Misi.Malaysia
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Misi.Malaysia, Food Delivery Service, .
Waktu tengah lapar, tiba2 app terpadam.. lepas tu hilang pesanan yang dah add to cart tadi.. mmg stress juga..
Sebab itu kami tambah feature baru “Cart” untuk anda boleh sambung semula pesanan yang tergantung.
Kami harap, order anda pada hari ini berjalan lancar. Jika ada bug lagi, berikan feedback di ruangan komen ya.
Install Misi Android :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.misirakyat
Install Misi Apple :
https://apps.apple.com/my/app/misi/id1589120495
Sape yang dah ada Min RM50 dah boleh Cashout.. Tahniah kepada semua sebab percaya pada perancangan Misi. Di bawah, saya share Screenshot abg Lias punya Pasif income yang dia dapat..
Hari-hari duit masuk syiling-syiling je dari pembelian orang lain.. Tapi oklah kan? Mana nak dapat duit percuma macam ni seumur hidup..
Ekosistem Misi sedang berkembang laju, ramai peniaga sedang beratur panjang untuk berniaga di dalam ekonomi baru lokal.
Ekonomi baru ni semakin besar, maka jual beli di Misi menghasilkan syiling-syiling percuma ni kepada semua pengguna app misi..
Kalau anda dah join.. sebarkan link anda pada kawan2 dan keluarga untuk join bawah anda ya.. sebarkan terutamanya kepada penduduk kawasan anda yang belum kenal Misi.
Cuba lihat rekod abg lias dibawah.. yang berdaftar bawah dia 290 orang dan pembelian mereka berjumlah 2240 transaksi.. Ertinya mereka telah berbelanja sebanyak RM70,000 sebab tu abg Lias dapat 1% RM700.
Cara nak join, install app Misi
dan daftar akaun Misi
Akan ada icon $ di tab bawah selepas daftar
Sape nak, kena komen “Dah Install app Misi” ramai2.. sebab kupon ni terhad untuk sape cepat dia dapat. Bajet tak banyak, tapi nak belanja juga semua..
Kupon delivery ni belum dilancarkan
Saya akan bagi kupon delivery 90sen ni pada tarikh dan waktu yang akan diumumkan dalam app Misi..
Jangan terlepas pengumuman ni
Kalau belum install, ampa install skrg naa
Komen kalau dah install..
Harini jom test order ramai2, Breakfast, Lunch, petang dan Makan Malam.. saya nak test kemampuan Misi handle trafik tinggi harini.
Install App Misi dan beritahu
Kawan dan keluarga kita
Kau dah fikir panjang ke bro, depa gergasi ada duit berjuta-juta dan boleh buang harga begitu sahaja. Silap-silap lebih murah daripada Misi.
Sekarang ni kita dah mula nampak pelbagai app menurunkan fare delivery dan pembayaran upah rider yang tidak adil..
Tanpa pelanggan tahu cerita menyedihkan disebalik delivery murah.. pelanggan guna kerana murah..
Tapi saya tidak nafikan bahawa murah itu penting apabila pesaing2 mula mainkan harga..
Sebab itu, Misi syukur ada kesepakatan peniaga yang sangat luar biasa.. ikhlas dari mereka menawarkan promosi dengan kesanggupan masing2.
Mereka tawarkan Free Delivery, Diskaun setiap makanan, dan Loyalty stamp dengan ganjaran yang sangat besar. Semua ni ikhlas dari mereka berjuang bersama2 dengan Misi.
Ini adalah kunci yang Allah berikan pada saya waktu saya persoalkan juga adakah Misi boleh naik tanpa pelabur..
Allah buatkan saya melihat bahawa peniaga, rider, admin, dan pengguna-pengguna mempunyai hati dan jiwa yang boleh bersatu bukan kerana duit.. tapi kerana ingin mengubah nasib dan berjuang untuk semua..
Itulah Misi.. Allah berikan kita Misi utk kita jalankan sama-sama membina ekonomi baru yang akan membawa perubahan pada negara.
Dulu saya tanya Allah boleh kah..
Tapi harini, Allah yg sempurnakan semua
Hanya perlu berani yakin dgn gerak hati
Jom install App Misi.. Peniaga bukan setakat kekalkan harga kedai.. malah bagi macam2 promosi untuk kita semua.. Alhamdulillah.
Bagitau kawan dan Keluarga
Fare Rider dapat 90Sen je? Rupanya lagi teruk.. hmm tak bang.. Cust bayar 90sen, tapi Misi tetap bayar RM5 pada Rider.. Sekali sekala belanja..
Ni promosi satu Hari sahaja yang akan dibuka pada siapa cepat dia dapat.. saya akan keluarkan beberapa Ribu keping kupon sahaja.
Nak tahu macammana nak
dapatkan promosi ni tak?
Install App Misi siap2 sekarang dan register
Saya akan bagi tarikh dan masa yg terhad untuk ampa tangkap dalam app Misi very soon..
Tunggu sy bagitau Bila..
Skrg ni install dulu app Misi
Harini Rider Wanita Misi eksiden patah kaki. Beginilah bahayanya kerja sebagai Rider. Saya sangat2 harap semua faham kenapa Min Fare perlu berbaloi dengan kerja mereka.
Saya tak setuju dan takkan sesekali izinkan Misi turunkan Fare Rider. Sy tak sepatutnya bersuara begini as founder.. tapi Misi dibina bukan untuk bersaing dengan warna lain.. sy cuma ingin selamatkan hak rider dan vendor sahaja.
Cuma saya dah tak bersuara lantang seperti dulu.. sy pilih untuk ubah sendiri.. no more boikot atau mengeluh.. just do it together..
Ramai rider yg belum mengenal.. menyindir Misi walaupun sebenarnya Misi adalah utk selamatkan mereka.. its ok sebab semua yang akhirnya berpindah ke Misi dah sejiwa berjuang di Misi.
Jika Misi ingin bersaing.. Then i should it for money.. tapi buat apa semua duit ini jika kita tetap akan mati dan gagal sebagai manusia yang diberikan peluang untuk mengubah nasib umat.
Saya ingin angkat darjat Rider sebagai yang berjuang membina ekonomi lokal.. biar org pandang saya sembang besar.. sy tetap kena share vision supaya kita bina bersama..
Sy juga kagum dengan peniaga2 kita yg semakin faham perjuangan Misi.. masing2 bertimbang rasa, malah offer macam2 utk naikkan Misi.
Kekuatan Misi bukan duit.. Tapi Kita
Jom Install Misi dan alihkan kuasa membeli kita pada ekonomi lokal.
AKAN DATANG! promosi terhad penghantaran 90sen p**a untuk setiap 1KM. Jika jarak 1km, anda hanya bayar 90sen sahaja.
Tapi Misi tetap akan bayar RM5 kepada Rider..
Persoalannya Misi tak rugi ke buat begini? Memang besar kos ni.. Contoh jika 10,000 order, ertinya RM40,000 Misi akan bayar kepada Rider pada tempoh promosi ini.
Lagipun bukan selalu.. Hanya kadang2 belanja begini untuk rakyat. Duit boleh cari.. tapi support daripada ampa semua hanya datang dari hati..
Tapi tak apa.. sy dah tekad.. tahun ni kita bumiputera Lokal kena menang market food delivery ni untuk buat kita lakukan perubahan pada ekonomi Negara.
Install app Misi segera supaya tak terlepas untuk sambar promo ni bila saya lancarkan.. 🔥🔥
Bagitau kawan dan keluarga
Dulu, pada tahun 1975.. Misi ditubuhkan oleh peniaga warung kecil untuk menyokong perniagaan warung-warung di kawasan luar bandar.
Setiap warung mempunyai telefon untuk pelanggan hubungi buat pesanan. Setelah itu, warung akan hubungi p**a ketua warung mereka iaitu Misi supaya sediakan penghantar untuk pesanan tersebut.
Seperti hari ini, sejak Misi ditubuhkan.. Misi tidak mengambil untung dari warung2 rangkaian Misi dan tidak juga ambil untung daripada pas**an penghantar mereka.
Tujuan Misi sejak ditubuhkan masih sama untuk adakan ekonomi lokal sendiri yang bercita-cita untuk menjadi ekonomi baru negara.
Nantilah tengok episod seterusnya…
Sape dah tengok episod 1 dan episod 2?
Nak tengok lagi tak episod baru?
Ni memang cerita betui-betui.. 😗
Promosi Hari ini sahaja 19 Jan 2024. Walaupun anda bayar RM3.50 utk delivery, Misi akan bayar RM5 kepada Rider.
InsyaAllah Rider Misi akan berikan perkhidmatan Delivery Door to door yang terbaik panas-panas untuk anda.
Berkenaan, peralihan rider, vendor ke Misi di saat skrg ni insyaAllah kita akan bantu peralihan dengan segera. Sebab sangat ramai sedang beratur untuk masuk.
Kami sedang menambah kawasan2 baru untuk dibangunkan lagi untuk anda sertai rangkaian ekonomi lokal baru Negara.
Beritahu kawan dan keluarga
Install App Misi dan order harini
Luar Biasa pagi ni ribuan pelanggan daftar Misi tiba-tiba. Harini ada promosi delivery RM3.50 / 5KM.. Tapi jangan bimbang, anda bayar RM3.50.. Misi tetap bayar RM5 kepada Riders.
Psst : Peniaga dan rider gembira disebabkan anda semua.. Terima Kasih sangat2 akhirnya anda gunakan Misi.
Promosi ini hanya untuk hari ini
Jumaat 19 Jan 2024
Jam 1 - 2pm semua Rider seluruh Negara solat Jumaat ya. Jadi, please proceed payment selepas selesai solat Jumaat jika nak order waktu tu.
Hari ini Delivery RM3.50 je untuk 5km pertama! Saya nak ajak semua cuba order di app Misi harini ya.. Rider2 Misi sudah bersedia untuk bekerja keras hari ini untuk pastikan order anda selesai dengan sempurna.
Walaupun anda bayar RM3.50 / 5km, Misi tetap akan bayar Rider RM5.. Promosi hari ini cuma untuk ajak anda mencuba aplikasi Misi.
Promosi ini hanya untuk hari ini
Jumaat 19 Jan 2024 sahaja
Beritahu kawan dan keluarga ya
Install App Misi
Sape nak order esok.. hadir di ruangan komen.. esok fare Delivery diturunkan untuk customer. Tapi Misi tetap akan bayar RM5 kepada Rider.
Install App Misi malam ni
dan tolong bagitau kawan / Family
Promosi esok
Saya tahu mungkin Rider akan marah jika tak faham tujuan saya ni.. Hari Jumaat ni saya nak turunkan Min Fare delivery kepada RM3.50 untuk 0-5KM. Saya tengok app lain boleh, why not saya cuba juga.. Asalkan boleh naikkan order.
Hari jumaat ni sahaja 19 Jan 2024
Cuma cara saya berbeza..
Min Fare RM3.50 / 5KM tu adalah apa yg dikenakan pada customer..
Tapi untuk Rider, saya akan tambah RM1.50 supaya rider kekal dapat RM5 Min Fare setiap 5KM.. so saya belanja yaa..
Please baca balik jika tak jelas..
Untuk Jumaat ni sahaja
19 Januari 2024
Cuma waktu solat jumaat 1-2pm Misi offline ya.. sebab rider2 seluruh Malaysia nak solat.. sampai depa minta saya buatkan popup notis utk customer hold order sampai habis solat..
So jom install Misi pastu bagitau kawan dan keluarga naa.. Tahun ni seluruh Malaysia beralih guna app Misi.
Tolong j*p 🙏
Ketika saya mulakan App Delivery Misi, saya bina Misi bukan semata-mata untuk rebuild balik ekonomi Negara. Tapi diantaranya ialah untuk angkat pekerjaan Rider ke arah perjuangan..
Waktu awal, ramai sangka saya bina bisnes delivery.. tapi bukan duit sasaran saya. Saya cuma s**a Masalah dan selesaikan masalah dengan cara baru. Dan kalau bercakap bab duit, saya ada kemahiran buat duit untuk orang ramai.. tapi bukan untuk diri sendiri.
Sampai harini, saya belum ada rumah sendiri.. tinggal di bangunan office sebab saya s**a bekerja.. sy jadikan tingkat atas sebagai rumah supaya boleh bekerja sampai pagi..
Sebab itu, saya gembira walaupun terpaksa lepaskan bisnes brand baju semata-mata untuk Misi. Sebab Misi adalah kunci untuk buka rezeki semua.
Jadi, saya nak bercakap mengenai Riders Misi. Nak tahu kenapa banyak rider beralih sepenuhnya ke Misi?
Sebab Misi tidak potong Fare Riders
Misi berikan hak upah 100% pada Riders
Beg dan Baju Percuma malah dpt Bonus
Pasif income p**a seumur hidup mereka
Ada Tabung kemalangan untuk mereka
Dan apa tujuan semua kelebihan ni?
Saya nak jadikan riders sebagai kekuatan ekosistem ekonomi baru yang berdiri dengan adab, silaturahim, kebajikan dan kelembutan.
Jadi, saya ada satu soalan pada kawan2 saya semua mengenai Fare Rider.
Fare Rider adalah RM5 utk 0-5KM kemudian 90sen untuk setiap kilometer seterusnya. Ini adalah Fare asas untuk mana2 penghantaran.
Tapi ada syarikat yg semakin turunkan fare ini hingga riders tak dapat bertahan.. Sy faham kerana syarikat ingin menarik pembelian customer supaya bayar delivery rendah.
Tapi Riders yg terpaksa tanggung Fare rendah ini malah setiap saat mereka terdedah pada bahaya jalan raya. Kadang2 setiap hari berlaku eksiden bersambung-sambung.
Cuba keluar bawa motor tengahari, Ya Allah panasnya.. apatah lagi waktu hujan.. ramai terbabas demi laksanakan amanah..
Soalan saya kepada anda semua sebagai customer.. adakah anda semua pilih bayar adil pada Riders ataupun anda pilih fare rendah yg harini anda tahu menindas riders?
Di Misi, duit anda 100% untuk rider dan untuk peniaga lokal.. apa pandangan anda? Curious nak tahu..
Ada yang belum pernah install, kata Misi tak ada promosi ke? Wuishh.. banyak kak abang.. Ni promosi direct daripada peniaga sendiri yang memang nak bangunkan Misi habis habisan tahun 2024 ni.
Sy kagum dengan peniaga sudi berjuang bersama, rider2 dan admin.. di Misi, semua pihak ni tidak amalkan aku-aku hang-hang.. disini kita disatukan dengan satu Misi.
Bina semula Ekonomi lokal untuk Negara. Bunyi macam cliche.. tapi jika kita kuasai balik ekosistem ni.. bukan sahaja peluang pekerjaan akan bertambah, malah tiada lagi orang susah di dalam kawasan masing2.
Ekonomi yang akan terbangun tahun ni akan ubah cara hidup kita semua. Jika tanya saya kenapa yakin sgt.. sy yakin dengan Allah.. sy follow the vision..
Install Misi dan gunakan hari2 ya
Beritahu kawan dan keluarga kita
Hari2 memang kita semua ada yang keluar beli makan dekat kedai kan.. Tapi kita tak guna Delivery sebab harga makanan Markup sampai 35% - 60% kan..
Tapi di Misi, semuanya harga kedai.. lepas tu kedai2 di Misi ni banyak betul bagi diskaun, promosi, loyalty dan macam2 lagi. Kalau makan dekat kedai takde promosi ni.. Hanya di Misi sahaja peniaga bagi sebab peniaga nak sama2 bina ekonomi baru negara.
Jom semua try order harini.. install App Misi..
Oh ni Tips, jika di tempat kerja, order sama2 dengan kawan ofis.. dh tak perlu hadap jem, cari parking.. Biar Misi uruskan Lunch ampa naa..
TQ bagitau semua tentang Misi
Jika saya cakap saya seorang diri nak kuasai ekonomi, semua boleh ketawakan saya. Tapi, saya cakap begitu kerana Misi bukan saya seorang diri.
Di sebalik nama MISI ni kini ada 100,000 Vendor, 20,000 Riders, 10,000 Admin kawasan dan 1 JUTA Pengguna berdaftar di Misi.
Ini adalah spark untuk kita buka pasaran baru khas untuk memberikan kuasa beli kita semua kepada ekonomi Lokal.
Pernah tak ampa tahu mana2 app Delivery yang tidak ambil komisen dari peniaga dan rider?
Peniaga Misi boleh kekalkan harga kedai sebab Misi tak caj apa2 pada peniaga.
Rider beralih ke Misi kerana Misi tidak potong upah mereka malah memberi pasif income seumur hidup, Bonus dan Tabung Kemalangan.
8% caj yang dikenakan pada pembelian pun semata-mata untuk Maintenance Server (5%) dan 3% lagi dikembalikan semula kepada semua rakyat.
Sy cuma ingin berkongsi vision bersama komuniti saya disini agar kita bersatu di Misi dan berjuang kuasai semula ekonomi negara dan naikkan Bumiputera sebagai kuasa2 besar di dalam ekonomi lokal.
Dulu sy diketawakan waktu cerita idea sahaja.. Tapi hari ni bukan lagi idea.. Allah berikan kita Misi.
Install App Misi dan gunalah hari2 untuk order delivery. Beritahu kawan dan keluarga kita sama-sama ya.
Selalunya kalau order delivery akan jadi masalah apabila item habis atau vendor tutup. Tapi di Misi, sistem akan refund on the spot apabila situasi ni berlaku.
So ampa semua boleh guna balik duit tu utk beli dari kedai lain di Misi ataupun pindahkan semula 100% duit tersebut ke akaun bank anda.
Jom cerita pada kawan2 dan keluarga untuk gunakan Misi mulai sekarang. install App Misi
Orang Puchong tahu ke tempat ampa adalah ranking no 1 dalam Lembah Klang? Tag j*p kawan2 Puchong.. saya nak cerita apa yang berlaku di Puchong.
Waktu Misi mula dibawa ke Puchong.. ZERO ORDER.. Langsung tidak ada Order dan tiada Rider dan Vendor yakin dengan Misi..
Tapi perjuangan Misi akhirnya disambut oleh admin2 yang faham dan sejiwa dengan Visi disebalik Misi.
Dan Admin2 inilah yang mula bergerak sebagai satu pas**an dan mula menceritakan App delivery Misi kepada Vendor dan Rider yang akhirnya Puchong menjadi kawasan No 1 Lembah Klang!
Orang Puchong pun memang berjiwa besar.. sebab selalu support Misi dari zero hingga jadi No 1 Lembah Klang..
Org Puchong mungkin tak tahu.. sebenarnya setiap pembelian ampa semua.. Sales vendor 100% untuk peniaga dan Upah delivery 100% untuk rider.. Tanpa Misi potong langsung untuk untung..
Misi gembira dapat bantu naikkan peniaga lokal dan peluang pekerjaan kepada Rider2 Negara..
Dan saya percaya ampa semua juga gembira dapat membina kuasa membeli kepada Lokal semula..
Misi kita adalah kuasai semula ekonomi negara dan kembalikan kuasa membeli kepada lokal.
Jom seluruh Negara menuju Visi bersama2
Tolong beritahu kawan2 dan keluarga
Install App Misi dan order hari2
Semuanya harga Kedai
Sape pernah cuba Baby Pancake? Ada tak di tempat korang? Dimana? Kalau tak jumpa, datang ke Puncak Alam try disini.. sy cakap siap2, korang akan mengidam lagi lepas cuba sekali.. 🫣
Boleh order di Misi juga.. recommended
Fuh satu-satu saya tengok video semua.. tengah cari pemenang lagi ni.. bagi sikit masa nak check betul2 ya.. Terima Kasih sebab rakamkan rider2 Misi..
Saja nak bagi rider2 ni ada kenangan dengan semua customer.. supaya kita semua tak lupa ni lah cara kita naik dari bawah..
Satu hari nanti apabila rider dah semakin ramai.. rider2 baru tak lupa bagaimana semua ni dimulakan dengan kemesraan bersama pelanggan..
Jom guna Misi harini ramai2
Install MISI segera
Sape nak RM100 atau RM200 atau RM500 daripada Misi.. Jom dengar video ni sampai habis. 2 minit je, InsyaAllah rezeki awak..
Terbuka untuk semua pelanggan
App Delivery : Misi
1. Order Makanan anda
2. Rakam rider hantar makanan anda
3. Jangan edit letak tulisan / music
3. Post video raw di Komen facebook ini
Terma dan Syarat
1. Order pada tarikh 3 - 4 Jan 2024
2. First time order hadiah RM100 x 5 orang
3. Yang pernah order, hadiah RM200 x 5 orang
4. Student group order hadiah RM500 x 1 group
Psst : Sape yg ada shoot video pada 3 Jan semalam, sila repost di ruangan komen ini semula. Jumlah komen di posting semalam akan digabung dengan komen di post ini. Tapi repost disini tanpa music dan tulisan ya. Nak video raw sahaja.
Kalau tempat korang, dimana Nasi Kandar paling sedap dan femes? Cuba share.. kita pastikan kedai2 femes ni ada dalam Misi supaya korang tak perlu lagi beratur. Install App Misi segera
Sape lapar burger malam ni tapi malas keluar, order je di App Misi.. harga kedai tanpa markup 🔥🌶️
Puncak alam boleh order di Misi terus, harga kedai tak ada Markup.. Install MISI sekarang
Selamat Tahun Baru 2024. Untuk membuka perjalanan baru Misi pada tahun ini, kami ingin perkenalkan latar belakang Misi.
Pengasas Misi, Nur Ahmad Faiz Bin Mohd Azmi. Lahir pada tahun 1991 dan kini berusia 33 Tahun. Anak kelahiran Perlis yang membesar di Langkawi selama 26 Tahun dan kini menetap di Puncak Alam, Selangor.
Misi dibangunkan pada tahun 2020 sekitar peristiwa Pandemik Covid seluruh Dunia. Pengasas membangunkan aplikasi ini dengan cara belajar dari internet. Dan modal memulakan Misi ini adalah daripada perniagaan Baju oleh Pengasas yang berjenama “Bangsa Bertauhid”.
Pengasas terpaksa lepaskan perniagaan bajunya kerana terpaksa fokus sepenuhnya pada pembelajaran membina aplikasi Misi.
Akibat daripada keadaan ini, perniagaan baju akhirnya ditutup dan pengasas akhirnya berjaya hasilkan app Misi yang tersenarai di dalam Playstore dan Appstore.
Misi mula lalui tempoh percubaan di Puncak Alam dan Pengasas menghantar sendiri pesanan pertama oleh pengguna.
Apabila melihat pesanan pertama berjaya disempurnakan walaupun sistem belum stabil, pengasas mula mencari rakan penghantar di dalam kawasan untuk bekerja.
Disebabkan modal yang ada sangat terhad, pengasas telah membangunkan satu kaedah Pasif Income seumur hidup untuk barisan Admin setiap kawasan seluruh Malaysia.
Ramai dikalangan kenalan Media sosial pengasas mula mendaftar sebagai admin yg membayar yuran daftar sebanyak RM100. Dan Yuran ini digunakan untuk menampung kos server yang semakin meningkat.
Hasil dari kebijaksanaan para admin setiap kawasan, akhirnya dapat menarik ramai peniaga dan Rakan penghantar berdaftar dengan Misi.
Jualan dari sehari RM20 mula meningkat ke RM1000.
Gambar beg keris bersilang di atas adalah diantara waktu terawal Misi mula dikenali ramai. Setiap hari pesanan semakin meningkat.
Untuk mengangkat kedudukan Misi di dalam Negara, Pengasas mula menghimpunkan pendapat-pendapat dari kalangan pengguna yang banyak berkongsi di media sosial ketika itu. Dan akhirnya Misi mula keluarkan beg terbaru seperti di dalam gambar yang lebih menyerlah di jalan Raya.
Jualan daripada RM1000 seterusnya meningkat kepada RM10,000 kerana pas**an Admin mula bergerak secara berkump**an di dalam kawasan masing2 secara taktikal.
Pada masa yang sama, setiap hari sistem lalui proses penambahbaikkan tanpa henti siang dan malam yang semakin memudahkan pengguna untuk membeli.
Jualan mula meningkat dari RM10,000 hingga hampir RM100,000. Dan yang menariknya, peniaga mendapat untung jualan ini 100% tanpa potongan untuk Misi. Begitu juga untuk rakan penghantar yang mendapat upah penghantaran 100%.
Dan di akhir hujung tahun 2023, jualan mula mencecah RM1 Juta setiap 4 Hari.
Perjalanan Misi bukanlah mengenai duit.. Tetapi mengenai keterujaan di dalam Misi membantu naikkan perniagaan-perniagaan lokal dan membuka peluang pekerjaan kepada rakan-rakan penghantar.
Terima kasih semua pengguna yang kini beralih sepenuhnya pada Misi untuk memesan makanan.