Info Gout, Sakit Sendi dan Saraf
Memberikan Informasi, Tips dan Panduan pada penderita Sakit GOUT, Sendi dan Saraf
"DULU SELALU SANGAT "MC" SEBAB GOUT BANG. LEPAS JUMPA TOK KI, DAH TAK ADA "MC" LAGI."
=======================================
Itulah luahan brader Azlan dari Sg Buaya, Rawang. Dia dah sekian lama kena GOUT. Banyak ubat telah dicuba. Tapi masih belum ada yang serasi.
Selepas cuba Tok Ki terus serasi. Tak perlu ambil MC seperti selalu. Boss pun dah tak "aim" dia dah.
Pernah juga Brader Azlan cuba ubt lain. Tapi darah tinggi p**a yang naik dek kerana STER0ID dalam ubt tersebut.
Anda juga boleh cuba Herba Warisan Tok Ki. Dirumus khas menggunakan 100% Herba Asli terpilih untuk merawat Gout dan Sakit Saraf.
Kebaikan Herba Warisan Tok Ki
✔️ 100% Herba Asli Terpilih, tiada bahan kimia dan Steroid
✔️ Merawat Gout dan Sakit Saraf
✔️ Pengambilan secara berperingkat yang tidak berterusan
✔️ Tiada Kesan Sampingan
✔️ Tidak perlu berpantang makan
Siapa yang patut cuba?
✅Penghidap GOUT
✅Mereka yang solat tak boleh lipat lutut
✅Mereka yang solat di atas kerusi kerana sakit saraf
✅Selalu rasa menyucuk-nyucuk di bahagian kaki akibat kencing manis
✅Tangan tak boleh angkat kerana saraf
✅Tak boleh genggam tangan akibat gangguan saraf.
Klik Learn More di bawah untuk direct wssp dengan kami kami.
9 Tumbuhan Sekeliling Kita Boleh Merawat dan Mengawal Gout.
No. 4 Boleh Cari Depan Rumah Je??
=============================
Gout berpunca daripada tahap asid urik yang tinggi di dalam darah individu. Pembentukan kristal berlaku apabila tahap asid urik di dalam badan terlampau tinggi iaitu lebih daripada 360 milimoles per litre (mmol/L).
Asid urik merupakan bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Lazimnya, asid urik larut di dalam darah dan keluar melalui air kencing. Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Golongan lelaki berisiko mendapat gout dengan kadar nisbah sembilan berbanding satu wanita bagaimanapun golongan wanita tetap boleh mendapat penyakit ini terutama selepas menopaus.
Berikut adalah tumbuhan yang boleh mengawal atau merawat penyakit "GOUT"
(Detail ada pada setiap gambar)
PENYAKIT gout merupakan salah satu masalah yang sering diperbincangkan dalam masyarakat kita. Sesiapa yang mempunyai masalah ini sudah tentu akan mempunyai masalah untuk bergerak disebabkan sendinya sering keradangan dan bengkak.
Pesakit selalunya akan mengalami kesakitan yang teruk di bahagian sendi yang terlibat. Hanya pesakit gout sahaja yang tahu betapa sakitnya ketika diserang masalah gout.
Kenapa Gout selalu serang bahagian kaki? Klik link di bawah untuk tahu sebabnya👇🏻
Ini sebab gout ‘serang’ bahagian kaki PENYAKIT gout merupakan salah satu masalah yang sering diperbincangkan dalam masyarakat kita. Sesiapa yang mempunyai masalah ini sudah tentu akan mempunyai masalah untuk bergerak disebabkan sendiny…
Ini sebab gout 'serang' bahagian kaki
PENYAKIT gout merupakan salah satu masalah yang sering diperbincangkan dalam masyarakat kita. Sesiapa yang mempunyai masalah ini sudah tentu akan mempunyai masalah untuk bergerak disebabkan sendinya sering keradangan dan bengkak.
Pesakit selalunya akan mengalami kesakitan yang teruk di bahagian sendi yang terlibat. Hanya pesakit gout sahaja yang tahu betapa sakitnya ketika diserang masalah gout.
Istilah perubatan:
Polyarticular: Articular bermaksud sendi. Poly bermaksud banyak. Polyarticular bermaksud melibatkan banyak sendi.
Arthiritis: Keradangan pada sendi.
Tophi: adalah benjolan berdekatan dengan sendi ataupun tisu rawan yang terbentuk disebabkan pengump**an asid urik.
Masalah Gout
============
Gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengump**an asid urik di kawasan tersebut. Pesakit selalunya akan mengadu kesakitan yang melampau pada sendi yang terlibat terutamanya pada bahagian ibu jari kaki.
Selalunya ia akan menyebabkan sendi tersebut bengkak, merah, sakit dan rasa panas apabila dipegang.
Ia merupakan salah satu penyakit yang tertua di dalam sejarah perubatan. Dikatakan ia telah wujud pada zaman Yunani lagi.
Disebabkan kepekatan asid urik yang tinggi di dalam darah, ia boleh meresap masuk ke kawasan sendi dan terkumpul menjadi kristal. Kristal inilah yang akan menyebabkan keradangan pada sendi tersebut..
Bagaimana Gout Terjadi?
====================
Gout boleh dianggap sebagai masalah metabolisme di mana ia menyebabkan kehadiran asid urik yang tinggi di dalam darah. Asid urik ini akan berkumpul di dalam darah mahupun di dalam sendi. Jika kepekatannya terlampau tinggi, ia akan terkumpul menjadi kristal.
Kristal ini selalunya susah terlarut pada suhu yang rendah. Disebabkan perkara itu serangan gout selalu berlaku pada sendi yang terletak pada kaki. Kerana lokasinya yang jauh daripada badan menyebabkan suhu pada bahagian tersebut lebih rendah sedikit berbanding dengan sendi yang lain.
Kristal asid urik inilah yang akan memulakan keradangan pada bahagian sendi. Ini kerana sel darah putih akan menganggapnya sebagai bahan asing. Setiap bahan yang dianggap asing oleh sel darah putih seperti bakteria dan virus, akan mencetuskan permulaan sistem imun untuk melawan bahan tersebut. Begitulah yang berlaku pada kristal asid urik. Ia dianggap seperti bahan asing.
Maka, sel darah putih akan mengeluarkan protein imun dan juga bahan kimia untuk mengeruhkan sistem imun dalam badan.
Bahan-bahan tersebut akan menyebabkan beberapa kesan:
✔️Saluran darah di sendi yang terlibat akan menjadi lebih besar- ini berfungsi untuk memanggil lebih banyak sel darah mereka ke tempat tersebut.
✔️Sel darah putih juga akan menghasilkan kompaun yang bernama prostaglandin. Inilah yang menyebabkan perasaan sakit di bahagian sendi yang terlibat.
✔️Bahan-bahan tersebut juga akan memanggil sel darah putih yang lain untuk bergerak ke bahagian sendi yang terlibat.
✔️Banyak keadaan yang dikatakan menyebabkan penyakit gout ini terutamanya penyakit metabolik. Keturunan merupakan salah satu faktor risiko berlakunya penyakit ini. Tetapi serangan gout pada pesakit yang mempunyai kandungan asid urik yang tinggi selalunya disebabkan faktor persekitaran dan diet.
Punca Dan Penyebab Penyakit Gout
=============================
Serangan gout terjadi apabila kandungan asid urik menjadi tinggi dan selalunya ia menjadi kristal dalam bentuk monosodium urate iaitu bergabung dengan unsur sodium.
Perlu diketahui asid urik merupakan bahan akhir bagi penguraian kompaun purine.
Purine p**a merupakan bahan asas untuk membina rantaian DNA yang membentuk genetik manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Jika seseorang yang pernah diserang gout mengambil makanan yang tinggi kandungan purine, ia berkemungkinan akan diserang gout semula.
Faktor yang menyebabkan kandungan asid urik dalam badan semakin meningkat:
===========================================
1️⃣Kurangnya perkumuhan asid urik dari buah pinggang. Ia merangkumi 90 peratus penyebab kepada meningkatnya asid urik dalam badan (undersecretion).
2️⃣Pengambilan makanan yang akan menghasilkan asid urik yang banyak (overproduction).
3️⃣Penyakit genetik seperti di bawah boleh menyebabkan serangan gout.
Tetapi perlu diketahui bahawa penyakit tersebut jarang dijumpai. Penyakit itu adalah:
➡️Kekurangan enzim Hypoxanthine-guanine phosphoribosyltransferase
➡️Kekurangan enzim Glucose-6-phosphatase
➡️Kekurangan enzim Fruktose-1-phosphatase
Penghasilan asid urik yang tinggi juga boleh disebabkan keadaan badan yang mempunyai kadar kematian dan penghasilan sel yang tinggi(high cell turnover) seperti dalam penyakit:
👉🏻Leukemia
👉🏻Hemolytic anemia
👉🏻Kematian sel kanser disebabkan penggunaan kemoterapi
Penyakit kronik seperti di bawah mempunyai kaitan dengan gout:
✔️Tekanan darah tinggi
✔️Kencing manis
✔️Masalah buah pinggang
✔️Bacaan kolesterol yang tinggi
✔️Obesiti
✔️Kekurangan sel darah merah
Pengambilan makan yang tinggi purine juga merupakan punca kepada serangan gout.
Makanan yang mengandungi kompaun purine yang tinggi adalah ikan sardin, ikan bilis, organ dalaman seperti pankreas, hati dan buah pinggang.
Makanan yang tinggi gula jenis fruktosa juga akan menyebabkan serangan gout. Ini disebabkan fruktosa akan menyebabkan penggunaan kompaun yang digunakan untuk membawa tenaga dalam badan iaitu ATP (adenosine triphosphate). ATP akan bertukar kepada AMP (adenosine monophosphate) ketika hendak menguraikan gula fruktosa. Kompaun AMP inilah yang akan diuraikan menjadi asid urik.
Bukan setakat itu, gula fruktosa juga akan mengaruhkan penghasilan kompaun purine yang lebih banyak daripada badan. Akhirnya, kompaun purine itu juga akan diuraikan menjadi asid urik dan menyumbang kepada masalah penyakit ini.
Gula fruktosa selalu berada di dalam air berkarbonat dan juga jus buah di pasaran.
Sumber: https://thediagnosa.com
10 Punca Kaki Kebas. Ada Bahaya Rupanya
============================
Pastinya anda biasa terkena kaki kebas atau semut-semut. Biasanya kaki anda akan berasa kebas atau semut-semut akibat duduk dalam posisi yang sama untuk tempoh yang lama.
Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya kaki kebas juga berpunca daripada masalah kesihatan yang serius. Jom kami kongsikan punca kaki kebas yang anda wajib tahu.
Apakah yang dimaksudkan dengan kaki kebas atau semut-semut?Kebas atau semut-semut adalah keadaan di mana anda berasa seperti tajam-tajam dan adakalanya turut berasa pedih dan panas pada mana-mana anggota tubuh badan. Anda juga tidak dapat merasa anggota yang disentuh apabila kebas atau semut-semut.
Kebas biasanya berlaku di bahagian:
👉Tapak tangan
👉Kaki
👉Jari-jemari tangan
👉Jari-jemari kaki
👉Tapak kaki
Apakah punca kaki kebas? Terdapat banyak punca mengapa kebas berlaku. Di antara punca yang paling kerap ialah
MALLET FINGER
=============
Mallet finger' ialah kecacatan yang berlaku di bahagian hujung jari yang menyebabkan ketidakupayaan untuk meluruskan hujung jari secara sepenuhnya.
Kecacatan ini disebabkan oleh tendon yang berfungsi untuk melurus atau memanjangkan bahagian hujung sendi jari tercedera. Bagi sesetengah pesakit, kecacatan disebabkan tendon hujung jari terputus atau keadaan tulang melekat pecah, yang disebut sebagai patah avulsi (istilah lain untuk kecederaan patah tulang adalah 'bony mallet').
Ini adalah kecederaan yang sangat umum selepas trauma ringan pada hujung jari atau akibat pembengkokan secara paksa pada mana-mana bahagian jari.
Ia boleh berlaku ketika melakukan tugas yang mudah atau daripada trauma secara langsung seperti terkena bola pada bahagian hujung jari semasa bermain bola keranjang.
Kebiasaannya, pesakit menyedari kecacatan tersebut selepas mengalami trauma dan dalam beberapa kes, kecacatan itu juga boleh dilihat tanpa menyedari sebarang trauma yang berlaku.
Jari mallet dikesan melalui pemeriksaan klinikal oleh pakar bedah tangan dan beberapa gambar sinaran-X yang penting untuk mengesahkan kehadiran kepatahan avulsi.
Dalam kebanyakan kes, rawatan untuk jari mallet terdiri daripada memakai penganduh secara berterusan pada hujung jari. Beberapa jenis penganduh direka untuk tujuan ini dan matlamatnya untuk mengekalkan sendi dalam kedudukan yang lurus sehingga tendon menjadi sembuh.
Penganduh diperlukan tanpa mengira siang dan malam manakala purata masa rawatan antara tiga hingga empat bulan. Penganduh boleh diletakkan di bahagian atas atau bawah jari yang bermasalah.
Apabila sinaran-X menunjukkan kepatahan avulsi dengan dislokasi sendi, pembedahan biasanya diperlukan. Namun, pin dan kabel yang kebiasaannya digunakan untuk memperbetulkan kecacatan memang diperlukan.
Selepas tendon sembuh, pergerakan aktif akan dimulakan dan jika perlu, pakar bedah tangan mungkin mencadangkan terapi fizikal.
SINDROM CARPAL TUNNER
========================
"Cawan yang dipegang jatuh atau bayi terlepas daripada pegangan boleh berlaku jika sindrom 'carpel tunnel' atau dikenali sebagai sindrom terowong karpus dihidapi pada tahap serius.
"Sindrom ini berlaku disebabkan saraf median (penyedia utama sensasi atau deria ke tangan dan jari) termampat di dalam terowong bahagian pergelangan tangan (karpal)," katanya.
Ujarnya, terowong karpal dibentuk oleh lapan tulang pergelangan tangan dan ligamen karpal yang melintang. Terowong bertindak sebagai laluan saraf median dan sembilan tendon daripada pergelangan tangan.
Pemampatan saraf median yang berlaku disebabÂkan penyempitan ruang di dalam terowong mungkin disebabkan oleh beberapa keadaan seperti bengkak pada lapisan tisu terowong, penahanan cecair, kehadiran sista ganglion dan struktur otot yang tidak normal.
Dalam kebanyakan kes, puncanya tidak diketahui dan kebiasaannya ia berlaku di jari telunjuk dan jari tengah. Apabila sindrom ini terjadi, biasanya pesakit akan merasai tangannya seperti 'tidur', lembik dan kebas pada jari.
"Sindrom ini biasa berlaku pada waktu malam ketika tidur, namun masalah yang serius akan menyebabkan rasa kebas setiap masa. Masalah ini mudah menyerang wanita hamil, pesakit diabetes dan artritis reumatoid yang puncanya masih tidak dapat diketahui.
"Namun, sindrom ini juga boleh menyerang generasi muda terutama jika mereka sentiasa menaip komputer tanpa henti hingga lapan jam atau lebih setiap hari.
"Ketika menaip, bahagian pergelangan tangan akan menekan saraf median. Pada mulanya, mereka akan berasa sakit, kebas dan tidak sensitif di bahagian jari," katanya.
Dr Tay menasihatkan individu yang banyak menghabiskan masa dengan menaip perlu menjaga keadaan kesihatan tangan mereka.
Setiap 15 hingga 20 minit ketika menaip, berhenti dan lakukan regangan mudah untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku di sekitar pergelangan tangan dan jari.
Selain itu, gunakan pelapik atau kusyen di bawah bahagian pergelangan tangan untuk mengelakkan saraf median tertekan sekali gus menyebabkan rasa sakit atau kebas.
Jika simptom baru bermula, kita mungkin akan terbangun daripada tidur dengan rasa kebas atau sakit dan ia akan beransur lega apabila cuba menggoncang atau menggosok tangan.
Pada peringkat seterusnya, rasa kebas itu boleh menjadi berlarutan jika tidak mendapat rawatan segera. Dalam kebanyakan kes, rawatan akan dimulakan dengan pendekatan tanpa pembedahan yang boleh membantu mengurangkan gejala yang dihidapi.
Kebanyakan pesakit mula berasa lega pada bahagian tangan yang sakit dengan mengubah aktiviti yang dijalankan bagi mengurangkan tekanan di dalam terowong karpal atau mengenakan penganduh.
Selain itu, suntikan steroid juga boleh digunakan untuk melegakan kebas atau kesakitan yang dialami. Mengambil ubat seperti vitamin B12 atau ubat nonsteroidal antiradang boleh digunakan bagi sesetengah pesakit untuk melegakan kesakitan.
Jika kaedah tanpa pembedahan tidak berjaya, pembedahan mungkin disarankan untuk membantu mengurangkan tekanan di dalam terowong karpal dan kemampatan saraf median.
"Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal. Kajian aliran saraf dan elektromiografi boleh digunakan untuk memeriksa dan menilai tahap keseriusan masalah," katanya.
'Trigger finger' adalah satu keadaan apabila jari tersangkut semasa di posisi bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi (snap) semasa diluruskan.
Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Ia memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan disusuli dengan sakit yang TERUK😖.
👉Jari pencetus (trigger finger) atau tenosinovitis ialah keradangan pada bahagian tendon. Tendon flexor ialah sambungan terminal pada otot lengan.
👉Tendon melalui pergelangan tangan dan masuk ke tulang jari untuk menghasilkan fleksi atau pembengkokan. Tendon mudah meluncur dengan lancar di dalam terowong sempit (takal) dan kadangkala ia juga boleh terperangkap.
👉Fungsi takal ialah untuk mengekalkan tendon di dalam terowong. Namun, kadangkala tendon boleh membengkak dan mudah tersekat di dalam terowong.
"Masalah ini biasa ditemui dalam kalangan pesakit diabetes, osteoartritis, diabetes, atritis reumatoid dan gout tetapi puncanya masih belum diketahui.
"Ia juga boleh berlaku kepada sesiapa saja sama ada golongan dewasa atau warga emas, namun banyak ditemui dalam kalangan individu berusia 40 tahun ke atas," katanya.
👉Pada mulanya, pesakit berasa sakit pada tapak tangan dan kadangkala simp**an serta bengkak kecil juga boleh dirasai. Ia boleh berlaku pada lebih daripada satu jari dan biasa berlaku di bahagian ibu jari, jari tengah, jari manis dan jari telunjuk.
👉Gejala ini boleh membuatkan rasa sakit di hujung jari pada tapak tangan dan kes lebih teruk apabila jari yang tersekat ketika bengkok dan tidak boleh diluruskan.
👉Lebih serius apabila berasa sukar untuk menggerakkan atau menggenggam jari terutama pada waktu pagi. Rawatan 'trigger finger' bergantung kepada gejala yang dialami pesakit.
👉Pada peringkat awal, ia boleh dirawat secara konservatif dengan ubat antiradang dan memakai penganduh, fisioterapi, latihan senaman jari, merendamkan jari didalam air suam atau urutan.
👉'Trigger finger' satu keadaan yang tidak bahaya. Pembedahan kecil akan dilakukan bergantung kepada keputusan pesakit ini yang selalunya disyorkan pada peringkat akhir.
Pembedahan dilakukan bagi membantu membuka saluran tendon yang sempit itu supaya tendon dapat bergerak dengan mudah.
WASPADA DENGAN CARA KERJA ANDA
=============================
Pernahkan tangan anda berasa kebas, jari tidak boleh dibengkokkan atau ditegakkan semula dan pergelangan tangan berasa tegang selepas melakukan pekerjaan seperti menaip tanpa henti?
Jika ia berlaku, kita perlu lebih berwaspada dengan cara kerja yang diamalkan setiap hari. Walaupun itu antara masalah biasa, ia tidak boleh diabaikan.
Ini kerana fungsi tangan yang pelbagai itu memudahkan kita untuk melakukan semua tugasan dengan sempurna bermula dengan menyiapkan tugasan di pejabat, mengemas rumah, memasak, makan, menaip hinggalah melakukan perkara yang lebih kecil.
Menurut Pakar Perunding Tangan dan Pembedahan Mikro Pusat Perubatan Tropicana, Dr Terence Tay Khai Wei, terdapat beberapa masalah tangan yang berlaku dalam kalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak.
"Antara masalah yang biasa berlaku dan mudah ditemui ialah
👉Trigger Finger
👉Sindrom Carpel Tunnel
👉Mallet Finger
Sebanyak 30 hingga 40 peratus pesakit dikesan menghadapi 'trigger finger' dalam kalangan individu yang mengalami masalah tangan," katanya.
RAWATAN SAKIT TENGKUK
Jenis rawatan yang anda perlukan bergantung kepada sama ada sakit leher anda disebabkan oleh aktiviti, kecederaan, atau penyakit yang lain. Kebanyakan sakit tengkuk yang disebabkan oleh aktiviti yang berat boleh dirawat di rumah.
Untuk sakit leher yang berlaku secara tiba-tiba:
1. Gunakan pad pemanas pada tetapan rendah atau sederhana selama 15 hingga 20 minit setiap 2 atau 3 jam.
Cuba untuk mandi dengan air suam untuk satu sesi tertentu dengan pad pemanas. Anda juga boleh membeli tuaman suam yang boleh digunakan sehingga 8 jam.
Atau anda boleh cuba pek ais selama 10 hingga 15 minit setiap 2 hingga 3 jam.
Tidak ada bukti kukuh yang menyatakan bahawa haba atau ais boleh membantu. Tetapi anda boleh cuba untuk melihat jika ia boleh membantu.
2. Ambil acetaminophen (seperti Tylenol).
Ibuprofen atau ubat anti-keradangan yang lain juga boleh membantu melegakan kesakitan.
3. Elakkan kecederaan pada leher anda dengan menukar aktiviti dan tabiat, seperti bagaimana anda duduk atau tidur dengan lebih selesa dan sempurna.
4. Cuba melakukan senaman atau terapi manual untuk membantu anda menggerakkan kepala dan leher anda dengan lebih mudah.
Berjumpalah dengan ahli terapi fizikal, pakar Chiropractor, atau doktor osteopati untuk jenis rawatan ini.
5. Untuk merawat sakit leher yang kronik, doktor mungkin akan memberikan ubat untuk melegakan otot leher anda.
Atau anda boleh mendapatkan ubat-ubatan untuk melegakan kesakitan dan membantu anda tidur.
Di samping itu, anda juga boleh cuba untuk pergi mengurut atau melakukan yoga untuk melegakan tekanan di bahagian leher.
6. Pembedahan jarang dilakukan untuk merawat sakit tengkuk.
Tetapi ia boleh dilakukan jika sakit anda disebabkan oleh masalah perubatan, seperti tekanan pada akar saraf tulang belakang, tumor, atau penyempitan saluran tulang belakang.
Sila "like" dan "share" jika bermanfaat
GEJALA SAKIT TENGKUK
👉Rasa kebas, kesemutan
👉Rasa sakit yang tajam
👉Kesukaran untuk menelan
👉Rasa berdenyut-denyut
👉Bunyi yang menggelegak di kepala
👉Pening
👉Keletihan
👉Bengkak kelenjar
👉Sakit kepala
👉Kesakitan di bahagian muka dan bahu.
Gejala-gejala ini berlaku disebabkan oleh saraf-saraf yang terlekat dan terhimpit di leher.
Bergantung kepada keadaan, kadang-kadang kesakitan leher diikuti dengan sakit belakang di bahagian atas atau lebih rendah, seperti yang biasa berlaku bagi keradangan tulang belakang yang disebabkan oleh ‘ankylosing spondylitis’.
Sila "like" dan "share" jika bermanfaat
PENYEBAB SAKIT TENGKUK
Penyakit Lain
===========
Walaupun sakit leher biasanya disebabkan oleh ketegangan, kesakitan yang berpanjangan atau defisit neurologi mungkin merupakan petanda kepada sesuatu yang lebih serius.
Gejala-gejala ini tidak boleh diabaikan. Jangkitan tulang belakang, tekanan yang berat terhadap tulang belakang, tumor, patah tulang, dan gangguan lain boleh berlaku.
Jika kecederaan kepala berlaku, kemungkinan besar leher juga boleh terjejas, jadi, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Sila "like" dan "share" jika bermanfaat
PENYEBAB SAKIT TENGKUK
Kehidupan Seharian
================
Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula.
Tekanan dan ketegangan emosional boleh menyebabkan otot mengecut menyebabkan rasa sakit dan kejang.
Sila "like" dan "share" jika bermanfaat
PENYEBAB SAKIT TENGKUK
Umur Yang Meningkat
==================
Gangguan degeneratif seperti osteoartritis, stenosis tulang belakang, dan penyakit cakera degeneratif boleh mempengaruhi tulang belakang.
👉 Osteoarthritis adalah gangguan sendi menyebabkan kemerosotan tulang rawan secara progresif.
Tubuh bertindak balas dengan membentuk tulang baru yang disebut ‘osteophytes’ (taji tulang) yang mempengaruhi pergerakan sendi.
👉 Stenosis tulang belakang menyebabkan foramen, laluan neural kecil, menjadi semakin sempit yang mungkin boleh memampatkan dan memerangkap akar-akar saraf.
Stenosis boleh menyebabkan sakit leher, bahu, dan lengan dan rasa kebas apabila saraf ini tidak boleh berfungsi dengan normal.
👉 Penyakit degenerative disc disease (DDD) boleh menyebabkan cakera intervertebral menjadi kurang terhidrat, menyebabkan cakera menjadi kurang keanjalan dan ketinggian.
Dari masa ke masa, cakera boleh membesar atau menembusi menyebabkan kesakitan bahagian anggota tangan, kesemutan, dan kebas.
Sila "like" dan "share" jika bermanfaat
PENYEBAB SAKIT TENGKUK
Kecederaan Dan Kemalangan
========================
Kebanyakan kesakitan tengkuk disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang membuatkan leher terseliuh.
Posisi duduk yang tidak betul, melukis di siling, atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher.
Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh menyebabkan ketegangan leher, atau kekejangan otot leher.
👉Whiplash adalah kecederaan yang biasa berlaku semasa kemalangan.
Ini biasanya dipanggil hyperextensi atau kecederaan hyperfleksi kerana kepala dipaksa bergerak ke belakang atau ke hadapan dengan pantas melampaui gerakan normal leher.
Pergerakan yang tidak normal ini mempengaruhi otot dan ligamen di leher. Otot bertindak balas dengan mengetat dan mengecut.
Ini menyebabkan keletihan otot yang membawa kepada rasa sakit dan kekejangan.
Sila "like" dan "share" jika bermanfaat
Sakit Tengkuk
Kesakitan tengkuk boleh berlaku di mana sahaja di bahagian leher anda, dari bahagian bawah kepala sehingga ke bahagian bahu.
👉Sakit Tengkuk boleh merebak ke bahagian belakang atau lengan.
👉Sakit Tengkuk mungkin mengehadkan pergerakan kepala dan leher anda.
👉Kesakitan tengkuk kebiasaannya berlaku pada warga tua, berumur lebih daripada 50 tahun.
👉Leher mempunyai banyak pergerakan dan menyokong berat kepala.
👉Walaubagaimanapun, kerana ia kurang dilindungi berbanding daripada bahagian tulang belakang yang lain, leher boleh terdedah kepada kecederaan dan gangguan lain yang boleh menyebabkan rasa sakit dan menyekat pergerakan.
👉Bagi kebanyakan orang, sakit leher adalah keadaan yang sementara dan ia akan hilang beransur-ansur.
👉Untuk lain-lain penyebab, ia memerlukan diagnosis dan rawatan perubatan untuk melegakan gejala tersebut.
Sila "like" dan "share" jika bermanfaat
Tanda-Tanda Gout 4
Gerakan Terhad
Hingga gout berlangsung, anda mungkin tidak boleh bergerak sendi anda secara normal
Tanda-Tanda Gout 3
Keradangan dan Kemerahan
Sendi menjadi bengkak, lembut dan merah.
Tanda-Tanda Gout 2
Ketidakselesaan
Apabila kesakitan yang teruk mereda, ketidakselesaan bersama sendi mungkin berlangsung dari hari ke minggu.
Serangan kemudian boleh bertahan lebih lama dan menjejaskan lebih banyak sendi.
Tanda-tanda Gout
Kesakitan Sendi Yang Teruk
Gout biasanya menjejaskan kawasan di bawah sendi kaki yang besar, tetapi ia boleh berlaku di mana-mana sendi.
Sendi lain adalah pergelangan kaki, lutut, siku, pergelangan tangan dan jari.
Kesakitan mungkin lebih buruk pada 4 hingga 12 jam pertama selepas ia bermula.
Info Gout
========
Golongan lelaki berisiko mendapat gout dengan kadar nisbah sembilan berbanding satu wanita bagaimanapun golongan wanita tetap boleh mendapat penyakit ini terutama selepas menopaus.
Info GOUT
=========
Asid urik merupakan bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Lazimnya, asid urik larut di dalam darah dan keluar melalui air kencing.
Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Info Gout
========
Gout berpunca daripada tahap asid urik yang tinggi di dalam darah individu.
Pembentukan kristal berlaku apabila tahap asid urik di dalam badan terlampau tinggi iaitu lebih daripada 360 milimoles per litre (mmol/L).
Info Sakit Saraf
Penyakit berkaitan saraf boleh menyebabkan kematian dalam tempoh singkat selepas diagnosis.
Menurut Pakar Perunding Rheumatologi dan Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Narisa Sulaiman, GOUT merupakan salah satu penyakit tertua di dalam sejarah perubatan dan dikatakan telah wujud pada zaman Yunani lagi.
Jadi, ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia.
Utusan Malaysia
Apa itu gout?
===========
Penyakit Gout ni dah lama wujud dalam masyarakat dunia. Penyakit ini dipercayai wujud kira-kira 2,000 tahun lalu. GOUT turut dikenali sebagai “penyakit orang kaya” kerana lazimnya ia disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman berkhasiat tinggi di kalangan mereka yang mempunyai status kewangan yang kukuh.
Kini Gout akam menyerang tanpa mengira status dan usia. Jumlah pesakit Gout yang kian bertambah tahun demi tahun amat membimbangkan. Di Malaysia, penyakit Gout Arthritis yang berkaitan sendi lebih banyak dikesan.
Gout adalah penyakit yang “boleh datang dan pergi”. Sekiranya pesakit mematuhi segala pantang larang dari segi pemakanan, ubatan dan gaya hidup, serangan akan berkurangan atau mungkin tidak berlaku langsung. Sebaliknya, jika gagal mematuhi pantang-larang, serangan boleh berulang pada bila-bila masa.
Walaupun pantang larang tetap perlu, apa yang sentiasa diharapkan oleh masyarakat, terutama penghidap Gout ialah ubat paling mujarab bagi merawat penyakit ini.