Dietitian Fizah

Dietitian Fizah

This page aims to deliver scientific and evidence based diet facts for all walks of life. It's also a platform for readers to convey your diet questions.

10/08/2022

SUPPLEMEN BUKAN UNTUK NAIK BERAT ANAK NA....

'Saya beli supplemen sebab anak tak cukup makan dari sumber real foods'
'Saya bagi anak supplemen nak naikkan selera makan'
'Saya bagi anak supplemen sebab sekarang banyak penyakit luar sana...'
'Saya bagi supplemen ini sebab iklan kata boleh jadikan anak lebih pandai dan fokus dalam pelajaran..'

Ada ke mommies tergolong dalam kump**an di atas?
Selepas tanya pendapat mommies di media sosial masih ramai yang salah anggap fungsi supplemen dan menyalahgunakan supplemen tersebut untuk anak anak

Berikut fakta supplemen:

Supplemen yang dijual di pharmacy yang SAH mengandungi MICRONUTRIENT seperti zat dan vitamin

Tujuan
Untuk melengkapkan zat ini yang tak dapat nak ambil dengan mencukupi dari diet akibat keadaan tertentu sepeti

1. Sakit (demam ,selsema, iron deficeincy anemia etc)
2. Penyakit tertentu yang memerlukan zat tersebut dalam kuantiti yang lebih contoh kanser etc
3. Tidak boleh makan untuk memenuhi keperluan secara mencukupi contoh koma

TAPI SUPPLEMEN

1. TIDAK BOLEH Naikkan berat badan anak
Supplemen mengandungi MICRONUTRIENT yang tiada kalori
Yang menaikkan berat badan adalah kalori yang datang dari gabungan karbohidrat,lemak dan protein.
Kalau ambil supplemen untuk tujuan naikkan berat tiada gunanya....

2. TIDAK BOLEH BERFUNGSI DENGAN BAIK tanpa real foods
Anda sentiasa focus untuk ambil vitamin C nak kuatkan immuniti tapi lupa vitamin C fungsinya apa..
Ia MENYOKONG sistem immuniti tapi bukan pertahanan utama
Nak bagi immune sistem kuat bukan saja Vitamin C tapi perlu antioksidan lain seperti Vitamin a dan E, perlu sumber Protein yang merupakan building blocks utama kulit,tisu,darah dan macam macam lagi.
Anda ambil vitamin C tapi masih tak amalkan diet yang sihat dan seimbang vitamin C tu takkan fungsi dengan baik
3. BUKAN UNTUK ANAK PANDAI

DHA banyak dalam bentuk supplemen sekarang dan YES banyak kajian menunjukkan DHA mampu untuk meningkatkan kecerdasan otak anak.
Tapi yang utama datang dari stimulus kepada otak bukan DHA sahaja.
Stimulus datang dalam bentuk
- komunikasi
- hands in bermain
- problem solving (menyelesaikan masalah)
- main di luar
- bertanya
Anak anda makan DHA setiap hari tapi stimulus hanya datang dari gadget. Sukar untuk meningkatkan kecerdasan otak anak nanti. Mak ayah pun tengok fon je...mana datang stimulus komunikasi...
4. TIDAK CUKUP UNTUK NAIK SELERA MAKAN

Lysine antara zat yang dikatakan boleh naikkan selera makan.
Tetapi mengikut carian kajian saya (boleh juga jika ada yang jumpa) tiada kajian terhadap keberkesanan lysine untuk meningkatkan selera makan dalam manusia
Yang ada hanya dalam haiwan...
Anak anak akan berselera jika mereka
- makan on time
- aktif dan menggunakan tenaga yang diambil dari waktu makan sebelumnya
- menu yang balanced
Maka zat ini masih belum dibuktikan berkesan sebagai appetite stimulant dalam manusia atau kanak kanak

SEMUA YANG ADA DALAM SUPPLEMEN ada dalam real foods
Galakkan anak makan real foods...

Antara tips tips.

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
1. Jangan paksa anak untuk asik makan menu yang sama..asik nasi nasi nasi....kalau anak nak makan pasta silakan, tapi buatla jadi balanced

2. Sentiasa ada buah standby

3. Sentiasa ada air masak dalam botol standby

4. Jauhkan/sorokkan/simpan/jangan beli sumber yang tak sihat macam jajan,chocolate,gula gula..OUT OF SIGHT OUT OF MIND

5. Galakkan mereka aktif main di luar.
Bila tengok gadget memanjang yes akan terbantut selera makan...

Good luck mommies
Jangan asik bergantung pada supplemen je tau..

Sekian

05/08/2022

Ada yang tanya tak marah, sedih ke bila ada orang lain yang bercakap tentang bab picky eater?
Kenapa saya perlu marah atau sedih?
Firstly beliau pun menimba ilmu dari banyak source, buku dan malah juga telah hadiri kursus bersama saya.
Secondly saya lihat beliau tak bercakap yang salah dan membahayakan, jika salah sudah tentu saya tegur.
Thirdly saya tak mampu dan tak akan boleh menyampaikan ilmu saya kepada semuaaaa orang. Bukan sahaja sebab masa kadangkala teknik pun tak tepat.Teknik beliau sangat menarik untuk menyampaikan ilmu. ada gambar,ada video, ada engagement.
Fourthly sebab sentuh bab general. Tidak memasuki bidang lain.
Contohnya: beliau boleh sampaikan tak cukup makan sebab picky eater, ciri ciri, tips nak atasi secara general..
tapi berapa tak cukup (contoh 400 ke 500kcal ke?),
apa yang tak cukup (contoh kurang 15g protein),
macam mana nak topup (contoh kena tambah 1 hidangan protein lagi)
adakah perlu supplemen, apa dan berapa banyak..
haaa yang tu tugas dietitian...
And lastly ingat banyak pahala bila kita sampaikan ilmu baik dan ilmu tersebut dipratikkan dan dishare dengan ramai.
Proud of and what she has achieved.
Keep going Dr β™₯️β™₯️
ni memory bersama masa buat convention PE...haish rasa nak buat lagi je..jom Dr..😁😁

01/08/2022

Ada 5 slot lagi bagi bulan Ogos 2022

Perkhidmatan Baru
Sesi Konsultasi online bersama pegawai dietetik yang bertauliah
Siapa sesuai?
- Ibu hamil
- Ibu hamil dengan kecing manis (kawalan diet sahaja)
- Ibu hamil dengan kecing manis (ada ubat)
Sesi konsultasi pada masa yang sesuai dengan anda, di keselesaan rumah sendiri (tak perlu susah cari parking), hanya memerlukan internet.
Slot sangat limited (hanya 10 sahaja setiap bulan)
Boleh klik link di bio untuk book temujanji anda.

01/08/2022

MITOS DAN FAKTA DIET DAN MENYUSU
No1: PENGAMBILAN UBAT WAKTU MENYUSU

Mitos: Anda kena berhenti menyusu waktu tengah sakit/ambil ubat.

Fakta: Jika tidak dinasihati oleh Dr, anda boleh teruskan menyusu walaupun tengah sakit. Kajian menunjukkan komposisi antibodi dalam susu ibu berubah waktu ibu tengah sakit untuk membekalkan protection kepada anak juga. Wow!!

No 2: ADA MAKANAN TERTENTU YANG MEMBUAT BABY TAK TAHAN PERUT

Mitos: Makan jamu, cili, kunyi, dan halia akan membahaykan baby dan menyebabkan baby cirit.

Fakta: Bukan senang makanan nak masuk dalam susu ibu. Hanya beberapa makanan sahaja dibuktikan yang akan masuk seperti alkohol dan caffeine tetapi dalam kuantiti yang sanggaaat sedikit. Yang membuat baby cirit adalah apa yang diberi selain susu ibu. Contoh kebersihan botol yang diguna, puting yang diguna, ada ke baby masukkan tangan jari yang cemar dalam mulut..

No 3: ANDA MEMERLUKAN MILKBOOSTER UNTUK NAIK PENGELUARAN SUSU

Mitos: Milkbooster di pasaran sedia ada akan menaikkan susu ibu

Fakta: Hanya dua sahaja makanan milkbooster yang terbukti menaikkan kuantiti susu ibu tetapi dalam dose yang tertentu. Iaitu kurma dan fernugreek. Fernugreek p**a memerlukan sekurang kurangnya 3.5g sekali ambil untuk melihat effect. Makanan lain tiada bukti kajian saintifik. Adakah produk produk pasaran mengandungi kuantiti tersebut? Ada je produk yang tidak nyatakan ingredient serta kuantiti ingredient yang diguna. Untuk naikkan supply susu ibu, FAHAMI dan AMALKAN konsep supply and demand.

No 4: ADA MAKANAN TERTENTU YANG MENURUNKAN PENGHASILAN SUSU

Mitos: ada makanan yang akan menurunkan penghasilan susu ibu.

Fakta: Jarang penurunan susu ibu disebabkan oleh makanan. Makanan yang ada kesan dan terbukti melalui kajian adalah alkohol dan kafein sebab sifat diuretic. Tetapi punca utama penghasilan susu menurun adalah STRESS. Satu kajian menunjukkan punca stress yang membuat ibu berhenti menyusu adalah kewangan, trauma, pasangan dan last sekali emosi.

NO.5 BAHAYA TURUN BERAT BADAN WAKTU MENYUSU

Mitos: Bila diet waktu menyusu, production susu akan menurun

Fakta: Yang penting adalah kualiti makanan yang diambil, bukan kuantiti.

Bagi ibu menyusu pengambilan kalori dan protein yang mencukupi sangat penting.
Jika mommies tak cukup zat, susu tak effect tapi yang akan rasa kekurangan zat adalah badan puan.
Contoh kalsium, jika mommies tak cukup ambil kalsium baby akan menyerap kalsium dari tulang tulang mommies melalui susu tadi. Last last mommies la yang akan sakit tulang, sendi dan otot

Nak buat 30ml susu perlukan 20kcal ye.
Itu sebab ibu menyusu (berat badan normal) memerlukan pertambahan 500kcal dan 19g protein (dalam 6 bulan pertama), iaitu sama dengan
- pertambahan 1 lauk extra semasa hidangan berat
- 1 snek pagi/petang (segenggam kekacang / 1 cawan susu/ 1 yoghurt/ 1 buah)

Breastfeeding bukan lesen untuk melantak na..hehehe

Happy World Breastfeeding Week

Sekian
Dietitian Fizah Sobri
Proud mommy of 2 breastfed kids❀❀

25/07/2022

Awal lagi nak start anak buat keje rumah.
Relax dulu..tunggu masuk sekolah baru buat.

Tak juga...
Sebenarnya antara teknik saya nak galakkan picky eater atau anak anak anak yang memilih makan adalah untuk mereka melibatkan diri dalam kerja kerja rumah, terutamanya yang ada makanan
contoh: basuh sayur dan buah, tolong potong, tolong basuh beras, basuh pinggan, tolong set meja

⁰Kenapa anak memilih makan ada kaitan dengan buat keje rumah?

1. Anak anak belajar main melalui 'play'
- kita tak boleh bebel dekat anak sayur bagus, buah bagus kena makan....mana ada...mereka belajar dengan main..
- masa buat keje rumah boleh buat ala game juga...mana buah warna oren? mana sayur yang pendek?

2. Bila anak buat anak boleh rasa bangga
- anak tolong basuh beras..bangga
anak tolong potong sayur dan buah..bangga
sebab dengan cara ni mereka rasa mereka sudah dewasa..lagi seronok ketika penyediaan makanan lagi tinggi penerimaan anak terhadap makanan tersebut

3. Boleh consistent
- faham kita yang dewasa nak konsisten makan sayur pun payah..nak ikut tu pun payah lagila anak kan..tapi masak boleh consistent..kalau tak masak susah la nak makan kan (melainkan selalu beli dekat luar)..
aktiviti yang konsisten dan berterusan boleh jadi habit/ amalan untuk anak anak
contoh: setiap kali masak ada lauk sayur...nnt aktiviti tersebut boleh dijadikan amalan kepada anak anak sampai dewasa setiap kali masak mesti ada sayur.

yes galakkan anak anak buat kerja rumah
kita taknak besarkan generasi nak sapu rumah pun tak reti
baik anak lelaki atau perempuan sama je dua dua kena jugak buat
jangan p**a asingkan mana tugas girl dan boy...
takkan kerja rumah pun nak diskrimanasi jantina

Sekian

Photos from Dietitian Fizah's post 08/07/2022

Siapa kata ibu hamil dengan kencing manis (GDM) nak kawal gula wajib makan oats?

Ramai ibu dengan GDM , dapat tahu je didiganos GDM akan tukar makan pagi kepada oats.
"Saya tak biasa makan oats, tapi dipaksa"
"Takde makanan lain ke saya boleh makan selain oats dan roti wholemeal?"
" Rasa nak muntah makan oats puan"

Tak wajib makan oats
Bagi ibu hamil dengan GDM kuantiti karbohidrat yang diambil sebenarnya yang WAJIB dikira.
3 sudu oat besar sama dengan 1 senduk nasi....
Jika ibu tersebut ambil 3 sudu besar oat tambah dengan 1 buah sebiji tambah dengan susu 1 cawan semua bersamaan dengan 3 senduk nasi...
Mereka perlu hati hati dan secara am perlu kekal kuantiti karbohidrat antara 3 hingga 4 senduk nilai karbohidrat setiap kali makan berat.
Senang cerita, saya bagi ibu 3 - 4 hinggit saja, 1 senduk (atau bersamaan dengan 1 senduk) kira sebagai 1 hinggit..nak mix and match pun boleh
1 hinggit = 1 senduk = 15g karbohidrat adalah seperti berikut

1 senduk nasi/ mee/meehoon/ kuehteow
3 sudu besar oat/tepung
1 cawan susu (full cream ke rendah lemak ke sama kuantiti)
1 biji buah sebesar penumbuk
1 keping roti (putih/wholemeal)
3 keping biscuit
2 keping keju
1 genggam kacang kekacang (tangan boleh tutup bukan kaut camtu je na)

Secara am: Ingat perlu ambil 3 - 4 higgit sekali makan berat (sarapan/lunch/dinner), mix and match dan jangan lupa SAYUR HIJAU SEPARUH PINGGAN (2 senduk)..
nanti saya terangkan dalam posting lain kenapa sayur hijau tu wajib...

PS: Ini salah satu sahaja nasihat adalah secara am bagi ibu GDM on diet control SAHAJ (kalau ada ubat lain cerita)
WAJIB jumpa dietitian di fasiliti kesihatan untuk tahu banyak lagi nasihat yang berkaitan untuk kawal bacaan gula.

Photos from Dietitian Fizah's post 05/07/2022

Thank you Pn Nur and Puan Ir mendapatkan servis online consultation dari Dietitian Fizah

1. Pn Nur lama sangat nak tunggu appointment dietitian, lepas raya haji baru jumpa so beliau book online consultation nak tahu cepat cara diwt bagi ibu gm

2. Pn Ir p**a susah nak amik cuti nak jumpa dietitian. Anak dah 4, raya haji, raya aidilfitri, cuti dah sangat terhad dan ada lagi cuti yang perlu diambil untuk followup..maka beliau amik online consultation dengan Dietitian Fizah

Lambat appointment?
Cuti limited?

boleh book session online consultation dengan Dietitian Fizah

Jangan risau Dietitian Fizah adalah dietitian yang bertauliah dengan 13tahun pengalaman bekerja di pelbagai fasiliti kesihatan.

Nak booking, terus contact no di bio....
limited 10 slot sahaja sebulan (bukan sehari na)

05/07/2022

Nak makan tapi muntah semula...
Nak makan takde selera...
Nak makan tapi loya...
Sampai dekat klinik, saya diminta makan sihat, seimbang sebab tak cukup
Kalau tak makan hypo.
Ini adalah dilemma ibu ibu yang didagnos kencing manis sewaktu awal kehamilan

Jika berlaku keadaan begini boleh amalkan tips berikut supaya dapat makan
1. utamakan makanan yang kering
- roti bakar, biskut kering, croissant

2. elak makanan yang berminyak dan berkrim sewaktu loya
- jika ambil makanan begini akan meningkatkan rasa nak muntah (contoh fries, susu, makanan bergoreng)

3. Jangan ambil jeruk atau buah kering
- untuk kurangkan rasa loya, atau pun rasa tak sedap tekak boleh ambil buah fresh yang rendah GI speerti jambu, oren, epal (tapi jangan lebih 1 biji sebesar penumbuk),

4. Makan bila tak loya
- jika biasa rasa loya jam 7.00 pg tapi waktu 8.30 pg dah ok, boleh makan ketika itu.

5. Jangan bau atau ambil makanan yang masih berasap / stim
- jika bau makanan akan meningkatkan risiko loya dan nak muntah. Boleh ambil makanan yang bersuhu bilik (bukan yang baru baru masak) dan jika masih berstim bagi sejuk sedikit.

Harap tips ini membantu

04/07/2022

Hi dan Salam Perkenalan

Saya Dietitian Fizah

Seorang pegawai dietetik berkhidmat dah lebih 13 tahun di KKM
Sekarang sedang cuti belajar untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD dalam bidang Ibu hamil dengan kencing manis
Memang agak s**ar untuk dapat berjumpa dengan dietitian sejurus selepas didiagnos kencing manis semasa hamil.
Temujanji terdekat paling cepat akan ambil masa sebulan dan kadangkala yang followup di private tak dapat nak berjumpa dengan dietitian.
Bila dah diagnos ramai ibu akan rasa terkejut, ada yang sedih dan ada juga yang marah..
Tapi selepas itu akan menerima kenyataan.
Namun next step apa?
Ibu nak jaga tapi ke mana nak cari info yang sahih dan betul?
Search dekat internet macam macma produk p**ak jumpa.
saya faham
-kadang kadang lambat jumpa sebab appointment dietitian penuh.
- hari nak pergi perlu ambil cuti, susah cari aprking dan tunggu turn
- bila jumpa ada yang jumpa dalam group dan rasa tak selesa nak tanya soalan
- selepas jumpa baru terfikir nak tanya soalan tapi s**ar nak hubungi dietitian
Di sini saya beri platform untuk dapatkan konsultasi khas kepada anda bersama dietitian yang bertauliah, melalui online sahaja, mengikut masa yang selesa untuk anda.

jika nak private consultation boleh book melalui
www.wassap.my/60175941645/privateconsultation

slot sangat terhad, saya hanya terima 10 kes sahaja sebulan sebab tugas hakiki saya
jika nak free advice pun boleh..continue follow dan boleh guna search button di fb type nama saya In Sha Allah apa yang saya telah advice akan keluar dalam fb tu, tinggal cari je

Sekian
Dietitian Fizah

03/07/2022

Ibu akan sentiasa buat yang terbaik untuk kandungan
sehingga kadangkala kesihatan diri sendiri terabai....
"Kalau saya kenyang makan gula saya akan naik...maka saya elak dari makan sampai kenyang baru gula saya tak tinggi"
Ibu yang ada kencing manis semasa hamil (GDM) akan meletakkan bacaan gula dalam darah sebagai cermin pengawalan keadaan...
Tinggi tak kawal..
Cantik maksudnya kawal...
dan kadang kadang terlalu strict makan sehingga tak cukup zat, sering lapar, dan berasa stress dengan diri sendiri.
Ibu kurang makan bukan maksud gula terkawal
Jika ibu hadkan pemakanan hingga menyebabkan Hypoglycemia (keadaan gula dalam darah amat kurang , bawah bacaan 4.0mmol/L) sebenarnya amat membahayakan kesihatan ibu dan baby.
Simptom ibu Hypoglycemia
1. Pening sehingga nak pitam
2. Pitam
3. Lapar yang teramat hingga pedih perut
4. Menggigil
5. Mata kabur

Jika mengalami ini cepat check darah dengan glucometer, kalau betul hypo ambillah salah satu makanan ini
1. Gula gula 3 biji (bukan chocolate ye, tapi macam gula gula hacks tu) ATAU
2. Madu 1 sudu besar ATAU
3. Air kotak (1 kotak kecik bukan kotak besar) ATAU
4. Jus buah (1/3 mug)

Ingat ye mommies, jangan terlalu strict sampai diri sendiri terabai.
Pastikan anda jumpa dietitian supaya dapat tahu apakah cara yang sesuai untuk dapatkan zat yang cukup untuk anda dan baby, tapi pada masa sama kawal gula dalam darah dan juga kenyang.

02/07/2022

Perkhidmatan Baru
Sesi Konsultasi online bersama pegawai dietetik yang bertauliah
Siapa sesuai?
- anak kurang berat
- anak susah makan
- anak tak cukup makan
Sesi konsultasi pada masa yang sesuai dengan anda, di keselesaan rumah sendiri (tak perlu susah cari parking), hanya memerlukan internet.
Slot sangat limited (hanya 10 sahaja setiap bulan)
Boleh klik link di bio untuk book temujanji anda.

02/07/2022

Antara kerisauan ibu bapa bila anak makin besar makin tolak buah dan sayur sayuran
Betul ada banyak sebab anak boleh tolak makanan sihat ini tapi kita jangan giveup.
Setiap anak berbeza personaliti dan setiap personaliti akan ada strategi yang berbeza, tapi ini antara tips general yang saya boleh bagi
Antaranya....
Boleh masukkan dalam makanan kes**aan mereka
- pancake buah, jemput jemput, ais krim buah, macam macam lagi.
Pasangkan cerita kartun yang makan buah dan sayur macam upin ipin, Omar Hana bagi mereka lihat ikon mereka juga makan buah dan sayur.
Tapi yang paling penting ibu bapa sendiri kena KONSISTEN dan jadi CONTOH kepada anak..kalau mak ayah tak makan sayur buah macam mana nak suruh anak makan kan..hehehe

Anak berat tak naik atau makin menurun?
Risau anak makan tak cukup?
Tak pasti apa yang perlu ditambah?
Boleh book sesi konsultasi online bersama dietitian fizah (nombor di bio).
Limited slots sahaja akan diterima.

01/07/2022

Perkhidmatan Baru
Sesi Konsultasi online bersama pegawai dietetik yang bertauliah
Siapa sesuai?
- Ibu hamil
- Ibu hamil dengan kecing manis (kawalan diet sahaja)
- Ibu hamil dengan kecing manis (ada ubat)
Sesi konsultasi pada masa yang sesuai dengan anda, di keselesaan rumah sendiri (tak perlu susah cari parking), hanya memerlukan internet.
Slot sangat limited (hanya 10 sahaja setiap bulan)
Boleh klik link di bio untuk book temujanji anda.

01/07/2022

" saya dah kurangkan nasi jadi 1 senduk..tapi gula tak cantik lagi..saya lapar puan..tapi takut nak ambil makanan, takut gula tak cantik"

Ibu GDM sentiasa dalam dilemma
1. Nak makan tapi takut gula naik...
2. Tak makan cukup nanti tak cukup zat untuk anak....
3. Makan itu salah ini salah nak makan apa lagi?....
Itu sebab ibu ibu,mommies yang ada GDM, WAJIB anda berjumpa dengan Pegawai Dietetik untuk tahu cara diet yang betul untuk kawal gula tanpa effect baby.
Dilemma dilemma di atas akan diterangkan oleh Pegawai dietetik cara untuk mommies kenyang,puas makan tanpa menjejaskan zat yang diberi kepada baby.
Sementara tunggu untuk jumpa pegawai dietetik saya boleh sarankan ibu membuat 3 perkara di bawah
1. Kurangkan atau elakkan pengambilan air manis/mengandungi susu pekat manis
- utamakan yang naturally flavoured seperti air limau, air lemon air barli tanpa gula, susu
2. Tingkatkan pengambilan serat
- kuantiti sayur hijau WAJIB sama banyak dengan nasi dan WAJIB ada lauk (ayam/ikan/daging/telur)
3. Makan malam paling lambat 4 jam sebelum tidur.
- jangan makan malam terlalu dekat dengan waktu tidur
Contoh tidur pukul 10,pukul 8mlm baru makan.
JANGAN !!!
- perlu makan untuk 2 orang
- beli apa apa supplemen yang kata boleh kawal gdm
- terlalu strict sampai sendiri tak rasa kenyang dan bertenaga
- tidak hadir ke sesi bersama pegawai dietetik anda

Sekian

12/04/2022

BABY TAK PERLU BERAS SPECIAL

"Anak saya 9 bulan susah naik berat, tukar beras sumo la"
"Anak saya 8 bulan sembelit, kena tukar beras perang"
" Anak saya nak masuk setahun taknak makan, kena tukar beras basmathi ke?"

Jawapan saya
Tidak

Kenapa?
1. Semua jenis beras mengandungi kalori yang sama dalam 1 senduk (beras putih, beras perang, beras basmathi). Beras sumo p**a tinggi kanji dan akan membuat baby cepat lagi kenyang.
Yang akan membantu anak naik berat ada pertambahan kalori.

2. Titikberatkan serat dari sayur dan buah buahan bukan kepada beras perang. Anak perlukan gabungan kedua serat larut air dan serat tidak larut air dari kedua sumber ni untuk bantu lembutkan najis dan lawas. Ingat selain tak cukup serat anak kadangkala tak cukup air atau pun kurang bergerak aktif (contoh kerap didukung, letak dalam buai..tak bagi anak bergerak)

3. Tiada kaitan antara pertukaran beras dan selera makan anak. Anda dapat lihat selera mereka berubah sebab cara menu yang disediakan dengan beras basmathi berbeza dari menu yang biasa anak makan.

Mommies perlu
variety..
tukar tukar menu....
cantikkan presentation (letak banyak warna atas pinggan)
bagi anak makan sendiri...
pastikan ada ketiga sumber karbohidrat,protein dan serat atas pinggan...
ikut group macam Happy Baby Foods Malaysia ada macam macam menu no salt no sugar

kalau kita pun bosan makan menu sama, sama jugak dengan anak..malah mereka lagiiiii cepat bosan...

23/03/2022

Betul ke kalau ibu menyusu makan ikan, baby boleh dapat khasiat ikan juga?

Ada soalan? jom tanya dan dietitian fizah akan cuba jawab.

13/02/2022

"Anak kau tu tak cukup susu, tu sebab asik nangis je"

Mommies pernah dengar macam ini terutamanya waktu pantang..

" Bagi botol/air kanji nanti senyap la baby tu"

Meh sini nak habaq...ingat baby nangis sebab lapar sahaja ke?
ada banyak sebab baby terutamanya newborn menangis..antaranya

1. Tidak berasa secure/selamat
dah 9 bulan lebih duk dalam rahim ibu, dengar denyutan jantung ibu, dalam suasana yang maintain 37Β°C tiba tiba kena keluar dari comfort rasa terbuka siapa tak takut...antara sebab kenapa baby bila dibedung tak nangis sebab mereka rasa secure

2. Suhu
Kalau mommy panas baby pun panas
Kalau mommy sejuk baby pun sejuk
bezanya kalau mommy tak rasa selesa mommy boleh ubah sendiri..baby macam mana nak cakap?menangis je la ye

3. Mengantuk
Kena angkat sini..pass ke sana..kena cubit pipi..kena cium satu muka..macam mana si manja nak tidur?mommies kalau tak cukup tidur pun bad mood kan..baby lagila kan

4. Sakit
sakit kena gigit nyamuk ke
sakit bedung ketat sangat ke
sakit tersilap saiz diaper ke
mesti baby nangis...

Ada banyak sebab selain lapar susu na..
Mommies dont give up bila ada yang kata suh tambah susu botol anak tak cukup minum susu badan

susu ibu sangat special dan supply mengikut demand baby,bukan kita tentukan
Jika baby berat naik, berak tak sembelit, kencing kerap dan bukan kuning pekat...you are on the right track..

Jika tak sure boleh belajar teknik latching betul, urutan betul, hand massage yang betul dan banyak lagi dari certified lactation kaunselor di klinik/hospital.

Ps: jangan jangan jangan sesekali bagi baby bawah usia 6 bulan apa apa selain susu. terutamanya petua mengarut untuk turunkan jaundice baby.

10/02/2022

Soalan
Puan kenapa bila saya minum susu soya ok tapi susu biasa jadi sakit perut?
Masa kecik minum susu ok je...bila dewasa p**ak tak tahan.

Jawapan
Ada banyak perbezaan antara susu soya dan susu lembu tapi yang boleh menyebabkan rasa tak selesa perut tu (sakit perut, memulas, cirit-birit) adalah LACTOSE.
Lactose ni sejenis gula karbohidrat dan perlu enzyme lactase nak cernakan..tapi kalau lama tak minum enzyme ni lama lama tak dihasilkan, so bila sekali minum aduh tak selesa bangat sebab perut takleh cernakan dengan baik.
Tapi tapi badan kita ni memang special..kalau takdak masalah masa kecik minum susu, besar je tak selesa hangpa boleh train balik badan kasi ngam dengan susu balik.
mula dalam kuantiti sikit sikit macam 50ml pastu naik 100ml bagi chance dekat badan biasakan balik..nanti takdak la rasa memulas tu lagi.
Antara tips
1boleh masukkan susu lembu tu dalam minuman macam sirap bandung, kopi susu, teh susu
🍲boleh masukkan dalam masakkan macam masakan bersantna ganti susu
Biasalah rakyat Malaysia masa kecik minum susu botol pastu berhenti banyak minum minuman malt pastu bila dah sakit tulang, sendi semua baru nak minum susu balik...

kalau allergic segala jenis makanan yang ada susu takleh amik tau .termasuk kek, cheese dan macam macam lagi.
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Sekian

10/02/2022

Soalan
Puan kenapa bila saya minum susu soya ok tapi susu biasa jadi sakit perut?
Masa kecik minum susu ok je...bila dewasa p**ak tak tahan.

Jawapan
Ada banyak perbezaan antara susu soya dan susu lembu tapi yang boleh menyebabkan rasa tak selesa perut tu (sakit perut, memulas, cirit-birit) adalah LACTOSE.
Lactose ni sejenis gula karbohidrat dan perlu enzyme lactase nak cernakan..tapi kalau lama tak minum enzyme ni lama lama tak dihasilkan, so bila sekali minum aduh tak selesa bangat sebab perut takleh cernakan dengan baik.
Tapi tapi badan kita ni memang special..kalau takdak masalah masa kecik minum susu, besar je tak selesa hangpa boleh train balik badan kasi ngam dengan susu balik.
mula dalam kuantiti sikit sikit macam 50ml pastu naik 100ml bagi chance dekat badan biasakan balik..nanti takdak la rasa memulas tu lagi.
Antara tips
1boleh masukkan susu lembu tu dalam minuman macam sirap bandung, kopi susu, teh susu
🍲boleh masukkan dalam masakkan macam masakan bersantna ganti susu
Biasalah rakyat Malaysia masa kecik minum susu botol pastu berhenti banyak minum minuman malt pastu bila dah sakit tulang, sendi semua baru nak minum susu balik...
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Sekian

09/02/2022

Soalan
Kenapa bila saya kenalkan anak saya usia 6 bulan ayam ada naik ruam merah tapi bila kenalkan masa usia 8 bulan takde p**a?

Jawapan
Kerana badan baby belum sempat menyesuaikan diri.
Badan baby mengambil masa nak sesuaikan diri dengan makanan dari kategori lain selain susu.
Terutamanya sumber protein.
Sumber protein p**a mengandungi allergens yang boleh trigger allergy.
Kebolehan badan baby nak hadam protein tersebut dan kadar penyerapan bahan asas protein (amino acid) akan menentukan samada ada tindakbalas allergy atau tidak
Dan tahukah anda lagi tinggi kualiti protein, lagi banyak bahan asas, lagi tinggi kemungkinan untuk allergy?
Maka disarankan untuk start small and slow. sedikit dan perlahan.
Selepas ok dengan sumber protein tu boleh teruskan ke sumber protein seterusnya
Mula kenalkan protein mengikut langkah (saranan usia, kalau boleh lepas lebih awal boleh cuba seterusnya)

1) Ayam (usia 6-7 bulan)
2) Ikan (7-8 bulan)
3) telur kuning (8-9 bulan)
4) sumber susu dan tenusu (cheese, yoghurt) (9-10bulan)
5) sebiji telur (10-11bulan)
6) seafood : udang, ketam etc (11-12bulan)
7) kacang kekacang (setahun ke atas)

Tapi katakan ada simptom allergy seperti ruam merah, gatal gatal, bengkak etc..BERHENTI bagi makanan tersebut dan bagi rehat sekurangnya
2 minggu..baru boleh kenalkan semula.

Protein ni memang tricky sikit tapi amat diperlukan untuk baby membesar dengan baik dan sihat.

Banyak kes saya jumpa kalori cukup, karbohdirat cukup tapi berat masih s**ar nak naik, rupanya pengambilan protein tak cukup.
tapi tu posting lain p**ak ye...berapa banyak sebenarnya baby kena makan.
Sekian

07/02/2022

Selagi berat anak naik setiap bulan tak perlu nak risau kalau orang kata anak kita kurus atau kecil. Kita sebagai ibu lagi tahu☺

27/01/2022

Soalan
Boleh ke ubat dicampur dengan susu untuk diberi kepada anak?

Jawapan
Tidak digalakkan.

1. Ada ubat yang akan berinteraksi dengan zat dalam susu menyebabkan zat tertentu s**ar untuk diserap terutamanya zat besi dan ada juga disebabkan susu ubat tersebut susah untuk diserap (terutama bagi ubat yang perlu ambil pada perut kosong)......

2. Akan ada phobia / anak tak percaya dah terhadap susu yang diberi terutamanya anak anak bawah setahun. akan kaitkan susu tak sedap dan ada kalanya tolak susu.
anak anak senang fahaman mereka, tak s**a tolak..

3. Susu lebih senang untuk membuat anak rasa loya dan muntah semula dengan ubat yang diambil. susu mengambil masa untuk dihadam dan muak jika tengan kurang selera makan atau rasa loya.

Nak bagi apa?
Bagi anak anak lebih dari 1 tahun ganti dengan air kosong/ air berperisa yang clear (contoh fruit juice, air kotak, air glucose etc)..
kuantiti sedikit je dalam 100ml cukup untuk bagi mereka telan dan hilang rasa pahit ubat.
Bagi anak anak kurang dari setahun boleh bagi buah yang banyak jus seperti tembikai, limau mandarin, anggur diambil selepas ambil ubat.

Sekian

18/12/2021

Tukar satu perkataan saja nak bagi anak bersemangat nak makan lebih

03/12/2021

No sugar coffee for me!!!

Nak tahu macam mana nak buat macam macam perisa no sugar coffee?

For now saya dah experiment cara nak buat
1. Mocha latte
2. Latte
3. Banana latte

my secret ingredient?
Coffee + Full cream milk (plain/chocolate/banana)
Saya suggest coffee yang intense flavour bukan yang mild/fruity untuk rasa coffee tersebut
and please guna full cream milk, kalau tak akan rasa cair dan tak kena
Caranya?
ala bancuh kopi O je dulu sampai 2/3 dari mug pastu tuang susu lagi 1/3 mug...sedaaapppp and anggaran kalori 40kcal sahajaaaa 😁😁😁😁

PS: saya bukan duta/promote mana mana brand na...
sedapnya enjoying my morning coffee in peace and quiet sebelum anak anak bangun

Videos (show all)

Betul ke kalau ibu menyusu makan ikan, baby boleh dapat khasiat ikan juga?
Anak susah makan? jom cuba 1 tips ni..
Ibu mengandung perlu ambil apa apa tak sebelum vaksin?#vaccinecovid #vaksin #ibumengandung
ADA BUKTI WANITA DENGAN 2 ORANG ANAK PALING CANTIK..Saya pernah lihat ibu muda umur 26 tahun tapi anak dah 5 orang, rupa...
Tak payah nak amik produk produk detox na...
cara nak tahu info tu betul ke sampah
tak sah kalau takdak pujuk rayu ni kan..
Ini lah peringkat penerimaan sayur untuk anak anak..betul ke?
High protein mac n cheese sesuai untuk 1 tahun ke atas dan picky eater
Kenapa diet macam ni tak sesuai bagi ibu GDM?
cara nak galakkan anak makan sayur..make it fun
Jom turun berat secara sihat dan selamat

Telephone