MPKK Kubang Semang Mk20
mpkk
MPKK Kubang Semang MK20 melakukan rondaan kawasan dan kunjungan ke rumah penduduk untuk memberi pesanan tentang bahaya wabak Denggi yang melanda kawasan kini.
MPKK bimbang akan peningkatan kes Denggi yang semakin meningkat kini dan memohon agar penduduk dapat memastikan kawasan rumah sendiri bebas dari pembiakan nyamuk.
Satu gotong-royong akan diadakan pada 24 Disember 2023 jam 8.30 pagi dalam membantu penduduk membersihkan kawasan rumah.
MPKK KUBANG SEMANG MK20
Pengerusi MPKK Kubang Semang MK20, Puan Wan Ramlah berusaha membantu penduduk, En. Sabri Ahmad bersama agensi Pejabat Daerah SPT, JKM, JPS dan Zakat ketika ditimpa musibah dalam kejadian ribut yang berlaku 2 hari lepas.
Rumah En. Sabri telah ditimpa pokok mengakibatkan terdapat bahagian rumah beliau yang terjejas teruk. Pengerusi MPKK pantas bertindak dengan melawat keadaan dan mendapatkan agensi yang berkaitan untuk membantu.
Alhamdulillah, sedikit sumbangan dari JKM serta Zakat Pulau Pinang telah diberikan dan pihak JPS akan melihat inisiatif untuk menyelesaikan pokok besar yang berada di tebing sungai yang berpotensi membahayakan.
Hasil aduan MPKK Kubang Semang MK20 bersama dengan tindakan dari pihak PBA, masalah paip bawah tanah yang pecah dan bocor dapat diselesaikan, alhamdulillah..
Paip tersebut sering berlaku kebocoran sebelum ini, setiap kali berlaku masalah seperti ini, MPKK Kubang Semang MK20 menerusi Pengerusi MPKK, Puan Wan Ramlah sentiasa bersiap siaga membantu tidak kira lokasi di dalam kawasan.
MPKK Kubang Semang MK20 bertindak sejurus mendapat aduan pokok tumbang dalam kawasan. Agensi yang bertanggungjawab telah membantu menyelesaikan masalah tuan rumah terbabit.
Alhamdulillah, selesai proses pembersihan dan akan disusuli dengan proses baikpulih kerosakan. Terima kasih diucapkan buat pihak TM, TNB dan MBSP yang bertungkus lumus membantu penduduk.