Dapur Aku' Mengidam

Dapur Aku' Mengidam

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dapur Aku' Mengidam, Kitchen/Cooking, .

Photos from Dapur Aku' Mengidam's post 26/04/2023

Salam gais, Pes Rendang ni bukan sahaja utk masak rendang ya, boleh juga utk ayam masak merah. Rujuk resepi di bawah ya

RESEPI AYAM MASAK MERAH
1.5kg Ayam
300G PES RENDANG
4KEPING DAUN LIMAU PURUT
1 KEPING ASAM KEPING
1sudu makan serbuk cili

CARA PENYEDIAAN:
Tumiskan pes rendang dan serbuk cili @ sos cili,tumis sehingga naik wangi, masukkan ayam(NAK GORENG AYAM TERLEBIH DAHULU PUN BOLEH) Masukkan sedikit air, biarkan ayam masak dan kuah sedikit pekat,tabur daun limau purut bagi wangi, siap dan sedia untuk dihidang.

NOTE :
Sblm meletak perasa rasa masakan terlebih dahulu kerana pes ini telah diletak perasa, sekiranya kurang rasa boleh letak sedikit garam dan sedikit gula ikut rasa tekak anda.

21/04/2023

Assalammualaikum dan selamat hari raya gais, jd merendang sdh kamu, o ya klu guna pes rendang Aku' Mengidam pastikan panaskan minyak terlebih dahulu ya baru masukkn pes rendang tersebut, utk dapatkan warna rendang yg cantik minyak memainkan peranan yg penting juga

Photos from Dapur Aku' Mengidam's post 15/04/2023

Ready stock

Photos from Dapur Aku' Mengidam's post 13/04/2023

Gaiss hari ni aku suruh laki aku try masak rendang guna pes rendang, saja ja suruh dia sbb dia mmg x pandai adjust rasa, dia hanya berpandukan resepi yg aku sediakn ja,maka ini lah hasilnya, percubaan yg baik👍

kenapa aku suruh laki aku masak rendang ni? sbb aku bygkn laki aku tu customer yg beli rendang aku yg mana customer tersebut dia serah bulat2 dgn pes rendang tanpa adjust rasa garam dan gula, maka rendang tu jd hambar gitu.. so kamu pandai2 lah adjust perasa dlm rendang kamu nnt k..

Sdh buka puasa aku tanya lah apa beza aku masak dgn dia, dia blg ok juga tapi tetap x sama rasa dgn masakan rendang aku masak dia blg, padahal pes dan resepi yg sama kami guna cuma beza sukatan garam dan gula tu ja membezakan rasa rendang kami..

1 lagi plak membezakannya, laki aku letak daun kunyit sikit ja asal2 ada, gaiss bagi aku daun kunyit memain peranan yg penting dari segi rasa dan wangi dlm rendang tersebut, so jgn skip tu hirisan daun kunyit ya, selain tu pastikn juga kerisik masak sebati dgn pes, kalau masih terasa butir2 kerisik tersebut maksudnya kerisik tu blm masak lagi.

1 lagi jgn sekali2 tambah ajinomoto dlm rendang kamu k sbb sdh diletak dlm pes, nnt rendang kamu kuat rasa ajinomoto plak..cukup adjust rasa garam dan gula..sikit2 lah kamu tambah sampai lah jadi rasa yg ngam dgn tekak anda..

ok itu saja tips2 utk masak rendang dr sy yg bukan chef hahaha..

Selamat berbuka semua😘😘

Photos from Dapur Aku' Mengidam's post 11/04/2023

Pes Rendang sdh siap gais.. buat sikit2 ja dulu..nnt b*k permintaan baru buat pakai mesin.. gila lah senang btl kerja kamu raya kali ni kan, tggl sediakan ayam, kerisik, santan dan daun kunyit ja.. x kisah sdh klu raya tiba2 kan😂 brp harga? sama ja mcm bumbu sup tu rm15 (300g)
======================
RESEPI RENDANG BASAH.
1.5kg Ayam
300g Pes Rendang
500ml santan
3 sudu makan kerisik membukit
1-2helai Daun Kunyit hiris halus (daun kunyit wajib ada kerana ia memainkn peranan dr segi rasa dan wangi dlm rendang anda)

CARA PENYEDIAAN :
Panaskan minyak, tumis 300g Pes Rendang sehingga naik wangi.
Masukkan ayam, masukkan sedikit air kacau sebati dan biarkan ayam masak kemudian masukkan santan dan kerisik, sederhanakan api, kemudian gaul sehingga ayam masak dan kuah sedikit pekat. (biarkan rendang sedikit berkuah, jgn terlalu kering)
Matikan api, tabur daun kunyit gaul rata, angkat dan sedia utk dihidang.

NOTE :
Sblm meletak perasa rasa masakan terlebih dahulu kerana pes ini telah diletak perasa, sekiranya kurang rasa boleh letak sedikit garam dan sedikit gula ikut rasa tekak anda.

Photos from Dapur Aku' Mengidam's post 08/04/2023

Alhamdulillah, Bumbu/pes soto serba guna ni sampai di 3 lokasi dgn selamat..yg jauh minta pos pun boleh ya tapi cost postage sendiri tanggung😊

Cara penyediaan :
*SUP TULANG/MEE SOTO*
Didihkan air utk 1.5kg ayam/daging kemudian
Masukkan Ayam/daging dan daun limau purut
Biarkn sehingga mendidih kemudian masukkn bumbu sup kedlm air rebusan daging tersebut.(sekiranya nak bumbu wangi setaman, blh lah tumis bumbu terlebih dahulu kemudian masukkn air)
Biarkn sehingga daging masak dan lembut.

NOTE 1:
Bumbu Soto ini serba guna, kepekatan rempah2 sup dikurangkan spy tidak menjejaskan masakan lain so sekiranya anda terign lagi pekat rasa rempah2 pada sup anda, boleh lah tambah kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga mengikut kesukaan anda sendiri.
O ya sebelum meletak perasa,sebaiknya rasa masakan terlebih dahulu kerana bumbu sup ini dah di letakkn perasa tp sekiranya kurang perasa blh tambah garam atau kiub ayam ataupn letak maggi secukup rasa.

NOTE 2: Bumbu ini blh juga utk menumis ayam msk kari,kicap,sos serta ayam goreng berempah dll tanpa perlu hiris bawang,hnya tumis sedikit bumbu sehingga naik wangi,baru lah masukkn bahan masakan.

~ CEPAT, MUDAH DAN MENJIMATKN MASA ~

08/04/2023

Tips utk sup lagi sedap,selain tulang, urat daging lah main peranan utama utk sup lagi mantap, so setiap kali hendak buat sup tulang/soto, jangan lupa masukkan urat daging dlm sup anda ya.. kompom tetamu yg datang beraya akn sentiasa terbayang2 sup anda, tidur x lena mkn x lalu dibuatnya 😂😂lepas tu blh lah buka gerai soto🤭🤭

Photos from Dapur Aku' Mengidam's post 02/04/2023

Assalammualaikum, Salam ramadhan..Tebas2 lalang lu petang2 dlm pages ni hahaha,b*k lalang gara2 setahun sekali update pages 🤭🤭

Ok bumbu serba guna dah siap ya gais..in sya allah xda halangan esok lagi sambung c. o. d ya.

Cara penyediaan :
*SUP TULANG/MEE SOTO*
Didihkan air utk 1.5kg ayam/daging kemudian
Masukkan Ayam/daging dan daun limau purut
Biarkn sehingga mendidih kemudian masukkn bumbu sup kedlm air rebusan daging tersebut.(sekiranya nak bumbu wangi setaman, blh lah tumis bumbu terlebih dahulu kemudian masukkn air)
Biarkn sehingga daging masak dan lembut.

NOTE 1:
Bumbu Soto ini serba guna, kepekatan rempah2 sup dikurangkan spy tidak menjejaskan masakan lain so sekiranya anda terign lagi pekat rasa rempah2 pada sup anda, boleh lah tambah kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga mengikut kesukaan anda sendiri.
O ya sebelum meletak perasa,sebaiknya rasa masakan terlebih dahulu kerana bumbu sup ini dah di letakkn perasa tp sekiranya kurang perasa blh tambah garam atau kiub ayam ataupn letak maggi secukup rasa.

NOTE 2: Bumbu ini blh juga utk menumis ayam msk kari,kicap,sos serta ayam goreng berempah dll tanpa perlu hiris bawang,hnya tumis sedikit bumbu sehingga naik wangi,baru lah masukkn bahan masakan.

~ CEPAT, MUDAH DAN MENJIMATKN MASA ~

Videos (show all)

Penangan Bumbu Aku' Mengidam.. Kalah harga beras 5kg hehe..Setiap kali repeat mesti beli satu2 kilo, Tq selalu support g...
SELAMAT HARI RAYA SEMUA

Telephone

Website