Nastia Youth Club Kedah

Nastia Youth Club Kedah

Nastia Youth Club Kedah merupakan sebuah badan organisasi dakwah khusus kepada generasi muda dan belia Islam

01/01/2023

[KALAM PERUTUSAN SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU 2023]

Assalamulaikum WBT

Kami daripada Majlis Pimpinan Negeri Nastia Youth Club Kedah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2023

Semoga tahun baru ini dapat mendidik diri kita menjadi seorang insan yang lebih bertaqwa dan terus menerus menyebarkan kebaikan untuk ummah.

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

25/12/2022

PRAY FOR PANTAI TIMUR

Pihak Nastia Youth Club Kedah merasa simpati dan berdukacita di atas musibah banjir yang berlaku di kawasan Pantai Timur.

Semoga semua mangsa banjir kuat dan tabah dalam menghadapi ujian banjir dan dipermudahkan segala urusan yang bakal mendatang.

PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

12/11/2022

إنا لله وإنا إليه راجعون

Telah kembali ke rahmatullah seorang permata bumi Kedah pada tanggal 11 November 2022 semalam.

Majlis Pimpinan Negeri Nastia Youth Club Kedah merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tuan Guru Haji Abdul Hamid @ Paksu Mid.

Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan syuhada’.

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

26/09/2022

إنا لله وإنا إليه راجعون

Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang permata ummah dan tokoh ulama dunia Islam yang sangat dikenali dan dikagumi oleh seluruh umat Islam.

Oleh itu, Majlis Pimpinan Negeri Nastia Youth Club Kedah merakamkan ucapan takziah atas pemergian Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kalangan para solihin dan syuhada’.

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

16/09/2022

[KALAM PERUTUSAN SEMPENA MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2022]

Assalamualaikum WBT

Hari Malaysia merupakan satu hari istimewa buat rakyat Malaysia untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia dan menandakan penggabungan antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Oleh itu, Majlis Pimpinan Negeri Nastia Youth Club Kedah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia.

Semoga dapat memupuk sikap toleransi dalam diri dan saling bantu-membantu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

31/08/2022

🇲🇾 KALAM PERUTUSAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KALI KE-65 🇲🇾

Assalamualaikum WBT

Saban tahun, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan sebagai satu hari yang istimewa dan bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Maka, Majlis Pimpinan Negeri Nastia Youth Club Kedah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-65 bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.

Semoga mental dan rohani kita tidak mudah dijajah dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan dan menghancurkan diri sendiri walaupun pada zaman ini kita sudah tidak dijajah secara fizikal lagi.

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

29/07/2022

[KALAM PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU HIJRIAH 1444H]

Assalamualaikum WBT

Tahun baru Hijriah merupakan salah satu peristiwa yang sangat penting dan sungguh istimewa buat seluruh umat Islam.

Dalam satu hadis dari Abu Bakrah RA yang menyebutkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya, zaman berputar sebagaimana ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 belas bulan. Di antaranya 4 empat bulan haram, tiga bulan berurutan, yakni Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram, kemudian bulan Rajab suku Mudhar, antara Jumadil Tsani (Jamadil Akhir) dan Sya'ban." (HR. Bukhari dan Muslim).

Justeru itu, Nastia Youth Club Negeri Kedah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah 1444H kepada seluruh muslimin dan muslimat

Semoga kedatangan tahun baru hijriah ini dapat menjadikan diri kita sebagai seorang insan yang lebih bertaqwa kepada Allah dan sentiasa istiqamah menegakkan perjuangan Islam di muka bumi.

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

10/07/2022

[KALAM PERUTUSAN SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA]

Assalamualaikum WBT
Salam 🌙

Saban tahun kita menyambut Hari Raya Aidil Adha di mana jatuh pada tanggal 10 Julai 2022 M bersamaan 10 Zulhijjah 1443 H.

Daripada Majlis Pimpinan Negeri Nastia Youth Club Kedah 2021/2022 ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga kedatangan
Zulhijjah pada kalini. Kita dapat sentiasa beribadat membuat sebanyak - banyak kebaikan. 🤲🏻

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

05/07/2022

[SALAM TAKZIAH BUAT MANGSA-MANGSA BANJIR DI BALING]

Assalamualaikum WBT

Baru-baru ini, beberapa kawasan di daerah Baling dilanda banjir kilat sejak semalam.

Kami daripada Majlis Pimpinan Negeri Nastia Youth Club Kedah turut merasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Justeru itu, pihak kami memohon semoga mangsa-mangsa banjir terlibat tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan ini.

اللهم حوالينا ولا علينا اللهم الآكام والظراب وبطون الأودية ومنابت الشجر

(Ya Allah! Kami memohon agar hujan hanya mengelilingi kami bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! Alihkan ia ke atas tempat-tempat tinggi, gunung-ganang dan bukit-bukau, perut-perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok)

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

01/07/2022

[KALAM PERUTUSAN KEISTIMEWAAN AWAL ZULHIJJAH]

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera

Ini merupakan tarikh - tarikh Penting di Bulan Zulhijjah

🌷 1-8 Zulhijjah (1-8 Julai)
Puasa Sunat
“Rasulullah SAW biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada Hari Asyura, berpuasa 3 hari setiap bulannya” -Riwayat Abu Daud

🌷 9 Zulhijjah (9 Julai)
Puasa Sunat Arafah
“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang…” - Riwayat Muslim

🌷 10 Zulhijjah (10 Julai)
Hari Raya AidilAdha
“Sesungguhnya kami telah memberikan kurnia yang sangat banyak kepadamu. Maka solatlah untuk TuhanMu dan sembelihlah korban” - Al Kauthar 1:2

🌷 11-13 Zulhijjah (11-13 Julai)
Hari Tasyrik
“Dan sebutlah kamu akan Allah dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya” - Al Baqarah :203

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI NASTIA YOUTH CLUB KEDAH 2021/2022

16/05/2022

[KALAM PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2022]

Assalamualaikum WBT

Guru merupakan insan terpenting dalam mendidik anak bangsa supaya mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Pihak Majlis Pimpinan Negeri Nastia Youth Club Kedah 2021/2022 ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia yang banyak menabur bakti demi mendidik anak bangsa dan negara.

Semoga guru-guru sentiasa istiqamah dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang bukan hanya mempunyai ilmu semata-mata tetapi mempunyai adab dan akhlak yang baik.

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

02/05/2022

[KALAM PERUTUSAN SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI]

Assalamualaikum WBT
Salam 0-0

Saban tahun kita menyambut Hari Raya Aidilfitri di mana jatuh pada tanggal 2 Mei 2022 M bersamaan 1 Syawal 1443 H.

Daripada Majlis Pimpinan Negeri Nastia Youth Club Kedah 2021/2022 ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga kedatangan Syawal ini menjadikan diri kita seorang insan yang sentiasa bersyukur dan setiap amal ibadat yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini sentiasa diterima oleh Allah SWT.

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

01/05/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 29 Ramadhan 1443 H

Daripada Abu Umamah al-Bahili RA, Nabi SAW bersabda: “Bersedekah secara sembunyi memadam kemarahan Tuhan”

(HR al-Tabrani)

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

Photos from Nastia Youth Club Kedah's post 01/05/2022

[Usrah Tadabbur Surah (USTAS)📚]
▬▬▬▬▬ஐ❀♛ஐ❀▬▬▬▬▬

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat dari Allah.
Antara program besar dalam NASRA NYC Kedah kali ini ialah Usrah Tadabbur Surah (USTAS) berlangsung dengan jayanya.

Ia dijalankan sebanyak 2 sesi pada 16 April 2022 dan 23 April 2022 yang lepas. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang turut serta di dalam program ini.

Moga kalian semua dapat manfaat dari kedua surah yang ditadabbur iaitu Surah As-Shuara' & Al-Qasas.

InsyaAllah, kami akan adakan lagi USTAS pada masa akan datang, aamiin.😊
Mohon doa dari semua.

30/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 28 Ramadhan 1443 H

Dari Sahl bin Sa’d dari Rasulullah SAW baginda bersabda: “Barang siapa dapat menjamin bagiku sesuatu yang berada di antara janggutnya (mulut) dan di antara kedua kakinya (kemaluan), maka aku akan menjamin baginya syurga”

(HR Bukhari)

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

30/04/2022

[ A Day For Charity - Rumah Budi 🕌]
▬▬▬▬▬ஐ❀♛ஐ❀▬▬▬▬▬

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُهُ

Nastia Youth Club Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta A Day For Charity (ADFC) atau lebih dikenali sebagai Hari Santuni Anak Yatim pada 20 April 2022 yang bertempat di Rumah Budi Yan, Kedah.

Program ini adalah untuk meraikan anak - anak yatim dan memberikan mereka merasai pengalaman dan keseronokkan melalui aktiviti yang dijalankan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang lebih memerlukan.

Kami telah menjalankan beberapa modul yang ke arah "sharing moment" dan santai untuk menggembirakan hati mereka. Dan kami juga menyediakan duit raya hasil sumbangan orang ramai serta juadah berbuka kepada hampir 100 orang termasuk staf dan barisan fasilitator. Alhamdulillah🤲🏻

Semoga kita semua sentiasa dimewahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan serta doakan kami dapat jalankan lagi program seperti ini.😊

29/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 27 Ramadhan 1443 H

Dari Abu Hurairah RA dia berkata: Nabi SAW pernah ditanya: “Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk syurga?” Baginda menjawab: “Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia” Baginda ditanya lagi: “Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk neraka?” Baginda menjawab: “Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan”

(HR Ibnu Majah)

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

29/04/2022

[Kempen Let’s Sedekah 📖]
▬▬▬▬▬ஐ❀♛ஐ❀▬▬▬▬▬

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُهُ

Nastia Youth Club Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang di i-Sedekah yang mana sumbangan tersebut telah bermula dari 28 Mac 2022 hingga 20 April 2022 khas buat program bersama anak-anak yatim di Rumah Budi,Yan.

Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk menjalankan program seperti yang telah dirancang ✨

Kempen ini akan diteruskan lagi hingga 30 April 2022 bagi membuka ruang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi kegunaan program-program dakwah seterusnya dari NYC Kedah, insya-Allah✨

Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan 😊

28/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 26 Ramadhan 1443 H

Daripada al-Nawwas bin Sam’an RA :

“Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang kebaikan dan dosa, lalu Baginda menjawab “Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya”

(Riwayat Muslim)

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

27/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 25 Ramadhan 1443 H

Rasulullah SAW bersabda:

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.”

(HR. Tirmidzi)

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

26/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 24 Ramadhan 1443 H

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”

(HR. Al Baihaqi)

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

25/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 23 Ramadhan 1443 H

Daripada Ubadah bin Samit RA, beliau berkata adalah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kami beberapa kalimah doa apabila datangnya Ramadhan

“Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan, sampaikanlah bulan Ramadhan kepada kami dan terimalah ia daripada kami dengan sebenar-benar penerimaan”

(Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

24/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 22 Ramadhan 1443 H

Aisyah Radhiyallahu ‘Anha berkata,

“Rasulullah SAW lebih giat dalam beribadah pada 10 hari terakhir Ramadan yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya”

(Sahih Muslim)

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

23/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 21 Ramadhan 1443 H

Daripada Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, ia berkata,

“Aku pernah bertanya pada Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah malam lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?

Jawab Rasulullah SAW:
“Berdoalah: Allahumma innaka ‘Afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni ( Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan Engkau sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkan lah segala kesalahanku”

(Sunan Tirmizi)

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

22/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 20 Ramadhan 1443 H

“Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil”

(Riwayat Ahmad)

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

21/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 18 Ramadhan 1443 H

Daripada Ibnu Abbas RA berkata,

Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat Aidilfitri, Maka ia adalah zakat yang diterima oleh Allah baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat Aidilfitri, Maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa

(Sunan Abi Daud)

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

19/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 17 Ramadhan 1443 H

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda:

“Tiga orang yang tidak akan ditolak doa-doa mereka. (1) Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka. (2) Seorang imam (pemerintah) yang adil dan (3) doa seorang yang dizalimi. Allah SWT akan mengangkat doanya ke atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit dan Allah SWT akan berfirman: “Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, pasti Aku (Allah) akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika demi sesuatu kemaslahatan”

(Hadis Hasan Riwayat At-Tirmidzi)

Jom gandakanlah pahala sedekah sepanjang bulan Ramadhan pada link di bio!

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

19/04/2022

[KALAM PERUTUSAN SEMPENA MENYAMBUT NUZUL QURAN]

Assalamualaikum WBT

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Nastia Youth Club menyeru agar marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran, kitab suci kalamullah.

_Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:_

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

_Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]_

Semoga Ramadan pada tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

“PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI”

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

18/04/2022

Assalamualaikum WBT
Salam 16 Ramadhan 1443 H

Daripada Abu Dzar RA bahawa Nabi SAW bersabda pada Bilal: itu nampak seperti ini,

"Wahai Bilal, kalau subuh telah beranjak ke langit, maka itu bukanlah subuh, lalu baginda menyuruh untuk sahur dan baginda pun sahur seraya bersabda: "Umatku akan selalu dalam kebaikan selama mengakhirkan sahur dan mempercepatkan berbuka"

(Musnad Ahmad)

Jom gandakanlah pahala sedekah sepanjang bulan Ramadhan pada link di bio!

"PENERUS LEGASI, PENYEBAR INSPIRASI"

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
NASTIA YOUTH CLUB KEDAH
2021/2022

Videos (show all)

EHH RAYA DAH NAK DEKAT ⁉️SAMPUL RAYA BELUM ADA ❗Haaa jangan risau, meh beli dengan kami. Barang dah readystock. Tinggal ...
AL MULK US MEGA

Telephone

Website