TNB Careline

TNB Careline

Tenaga Nasional Berhad official page. We are online 24/7. We are always ready to serve you 24/7. Feel free to PM us for any enquiries.

TNB CareLine was established to provide ongoing customer service support and centralized engagement centre for TNB customers. We strive to build customer trust by providing quality service and excellent customer experience. Alternatively, you may reach us via the following platforms:

1. Call 15454: Power breakdowns/ TNB streetlight issues or other TNB-related technical issues.
2. Call 1-300-88-54

22/12/2023

Penyasaran semula subsidi elektrik bagi tempoh 1 Januari - 30 Jun 2024.

85% pengguna domestik di semenanjung tidak terkesan. Kadar rebat dan surcaj mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) untuk pengguna domestik dan pengguna bukan domestik berkuat kuasa pada 1 Januari - 30 Jun 2024.

22/12/2023

Pelanggan yang dihargai,

Untuk makluman, Kedai Tenaga di semua negeri akan ditutup sempena cuti Hari Krismas pada tarikh yang dinyatakan.

Sebagai alternatif, pelanggan yang ingin berurusan boleh mendapatkan perkhidmatan TNB secara atas talian melalui aplikasi myTNB atau portal myTNB di: www.mytnb.com.my

Untuk pembayaran bil, anda boleh membuat pembayaran rasmi secara atas talian atau menggunakan perkhidmatan kiosk pembayaran layan diri Kedai Tenaga (Waktu operasi: 8.15 pagi - 10 malam) seperti biasa.

Jika anda ada pertanyaan berkaitan akaun, bil dan lain-lain, anda boleh menghantar PM kepada kami di Facebook TNB Careline (24 jam) atau menghubungi 1-300-88-5454 (Waktu operasi: 8 pagi - 5 petang).

21/12/2023

Kami ingin menasihatkan para pelanggan TNB supaya berhati-hati apabila mendapat panggilan daripada pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai anggota kerja TNB. Jangan dedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak yang tidak dikenali.

Untuk makluman pelanggan, TNB akan mengeluarkan notis pemotongan dalam bil dan surat arahan pemotongan sebelum melaksanakan aktiviti pemotongan bekalan elektrik.

Gunakan saluran pembayaran rasmi dan jangan membuat pembayaran bil elektrik kepada mana-mana akaun peribadi. Untuk melihat saluran pembayaran rasmi, layari https://www.tnb.com.my/residential/payment-methods/

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh:
Hubungi 1-300-88-5454
PM Facebook
DM Twitter

21/12/2023

Banjir memang boleh diramal, tapi betapa teruk keadaannya kita tak boleh nak jangka ⛈️ Paras air boleh naik tinggi pada bila-bila masa, jadi kita perlulah sentiasa bersiap-sedia untuk berpindah.

Kalau korang tinggal di kawasan di mana air dah mula naik, ikut panduan berpindah dalam gambar ni. Korang jaga diri dan jangan lupa untuk saling membantu, ye? 🙂

20/12/2023

Pernah tak korang baru nak hias rumah, tapi lampu perayaan yang lama dah rosak? 💡 Ini mungkin sebab cara ia disimpan atau digantung sebelumnya tak betul.

Jadi, kalau korang nak elakkan kena beli lampu yang baharu setiap tahun, ikut je tip-tip di bawah ⬇️

19/12/2023

Awas Emel Palsu TNB Menyamar Sebagai Presiden/CEO TNB

TNB telah mengesan beberapa 'email spoof' di mana ada pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai Presiden/ CEO TNB, yang meminta maklumat atau bantuan melalui e-mel palsu.

Pihak Pengurusan TNB ingin menegaskan bahawa TNB tidak pernah membuat sebarang permintaan sedemikian.

Siasatan kami mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah 'email spoof' dan mungkin mengandungi fail atau pautan yang mencurigakan. 'email spoof' melibatkan pemalsuan alamat e-mel, menjadikan e-mel itu kelihatan berasal dari sumber sebenar.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tidak memberi maklumbalas kepada e-mel tersebut, klik pada mana-mana pautan, atau buka lampiran yang terdapat dalam e-mel tersebut.

Laporkan sebarang e-mel atau panggilan yang mencurigakan berkaitan dengan TNB pada laman sosial rasmi kami, TNB Careline di Facebook atau di X.

Photos from TNB Careline's post 18/12/2023

Dah cuti sekolah ni, seronok lah anak-anak kita sebab boleh duduk rumah je kan? 😂 Sambil berseronok tu, jangan lupa untuk kekal selamat juga tau 👌 Bahaya ni ada di mana-mana, terutamanya berdekatan sumber elektrik ⚡

Sentiasa ikut tip keselamatan dalam gambar-gambar ni dan selamat bercuti sekolah untuk semua!

15/12/2023

Untuk pencinta haiwan, mesti faham yang haiwan peliharaan kita pun ahli keluarga juga 🐈🐕 Kita mestilah nak mereka selamat sama-sama. Tak kiralah haiwan apa-apa pun, ikut je tip-tip di bawah untuk lindungi si manja kesayangan korang semasa banjir ni, ok? 👇

15/12/2023

Elak melakukan aktiviti larangan sekiranya anda berhampiran dengan mana-mana kawasan talian penghantaran tenaga TNB.

Kongsikan senarai aktiviti larangan menerusi link di bahagian komen dengan rakan-rakan anda untuk keselamatan bersama 😊​

15/12/2023

Pelanggan yang dihargai,

Untuk makluman, Kedai Tenaga di negeri Johor akan ditutup sempena Cuti Khas Peristiwa diatas kejuaraan pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT) dalam Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia pada tarikh yang dinyatakan.

Sebagai alternatif, pelanggan yang ingin berurusan boleh mendapatkan perkhidmatan TNB secara atas talian melalui aplikasi myTNB atau portal myTNB di: www.mytnb.com.my

Untuk pembayaran bil, anda boleh membuat pembayaran rasmi secara atas talian atau menggunakan perkhidmatan kiosk pembayaran layan diri Kedai Tenaga (Waktu operasi: 8.15 pagi - 10 malam) seperti biasa.

Jika anda ada pertanyaan berkaitan akaun, bil dan lain-lain, anda boleh menghantar PM kepada kami di Facebook TNB Careline (24 jam) atau menghubungi 1-300-88-5454 (Waktu operasi: 8 pagi - 5 petang).

14/12/2023

Wira Tenaga kita kali ini mempunyai pengalaman 20 tahun di TNB!

Memperkenalkan Sunarni, yang kini bertugas di bawah unit Green Energy Management. Beliau bertanggungjawab menguruskan program berkaitan Tenaga Boleh Baharu (TBB) seperti Net Energy Metering dan lain-lain, untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menggunakan tenaga dengan lebih mampan untuk diri dan negara.

Usaha beliau yang tidak pernah putus telah membantu perkembangan TBB di Malaysia untuk sampai ke tahap sekarang. Terima kasih, Sunarni! ✨

12/12/2023

Ketahui tiga perkara tentang ICPT untuk anda fahami dengan lebih mudah

12/12/2023

Waktu musim banjir ni, kanak-kanak paling terdedah dengan bahaya 🧒 Sebagai orang dewasa kita kenalah lebih prihatin untuk pastikan mereka sentiasa selamat 💪☂️

11/12/2023

Nak sejukkan ruang, tak perlu pun letak penyaman udara pada suhu yang terlalu rendah. Pasang pada suhu optimum untuk tempoh yang konsisten pun akan sejuk juga tau. Tenaga pun boleh lebih jimat 👍⚡

TNB Better. Brighter. 08/12/2023

PENYALURAN BEKALAN ELEKTRIK DI PINTU MASUK TERJAMIN & STABIL

Kerja hentitugas bernotis bagi tujuan senggaraan telah disepakati bersama dgn KDN & JKR. Bekalan sementara p**a disediakan oleh JKR & bukan TNB. Rujuk berita penuh di:

TNB Better. Brighter. Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa mengambil langkah proaktif bagi menjamin penyaluran bekalan ke semua pintu masuk di Semenanjung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), demi kestabilan pembekalan kawasan strategik melibatkan perkhidmatan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) negara.

08/12/2023

Pelanggan yang dihargai,

Untuk makluman, Kedai Tenaga di negeri Selangor akan ditutup sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor pada tarikh yang dinyatakan.

Sebagai alternatif, pelanggan yang ingin berurusan boleh mendapatkan perkhidmatan TNB secara atas talian melalui aplikasi myTNB atau portal myTNB di: www.mytnb.com.my

Untuk pembayaran bil, anda boleh membuat pembayaran rasmi secara atas talian atau menggunakan perkhidmatan kiosk pembayaran layan diri Kedai Tenaga (Waktu operasi: 8.15 pagi - 10 malam) seperti biasa.

Jika anda ada pertanyaan berkaitan akaun, bil dan lain-lain, anda boleh menghantar PM kepada kami di Facebook TNB Careline (24 jam) atau menghubungi 1-300-88-5454 (Waktu operasi: 8 pagi - 7 petang).

07/12/2023

Sebagai langkah persediaan bagi menghadapi impak Monsun Timur Laut, TNB telah mempersiapkan semua empangan skim hidroelektriknya di Cameron Highlands, Sungai Perak dan Tasik Kenyir, termasuk kemampuan menakung kapasiti air yang dijangka meningkat pada musim tengkujuh.

Demi keselamatan dan keutuhan struktur empangan, TNB melakukan pemeriksaan berkala secara bulanan dan audit integriti setiap enam bulan yang melebihi garis panduan ‘Malaysia Dam Safety Management Guidelines’ (MyDAMS).

Selain itu, TNB juga telah mengadakan beberapa siri
taklimat persediaan dengan penduduk setempat dan melakukan latih amal simulasi kecemasan bersama agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan bencana seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri.

07/12/2023

Kalau korang jenis yang selalu tertidur depan TV, bila mata dah mula kuyu tu tutup dulu, ok? 📺 Tak pun, set terus timer untuk dia tertutup sendiri. Tenaga jimat, TV korang pun boleh rehat 😂

06/12/2023

BEKALAN ELEKTRIK PULIH SEPENUHNYA

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merujuk kepada laporan berita mengenai gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Johor Bahru Sentral pagi ini. Bekalan elektrik telah dipulihkan sepenuhnya pada jam 9.13 pagi.

Terdahulu, TNB melaksanakan kerja-kerja hentitugas bernotis bagi senggaraan berjadual pepasangan di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Gerbang Perdana 33/11kV, Johor Bahru bermula pada jam 8 malam 5 Disember 2023 (Selasa) sehingga awal pagi 6 Disember 2023 (Rabu).

Ketika kerja-kerja dilaksanakan, bekalan elektrik sementara dibekalkan melalui 10 buah genset milik Bangunan Sultan Iskandar supaya tiada sebarang gangguan bekalan dalam tempoh tersebut.

Siasatan mendapati berlaku kerosakan berulang pada sebuah daripada genset berkenaan yang digunakan untuk memberi bekalan sementara dan telah mengakibatkan gangguan bekalan di premis bangunan CIQ.

TNB mengambil maklum dengan cadangan Kerajaan Negeri Johor supaya mempertimbangkan sumber alternatif bagi mengukuhkan lagi sistem bekalan elektrik ke kompleks CIQ seperti disuarakan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan & Infrastruktur Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohammad Salleh.

TNB juga bekerjasama rapat dengan pengurusan BSI bagi memastikan keterjaminan dan kestabilan bekalan ke kompleks berkenaan dan persekitarannya.

06/12/2023

Nak tahu tak kenapa kita tak digalakkan berenang atau bermain dalam air banjir? ⛈️ Selain risiko lemas, banjir ni ada banyak bahaya tersembunyi lain yang patut kita elakkan 👇⚠️ Jangan lupa ambil perhatian dan sentiasa utamakan keselamatan diri, ok? 🙂

06/12/2023

Kalau abah dah selalu pesan pun masih lupa, ni adik-adik nak ingatkan balik pasal jimat tenaga 😉👍

Tonton video tip-tip cekap tenaga daripada kawan-kawan kecil kita 😁

05/12/2023

Kemenangan Malaysia malam ini amat penting buat kita semua. Teruskan perjuangan untuk aksi seterusnya.

05/12/2023

Hari yang dinantikan sudah tiba, hari perlawanan pertama buat skuad . 🔥

Penting untuk kita meraih kemenangan hari ini dalam membentuk laluan untuk perlawanan-perlawan seterusnya. Harap semua fokus jangan pandang rendah kebolehan lawan. Ayuh semua, penuhkan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil untuk berikan yang padu. Mereka perlukan sokongan kita!

04/12/2023

Ayuh datang ke booth Hokita esok di pintu masuk utama penyokong Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil!

Pelbagai aktiviti menarik disediakan & macam-macam hadiah untuk dimenangi. Kami akan berada dari pukul 3pm sehingga perlawanan Malaysia bermula pada pukul 8pm.

04/12/2023

1⃣ hari lagi ke ! 💥 Kapten , Faris Harizan ada pesanan untuk anda semua untuk hadir ke SHBJ esok!

04/12/2023

🗓️ Ini dia jadual penuh perlawanan yang bakal dihadapi dalam Pool A .

Perlawanan mana yang anda rasa menjadi tumpuan ramai? 👀 Apa pun, jangan lupa turun SHBJ kerana masuk adalah percuma!

01/12/2023

TNB dengan kerjasama pihak Pengurusan pusat beli-belah TRX telah mengambil tindakan pembaikan segera bagi memulihkan gangguan bekalan elektrik yang melibatkan sebahagian premis di pusat membeli belah TRX pada jam 10.21 pagi semalam (30 November 2023). Bekalan telah berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 12.30 tengahari pada hari yang sama.

01/12/2023

Masih keliru tentang ICPT? Jom lihat lebih lanjut mengenai mekanisme ICPT

29/11/2023

Bila buka bisnes, mestilah nak lebih duit masuk daripada duit keluar kan? 💲 Haa, jom praktis tip-tip cekap tenaga ni di pejabat atau kedai korang untuk memaksimumkan penjimatan elektrik! ⚡ Bil makin jimat, boleh kurangkan kos operasi 🤩

28/11/2023

Sebagai manusia, memang fitrah kita untuk saling bergantung kan? Jadi, kalau korang berupaya, korang boleh lah jadi payung untuk melindungi golongan yang lebih memerlukan! ☂️

Jom amalkan tip-tip di bawah supaya keselamatan diri dan orang sekeliling dapat dijaga semasa musim banjir ni💪

27/11/2023

Pelanggan yang dihargai,

Untuk makluman, Portal & Aplikasi myTNB sudah boleh diakses. Kini, anda boleh membuat semakan akaun, membuat pembayaran bil elektrik dan mengakses perkhidmatan yang tersedia melalui myTNB seperti biasa.

Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda.

27/11/2023

Pelanggan yang dihargai,

Portal dan Aplikasi myTNB tidak dapat diakses pada ketika ini. Kerja-kerja menaiktaraf sistem sedang giat dijalankan.

Sebagai alternatif, anda boleh membuat pembayaran bil elektrik melalui JomPAY, Touch `n Go, Boost dan Perbankan Internet.

Segala kesulitan amat dikesali. Ikuti perkembangan dari semasa ke semasa di Facebook TNB CareLine.

23/11/2023

Waktu ribut petir ni, kalau korang bawa motor kena lebih berjaga-jaga tau! ⛈️ Ikut tip-tip ni semasa menunggang supaya korang sentiasa terhindar daripada bahaya 🏍️

22/11/2023

Para pelanggan yang dihargai,

Penutupan bekalan elektrik di kawasan sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu akibat kejadian banjir telah pulih sepenuhnya.

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan di sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan.

Tips: Suis dan perkakas elektrik yang terendam dalam air banjir perlu diperiksa dahulu oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sebelum selamat digunakan.

Kesabaran anda amat dihargai. Untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454.

21/11/2023

Pelanggan yang dihargai,

Setakat jam 5 petang 21 November 2023, pihak TNB telah menutup bekalan elektrik di kawasan sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu susulan paras banjir yang semakin meningkat.

Berikut adalah kawasan yang tidak mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat:

1. Taman Desa YT
2. Taman LG Utama

PERINGATAN:

Sekiranya banjir semakin bertambah buruk , berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.

Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai.

21/11/2023

Sekarang ni memang senang nak cari charger telefon, harga pun murah juga 📱 Tapi, walaupun banyak pilihan, pastikan korang beli yang berkualiti tau. Lagi bagus kalau yang ada label SIRIM-ST, lebih selamat.

Dan paling penting, tak kira charger apa-apa pun, jangan sampai overcharge telefon p**a ye. 👌

21/11/2023

Dalam usaha memperkasa kesiapsiagaan menghadapi musim Monsun Timur Laut, TNB bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Negeri Pahang) dengan mengadakan Program Latihan Pengendalian Bot di Kuantan, Pahang melibatkan 35 orang warga kerja TNB.​

Matlamat program adalah untuk membentuk warga kerja yang kompeten dalam mengendalikan bot semasa berlakunya bencana termasuk aspek penjagaan aset bot, penyelenggaraan berkala serta keselamatan warga kerja yang terlibat semasa operasi dijalankan kelak.​

Photos from TNB Careline's post 20/11/2023

Bagi persediaan awal menghadapi musim monsun kali ini, TNB telah menyediakan 247 set janakuasa mudah alih (portable genset), 279 unit lori, 38 buah bot, 296 set janakuasa bergerak (mobile genset) dan 885 unit kenderaan pacuan empat roda. ​

Manakala, di kawasan pencawang p**a, TNB juga telah melakukan pemasangan penghadang banjir (flood barrier) dan penandaan aset bagi memudahkan pemantauan perubahan arah aliran banjir untuk mengurangkan kerosakan pada pepasangan TNB. ​

Di samping itu, TNB mengawasi amaran cuaca melalui Analisa Banjir dan Penilaian Risiko (Flood Analysis & Risk Assessment, FARA) serta mendapatkan maklumat dari Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai langkah berjaga-jaga.​

Videos (show all)

Tak payah susah-susah keluar rumah dah nak bayar bil elektrik, myTNB app kan ada? Selain check dan bayar bil, ada macam-...
Bil banyak sangat sampai rumah bersepah? 📃📃 Bila nak pergi bayar, tak jumpa pula bil? Jangan risau, kami ada penyelesaia...
Main game memang seronok, tapi benda lain pun ada yang seronok juga tau! 😄 Masa cuti sekolah ni, jom unplug gajet dan cu...
Risiko banjir dah semakin tinggi sejak musim tengkujuh bermula ⛈️ Jadi, kita semua kenalah sentiasa berhati-hati dan ama...
Ciri Energy Budget dekat aplikasi myTNB ni banyak kebaikannya. Salah satunya ialah korang akan dapat peringatan bila keg...
Kalau abah dah selalu pesan pun masih lupa, ni adik-adik nak ingatkan balik pasal jimat tenaga 😉👍Tonton video tip-tip ce...
1⃣ hari lagi ke #JWCMalaysia2023! 💥 Kapten #YoungTigers, Faris Harizan ada pesanan untuk anda semua untuk hadir ke SHBJ ...
Selamat Hari Gaming Sedunia!
Tukar ke lampu LED!
Walau sekecil usaha, jika dilakukan bersama besar impaknya. ​Marilah kita jadikan aspirasi pelepasan Sifar Bersih 2050 s...
Wah! Nak healing² dekat rumah pun boleh dengan lampu T5! 😎#BetterBrighter
Ketahui bagaimana kita semua boleh bertindak bersama dalam merealisasikan aspirasi pelepasan Sifar Bersih 2050. Akan dat...

Opening Hours

Monday 07:00 - 23:00
Tuesday 07:00 - 23:00
Wednesday 07:00 - 23:00
Thursday 07:00 - 23:00
Friday 07:00 - 23:00
Saturday 07:00 - 15:30
Sunday 07:00 - 15:30