Raja Safiah Takaful

Raja Safiah Takaful

We offer life & income protection, personal accident coverage & medical card to individuals & compan

We offer life & income protection, personal accident coverage & medical card to individuals & companies alike.

12/12/2023

SAYA BUKAN PENGEMIS

Bila saya hubungi anda dan tawarkan pelan takaful, saya bukan nak jual apa apa pada anda. Jauh sekali nak mengemis mintak duit anda.

Bila saya mesej anda, itu maknanya saya beri anda peluang untuk dapatkan jaminan bertulis dari syarikat saya. Jaminan yang akan beri gantirugi bila anda sakit kritikal, hilang keupayaan atau meninggal dunia.

Tipu lah kalau anda cakap anda dah terlalu kaya, tak perlukan duit.
Sedangkan harta anda terutamanya simpanan kecemasan, pelaburan dan KWSP semuanya akan dikorek untuk tampung belanja bila dah sakit kritikal.

Sesetengah orang, bila sakit kritikal seperti strok, sakit jantung, kanser, rosak buah pinggang, mengalami masalah susah nak bekerja semula. Maka bila tak dapat bekerja, hilanglah sumber pendapatan berterusan

Sapa nak tanggung belanja sara hidup selepas tu?
Persaingan saya adalah dengan penyakit dan ajal maut.
Bersyukurlah saya yang hubungi anda dulu.
Kalau ajal maut dah ketuk pintu kehidupan dan sapa anda, apa agaknya yang bermain dibenak fikiran anda?

Sign up sekarang sebelum terlambat
Saya buka Along, saya cuma mau tolong…

13/06/2023

Good public speaking tip.

02/04/2023

Cerita cerita macam ni jika dikongsi oleh ejen takaful, masyarakat akan fikir ini semua modal nak berniaga untuk menakutkan orang ramai.. tapi realitinya inilah yg berlaku..

Bila ejen follow up tapi tak berjaya, ejen selalu redha bahawa memang bukan rezeki ejen untuk closed deal.

Tapi bila jadi kes begini, keluarga p**a harus redha bahawa bukan rezeki mereka untuk mendapat hibah dari arwah.

02/04/2023

One of the reason why you need medical card.

30/03/2023

Hibah Takaful dari bidadari syurga NURSAHARA buat 7 cahaya mata kesayangan RM506,549.54 akhirnya lulus seperti yg di amanahkan.. syukur ya Allah..

Arwah baru sempat bayar caruman 2 kali, RM200 (RM100/bulan), namun, bulan ke 3 arwah telah pergi buat selamanya kerana wabak kencing tikus, dan meninggal kan 7 org anak😢

Masih segar diingatan, Arwah berkata selalu baca & tgk perkongsian saya tentang hibah takaful, dia berminat utk adakan simpanan utk anak7, Alhamdulillah selepas diberi penerangan arwah setuju byr rm100 sebulan utk perlindungan rm500,000..

Suami arwah telah membuat simpanan utk anak7 di Amanah Raya hasil dari duit hibah takaful yg ditinggalkan.. Beliau nak simpanan anak7 kekal selamat andai dia juga dijemput Ilahi.. di amanah raya, simpanan anak7 selamat, Tp masih boleh keluarkan utk kegunaan pelajaran, makan minum, perayaan & brg keperluan (mengikut syarat)..

Semoga Ramadhan & Raya tahun ni lebih bermakna buat anak7.. lebih membahagiakan saya bila suami arwah memberitahu boleh sediakan kenderaan yg lebih baik buat anak7 dgn wang hibah takaful, beliau rasa bersyukur, hibah takaful banyak membantu beliau beri keselesaan buat anak7 yg sebelum ni diuruskan oleh beliau seorang selepas pemergian isteri tercinta...

Tiada apa yg lebih menggembirakan seorang agent takaful bila mana dapat membantu menguruskan amanat Client sehingga ke akhirnya..

Buat ke tujuh-tujuh anak, andai suatu masa nanti, kamu telah dewasa & berjaya, ingatlah bahawa hidupmu pernah terbela kerana hibah takaful dari arwah ibumu seorang yg bijak merancang masa depan dengan menabung di dalam takaful 🤲🏻💕

*Kredit penulis asal*

23/03/2023

Air kosong hari ni, memang nampak tak sedap. Tunggu esok petang, tetiba dicari-cari. Nak nak yang sejuk 🤤

Samalah juga dengan Takaful.
Masa sihat, memang kita buat tak tau je.
Tunggu dah sakit, dah terdesak perlukan duit segera dengan banyak, mulalah tercari-cari Takaful.

Mohon sekarang selagi masih sihat.
Bila dah ada penyakit, coverage terhad tak boleh nak cover semua jenis risiko 🫰🏼

15/03/2023

Dengar cakap Dr Malar ni guys.

11/03/2023

Lunch tadi sempat borak dengan seorang ibu ni. Berumur 35 tahun, berniaga online dengan income 4,000 sebulan dan ada tanggungan anak kecil.

Dia keliru dengan banyaknya produk di pasaran dan semua ejen cakap Takaful mereka bagus. Jadi, bila dia tanya Takaful apa bagus untuknya, saya terus buatkan quotation.

Orang perempuan ni lebih cenderung hidap penyakit dalam kehidupannya dan risiko kewangan yang dia perlukan, lebih kepada 3D iaitu - Disease, disability dan death.

Takaful dia perlu dimulakan dengan cover penyakit kritikal dulu, minima 4 tahun gaji. Sebab dia akan perlukan banyak wang untuk bermacam jenis belanja luar jangka bila sakit dan hilang keupayaan bekerja.

Setahun gaji 48,000. 4 tahun bersamaan 192,000. Saya bundarkan terus 200,000 kalau sakit kritikal. Yang bagusnya pelan ni, kalau total disability atau meninggal dunia pun, dia tetap bayar 200,000 itu (mana-mana berlaku dulu).

"Mahal ke nak bayarnya?" tanya beliau
Serendah 133 je sebulan. Baru 3.3% dari income bulanan dia. Start dengan ni dulu...
"Oklah Puan. Murah tu. Macam mana nak mula?"
Hanya dengan 1 bulan caruman permulaan je 🫰🏼

19/09/2022
19/09/2022

Be the hope in someone's hopelessness.
Be the light in someone's gloom.
Be the calm in someone's chaos .
Have a beautiful day.

14/04/2022

WANITA BIJAK, TAKAFULKAN SUAMINYA

Seorang wanita mesej saya tadi, bertanyakan kalau suaminya boleh mohon Takaful. Umur 34 tahun, bekerja sendiri. Tapi ada darah tinggi dan kencing manis. Badan pun obes sikit. Ituhari dah buat angio, sebab saluran jantungnya ada sumbat sikit. Suaminya cuba mohon Hibah Takaful tapi syarikat Takaful tolak. Boleh tolong? 😅

Saya jawab, boleh insha'Allah. Saya kasi solusi yang LAGI POWER puan, tak perlu hibah hibah ni. Saya letak puan sebagai OWNER POLICY, iaitu pemohon. Suami puan hanya orang dilindungi. Pembayar saya letak suami puan, potong akaun dia setiap bulan. Puan tak perlu bayar apa apa.

Kalau jadi apa-apa kat suami, pampasan Takaful 300,000 hingga 1.2 JUTA akan dibayar kepada puan nanti. Orang lain tak boleh tuntut termasuk bank dan tak perlu faraid. Yang bestnya, polisi Takaful ni GERENTI LULUS, tak perlu medical check-up atau medical report. 💪🏼

Wow! Beliau terkejut! Tentu mahalkan, En Azha? tanya dia lagi. Caruman cuma 200 sebulan je puan. Perlindungan bermula selepas 2 tahun, kecuali disebabkan kemalangan, itu cover serta merta.

Terus beliau nak SIGN UP SEKARANG 🤭
Wanita BIJAK, akan TAKAFULKAN SUAMINYA.
Sebab bila suami dah takde, semua hutang suami dan tanggungan keluarga, isteri jugak kena tanggung dan uruskan. Belum pernah hutang difaraidkan. Para isteri kena BERTINDAK BIJAK!

14/04/2022

JANGAN RISAU KALAU TAKAFUL REJECT ANDA

Berita baik buat pencari nafkah tak kira lelaki atau wanita, dewasa atau anak kecil.

Walaupun anda sudah berpenyakit atau berbadan obes (BMI lebih dari 35), anda kini kini boleh WUJUDKAN HARTA TUNAI sekiranya anda/anak meninggal dunia atau lumpuh keseluruhan.

Saya faham keluarga anda PERLUKAN WANG sebagai duit belanja sara hidup selepas ketiadaan anda dan masalah pusaka yang berkaitan dengannya.

Peranan saya di sini adalah untuk MEMBANTU, dengan berikan nasihat yang sesuai dan susunkan PENYELESAIAN yang terbaik, mengikut keadaan keluarga, pekerjaan dan status kewangan anda.

WhatsApp saya di link di bawah untuk bertanya
wasap.my/60123055610/alshams

Share on WhatsApp 14/04/2022

JANGAN RISAU KALAU TAKAFUL REJECT ANDA

Berita baik buat pencari nafkah tak kira lelaki atau wanita, dewasa atau anak kecil.

Walaupun anda sudah berpenyakit atau berbadan obes (BMI lebih dari 35), anda kini kini boleh WUJUDKAN HARTA TUNAI sekiranya anda/anak meninggal dunia atau lumpuh keseluruhan.

Saya faham keluarga anda PERLUKAN WANG sebagai duit belanja sara hidup selepas ketiadaan anda dan masalah pusaka yang berkaitan dengannya.

Peranan saya di sini adalah untuk MEMBANTU, dengan berikan nasihat yang sesuai dan susunkan PENYELESAIAN yang terbaik, mengikut keadaan keluarga, pekerjaan dan status kewangan anda.

WhatsApp saya di link di bawah untuk bertanya
wasap.my/60123055610/alshams

Share on WhatsApp WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

20/02/2022

"Saya tak perlu Takaful sebab saya belum nak mati", kata prospek.

Ambik Takaful bukan sebab dah nak mati. Tapi persediaan awal kalau tiba-tiba mati mengejut sebelum bersara. Terutamanya ketika usia sedang mencari rezeki dan mengumpul harta untuk keluarga.

Faedah Takaful bukan untuk kematian sahaja.
Tak mati pun masih boleh buat tuntutan seperti hilang upaya keseluruhan, menghidap penyakit kritikal, ditimpa kemalangan atau masuk hospital.

Kalau tunggu dah nazak, dah nak mati, baru nak cari Takaful, saya takut anda tak sempat nanti. Kebanyakan Takaful tak terima orang dah nazak dan Takaful yang terima p**a, ada tempoh menunggu 2 tahun, baru cover. Sempat ke nanti? 😅

06/02/2022

Kenapa perlu mohon Takaful sekarang dan bukannya tunggu 2 tahun lagi?

Sebab dalam masa 2 tahun macam macam boleh berlaku.

Ada yang dah meninggal accident
Ada yang mati mengejut sakit jantung
Ada yang saluran jantung dah tersumbat
Ada yang dah kena kanser kritikal
Ada yang kena operate ketumbuhan
Ada yang dah ada high blood / diabetis
Ada yang berat badan naik mendadak.

Jangan cakap begitu confident seolah olah takde apa akan berlaku. Yang hidup meminta minta bantuan kewangan kebanyakannya berfikir macam tu lah. Mereka sangka mereka masih punyai masa.

Ingat! Kita bukannya kebal 😓

Photos from Raja Safiah Takaful's post 30/01/2022

KANSER DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

1-Jenis kanser paling tinggi dihidapi kanak-kanak adalah leukemia, mengapa?
Kanser yang paling biasa berlaku dikalangan kanak-kanak dan remaja bawah 15 tahun adalah leukemia, diikuti kanser otak & sistem saraf, limfoma, neuroblastoma, kanser ginjal dan kanser tulang. Ini adalah hasil dari kajian yang dijalankan.
Manakala bagi remaja 15 hingga 19 tahun, kanser otak, saraf dan limfoma adalah lebih tinggi berbanding leukemia.
Leukemia itu sendiri ada beberapa jenis seperti Acute Lymphocytic Leukemia, Acute Myeloid Leukemia dan Chronic Leukemias.
Punca utama mengapa leukemia yang paling biasa dihidapi kanak-kanak mungkin sukar dipastikan. Ada banyak faktor, antaranya, kajian menunjukkan sesuatu bangsa atau etnik mempunyai peratusan risiko yang lebih tinggi untuk sesetengah kanser berbanding kanser yang lain. Ada faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi (akan dibincangkan lanjut nanti).

2-Adakah trend ini boleh dikurangkan?
Dari banyak kajian yang dijalankan, incidence kanser dikalangan kanak-kanak ada menunjukkan peningkatan berbanding dahulu, namun begitu, dengan diagnosis dan rawatan awal yang optimum, kita dapati, survival rates juga meningkat.
Sebagai contoh, secara kasar, pada era 1970-an, hanya sekitar 58% – 70% kanak-kanak dan remaja dengan kanser, hidup dalam masa 5 tahun. Namun kadar ini meningkat kepada 85% - 90% pada ketika ini (bergantung jenis kanser dan tahap). Kemajuan teknologi, pengesanan dan diagnosis awal, serta rawatan yang ditawarkan antara faktor peningkatan positif survival rates ini.
Namun, ada juga kanser tertentu yang sukar dirawat dan mempunyai survival rates yang rendah berbanding leukemia.

3-Punca kanak-kanak menghidap kanser (termasuk semua jenis kanser)?
Antaranya adalah:

3.1. Faktor genetik
Kebanyakan kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini ada perubahan atau mutasi pada bahan genetik atau genes yang menyebabkan kanser berlaku. Perubahan atau mutasi genetik ini mungkin dari keturunan atau juga berlaku secara spontan dan semulajadi.
Sebagaimana yang kita bincang tadi, ada etnik tertentu berisiko untuk kanser tertentu. Ada juga kanser yang dihidapi itu mungkin disebabkan faktor keturunan. Ada masa, masalah genetik sindrom tertentu seperti Sindrom Down yang berisiko untuk mendapat leukemia.
Jadi, faktor genetik ini meyumbang kepada risiko untuk menghidapi kanser tertentu.

3.2. Faktor persekitaran
Faktor persekitaran juga ada peranan dalam kanser. Contohnya, merokok menyebabkan kanser peparu dan kanser mulut. Pendedahan kepada bahan-bahan kimia tertentu seperti asbestos, racun serangga dan bahan radiasi juga boleh membawa kepada kanser. Jangkitan kuman tertentu juga memberi risiko.

4-Kebanyakan kes pesakit kanser kanak-kanak didiagnosis sudah pada tahap berapa?
Ada pesakit kanser kanak-kanak yang didiagnosa pada peringkat awal dan ada juga pada peringkat lewat. Apa yang lebih utama adalah, nasihat saya kepada semua ibu bapa, untuk mengenalpasti gejala seperti demam berpanjangan, hilang selera makan, susut berat badan, sakit kepala, muntah berterusan, sakit tulang, bengkakan pada organ atau apa jua gejala yang membimbangkan untuk mendapatkan rawatan awal di fasiliti kesihatan, supaya diagnosa awal dan rawatan awal boleh diberikan

5-Jenis-jenis rawatan untuk pesakit kanser kanak-kanak?
Bergantung kepada jenis dan tahap kanser. Secara umum rawatan kanser kanak-kanak adalah:
1. Rawatan kemoterapi
2. Rawatan radioterapi
3. Pembedahan
4. Rawatan sokongan multidisiplin
5. Rawatan paliatif
Kebiasaanya, doktor pakar onkologi kanak-kanak akan mengenalpasti terlebih dahulu jenis dan tahap kanser, dan akan berbincang dengan ibu bapa berkenaan rawatan yang akan diberikan termasuk kesan sampingan dan manfaat rawatan. Ada sesetngah kanser perlu kemoterapi, pembedahan dan diikuti radioterapi. Ada juga, seperti leukemia tertentu, yang hanya memerlukan kemoterapi. Kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini akan dimasukkan ke unit onkologi hospital di mana mereka akan menerima rawatan yang telah dirancangkan termasuk rawatan sokongan seperti sesi kaunseling, fisioterapi, dan rawatan khusus pakar-pakar lain termasuk pakar endokrin seperti saya. Rawatan paliatif, biasanya, dikhususkan untuk pesakit kanser tahap akhir, untuk mengurangkan kesakitan dan penderitaan mereka.

6-Seawal usia berapa kanak-kanak boleh didiagnosis menghidap penyakit kanser?
Oh, kita ada pesakit seawal usia bawah 1 tahun didiagnosa menghidapi kanser juga. Secara umum, umur antara bayi hingga 19 tahun, dan kebiasaanya sekitar usia 5 hingga 8 tahun, bergantung jenis kanser.

7-Adakah kanak-kanak yang menghidap kanser berpotensi sembuh?
Benar, dengan pengesanan awal dan rawatan, juga jenis dan tahap kanser, InSyaAllah, kanak-kanak ini berpotensi sembuh. Sebagaimana kita bincang dia atas, sesetengah kanser seperti leukemia, berpotensi sembuh dengan survival rate setinggi sehingga 90%.

8-Adakah ada risiko penyakit kanser ini berulang semula, jika pesakit sudah sembuh dalam rawatan sebelum ini?
Risiko itu tetap ada, risiko untuk berulang (recurrence) atau kanser ke-dua (second cancer). Ianya bergantung kepada jenis dan tahap kanser, juga rawatan yang diberikan.
Namun, doktor pakar onkologi dan pakar lain yang merawat, akan terus memantau keadaan pesakit menerusi temujanji susulan untuk memastikan jika kanser ini berulang atau ada kesan sampingan dari kanser mahupun rawatan, melalui pemeriksaan klinikal, ujian makmal dan radiologi. Saya sendiri, ada beberapa pesakit kanser yang dirujuk kepada saya kerana mengalami masalah endokrin (hormon) susulan kanser kalenjar pituitary yang perlu dibedah dan pesakit survivor lain.

9-Nasihat kepada ibu bapa yang mempunyai anak menghidap penyakit kanser
Pertamanya, doa dan hati saya bersama semua pesakit, ibu bapa dan keluarga kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini. Saya faham, ianya bukan mudah. Dengan penuh rendah diri, ini nasihat saya:
9.1. Berbincanglah dengan doktor pakar yang merawat berkenaan jenis, tahap dan rawatan yang ditawarkan. Tidak dinafikan, ada sesetengah rawatan termasuk kemoterapi yang mempunyai kesan sampingan tertentu yang juga ada rawatannya. Dapatkan maklumat dan nasihat dari doktor pakar
9.2. Ada juga ramai yang akan cuba “tawarkan” nasihat berkenaan “rawatan alternatif” yang mungkin akan menyebabkan kelewatan mendapatkan rawatan optimum, sehinggakan meyebabkan kanser itu melarat dan merebak ke tahap bahaya. Ada juga “rawatan alternatif” ini mengandungi bahan kimia tertentu atau teknik rawatan yang membahayakan. Ada juga yang tidak patuh shariah. Perkara-perkara sebegini hendaklah dielakkan.
9.3. Pesakit dan keluarga juga perlu banyak bantuan dan sokongan termasuk bantuan dan sokongan fizikal, moral dan psikologi ketika mendapat tahu berkenaan kanser dan ketika proses rawatan. Sokongan dan bantuan keluarga, rakan dan komuniti amat penting. Bantuan fizikal dan kewangan juga diperlukan. Keluarga terutama ibu dan ayah harus bersatu hati ketika masa sukar ini.
9.4. Sesi rawatan dan temujanji amat penting dan harus diberi keutamaan.
9.5. Terimalah takdir ini dengan hati terbuka, pasti ada hikmahnya dan bersedia untuk menempuh proses rawatan dengan positif, sifat sabar, berlapang dada dan bersangka-baik. Memang normal untuk berada dalam keadaan penafian (denial) dan marah, namun, lagi cepat untuk menerima hakikat ini, lagi cepat rawatan dimulakan, lagi tinggi peluang anak untuk sembuh dan survive, InSyaAllah.

SUDAHKAH ANDA BACA HARIAN METRO HARI INI 🤭

29/01/2022

INCOME REPLACEMENT vs MEDICAL CARD

Ramai orang sangka keperluan Takaful mereka adalah Medical Card. Bersungguh-sungguh cari medical card yang termurah, yang kalau boleh cover 1 family, tanpa memahami, ianya hanya cover kos rawatan hospital sahaja.

Bagaimana p**a dengan keperluan sara hidup seperti makan minum keluarga, belanja sekolah anak, bayaran balik hutang pinjaman, bil bulanan dan bermacam belanja luar jangka?

Medical card tak cover semua yang disebut di atas. Limit medical kad sampai RM1 juta sekalipun, takkan dapat digunakan untuk beli beras.

Walaupun anda takde Medical Card, anda masih boleh dapatkan rawatan di hospital awam. Tapi kalau anda sakit atau kemalangan hingga menyebabkan anda hilang keupayaan untuk bekerja, anda akan hilang gaji untuk selama-lamanya.

PERSOALANNYA, SIAPA AKAN GANTI GAJI ANDA BULAN-BULAN? 🤔

12/12/2021

🚫Sekarang banyak syarikat yang menarik balik medical benefit pekerja dan digantikan dengan perlindungan yang jauh lebih rendah.

🚫Ini terjadi kepada salah sorang customer rakan yg bekerja di Malaysia Airlines. Pada mulanya Tiada Limit yg diberikan kepada staff berkenaan untuk kemasukan wad. Tetapi terkejut pada bulan ini ketika hendak keluar Dari wad mendapati bil beliau tidak ditanggung oleh Medical Benefit Malaysia Airlines kerana sudah kehabisan limit. Beliau diberitahu yg limit yg dahulunya UNLIMITED untuk satu family kini telah ditukar menjadi RM30,000 sahaja setahun untuk satu family.

🚫Panik dan tiada pilihan, customer terpaksa membayar RM15,000 bil perubatan pembedahan mengubati tisu koyak di bahagian lengan di Sunway Medical Centre menggunakan credit card sendiri.

🚫Tadi saya terima call suruh check policy beliau sama ada mempunyai plan yg cover medical atau tidak ? Alangkah leganya bila saya mengatakan yang "Abg mempunyai medical card coverage yg bernilai RM1,000,000 limit setahun dan bil RM15,000 tu boleh diclaim nanti 100%"...Alhamdulillah..

: Medical Card Company sangat subjective dan bole berubah-ubah mengikut kepentingan syarikat.

🚫Kepada pekerja-pekerja yg lain tidak kira MAS atau company lain, please check your current staff medical benefit with your Human Resource.

Telephone