Norita Perodua
�Haiiii sy Norita perodua.. Blh sy bantu..�
#Alza
#NEW Bezza
#Axia
#Myvi
#SUV ARUZ
#Ativa
�P
PANDUAN MASUK BULATAN (ROUNDABOUT)
Kesilapan memilih lorong yang betul semasa hendak memasuki bulatan boleh menyebabkan kemalangan seperti langgar belakang, langgar sebelah tepi atau bergesel.
Adalah penting untuk pengguna jalan raya memastikan lorong yang mana sepatutnya mereka gunakan semasa membelok di dalam sesuatu bulatan bagi mengelakkan kejadian sedemikian daripada berlaku.
Panduannya adalah mudah, iaitu:
i. Lorong kiri hanya untuk membelok ke kiri (jam 9) atau jalan terus (jam 12).
ii. Lorong kanan untuk jalan terus (jam 12), membelok ke kanan (jam 3) atau untuk membuat pusingan di bulatan tersebut.
Sentiasa ingat, pemandu yang berada di dalam bulatan mempunyai hak yang lebih utama untuk menggunakan jalan berbanding pemandu yang berada di mana-mana susur. Oleh yang demikian, anda perlu memberi keutamaan jalan kepada mereka yang sedang menggunakan bulatan berkenaan untuk membelok.
Jangan lupa berikan isyarat terlebih dahulu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain sebelum hendak memasuki bulatan. Perlahankan kenderaan anda atau berhenti jika perlu. Pastikan ianya selamat semasa hendak memasuki bulatan.
Selamat beramal geng…
Pengaktifan SmartLane di Lebuhraya PLUS
Plus Malaysia Berhad (Plus) telah mengaktifkan 14 laluan SmartLane di lokasi-lokasi kritikal bagi membantu menyuraikan trafik yang dijangka meningkat berikutan musim cuti sekolah.
Pembukaan SmartLane tersebut dilaksanakan pada masa dan tarikh-tarikh yang ditetapkan bagi membolehkan plus menambah kapasiti lorong di laluan-laluan terbabit untuk melancarkan pergerakan trafik.
Jadi diharap semua memandu dengan berhati-hati dan berhemah ya!
Rujukan
https://www.plus.com.my
Perodua Total Protect Plus memberi anda perlindungan komprehensif dan menyeluruh
Kami Melindungi Anda Sepenuhnya apabila anda memperbaharui insurans kenderaan anda dengan kami.
Nikmati bayaran balik insurans penuh & tiada caj tambahan sehingga 12 tahun ke atas alat ganti tulen.
Informasi lanjut sila layari https://bit.ly/Perodua_PTPP
Ada lebih 20 manfaat Perodua Total Protect Plus bakal anda nikmati…
Mudah sahaja, perbaharui insurans kereta anda bersama kami!
Hubungi kami untuk info lanjut…
Selamat Tahun Baru Cina!
Memandangkan musim bunga menandakan tahun baru, biarkan ia juga menjadi permulaan tabiat baik yang membawa kita kelimpahan pada tahun-tahun yang akan datang. Selamat Tahun Baru Cina dan salam sejahtera buat semua…
Tonton filem Tahun Baru Cina kami di:
https://youtu.be/ZYdDWbCPmUE
Perodua Zero-Tolerance Policy…
Perodua maintains a zero-tolerance policy towards corruption and bribery in both internal operations and external collaborations.
Our commitment to transparent, accountable business practices not only fosters a positive impact on communities but also uplifts stakeholders' well-being, paving the way for a more prosperous future.
Ruang Selesa & Fleksibel Perodua Aruz…
Dengan 5 mod konfigurasi tempat duduk yang berbeza, ruang dan fungsi Perodua Aruz dimaksimumkan sebaik mungkin supaya penumpang serta kargo anda muat dengan selesa.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom kunjungi showroom kami dan lihat sendiri Perodua Aruz yg serba boleh ini!
Perbaharui Insurans Perodua Total Protect Plus anda…
Kehidupan kadang-kadang boleh berubah sekelip mata tanpa dijangka. Jangan risau, Perodua Total Protect Plus sedia membantu anda!
Perbaharui insurans kereta anda dengan kami kerana kami menawarkan perlindungan yang boleh dipercayai sehingga 12 tahun!
Nikmati jumlah perlindungan nilai yang dipersetujui, tiada caj untuk Excess dan Betterment ke atas tuntutan kemalangan serta pelbagai lagi manfaat perlindungan yg anda bakal nikmati…
Hubungi kami untuk sebutharga pembaharuan insurans anda atau kunjungi sahaja bilik pameran kami sekarang!
*Tertakluk terma & syarat
Dah sampai masa untuk servis kereta Perodua anda?
Tahu-Kar Anda bahawa anda boleh menyemak anggaran kos penyelenggaraan sebelum kereta anda dihantar untuk diservis?
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web kami di https://bit.ly/3tAMivz
Trade in Kereta Lama anda & Tukar yg Baharu!
Bersama Pre-owned Vehicle (POV) Perodua, kami menerima semua jenama kereta dan apa sahaja kondisi kereta anda untuk Trade in, membolehkan anda memiliki kereta Perodua Baharu dgn harga yg sangat kompetitif!
Hubungi kami sekarang utk sebarang info lanjut..
Tertakluk terma & syarat…
Selamat Tinggal 2023 & Terima Kasih buat semua Pelanggan kami…
Memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda adalah kegembiraan buat kami.
Sekiranya ada sebarangan kekurangan dan kesulitan dari pihak kami, kami mohon maaf atas kekhilafan tersebut…
Jika anda mempunyai pertanyaan selanjutnya, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami akan sangat berbesar hati untuk membantu anda.. kerana anda keutamaan kami..
Terima kasih sekali dan Selamat Tahun Baru 2024!
TIPS PENJAGAAN KERETA SEMASA MUSIM BANJIR
1) Jika kereta telah ditenggelami air banjir di rumah atau di tempat parkir, jangan sekali-kali cuba untuk menghidupkan enjin kereta jika paras air telah menutupi ekzos kenderaan.
2) Sekiranya anda sedang memandu, jangan cuba untuk meredah air banjir sekiranya air telah mencecah paras ekzos kereta anda.
3) Selamatkan dokumen penting dan barang-barang berharga di dalam kereta jika situasi banjir masih tidak bahaya.
4) Jika kereta perlu ditinggal, pastikan tingkap kereta ditutup dan pintu dikunci dengan selamat.
5) Jika kereta anda rosak di tengah jalan yang ditenggelami air, cuba sedaya upaya untuk mendapatkan bantuan pihak berwajib atau jika situasi banjir masih terkawal dapatkan bantuan untuk menunda kereta anda ke tempat yang lebih selamat supaya jalan tersebut tidak terhalang untuk laluan petugas kecemasan.
6) Selepas banjir surut, jangan sekali-kali cuba untuk menghidupkan kereta yang telah ditenggelami air banjir. Dapatkan khidmat lori tunda untuk membawa kereta ke bengkel membaiki kenderaan yang bertauliah.
7) Kusyen kereta yang telah ditenggelami air akan kotor dan berbau tetapi masih boleh digunakan jika anda membersihkan dengan cara mengeluarkan kerusi tersebut dan mencuci menggunakan pancutan air bertekanan tinggi serta mengeringkannya.
Semoga urusan anda semua dipermudahkan...
Buku manual kenderaan sekarang dah boleh download guys!
Kini semuanya di hujung jari anda sahaja..
e-manual kenderaan ini menyediakan segalanya mengenai operasi kenderaan anda dan membantu menyelesaikan kemusykilan anda…
Bermula dari bagaimana nak start enjin kereta anda sehinggalah mengenali setiap simbol2 amaran yg terpapar di meter panel anda, lengkap semuanya bg memudahkan anda….
Muat turun e-manual kenderaan anda sekarang secara percuma di:
https://bit.ly/3Gft15k
PROMOSI PERODUA AXIA BULAN INI!!!
Anda sedang mempertimbangkan untuk memiliki Perodua Axia Baharu?
Bertindak sekarang kerana sehingga 31hb Disember ini, kami menawarkan Super Flash Deal untuk Perodua Axia - FREE servis kereta selama 1tahun ataupun rebat insurans kereta apabila anda membeli Perodua Axia! 🤩🤩🤩
Jangan tunggu lagi..
📞📞📞 Hubungi saya segera untuk sebarang info lanjut... 📞📞📞
*Tertakluk terma dan syarat
Memperkenalkan Minyak Enjin Tulen Perodua yg berwajah baharu!
Kombinasi perlindungan dan prestasi yg sempurna untuk ketahanan enjin anda...
Minyak Tulen Perodua meningkatkan prestasi enjin anda, untuk kecekapan bahan api yang lebih baik.
Jadi, anda boleh pergi jauh sambil menikmati lebih penjimatan!
Pastikan anda memilih Minyak Enjin Tulen Perodua. Boleh didapati di Pusat Servis Perodua dan stokis sah di seluruh negara.
Info lanjut layari: https://bit.ly/Perodua_PGO
Bersedia untuk sebarang kemungkinan...
Musim hujan bakal melanda, ribut petir dan hujan lebat boleh menyebabkan berlakunya banjir. Kita tidak boleh mengawalnya, namun anda boleh bersedia dari sekarang untuk kereta Perodua anda...
Oleh itu, sangat penting untuk anda bersedia, baik untuk diri sendiri mahupun kereta anda. Mari kita ikuti senarai semak seperti tertera di gambar dengan rasa prihatin dan keselamatan di hati!
Dapatkan juga perlindungan banjir untuk insurans kereta anda dengan Perodua Total Protect Plus dan anda bakal mendapat elaun sebanyak *RM1,000 untuk sebarang bencana berkaitan banjir.
*Tertakluk terma dan syarat
Alami Pengalaman Pemanduan Menakjubkan dgn ARUZ!
Kunjungi showroom kami sempena Hari Pelanggan Perodua pada 18 November (Sabtu) ini di mana kami akan mempersembahkan model hebat kami iaitu Perodua Aruz...
Datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan2 anda di mana2 bilik jualan Perodua seluruh Malaysia dari jam 9pagi hingga 5petang...
Pandu uji juga disediakan...
Yang pasti anda bakal nikmati rebat tunai RM4000 apabila anda menempah Perodua Aruz nanti!
Hubungi kami utk info lanjut...
Hope the festival of lights brings your way bright sparkles of peace, contentment, joy, and happiness which stays with you throughout this year and also in the years to come. May the lamp of joy remain illuminated in your life now and forever....
Happy Deepavali!
Nikmati tawaran hebat UFirst sempena perayaan Deepavali ini! 🪔
Dari 11-12 November, kami menawarkan diskaun 27% apabila anda menebus E-Baucar Perodua RM30! *
Jangan lepaskan tawaran ini terhad 2 hari sahaja!
Sila tebus e-baucar anda melalui aplikasi UFirst kami...
www.ufirst.com.my/app
*Tertakluk terma dan syarat
Perjalanan selamat bermula dgn Servis kereta yg konsisten...
Berita baik buat pelanggan Perodua!
Sehingga hujung tahun ini, kami menawarkan penjimatan eksklusif TRIPLE apabila anda servis kereta anda di pusat servis Perodua!
Tempah slot temujanji servis anda melalui Applikasi UFirst utk nikmati tawaran tersebut...
Tawaran terhad utk perbatuan antara 35000km-45000km sahaja! *
Jgn ketinggalan...
Hubungi kami utk sebarang info lanjut ya!
*Tertakluk terma dan syarat
Insurans kereta anda akan tamat tempoh tidak lama lagi?
Perbaharui segera dan nikmati manfaat Perodua Total Protect Plus...
Dgn Perodua Total Protect Plus, banyak manfaat bakal anda nikmati spt Elaun Banjir RM1000, Auto Assist 24jam, Coverage 12tahun dan banyak lagi...
Utk info lanjut boleh hubungi saya sekarang!
Tips Penjagaan Wiper Kereta
Wiper kereta atau pengelap cermin kereta merupakan salah satu komponen penting yang membantu menghilangkan sisa air hujan, kotoran-kotoran lain seperti debu dan habuk serta bendasing lain. Ia berfungsi meningkatkan tahap kebolehlihatan terutamanya semasa pemanduan dalam hujan.
Bagi memastikan pengelap cermin kereta tahan lebih lama, terdapat beberapa aspek penjagaan yang perlu dipatuhi:
1) Bersihkan bilah pengelap cermin kereta secara berkala untuk mengelakkan sebarang kotoran daripada melekat padanya.
2) Tegakkan atau angkat bilah pengelap cermin kereta sekiranya kereta diletakkan di kawasan tempat letak kereta terbuka atau di bawah panas terik.
3) Bersihkan cermin kereta supaya kotoran pada permukaan cermin tidak merosakkan getah pengelap cermin kereta.
4) Gunakan cecair atau bahan pencuci cermin yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap getah pengelap cermin dan cermin.
Wiper kereta yang berada dalam keadaan baik bukan sahaja memberi keselesaaan semasa pemanduan, malah turut memastikan keselamatan anda mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak diduga.
Oleh itu, pastikan pengelap cermin atau wiper kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik untuk mengelakkan situasi-situasi yang tidak diingini daripada berlaku terutamanya semasa pemanduan dalam hujan.
Semoga perkongsian info ini bermanfaat buat semua pelanggan Perodua ya...
Apakah Perodua Smart Drive Assist (PSDA)?
Perodua Smart Drive Assist (PSDA) adalah sistem yang sama dengan Honda Sensing dan Toyota Safety Sense ADAS, menggabungkan pelbagai ciri keselamatan.
PSDA merupakan sistem bantuan pemandu lanjutan yang komprehensif dan merupakan peningkatan ciri keselamatan terkini yg disediakan oleh Perodua.
PSDA terdiri daripada empat ciri bantuan: Advanced Safety Assist (ASA), Driving Assist, Parking Assist dan Headlamp Assist.
Pada kebanyakan model terkini Perodua varian AV, ia mendapat kesemua ciri seperti Driving Assist (Amaran Berlepas Lorong, Pencegahan Pelepasan Lorong, Kawalan Pelayaran Adaptif, Bantuan Kekal Lorong, Monitor Titik Buta), Parking Assist (Sensor depan dan susut, kamera undur, Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), dan Headlamp Assist (Lampu Depan Tinggi Automatik atau Lampu Depan Adaptif).
Manakala ASA (Advance Safety Assist) tetap menampilkan ciri Amaran Pra-Pelanggaran, Brek Pra-Pelanggaran, Amaran Kenderaan Hadapan dan Kawalan Tersalah Tekan Pedal.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai PSDA yg dinyatakan di atas?
Hubungi kami sekarang...
TAWARAN REBAT KHAS PERODUA ARUZ BULAN INI!!!
Nikmati Rebat sehingga *RM4,000 apabila anda menempah Perodua Aruz,!!!
Tawaran menarik bulan ini sehingga hujung bulan ini!
Jangan tunggu, bertindaklah sekarang!
Ingin tahu lebih mengenai Perodua Aruz?
Hubungi saya segera utk info lanjut:
*Tertakluk terma & syarat
Discover Total Peace of Mind!
Enjoy these PLUS benefits when you choose Perodua Total Protect Plus for your car insurance:
✅ Unlimited unnamed drivers
✅ Flood Allowance RM1,000
✅ PA up to RM10,000
And more!
Get your quote today!
Visit our website for more info - https://www.perodua.com.my/perodua-total-protect.html
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H/2023
Ucapan salam Maulidur Rasul buat semua umat islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW
"Perpaduan Teras Malaysia Madani"
PATUHI PERATURAN JALAN RAYA DEMI KESELAMATAN BERSAMA
Peraturan jalan raya dikuatkuasakan bukan untuk menakut-nakutkan atau menyaman pengguna. Sebaliknya, peraturan jalan raya dilaksanakan untuk memelihara keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.
Sebagai contoh, sekiranya anda memandu di lorong kecemasan, tidakkah tindakan anda merisikokan nyawa pengguna jalan raya yang mungkin memerlukan bantuan kecemasan ambulans?
Oleh itu, jadilah pemandu yang berhemah dan patuhi setiap peraturan jalan raya. Selain memastikan keselamatan bersama, anda juga selamat daripada dikenakan saman.
TAWARAN REBAT KHAS PERODUA ARUZ BULAN INI!!!
Rebat Tunai sehingga *RM2000 & Rebat Trade-in *RM1,000 apabila anda menempah Perodua Aruz,!!!
Tawaran menarik bulan ini sehingga hujung bulan ini!
Jangan tunggu, bertindaklah sekarang!
Ingin tahu lebih mengenai Perodua Aruz?
Hubungi saya segera utk info lanjut:
NORITA
012-3377430
Klik link di bawah utk whatsapp terus ya:
www.wasap.my/60123377430/NakPerodua
*Tertakluk terma & syarat