Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)

Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)

"Assembly of Intellectual Muslim" The name HAKIM is also selected with a purpose.

Apart from being an acronym of Himpunan Keilmuan Muslim, the term ‘Hakim’, which is also one of the Beautiful Names of God (al-Asma’ al-Husna), is an attribute that reflects perfection in Divine Essence and which bears its stamps in the wonderful creation of God. To a human being, this divine attribute of hakim, as pointed out by Imam al-Ghazali in his book Maqsad al-Athna fi Sharhi al-Asma’ al-Hu

Photos from R Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam,Science & Civilisation's post 30/05/2024

Jemput hadir ke majlis bicara buku ini.

09/03/2024
01/03/2024

Seminar dan Pemashhuran Risalah untuk Kaum Muslimin (JAWI), Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas

Muslim tergenggam belenggu kafir,
Akhirat luput, dunia tercicir,
Budaya jahil luas membanjir,
Banyak yang karam tiada tertaksir.

Barus dan Singkel, Pasai dan Ranir,
Silam ditelan masa nan mungkir
Lupa jawaban dihafal mahir
Bagi menyangkal Mungkar dan Nakir.

Risalah untuk Kaum Muslimin ialah sebuah karangan besar bahasa Melayu Jawi abad ke-21 yang membicarakan faham-faham penting dalam pandangan ‘alam Islam; mengupas perihal cabaran pemikiran luaran dan dalaman yang melanda kaum Muslimin serta menawarkan jalan penyelesaian untuk menanganinya dengan jalan yang tepat, iaitulah jalan pendidikan.

Ia dikarang oleh seorang ‘ilmuwan besar Muslim zaman ini, iaitulah Tan Sri Prof Dr Muhammad Naquib al-Attas pada tahun 1973. Risalah ini berasal daripada kata lisannya, kemudian dicatat dalam bentuk tulisan ringkas dan ditaip. Pun begitu, atas keperluan semasa, ia tidak terus diterbitkan, sebaliknya kandungan utamanya digubah oleh pengarang untuk menjadi sebuah karangan besar Muslim dalam Bahasa Inggeris p**a, iaitu Islam and Secularism (terbit 1978).

Risalah untuk Kaum Muslimin akhirnya diterbitkan pada tahun 2001 atas usul dan cadangan Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud oleh International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC) yang juga merupakan sebuah institut pendidikan tinggi yang diasaskan oleh Prof al-Attas.

Kini, untuk tahun 2024, Risalah untuk Kaum Muslimin diterbitkan semula dalam Jawi Tradisi oleh Akademi Jawi Malaysia. Terbitan Jawi ini menyerlahkan ketinggian dan kehalusan bahasa ke‘ilmuan Melayu, bahkan diserikan lagi dengan ragam hias pada bahagian pembuka dan penutupnya.

Terbitan Risalah Jawi ini juga menjadi pemangkin kepada kehidupan penghidupan tradisi bahasa ke‘ilmuan Melayu-Jawi pada masa kini, setelah ia berjasa ratusan tahun menjadi wadah pengislaman peradabannya.

Shahdan, bagi mera‘ikan penerbitan karangan besar bahasa Jawi pada abad ke-21 ini, Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS), UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Akademi Jawi Malaysia berbesar hati untuk mengundang tuan-puan budiman ke acara seminar dan permashhuran penerbitan Risalah untuk Kaum Muslimin Jawi ini, pada ketetapan berikut:

9 Mac 2024M bersamaan 28 Sha‘ban 1445H
SABTU
9.00 pagi – 1.00 tengah hari
Dewan Jumaah, UTM Kuala Lumpur

Untuk mengesahkan penyertaan dan kehadiran, mohon jasa baik tuan-puan untuk mengisi borang pendaftaran ini:

https://tinyurl.com/RisalahJawi
https://tinyurl.com/RisalahJawi
https://tinyurl.com/RisalahJawi

Semoga kehadiran dan penyertaan tuan-puan ke majlis ‘ilmu ini menambah keberkatan dan menjadi bersama menghidupkan dan memeriahkan kegiatan ke‘ilmuan.

Sifat sejarah, menurut orang,
Ibarat pentas bermain wayang;
Cerita lampau dihurai dalang,
‘Pabila tamat segera diulang.

Jika demikian mustahil pantang,
Giliran Islam p**a mendatang;
Lakonan lama indah gemilang,
Di layar dunia semula terbentang.

19/02/2024

Prepare to immerse yourself in the vibrant world of Islamic literature with our forthcoming book, "On the Love of Books in the Islamic Tradition; With Special Reference to Al-Jãhiz's Kitab al-Hayawan".

Embark on a journey through the exquisite realm of books as the ultimate mode of expression. Explore various writing styles, uncover the virtues of book collection and preservation of knowledge. Join us as we unravel the intricacies of translation and editing, offering valuable insights and advice to writers seeking purpose in their craft. The work is a scholarly endeavor based on a Master's thesis produced by the author Azenita Abdullah during her studies at the International Institute of Islamic Thought (ISTAC), under the leadership of Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

This book is a must-read for book enthusiasts and wisdom seekers alike! Stay tuned for more updates.

11/02/2024

ONLINE STREAMING ACCESS

Third Extempore Lecture of Islam: The Covenants Fulfilled by Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas
📅 Date: February 15, 2024
🕗 Time: 8:00 PM (Kuala Lumpur Time)

No matter where you are in the world, be it far from Kuala Lumpur or overseas, you can now be part of this enlightening discourse through our exclusive online streaming platform.

Reserve your virtual seat today and embark on a journey of enlightenment with us! For registration and more details, refer to the poster or visit https://tadib.org/covenants or https://buytickets.at/tadib/store

Can't make it to the live event? No worries! Recording access is available for purchase, ensuring you don't miss out on this enriching experience.

08/02/2024
Photos from R Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam,Science & Civilisation's post 01/02/2024
Photos from Ta'dib International Foundation's post 26/01/2024
28/10/2023

Majlis Bicara Buku Islam: The Covenants Fulfilled bersama Prof Dr Muhammad Zainiy Uthman

26/08/2023

Majlis istimewa bersama Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud
Bacaan dan Sharah Puisi Jalan Pulang

22/07/2023

Bicara Buku, Pemikiran dan Tamadun oleh Prof Muhammad Zainiy Uthman.

16/07/2023

With Allah's assistance, we are working hard to secure the biggest hall at World Trade Centre KL to accommodate the many requests we received for more seats since closing the ticket sales of our forthcoming momentous event:

The 1-day event in-conjunction with the book launch of Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas's Islam: The Covenants Fulfilled.

We will keep you updated. 12 more days to go, insha'Allah.

Podcast Ilmu 10: Scam Pendidikan 15/07/2023

Podcast kali ini adalah kesinambungan dari topik perbincangan kita terdahulu mengenai “Peranan Universiti: Relevan atau Tidak?”. Cuma untuk kali ini, perbincangan kita lebih terarah kepada sebuah buku yang diberi judul “The Case Against Education: Why the Education System Is a Waste of Time and Money” yang ditulis oleh seorang pengamal ekonomi dari Amerika. Panelis telah mengeluarkan beberapa hujah penting dari buku ini dan membahaskan secara tidak terlalu mendasar untuk kemudahan pendengar menghadam dan mengaitkannya dengan realiti pendidikan sekarang. Oleh kerana buku ini ditulis dari kaca mata seorang pengamal ekonomi, maka teori perbahasannya menarik untuk direnungkan.

Di dalam podcast episod ke-10, Sdr. Muhammad Ikhwan dan Sdr. Imran Mustafa akan telusuri beberapa hujah tersebut dan akan membawa pendengar bersama untuk memikirkan beberapa persoalan yang agak provokatif seperti: 1) Sejauh manakah kebenaran dakwaan bahawa universiti itu adalah kilang melahirkan pekerja?; dan 2) Adakah universiti seumpama itu sejenis scam?

Dengarkan rakaman penuh podcast ke-10 ini pautan di bawah.

Podcast Ilmu 10: Scam Pendidikan

10/07/2023

TICKETS SOLD OUT & LIVESTREAM OPTION FOR 29 JULY 2023 EVENT - ISLAM: COVENANTS FULFILLED BOOK LAUNCH, SPECIAL LECTURE, AND INTERNATIONAL SEMINAR

Praise to the Almighty, tickets are officially sold out for this historic event.

To those who have paid and registered, kindly make sure that you have received your confirmation email from us. We will send further information via email and our Telegram group.

If you have not received your confirmation, please contact Sarah at +6 0148361259 or Hanan at +6 0136281714.

May Allah grant ease to those who are coming from various parts of the country and the world.

Be that as it may, to those who didn't manage to purchase a ticket, we are happy to announce that we are working hard for a livestream option to join the event with a reasonable fee.

We ask for your patience and will keep you updated on our social media platforms.

Podcast Ilmu 09: Mengenai Fakta 25/06/2023

Internet telah merubah cara manusia mendapatkan maklumat. Dengan hanya memasukkan satu perkataan/ kata kunci, pengguna akan dihidangkan dengan pilihan bahan-bahan rujukan. Dengan segala kemudahan yang ditawarkan, internet berkehendakkan pengguna untuk mempunyai kesedaran ilmiah untuk menilai semula maklumat-maklumat secara adil.

Kesedaran ilmiah termasuklah kesedaran pada ma'na perkataan 'fakta' dan perbezaan cara penggunaannya oleh setiap individu dan aliran pemikiran.

Dalam Podcast Ilmu episod ke-9, Sdr. Muhammad Ikhwan dan Sdr. Imran Mustafa selaku pembentang akan membincangkan isu-isu berkaitan kepenggunaan perkataan 'Fakta', tujuannya dan falsafah kepenggunaannya dari pelbagai sudut bidang ilmu.

Podcast Ilmu 09: Mengenai Fakta Internet telah merubah cara manusia mendapatkan maklumat. Dengan hanya memasukkan satu perkataan/ kata kunci, pengguna akan dihidangkan dengan pilihan bahan-...

24/06/2023

Majlis Bicara Buku Pemikiran dan Tamadun, Muhammad Zainiy Uthman

24/06/2023

Podcast kali ini kita akan bersama dengan Sdr. Imran Mustafa dan Sdr. Muhammad Ikhwan untuk membincangkan topik yang diberi judul ‘Mengenai Fakta’.

Nantikan edisi penuh podcast kami yang akan disiarkan pada 24/6/2023 (Ahad) di saluran YouTube HAKIM.

Nantikan!

Photos from Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)'s post 18/06/2023

We understand the financial difficulties that students and fresh- grads are in, we try our best to ease the process by making these options available. For more inquiry, email us at [email protected]

16/06/2023

Less than 10 days until the registration to the WISE Summer School closes.

Dont just go through life riding the tides of time, stop what you are doing, and take the much needed time to answer all those questions you been having about Islam and the current world you are living in.

Check out our modules at www.wisesummerschool.com

Videos (show all)

Majlis Bicara Buku: Islam: The Covenants Fulfilled
Bacaan dan Sharah Puisi Jalan Pulang
Bicara Buku - Pemikiran dan Tamadun
Majlis Bicara Buku - Pemikiran dan Tamadun
Podcast kali ini kita akan bersama dengan Sdr. Imran Mustafa dan Sdr. Muhammad Ikhwan untuk membincangkan topik yang dib...
Majlis Bicara Buku Islam dan Alam Sekitar
Podcast kali ini kita bersama dengan Syed Muhiyuddin al-Attas dan Nurshafira Noh sebagai panelis jemputan dan Ayman Azla...
Bicara Buku Islam dan Alam Sekitar
Podcast kali ini kita bersama dengan Muhammad Syafiq Borhanuddin dan Muhammad Ikhwan yang bertajuk "Pembangunan".Nantika...
Majlis Bicara Buku Islam dan Alam Sekitar
Podcast kali ini kita bersama dengan Syed Muhiyuddin Al-Attas dan Muhammad Ikhwan yang bertajuk"Tradisi Keilmuan Imam al...
Wacana Batu Bersurat Terengganu

Telephone