Institute of Quality and Knowledge Advancement - InQKA

Institute of Quality and Knowledge Advancement - InQKA

Quality is Everybody's Business Quality is everybody’s responsibility. Every turn in their achievement form a milestone getting them closer to the endpoint.

Assuring quality for UiTM (academic, research, services) basically means that the citizen of the university must take stakeholder’s need into the forefront and face them head on, solve and resolve all conflicts to bring impact to stakeholder’s level of confidence. Dealing with their rapid and multidimensional needs, wants and requests, we put efforts to form a collaborative force internally to add

26/07/2024

Posted • .official [𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗠𝗔𝗥𝗔 (𝗨𝗶𝗧𝗠) 𝗸𝗲-𝟵𝟵

UiTM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bakal bergraduat di Istiadat Konvokesyen ke-99. Nantikan detik bersejarah bagi setiap graduan UiTM yang telah berjaya menamatkan pengajian dan akan diraikan dalam Istiadat Konvokesyen UiTM ke-99 yang akan berlangsung bermula pada 2 September hingga 17 Oktober mengikut jadual seperti berikut:

🗓️ UiTM Shah Alam - 2 September hingga 19 September 2024
🗓️ UiTM Cawangan Sabah - 9 Oktober hingga 10 Oktober 2024
🗓️ UiTM Cawangan Sarawak - 15 Oktober hingga 17 Oktober 2024

Graduan sesi konvokesyen 202399-Disember 2023 dikekehendaki mengemaskini soal selidik Kajian Pengesanan Graduan di pautan, https://graduan.mohe.gov.my/update/

Group Telegram Konvo UiTM ke-99: https://bit.ly/KonvoUiTM99

Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM
https://myalumnicard.uitm.edu.my/

Selamat bergraduasi, semoga detik ini menjadi awal yang baik untuk kalian meniti kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Tetapkan matlamat, terus berusaha dan semoga berjaya!

Tonton siaran langsung menerusi YouTube UiTM Channel:
https://www.youtube.com/playlist?list=PL3Xr-vvYElZAh34Dlu7JkGz8QGQn1Qg_4

Muat turun Buku Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 (Digital) di pautan berikut: [Link akan dikemaskini]

Info lanjut mengenai Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-99, layari https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen

Jangan lupa untuk mengikuti Media Sosial Rasmi UiTM:
Facebook: https://www.facebook.com/uitmrasmi
Instagram: https://www.instagram.com/uitm.official/
X: https://x.com/uitmofficial
TikTok: https://www.tiktok.com/
YouTube: https://www.youtube.com/

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. Direktori staf: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/direktori

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا

Photos from Institute of Quality and Knowledge Advancement - InQKA's post 25/07/2024

BENGKEL PEMANTAPAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UiTM HORIZON BARU 4.0 Bil.1/2024

Bengkel Pemantapan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Bil. 1 /2024 telah diadakan pada 9 dan 10 Julai 2024 yang lalu di Bilik Seminar, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), UiTM Shah Alam.

Objektif program ini adalah untuk memantapkan penilaian mengikut kaedah terkini berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU. Ini adalah bersesuaian dengan perubahan dari segi dokumen dan persembahan oleh Kumpulan Inovatif Kreatif pada tahun 2024 ini. Peserta program adalah terdiri daripada Pakar Rujuk KIK UiTM daripada seluruh sistem UiTM.

Photos from Institute of Quality and Knowledge Advancement - InQKA's post 24/07/2024

Setelah lawatan tapak selesai dilakukan pada 28 Jun 2024 yang lalu, barang keperluan ataupun sumbangan mula dikumpul. Hebahan melalui poster serta perkongsian di media sosial membuahkan hasil apabila sumbangan berbentuk wang ringgit dan barangan keperluan diterima boleh dikatakan setiap hari. Warga di InQKA sendiri turut menyumbang pelbagai barangan yang telah dicadangkan senarainya oleh Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.

Ternyata hebahan yang dilakukan berjaya menarik perhatian ramai pihak sekaligus mencerminkan keprihatinan mereka tentang pentingnya memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Kami amat menghargai setiap sumbangan yang diberikan. Bukan jumlah yang menjadi keutamaan tetapi ingatan tulus daripada penyumbang untuk turut sama menjayakan program CSR InQKA. Sebanyak RM 12,000 nilai sumbangan yang berjaya di dikumpulkan untuk diserahkan kepada rumah jagaan tersebut.

Unit Komunikasi juga turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengarah program serta ahli jawatankuasa tajaan yang berjaya mendapat tajaan dari salah sebuah rangkaian pemborong dan peruncit tempatan halal terbesar di Malaysia, Mydin. Syarikat Mydin telah menyumbang pelbagai barangan keperluan harian dan pilihan InQKA untuk menjadikan Mydin sebagai rakan CSR amatlah bertepatan.

Segala barangan sumbangan keperluan dikumpulkan dan dilabel untuk memudahkan pihak penerima (Pusat Jagaan Mahmudah) bagi urusan proses rujukan tarikh luput dan penyimpanan.

Photos from Institute of Quality and Knowledge Advancement - InQKA's post 23/07/2024

Pada 27 Mei yang lalu, Unit Komunikasi InQKA telah membuat lawatan tapak di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang terletak di Semenyih, Selangor. Peningkatan jumlah bagi kes ibu bapa yang terdampar di institusi - institusi kebajikan kerajaan dan bukan kerajaan mendorong Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia membina dan menyediakan tempat tinggal agar insan-insan kurang bernasib baik ini dapat merasai keselesaan tempat tinggal yang sesuai dalam menghabiskan jangka hayat mereka seperti insan lain yang mempunyai keluarga di luar sana.

Encik Muhammad Syafiq Mohiadin yang merupakan setiausaha di Pusat Jagaan tersebut sangat berbesar hati menyambut kedatangan kami dan beliau telah menerangkan dengan ringkas tentang sejarah pembinaan, objektif penubuhan, kategori-kategori penghuni yang diterima masuk, pengisian program, sumber kewangan dan keperluan harian rumah jagaan orang tua tersebut.

Kami juga di bawa melawat sekitar kawasan rumah jagaan dan menziarahi penghuni di sana. Hasil dari lawatan tapak akan dibentangkan dalam mesyuarat Program Tanggungjawab Sosial (CSR) yang bakal dijalankan nanti di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.

23/07/2024

Seluruh warga Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc, Naib Canselor UiTM. Semoga selalu berada dalam naungan keberkatan Allah SWT.

22/07/2024

Posted • .official [𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] Saksikan temubual bersama Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) UiTM yang akan membincangkan topik tentang '25 Tahun Mengangkasa Pendidikan Tinggi' di program Apa Khabar Malaysia pada 23 Julai 2024 (Selasa) jam 9:00 - 10:00 pagi.

Siaran langsung boleh ditonton melalui Facebook dan Youtube BERNAMA TV serta saluran Astro 502, Unifi TV 631 dan MYTV 121.

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا

22/07/2024

[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] Saksikan temubual bersama Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) UiTM yang akan membincangkan topik tentang '25 Tahun Mengangkasa Pendidikan Tinggi' di program Apa Khabar Malaysia pada 23 Julai 2024 (Selasa) jam 9:00 - 10:00 pagi.

Siaran langsung boleh ditonton melalui Facebook dan Youtube BERNAMA TV serta saluran Astro 502, Unifi TV 631 dan MYTV 121.

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا

22/07/2024

Inti Pati Ucapan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim | Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 | 21 Julai 2024 (Ahad) | Bahagian 1.

20/07/2024

𝗗𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 | 14 Muharam 1446H

"Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku"

Sembah Takzim daripada Seluruh Warga UiTM

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا

17/07/2024

Kenyataan media berkenaan Pakej Rahmah Prabayar Siswa

16/07/2024

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti (JPK) Ke-11, Bil. 2/2024 akan dijalankan pada 17 Julai 2024 (Rabu) jam 9:00 pagi secara dalam talian melalui platform zoom.

15/07/2024

Sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi UiTM 2023 Universiti Teknologi MARA akan dijalankan pada 16 Julai 2024 (Selasa) jam 9:00 pagi melalui platform Zoom.

15/07/2024

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Noor Farah Zaiti Mohd Zaidon atas pelantikan sebagai Timbalan Pendaftar Kanan berkuat kuasa 15 Julai 2024 di Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Selamat bertugas dengan penuh dedikasi.

Photos from Institute of Quality and Knowledge Advancement - InQKA's post 12/07/2024

Unit Komunikasi dan Pengembangan Ilmu, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Bengkel Aplikasi CANVA (Advance Level) pada 9 dan 10 Julai 2024 yang bertempat di Makmal 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar UiTM terlibat sepanjang sesi bengkel ini berlangsung.

Dalam era teknologi yang memerlukan kepantasan dan penghasilan kerja yang efisien, penguasaan aplikasi Canva dilihat menjadi salah satu solusi dalam membantu meningkatkan kompetensi para akademik, staf pentadbiran dan juga pelajar. Berbanding dengan aplikasi reka grafik konvensional seperti illustrator dan Photoshop, Canva lebih mudah untuk dipelajari dan kerja-kerja reka letak dan animasi dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Sesi bengkel ini dibahagikan kepada lima (5) modul yang disampaikan oleh penceramah dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM iaitu Encik Mahathir Ahamad dan Puan Norasikin Alimom.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva (advance level) dalam menghasilkan poster, bunting, risalah, slaid pembentangan dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif berbanding dengan aplikasi sedia ada seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Microsoft Powerpoint dan seumpamanya. Selain itu, bengkel ini juga dapat memberi pengenalan kepada peserta mengenai fungsi Presentation & Animation MP4/GIF sekaligus dapat memperkukuhkan pengetahuan dalam bidang suntingan.

Sebanyak 5 video menggunakan teknik reka letak dan animasi dapat dihasilkan oleh para peserta secara berkumpulan. Idea-idea kreatif peserta dizahirkan dalam bentuk video menunjukkan kemampuan mereka mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam tempoh yang singkat.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta!

11/07/2024

Nantikan Sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2023 Universiti Teknologi MARA pada 16 Julai 2024 melalui platform Zoom.

Temui juga penceramah jemputan, YBhg. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Pengerusi Eksekutif / Pengasas RMJ Nexus Global Sdn Bhd dan Puan Rasidah Abu, Special Project Manager UMW M&E Sdn Bhd di Simposium Kecemerlangan Operasi 2024 Universiti Teknologi MARA pada 30 Julai 2024 dengan tema Merintis Evolusi Kecemerlangan Global melalui YouTube InQKA.

08/07/2024

Mesyuarat Auditor bersama KSA Audit dalam Korporat UiTM akan berlangsung pada 9 Julai 2024 (Selasa) jam 9:00 pagi hingga 10:30 pagi melalui platform zoom.

08/07/2024

Bengkel Aplikasi Canva (Advance Level) akan berlangsung pada 9-10 Julai 2024 (Selasa - Rabu) bermula pada jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang di Makmal Komputer 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1.

Barisan penceramah bagi bengkel ini ialah oleh Encik Mahathir Ahamad (Pensyarah, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam) dan Puan Norasikin Alimom (Pensyarah, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam).

08/07/2024

Bengkel Pengukuhan Pakar Rujuk Kumpulan Inovatif dan Kreatif UiTM Bil. 1/2024 akan berlangsung pada pada 9-10 Julai 2024 (Selasa - Rabu) bermula pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang di Bilik Seminar Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Aras 5, Blok A, Kompleks Al-Farabi, UiTM Shah Alam,40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

06/07/2024

“Salam Awal Muharram dan Maal Hijrah diucapkan buat seluruh warga UiTM.
Di hari yang penuh makna ini, bersama-sama kita memperingati keberanian dan ketabahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Disamping itu kita sebagai umat Rasullullah teruskan perjalanan dalam menuntut ilmu dan ketaqwaan kepada Allah SWT.”

02/07/2024

Tahniah Prof Madya Dr. Kamarularifin Abd Jalil atas pelantikan semula sebagai Pengarah Jaminan Kualiti Akademik berkuat kuasa 1 Julai 2024.

25/06/2024

Webinar Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Modul 9 (Pembentangan Projek KIK) akan berlangsung pada 26 Jun 2024 (Rabu) jam 9:00 pagi melalui platform zoom.

Taklimat ini akan disampaikan oleh Ts. Mohamed Syazwan Osman (Pakar Rujuk KIK UiTM Cawangan Pulau Pinang).

24/06/2024

Webinar Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Modul 8 (Harta Intelek dan Hak Cipta) akan berlangsung pada 25 Jun 2024 (Selasa) jam 9:00 pagi melalui platform zoom.

Taklimat ini akan disampaikan oleh Encik Al-Bakri Mohamad @ Ahmad (Pakar Rujuk KIK UiTM Cawangan Negeri Sembilan), Dr. Farizah Mohamed Isa (Timbalan Pengarah Perundangan dan Pengurusan Harta Intelek, Pusat Pengkomersilan Inovasi & Teknologi Perniagaan (BITCOM)) dan Dr. Muhamad Helmi Muhamad Khair (Koordinator Harta Intelek, Pusat Pengkomersilan Inovasi & Teknologi Perniagaan (BITCOM))

Photos from Institute of Quality and Knowledge Advancement - InQKA's post 24/06/2024

Pada 25 hingga 27 Jun 2024, Audit Integrated Quality Management System (iQMS) Kitaran 7 melibatkan:

📍 Kolej Pengajian Alam Bina (Fizikal)

Panel penilai untuk Kolej Pengajian Alam Bina ialah:
1. Dr. Ruqayyah Ismail (Ketua Panel)
2. Prof. Madya Dr. Tay Chia Chay (Panel)
3. Puan Suzana Hamzah (Panel)
4. Sr. Ts. Dr. Suzanah Abdullah (Panel)

📍 UiTM Cawangan Sarawak (Dalam talian)

Panel penilai untuk UiTM Cawangan Sarawak ialah:
1. Prof. Madya Dr. Rohana Mahbub (Ketua Panel)
2. Puan Afida Ahmad (Panel)
3. Prof. Madya Ts. Dr. Norhafizah Abdul Rahman (Panel)
4. Dr. Siti Masnah Saringat (Panel)

📍 UiTM Cawangan Perlis (Fizikal)

Panel penilai untuk UiTM Cawangan Perlis ialah:
1. Encik Hadzli Ishak (Ketua Panel)
2. Dr. Fairuz Abd Hakim (Panel)
3. Puan Jufiza A. Wahab (Panel)
4. Ts. Dr. Farrah Noor Ahmad (Panel)

24/06/2024

Webinar Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Modul 7 (Pengembangan Projek KIK UiTM) telah berlangsung pada 24 Jun 2024 (Isnin) jam 9:00 pagi melalui platform zoom.

Taklimat ini akan disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan Mohd Salleh (Pakar Rujuk KIK UiTM Shah Alam).

20/06/2024

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL APLIKASI CANVA (ADVANCE LEVEL)

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Komunikasi dan Pengembangan Ilmu, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) akan mengadakan Bengkel Aplikasi Canva (Advance Level) seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 9 dan 10 Julai 2024 (Selasa dan Rabu)
Masa: 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Bayaran: RM150.00/seorang
Penceramah:
1. Encik Mahathir Ahamad
2. Puan Norasikin Alimom
Sasaran Peserta: Terbuka kepada Staf dan Pelajar UiTM Sahaja
Tempat: Makmal Komputer 2, PTAR 1
Link Pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdUYWihC3AiVWfwZpqxC4_dzTub6KdrOulTg2aQp1icJ9SdyQ/viewform
Sijil Penyertaan (e-Certificate) akan diberikan kepada setiap peserta dan jam latihan akan diberikan kepada staf UiTM yang terlibat.

3. Sehubungan itu, kami dengan hormatnya mengalu-alukan staf dan pelajar UiTM menyertai bengkel ini. Mereka yang berminat menyertai bengkel ini boleh mengisi borang pengesahan kehadiran dengan mengimbas kod QR seperti yang tertera pada poster hebahan dilampiran.

4. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 4 Julai 2024 (Khamis). Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Dr. Wan Hartini Wan Zainodin di talian 010-2322008 dan Puan Norakmar Syatila Zakaria di talian 012-4784186.

Sekian, terima kasih.

14/06/2024

Tajam-tajam pisau belati,
hinggap umpan dimata kail,
Ibadah korban kita hayati,
Lambang pengorbanan Ibrahim & Ismail.

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) mengucapkan Selamat Hari Raya Aildiladha buat seluruh warga UiTM. Pada hari yang berbahagia ini juga marilah bersama-sama mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan semoga Allah memberkati segala usaha dan amalan kita.

13/06/2024

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL APLIKASI CANVA (ADVANCE LEVEL)

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Komunikasi dan Pengembangan Ilmu, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) akan mengadakan Bengkel Aplikasi Canva (Advance Level) seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 9 dan 10 Julai 2024 (Selasa dan Rabu)
Masa: 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Bayaran: RM150.00/seorang
Penceramah:
1. Encik Mahathir Ahamad
2. Puan Norasikin Alimom
Sasaran Peserta: Terbuka kepada Staf dan Pelajar UiTM Sahaja
Tempat: Makmal Komputer 2, PTAR 1
Link Pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdUYWihC3AiVWfwZpqxC4_dzTub6KdrOulTg2aQp1icJ9SdyQ/viewform
Sijil Penyertaan (e-Certificate) akan diberikan kepada setiap peserta dan jam latihan akan diberikan kepada staf UiTM yang terlibat.

3. Sehubungan itu, kami dengan hormatnya mengalu-alukan staf dan pelajar UiTM menyertai bengkel ini. Mereka yang berminat menyertai bengkel ini boleh mengisi borang pengesahan kehadiran dengan mengimbas kod QR seperti yang tertera pada poster hebahan dilampiran.

4. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 4 Julai 2024 (Khamis). Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Dr. Wan Hartini Wan Zainodin di talian 010-2322008 dan Puan Norakmar Syatila Zakaria di talian 012-4784186.

Sekian, terima kasih.

Photos from Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi's post 13/06/2024
Photos from Institute of Quality and Knowledge Advancement - InQKA's post 12/06/2024

Meraikan dua orang pelajar latihan industri, Natasya Shahira Shaharudin dan Wan Abdul Qayyum Abdul Wahab. Kedua-dua mereka merupakan pelajar dari Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, telah selesai menjalani latihan amali mereka selama 3 bulan (11 Mac 2024 hingga 21 Jun 2024) di Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).

Pihak InQKA mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan segala ilmu serta pengalaman yang diperolehi untuk digunakan di masa hadapan kelak. Selamat maju jaya!

11/06/2024

[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] Taklimat Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif 2024.

Tarikh: 11 Jun 2024 (Selasa)
Masa: 9:00 pagi - 5:00 petang
Pautan Webex: https://shorturl.at/UpGNs

Hal Ehwal Akademik UITM

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا

Videos (show all)

Nantikan Sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2023 Universiti Teknologi MARA pada 16 Julai 20...
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga ket...
MAJLIS KEMUNCAK BULAN INOVASI DAN KUALITI UiTM 2023Nantikan pengumuman pemenang - pemenang bagi anugerah berikut:Anugera...
MAJLIS KEMUNCAK BULAN INOVASI DAN KUALITI UiTM 2023Nantikan pengumuman pemenang - pemenang bagi anugerah berikut:Anugera...
MAJLIS KEMUNCAK BULAN INOVASI DAN KUALITI UiTM 2023Nantikan pengumuman pemenang - pemenang bagi anugerah berikut:Anugera...
Nantikan pengumuman pemenang di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM pada 20 Disember 2023 nanti bertempat di ...
Nantikan pengumuman pemenang di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM pada 20 Disember 2023 nanti bertempat di ...
Penolong Naib Canselor InQKA, YBhg Prof. Dr. Azizah Abdullah dijemput menjadi panel jemputan dalam sesi Komentar @ Selam...
Memang Terbilang Sebuah Hikayat,Kisah Dahulu Ramai Yang Suka,Jalur Gemilang Semangat Rakyat,Dikibar Selalu Tanda Merdeka...
TEASER SIMPOSIUM KECEMERLANGAN OPERASI 2023 DAN SESI PENILAIAN PEMBENTANGAN AKHIR FINALIS KECEMERLANGAN OPERASI 2022
Salam Akhir Ramadhan dan Salam LebaranSemoga Allah menerima amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini.Ramadhan bakal...

Telephone

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00