ogos 2024. Program telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan penyertaan Ahli-Ahli Majlis serta para Penghulu Mukim dalam Jajahan Tanah Merah, dan telah dirasmikan bagi pihak Tuan YDP MDTM oleh Tuan Haji Mohd Nazir bin Yusoff, Ahli Majlis merangkap Ketua Whip MDTM.

Pengisian utama adalah berupa taklimat yang disampaikan oleh Tuan Imam Tua Masjid Ismail Petra Tanah Merah, iaitu keterangan mengenai tatacara permohonan bantuan asnaf, dan lain-lain maklumat terkini mengenai bantuan kebajikan dari MAIK.

Semoga menerusi program sebegini, sifat cakna kepada asnaf dapat kekal subur di kalangan warga Tanah Merah bersama sifat mawaddah dan rahmah, sebagaimana petikan Hadis Bukhari dan Muslim, “Tidak beriman seseorang kamu selagi kamu tidak mengasihi saudara kamu seperti kamu kasih akan diri kamu sendiri”.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 24/08/2024

LAWATAN PENILAIAN PERTANDINGAN KELANTANKU BERSIH TAHUN 2024 KE MAJLIS DAEEAH TANAH MERAH

21 Ogos 2024, Rabu - Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah menerima kunjungan panel penilai sempena lawatan penilaian pertandingan Kelantanku Bersih Tahun 2024 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat SUK Negeri Kelantan.

Lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh YBrs. Tuan Penolong Setiausaha MDTM iaitu keterangan tentang item-item yang dicalonkan oleh MDTM bagi kategori-kategori yang dipertandingkan; Anugerah Kecemerlangan PBT, Taman Rekreasi PBT Terbersih dan Ceria, Pasar Awam PBT Terbersih, Tandas Awam PBT Terbersih, Taman Perumahan Terbersih dan Ikon Kebersihan PBT.

Susulan sesi taklimat, panel juga telah melawat dan menilai sendiri di semua lokasi yang dipertandingkan.

Semoga MDTM beroleh pengiktirafan menerusi peluang pertandingan ini, demi manfaat bersama.
Insya Allah.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 19/08/2024

PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI - TAMAN KOTA HARMONI TANAH MERAH

17 Ogos 2024, Sabtu - MDTM, RELA, Persatuan Penduduk Taman Kota Harmoni dan Jabatan Amal Tanah Merah telah bersama bagi menjayakan program gotong royong komuniti di Taman Kota Harmoni.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 15/08/2024

PROGRAM PELANCARAN DAN TAKLIMAT PERTANDINGAN PENGUMPULAN SISA ORGANIK BAGI TUJUAN PROJEK ‘BLACK SOLDIER FLY’ (BSF)

12 Ogos 2024, Isnin – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah berjaya menganjurkan Program Pelancaran dan Taklimat Pertandingan Pengumpulan Sisa Organik bagi tujuan Projek ‘Black Soldier Fly’ (BSF) di Lalang’s Resort & Spa, Ayer Lanas, Jeli. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam pengurusan sisa organik secara lestari.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh wakil Kelantan Utilities Mubaarakan (K*M) yang menerangkan tentang Projek Black Soldier Fly (BSF). Seterusnya, Bahagian Pelesenan dan Kesihatan Awam MDTM memberikan taklimat mengenai syarat-syarat pertandingan pengumpulan sisa organik mengikut kategori pertandingan. Kategori pertandingan ini terbahagi kepada tiga iaitu kategori kedai makan/restoran, kategori taman perumahan, dan kategori kakitangan MDTM. Pertandingan akan berlangsung selama 14 hari mulai 13 Ogos 2024 hingga 26 Ogos 2024

Yang Berusaha Encik Azman bin Isa, Pengerusi Jawatankuasa Kebersihan, Keindahan Bandar dan Alam Sekitar MDTM, merasmikan program ini dengan ucapan yang penuh inspirasi. Beliau menekankan kepentingan pengurusan sisa organik dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Sebagai simbolik perasmian, tong sisa organik telah diserahkan kepada para peserta.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Nazir bin Yusoff (Ketua WHIP MDTM), Yang Berusaha Encik Nik Mohamad Dzul Wal Ilkram bin Zulkarnain (Penolong Setiausaha MDTM), Ahli-ahli Majlis MDTM, dan Ketua Bahagian MDTM.

Program ini diharapkan dapat menjadi contoh kepada inisiatif-inisiatif lain dalam usaha menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

14/08/2024

𝗔𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗕𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗨𝗥 𝗚𝗘𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 (𝗕𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔) 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

13/08/2024

JOM BAYAR CUKAI MELALUI JOMPAY HARI INI

13 Ogos 2024, Selasa – JomPay : Senang Bayar Cukai!

Jimat Masa dan Tenaga, Pantas dan Berkesan. Bayar Cukai Hanya Dengan Klik Sahaja.

Bagaimana?

1. Log masuk perbankan internet
2. Pilih ‘Bayar Bil’
3. Pilih ‘Jompay’
4. Masukkan amaun
5. Masukkan biller code
6. Masukkan nombor Ref
(Ref 1: Akaun . Ref 2: No. Tel/ Kad Pengenalan)

Jom Bayar Cukai Guna JomPAY Hari Ini!

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 09/08/2024

PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON ANTARA MAJLIS DAERAH TANAH MERAH (MDTM) & MAJLIS DAERAH MACHANG (MDM)

08 Ogos 2024, Khamis - Perlawanan Persahabatan Badminton Antara Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) & Majlis Daerah Machang (MDM) telah berlangsung pada jam 4.30 petang di Dewan Jubli Perak, MDTM. Turut hadir memberi sokongan ialah YM Setiausaha MDTM dan Tuan Setiausaha MDM serta para kakitangan dari kedua-dua Majlis.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sengit dan seimbang, dengan setiap pemain menunjukkan komitmen kesukanan serta semangat juang yang tinggi. Perlawanan ini bukan sahaja menjadi medan untuk meningkat kemahiran, tetapi juga mengeratkan hubungan antara warga kerja kedua-dua belah pihak.

Tahniah dan syabas buat kedua-dua pasukan. Semoga momentum persahabatan ini dapat diteruskan, kekal menyemarak hubungan akrab dan semangat kerjasama yang erat antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan.

Set Kito Jangey Pecchoh.

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 30/07/2024

PAMPLET (KAD DIGITAL) PANDUAN PELANCONGAN NEGERI KELANTAN

30 Julai 2024, Selasa - Sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama ini disertakan Pamplet (Kad Digital) Panduan Pelancongan Negeri Kelantan.

Sila imbas Kod QR di bawah atau melalui pautan drive untuk mengakses Pamplet (Kad Digital).

https://kelgis.kelantan.gov.my/portal/apps/experiencebuilder/experience/?draft=true&id=c74e38126a834c918a6b31816236d5b6&views=View-11

Terima kasih.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 30/07/2024

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗔𝗦𝗬𝗨𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗠 𝟭𝟰𝟰𝟲 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛 (𝗠𝗗𝗧𝗠) & 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗕 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗗𝗧𝗠 (𝗞𝗦𝗞𝗠𝗗𝗧𝗠)

29 Julai 2024, Isnin - Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan MDTM (KSK MDTM) telah menganjurkan program memasak Bubur Asyura di Dewan Terbuka MDTM secara bergotong royong melibatkan Ahli-ahli Majlis dan sekalian warga kerja MDTM. Acara memasak adalah secara penggiliran dalam empat (4) kumpulan agar tidak mengganggu perjalanan tugasan harian.

Program adalah bermatlamat untuk mengeratkan lagi ikatan tali silaturrahim dalam kalangan Ahli Majlis dan warga kerja MDTM. Empat kawah bubur telah disediakan dengan anggaran 14kg daging bagi setiap kawah, yang telah berjaya disiapkan dan diagihkan menjelang lewat petang. Program turut diperkayakan dengan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Fahmi Rosid, Imam Tua Masjid Mukim Kuala Paku, Tanah Merah pada hari yang sama jam 9.00 pagi di Masjid Ketua Jajahan bersebelahan Dewan.

Semoga aktiviti gotong royong bubur Asyura dan sesi ceramah yang diselitkan dapat membantu mempertingkat kefahaman, menyemarak penghayatan Maal Hijrah, dan memangkin muhasabah / refleksi diri sekalian peserta, ke arah gaya hidup dan budaya kerja yang lebih cemerlang dan penuh kebaktian.

Salam Muharram 1446H.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 29/07/2024

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗔 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜 “𝗕𝗟𝗔𝗖𝗞 𝗦𝗢𝗟𝗗𝗜𝗘𝗥 𝗙𝗟𝗬” 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛, 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝟭,𝟮, 𝟰 𝗗𝗔𝗡 𝟲 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 “𝗚𝗥𝗘𝗘𝗡 𝗔𝗠𝗕𝗔𝗦𝗦𝗔𝗗𝗢𝗥” 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗨𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗬𝗔, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔

25 Julai 2024, Khamis – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah menerima delegasi 36 orang Warga Kerja dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Melaka dalam sesi Lawatan Kerja MPHTJ ke Projek Pengurusan Sisa Lestari "Black Soldier Fly" Majlis Daerah Tanah Merah, bagi Perlaksanaan Modul 1,2,4 dan 6 Program "Green Ambassador" MPHTJ.

Penggunaan serangga Black Soldier Fly (BSF) atau Lalat Askar Hitam (Hermetia illucens) merupakan salah satu instrumen efektif dalam pengurusan sisa pepejal secara mesra alam, yang bukan sahaja mampu mengurangkan sisa organik domestik / pertanian ke tapak pelupusan secara signifikan, malah mampu juga menjana pendapatan kepada pengusaha dalam bentuk jualan bahan protein untuk ternakan dan baja tumbuhan.

Di Kelantan, MDTM bersama tiga PBT yang lain (MDT, MDPM dan MDD) sedang giat mengamalkan kaedah ini dengan fasiliti sendiri melalui kerjasama dengan Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan Sdn.Bhd. (PSPM) iaitu syarikat yang turut memiliki fasiliti BSF tetapi berkapasiti lebih besar di Beris Lalang, Bachok. Difahamkan bahawa pihak MPHTJ kini sedang mempertimbang untuk sama menceburi dalam penggunaan kaedah ini dalam pengurusan sisa pepejal dalam kawasan MPHTJ, dan untuk itu, MDTM telah dipilih sebagai contoh untuk penilaian dan panduan awal.

MDTM merakamkan setinggi penghargaan atas penghormatan ini, malah berterima kasih juga atas peluang interaksi bersama warga MPHTJ pada sesi lawatan kali ini. Banyak pengalaman dan ilmu khasnya dalam pengurusan sisa pepejal dan keceriaan bandar sempat dikongsikan antara kedua-dua pihak walaupun masa lawatan agak terhad. Semoga sesi ini menjadi titik tolak kepada jalinan hubungan yang lebih akrab dan konstruktif antara MDTM dan MPHTJ hendaknya.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 25/07/2024

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗚𝗢𝗧𝗢𝗡𝗚-𝗥𝗢𝗬𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟰

25 Julai 2024, Khamis - Program Gotong-Royong Perdana Kelantanku Bersih Peringkat Majlis Daerah Tanah Merah Tahun 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya bermula di Dataran Tanah Merah. Program gotong-royong perdana ini diadakan serentak di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Hilmi bin Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan). Turut hadir adalah YB Dato' Abdul Fattah bin Hj Mahmood (ADUN Bukit Panau), YB Tuan Bahari bin Mohamad Nor (ADUN Gual Ipoh), YB Tuan Mohd Almidi bin Jaafar (ADUN Bukit Bunga), serta YBrs Haji Wan Yusoff bin W Mustafa (Timbalan Ketua WHIP) bersama Ahli-Ahli Majlis, Penolong Setiausaha, Ketua-ketua Bahagian MDTM, dan wakil-wakil jabatan serta agensi di Jajahan Tanah Merah.

MDTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan penganjuran program ini dapat membantu mengekalkan kebersihan kawasan persekitaran, memupuk kerjasama dan hubungan baik dengan masyarakat setempat, serta melahirkan perpaduan antara kaum.

Menjaga kebersihan adalah penting kerana ia bukan sahaja mencerminkan imej dan budaya masyarakat, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kesihatan awam. Persekitaran yang bersih dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit, meningkatkan kualiti hidup, dan menyediakan suasana yang lebih selesa dan selamat untuk semua. Dengan usaha bersama seperti ini, kita dapat memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan indah, sekaligus mengukuhkan rasa tanggungjawab dan perpaduan dalam komuniti.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 25/07/2024

𝗥𝘂𝗷. 𝗞𝗮𝗺𝗶: 𝗠𝗗𝗧𝗠/𝗣/𝟱𝟬𝟱-𝟬𝟱-𝟭 𝗝𝗹𝗱. 𝟲

𝗜𝗸𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝘄𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗦𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB di Negeri Kelantan serta mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), berdaftar dengan Majlis Daerah Tanah Merah dan juga mempunyai jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja seperti di lampiran:

3. Untuk makluman pihak tuan/ puan juga, Butir-butir Kerja dan Borang Penyertaan dan Sebutharga boleh didapati di pejabat Majlis Daerah Tanah Merah mulai dari 24-07-2024 hingga 30-07-2024 pada hari dan waktu berikut:

𝗔𝗵𝗮𝗱 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗥𝗮𝗯𝘂 (𝟴.𝟭𝟱 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 𝟭𝟮.𝟰𝟱 𝘁𝗴𝗵 𝗵𝗮𝗿𝗶 / 𝟮.𝟭𝟱 𝗽𝘁𝗴 – 𝟰.𝟬𝟬 𝗽𝘁𝗴)
𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀 (𝟴.𝟭𝟱 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 𝟭𝟮.𝟰𝟱 𝘁𝗴𝗵 𝗵𝗮𝗿𝗶 / 𝟮.𝟭𝟱 – 𝟯.𝟬𝟬 𝗽𝘁𝗴)

4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/ puan didahului dengan sekian terima kasih.

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 25/07/2024

𝗥𝘂𝗷. 𝗞𝗮𝗺𝗶: 𝗠𝗗𝗧𝗠/𝗣/𝟴𝟯𝟵 𝗝𝗟𝗗. 𝟳

𝗜𝗸𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝘄𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗦𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB di Negeri Kelantan serta mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), berdaftar dengan Majlis Daerah Tanah Merah dan juga mempunyai jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja seperti di lampiran:

3. Untuk makluman pihak tuan/ puan juga, Butir-butir Kerja dan Borang Penyertaan dan Sebutharga boleh didapati di pejabat Majlis Daerah Tanah Merah mulai dari 24-07-2024 hingga 30-07-2024 pada hari dan waktu berikut:

𝗔𝗵𝗮𝗱 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗥𝗮𝗯𝘂 (𝟴.𝟭𝟱 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 𝟭𝟮.𝟰𝟱 𝘁𝗴𝗵 𝗵𝗮𝗿𝗶 / 𝟮.𝟭𝟱 𝗽𝘁𝗴 – 𝟰.𝟬𝟬 𝗽𝘁𝗴)
𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀 (𝟴.𝟭𝟱 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 𝟭𝟮.𝟰𝟱 𝘁𝗴𝗵 𝗵𝗮𝗿𝗶 / 𝟮.𝟭𝟱 – 𝟯.𝟬𝟬 𝗽𝘁𝗴)

4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/ puan didahului dengan sekian terima kasih.

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 25/07/2024

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗣𝗕𝗧) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛

22 Julai 2024, Isnin – Alhamdulillah, pada kali ini, siri Program Jelajah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2024 oleh Yang Berhormat Tuan Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah selamat singgah di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM); menjadikan MDTM sebagai PBT yang ke-9 telah dijelajah oleh pihak Yang Berhormat dalam tahun ini.

Program pada sebelah petang ini bermula dengan perhimpunan temu mata di Wisma MDTM antara pihak Yang Berhormat bersama Tuan Yang DiPertua MDTM, Setiausaha, sekalian Ahli-Ahli Majlis, Ketua Unit MDTM dan beberapa wakil agensi kerajaan yang turut hadir. Tuan Yang DiPertua MDTM telah terlebih dahulu menyampaikan ucapan aluan, sebelum diteruskan dengan Taklimat Prestasi Kewangan & Hasil dan Perancangan Pembangunan MDTM oleh YM Tengku Setiausaha MDTM. Pihak Yang Berhormat seterusnya menyempurnakan sesi dengan menyampaikan amanat yang padat dengan panduan, dengan penuh penekanan khususnya untuk MDTM lebih berusaha dalam meningkatkan hasil, sambil memastikan agar titah KDYMM Baginda Tuanku Al Sultan Kelantan berkaitan pemerkasaan peranan PBT di Kelantan terus disanjung.

Melalui jelajah kali ini juga, pihak Yang Berhormat telah menyampaikan Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Bagi Pembelian Tong Sampah PBT Tahun 2024 bernilai RM95,100.00, dan bantuan Projek Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan PBT Bagi Sukuan kedua 2024 bernilai RM550,000.00. Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tersebut.

Program kemudiannya diteruskan dengan lawatan ke lokasi-lokasi pembangunan terpilih khasnya yang telah dibangunkan dengan bantuan Kerajaan Negeri. Pihak Yang Berhormat telah dibawa melawat ke kawasan Dataran MDTM yang menempatkan Tandas Bersih Menawan Wangi (BMW) dan Laman Seni Mural, dan ke kawasan Taman Guillemard View @ Kusial di Kusial Bharu.

MDTM sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pihak Yang Berhormat atas segala panduan, nasihat, perkongsian, pengharapan dan bantuan kepada MDTM dalam siri jelajah kali ini.

Semoga dengan suntikan semangat dan sokongan daripada pihak Yang Berhormat, MDTM dapat melonjak ke aras lebih tinggi, dengan tadbir urus yang lebih cekap serta penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

24/07/2024

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Dimaklumkan bahawa Program Gotong-Royong Perdana Kelantanku Bersih Tahun 2024 akan diadakan sebagaimana berikut:

🗓️ 25 Julai 2024 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi - 12.00 tengahari
📍 Bandar Tanah Merah

Sehubungan dengan itu, Majlis memohon kerjasama semua penduduk sekitar dan orang awam untuk bersama-sama menyertai Program Gotong-Royong Perdana Kelantanku Bersih Tahun 2024 yang akan diadakan esok.

Terima kasih atas sokongan dan penyertaan anda!!!
Kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama!!!

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

19/07/2024

TAHUKAH ANDA ?

Jambatan Kereta Api Guillemard mula dibina pada 1920 dan siap pada 19 Julai 1924.

Hari ini genap usia 100 tahun jambatan kereta api ini. Selaras dengan usia aset ini, kerja-kerja pembangunan landskap di sekitar aset ini telah dilaksanakan oleh RAC, Majlis Daerah Tanah Merah, Jabatan Landskap Negara dan KTMB.

SELAMAT MENYAMBUT 100 TAHUN JAMBATAN KERETA API GUILLEMARD

Maklumat & informasi mengenai kami boleh diperolehi melalui:
Laman sesawang: www.rac.gov.my
Instagram/Facebook/X/Linked/TikTok:
Railway Assets Corporation

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 19/07/2024

𝗚𝗨𝗜𝗟𝗟𝗘𝗠𝗔𝗥𝗗 𝗥𝗔𝗜𝗟𝗪𝗔𝗬 𝗕𝗥𝗜𝗗𝗚𝗘 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗙𝗨𝗡 𝗥𝗨𝗡 (𝟭𝟬𝟬 𝗬𝗘𝗔𝗥𝗦 𝗔𝗡𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗔𝗥𝗬) 𝟮𝟬𝟮𝟰

19 Julai 2024, Jumaat – Sempena genap 100 Tahun usia Jambatan Kereta Api Guillemard yang jatuh pada hari ini (19 Julai 1924 ~ 19 Julai 2024), Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Daerah Tanah Merah telah menganjur dan melaksanakan acara Guillemard Bridge International Fun Run (100 Years Anniversary) 2024 dengan penglibatan lebih kurang 1000 orang peserta termasuk peserta antarabangsa.

Larian Ria sejauh 9.2 km ini telah dirasmi dan dilepaskan oleh Yang Berhormat Datuk Kamarudin bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Timbalan Pengerusi JPKKW, Yang Berhormat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO Dan Perpaduan Masyarakat, Yang Amat Berusaha Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan Jajahan Tanah Merah, Setiausaha serta Ahli-ahli Majlis Daerah Tanah Merah, Tuan Pengurus Wilayah Timur Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Tuan Pengurus Wilayah Timur Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan lain-lain wakil agensi / NGO / anggota masyarakat.

Setelah itu, dalam kesempatan yang sama, Yang Berhormat Datuk Kamaruddin bin Md Nor, juga telah menyempurnakan upacara perletakan batu asas bagi pembinaan Monumen 100 Tahun & Memorial Perang Dunia ke 2 di lokasi Taman Guillemard View @ Kusial, beserta gimik perlepasan 100 biji belon sebagai ketandaan 100 tahun usia jambatan bersama Tuan YDP MDTM dan Tuan Pengurus Wilayah RAC.

Dalam upacara ini juga, Yang Berhormat Datuk telah turut melancarkan buku cenderamata khas 100 Tahun Jambatan Kereta Api Guillemard 19 Julai 1924 ~ 19 Julai 2024 terbitan Majlis Daerah Tanah Merah.

Majlis Daerah Tanah Merah berharap agar acara larian ini dapat diadakan secara tahunan malah turut menyasarkan rentasan Jambatan Guillemard sebagai route larian seawal penganjuran tahun hadapan. Majlis juga berharap agar acara hari ini menjadi satu ketandaan, titik tolak dan pemangkin yang menjurus kepada usaha, gerak kerja dan hasil yang lebih gemilang dalam melonjakkan imej Jambatan Kereta Api Guillemard di mata awam.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

19/07/2024

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇

𝟭𝟬𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡
𝗝𝗔𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔 𝗔𝗣𝗜 𝗚𝗨𝗜𝗟𝗟𝗘𝗠𝗔𝗥𝗗
𝟭𝟵 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟭𝟵𝟮𝟰 ~ 𝟭𝟵 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰

Berusia 100 tahun, Jambatan Guillemard ikon pelancongan Kelantan 18/07/2024

Berusia 100 tahun, Jambatan Guillemard ikon pelancongan Kelantan JAMBATAN Guillemard di Kusial Bharu, Tanah Merah, Kelantan merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong. Ini disebabkan rekodnya sebagai jambatan kereta api terpanjang dan kedua tertua di negara ini selepas Jambatan Victoria di Karai, Kuala Kangsar, Perak. Jambatan sepanjang 600 meter yang dahuluny...

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 16/07/2024

Guillemard Railway Bridge International Fun Run (100 Years Anniversary) 2024

Tarikh: 19 Julai 2024 (Jumaat) Bersamaan 13 Muharam 1446H
Pendaftaran bermula 7.00 Pagi
Tempat Mula: Perkarangan Dewan MDTM
Tempat Tamat: Guillemard View, Kusial Bharu
Pakaian: Pakaian Sukan

Disertakan atur cara program untuk makluman tuan/ puan jua. Terima kasih.

Urus Setia,
Program Guillemard Railway Bridge International Fun Run (100 Years Anniversary) 2024
Majlis Daerah Tanah Merah

Photos from Majlis Daerah Tanah Merah's post 14/07/2024

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Tarikh Tutup Penyertaan :
31 Julai 2024

Cara Penyertaan :
Boleh dapati borang di kaunter khidmat pelanggan MDTM atau imbas kod QR bagi mengisi borang penyertaan melalui 'google form'

Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori
- Kedai Makan / Restoran
- Taman Perumahan
- Kakitangan MDTM
Nota : Sila rujuk syarat-syarat dan terma
pertandingan

MDTM mengalu-alukan penyertaan tuan/puan dalam pertandingan pengumpulan sisa organik. Program ini bertujuan mengitar semula sisa makanan untuk dijadikan baja organik yang mesra alam dengan menggunakan teknik Black Soldier Fly (BSF)

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Videos (show all)

Kredit to: Small Towns Malaysia
Kredit to: Small Towns Malaysia
JOM BAYAR CUKAI MELALUI JOMPAY HARI INI13 Ogos 2024, Selasa – JomPay : Senang Bayar Cukai!Jimat Masa dan Tenaga, Pantas ...
𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐑𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍Tarikh : 14 - 31 Julai 2024Masa : 9.00 Pagi - 9.00 MalamTempat : Istana Balai Besar, ...
𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗦𝗬𝗥𝗜𝗞19 Jun 2024 - Larangan Berpuasa Pada Hari Tasyrik iaitu bermula 11-13 Zulhijjah 1445H...
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗙𝗢𝗧𝗢𝗚𝗥𝗔𝗙𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡13 Jun 2024 - Pertandingan Fotografi Pelancongan Sempena Tahun Melawat Kelantan 2024Pe...
𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛-𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗭𝗨𝗟𝗛𝗜𝗝𝗝𝗔𝗛11 Jun 2024 – Marilah sama-sama kita mengingati tarikh-tarikh penting dalam Bulan Z...
𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗖𝗨𝗞𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗝𝗢𝗠𝗣𝗔𝗬 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜!09 Jun 2024 – JomPay: Senang Bayar Cukai! Jimat Masa dan Tenaga, Pantas dan Berk...
𝐒𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍𝐀 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐈𝐄 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 & 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 (𝟐𝟑 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒)