Belia Mahir Employment Support Service - BMESS
Projek Belia Mahir ialah sebuah inisiatif khidmat sosial yang di gerakkan di bawah PERTUBUHAN KEBANG
Selamat Hari Ibu buat para ibu seluruh dunia. Ibu..engkaulah ratu hatiku
09.05.2023 | Lokasi kedua gerakan SEKOLAH KE KERJAYA (SKK) kendalian Projek Belia Mahir ialah ke SMK Kubang Kerian 3, Kota Bharu, Kelantan. Hampir 250 orang pelajar Tingkatan 3-5 hadir yang dikenalpasti mempunyai minat tinggi dalam TVET.
Alhamdulillah. Nampaknya pelajar-pelajar teruja untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama kerjaya mereka. Keterujaan ini terhasil apabila di terangkan bahawa terdapat banyak bantuan berupa kewangan dan sokongan sosial di berikan untuk memulakan langkah ke arah kehidupan lebih hebat.
Terima kasih kepada FoodAid Foundation Kelantan yang memberi sumbangan Chipsmore danterima kasih juga kepada RedONE yang sudi menaja 100 pek prepaid dengan RM30 percuma tersedia (boleh guna serta-merta) dan RM5 x 12 bulan (percuma) buat pelajar-pelajar bertuah hari ini.
09.05.2023 | Team Projek Belia Mahir melalui gerakan SEKOLAH KE KERJAYA (SKK) singgah di SMK Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan. Hampir 350 pelajar Tingkatan 3-5 hadir untuk memahami kepentingan TVET dalam mengubah dunia pekerjaan hari ini dan masa depan.
Memberikan keyakinan kepada mereka bahawa latihan TVET adalah untuk semua termasuk yang cemerlang dalam akademik. Sempat juga di sentuh hal berkaitan ancaman sosial akibat keciciran dan kesilapan dalam membuat pilihan masa depan.
Terima kasih kepada RedONE yang sudi menaja 100 pek prepaid dengan RM30 percuma tersedia (boleh guna serta-merta) dan RM5 x 12 bulan (percuma) buat pelajar-pelajar bertuah hari ini.
Esok (09.05.2023) Team Projek Belia Mahir akan ke SMK Zainab 2 dan SMK Kubang Kerian 3. Bukan suatu tugasan mudah dua (2) sesi perkongsian dan ceramah di mana setiap lokasi di peruntukkan masa selama 2 jam. Semoga penerangan SEKOLAH KE KERJAYA (SKK) memberi manfaat kepada para pelajar kedua-dua sekolah ini esok.
BERITA WILAYAH - JAMINAN KEPENTINGAN PEKERJA: MANTAPKAN PASARAN KERJA
Klik & Tonton: https://youtu.be/X_Ib8UOIJIE
'Industrial peace' dan 'high productivity' lebih berkesan, lebih kekal dalam menaikkan upah pekerja
Baca Artikel: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/industrial-peace-dan-high-productivity-lebih-berkesan-lebih-kekal-dalam-menaikkan-upah-pekerja-417662
Soal produktiviti pekerja perlu menjadi pengukur kepada kadar kenaikan upah pekerja kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Mohammad Rizan Hassan.
Klik & Tonton: https://youtu.be/L1r-qIooRTo
Apa yang perlu kita fahami mengenai 'industrial peace' dan 'high productivity'? Sejauh mana ia lebih berkesan dan lebih kekal dalam menaikkan upah pekerja?
Klik & Tonton: https://youtu.be/XaiMtNxCQPY
Malam ini. Saksikan ya
Bermula esok sehingga penghujung Jun 2023 adalah saat sibuk buat kami di Projek Belia Mahir. Tugasan dalam dan luar negara untuk pembangunan belia khususnya Belia Berkemahiran. Sebagai permulaan, perkongsian pengalaman bersama pihak Lamphun Technical College, Thailand adalah platform buat Projek Belia Mahir mengukur sejauh mana usaha yang telah di lakukan untuk belia Malaysia benar-benar memberi impak. Pertemuan di Krabi harapnya memberikan ilmu berguna buat kami untuk kekal relevan dan signifikan dalam menyantuni golongan belia.
13.04.2023 | SEMBANG KOMPETEN (SESI 2)
Projek Belia Mahir berpeluang bertemu dengan 25 orang belia berkemahiran yang baru 2 minggu melapor diri jalani latihan kemahiran bidang Motorsikal di GEMILANG MOTOR ACADEMY (GMA).
Tahniah kepada GMA yang kekal menjadi pilihan utama belia walaupun di Malaysia kini berdepan cabarang anak muda yang tidak minat menyambung pelajaran!
Menariknya, separuh dari yang sertai GMA adalah berusia 16 tahun dan tidak menamatkan persekolahan ke Tingkatan seterusnya tidak mengambil peperiksaan SPM!
Tahniah kepada mereka! Tahniah sebab apa?
Sebab mereka berani membuat keputusan besar dalam hidup dalam usia yang muda. Tapi ini semua perlukan sokongan ibubapa dan juga bimbingan dari "orang dewasa yang dipercayai".
Siapakah ORANG DEWASA YANG DIPERCAYAI? Mereka ialah orang yang IKHLAS mendengar suara anak muda, menghargai bakat dan potensi anak muda dan segera membantu selesaikan masalah anak muda.
IKHLAS....ya IKHLAS!
Selamat Menjalani Latihan Kemahiran MOTORSIKAL buat adik-adik! Love u lah mat!
13.04.2023 | SEMBANG KOMPETEN (SESI 1)
Seramai 18 orang belia berkemahiran di bawah Projek Belia Mahir yang kini menjalani latihan bidang Motorsikal di GEMILANG MOTOR ACADEMY akan menduduki penilaian akhir sebelum di angerahkan SIjil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1.
Kami terangkan betapa pentingnya untuk setiap mereka memiliki kemahiran yang tinggi. dan tidak hanya berpuas hati dengan keterampilan rendah sedia ada. Ini kerana majikan akan sentiasa menuntut khidmat kerja yang lebih dari kita. Maka, bergelar orang berkemahiran perlu tanam satu budaya dalam hidup iaitu pembelajaran sepanjang hayat. Ini kerana kita akan sentiasa berhadapan dengan perubahan teknologi.
Kalian adalah kebanggaan kami termasuk separuh dari mereka ini tidak mempunyai SPM!
Selamat Maju Jaya kepada anda semua.
Assalamualaikum
05 & 06 Mei 2023 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Taman Jubli Emas, Alorr Setar, Kedah bakal menyaksikan dua organisasi berpadu tenaga dalam menyantuni golongan belia dan peminat permotoran.
Santai Anak Utara X Projek Belia Mahir
SANTAI RAYA 2023
Ini tahun target pengunjung 10k? 20k?
Nantikan.....yeahh
Kasi ON LAHHH Mat...........!
Pergi ke kolej merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Mendedikasikan sebahagian masa muda anda untuk membangunkan kemahiran diri dan belajar bagaimana untuk berjaya di dunia nyata adalah perjalanan yang mungkin anda tidak akan lupakan. Tapi bagaimana p**a dengan perkara – perkara yang kolej atau sekolah tidak dapat mengajar anda?
Untuk para belia berkemahiran di Gemilang Motor Academy, esok kita jumpa okeyyy mat!
PENGUMUMAN RASMI AKAN MENYUSUL! Kerjasama Santai Anak Utara x Projek Belia Mahir dalam menyantuni golongan belia. Program yang yang di minati anak muda dan di bawa pengisian bermanfaat pada MEI 2023 nanti.
Mood HARI BELIA NEGARA 2023!
NANTIKAN!
REPLACEMENT OF FOREIGN WORKERS
13062022 | PELABUHAN TG PELEPAS
The price of success is hard work, dedication to the job at hand and the determination that whether we win or lose, we have applied the best of ourselves to the task at hand - www.beliamahir.com
REPLACEMENT OF FOREIGN WORKERS
13062022 | PELABUHAN TG PELEPAS
Self-belief and hard work will always earn you success - www.beliamahir.com
REPLACEMENT OF FOREIGN WORKERS
13062022 | WESTPORTS MALAYSIA BERHAD
Satu-satunya perkara yang berdiri di antara anda dan kejayaan yang luar biasa ialah kemajuan berterusan - www.beliamahir.com
REPLACEMENT OF FOREIGN WORKERS
13062022 | WESTPORTS MALAYSIA BERHAD
Success isn't always about greatness. It's about consistency. Consistent hard work leads to success. Greatness will come - www.beliamahir.com
REPLACEMENT OF FOREIGN WORKERS
13062022 | PELABUHAN TANJUNG PELEPAS
Successful people are not gifted; they just work hard, then succeed on purpose - www.beliamahir.com
HULURAN RAMADHAN di Pulau Pinang. Kerjasama padu Projek Belia Mahir dan Santai Anak Utara (SAU), MotoWazi, Apache Sereng dan banyak lagi tim motor yang hebat dalam menyantuni golongan yang memerlukan.
Memberi sebanyaknya, bukan menerima sebanyaknya. Berkongsi rezeki yang ada.
Mereka adalah bukti setiap insan tidak ada alasan untuk gagal, dan punya peluang yang sama rata dalam mencapai kejayaan hidup.
Selamat melapor diri kepada 60 orang belia yang mengikuti Pensijilan Kemahiran Malaysia melalui bantuan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) - Pinjaman Latihan Kemahiran di Kolej Kemahiran Kolej Kemahiran Pure Technics (KKPT) dan GEMILANG MOTOR ACADEMY (GMA).
KKPT dan GMA adalah antara Institusi Kemahiran Projek Belia Mahir.
Ya, memang susah nak dapatkan belia untuk ikuti latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan.
Yakinilah pada Projek Belia Mahir. Kami sentiasa ada dengan menjadi “orang dewasa yang boleh anak muda percayai”.
Tahniah kepada 60 orang belia yang hadir lapor diri ikuti latihan kemahiran di institusi bawah kami di Seremban.
Projek Belia Mahir adalah sebuah inisiatif untuk belia, yang mana ianya di bawah kendalian Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB).
Siapakah kepimpinan dan pakar rujuk PKPB?
Layari laman web PKPB:
www.kerjayabelia.com
Selepas bekerjasama menganjurkan The 1st China-Malaysia Vocational Education Fair pada hujung tahun 2022, Projek Belia Mahir kini mengorak setapak lagi untuk jalinan kerjasama antarabangsa untuk manfaat golongan belia berkemahiran.
Kami di jemput ke China bagi memeterai kerjasama lanjut dengan beberapa institusi TVET negara tersebut seperti Guangxi International Business Vocational College, Laiwu Vocational and Technical College, Bailie Vocational College, Jilin Railway Technology College, Fuzhou Polytechnic dan banyak lagi.
Lawatan ini di jangka akan di adakan pada awal Mei 2023.
PENANGGUHAN PERMOHONAN DAN KELULUSAN KUOTA PEKERJA ASING LANGKAH BIJAK, GESA INDUSTRI LAKSANAKAN LATIHAN TVET DI TEMPAT KERJA
1. Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyambut baik keputusan kerajaan menangguhkan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing termasuk melalui Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing (PKPPA) bermula 18 Mac 2023 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
2. Di fahamkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah meluluskan sebanyak 995,396 kuota penggajian pekerja asing daripada pelbagai sektor namun jumlah kemasukan pekerja asing masih rendah, berbanding jumlah kuota yang telah diluluskan
3. Gambaran awal menunjukkan seolah-olah pekerja asing tidak menunjukkan minat yang tinggi untuk bekerja di Malaysia, manakala pihak industri p**a sedang bergelut memulihkan operasi perniagaan dan membuat perancangan bagi kemasukan pekerja asing yang diperlukan berdasarkan keperluan operasi semasa.
4. Situasi semasa ini seharusnya memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk bangkit merebut peluang pekerjaan dalam apa saja sektor demi kelangsungan hidup.
5. Di pihak industri p**a, inilah masanya menunjukkan semangat nasionalisme yang tinggi dengan menyahut seruan kerajaan agar industri menerajui Pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET) yang mana akhirnya boleh menyelesaikan isu kekurangan tenaga kerja separa mahir dan berkemahiran tinggi.
6. Malah, kerajaan juga sewajarnya meletakkan syarat dan tuntutan kepada mana-mana majikan yang telah membawa masuk pekerja asing untuk terlibat dalam pembangunan latihan TVET.
7. Ini secara tidak langsung akan menjadi pemangkin kepada penggantian pekerja asing di tempat kerja masing-masing seterusnya membantu negara meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat menerusi penempatan pekerjaan.
RIZAN HASSAN
Demi 🇲🇾 Tolong Share yer 🌹
Luangkan masa anda malam ini jam 8.30 malam. Kalau takde Astro boleh tonton di Youtube Astro Awani. Semoga perkongsian memberi manfaat kepada semua.
Bantu Belia. Bantu Negara
www.beliamahir.com
Pandangan yang diberikan mewakili Projek Belia Mahir yang bergerak di lapangan dalam menyantuni pelbagai golongan belia untuk latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan. Justeru, semua dapatan yang dikongsikan adalah membawa semangat Bantu Belia Bantu Negara. Terima kasih kepada Team Pantau Belanjawan 2023 Astro Awani di atas ruang yang diberikan.
Saksikan > https://youtu.be/XUK0w1sT9kM
Cc: YB V.Sivakumar
16.03.2023 | Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) dengan kerjasama Projek Belia Mahir telah menganjurkan Program InvestSmart® @ SC
InvestSmart® adalah suatu jenama di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang merupakan satu inisiatif pendidikan pelabur.
Mengapakah celik kewangan penting untuk belia? Celik kewangan adalah kunci untuk membantu golongan muda mengurus wang dengan berkesan supaya mereka boleh menjadi stabil dari segi kewangan, membina aset dan mencapai matlamat peribadi mereka. Keputusan yang dibuat pada awal dewasa boleh mempunyai akibat kewangan yang berkekalan.
[email protected]" rel="ugc" target="_blank">[email protected]
Kita Bangkit.
Kita Lawan.
Turun Lapangan.
Tengok betapa berani anak muda untuk bangkit bekerja walaupun hanya jawatan paling rendah di sebuah kilang iaitu OPERATOR PENGELUARAN.
Siapa kata anak muda memilih kerja?
Tak apalah…
Kita terus kekal bantu anak muda.
Projek Belia Mahir terus ada untuk kalian.
www.beliamahir.com
Selamat Bekerja buat semua pemberani di VS INDUSTRY BERHAD
Selamat Bekerja di VS INDUSTRY BERHAD. Tahniah Team Projek Belia Mahir (Johor) yang diketuai Fazila Solatin dan Nurul Amalina 🌹
Halangan pertama dan terbesar untuk berjaya bagi kebanyakan orang ialah kepercayaan mereka terhadap diri mereka sendiri. Sebaik sahaja orang mengetahui di mana lokasi manis mereka (kawasan di mana mereka paling berbakat), perkara yang sering menghalang mereka bukanlah kekurangan bakat. Ini adalah kekurangan kepercayaan pada diri mereka sendiri, yang merupakan batasan yang dikenakan sendiri. Kurang kepercayaan boleh bertindak sebagai siling pada bakat. Walau bagaimanapun, apabila orang percaya pada diri mereka sendiri, mereka melepaskan kuasa dalam diri mereka dan sumber di sekeliling mereka yang hampir serta-merta membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi. Potensi anda adalah gambaran tentang apa yang anda boleh jadi. Kepercayaan membantu anda melihat gambar dan mencapainya.
www.beliamahir.com
Orang mempunyai nilai yang sama, tetapi tidak sama bakat. Sesetengah orang nampaknya dikurniakan pelbagai bakat. Kebanyakan kita mempunyai kebolehan yang lebih sedikit. Tetapi ketahui ini: kita semua mempunyai sesuatu yang boleh kita lakukan dengan baik.
www.beliamahir.com
Still, looking for a job? Here are the Top Job Categories Offered in MYFutureJobs for Selangor.
For more info search,
www.myfuturejobs.gov.my
Hi semua! Seperti yang dijanjikan 2023 akan menjadi tahun yang baik untuk kita semua
Berikut merupakan 20 majikan terawal yang akan menyertai Karnival Kerjaya Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO 2023
Temui kami di Karnival Kerjaya & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO 2023 pada 11-12 Februari 2023 (Sabtu-Ahad) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Daftar sekarang di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair
Nak cari kerja? Ingatlah MYFutureJobs peneraju perkhidmatan pekerjaan nasional anda
Jumpa anda di sana!