Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau

Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau

TARBIYAH, DAKWAH DAN SIASAH

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau's post 04/08/2024

Alhamdulillah Ya Allah

Sesibuk mana pun Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau & Guru PASTI Zon Pedalaman dengan pelbagai program..
Usrah sebagai akar dan tunjang kekuatan tetap diteruskan walau secara Alam maya..

Usrah makanan rohani..Usrah Penenang jiwa..
Usrah umpama akar..Usrah seperti vitamin untuk diri sendiri

Ya Allah berikan kesempatan untuk kami berUsrah lagi melalui taman syurgaMu

Aamiin Ya Allah Ya Rab

satu tidak apa..JANGAN Tinggal semua..

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau's post 21/07/2024

Alhamdulillah Usrah Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau Bersama Majlis Guru PASTI Keningau kali ke 4 tahun ni (21/7/2024) berjalan dengan sangat lancar.

Dengan perkongsian ilmu daripada penyampai yang sangat memberikan kesan dalam hati.

Istimewanya usrah kali ini, Muslimat PAS keningau menerima tetamu istimewa iaitu Doktor Hajah Rosni Adam,Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia - DMPM yang sempat memberikan taujihat kepada Ahli Muslimat Usrah yang hadir.

Perkongsian ilmu dan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau.

Usrah merupakan tunjang akar bagi sesebuah Dewan.

Hadirlah usrah agar hati tetap istiqamah,bersemangat dan bersilaturrahim sesama kita.

TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau's post 23/06/2024

Alhamdulillah Usrah DMPK 23/6/2024 Ahad hari ini berjalan dengan lancar.

Dihadiri oleh Muslimat dan guru2 PASTI keningau.

Walaupun sibuk,tetap diadakan usrah yang merupakan akar tunjang dalam sesebuah Dewan dan kawasan.

Disamping dapat mengeratkan silaturrahim sekaligus membentuk hubungan kekeluargaan,melalui usrah juga banyak ilmu dunia dan akhirat dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam perjalanan kehidupan seseorang muslim.

InsyaaAllah dengan berusrah bersama kehidupan akan lebih terisi dan terarah lebih baik berlandaskan Al Quran dan As-Sunnah.

Photos from PAS Kawasan Keningau's post 19/06/2024
19/06/2024

JOM JADI PENYUMBANG TETAP SKUAD PRIHATIN

Zaman teknologi di hujung jari sekarang banyak memudahkan kita dalam pelbagai urusan termasuk dalam melakukan perkara kebajikan. Hanya semudah melakukan sekali tetapan (setting) untuk transaksi berjadual, sumbangan sedekah anda secara automatik akan disalurkan secara bulanan ke tabung pilihan anda. Jadi, tidak perlu lagi risau sekiranya sibuk atau terlupa untuk menyalurkan rutin sumbangan bulanan kalian.

Jom turut serta bersama Skuad Prihatin LKKS dalam pelbagai misi mengukir senyuman dengan menjadi penyumbang tetap bulanan kepada mana-mana tabung pilihan yang disediakan. Sumbangan bulanan melalui transaksi berjadual ini adalah sebagai inisiatif untuk memudahkan para penyumbang yang setia bersama Skuad Prihatin dalam setiap projek pengumpulan dana yang kami lakukan. Ayuh, manfaatkan kemudahan ini dengan berdaftar segera!

Untuk maklumat lanjut tentang panduan transaksi, sila hubungi :

๐Ÿง•๐Ÿป Dr Zatiey : +60197153496
๐Ÿง•๐Ÿป Dr Che Faridah : +6013 960 6242
๐Ÿง•๐Ÿป Puan Fiza : +6019 284 1071

๐Ÿ’š Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Malaysia

18/06/2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1445H/2024M

Salam Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat.

Semoga Allah menerima amalan dan pengorbanan kita semua baik di dunia dan akhirat.

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau's post 17/06/2024

Assalamualaikum wrt.
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Alhamdulillah dengan rasa penuh kesyukuran dilafazkan, selesai sudah Progam Qurban 2024 dengan baik dan jayanya.
Setinggi2 tahniah dan syabas, diucapkan kepada Biro Dawah dan AJKnya selaku penyelaras program yang berskala besar ini, telah berjaya disempurnakan dengan baik dan lancar, Begitu juga dengan semua AJK DMPK yang bertungkus lumus turun membantu dan memberi sokongan sepanjang program berlansung. Tidak dilupa juga petugas2 khas muslimat cawangan yang menjadi duta mengagih daging2 korban di ditempat masing2.

Alhamdulillah kali ini sebanyak 9 ekor sapi ร— 7 bahagian peserta telah dikorbankan.

Seramai 63 orang peserta korban dan lebih 100 petugas terdiri dari sukarelawan,Ajk-ajk kawasan terlibat dalam mengurus dan menjayakan korban tahun ini

Hanya ALLAH sahaja yang selayaknya membalas dan memberi ganjaran pahala atas segala penat lelah,tenaga dan sumbangan yang diberikan.Barakallahulakunna

Insya Allah tahun depan panjang umur kita berjumpa lagi. ๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž




.

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau's post 15/06/2024

JOM PUASA HARI ARAFAH

Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia adalah hari mustajab doa, menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas, selain hari keampunan serta pelepasan dari api neraka.

Daripada Abu Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, Apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah

โ€œPuasa pada hari tersebut (Hari โ€˜Arafah) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€
(HR. Muslim,1977)

Selain itu, Hari Arafah adalah hari di mana doa-doa sangat mustajab dan diterima oleh Allah SWT. Nabi SAW bersabda: โ€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafahโ€ (Riwayat al-Tirmizi).

Oleh itu, jom kita manfaatkan hari yang penuh keberkatan ini dengan berpuasa, berdoa, dan memperbanyakkan ibadah serta zikir untuk meraih rahmat dan keampunan dari Allah SWT.

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau's post 09/06/2024

Alhamdulillah Hadir ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah kali ke 34,sekali majlis perasmian Serentak Dewan-dewan PAS Negeri Sabah.

Muda-mudahan pengalaman,semangat dan ilmu yang didapat sepanjang Muktamar akan diaplikasikan di peringkat cawangan dan kawasan keningau ini.

Berazam, bersemangat dan istiqomah dalam perjuangan islam di bumi Sabah ini.

06/06/2024
Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau's post 01/06/2024

Assalamualaikum wrt

ZIARAH KASIH KAAMATAN 2024

Keningau- Sempena sambutan hari Kaamatan, pihak Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Keningau dengan kerjasama PAS Kawasan Keningau SABAH dan Dewan Pemuda PAS Keningau telah mengadakan Ziarah Kasih ke 4 buah rumah, yang masing-masing dalam kategori MOSWAY. Tiga daripadanya adalah kategori sakit dan seorang lagi daripada kategori warga emas. Bersama-sama dalam siri ziarah ini ialah Ketua Muslimat Ustazah Azian, Tn Hamin Yusof, NYDP PAS KawasanKeningau, BKKS Cawangan Merampong, BKKS Pemuda serta BKKS Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau.
Semoga ziarah kali ini merapatkan lagi hubungan persaudaraan dan ukhwah bersama PAS dan pimpinannya di kawasan Keningau.

27/05/2024

TAHNIAH DAN SYABAS!

PAS Kawasan Keningau mengucapkan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menerima keputusan SPM 2023.

Walau apapun keputusan yang diperoleh, ingatlah ianya bukan penamat dan selepas ini akan ada banyak lagi ujian yang bakal menanti.

Selamat maju jaya serta teruskan semangat untuk menuntut ilmu dan berusaha untuk menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat!

27/05/2024

Assalamualaikum wrt.

SYABAS DAN TAHNIAH.

Diucapkan buat calon-calon SPM 2023. Sesungguhnya kejayaan anda merupakan satu terjemahan daripada kesungguhan, ketabahan dan kesabaran kalian untuk sebuah kejayaan.
Kepada anak-anak pelajar yang belum berjaya, jangan kecewa kerana perjalanan anda masih panjang dan peluang terbuka luas untuk mengecapi kejayaannya pada masa hadapan. Teruskan berusaha dan berharap kepada Allah swt.

27/05/2024

Pautan untuk menyumbang๐Ÿ’š,
https://tinyurl.com/Dana-Pengurusan-Skuad-Prihatin

Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (at-Taubah; 105)

Skuad Prihatin berbesar hati andai tuan puan sudi untuk terus menyokong dan mendukung kami dengan menyumbang kepada Tabung Pengurusan Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial seterusnya membantu kelancaran gerak kerja dan program-program yang bakal dilaksanakan.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan atas sokongan yang diberikan. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang jua.

Hulurkan sumbangan anda menerusi,

Parti Islam Se Malaysia:
๐ŸฏMaybank: 5640 2540 0533

๐Ÿ“ฒ Sumbangan dibuka sepanjang tahun:
https://linktr.ee/SkuadPrihatin

Maklumat lanjut, sila hubungi :
๐Ÿง•๐Ÿป Dr. 'Uyun : +60193577502
๐Ÿง•๐Ÿป Puan Zurina : +60143069141

๐Ÿ’š Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Malaysia

25/05/2024

Salam Jumaat penuh berkah.

TABUNG ADIK AHMAD.

Jemput sama2 membantu Adik Ahmad yang merupakan seorang anak yatim yang telah ditawarkan menyambung pelajarannya ke Turki.
Alhamdulillah sudah terkumpul infaq buatnya RM 1440 dan berbaki lagi dalam RM4660.

Sebarang sumbangan bolehlah disaluran ke akaun berikut:

๐Ÿ“Œ 10025010041509
๐Ÿฆ BANK ISLAM
๐Ÿ› DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH

๐Ÿ–Œ Rujukan : Adik Ahmad

Atau boleh mengakses link berikut ๐Ÿ‘‡:

https://toyyibpay.com/Tabuang-Adik-Ahmad

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pada link whatsapp di bawah:

๐Ÿ“ž Irmawati
http://www.wasap.my/60195812404

๐Ÿ“ž Azian
http://www.wasap.my/60194337210

Jazakumullahukhairan kathiran.
Terima kasih di atas keprihatinan anda

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau's post 19/05/2024

Alhamdulillah, sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Keningau pada kali ini Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau telah menerima Anugerah Khas " Dewan Terbaik Sesi 2023-2024"
Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa DMPK yang telah mendapat pengiktirafan ini. Semoga dengan pengiktirafan ini, akan menjadi penyuntik semangat buat semua ahli jawatankuasa untuk melaksanakan amanah dengan lebih baik dan penuh berdedikasi.
Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan PAS Tahunan PAS Kawasan Keningau SABAH telah memilih Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau menerima anugerah tersebut.
Dikesempatan ini juga, dewan mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan dan pemerhati yang hadir, yang telah memberi cadangan dan penambahbaikan pengurusan organisasi pada sesi hadapan.

16/05/2024

SELAMAT HARI GURU!

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!
Terima kasih kerana terus sabar dan tabah dalam mendidik anak bangsa tanpa jemuh.

Tanpa guru siapa lah kami, semoga jasa kalian menjadi amal jariah yang sentiasa mengalir.

Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:

ู…ูŽู†ู’ ุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนูู„ู’ู…ู‹ุง ููŽู„ูŽู‡ู ุฃูŽุฌู’ุฑู ู…ูŽู†ู’ ุนูŽู…ูู„ูŽ ุจูู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ุนูŽุงู…ูู„ู

Maksudnya: โ€œBarangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpunโ€. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]

โ€œGURU MURABBI MEMBINA GENERASI RABBANI"

TERIMA KASIH CIKGU!!

13/05/2024

SKUAD PRIHATIN MENCARI PENYUMBANG TETAP

Daripada Saidatina Aisyah r.anha beliau berkata, Rasulullah ๏ทบ bersabda:

ุฃูŽุญูŽุจูู‘ ุงู„ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ุฃูŽุฏู’ูˆูŽู…ูู‡ูŽุง ูˆูŽุฅูู†ู’ ู‚ูŽู„ูŽู‘

Maksudnya: โ€œAmalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.โ€ (Riwayat al-Bukhari)

Skuad Prihatin LKKS berbesar hati mempelawa para dermawan untuk menjadi penyumbang tetap bulanan kepada mana-mana tabung pilihan yang disediakan. Sumbangan bulanan melalui transaksi berjadual ini adalah sebagai inisiatif untuk memudahkan para penyumbang yang setia bersama Skuad Prihatin dalam setiap projek pengumpulan dana yang kami lakukan.

Ayuh daftar segera dan tidak perlu lagi risau terlepas peluang menjadi sebahagian dari misi bulanan Skuad Prihatin mengukir senyuman buat yang memerlukan. Siiru โ€˜ala barakatillah.

Untuk maklumat lanjut tentang panduan transaksi, sila hubungi :

๐Ÿง•๐Ÿป Dr Zatiey : +60197153496 - https://wa.link/joaqw5
๐Ÿง•๐Ÿป Dr Che Faridah : +60139606242 - https://wa.link/mhgk34
๐Ÿง•๐Ÿป Puan Fiza : +60192841071 - https://wa.link/yljy9l

๐Ÿ’š Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Malaysia

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau's post 12/05/2024

12.5.24

Meraikan para pelajar dan guru-guru kelas al-Quran di Surau Taman Anggerik Keningau di dalam satu majlis hari raya. Majlis yang dianjurkan oleh Biro Dawah itu, turut dihadiri oleh Ketua Muslimat DMPK iaitu Ust Azian dan berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan duit raya daripada Dewan Muslimat PAS Keningau buat anak-anak pelajar. Semoga para pelajar dan guru-guru terus istiqamah dalam membantu dan meningkatkan pengetahuan dalam ilmu al-Quran.

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau's post 11/05/2024

Assalamualaikum wrt.

11.5.2024

SERAHAN BARANGAN PERTUKANGAN UNTUK UBAH SUAI RUMAH.

Keningau- Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau bersama PAS Kawasan Keningau SABAH telah membuat serahan barangan pertukangan untuk mengubah suai rumah Pn Saimah. Hadir bersama semasa sesi serahan tersebut ialah Ketua Muslimat DMPK, Ustazah Azian Shafie, Tn Abdul Mumin Ali, Timbalan YDP dan Ust Mohd Syakir, Ketua Biro Tarbiyah PAS Kawasan Keningau.
Projek ubah suai rumah ini merupakan projek di bawah Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau. Sebanyak RM 2100 dana telah berjaya dikumpulkan, namun belum lagi menepati sasaran iaitu sebanyak RM3000.
Insya-Allah kerja-kerja pertukangan akan dilaksanakan pada minggu hadapan.
" Semoga Pn Saimah sekeluarga juga terus berusaha di samping menerima bantuan masyarakat untuk memastikan kediaman mereka sesuai dan selesa untuk dihuni oleh mereka sekeluarga" pesanan Ustazah Azian kepada Pn Saimah.

Justeru, pihak Skuad Prihatin DMPK keningau, masih mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menyumbang lagi, dan kepada yang telah menyumbang, jutaan terima kasih diucapkan.

Daripada :
Skuad Prihatin DMPK Keningau
11.5.2024.

11/05/2024

Lagu Rasmi PAS Keningau.

Lirik

*LAGU PAS KENINGAU*

*Ayuh sahabat
Kuatkan tekad dan semangat
Penuhi janji dan baiah
Kepada Allah dan Rasulullah
Menjadi khalifah memimpin ummah
Biar berbilang bangsa
Kita eratkan ukhuwah

Sebagai jambatan persaudaraan
Agar bersama melakar kejayaan
Kalam Allah suatu kepastian

Chorus :

PAS Keningau terus mara
Merangkul jaya
Berbekal dakwah dan tarbiah
mengatur siasah
Agar rakyat sentiasa terpelihara

*Ulang semula

Pencipta lirik dan lagu:
Saudara Shahrizal Mohd Shom.

09/05/2024

Assalamualaikum wrt

Salam subuh jumaat 1 Zulkaedah 1445H.

INFAQ FISABILILLAH BUAT ADIK AHMAD

Tahniah buat adik Ahmad yang telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah Turki pada Bulan Julai ini. Beliau yang berasal dari daerah Tawau, merupakan anakanda kepada Timb Ketua Muslimat Negeri Sabah iaitu Pn Norjannah Jamjam. Namun, difahamkan kos perlajanan dan mengurusan ke sana telah mencecah RM6000. Dengan jumlah yang besar perlu disediakan dalam tempoh 1ยฝ bulan sahaja, Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (BKKS) DMPNS terpanggil untuk membantu mengumpulkan dana untuk adik Ahmad.
Justeru, BKKS berbesar hati ingin membuka ;

*TABUNG ADIK AHMAD *

Sebarang sumbangan bolehlah disaluran ke akaun berikut:

๐Ÿ“Œ 10025010041509
๐Ÿฆ BANK ISLAM
๐Ÿ› DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH

๐Ÿ–Œ Rujukan : Adik Ahmad

Atau boleh mengakses link berikut ๐Ÿ‘‡:

https://toyyibpay.com/Tabuang-Adik-Ahmad

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pada link whatsapp di bawah:

๐Ÿ“ž Irmawati
http://www.wasap.my/60195812404

๐Ÿ“ž Azian
http://www.wasap.my/60194337210

Jazakumullahukhairan kathiran.
Terima kasih di atas keprihatinan anda

06/05/2024

Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-8 Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau dengan bertemakan " Memperkasakan Kepimpinan Teras Kekuatan Ummah"

Sabda Rasulullah SAW "
ูƒู„ูƒู… ุฑุงุก ูˆูƒู„ ุฑุงุก ู…ุณุฆูˆู„ ุนู† ุฑุนูŠุชู‡

"Kullukum Ra'in Wa Kullu Ra' in Mas'ulun 'An Ra'iyyatihi"

โ€Setiap dari kalian adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya.โ€

Barakallahulakunna ๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž

Photos from Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah's post 06/05/2024
Photos from Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Malaysia's post 04/05/2024

Alhamdulillah. Program Seindah Syawal peringkat negeri Sabah tahun 2024.

28/04/2024

Assalamualaikum wrt

Tahniah dan syabas diucapkan buat Cikgu Nabilah Syafawati Sapari yang mewakili Daerah Nabawan di atas kejayaannya mendapat tempat ketiga sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan di Dewan Sri Putatan baru-baru ini. Beliau merupakan anak jati Keningau dan juga guru Al-Quran dan taranum bagi pelajar muslimah di Masjid Daerah Keningau.
Semoga Cikgu Nabilah terus istiqamah mencurahkan ilmu dan bakat dalam bidang Al-Quran buat masyarakat khasnya masyarakat di daerah Keningau.

27/04/2024

Assalamualaikum wrt.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan buat adik Nadirah Syazwani Sapari diatas kejayaannya yang telah dinobatkan sebagai Johan Qariah sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTQH) Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2024.
Adik Nadirah telah mewakili Daerah Keningau ke MTQH peringkat negeri Sabah yang telah diadakan di dewan Sri Putatan, Putatan pada 24-26 April 2024 baru-baru ini.
Semoga kejayaan Nadirah dan para qari dan qariah yang lain dapat memberi contoh dan model terbaik dalam membangunkan generasi celik al-Quran terutamanya buat generasi muda di negeri Sabah ini.

24/04/2024

Assalamualaikum wrt.
Salam Syawal
Salam perpaduan

RAYUAN SUMBANGAN PEMBAIKAN RUMAH.

Menziarahi Pn Saimah sekeluarga yang tinggal di rumah yang tidak bertingkap dan berbilik dengan dihuni oleh 2 keluarga di jalan Tenom Keningau. Demi menjaga keselamatan dan maruah ahli keluarga, Pn Saimah sangat mengharapkan ada insan-insan yang sudi menghulurkan sedikit kewangan bagi menambahbaik rumah yang diduduki itu.

Justeru, Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial DMPK Keningau, terasa terpanggil untuk membantu Pn Saimah dengan mewujudkan

TABUNG PEMBAIKAN RUMAH

Sasaran : RM3000
Jumlah terkumpul : RM1000
Baki Diperlukan : RM2000

Kepada sahabat-sahabat yang ingin membantu Pn Saimah bolehlah salurkan sumbangan kalian ke akaun berikut;

๐Ÿ“Œ110823025571
๐ŸฆBank Kerjasama Rakyat Berhad
๐Ÿข DewanMuslimat PAS Keningau

Atau dengan mengakses pautan berikut :

https://toyyibpay.com/Tabung-Pembaikan-Rumah

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pada link whatsapp di bawah:

1. Ustazah Rafiah
http://www.wasap.my/60139547164

2. Ustazah Azian
http://www.wasap.my/60194337210

3. Ustzah Wan Rozila
http://www.wasap.my/60 199213669

Jazakumullahukhairan kathiran.
Terima kasih di atas keprihatinan anda

Videos (show all)

Lagu Rasmi PAS Keningau.Lirik*LAGU PAS KENINGAU**Ayuh sahabat Kuatkan tekad dan semangatPenuhi janji dan baiahKepada All...
Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-8 Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau dengan bertemakan " Me...
Assalamualaikum wrtBerkesempatan pada petang tadi menziarahi seorang ahli yang telah ditimpa musibah kemalangan jalan ra...
Usrah DMPK Keningau
Usrah DMPK Keningau
ASSALAMUALAIKUM WBTAhlan Wasahlan Ya Ramadan๐ŸŒ™Bulan Yang Penuh Dengan Keberkatan๐ŸŒ™Bulan Yang Penuh Dengan Keampunan๐ŸŒ™Bulan ...
SEMBANG WANITA
Bah, sempena Hari Malaysia ni, jom ulangkaji ringkasan sejarah pembentukan Malaysia Kredit Video: Dewan Muslimat Negeri ...
SEMINAR BIJAK MERANCANG KEWANGAN SIRI 1 DMPK KENINGAU

Website